P. 1
makro 3&4

makro 3&4

|Views: 877|Likes:
Published by hazryle
makroekonomi
makroekonomi

More info:

Published by: hazryle on Jan 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/16/2012

pdf

text

original

Sections

BAB 3 : Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi 2 Sektor

Keseimbangan Pendapatan Negara
Keseimbangan Pendapatan Negara ialah satu keadaaan apabila jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi (sektor isi rumah, sektor firma, sektor awam, dan sektor luar negara) adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS). Keseimbangan Pendapatan Negara ialah tingkat pendapatan negara (Y) yang tiada lebihan atau kurangan dalam penawaran agregat (AS) atau perbelanjaan agregat (AE). AS = AE atau AS í AE = 0

Apabila sektor isi rumah menjual faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal, dan usahawan) kepada sektor firma (Aliran Faktor), sektor isi rumah menerima pendapatan dalam bentuk upah dan gaji, sewa, bunga, dan untung (Aliran Pendapatan). Daripada pendapatan ini, sebahagian besar akan dibelanjakan (Aliran Penggunaan) terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma (Aliran Barang), manakala bakinya disimpan sebagai tabungan di institusi kewangan (Aliran Tabungan). Tabungan di dalam institusi kewangan akan dipinjamkan kepada para pelabur yang seterusnya akan digunakan untuk membuat pelaburan dalam sektor firma (Aliran Pelaburan).

Aliran Pusingan Pendapatan dalam Ekonomi Dua Sektor
Ekonomi dua sektor terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma. Sektor kerajaan dan sektor negara asing tidak wujud. Oleh itu, dalam ekonomi dua sektor, aliran pusingan pendapatan menggambarkan alirann fizikal dan aliran wang antara sektor firma dengan sektor isi rumah.

Suntikan dan Bocoran
1. Pendapatan faktor yang diterima oleh isi rumah akan digunakan untuk tujuan penggunaan (C) dan tabungan (S), iaitu Y = C + S. 2. Tabungan oleh isi rumah dan firma di institusi kewangan membolehkan aktiviti pelaburan (I). 3. Tabungan (S) ialah bocoran atau aliran keluar pendapatan yang akan mengecilkan pendapatan negara. 4. Pelaburan (I) ialah suntikan atau aliran masuk pendapatan yang akan membesarkan pendapatan negara. 5. Jika bocoran melebihi suntikan, Y akan berkurangan. 6. Jika bocoran kurang daripada suntikan, Y akan bertambah. 7. Jika bocoran sama dengan suntikan (S = I), Y akan kekal tidak berubah (seimbang).

dimana C = Penggunaan a = Penggunaan autonomi b = Kecenderungan mengguna sut Yd = Pendapatan boleh guna Nota : Memandangkan tiada unsur cukai dikenakan ke atas isi rumah dan firma dalam Ekonomi dua sektor, Y = Yd , Oleh itu, fungsi pnggunaan ekonomi dua sektor boleh ditulis sebagai C = a + bY. Jadual Penggunaan

Fungsi Penggunaan isi rumah
Penggunaan (C) ialah perbelanjaan isi rumah terhadap barangan tawaran firma. Fungsi penggunaan menunjukkan hubungan antara tingkat penggunaan semua isi rumah dengan tingkat pendapatan boleh guna dalam sebuah ekonomi. Fungsi penggunaan dalam ekonomi dua sektor dapat ditunjukkan melalui persamaan berikut: C = a + bYd

Huraian: 1. Y , C 2. Y = 0, C = 100 : Penggunaan autonomi / perbelanjaan isi rumah yang tidak dipengaruhi oleh pendapatan negara.

3. Y = 200, C = 200 : Semua pendapatan dibelanjakan; Tabungan S = 0. 4. Fungsi Penggunaan : Keluk yang menunjukkan hubungan antara Yd atau Y dengan C.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Isi Rumah
1. Tingkatan Pendapatan Boleh Guna Secara umum, penggunaan isi rumah bergantung pada tingkat pendapatan boleh guna. Semakin tinggi pendapatan boleh guna, semakin tinggi penggunaan isi rumah. Hubungan antara penggunaan isi rumah dengan pendapatan boleh guna dapat ditunjukkan melalui persamaan berikut: C = f(Yd) di mana C = Penggunaan isi rumah Yd = Pendapatan boleh guna 2. Kadar bunga dan Syarat Pinjaman Apabila kadar bunga dalam pasaran merosot, kos pinjaman akan menjadi lebih murah. Oleh itu, perbelanjaan penggunaan dalam negara akan menjadi lebih tinggi. Perbelanjaan penggunaan juga akan meningkat jika syarat pinjaman yang dikenakan oleh bank-bank semakin longgar. 3. Pengagihan Pendapatan Negara Pengagihan pendapatan dalam negara yang setara, di mana golongan miskin tidak diabaikan, akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan. 4. Sumber Harta Kekayaan Semakin besar pendapatan dari sumber harta kekayaan, semakin tingi perbelanjaan penggunaan.

a. Huraian : Fungsi penggunaan bercerunan positif menunjukkan bahawa hubungan Y dan C adalah secara langsung.

5. Kemudahan Sewa Beli dan Kemudahan Kredit Kemudahan sewa beli dan kredit yang longgar akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan. 6. Jangkaan Terhadap Harga Pada Masa Hadapan Jangkaan pengguna rasional bahawa tingkat harga umum akan naik pada masa hadapan akan meninggikan perbelanjaan penggunaan. 7. Penciptaan Barang Baru Perbelanjaan penggunaan akan meningkat apabila wujudnya penciptaan barang baru dalam pasaran.

Fungsi Tabungan isi rumah
1. Tabungan (S) ialah pendapatan yang tidak dibelanjakan. 2. S dipengaruhi oleh pendapatan negara (Y) dan pendapatan boleh guna (Yd). 3. Dalam Ekonomi dua sektor, Y = Yd kerana tiada unsur cukai dikenakan ke atas isi rumah dan firma. 4. Apabila Y atau Yd , maka S . Begitu juga sebaliknya. 5. Jadual Tabungan

Huraian: a. Y , S b. Y = 0, S = í100 : Tabungan masa-masa lalu isi rumah berkurangan sebanyak RM100 untuk membayar penggunaan autonomi isi rumah / makan tabungan. c. Y = 200, S = 0 : Semua pendapatan dibelanjakan. 6. Fungsi Tabungan : Keluk yang menunjukkan hubungan antara Yd atau Y dengan S.

c. APC boleh diperolehi melalui fungsi / keluk penggunaan C = a + bY. 3. Kecenderungan Menabung Purata (APS). a. Bahagian pendapatan yang ditabungkan. b. APS = S / Y. c. APS boleh diperolehi melalui fungsi / keluk tabungan S = ía + dY. 4. APC + APS =1. Bukti 1: Kaedah Jadual

Huraian : Fungsi tabungan berkecerunan positif : Hubungan Y dan S adalah secara langsung. 7. Persamaan Tabungan : S = c + dY dimana c = tabungan autonomi dY = tabungan teraruh / aruhan / S dipengaruhi oleh ¨Y Bukti 2: Kaedah Persamaan Y=C+S Bahagikan dengan Y Y/Y=C/Y+S/Y 1 = APC + APS Oleh itu, APC + APS = 1 5. Kecenderungan Mengguna Sut (MPC) a. Perubahan dalam penggunaan akibat daripada perubahan dalam pendapatan negara. b. MPC = C / Y c. MPC boleh diperolehi melalui fungsi / keluk penggunaan C = a + bY.

Hubungan antara Pendapatan Negara (Y), Penggunaan (C) dan Tabungan (S)
1. Y = C + S. 2. Kecenderungan Mengguna Purata (APC). a. Bahagian pendapatan yang dibelanjakan. b. APC = C / Y.

d. Kecerunan fungsi penggunaan menggambarkan nilai MPC. e. Fungsi penggunaan berbentuk garis lurus menunjukkan nilai MPC adalah malar pada setiap tingkat pendapatan negara / Kadar pertambahan penggunaan bagi setiap pertambahan dalam pendapatan negara adalah tetap. 6. Kecenderungan Menabung Sut (MPS) a. Perubahan dalam tabungan akibat daripada perubahan dalam pendapatan negara. b. MPS = S / Y c. MPS boleh diperolehi melalui fungsi / keluk tabungan S = ía + dY. d. Kecerunan fungsi tabungan menggambarkan nilai MPS. e. Fungsi tabungan berbentuk garis lurus menunjukkan nilai MPS adalah malar pada setiap tingkat pendapatan negara / Kadar pertambahan tabungan bagi setiap pertambahan dalam pendapatan negara adalah tetap. 7. MPC + MPS =1 Bukti 1: Kaedah Jadual

8. Bukti 2: Kaedah Persamaan Y=C+S Y= C+ S Bahagikan dengan Y Y/ Y= C/ Y+ S/ Y 1 = MPC + MPS Oleh itu, MPC + MPS = 1

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tabungan
1. Saiz Pendapatan Negara / Pendapatan Boleh Guna: Kemampuan masyarakat membuat tabungan meningkat apabila Pendapatan Negara / Pendapatan Boleh Guna meningkat. 2. Kecenderungan Menabung Sut (MPS): Semakin tinggi MPS, semakin besarlah tabungan. Antara faktor-faktor mempengaruhi MPS / Tabungan termasuk: a. Pengagihan pendapatan dalam negara tidak setara (golongan miskin diabaikan) meningkatkan MPS dan S. b. Semakin besar pendapatan dari sumber harta kekayaan, semakin tinggi MPS dan S. c. Kemudahan sewa beli dan kredit menurunkan MPS dan S. d. Kenaikan kadar bunga meningkatkan MPS dan S. e. Jangkaan pengguna rasional bahawa tingkat harga umum akan turun pada masa hadapan akan meninggikan MPS dan S.

f. MPS dan S menurun apabila wujudnya penciptaan barang baru dalam pasaran.

Fungsi Pelaburan
Fungsi Pelaburan ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara pendapatan negara dan pelaburan: I = a + bY di mana I = pelaburan, a = pelaburan autonomi, dan bY = pelaburan terangsang / teraruh Pelaburan Terangsang / Teraruh ialah pelaburan yang dipengaruhi oleh pendapatan negara. Pelaburan autonomi ialah pelaburan yang tidak bergantung pada pendapatan negara. Walaupun pendapatan negara berubah, tingkat pelaburan adalah tetap sama. Pelaburan autonomi bergantung kepada

Pelaburan Dalam Ekonomi Dua Sektor
Pelaburan ialah perbelanjaan terhadap barang modal yang dilakukan oleh sektor firma, contohnya perbelanjaan terhadap loji, bangunan dan jentera. Jenis-jenis pelaburan : 1. Pembentukan modal fizikal tetap seperti mesin dan jentera dengan tujuan menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan masa hadapan. 2. Pertambahan dalam inventori / stok bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap dengan tujuan meningkatkan penawaran pada masa hadapan. 3. Pembinaan harta tetap seperti bangunan kilang, pejabat, dan rumah kediaman dengan tujuan menambahkan pendapatan dan kapasiti pengeluaran pada masa hadapan. Pelaburan merupakan suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan. Pertambahan pelaburan akan a. Mempergiatkan pengeluaran, b. Menambahkan peluang pekerjaan / mengurangkan pengangguran, c. Menambahkan keluaran negara, d. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Kadar bunga, Kecekapan modal sut / kadar pulangan pelaburan, Kemajuan teknologi, Jangkaan masa hadapan, Kos pengeluaran, Polisi kerajaan, Kestabilan politik dan sosial, dan Kestabilan nilai wang negara.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelaburan
Pendapatan Negara Mempengaruhi pelaburan terangsang secara langsung. Apabila Y , C akan . Oleh itu, I akan memenuhi pertambahan dalam C. Kadar bunga Mempengaruhi pelaburan autonomi secara songsang. Berdasarkan rajah di atas, keluk pelaburan autonomi merupakan satu garis mendatar, manakala keluk pelaburan teraruh merupakan satu garis lurus yang mecerun ke atas dari kiri ke kanan. Pelaburan Bersih ialah nilai pelaburan yang diperoleh setelah pelaburan kasar ditolak dengan susut nilai. Dalam bentuk rumus, Pelaburan bersih = Pelaburan kasar ± Susut nilai Apabila kadar bunga , kos pinjaman akan , I akan . Kecekapan Modal Sut / Kadar Pulangan Pelaburan Pelabur akan melabur jika (Kadar pulangan pelaburan í kadar bunga pinjaman) adalah positif. untuk AS supaya dapat

Keynes menganggap kadar pulangan pelaburan sebagai kecekapan modal sut (MEI).

Kos Pengeluaran Kenaikan kos pengeluaran memindahkan MEI ke kiri / projekprojek dibatalkan. I . Polisi Kerajaan Polisi cukai keuntungan syarikat: T , I . Polisi pemberian taraf perintis: Pemberian taraf perintis akan I. Kestabilan politik dan sosial I kerana menjamin pulangan yang baik kepada para pelabur. Kestabilan nilai mata wang negara I pelabur-pelabur asing kerana menjamin pulangan pelaburan yang dikirim ke negara-negara asal mereka

Kemajuan Teknologi Penggunaan mesin dan komputer yang lebih canggih meninggikan kecekapan firma dan pekerja. Kadar pulangan pelaburan (MEI) bertambah / keluk MEI pindah ke kanan Jangkaan Ekonomi Masa Hadapan Jangkaan ekonomi masa hadapan yang menggalakkan MEI. MEI.

Jangkaan ekonomi masa hadapan yang tidak menggalakkan

Pelaburan Kasar (Ig), Pelaburan Bersih (In) dan Susut Nilai

Sektor isi rumah membuat perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan bagi tujuan penggunaan (C). Sektor firma membuat perbelanjaan terhadap barang modal bagi ujuan pelaburan (I). Jadi, jumlah perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi dua sektor meliputi penggunaan (C) dan pelaburan (I). AE = C + I Oleh itu, keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor tercapai apabila perbelanjaan agregat (C + I) sama dengan penawaran agregat (Y). Y=C+I

1. Barang modal dan stok simpanan mengalami susut nilai akibat daripada kerosakan melalui masa. 2. Pelaburan Kasar adalah pembentukan modal fizikal tetap untuk menggantikan stok modal yang telah rosak. 3. Pelaburan Bersih adalah pembentukan modal fizikal tetap untuk menambahkan daya pengeluaran firma. Nilai ini menggambarkan nilai stok modal dalam ekonomi / Pertambahan In bermakna I dan Y .

Pendekatan Suntikan Dan Bocoran
I = suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan. I , Y akan . S = bocoran daripada aliran pusingan pendapatan. S , Y akan . Pada keseimbangan ekonomi dua sektor, I = S.

Pencapaian Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi Dua Sektor
Keseimbangan pendapatan negara untuk Ekonomi Dua Sektor ialah satu keadaan apabila jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi yang terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS).

Buktikan I = S AS = Y = C + S AE = C + I AS = AE C+S=C+I S=I

Kaedah Rajah Untuk Penentuan Keseimbangan Ekonomi Dua Sektor

Kaedah Jadual Untuk Penentuan Keseimbangan Ekonomi Dua Sektor

Pendekatan Penawaran Agregat Dan Perbelanjaan Agregat apabila AS = AE : Y = 40 Pendekatan Suntikan Dan Bocoran apabila I = S : Y = 40 Pendekatan Penawaran Agregat Dan Perbelanjaan Agregat apabila AS = AE : Y = 40 Pendekatan Suntikan Dan Bocoran apabila I = S : Y = 40

Kaedah Penghitungan Untuk Penentuan Keseimbangan Ekonomi Dua Sektor
Pendekatan Penawaran Agregat Dan Perbelanjaan Agregat (AS = AE) C = 300 + 0.6 Y I = 1500 Cari Y. Y = C + I = 300 + 0.6 Y + 1500 = 1800 + 0.6 Y 1Y = 1800 + 0.6 Y 0.4 Y = 1800 Y = 4500

Pengganda dalam Ekonomi Dua Sektor
Pengganda dalam ekonomi dua sektor ialah nisbah antara perubahan tingkat pendapatan negara dengan perubahan tingkat pelaburan. M = ¨Y / ¨I di mana M = Pengganda ¨Y = Perubahan pendapatan negara ¨I = Perubahan tingkat pelaburan

Faktor-faktor mempengaruhi AE
a. Secara langsung oleh C dan I (Perubahan suntikan). b. Secara tak langsung oleh S (Perubahan bocoran).

Pendekatan Suntikan Dan Bocoran (I = S) S = í300 + 0.4 Y I = 1500 Cari Y. S=I í 300 + 0.4 Y = 1500 0.4 Y = 1800 Y = 4500

Hubungan antara AE dengan Y dalam Ekonomi Dua Sektor
Diberikan C = 20 + 0.5 Y, Apabila I = 40 Y = C + I = 20 + 0.5Y + 40 Y = 60 + 0.5Y Y í 0.5Y = 60 Y = 120 Apabila I = 50 Y = C + I = 20 + 0.5Y + 50 Y = 70 + 0.5Y Y í 0.5Y = 70 Y = 140 Kesimpulan: Perubahan I daripada 40 kepada 50 : I = +10 Perubahan Y daripada 120 kepada 140 : Y = +20 Pengganda M = ¨Y / ¨I = 20 / 10 = 2 Kesan I ke atas Y dalam bentuk rajah:

BAB 3 : esei b ng n end p t n Neg
  £ ¡ ¢ ¢ ¢ ¢ ¢

ono i 3 e to
§ ¡ ¦

C1

=

100

+

0.64Y

¥

¢

¤

¢

¦

¤

Cukai Berkadar
(a Ta i a cukai berkadar ««« [ ] (b) De a me a a c t be a a da raja tera kesa c kai berkadar terhada fungsi penggunaan««« [ ] a

Ini bermakna fungsi penggunaan sebelum dan selepas cukai berkadar adalah berbeza dari segi niai b, iaitu M C, dengan b sebelum cukai berkadar ialah 0.8Y, manakala b selepas cukai berkadar ialah 0.64Y. Nilai a, iaitu penggunaan aut nomi tidak berubah, iaitu tetap 100. Ini bermakna keluk penggunaan selepas cukai berkadar akan menjadi lebih landai seperti ditunjukkan pada rajah di ba ah.

(a) Cukai berkadar ialah cukai yang kadarnya adalah tetap pada pelbagai tingkat pendapatan negara Misalnya cukai dikenakan sebanyak 20% daripada pendapatan negara (0.2Y). Walaupun kadar cukai adalah tetap, jumlah cukai yang dibayar semakin bertambah apabila pendapatan bertambah. C nt h cukai berkadar ialah cukai keuntungan syarikat. (b) C0 Fungsi C1 C nt h: Fungsi C0 Fungsi penggunaan = penggunaan = a sebelum a selepas + cukai b(Y cukai + berkadar ± berkadar ialah bYd ialah T)

penggunaan =

sebelum 100

cukai +

b erkadar

ialah 0.8Yd

Cukai berkadar dikenakan sebanyak 0.2Y. Oleh itu, fungsi penggunaan selepas cukai berkadar ialah C1 = 100 + 0.8(Y ± 0.2Y) = 100 + 0.8Y ± 0.1 Y

Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan? Jelaskan aliran pusingan pendapatan bagi ekonomi tiga sektor.

upah, sewa, bunga dan untung kerana isi rumah telah menawarkan faktor pengeluaran kepada firma untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Isi rumah akan menggunakan pendapatan tersebut untuk membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma dan ini dinamakan perbelanjaan penggunaan. Namun, sebahagian daripada pendapatan itu akan ditabungkan dalam institusi kewangan. Tabungan merupakan bocoran dalam aliran pusingan pendapatan. Institusi kewangan akan meminjamkan tabungan isi rumah kepada pelabur untuk membuat pelaburan dalam firma. Pelaburan merupakan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan. Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap isi rumah dan firma. Isir rumah dikenakan cukai pendapatan perseorangan, manakala firma dikenakan cukai keuntungan syarikat. Cukai merupakan bocoran dalam aliran pusingan pendapatan. Cukai merupakan sumber hasil kerajaan. Kerajaan akan menggunakan hasil cukai untuk membuat perbelanjaan kerajaan yang disalurkan melalui isi rumah dan firma. Misalnya, kerajaan akan membayar gaji dan upah kepada isi rumah yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kerajaan pula akan membina jalan raya, jambatan, sekolah dan hospital kerajaan melalui pelaburan yang dilakukan oleh firma. Perbelanjaan kerajaan terhadap firma dan isi rumah merupakan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan. Oleh itu, dalam ekonomi tiga sektor, mengikut pendekatan penawaran agregat-perbelanjaan agregat., keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila Y = C + I + G, manakala mengikut pendekatan bocoran-suntikan, keseimbangan pendapatan negara

Aliran pusingan pendapatan merujuk kepada aliran pendapatan dan perbelanjaan yang berlaku antara sektor-sektor ekonomi, iaitu sektor isi rumah, firma dan kerajaan. Aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor melibatkan sektor isi rumah, firma dan kerajaan. Isi rumah akan menerima pendapatan daripada firma, iaitu gaji dan

dicapai

apabila

S

+

T

=

I

+

G.

Kesan Perubahan Perbelanjaan Kerajaan

Konsep Ekonomi Tiga Sektor
Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh isi rumah, firma dan kerajaan. Disebut sebagai sistem ekonomi tertutup dengan penglibatan kerajaan. Sektor negara asing tidak wujud. Peranan Kerajaan 1. Mengutip hasil cukai kerajaan. 2. Perbelanjaan kerajaan

Pengganda Ekonomi 3 Sektor
AE berlaku secara langsung akibat perubahan dalam suntikan seperti C, I dan G. 2. AE berlaku secara tak langsung akibat perubahan dalam bocoran seperti S dan T. 3. AE mengakibatkan perubahan dalam keseimbangan pendapatan negara ( Y) melalui proses pengganda. 1. Kesan G Analisis AS=AE 1. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0. 2. Apabila + G, AE0 AE2 dan Y = C + I + G + G (titik M). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai Pengganda, M = Y/ G.

3. Apabila í G, AE0 AE1 dan Y = C + I + G í G (titik K). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai Pengganda, M = Y/ G. Analisis Suntikan-Bocoran 1. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0. 2. Apabila + G, J0 J2 dan I + G + G = S + T (titik R). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai Pengganda, M = Y/ G. 3. Apabila í G, J0 J1 dan I + G í G = S + T (titik P). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai Pengganda, M = Y/ G.

Y = í400 (c) Cari Y baru jika G =í100 Cara Penyelesaian : Y = C + I + (G + G) Y = (100 +0.75Y) + 500 + (300í100) Y = 800 + 0.75Y 0.25Y = 800 Y = 3200

Penghitungan pengganda Perbelanjaan Kerajaan dengan formula M = Y / G
Diberikan C = 100 + 0.75Y, I = 500, G = 300 (a) Cari M jika G =200 dan Y =800 Cara Penyelesaian : M= Y/ G M = 800 /200 M= 4. (b) Cari Y jika G =í100 Cara Penyelesaian : M = Y / í100 Cari (a), M = 4 Y = 4 x í100

Penghitungan Pengganda Perbelanjaan Kerajaan dengan formula M = 1 / (1 í MPC)

Berasaskan rajah di atas, (a) Cari M Cara Penyelesaian: M = 1 / (1 í MPC) M = 1 / (1 í 0.8) M = 1/0.2 M=5 (b) Cari Y2 Cara Penyelesaian : Y= G×M Y = 100 × 5 Y = 500 Y2 = 4500 + Y Y2 = 4500 + 500 Y2 = 5000 (RM juta) (c) Cari G jika Y jatuh daripada RM4500 juta kepada RM3000 juta Cara Penyelesaian : Y = í1500 (RM juta), Dari (a),M = 5 G= Y/M G = í300 (RM juta)

Cukai Tetap (Lump-sum)
Definisi Cukai Tetap Cukai tetap juga dikenali sebagai cukai sekali gus atau cukai lumpsum. Cukai lump-sum ialah cukai yang mempunyai jumlah yang tetap sama walaupun pendapatan meningkat atau merosot. Misalnya, cukai sebanyak RM100 (T = 100) dikenakan terhadap individu tanpa mengambil kira tingkat pendapatan mereka. Peningkatan cukai lump-sum akan menurunkan penggunaan autonomi (C) sebanyak C = MPC × T. Kesannya, perbelanjaan agregat mennurun. Pengurangan cukai lump-sum akan meningkatkan penggunaan autonomi (C) sebanyak C = MPC × T. Kesannya, perbelanjaan agregat meningkat.

Kesan cukai tetap terhadap keluk penggunaan

Apabila cukai lump-sum dikenakan, pendapatan boleh guna akan merosot. Kejatuhan pendapatan boleh guna menggurangkan penggunaan sebanyak C = MPC × T. Apabila penggunaan merosot, keluk perbelanjaan penggunaan akan beralih ke bawah secara selari. Berdasarkan rajah di atas, apabila cukai lump-sum dikenakan, keluk penggunaan akan beralih ke bawah secara selari dari C ke C1 (dengan kecerunan yang tetap sama).

Analisis AS=AE a. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.

b. Apabila T , AE0 AE1 dan Y = C + I + G í C (titik K). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1

mengikut nilai pengganda, M = Y/ C dimana C = MPC × T.

Cukai Berkadar
Definisi Cukai Berkadar Cukai berkadar ialah cukai yang mempunyai kadar yang tetap sama walaupun pendapatan meningkat atau merosot. Contohnya, cukai sebanyak 10% dikenakan daripada jumlah pendapatan (T = 0.1Y). Kesan Cukai Berkadar Terhadap Penggunaan

c. Apabila T , AE0 AE2 dan Y = C + I + G + C (titik M). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai pengganda, M = Y/ C dimana C = MPC × T.

Analisis Suntikan-Bocoran a. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.

b. Apabila T , W0 W1 dan I + G = S + T + T (titik P). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai pengganda, M = Y/ C dimana C = MPC × T.

c. Apabila T , W0 W2 dan I + G = S + T í T (titik R). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai pengganda, M = Y/ C dimana C = MPC × T.

Apabila cukai berkadar dikenakan, nilai kecenderungan mengguna sut (MPC) merosot dan ini akan menyebabkan keluk penggunaan menjadi lebih landai.

Berdasarkan rajah di atas, apabila cukai berkadar dikenakan, keluk penggunaan akan beralih dari C ke C1 dan menjadi lebih landai (tanpa mengubah nilai penggunaan autonomi). Kesan Cukai Proposional (Cukai berkadar) terhadap AE

b. Apabila + T, AE0 AE1, MPC dan Y = C + I + G í C (titik K). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 melalui proses pengganda M=1/[1íMPC(1ít) . c. Apabila í T, AE0 AE2, MPC dan Y = C + I + G + C (titik M). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 melalui proses pengganda M = 1/[1íMPC(1ít) .

Analisis Suntikan=Bocoran a. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0. b. Apabila + T, W0 W1, MPS dan I + G = S + T + T (titik P). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 melalui proses pengganda M = 1/[1íMPC(1ít) . c. Apabila í T, W0 W2, MPS dan I + G = S + T í T (titik R). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 melalui proses pengganda M = 1/[1íMPC(1ít) .

Penghitungan pengganda Cukai dengan formula M = 1/[1íMPC(1ít)] 1. C = 300 + 0.6Y, T = 0.1Y. Cari M Analisis AS=AE a. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0. Cara Penyelesaian: M = 1 / [1 í 0.6(1í0.1) M = 1 / [1í0.54 M = 1 / 0.46 M = 2.17.

2. MPC = 0.75. Cari Y jika Kerajaan menurunkan cukai lump-sum sebanyak RM100 juta. Cara Penyelesaian : C = 0.75 × 100 = RM75 juta Y = M. C Y = [1/(1 í MPC) × C Y = [1/(1 í0.75) ×RM75 juta Y = RM300 juta. BAB 3 : Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi 4 Sektor

Dengan menggunakan rajah bocoransuntikan, terangkan proses penentuan keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi terbuka«««..[6]
Keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi terbuka dicapai apabila S + T + M = I + G + X Keseimbangan pendapatan negara dicapai pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.

Pada pendapatan negara Y1, suntikan, iaitu (I + G + X) ialah Y1a, manakala bocoran, iaitu (S + T + M) ialah Y1 b. Oleh itu, suntikan melebihi bocoran sebanyak ab. Lebihan suntikan menyebabkan pendapatan negara bertambah dan akhirnya mencapai keseimbangan pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0. Pada pendapatan negara Y2, suntikan, iaitu (I + G + X) ialah Y2 c, manakala bocoran, iaitu (S + T + M) ialah Y2 d. Oleh itu, bocoran melebihi suntikan sebanyak cd. Lebihan bocoran menyebabkan pendapatan negara berkurang dan akhirnya mencapai keseimbangan pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.

Ekonomi Terbuka
1. Ekonomi terbuka merujuk kepada ekonomi yang wujudnya perdagangan antarabangsa. 2. Ekonomi terbuka juga dikenali sebagai Ekonomi Empat Sektor yang terdiri daripada sektor isi rumah, sektor firma, sektor kerajaan, dan sektor negara asing. 3. Perdagangan antarabangsa mempengaruhi tingkat keseimbangan pendapatan negara (Y): a. Eksport (X) meningkatkan Y manakala Import (M) merendahkan Y. b. Y meningkat jika eksport bersih (X í M) meningkat. c. Y menurun jika eksport bersih (X í M) menurun.

Fungsi Eksport (X)
Fungsi Eksport menunjukkan hubungan antara eksport dengan pendapatan negara dalam sesebuah ekonomi. Keluk fungsi eksport berbentuk garis mendatar menunjukkan bahawa X tidak dipengaruhi secara langsung oleh Y. Y atau tetapi X adalah malar. Faktor-faktor X selain daripada Y (Fungsi X naik ke atas / turun ke bawah secara selari) 1. Perubahan cita rasa pengguna negara asing (kesan +) 2. Perubahan pendapatan negara asing (kesan +) 3. Perubahan kadar pertukaran asing í X jika kadar pertukaran asing Malaysia 4. Perubahan teknologi pengeluaran í Kos pengeluaran , harga X , DD negara luar . 5. Dasar perdagangan negara asing í Masalah sekatan perdagangan seperti tarif, kuota import, embargo dll. 6. Berlakunya inflasi dalam negara í Kos eksport , harga eksport , DD negara asing . Huraian guru dalam kelas tentang bentuk graf untuk fungsi X apabila X . Huraian guru dalam kelas tentang tentang Hasil Eksport = Harga Eksport × Kuantiti Eksport

Aliran Pusingan Pendapatan
1. Pelaburan (I), Perbelanjaan Kerajaan (G) dan Eksport (X) merupakan suntikan yang akan meningkatkan Y. 2. Tabungan (S), Cukai (T) dan Import (M) merupakan bocoran yang akan merendahkan Y. Aktiviti Kelas Lukiskan Carta Aliran Pusingan Pendapatan Dalam Ekonomi Terbuka.

Fungsi Import
Fungsi Import menunjukkan hubungan antara import dengan pendapatan negara dalam sesebuah ekonomi. Keluk Fungsi Import mencerun ke atas dari kiri ke kanan, menunjukkan bahawa M dipengaruhi secara langsung oleh Y: Y M manakal Y M Faktor-faktor M selain daripada Y (Fungsi M anjak ke kanan/ kiri secara selari apabila M naik/ turun) 1. Perubahan cita rasa pengguna dalam negara. (kesan +) 2. Perubahan kadar pertukaran asing : M jika kadar pertukaran asing Malaysia . 3. Perubahan harga atau mutu barang pengganti import : harga barang pengganti import atau mutu barang pengganti import , M 4. Dasar perdagangan negara : Masalah sekatan perdagangan seperti tarif, kuota import, embargo dll. 5. Berlakunya inflasi dalam negara : M kerana harga import lebih murah (andainya negara asing tidak mengalami maslah inflasi) Fungsi import: M = M 0 + mY di mana M = import, M0 = import autonomi, m = kecenderungan mengimport sut (mpm) dan Y = pendapatan negara. Aktiviti : Lukis graf M = 50 + 0.2Y. Jelaskan hubungan antara M dan Y. Aktiviti mengira M apabila Y daripada RM100 juta kepada

RM200 juta. Huraikan konsep mpm, apm, dan Import Autonomi. Huraian tentang Hasil Import = Harga Import × Kuantiti Import

Penentuan Tingkat Keseimbangan Pendapatan Negara
Keseimbangan pendapatan negara untuk Ekonomi Terbuka ialah satu keadaan apabila jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi yang terdiri daripada sektor isi rumah, sektor firma, sektor awam dan sektor luar negara adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS). Pendekatan AS = AE AS = Y + M AE = C + I + G + X AS = AE Y+M=C+I+G+X Y = C + I + G + (X í M) di mana (X í M) ialah eksport bersih. 1. Pendekatan Suntikan I S = + + = G T Bocoran + + X M W

Suntikan J = Bocoran W = J I+G+X=S+T+M

2. Huraian Guru tentang Keseimbangan Pendapatan Negara Dengan Kaedah Rajah (Melukis graf kemudian hurakan) a. Pendekatan AS = AE b. Pendekatan Suntikan = Bocoran 3. Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara melalui pendekatan persamaan: a. Berasaskan soalan berikut: Andaikan C = 50 + 0.8Yd, I =300, G= 100, M = 20 +0.2Y, T = 50, X = 100. Cari Y. Y = C + I + G + (X í Y = 50 + 0.8(Y í 50) + 300 + 100 + (100 í 0.2Y) Y = 50 + 0.8Y í 40 + 400 + 80 í Y = 490 + 0.4Y = Y = 1225 Kesan AE terhadap Y 1. C, I, G, atau X Y 2. S, T, M Y 3. Huraian graf tentang X terhadap Y (+) 4. Huraian graf tentang M terhadap Y (í) 5. Huraian graf tentang ( X í M) terhadap Y (+) M) 20 í 0.2Y 0.6Y 490

BAB 3 : Keseimbangan Pendapatan Negara Mengikut AD-AS

Inflasi Tolakan Kos
Inflasi tolakan kos wujud apabila kos pengeluaran semakin meningkat. Kos pengeluaran meningkat mungkin disebabkan kenaikan upah atau harga input pengeluaran lain.

Berdasarkan rajah di atas, tingkat harga umum dan keluaran negara benar asal masing-masing ialah P1 dan Y1, di mana AS1 = AD1 pada titik E1. Dengan kenaikan kos pengeluaran, kos penawaran agregat beralih ke kiri dari AS1 ke AS2. Kesannya, tingkat harga umum naik dari P1 ke P2 dan keluaran negara benar merosot daripada Y1 kepada Y2.

Inflasi tolakan kos dapat dikurangkan dengan meningkatkan daya pengeluaran pekerja atau melalui penggunaan teknologi yang lebih

baik. Apabila daya pengeluaran pekerja (atau penggunaan teknologi tinggi) meningkat, tingkat keluaran turut meningkat. Kesannya, keluk penawaran agregat akan beralih ke kanan. Peralihan keluk penawaran agregat ke kanan akan menyebabkan tingkat harga umum merosot, dan keluaran negara benar meningkat. Kejatuhan tingkat harga umum akan mengurangkan inflasi tolakan kos.

Jenis-Jenis Wang
Wang sah/fiat Wang yang diperakui sah oleh kerajaan melalui undang-undang sebagai alat perantaraan pertukaran dalam sesebuah negara. Misalnya, Ringit dan Sen Malaysia adalah wang sah di Malaysia. Wang Tanda Wang yang mempunyai nilai kurang daripada nilai mukanya. Wang Biasa Wang negara lain yang biasa diterima oleh penduduk tempatan.

BAB 4 : WANG
Showing newest posts with label Wang. Show older posts

Definisi Wang
Sebarang benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukaran.

Ciri-Ciri Wang
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Diterima umum Penawaran terhad Bernilai stabil Bernilai seragam Berbentuk seragam Mudah dibahagikan Mudah dibawa Mudah dikenali Tahan lama

Misalnya, Dolar Singapura ialah wang biasa di Malaysia. Wang Hampir Alat yan dianggap sebagai wang untuk tujuan tabungan. Misalnya, sijil boleh niaga dan deposit tetap di bank perdagangan. Wang dalam Edaran Jumlah wang yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Pusat dalam negara. Misalnya, wang kertas dan duit syiling yang mempunyai pelbagai nilai muka di Malaysia.

Deposit Semasa Bank Perdagangan (Wang Bank) Deposit semasa yang boleh ditunaikan dengan cek untuk membuat pembayaran. Jenis wang yang paling banyak digunakan di Malaysia. Berdasarkan jadual di atas, nilai wang pada tahun 2 berbanding dengan tahun 1 ialah Nilai wang = 100/120 x 100 = 83.33 Ini bermakna, nilai wang telah merosot sebanyak 16.67% (100 83.33) pada tahun 2 berbanding dengan tahun 1.

Nilai Wang
Nilai wang merupakan kuasa beli mata wang, iaitu keupayaan untuk membeli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan sesuatu wang. Nilai wang dipengaruhi tingkat harga umum. Apabila tingkat harga umum naik, nilai wang akan merosot, dan sebaliknya, apabila tingkat harga umum jatuh, nilai wang akan meningkat. Nilai wang dapat diukur dengan menggunakan formula berikut:

Ciri-Ciri Nilai Wang
1. Nilai wang meningkat jika jumlah barangan yang dapat dibeli dengan sejumlah wang yang sama bertambah. 2. Nilai wang berhubungan songsang dengan tingkat harga umum. Indeks Wang (IW) berhubungan songsang dengan Indeks Harga (IH). IW1 / IW0 = IH0 / IH1

Nilai wang = (Indeks harga pengguna tahun asas/ Indeks harga pengguna tahun semasa) x 100 Contoh Tahun Indeks harga pengguna 1 2 100 200

Apabila IH0 = 100, IW0 =100. Jika IH1=120 Maka IW1 = IH0 / IH1 x IW0 =100 / 120 x 100 =83.33 Perubahan nilai wang = (IW1 ± IW0 ) / IW0 x 100%

Penggunaan Wang mengatasi 4 Masalah Sistem Barter
1. 2. 3. 4. Masalah kehendak serentak. Masalah pengukuran nilai yang standard. Masalah kerosakan / penyimpanan nilai. Masalah bayaran tertunda / bayaran tertangguh.

Bekalan wang M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling, dan deposit semasa dalam bank prdagangan. Bekalan wang M2 terdiri daripada M1 dan deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga.

Bekalan wang M1
Bekalan wang M1 merupakan definisi wang yang sempit dan terdiri daripada mata wang dalam edaran, iaitu duit syiling dan wang kertas serta simpanan semasa dalam bank perdagangan. M1 = Mata wang dalam edaran + Deposit semasa

4 Fungsi Wang
1. Sebagai alat perantaraan pertukaran (Diterima umum). 2. Sebagai alat pengukur nilai dan unit akaun (nilainya seragam). 3. Sebagai alat penyimpan nilai (sifat stabil & tahan lama). 4. Sebagai alat pembayaran tertunda (nilai stabil menggalakkan urusniaga kredit)

Bekalan wang M2
Bekalan wang M2 merupakan definisi wang yang luas dan terdiri daripada bekalan wang M1 dan wang hampir (separa). M2 = M1 + wang hampir dimana M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling dan deposit semasa dalam bank perdagangan. Wang hampir ialah jenis wang yang mempunyai tahap kecairan yang rendah seperti deposit tetap dan deposit tabungan dalam bankbank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga Bank Pusat.

Pengaruh Inflasi Ke Atas Fungsi Wang
Aktiviti Kelas: Perbincangan Berkumpulan Bagaimana masalah inflasi menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap fungsi-fungsi wang.

Definisi Bekalan Wang / Penawaran Wang
Penawaran wang merujuk kepada jumlah pelbagai jenis wang yang ada dalam ekonomi. Penawaran wang meliputi bekalan wang M1 dan M2.

Bekalan Wang Di Malaysia
Dikawal oleh Bank Negara Malaysia. M1 = Wang Kertas + Duit Syiling + Deposit semasa Deposit semasa ialah tabungan dalam akaun semasa di bank perdagangan yang dapat ditunaikan dengan cek. M2 = M1 + Separa Wang (Wang Hampir) Wang Hampir ialah deposit tabungan dan deposit tetap bank perdagangan, sijil deposit boleh niaga syarikat swasta, sijil Bank Negara Malaysia, wang pos, dan kad kredit. Bekalan wang M1 bertambah 36 kali ganda antara tahun 1970-1999. Deposit semasa lebih kurang sama dengan jumlah wang dalam edaran pada 1980. Deposit semasa bertambah dengan pesat pada 1990-an dan menjadi hampir 24 kali ganda pada 1999. M2 bertambah sebanyak 105 kali ganda dalam 1970-1999. Kesimpulannya, antara tahun 1970-1999, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang sangat pesat. Kepentingan wang dalam edaran semakin merosot manakala penggunaan cek semakin meluas dalam masyarakat moden. Di samping itu, penggunaan separa wang juga semakin berkembang pesat di Malaysia sehingga menyebabkan kerajaan memutuskan untuk menggunakan M2 sebagai petunjuk yang menentukan dasar kewangan di Malaysia mulai tahun 1980-an.

BAB 4 : INSTITUSI KEWANGAN

Pengenalan Kepada Institusi Kewangan
Kepentingan Institusi Kewangan

Institusi kewangan penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. Urusan kewangan institusi kewangan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi. Ini seterusnya mempengaruhi
y y y y y

Tingkat pelaburan Guna tenaga Keluaran Negara Pendapatan Negara. Tingkat harga umum

Jenis-Jenis Institusi Kewangan Di Malaysia
1. Bank Pusat 2. Bank Perdagangan 3. Institusi Kewangan Lain: Syarikat Kewangan, Bank Saudagar, KWSP, Syarikat Insurans, Bank Tabungan. 4. Institusi Kewangan Islam: Tabung Haji, Bank Islam, Takaful

Kawalan Institusi Kewangan Di Malaysia Semua institusi kewangan di Malaysia dikawal oleh Bank Pusat Malaysia, iaitu Bank Negara Malaysia.

Bank Pusat
Institusi kewangan milikan kerajaan untuk mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan sistem kewangan negara.

Memberikan Pendahuluan Sementara jika perbelanjaan kerajaan melebihi hasil kerajaan. Tarikh bayar balik tidak lewat daripada 3 bulan selepas tamat tahun kewangan kerajaan. Memberikan Nasihat Kewangan seperti pelaburan awam, kadar pertukaran asing dll

BNM - Mengeluarkan Mata Wang Negara
Ordinan BNM 1958 ± Bank Negara Malaysia diberi kuasa mencetak wang kertas (RM) dan duit syiling (Sen Malaysia) Penawaran wang oleh BNM ditentukan oleh permintaan wang dalam negara. Jumlah penawaran setakat cukup sahaja mengikut keperluan ekonomi negara untuk melicinkan ekonomi dan tidak menyebabkan masalah inflasi atau kemelesetan ekonomi. Kebolehan mencetak wang berasaskan sokongan rizab emas atau rizab pertukaran asing.

BNM - Mengawal Kadar Pertukaran Asing dan Imbangan Pembayaran
Menstabilkan kadar pertukaran asing dengan Menjual rizab pertukaran asing seperti Dolar Amerika apabila nilai RM merosot dengan teruk berbanding dengan mata wang asing untuk menaikkan nilai RM. Jika penjualan rizab pertukaran asing gagal menaikkan RM, BNM boleh menetapkan kadar pertukaran asing untuk menstabilkan RM. (Kadar pertukaran tetap AS$1 = RM3.80 pada 2 September 1998 untuk menghadapi krisis kewangan Asia.) Mengawasi imbangan pembayaran untuk menstabilkan kadar pertukaran asing negara.

BNM - Jurubank Kepada Kerajaan
Mentadbir akaun kerajaan: menguruskan semua hasil dan perbelanjaan kerajaan. Mentadbir hutang negara:
1. Memperoleh pinjaman luar / dalam negara untuk kerajaan dengan mengeluarkan bil perbendaharaan, bon kerajaan dll di pasaran kewangan antarabangsa / tempatan. 2. Membayar faedah pinjaman dan bayaran balik pinjaman pokok untuk kerajaan.

BNM - Mengawasi kegiatan bank perdagangan dan institusi kewangan lain serta menjalankan dasar kewangan
Bertujuan mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. Dasar kewangan menguncup semasa inflasi Dasar kewangan mengembang semasa deflasi

BNM - Sebagai Sumber Pinjaman Terakhir
Membantu bank perdagangan yang menghadapi masalah kekurangan wang tunai untuk memenuhi tuntutan para penabung. (Masalah kecairan sementara). Mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap kekukuhan sistem kewangan dalam negara. Pinjaman berbentuk mendiskaun semula bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan pinjaman terus dengan cagaran. Nisbah Rizab Berkanun = (Deposit di Bank Pusat / Jumlah Deposit Semasa) x 100% Nisbah Harta Cair = (Jumlah Harta Cair / Jumlah Deposit Semasa) x 100%

BNM - Jurubank Kepada Bank-Bank Perdagangan
Mengawal Rizab Berkanun / Cadangan Wajib iaitu simpanan wajib bank perdagangan di BNM. Bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit . Mengawal Harta Mudah Tunai / Harta Cair iaitu jumlah wang tunai yang disimpan dalam bank perdagangan, baki penjelasan bank perdagangan di BNM dan pinjaman jangka pendek kepada gedung diskaun. Bertujuan memastikan bank perdagangan mempunyai harta mudah tunai yang mencukupi dan mampu menunaikan semua cek pelanggan-pelanggannya. Juga bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit.

Bank Perdagangan
Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.

Fungsi Bank Perdagangan - Menerima Deposit
1. Deposit Semasa Deposit orang ramai yang hanya boleh dikeluarkan dengan cek. Jenis deposit yang tidak dibayar faedah tetapi dikenakan bayaran perkhidmatan untuk penggunaan cek. Bentuk wang terbanyak di Malaysia. 2. Deposit Tabungan Deposit tunai orang ramai yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang agak rendah. Menggalakkan sifat menabung. 3. Deposit Tetap Deposit tunai orang ramai yang mempunyai tempoh matang tertentu: 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun dan ke atas. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang lebih tinggi berbanding kadar faedah deposit tabungan. Lebih lama tempoh simpanan, lebih tinggi kadar faedah yang dibayar. Menggalakkan sifat menabung.

Mendiskaunkan bil-bil pertukaran - memberikan sejumlah wang pendahuluan kepada pelanggannya dan mendapat komisen daripada bil-bil pertukaran yang didiskaunkan. Bank perdagangan akan menuntut bayaran daripada pihak yang mengeluarkan bil-bil pertukaran tersebut apabila telah sampai tarikh matang bil.

Fungsi Bank Perdagangan - Membuat Dan Menerima Bayaran
Untuk pemegang akaun semasa yang berurusniaga melalui cek.

Fungsi Bank Perdagangan - Menyediakan Perkhidmatan Lain
1. 2. 3. 4. 5. Menjual beli mata wang asing Menjual draf bank pembayaran dijamin oleh bank perdagangan. Menjual cek pengembara Menyewakan peti simpanan keselamatan Bertindak sebagai pemegang amanah untuk pelangganpelanggannya yang telah meninggal dunia. 6. Memberikan nasihat kewangan 7. Menjadi perujuk tentang kedudukan kewangan pelanggannya.

Fungsi Bank Perdagangan - Memberi Pinjaman
Pinjaman melalui akaun semasa ± mengkreditkan sejumlah pinjaman dalam akaun semasa pelanggannya. Kadar faedah agak tinggi untuk jumlah pinjaman diluluskan. Kemudahan overdraf ± membenarkan pelanggannya mengeluarkan sejumlah wang yang melebihi baki dalam akaun semasanya. Jumlah overdraf maksimum ditetapkan dan kadar faedah dikenakan ke atas jumlah overdraf yang dikeluarkan sahaja.

Syarikat Kewangan
Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Fungsi-Fungsi Bank Perdagangan
1. Menerima deposit melalui deposit tabungan dan deposit tetap. 2. Memberi pinjaman dalam bentuk pinjaman sewa beli, pinjaman perumahan, pembiayaan pajakan dll. 3. Tidak menyediakan deposit semasa. Oleh itu, tidak boleh mencipta kredit seperti bank perdagangan.

2. Memberi pinjaman sindiket (gabungan pinjaman beberapa bank dan institusi kewangan lain) untuk membiayai projek besar syarikat-syarikat perniagaan. 3. Menggerakkan dana penyimpan besar melalui pelaburan dalam saham dan menanggung jaminan terbitan saham baru kepada syarikat-syarikat berhad yang hendak meluaskan bidang perniagaan mereka. 4. Menyediakan khidmat nasihat korporat tentang penswastaan dan membantu pengambilalihan atau penggabungan syarikat -syarikat berhad.

KWSP
Institusi kewangan milikan kerajaan yang mengendalikan skim simpanan wajib bagi setiap pekerja sektor awam dan swasta yang berumur 16 tahun ke atas dan diupah mengikut perjanjian. Simpanan pekerja dijamin oleh kerajaan. Pengurusan kewangan dikawal oleh BNM. Fungsi-Fungsi KWSP
1. Perlindungan kewangan untuk ahli-ahli yang bersara atau meninggal dunia atau kehilangan keupayaan bekerja. 2. Membolehkan ahli-ahli membeli rumah dan membiayai kos perubatan. 3. Menggalakkan pembangunan ekonomi negara 4. Pinjaman kepada kerajaan melalui pembelian surat jaminan kerajaan. 5. Pinjaman kepada sektor swasta melalui pembelian debentur syarikat dan sekuriti korporat.

Bank Saudagar
Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Memberi khidmat kewangan kepada saudagar. Fungsi-Fungsi Bank Saudagar
1. Menerima deposit secara besar-besaran (minimum RM250,000) daripada bank perdagangan, syarikat kewangan, syarikat berhad dan syarikat korporat).

Syarikat Insurans
Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Fungsi-Fungsi Syarikat Insurans
1. Membayar pampasan kepada pemegang polisinya terhadap risiko-risiko seperti kerugian harta benda, kehilangan nyawa dll 2. Menggerakkan pembangunan ekonomi negara dengan pelaburan dana premium yang diterima dalam surat jaminan kerajaan, surat jaminan korporat, harta tetap dll.

Institusi Kewangan Islam - Lembaga Urusan Dan Tabung Haji (LUTH)
Institusi kewangan Islam untuk urusan kewangan masyarakat Islam Fungsi-Fungsinya
1. Menerima deposit daripada bakal haji untuk memudahkan urusan perbelanjaan jemaah haji semasa di Mekah. 2. Tabungan diberikan bonus atau dividen kerana LUTH tidak mengamalkan bayaran bunga / faedah. 3. Menggerakkan dana bakal haji melalui pelaburan dalam sekuriti kerajaan, perusahaan, pembinaan, dan perladangan kelapa sawit.

Bank Tabungan spt Bank Simpanan Nasional (BSN)
Dimiliki oleh kerajaan Fungsi-Fungsinya
1. Menggalakkan sikap berjimat cermat di kalangan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana. 2. Menggerakkan deposit penyimpan-penyimpannya melalui pelaburan dalam surat jaminan kerajaan.

Institusi Kewangan Islam - Bank Islam
Contoh: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Kegiatan kewangan berasaskan hukum syarak Fungsi-Fungsinya
1. Menerima deposit mengikut prinsip Al-Wadiah: BIMB bertindak sebagai pemegang amanah deposit tunai penabung penabungnya. Dividen dibayar jika BIMB memperoleh keuntungan. 2. Memberi Pinjaman Mengikut Prinsip Al-Murabahah Dan AlMusyarakah 3. Prinsip Al-Murabahah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut dijual kepada pelanggannya pada harga yang lebih tinggi yang dipersetujui (harga belian +

4.

5.

6.

7.

untung). Pelanggannya akan menjelaskan bayaran secara ansuran mengikut perjanjian. Prinsip Al-Musyarakah: BIMB menyumbangkan sebahagian modal untuk membiayai projek pelanggannya. BIMB dan peminjam berkongsi pengurusan. Pembahagian keuntungan/kerugian berdasarkan nisbah sumbangan modal yang dipersetujui. Memajak harta atau barang mengikut prinsip Al-Ijarah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut kemudiannya dipajak kepada pelanggannya mengikut kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui. Memberikan kemudahan sewa beli mengikut prinsip Al-Takjiri : BIMB akan menyewakan harta/benda kepada pelanggannya, misalnya kererta, pada kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui. Penyewa dibenarkan membeli harta/benda tersebut selepas tempoh penyewaan mengikut harga dan syarat yang dipersetujui. Memberi jaminan hutang mengikut Prinsip Al-Kafalah : BIMB menjadi penjamin kepada pelanggan tentang kesanggupannya memenuhi segala tanggungan terhadap pihak ketiga.

BAB 4 : Penciptaan Wang / Kredit

Konsep Penciptaan Wang
Bank perdagangan mencipta kredit pinjaman berkali ganda daripada jumlah deposit semasa yang diterimanya daripada pelanggan dan seterusnya mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi.

Andaian-Andaian Proses Penciptaan Wang
1. Peruntukkan nisbah rizab berkanun & nisbah harta cair. Contohnya 20%. 2. Semua lebihan rizab dipinjamkan. Contohnya, baki 80% daripada jumlah deposit dipinjamkan. 3. Semua deposit yang diterima merupakan deposit semasa. 4. Semua urus niaga dibayar dengan cek. 5. Tidak berlaku bocoran wang tunai daripada sistem bank. 6. Suasana pelaburan adalah baik. 7. Para pelabur mampu menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman bank.

Proses Penciptaan Wang
Katakan Encik A memasukkan RM1000 ke dalam akaun semasanya di bank X. Bank X perlu menyimpan 20% daripada deposit semasa tersebut untuk memenuhi nisbah rizab bank pusat, iaitu RM200. Baki RM800 boleh dipinjamkan kepada Encik B untuk mendapatkan keuntungan. Bank X akan mengeluarkan satu cek bernilai RM800 kepada Encik B.

Harta (RM)
Rizab Pinjaman

Tanggungan (RM) 200 800 1000 Deposit semasa 1000

Proses penciptaan wang berterusan sehingga tiada lebihan rizab yang boleh dipinjamkan. Ini bermakna semua deposit semasa asal RM1000 daripada Encik A digunakan kesemuanya sebagai rizab oleh semua bank yang terlibat.

Jumlah

Jumlah

1000

Hasil Penciptaan Kredit
1. Nilai pengganda wang = 1 / nisbah rizab = 1/ 20% = 5. 2. Jumlah deposit semasa = deposit semasa asal x pengganda wang = RM1000 x 5 = RM5000. 3. Jumlah rizab = Rizab asal x pengganda wang = RM200 x 5 = RM1000. 4. Jumlah kredit pinjaman dicipta = Pinjaman asal x pengganda wang = RM800 x 5 = RM4000. 5. Tambahan bekalan wang = Jumlah deposit semasa Deposit wang tunai = RM5000 RM1000 = RM4000. 6. Keseluruhan proses penggandaan wang:

Katakan Encik B memasukkan RM800 ke dalam akaun semasanya di bank Y. Ini membolehkan Bank Y menyimpam RM160 (RM800 x 20%) sebagai rizab dan lebihan rizab RM640 (RM800 ± RM160) dipinjamkan kepada Encik C untuk mendapatkan keuntungan. Bank Y akan mengeluarkan satu cek bernilai RM640 kepada Encik C.

Harta (RM) Rizab Pinjaman Jumlah 160 640 800

Tanggungan (RM) Deposit semasa Jumlah 800 800

Harta (RM) Bank Rizab (20%) Pinjaman

Tanggungan (RM) Deposit

(80%) A B Lain-lain Jumlah (RM) 200 160 640 800 640 2560 1000 800 3200

Had-had Proses Penciptaan Wang
Jumlah deposit semasa yang dapat diciptakan oleh bank-bank perdagangan tidak sebesar yang dijangkakan jika andaian-andaian di atas wujud.

BAB 4 : Wang, Harga dan Aktiviti Ekonomi
1000 4000 5000

Dengan memberikan rajah yang sesuai, terangkan perbezaan antara permintaan wang untuk tujuan urus niaga dengan permintaan wang untuk tujuan spekulasi..........[6]

Dapatan-Dapatan
1. Penciptaan deposit semasa = penciptaan wang kerana deposit semasa ialah sebahagian daripada bekalan wang M1. 2. Bekalan wang dalam ekonomi akan bertambah berkali ganda apabila bank perdagangan mencipta deposit semasa. 3. Deposit semasa = wang bank 4. Deposit utama = deposit semasa asal RM1000 yang diterima oleh Bank A. 5. Deposit derivatif = Deposit semasa baru RM4000 yang diwujudkan oleh semua bank berkenaan. 6. Hanya bank-bank perdagangan boleh mencipta deposit semasa (wang) kerana pelanggan-pelanggannya menggunakan cek sebagai wang untuk semua pembayaran.

Permintaan wang untuk tujuan urus niaga merupakan permintaan wang untuk membeli barang dan perkhidmatan. Permintaan wang untuk tujuan urus niaga dipengaruhi oleh pendapatan negara. Semakin tinggi pendapatan negara, semakin tinggi permintaan wang untuk tujuan urus niaga. Ini dapat ditunjukkan pada rajah (a). Pada

pendapatan negara Y0, permintaan wang untuk tujuan urus niaga ialah M0. Apabila pendapatan negara meningkat ke Y1, permintaan wang untuk tujuan urus niaga meningkat ke M1. Ini bermakna wujud hubungan positif antara permintaan wang untuk tujuan urus niaga dengan pendapatan negara.

permintaan wang untuk tujuan spekulasi meningkat ke M1. Ini menunjukkan wujud hubungan negatif antara permintaan wang untuk tujuan spekulasi dengan kadar bunga.

Teori Kuantiti Wang Fisher
Diperkenalkan oleh Profesor Irving Fisher, seorang ahli ekonomi Amerika terkenal. Teori Kuantiti Wang ialah teori yang menjelaskan hubungan antara bekalan wang dengan tingkat harga umum. Ia menyatakan bahawa permintaan wang adalah dipengaruhi oleh jumlah urus niaga dalam ekonomi. Oleh itu, permintaan wang akan bertambah apabila jumlah urus niaga dalam ekonomi bertambah. Mengikut Analisis Fisher MV = PT dimana M= Bekalan wang / penawaran wang dalam ekonomi V= Halaju pusingan wang (kekerapan satu unit mata wang bertukar tangan dalam ekonomi) = Pendapatan negara (Y) / Penawaran wang (M) P= Tingkat harga umum (harga purata semua barang dan perkhidmatan yang diurusniagakan dalam ekonomi). T= Jumlah urus niaga iaitu jumlah keluaran yang dijualbeli dalam ekonomi.

Permintaan wang untuk tujuan spekulasi merupakan permintaan wang untuk mendapat keuntungan dengan membeli bon pada harga rendah dan menjual semula pada harga tinggi. Permintaan wang untuk tujuan spekulasi dipengaruhi oleh kadar bunga. Semakin tinggi kadar bunga, semakin rendah harga bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan berkurang. Sebaliknya, semakin rendah kadar bunga, semakin tinggi harga bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan meningkat. Ini dapat ditunjukkan pada rajah (b). Pada kadar bunga yang tinggi, iaitu r0, permintaan wang untuk tujuan spekulasi ialah M0. Apabila kadar bunga turun ke r1,

Andaian-Andaian Teori Kuantiti Wang
Nilai V adalah tetap Mengikut Fisher, V ditentukan oleh aktiviti urus niaga, institusi kewangan dan sistem pembayaran gaji yang bersifat tetap dalam jangka pendek. Nilai T adalah tetap Mengikut Fisher, ekonomi selalunya mencapai guna tenaga penuh. Oleh itu, jumlah keluaran tidak dapat ditambahkan. Oleh itu, perubahan M akan menyebabkan perubahan P pada kadar yang sama.

Andaian tentang P hanya dipengaruhi oleh M adalah tidak benar. P turut dipengaruhi oleh V dan T melalui rumus P = MV / T. Teori kuantiti wang tidak mengambil kira kesan perubahan permintaan wang terhadap tingkat harga umum. Apabila permintaan wang untuk tujuan urus niaga bertambah, V dan T akan bertambah. Teori kuantiti wang tidak mengambil kira kesan perubahan kadar bunga terhadap tingkat harga umum. Kejatuhan kadar bunga semasa keadaan ekonomi meleset akan meningkatkan jumlah pelaburan dan penggunaan. Ini seterusnya akan meningkatkan permintaan agregat dan menaikkan tingkat harga umum. Sebaliknya, peningkatan kadar bunga semasa inflasi akan meningkatkan tabungan dan mengurangkan pelaburan. Ini seterusnya akan mengurangkan permintaan agregat dan menurunkan tingkat harga umum.

Kelemahan Teori Kuantiti Wang Fisher
Andaian bahawa halaju pusingan wang (V) adalah tetap berdasarkan andaian ekonomi lebih stabil dalam jangka masa pendek adalah tidak benar. Dalam keadaan sebenar, halaju pusingan wang sentiasa berubah. Semasa inflasi, halaju pusingan wang akan meningkat dan sebaliknya, semasa deflasi, halaju pusingan wang akan merosot. Andaian bahawa ekonomi sentiasa mencapai guna tenaga penuh dan jumlah keluaran adalah tetap adalah tidak benar. Dalam keadaan sebenar, guna tenaga penuh jarang berlaku dalam sesebuah ekonomi. Apabila permintaan agregat bertambah semasa ekonomi melambung, jumlah keluaran akan bertambah dan kadar pengangguran akan berkurangan (dan guna tenaga penuh mungkin dicapai) dan sebaliknya, semasa ekonomi meleset, jumlah keluaran akan berkurangan dan kadar pengangguran akan meningkat.

Analisis Cambridge (M = kPT)
Teori kewangan yang diperkenalkan oleh Alfred Marshall, seorang ahli ekonomi British. Marshall menyatakan bahawa perubahan penawaran wang akan menyebabkan perubahan tingkat harga umum dengan kadar yang sama (% M = % P). M = kPT dimana M= penawaran wang P= tingkat harga umum T= jumlah urus niaga k= Jmlh urus niaga ; jmlh kluran yang dijualbeli dlm ekonomi.

Oleh kerana MV = PT dan M = kPT, maka boleh disimpulkan bahawa kPTV = PT atau kV =1 Ini bermaksud k = 1 / V

pendapatan merosot, permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan berkurangan. Permintaan wang untuk tujuan urus niaga tidak bergantung pada kadar bunga.

Permintaan Wang ² Tujuan Awasan
Sektor isi rumah meminta wang tunai untuk membayar perbelanjaan di luar dugaan seperti membayar bil hospital atau bil membaiki kereta. Sektor firma meminta wang tunai untuk menjelaskan perbelanjaan yang tidak dirancangkan seperti menjelaskan bil membaiki kilang yang rosak akibat malapetaka atau menjelaskan bil bahan mentah yang telah naik harga secara tiba-tiba. Permintaan wang untuk tujuan awasan bergantung pada pendapatan. Apabila pendapatan meningkat, permintaan wang untuk tujuan awasan akan meningkat, dan sebaliknya, apabila pendapatan merosot, permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan berkurangan. Permintaan wang untuk tujuan awasan tidak bergantung pada kadar bunga.

Teori Pilihan Kecairan Keynes
Permintaan wang bermakna pilihan kecairan atau pilihan ketunaian. Orang ramai tetap hendak memegang wang tunai walaupun menerima bayaran faedah apabila menabung di bank perdagangan. Permintaan wang dalam ekonomi adalah dipengaruhi oleh tujuan urus niaga, awasan, dan speklulasi.

Permintaan Wang ² Tujuan Urus Niaga
Sektor isi rumah meminta wang tunai untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan. Sektor firma meminta wang tunai untuk membeli faktor-faktor pengeluaran. Permintaan wang untuk tujuan urus niaga bergantung pada pendapatan. Apabila pendapatan meningkat, permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan meningkat, dan sebaliknya, apabila

Permintaan Wang ² Tujuan Spekulasi
Wang untuk tujuan spekulasi akan digunakan untuk membeli bon atau saham bagi tujuan memperoleh keuntungan. Keuntungan akan diperoleh daripada kegiatan spekulasi dalam pasaran apabila membeli saham atau bon pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi.

Permintaan wang bagi tujuan spekulasi bergantung pada tingkat kadar bunga. Apabila kadar bunga tinggi, permintaan wang bagi tujuan spekulasi adalah rendah, dan sebaliknya, apabila kadar bunga rendah, permintaan wang bagi tujuan spekulasi adalah tinggi.

Terbitan Keluk Permintaan Wang

1. Dikawal oleh bank pusat. 2. Jumlah penawaran wang tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam kadar bunga. 3. Mempengaruhi kestabilan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Penawaran wang berlebihan mewujudkan masalah inflasi. Penawaran wang yang sedikit mewujudkan kelembapan pertumbuhan ekonomi / kemelesetan ekonomi dan masalah pengangguran. 4. Bagi menjamin penawaran wang sentiasa mencukupi, pengeluaran wang (oleh bank pusat) dan penciptaan kredit (oleh bank perdagangan) dikawal rapi oleh Bank Pusat.

Keseimbangan Permintaan dan Penawaran Wang: Keseimbangan Kadar Bunga Penawaran Wang

Perubahan Keseimbangan Kadar Bunga

Kegunaan Teori Pilihan Kecairan Keynes
Menjelaskan kesan akhir pertambahan penawaran wang terhadap tingkat harga umum apabila ekonomi belum mencapai guna tenaga penuh

Menjelaskan kesan pertambahan Wang Terhadap Aktiviti Ekonomi Pada Tingkat Guna Tenaga Penuh

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->