P. 1
Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan 1986

Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan 1986

|Views: 242|Likes:
Published by alisetan

More info:

Published by: alisetan on Jan 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/06/2015

pdf

text

original

Kertas Kerja yang dibentangkan pada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam Malaysia, Bahagian Hal Ehwal

Islam, Jabatan Perdana Menteri, di Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur, pada 6-8 November 1991.

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986)

Oleh ISMAIL BIN DAHAMAN Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka

1- Tujuan:

Tujuan kertas ini ialah: i) Untuk menyampaikan maklumat terakhir tentang perkembangan sistem ejaan Jawi yang rasmi, iaitu Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD) tahun 1986, yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka berdasarkan keputusan Konvensyen Tulisan Jawi tahun 1984.
2- Pengenalan: Latar Belakang Sejarah Penyempurnaan Tulisan dan Sistem Ejaan Jawi:

2.1- Tujuan Penyempurnaan Ejaan Jawi: Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut: i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaa n (sebelum tahun 1986). ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba.

iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri -ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 dan seterusnya. 2.2- Langkah-langkah Penyempurnaan Ejaan Jawi (1981 -1989). Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937 (1),dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pel bagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939 (2)itu. Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga akhir tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah Dian. Dalam dekad 1980-an, antara usaha yang diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi diper turunkan di bawah. i) Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh Y.B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera". (3) ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan (4). Bidang Tugas Jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula ter hadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949), Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian) (5)dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan -penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad (6), serta beberapa penerbitan Jawi yang lain.

dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (8) (seterusnya disebut PEJYD). terdapat pembetulan terhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang tepat pengejaannya dalam cetakan pertama. serta beberapa perwakilan rasmi dari nega ra Indonesia. institusi dan badan sukarela di seluruh negara. Berdasarkan pandangan beberapa orang pakar. Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD (9)yang sama pada tahun 1987. viii) Kini. Daftar ini akan mengandungi semua kata . Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pa kar tentang ejaan Jawi. Dalam cetakan kedua ini. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985. terutama perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab.iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu. Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi kedua Daftar Ejaan Rumi-Jawi . pusat pengajian tinggi. iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh peserta Konvensyen di Terengganu itu. termasuk mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam. Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di dalamnya akan dibetulkan supaya sesuai dengan PEJYD . Singapura. daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan ce takan kedua pada tahun 1989 (12). Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (11)(1998). Kemudian. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi(10)yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan penggunaan buku cetakan pertama tahun 1988. yang terdiri daripada wakil -wakil jabatan kerajaan. vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) ini telah diterima dengan pelbagai reaksi oleh pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata. vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu. Brunei Darussalam. dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9 -11 April 1984 di Terengganu. v) Dalam tahun 1987. dan Thailand (7).

Dengan terbitnya daftar ini kelak.2. hlm.Sebagai kesimpulannya.1. 3. (Kertas Kerja 1984. . 3.4. Dengan itu. iaitu maklumat yang tidak terdapat dalam Jawi Za'ba. (iii) mengadakan ya ng tiada. iaitu (i) mengekalkan yang sudah kemas.Dasar penyempurnaan ejaan jawi: Dasar penyempurnaan ejaan Jawi tahun 1986 cukup jelas. Perkara ini dilihat dari sudut sistem huruf sebagai sistem bagi lambang bunyi atau lambang fonem. rumusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP sebagaimana yang diterima oleh Konvensyen Tulisan Jawi (1984) itu "bukanlah menghasilkan sesu atu sistem ejaan Jawi yang baru yang sama sekali menyimpang daripada sistem ejaan sekarang. iaitu mewujudkan sistem ejaan Jawi untuk keperluan masa kini dan keperluan masa depan dengan berlandaskan sistem ejaan Jawi yang sedang digunakan. Kedua dua aspek "pembaikan" dan "tambahan" ini disifatkan sebagai kebaikan kebaikan PEJYD yang disimpulkan sebagai melebihi s istem ejaan lama.Dalam kertas kerja ini. 1). ternyatalah kepada kita dua kumpulan maklumat yang baru di dalamnya. dan (v) mengemaskan yang longgar. yakni yang disusun oleh Almarhum Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba). maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi semua bentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat d iselesaikan dan disebarkan. Proses penyempurnaan terhadap Jawi Za'ba itu dilakukan dengan lima kegiatan atau perkara (13). 1949).Dengan landasan yang demikian. 3. apabila diteliti PEJYD dengan saksama. 3. 3. Contoh-contoh ejaan lama yang disenaraikan di sini boleh berupa ejaan Jawi Za'ba atau ejaan yang tidak disenaraikan dalam Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) Za'ba tahun 1949 tetapi digunakan sebagai ejaan Jawi Lama. Ciri-ciri Utama Dalam Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986). kami akan menampilkan kaedah atau aturan yang berupa "pembaikan" dan "tambahan" yang menjadikan Jawi Za'ba itu lebih sempurna sebagaimana yang termaktub dalam PEJYD . Maklumat yang dimaksudkan itu ialah kaedah atau aturan yang berupa "pembaikan" dan kaedah atau aturan yang berupa "tambahan" kepada Jawi Za'ba. Sebaliknya yang dihasilkan hanyalah Sistem Ejaan Jawi Za'ba yang diperkemas dan dinyatakan semula dengan perkataan baru".dasar dan kata terbitan yang terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. (iv) menjelaskan yang kabur. dan bukan huruf sebagai ejaan atau tulisan semata -mata.3. (ii) melengkapkan yang kurang. landa san yang digunakan bagi usaha penyempurnaan ejaan Jawi ialah Jawi Za'ba (1941.

4. Ini sama dengan Jawi Za'ba. [h] ha (simpul). iaitu [p] pa. iaitu. [t] ta dan ta marbutah.1. terdapat tiga huruf yang biasa digunakan sebagai lambang hentian glotis penutup suku kata atau di akhir kata. [c] ca. [w] wau dan [y] ya. [j] jim. iii) Bunyi konsonan jati Melayu hentian glotis [?] dilambangkan dengan huruf hamzah (di awal) atau huruf qaf (di akhir). Ini lebih lengkap daripada Jawi Za'ba. [ny] nya dan [ng] nga. Tidak ada kekecualian dalam aturan ini. Dalam PEJYD .Pelambangan Konsonan. Kesemuanya terdapat 37 huruf. 4. Dalam Jawi Za'ba / Lama. ii) Lima bunyi konsonan jati dilambangkan dengan huruf Arab yang diubahsuai tanda titiknya. [s] sin. [k] kaf. iaitu [b] ba. malah. [n] nun. Perinciannya: a) Menggunakan huruf ( ) sahaja sebagai lambang bagi bunyi hentian glotis di akhir kata jati bahasa Melayu. Contohnya: . Huruf qaf dipilih kerana sudah banyak penggunaannya dalam Jawi Lama. iaitu hampir kesemuanya dengan pelambangan satu lawan satu antara huruf dengan fonem atau bunyi. iaitu huruf qaf. [m] mim. Ini pembaikan kepada Jawi Za'ba / Lama. Pelambangan Bunyi atau Fonem. [r] ra. [d] da. huruf Jawi lebih lengkap untuk melambangkan semua fonem atau bunyi Melayu jati dan bunyi atau fonem pinjaman yang ada dalam bahasa Melayu moden kini. Perinciannya: i) Tiga belas konsonan jati Melayu dilambangkan dengan 13 huruf daripada bahasa Arab.seolah-olah konsonan hentian glotis itu mempunyai tiga nilai bunyi yang berbeza. lebih kaya daripada huruf Arab sendiri. [g] ga. kaf dan hamzah yang ketiga -tiganya digunakan tanpa aturan yang tertentu -. semua 30 huruf daripada tulisan Arab klasik dan tujuh yang disesuaikan bentuknya daripada huruf Arab. [l] lam. Ini sama dengan Jawi Za'ba. Kesemua fonem konsonan jati dan fonem pinjaman yang terdapat dalam bahasa Melayu moden kini dapat dilambangkan oleh huruf -huruf Jawi dalam PEJYD .

huruf kaf digunakan sebagai lambang bagi konsonan [k] (bukan hentian glotis.Rumi Budak Baik Pokok Za'ba PEJYD Berikutan aturan itu. Dengan aturan baru dalam PEJYD ini. khusus bagi hamzah di antara kata sendi [di dan ke] atau awalan [di-. Contoh: Rumi Di atas Ke atas Diatasi Keagamaan Seagama Za'ba/Lama PEJYD Hamzah diletakkan di tengah baris. ke. Ini pembaikan terhadap Jawi Za'ba/Lama. dan bukan di atas alif atau di bawah alif atau di atas garis dasar. di samping penggunaan huruf kaf dan qaf bagi kata -kata tertentu.dan se-] dengan kata dasar yang bermula dengan vokal). Manakala huruf hamzah (yang melambangkan hentia n glotis) hanya terdapat di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab. dapat dikenal dengan mudah asal sesuatu kata (etimologi) dalam bahasa Melayu dengan cuma melihat kepada huruf akhir kata tersebut sama ada kaf atau qaf atau hamzah. tetapi plosif lelangit lembut tak bersuara) di akhir kata bahasa Inggeris dan bahasa -bahasa Eropah yang lain. b) Menggunakan huruf hamzah sebagai lambang hentian glotis Melayu yang membuka suku kata kedua yang bermula den gan vokal (yakni. Ini suatu kebaikan bagi kaedah mengajar dan belajar Jawi baru. .

ain. maka terpaksalah disediakan huruf-huruf Rumi yang sesuai yang dapat melambangkan kesemua bunyi Arab yang disusun menurut kaedah transliterasi yang berbeza daripada huruf Rumi biasa. ha. Kaedah huruf Rumi transliterasi ini dapat juga dilihat dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi (14)tahun 1984. Semua kata daripada bahasa Arab yang mengandungi huruf -huruf ini diterima dan dikekalkan huruf dan bentuk ejaan katanya dalam bahasa Melayu. 4. kha. dan ya. Jawi Za'ba/Lama menggunakan sama ad a huruf ba atau wau atau fa tanpa aturan yang jelas. syin dan fa digunakan juga untu k melambangkan bunyi daripada bahasa Inggeris dan Eropah [z]. Huruf baru va ini dicipta sebagai padanan bagi huruf rumi [v] untuk menulis atau mengeja kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa bahasa Eropah lain yang menggunakan aksara Latin yang mengandungi huruf tersebut. zo. wau.iv) Empat belas fonem atau bunyi konsonan Arab yang diterima menjadi bunyi pinjaman dalam bahasa Melayu ialah yang dilambangkan dengan huruf tha. Dalam sistem Jawi. Huruf zai.2. zai. zal. to. v) Fonem [v] pinjaman daripada bahasa Inggeris dilambangkan dengan huruf baru va. kecuali beberapa kata yan g disesuaikan ejaannya (hurufnya) dan bentuknya dengan kaedah sebutan Melayu jati. bagi menuliskan atau mengeja istilah agama Islam. Ini tambahan kepada Jaw i Za'ba. Ini sama dengan Jawi Za'ba/Lama. tidak dibezakan nilai panjang atau pendek bunyi vokal . iaitu wau bertitik di atas ( ). [sy] dan [f] satu per satu. dod. dan qaf. syin. iaitu alif. Sehinggakan.Pelambangan Vokal: i) Enam fonem vokal Melayu dalam PEJYD dilambangkan dengan tiga huruf Jawi seperti dalam Jawi Za'ba. Ini menjadikan tulisan Jawi memiliki sistem abjad dan sistem huruf yang lebih lengkap daripada abjad dan sistem huruf Rumi. apabila semua huruf Jawi tersebut diperlukan padanannya dalam ejaan Rumi. sod. Contoh: Rumi Visa Universiti Subversif Za'ba/Lama PEJYD vi) Semua huruf Jawi yang berasal daripada tulisan bahasa Arab digunakan dalam PEJYD . ghain. fa. seperti [s] bagi sod.

iaitu sebagai padanan bagi huruf [e] yang melambangkan bunyi pepet pada akhir perkataan. khususnya yang terdapat pada akhiran -isme dan -ase dalam kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Perincian: a) Vokal [a] dilambangkan dengan alif jika di awal kata dasar atau pada suku kata terbuka. tetapi dilambangkan dengan alif-ya apabila di awal kata dasar. d) Vokal [u] dan [o] dilambangkan dengan huruf wau pada semua suku kata terbuka atau suku kata tertutup. Contoh: Rumi Rasionalisme Idealisme Amilase Lipase Za'ba/Lama PEJYD Fungsi tambahan ya tanpa titik dalam PEJYD ini sama sekali tidak menjejaskan fungsinya yang sedia sebagai alif maqsurah yang diterima . diterima dalam PEJYD menjadi huruf yang berbeza fungsinya daripada huruf ya biasa (ya bertitik). tetapi dilambangkan dengan alif-wau apabila di awal kata dasar. e) Vokal [a] dan pepet tidak dilambangkan dengan alif jika terletak dalam suku kata tertutup (pola KVK). Ini memperkemaskan Jawi Za'ba/Lama.seperti yang terdapat dalam sistem bunyi vokal bahasa Arab. Ya tanpa titik ini diberi satu fungsi tambahan. ii) Huruf ya tanpa titik (alif maqsurah). c) Vokal [i] dan [e] dilambangkan dengan huruf ya pada semua suku kata terbuka atau suku kata tertutup. iaitu . b) Alif yang melambangkan vokal pepet (iaitu sama ada sebagai satu suku kata atau sebagai permulaan suku kata) hanya hadir di kedudukan awal kata dasar. Ini tambahan kepada Jawi Za'ba/Lama.

Dengan ini juga. diftong [au] dilambangkan dengan alif -wau. Ini menyebabkan huruf wau boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik bentuknya.kepada tiga sahaja. Dengan ini juga. kita mengurangkan fungsi huruf ya. vokal [i]. iaitu cuma bagi lambang vokal dan konsonan. huruf ya tanpa titik dalam PEJYD melambangkan dua fonem vokal: (i) Sebagai lambang vokal [a] panjang di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab dan (ii) sebagai lambang vokal pepet di akhir kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. diftong [au] menggunakan huruf wau yang digunakan juga bagi vokal [u] dan [o]. dan diftong [ai] -. 4. vokal [u].kepada tiga sahaja. dalam Jawi Lama. vokal [o]. Dengan menggunakan alif -ya sebagai lambang diftong [ai].Pelambangan Diftong: i) Dua daripada tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu dilambangkan dengan huruf baru dalam PEJYD . iaitu daripada empat bunyi -konsonan [y]. Ini memperkemas aturan dalam Jawi Za'ba/Lama. vokal [e]. Contoh: Rumi Petai Peti Kulai Kuli. kita juga mengurangkan fungsi huruf wau. Diftong [ai] dilambangkan dengan alif-ya. dapatlah kita bezakan . Dengan menggunakan alif -wau sebagai lambang diftong [au]. dan diftong [au] -. Ini menyebabkan huruf ya boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik sifatnya.3. kole Za'ba/Lama PEJYD b) Begitu juga. iaitu daripada empat bunyi -. dibezakan dengan jelas homogra f yang mengandungi diftong [ai] daripada yang mengandungi vokal [i] atau [e]. Diftong [oi] ditulis dengan hur uf wauya. Perincian: a) Dalam Jawi Lama. (Allah Dengan ini. diftong [ai] menggunakan huruf ya yang digunakan juga bagi vokal [i] dan [e].dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab seperti Taala) dan (Musa). iaitu cuma sebagai lambang bagi vokal dan konsonan.konsonan [w].

khas . hal . ii) Semua kata ekasuku yang berasal daripada bahasa Arab dikekalkan bentuknya yang asal: Sama ada dengan huruf vokal atau tanpa huruf vokal. Dalam Ejaan Jawi Lama. kad . plat . Perincian: i) Semua kata ekasuku tertutup dengan vokal [a] dieja dengan huruf alif.1. Contoh: Sah . 5. dan . Pengejaan Kata Dasar: PEJYD menyelaraskan dan mengurangkan penggunaan aturan yang berbagai bagai atau yang banyak bagi mengeja kata -kata dalam sesuatu kategori pola ejaan yang sama yang terdapat dalam Jawi Za'ba/Lama. ada kata yang tanpa alif. kecuali daripada bahasa Arab. Ini menyelaraskan aturan Jawi Za'ba/Lama. Contoh: Rumi Lampau Lampu Kilau Kilo Za'ba/Lama PEJYD Menggunakan bentuk ejaan yang berlainan bagi dua kata yang sebutan dan maknanya berbeza tentulah lebih mudah daripada hendak menentukan sebutan dan makna bagi kata homograf dengan semata-mata berdasarkan penggunaan dalam konteks ayat.homograf yang mengandungi diftong [au] daripada yang mengandungi vokal [u] atau [o] dengan jelas. jam . dam . .Ejaan Kata Ekasuku: PEJYD memperkenalkan aturan ejaan kata ekasuku yang berpola KVK yang mudah berbanding dengan ejaan Jawi Za'ba/Lama. dam (sejenis perma inan). mad . 5. iaitu bagi semua kata Melayu Jati dan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Contoh: Wang . bab . ada kata yang menggunakan alif.

lebih mudah dimengerti. Jawi Za'ba/Lama itu bersistem atau berperaturan. 5. kecuali bagi beberapa kata tertentu daripada bahasa Arab dan beberapa kata Melayu ejaan klasik sahaja (15). iaitu berdasarkan jenis vokal (keenam-enam vokal) di kedua-dua suku kata yang terlibat. ra.Ejaan Kata Dasar Berpola KV-KV Dalam PEJYD dirumuskan lima aturan pengejaan kata dasar yang berpola KV-KV ini. . yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu (16). akibatnya.Ejaan Kata Dasar Dua Suku Kata: Perkara pokok yang menarik perhatian kita dalam sistem ejaan Jawi ialah tentang penggunaan huruf vokal alif. tertutup atau terbuka. Aturan ini diperlukan kerana sudah banyak terdapat kata ekasuku daripada bahasa asing. lebih seragam sifatnya. berertilah bahawa semua kata ekasuku tertutup ditulis dengan huruf vokal. Ini semua menjadi beban bagi ingatan dalam proses pembelajaran Jawi dan. wau atau nga. ada yang menggunakan huruf alif. 5. ada yang tidak. yang pelbagai ragamnya dalam ejaan Za'ba/Lama.Dengan ini. Kami akan mempamerkan beberapa pembaikan atau penambahan yang dilakukan terhadap ejaan Ja wi Za'ba/Lama itu sekadarnya. pengguna yang tidak peka kerap membuat kesalahan mengeja huruf vokal tersebut.2. dan beberapa kriteria yang lain.1. Yang menjadi masalah pokok yang me mperlihatkan ketidakseragaman itu ialah kata yang mengandungi vokal [a]. wau dan ya dalam kata dasar dua suku kata. Kata-kata tersebut perlu diperlihatkan bentuk visualnya dalam ejaan Jawi yang seharusnya sejajar cara p elambangan vokalnya dengan bentuk visual dalam ejaan rumi. jika diteliti dengan saksama. terutama daripada bahasa Inggeris. huruf alif digunakan di kedua -dua suku kata sekiranya suku kata kedua bermula dengan huruf dal. Walaupun. tetapi sistem atau peraturan itu terlalu banyak ragamnya dan banyak pula mengandungi kekecualian yang berbagai -bagai. Perincian: i) Apabila KV-KV itu [Ka-Ka]. lam.2. Ini sama dengan Jawi Za'ba. dan lebih senang menulisnya atau menggunakannya. Sistem yang dirumuskan dalam PEJYD memperlihatkan aturan yang lebih sederhana bentuknya. iaitu ejaan menurut kaedah dal-ra-lam-wau-nga.

wau atau ya) digunakan dikedua -dua suku kata terbuka itu.2. maka huruf vokal (alif. [e-a]. wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja. v) Apabila KV-KV itu terdiri daripada suku kata pertama dengan vokal pepet. iv) Apabila KV-KV itu [KV-ka] atau [KV-ga]. iaitu lanjutan daripada kaedah dal -ra-lamwau-nga. Ini sama dengan Jawi Za'ba. 5. ii) Apabila KVK-KV itu [KaK-ka] atau [KaK-ga] (iaitu suku kata kedua mengandungi huruf konsonan kaf atau ga). [u-i].ii) Apabila KV-KV itu [Ka-Ka] juga. [i-i]. [uu]. maka huruf vokal (alif. wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja. maka huruf vokal (alif. [u-a]. [e-o]. [o-e] atau [o-o]). maka huruf vokal (alif. Ini menyelaraska n dan mempermudah pelbagai aturan yang terdapat dalam Jawi Za'ba/Lama. wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sa haja. huruf alif digunakan di suku kata pertama sahaja sekiranya suku kata kedua tidak bermula dengan huruf konsonan dal. lam. wau atau nga. Ini sama dengan ejaan Za'ba/Lama. . [i-a]. ra. iii) Apabila KVK-KV itu bukan [KaK-ka] atau [KaK-ga] (iaitu gabungan vokal berpola [a -a]. iaitu suku kata kedua berupa konsonan kaf atau ga. [a-i] atau [a-u] dengan konsonan di suku kata kedua bukan kaf atau ga). maka huruf vokal (alif. maka huruf vokal tidak digunakan di kedua -dua suku kata. Perincian: i) Apabila KVK-KV itu mengandungi vokal pepet di suku kata pertama. iaitu ejaan menurut kaedah ka ga. [a-u]. iii) Apabila KV-KV itu bukan [Ka-Ka] (iaitu gabungan vokal berpola [a-i]. wau atau ya) digunakan di suku kata yang pertama sahaja. Ini menyelaraskan atau menyeragamkan aturan ejaan Jawi Za'ba/Lama.Ejaan Kata Dasar Berpola KVK-KV: Dalam PEJYD dirumuskan lima aturan pengejaan kata dasar yang berpola KVK-KV. [i-u].2. Ini menyeragamkan ejaan Jawi Lama. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba/Lama. [o-a]. Ini menyeragamkan ejaan Jawi Lama.

3. [i-u]. [u-a]. huruf vokal (alif) tidak digunakan di kedua-dua suku kata. v) Huruf vokal digunakan di kedua -dua suku kata KV-KVK bagi pola yang berikut: [a-i]. v) Apabila KVK-KV itu bukan [KVK-ka] atau [KVK-ga] (iaitu gabungan vokal berpola [i -a]. Ini sama dengan Jawi Za'ba . iii) Apabila KV-KVK itu [Ke-KaK]. [a-u]. Perincian: i) Bagi pola V-KVK. vi) Huruf vokal digunakan di kedua -dua suku kata yang berpola KV-VK (iaitu urutan dua vokal di tengah kata dasar). Ini sama dengan Jawi Za'ba. [u] atau [o] di suku kata pertama. V-KVK. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba.2. 5.4. [o-a]. [u-i]. [i-u]. wau atau ya) digunakan di kedua-dua suku kata. [o-o]. [o-e].Ejaan Kata Dasar Berpola V-VK. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba. Ini sama dengan Jawi Za'ba/Lama. [e-o]. [u-i] dan [u-u]. huruf vokal (alif. Ini menyelaraskan beberapa pengejaan kata dalam Jawi Za'ba/Lama. [i-i]. [e-e]. [e-o]. Ini menyelaraskan dan mempermudah pelbagai aturan yang terdapat dalam Jawi Za'ba/Lama. alif-wau atau alif-ya) digunakan di suku kata pertama sahaja sebagai pemula kata. maka huruf vokal (wau atau ya) digunakan di suku kata pertama sahaja. ii) Apabila KV-KVK mengandungi vokal [a] di suku kata kedua.2. 5. maka huruf vokal (alif. huruf vokal digunakan di suku kata pertama sahaja sekiranya vokal yang pertama bukan pepet. [u-u]. iv) Apabila KV-KVK mengandungi vokal pepet di suku kata pertama. [e-a]. huruf vokal (wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja sekiranya vokal di suku kata kedua ini bukan [a]. KV-VK dan KV-KVK: Sejumlah enam aturan pengejaan kata dasar yang berpola KV KVK dirumuskan dalam PEJYD . [i-i]. [e]. [o-e] atau [o-o]).Ejaan Kata Dasar Berpola VK-KVK dan KVK-KVK: .iv) Apabila KVK-KV itu [KVK-ka] atau [KVK-ga] (iaitu suku kata kedua mengandungi konsonan kaf atau ga) dengan vokal [i].

iii) Apabila vokal [a] atau pepet terdapat di suku kata pertama sahaja. 5. v) Bagi pola VK-KVK. huruf vokal (wau atau ya) hanya digun akan di suku kata pertama (iaitu pola [i-a]. i) Untuk penjelasan tentang diftong. [e-o]. [u-a] dan [o-a]). Homograf dihapuskan bagi membezakan bunyi diftong [ai] .Penghindaran Bentuk Homograf: Pengejaan kata dasar dwisuku dalam PEJYD telah menampilkan dua rumusan yang memberi manfaat kepada sistem ejaan Jawi ini dan penggunanya dari segi mengurangkan bentuk homograf dengan tujuan untuk menghindarkan kekeliruan bacaan dan pengenalan makna kata. [a-o]. [pepet-i] dan [pepet-u]). [a-e]. vi) Huruf vokal digunakan di kedua-dua suku kata VK-KVK sekiranya kata tersebut tidak mengandungi vokal [a] atau pepet. Ini sama dengan Jawi Za'ba. lihat bahagian Pelambanga n Diftong. [o-o]. [o-e].3. [a-u]. Perincian: i) Huruf vokal tidak digunakan di kedua -dua suku KVK-KVK apabila kedua-duanya mengandungi sama ada vokal [a] atau pepet. iv) Apabila kata yang berpola KVK -KVK tidak mengandungi vokal [a] atau pepet. Ini menyelaraskan pengejaan beberapa kata dalam Jawi Za'ba. alif-wau atau alif-ya) digunakan di suku kata pertama sahaja sebagai pembuka kata sekiranya suku kata kedua mengandungi vokal [a] atau pepet. ii) Apabila vokal [a] atau pepet terdapat di suku kata kedua sahaja. [i-u]. Ini menyelaraskan pengejaan beberapa kata dalam Jawi Za'ba. [e-a]. [u-i] dan [u-u]). [i-i]. serta yang mempertentangkan vokal [u] atau [o] dengan diftong [au]. maka huruf vokal (wau atau ya) digunakan di kedua-dua suku kata tertutup itu (iaitu pola [e -e].Dalam PEJYD dirumuskan sejumlah empat aturan pengejaan kata dasar yang berpola VK-KVK dan KVK-KVK. huruf vokal (wau atau ya) hanya digunakan di suku kata kedua (iaitu pola [a-i]. huruf vokal (alif. dan (ii) penghapusan homograf yang mempertentangkan vokal [i] atau [e] dengan diftong [ai]. Dua rumusan tersebut ialah (i) penghapusan homograf yang mempertentangkan vokal [a] dengan pepet.

dan dilambangkan dengan ya tanpa titik apabila mengakhiri kata. dan dilambangkan dengan alif dalam suku kata tertutup untuk membezakannya daripada pepet bagi kasus homograf dalam ejaan Jawi Za'ba. 5. dan suku kata akhir terbuka menurut kaedah dal -ra-lam-wau-nga.4. Vokal pepet hanya dilambangkan dengan alif apabila membuka kata. . iaitu khusus bagi kasus homograf yang mempertentangkan vokal [a] dengan vokal pepet. Contohnya: Homograf yang dieja bagi guli dan gulai dieja semula menjadi: = guli = gulai ii) Homograf dikurangkan dengan cara membezakan ejaan bagi kata yang berlainan maknanya. Contohnya: Homograf bagi lantik dan lentik dieja semula menjadi: = lantik = lentik Pengemasan yang dibuat ialah dengan menggunakan huruf alif sebagai lambang bagi vokal [a] di suku kata tertutup untuk membezak annya daripada vokal pepet yang tidak dilambangkan dengan huruf (17).Rumusan Pengejaan Kata Dasar Dwisuku: Daripada perincian tentang aturan penulisan huruf vokal dalam kata dasar dua suku kata yang dipaparkan di atas itu dapatlah diringkaskan sistem pelambangan vokal dan penggunaan huruf vokal Jawi pada kata dasar dwisuku terbuka dan tertutup itu kepada kaedah yang berikut: i) Vokal [a] dilambangkan dengan alif di semua suku kata terbuka.dan [au] dengan bunyi vokal [i] atau [e] dan [u] atau [o]. ii) Vokal pepet tidak dilambangkan dengan huruf di semua posisi t engah terbuka atau di suku kata tertutup. kecuali apabila membuka kata atau membuka suku kata. Ditetapkan diftong dieja dengan alif-ya [ai] dan alif-wau [au] yang dibezakan daripada vokal ya [i] atau [e] dan wau [u] atau [o]. kecuali suku kata akhir dengan kaf atau ga. Vokal [a] tidak dilambangkan dengan huruf di semua suku kata tertut up.

tidaklah terpakai lagi aturan-aturan yang terbukti telah begitu banyak menjadikan sistem ejaan Jawi Lama lebih rumit dan membebankan ingatan. semestinya.Ejaan Kata Dasar Tiga Suku Kata atau Lebih: i) Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam PEJYD . kaedah pengejaan kata dasar tiga suku kata atau le bih tidak berbeza dengan kaedah dalam ejaan Jawi Za'ba/Lama. Antara kaedah yang lupus itu termasuklah aturan-aturan (i) dal-ra-lam-wau-nga dengan ba. (iii) pola KVr -KV dengan ta. kata pinjaman daripada bahasa Arab). Huruf yang digunakan ialah wau. Kaedah yang digunakan ialah dengan menetapkan bahawa aturan penggunaan huruf vokal pada dua suku kata yang terakhir perlulah selaras dengan aturan bagi kata dasar dua suku kata. ta. . iv) Kaedah-kaedah yang disebut pada (i) hingga (iii) di atas merupakan rumusan perkaedahan dalam PEJYD yang menggantikan kepelbagaian aturan dan kaedah yang terdapat dalam ejaan Jawi Za'ba. (iv) pola Kur-KV dengan ba. (v) pola Ker-KV dengan ta. Dengan ini. (ii) dal-ra-lamwau-nga dengan ra. ii) Yang perlu diperkemas ialah pengejaan semula beberapa kata tertentu supaya sesuai dengan keseluruhan sistem penggunaan huruf vokal bagi kata dasar dua suku kata. lebih baik dieja semula dengan huruf ya atau wau di suku kata pertama (kecuali. [e]. 5. ya. nun. Bagi kasus tiga suku kata. dan (vi) pola KuK -KuK menjadi [KKKuK]. [u] dan [o] perlu dilambangkan dengan huruf vokal di semua suku kata terbuka atau tertutup. pola [Ki -Ka-Ka] atau [Ku-Ka-Ka]. jim. ba. sekadar contoh. alif-ya atau alif-hamzah menurut kedudukan dan fungsi masing-masing. buka semua mesti ditulis tanpa huruf vokal di suku kata pertama. ya. ca. Rumusan ini dengan sendirinya melupuskan aturan -aturan yang pelbagai dalam kaedah ejaan Jawi Lama itu. jim. Penggunaan huruf pada suku kata yang lain harus terikat kepada ejaan yang telah ada. alif-wau. sim. Antara kaedah lama yang dikekalkan dalam PEJYD ialah kaedah dal-lam-ra-wau-nga bagi pola [Ka-Ka] dan kaedah ka-ga bagi semua pola suku kata.iii) Vokal [i]. dan KVm-KV dengan ba.5. ga.

Perincian: a) Akhiran hamzah-nun ditambah selepas alif di akhir kata dasar.6. Dalam ejaan lama. serta akhiran -an dan -i yang sering menimbulkan masalah dalam ejaan Jawi Lama.(huruf dal). bergantung kepada jenis huruf akhir pada akhir kata dasar yang ditetapkan.dan kata depan di dan ke. Dengan ini. Contoh: Buru menjadi buruan . ke. penyebatian atau perangkaian antara awalan dengan kata dasar diperlihatkan dalam bentuk sisipan huruf hamzah selepas huruf alif. Ejaan Kata Terbitan: Pada umumnya. ke. Tujuannya untuk mengelakkan kekeliruan pembacaan. iaitu dengan menggunakan akhiran (a) hamzah -nun atau (b) alif-nun. rumusan yang dibuat dalam PEJYD tentang penulisan kata berimbuhan atau kata terbitan adalah sama dengan yang terdapat dalam ejaan Jawi Za'ba. ejaan kata dasar berubah apabila menerima akhiran sehingga menyebabkan wujud dua bentuk ejaan bagi sesuatu kata dasar. Contoh: cela menjadi celaan . Pembaikan atau pengemasan yang ketara dalam PEJYD ialah tentang penulisan awalan di-. Contoh: Kata Dasar (atas) (atas) (utara) (indah) (indah) Kata Berawalan (di atas) (diatasi) (ke utara) (seindah) (keindahan) ii) Ejaan kata terbitan dengan akhiran < -an> : Dikurangkan aturannya daripada empat cara yang dalam ejaan Jawi Lama kepada tiga cara sahaja. atau (c) nun. ejaan kata dasar tidak berubah apabila menjadi kata yang berimbuhan.dan se. . Ini memperkemas aturan ejaan Jawi Za'ba. bagi kata dasar yang bermula dengan vokal. i) Awalan di. b) Akhiran alif-nun ditambah selepas wau di akhir kata dasar.(huruf kaf) dan se. Dalam hal ini.(huruf sin) serta kata depan di (huruf dal) dan ke (huruf kaf) perlu dirangkaikan dengan kata dasar seperti merangkaikan awalan dengan kata dasar dalam ejaan Rumi.

c) Akhiran nun ditambah selepas ya dan semua konsonan yang lain. surat menjadi suratan . dan bukan nama huruf huruf tersebut. Perincian: a) Kata-kata istilah agama Islam dieja seperti bentuk asalnya (dalam ejaan Arab). . Pedoman ini menetapkan penulisan singkatan dalam huruf Jawi yang didapati selaras dengan cara menulisnya dalam ejaan Rumi dari segi penggunaan tanda titik. terutama istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris. Kata -kata tersebut ialah kata-kata yang asalnya dieja menurut kaedah ba ris (19). Contohnya: Teks . v) Ciri khusus dalam PEJYD ialah pengekalan aturan-aturan ejaan lama dan pengejaan beberapa kata yang sudah mantap penggunaannya. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba. b) Kata-kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama digunakan sebagai kata umum dalam bahasa Melayu dieja seperti ejaan bahasa Melayu. Beberapa Pembaikan dan Penambahan Lagi: Dalam PEJYD terdapat beberapa aturan mengeja yang lain lagi yang bertujuan membaiki dan mengemaskan sistem ejaan Jawi Lama. aturan pengejaan gugus konsonan diadakan yang bertujuan memudahkan pembacaan dan penyebutan. 7. Gugus konsonan di akhir kata ditulis dengan memisahk an huruf yang bergugus itu. Contoh: tari menjadi tarian . dan (ii) menggunakan tanda sempang ( -) apabila mengulang sebahagian kata (18). iv) Satu rumusan yang agak menarik perhatian kita dala m PEJYD ialah tentang penulisan huruf singkatan. tetapi singkatan yang digunakan ialah huruf-huruf dalam abjad Jawi. i) Dalam penulisan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. iaitu (i) menggunakan tanda angka dua bagi menulis ulangan keseluruhan kata. iii) PEJYD memantapkan aturan ejaan kata pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab yang dikategorikan kepada penggunaannya dalam konteks agama dan bukan agama. ii) Pengejaan kata ulang diselaraskan menjadi dua cara supaya tidak salah baca.

seperti yang berikut: i) DBP bertanggungjawab menyediakan pedoman PEJYD dan menerbitkannya untuk kegunaan masyarakat. iii) DBP menerbitkan buku-buku yang dalam tulisan Jawi dengan menggunakan PEJYD . Dewan Bahasa dan Pustaka juga bukanlah pihak yang secara tidak langsung bertanggungjawab melaksanakan penggunaan PEJYD dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau maktab perguruan. Penyebaran Penggunaan Ejaan Jawi ( PEJYD ): 8.4. dan ceramah yang diadakan untuk tujuan penyebaran.Pada umumnya. ii) DBP bertanggungjawab memantapkan pedoman tersebut dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan perkembangan bahasa Melayu. serta membantu pengguna mempelajarinya dan menyebarkan penggunaannya. Buku-buku yang diterbitkan ialah buku agama.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terlibat dengan perancangan dan kawalan pelaksanaan penggunaan PEJYD di sektor pendidikan kerana perkara ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri. tugas dan tanggungjawab DBP dalam pembinaan dan pengembangan ejaan Jawi adalah. tidak ada masalah besar yang dihadapi oleh DBP berkaitan dengan pedoman tersebut.2. 8. antara lain. Hanya dalam tahun 1991 ini sahaja baru timbul masalah .8. dan akan menerbitkan beberapa buku umum dan buku kanak kanak.PEJYD sudah disebarkan kepada masyarakat umum sejak tahun 1986 lagi. iv) DBP mengadakan kegiatan penyebaran maklumat tentang PEJYD untuk masyarakat.1. Akhbar Utusan Melayu juga turut menerbitkan tulisan yang menjelaskan PEJYD secara bersiri walaupun akhbar tersebut belum menggunakan sistem baru ini secara menyeluruh. 8. Dewan Bahasa dan Pustaka terus menyebarkan maklumat tentang PEJYD ini apabila diperlukan oleh masyarakat. perkembangan Ilmu. dan perkembangan sistem pendidikan yang maju. 8. Penjelasan tentang sistem ini dibuat melalui tulisan-tulisan di dalam majalah-majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.3.Kerjasama DBP dengan pihak pelaksana PEJYD di sektor pendidikan: i) Semenjak PEJYD diterbit dan disebarkan pada tahun 1986.

yang agak besar apabila Maktab Perguruan Islam membuat ulasan terhadap PEJYD itu. Daftar 1989).2." "5.3. Maktab Perguruan Islam juga bersetuju mematuhi dan akan me laksanakan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ini dalam pengajaran dan pembelajaran di maktab tersebut." ." "5. mesyuarat merumuskan empat perkara sebagai persetujuan bersama (seperti di perenggan 8. Bahagian Pendidikan Islam.Dipersetujui bahawa cadangan untuk meneliti semula beberapa aturan tertentu dalam Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dengan tujuan memantapkannya akan dibuat secara berasingan. ii) Usaha untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Maktab Perguruan Islam dibuat dengan mengadakan mesyuarat khas di DBP pada 24 Julai 1991. Pusat Perkembangan Kurikulum. iaitu Bahagian Pendidikan Guru.5 di bawah). dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh DBP dan hampir semua pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan penggunaan ejaan Jawi di sekolah dan maktab perguruan. khususnya.Dipersetujui supaya kaedah mengajar di Maktab Perguruan Islam.Keputusan Mesyuarat pada 24 Julai 1991 di DBP tentang pelaksanaan penggunaan PEJYD di sektor pendidikan (dipetik sepenuhnya daripad a Minit Mesyuarat yang berkenaan): "5. diubahsuai supaya dapat menyampaikan pedoman Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan . dan Maktab Perguruan Islam. 8. Bahagian Pendidikan Guru.1.Semua Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan penggunaan ejaan Jawi bersetuju melaksanakan penggunaan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (Pedoman 1986. Oleh sebab itu.5. Perkara ini tidak ada hubungannya dengan persetujuan untuk melaksanakan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang sudah dipersetujui. Bahagian-bahagian yang terlibat itu ialah Bahagian Pendidikan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan kegiatan ini setelah mendapat maklumat yang lengkap daripada pihak -pihak yang ingin mencadangkan pemantapan pedoman tersebut. Setelah membahaskan masalah yang dikemukakan oleh Maktab Perguruan Islam.

sedangkan pihak -pihak pelaksana yang lain di Kementerian Pendidikan telah menerima. Hujah hujah tentang betapa perlunya kaedah -kaedah tersebut ditinjau semula untuk tujuan pemantapan tidaklah hendak kami sebut di sini secara khusus." 9.3 pe tikan minit mesyuarat tersebut. tetapi kami suka mencadangkan supaya perkara tersebut dibahaskan oleh sebuah Jawatankuasa Tetap Ejaan Jawi yang ditubuh . Masalah tersebut timbul kerana pihak Maktab Perguruan Islam menolak PEJYD sebagai pedoman Jawi yang sah untuk digunakan di maktab tersebut.4. dan apabila setiap aturan yang terkandung di dalamnya difahami secara keseluruhannya. kaedah dan penjelasan tentang Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan untuk diedarkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang akan bersidang pada 14 Ogos 1991 yang akan datang. 10. Kesimpulan: Ringkasan daripada kertas kerja ini bermaksud yang berikut: i) Masalah yang ditimbulkan tentang ejaan Jawi baru -baru ini ialah masalah "pelaksanaan" di sektor pendidikan dan bukan masalah "isi" pedoman PEJYD ."5. Pelaksana dan pengguna harus bersikap terbuka dan mencari kaedah untuk memahami dan menggunakan sesuatu yang baru yang dipersetujui sebagai kaedah yang lebih baik daripada yang lama. menggunakan dan menyebarkan PEJYD itu. ii) PEJYD dipersetujui sebagai pedoman yang lebih sempurna berbanding dengan sistem ejaan Jawi yang lama. Perkara ini telah dibuktikan dengan sistem ejaan Rumi.Dewan Bahasa dan Pustaka akan menulis satu kertas ringkas tentang latar belakang. Pemantapan akan berlaku dalam proses penggunaannya. Kebenaran tentang perkara ini akan diperoleh apabila falsafah dan matlamat penyempurnaan sistem tersebut difahami sebenar-benarnya. Merujuk kepada persefahaman yang dibuat dalam mesyuarat di DBP pada 24 Julai 1991. Usul: 1. kami ingin mengemukakan beberapa perkara yang bersabit dengan kaedah-kaedah dalam PEJYD yang telah dikenal pasti sebagai kaedah-kaedah yang perlu diperkemas dan dipermantap. iii) DBP berpendapat. khususnya tentang perkara 5. sesuatu sistem ejaan memerluka n masa yang lama sebelum dapat digunakan dengan baik dan sebelum sistem itu sendiri mantap. bukan secara berpecah -pecah.

]. 7. Antara penerbitan tentang ejaan Jawi yang diusahakan oleh Major Dato' Mohd. III. Mengusulkan supaya pihak-pihak yang berkuasa kerajaan dan pihak pihak lain yang berkenaan atau berkepentingan mengambil langkah melaksanakan Keputusan-keputusan dan Usul-usul Kongres Tulisan Jawi tahun 1984 yang belum dilaksanakan. vi) Mengkaji dengan teliti untuk mengadakan peraturan penulisan kata majmuk dalam sistem ejaan Jawi. v. [Rujuk PEJYD . membina dan mengembangkan penggunaan tulisan Jawi di Malaysia. ii) Mengkaji semula penggunaan huruf dan cara penulisan singkatan dan akronim dalam Jawi.P. c. tahun 1941. v) Mengkaji semula pengejaan kata yang sudah disenaraikan dengan tujuan untuk mensahihkannya dan mengurangkan kategori kata yang dikecualikan daripada kaedah. vii. iii.Bm. iv) Mengkaji semula kaedah yang boleh digunakan bagi meyakinkan pengguna tulisan Jawi bahawa pemilihan huruf qaf adalah paling sesu ai sebagai lambang bagi bunyi hentian glotis di akhir kata -kata Melayu jati. perenggan II. Said Sulaiman ialah buku Panduan Bagi Hejaan P. (Kami menggunakan edisi . 1937. b. Catatan: 1.]. 2. 9. iii. a. 4. Sistem Ejaan Jawi Za'ba dapat dilihat dalam dua buah buku yang menjadi asas pedoman yang digunakan begitu meluas: (i) Pelita Bahasa Melayu Penggal I (Permulaan Nahu Melayu). 2. 4. diperturunkan kaedah-kaedah tersebut: i) Memperkemas aturan penulisan huruf hamzah supaya huruf hamzah menepati kedudukannya dan fungsinya sebagai lambang bunyi he ntian glotis. Untuk tujuan ini. iii) Memperkemas cara penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata atau akhir suku kata supaya lebih memantapkan bentuknya. vi. Singapura. d. Diraja. perenggan III.khusus dengan fungsi untuk berusaha memelihara. [Rujuk PEJYD . vii) Memantapkan beberapa aspek kaedah penulisan kata terbitan dengan awalan.B.

35 hlm. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sultan Idris Training College. 131. 1. 10. Lihat: Keputusan-Keputusan dan Usul-Usul Konvensyen Tulisan Jawi. 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. cetakan kedua. 401 hlm. 36 hlm. 9. 1958. Majalah Dian (Digest) ialah majalah bulanan yang diterbitkan ole h Syarikat Dian Sdn. Tuan Haji Abdul Razak bin Abdul Hamid. Ahli-ahlinya ialah: Prof. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. . 198 hlm. 13. 7.) dan (ii) Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Terutamanya akhbar Utusan Melayu dan majalah Utusan Qiblat . Tanjong Malim: Pejabat Karang Mengarang. 1986. Lihat: Kertas Kerja Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. cetaka n pertama. Daftar Ejaan Rumi-Jawi. Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan. cetakan pertama edisi kedua. Kuala Terengganu. 9-11 April 1984. 9-11 April 1984. Tuan Haji Muhammad Bukhari bin Lubis. 3. hlm. Kota Bharu Kelantan sejak tahun 1961. Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka dipengerusikan oleh Tuan Haji Hamdan bin Haji Abdul Rahman. cetakan pertama 198 hlm. 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1982. 1987. Bhd. 1988. Konvensyen Tulisan Jawi. Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan. Edisi Jawi menggunakan sistem ejaan yang memperkenalkan penggunaan huruf vokal alif.terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Ejaan Rumi-Jawi. 1989. Encik Awang Muhammad bin Amin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Madya Tuan Haji Amat Juhari bin Moain. Encik Arbak bin Othman. cetakan keempat. 1988. Buku edisi kedua ini memansuhkan buku edisi pertama tahun 1986. 1949. cetakan pertama. 8. 12. ya dan wau pada pola-pola tertentu sebagai pembaikan dan tambahan kepada sistem ejaan Jawi Za'ba. dan Puan Aminah binti Haji Harun. hlm. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia. 4. cetakan pertama edisi kedua.

sah dan syak. 16. Ejaan Jawi bagi kata-kata daripada bahasa Inggeris ini semuanya ditulis dengan huruf alif. termasuk kata ekasuku yang menggunakan gugus konsonan. itu. ada. Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP. pada. das. haj. atas nasihat para pakar. Setakat ini. lima. . tidak wujud homograf bagi kasus ini. ram. beta. dan menerima penggunaan tanda sempang bagi menulis kata ulang berimbuhan. Antara kata -kata lain yang dieja semula dengan sisipan alif termasuklah bam. 15. Tetapi. menerima penggunaan angka dua Arab ( ) bagi menulis kata ulang penuh. Dalam ejaan Rumi. khat. terdapat sejumlah 26 kata daripada bahasa Inggeris. Kata-kata daripada bahasa Arab tanpa alif yang dikekalkan termasuklah had. Kata nyah sepatutnya dieja dengan alif ( ). Rumusan Konvensyen Tulisan Rumi 1984 menetapkan supaya tidak menggunakan angka dua Arab ( ) bagi penulisan kata ulang. sang. dari. kita. Rumusan ini dimaktubkan dalam PEJYD (1987). maka. hak.. ini. Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989) menyenaraikan hampir 80 kata ekasuku tertutup yang memiliki vokal [a]. termasuk kata yang sudah lama terserap yang dieja tanpa alif dalam Jawi Za'ba/Lama. Daripadanya. 1984. dia. 19. iaitu (yang). Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia dan Daftar Ejaan Rumi-Jawi menyenaraikan lebih kurang 40 pasangan kata yang berpola KVK -KVK yang mempertentangkan vokal [a] dengan vokal pepet di suku kata pertama. 17. jika. Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi. Beberapa kata yang lain telah dieja semula menurut peraturan yang tidak dikecualikan. rap. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988. Jumlah sebesar ini akan memberikan semacam kekacauan dalam sist em Jawi sekiranya homograf bagi kasus ini dibiarkan kekal. 20 hlm. daripada dan manusia . rak. gam. cetakan kedua. ran. tar dan tas. ketika. sebaliknya menggunakan tanda sempang seperti dalam ejaan Rumi. 18. Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989) telah menyenaraikan kata -kata yang berikut yang diterima sebagai bentuk ejaan tradisi yang sahih: apa. Setakat ini. cetakan pert ama. Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989) menyenaraikan satu kata sahaja dengan ejaan klasik tanpa huruf alif. ban.14. saf. cat.

1988. AmatJuhariMoain. tekskajianMaktabPerguruan Islam (tidakterbit). Zainal-'Abidin bin Ahmad. Singapura. JawatankuasaEjaanJawiDewanBahasadanPustaka. cetakanpertama. 608-624. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka. Sultan Idris Training College. . Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka. DaftarEjaanMelayu (Jawi -Rumi). JurnalDewanBahasa. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka. cetakanpertama. Kuala Terengganu.Bibliografi. TanjongMalim: PejabatKarangMengarang. DaftarEjaan Rumi Bahasa Malaysia. 1983. DaftarEjaan Rumi-Jawi. DewanBahasadanPustaka (tidakterbi t). kertas kertaskerjadan "Keputusan-keputusandanUsul-usul". 1986. PedomanTrasliterasiHuruf Arab KeHuruf Rumi. kertaskerjaKonvensyenTulisanJawi. PedomanEjaanJawi Yang Disempurnakan. KaedahPenyelarasanEjaanJawi. AmatJuhariMoain. 1949. KonvensyenTulisanJawi. cetakanpertama. "SatuKajianterhadapKaedahEjaanJawiZa'ba". 9 11 April 1984. Julai 1991. cetakankedua. "SistemBaruEjaanJawiBahasaMelayu". 1988. hlm. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka. 1991. "SistemEjaanJawi yang disempurnakan". PedomanEjaanJawi Yang Disempurnakan. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka . 9-11 April 1984. 1987. 1989. projekkajianBahagianPenyelidikan. 1991. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka (akanterbit). AwangMohamad Amin. 1988. Kuala Terengganu. DaftarEjaan Rumi-Jawi. cetakankedua. cetakanpertamaedisikedua. PerancanganBahasa: SejarahAksaraJawi. cetakanpertamaedisikedua.

Zainal-'Abidin bin Ahmad. ID/JAWI-09 01 November 1991. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka. . cetakankeempat. PelitaBahasaMelayuPenggal I (PermulaanNahuMelayu). 1958.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->