You are on page 1of 24

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

BANDAR DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH

DEPARTMENT OF ELECTRICAL ENGINEERING

AA101
ISLAMIC EDUCATION

GEJALA MURTAD DAN KEBEBASAN BERAGAMA

CLASS/GROUP DET 1A
SESSION JULY 2010
LECTURE MOHD SAAD BIN MOHD SAID

NAMA NO.PENDAFTARAN
NUR AZAM BIN ISYAK 03DET 10F1031
MUHAMAD ZUKHAIRY BIN ZULKPLI 03DET10F1045
AMAR ASYRAF BIN MOKHTAR 03DET10F1030
MUHAMAD HAZWAN BIN AZIS 03DET10F1034
ISI KANDUNGAN

TAJUK BIL MUKA SURAT


PENDAHULUAN
ISI DAN HURAIAN
LAMPIRAN
KESIMPULAN
RUJUKAN
PENDAHULUAN
MURTAD

Gejala murtad merupakan antara isu yang disifatkan sebagai sangat sensitif
kepada masyarakat muslim khasnya di Negara ini. Orang-orang Islam yang
murtad adalah dianggap telah melakukan satu jenayah yang besar terhadap
agama dan umat Islam. Meskipun tidak ada statistik yang tepat mengenai jumlah
sebenar orang-orang Islam yang murtad di Malaysia, namun berdasarkan kes-kes
yang dilaporkan oleh media massa dan yang telah diputuskan oleh Mahkamah
Syariah, gejala ini sememangnya adalah sesuatu yang serius dan perlu diberikan
perhatian. Penglibatan sesetengah kelompok bukan Islam yang tampil membela
dan memperjuangkan hak-hak golongan yang murtad ini atas dasar kebebasan
asasi secara jelas member isyarat bahawa kedudukan Islam da n masyarakat
muslim kini semakin tercabar. Melalui saluran perundangan, golongan ini cuba
memanfaatkan ruang dan peluang yang ada, meskipun tindakan mereka itu
dilihat sebagai mencampuri urusan agama Islam dan hal ehwal masyarakat
muslim. Gejala ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya akan pasti membawa
kepada berbagai implikasi negatif kepada perkembangan Islam dan keharmonian
masyarakat muslim di Malaysia.
KEBEBASAN BERAGAMA

Ajaran Islam menjelaskan bahawa hak kebebasan agama dimaksudkan disini


adalah Islam tidak memaksa orang bukan Islam menerima Islam. Namun di
negara kita kebebasan beragama ini boleh disekat melalui undang-undang.
Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan ini tertakluk
kepada undang-undang yang diluluskan bagi mengawal atau menyekat
pengembangan agama yang lain daripada Islam di kalangan umat Islam.
Selain itu perlembagaan juga menyebut bahawa kebebasan agama tidak
boleh digunakan untuk menyalahi undang-undang awam mengenai
ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.
ISI DAN HURAIAN
Pengertian Murtad
Murtad dari segi bahasa bererti kembali daripada sesuatu dan menuju kepada sesuatu
yang lain daripadanya (al-Zuhaili. 1997 : 5576). Murtad juga disebut dengan perkataan
irtidad atau Riddah.

Manakala dari segi istilah syarak murtad ialah memutuskan Islam atau kembali
daripada Islam kepada kufur selepas menganutinya dan seterusnya menganuti mana-
mana agama atau mana-mana pegangan akidah (al-Zuhaili. 1997 : 5576).

Seksyen 23 (1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, Negeri Kelantan
mentakrifkan irtidad ialah apa-apa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang
disebutkan oleh seseorang yang mukallaf yang mana perbuatan atau perkataan itu
mengikut hukum Syarak adalah menjejaskan atau berlawanan dengan akidah agama
islam; Dengan syarat perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan
niat, dengan sukarela dan dengan pengetahuan dan tanpa apa-apa paksaan oleh
sesiapa atau oleh keadaan.

Seksyen 23 (2) pula menyatakan; Perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan yang


menjejaskan akidah itu ialah perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan mengenai
atau bersabit dengan perkara-perkara asas yang dianggapkan mesti diketahui dan
dipercayai oleh tiap-tiap orang Islam sebagai pengetahuan umumnya kerana dia orang
Islam seperti perkara-perkara mengenai rukun Islam, rukun Iman dan perkara-perkara
halal dan haram.

Dalil-dalil larangan Murtad


Murtad adalah seburuk-buruk kekufuran, dan diantara dalil keburukannya ialah firman
Allah SWT;

َ َ ‫ت أَعْ َمالُ ُه ْم فِي ال ُّد ْن َيا َواآْل َخ َِر ِة َوأُولَ ِئ‬ َ ‫ُت َوه َُو َكافِ ٌر َفأُولَ ِئ‬
ْ ‫ك َح ِب َط‬ ْ ‫و َمنْ َيرْ َتدْ\ِد ِم ْن ُك ْم َعنْ دِي ِن ِه َف َيم‬.َ
ِ ‫ك أصْ َحابُ ال َّن‬
َ ‫ار ُه ْم فِي َها َخالِ ُد‬
‫ون‬

Maksudnya: Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya
(agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak
binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli
neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217) :

Perkara-perkara yang boleh menyebabkan Murtad

Secara umumnya, murtad boleh berlaku melalui amalan hati (iktikad), perkataan dan
perbuatan. Menurut ulama, seseorang itu boleh menjadi murtad atau terkeluar daripada
Islam dengan salah satu daripada tiga perkara, iaitu;

Pertama: Mengingkari hukum yang telah diijmakkan padanya, hukum ini dikategorikan
sebagai maklum min al-din bi al-dorurah seperti mengengkari kewajipan zakat,
puasa,haji, minum arak, makan riba dan sebagainya. Hukum-hukum yang berkaitan
dengan perkara tersebut adalah sama dari segi pengetahuannya di antara golongan
ulama dan orang awam. (Mustafa al-Khin. 1996 : 466)

Manakala mengingkari hukum yang tidak diijmakkan padanya, atau hukum yang
diijmakkan padanya tetapi tersembunyi pengetahuannya daripada kebanyakan
manusia, maka keengkarannya terhadap perkara tersebut tidak menyebabkan
seseorang itu menjadi kufur, seperti mengengkari pensyariatan solat duha, mengingkari
haramnya berkahwin dengan perempuan yang diceraikan sebelum tamat tempoh
eddahnya dan lain-lain lagi (Mustafa al-Khin. 1996 : 467).

Kedua : Melakukan perbuatan yang merupakan perbuatan khusus bagi orang-orang


kafir seperti sujud kepada berhala, melakukan sesuatu yang merupakan ibadah khusus
orang-orang kafir atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan pegangan
seorang muslim seperti melemparkan al-quran dengan sengaja ke tempat yang kotor,
melemparkan kitab-kitab hadis dan tafsir. Walaubagaimanapun hukum ini tertakluk
dengan syarat seseorang itu melakukannya dengan sukarela dan bukan dengan
paksaan (Mustafa al-Khin. 1996 : 467).

Ketiga : Mengucapkan perkataan yang bertentangan dengan pegangan hidup seorang


muslim samada pengucapan itu dengan iktikad atau degil atau dengan tujuan gurau
senda semata-mata seperti mencela agama, mencela Allah, mencela salah seorang
Nabi dan sebagainya. Seseorang yang mengucapkan perkataan seperti; Islam tidak
sesuai untuk dilaksanakan dalam tamadun manusia, Allah tidak wujud, pemakaian hijab
adalah membawa kepada kemunduran, dan sebagainya adalah menyebabkan
kekufuran samada ianya didorong oleh faktor iktikad, marah atau kerana degil.
Pengucapan perkataan yang bertentangan dengan pegangan muslim adalah
menyebabkan kekufuran sekalipun dengan tujuan gurau senda seperti seseorang itu
berkata kepada orang yang menasihatinya : jikalau kamu masuk ke dalam syurga,
tutuplah pintuya supaya aku tak boleh masuk bersama kamu (Mustafa al-Khin. 1996 :

Kesan-kesan ke atas orang yang Murtad


Apabila seseorang muslim telah murtad, maka beberapa kesan akan timbul (Mustafa al-
Khin. 1996 : 469) iaitu;

Pertama : Ditegah sepenuhnya dari menggunakan hartanya. Sehubungan itu, harta


tersebut diletakkan di bawah pengawasan pemerintah dan digunakan untuk memenuhi
keperluannya yang daruri. Sekiranya dia kembali kepada Islam, maka tegahan tersebut
tidak dilaksanakan lagi dan dikembalikan harta tersebut kepadanya. Sekiranya tidak
bertaubat, harta tersebut dianggap bukan miliknya sejak permulaan tarikh murtad.

Kedua : Terputus hak pewarisan di antaranya dengan kaum kerabatnya. Sekiranya mati
salah seorang kaum keluarganya dan dia masih murtad ketika itu, maka dia tidak dapat
mewarisi harta tersebut berdasarkan hadis Nabi SAW : Tidak mewarisi orang muslim
akan orang kafir, dan tidak mewarisi orang kafir akan orang muslim.

Ketiga : Terpisah dengan isterinya dan akad perkahwinan tersebut tergantung.


Sekiranya orang murtad itu kembali kepada Islam dalam tempoh eddah maka dia boleh
bersama semula dengan isterinya tanpa akad yang baru dan tanpa rujuk. Sekiranya dia
berterusan murtad sehingga tamat eddah, maka akad perkahwinan terfasakh bermula
tarikh murtadnya. Sekiranya selepas itu, dia ingin kembali kepada isterinya, maka
hendaklah dengan akad dan mahar yang baru.

Hukuman ke atas orang-orang yang Murtad


Hukuman ke atas orang murtad adalah merangkumi lelaki dan wanita tanpa ada
perbezaan antara keduanya (Mustafa al-Khin. 1996 : 468). Walaubagaimanapun,
menurut pandangan mazhab Hanafi wanita yang murtad tidak boleh dibunuh tetapi
hendaklah dipenjarakan dan diminta bertaubat pada setiap hari. Sekiranya wanita
tersebut bertaubat, maka dia dibebaskan daripada penjara. Tetapi sekiranya dia tetap
ingkar maka dia akan dipenjarakan semula dan begitulah yang akan dilakukan
sehinggalah dia mati (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 315). Apabila seseorang lelaki atau
wanita melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kekufuran, maka hukum-
hukum berikut adalah terlaksana ke atas mereka;

Pertama : Wajib meminta supaya bertaubat dengan segera, kerana berkemungkinan


seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan kufur kerana syubhah, ataupun kerana
kemarahan yang amat sangat, maka kewajipan pemerintah ketika itu ialah
menasihatinya supaya bertaubat dan kembali kepada kebenaran (Mustafa al-Khin.
1996 : 468). Berdasarkan pandangan mazhab Syafie, hendaklah bertaubat dengan
segera dan sekiranya tidak bertubat terus dibunuh (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 322).
Walaubagaimanapun menurut pandangan mazhab Hanafi meminta untuk bertaubat
hanyalah sekadar sunat dan diberi tempoh untuk bertaubat selama tiga hari (Abdul
Karim Zaidan. 1994 : 320)

Kedua : Memberikan amaran kepada orang yang murtad tersebut tentang hukuman
berat yang akan menimpanya sekiranya dia berterusan dalam kekufurannya itu
(Mustafa al-Khin. 1996 : 468).

Ketiga : Wajib dibunuh orang yang murtad itu sekiranya masih berdegil dan enggan
bertaubat. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW : Barangsiapa yang menukar agamanya,
maka bunuhlah dia. Dalam hadis yang lain, sabda Nabi SAW : Tidak halal darah
seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah melainkan dengan tiga sebab :
membunuh manusia, orang yang telah berkahwin dan melakukan zina dan orang yang
meninggalkan agamanya (meninggalkan jamaah) (Mustafa al-Khin. 1996 : 468).

Syarat-syarat Pelaksanaan Hukuman ke atas


Orang yang Murtad
Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa orang yang murtad wajib dihukum bunuh
dengan segera. Tetapi hukuman murtad tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan
syarat-syarat berikut ;

Pertama : Baligh dan berakal, maka kanak-kanak dan orang gila tidak dianggap murtad
kerana mereka tidak dipertanggungjawabkan (tiada taklif). Walaubagaimanapun,
hendaklah bagi wali kanak-kanak tersebut memberikan pengajaran kepadanya dan
memintanya bertaubat (Mustafa al-Khin. 1996 : 469)

Kedua : Meminta orang yang murtad itu bertaubat. Tidak boleh menjatuhkan hukuman
bunuh ke atasnya sebelum diminta bertaubat, tetapi hendaklah dibunuh dengan segera
sekiranya tidak mahu bertaubat (Mustafa al-Khin. 1996 : 469).

Ketiga : Sabit perbuatan murtad tersebut samada dengan ikrarnya atau dengan
kesaksian (Mustafa al-Khin. 1996 : 469). Sepakat jumhur ulama mengatakan bahawa
kesaksian mestilah dialkukan oleh dua orang lelaki muslim yang adil (Abdul Karim
Zaidan 1994 : 324)

Kesan Hukuman Bunuh ke atas orang yang Murtad


Terdapat beberapa kesan pelaksanaan hukuman bunuh ke atas orang yang murtad
(Mustafa al-Khin. 1996 : 470) iaitu:

Pertama : Haram memandikannya, mengkafankannya dan menyembahyangkannya


kerana dia telah terkeluar daripada Islam.

Kedua : Haram dikebumikan di perkuburan orang Islam. Mayatnya hendaklah ditanam


di satu tempat lain yang jauh dari perkuburan orang Islam.

Ketiga : Tidak boleh mewarisi harta peninggalannya.

GEJALA MURTAD DAN IMPLIKASINYA TERHADAP


MASYARAKAT MUSLIM
Keseriusan gejala murtad
Gejala murtad di Malaysia dikatakan menjadi semakin serius. Menurut Peguam Zulkifli
Nordin, murtad di kalangan orang Melayu kini sudah menjadi suatu ancaman yang perlu
diberi perhatian. Berdasarkan Indeks Pencemaran Akidah yang dikeluarkan oleh
Jabatan Statistik dan Perangkaan pada tahun 1989 sahaja, seramai 4776 orang Melayu
memohon untuk menukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar
dari Islam.
Kes Aisyah Bukhari bukanlah kes pertama yang murtad di Malaysia, bahkan
sebelumnya beratus kes dikatakan timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes
Aisyah, 40 fail murtad pernah dikendalikan oleh peguam Zulkifli Nordin
(www.harakahdaily.net) 30 Mei 2007.
Berdasarkan laporan oleh Malaysiakini.com yang bertarikh 25 Mei 2005, seramai 50
000 orang remaja Melayu sedang memohon untuk murtad di Lembah Kelang sahaja.
Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya dilaporkan berkata, terdapat lebih
kurang 3 000 orang Islam memohon untuk keluar Islam di Wilayah Persekutuan sahaja,
dan pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa kerana ketiadaan undang-undang
yang menyekatnya. (Utusan Malaysia, Julai 1997)
Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria dilaporkan berkata, terdapat
hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini. Bilangan tersebut termasuklah
kira-kira 100,000 orang-orang Melayu Islam yang telah mengistiharkan diri mereka
masuk Kristian. Manakala 100,000 orang lagi sedang membuat permohonan untuk
murtad. Selebihnya, tegas beliau, termasuk mereka yang memohon untuk menukar
nama Islam di dalam kad pengenalan kepada nama fahaman lain.
Beliau juga dilaporkan menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubaligh Kristian
Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini bersifat zalim kerana tidak
membenarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian
(www.harakahdaily.net)

Kes-kes Murtad
a) Kes Natrah

Kes ini berlaku dalam tahun 1950. Natrah telah dipelihara oleh ibu angkatnya, Che
Aminah sejak dari kecil lagi. Natrah dibesarkan sebagai seorang Islam dan tinggal di
Kemaman, Terengganu sehingga berusia 13 tahun. Bapa Natrah telah membuat
perancangan sehingga Che Aminah terpaksa pergi ke mahkamah Singapura. Setibanya
di Singapura, Che Aminah diperintahkan oleh mahkamah untuk menyerahkan Natrah
kepada Konsul Jeneral Belanda. Bagaimanapun masyarakat Islam menentang keras.
Akhirnya Natrah diserahkan kembali kepada Che Aminah. Kerana takut peristiwa ini
berulang, Natrah telah dikahwinkan ketika berusia 13 tahun dengan Mansor Adabi.
Walaubagaimanapun, mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia
16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.
Isunya dikatakan bermulanya, sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus
menganut agama Islam ataupun tidak. Akhirnya mahkamah membuat keputusan, selagi
tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya.
Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama
bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes tersebut , mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh
sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah
mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan
kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
Secara kesimpulannya bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya.
Natrah telah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.
Masyarakat orang Islam di Singapura ketika itu membantah, dan ramai yang mati
syahid dalam pertempuran dengan tentera British (http://forum.ekpkm.com/viewtopic.
php?f=88&t=1003).

b) Kes Azlina Jailani @ Lina Joy

Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu,
keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya
dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Beliau pernah memohon
untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan
alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada
Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah
diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya
bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya
beragama Islam dan mengamalkan carahidup sebagai Muslim.

Azlina mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama


Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada
11 Mei 1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan
seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk
mengesahkan perkahwinan beliau. Beliau telah beberapa kali dipanggil dan
dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau
mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah
dimaklumkan pada kedua ibu bapa.

Mengikut fakta kes, selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk
pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan kerana di dalam Kad Pengenalannya
masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad
Pengenalan kepada Lina Joy. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama
Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada
tahun 2000. Permohonannya tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada
kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar
Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak
membenarkan seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama
(Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

c) Kes Siti Fatimah Abdul Karim

Siti Fatimah binti Ab Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978, merupakan anak
kepada pasangan India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti
Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau
sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau melarikan
diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya
dan laporan yang diperolehi daripada laman web, http://blog.limkitsiang.com dan
Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang
beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya
beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.

Berdasarkan kenyataan dalam laman web juga pada tahun 2001, beliau telah membuat
suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang Hindu dan
menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di
Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan
diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan
agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha
untuk mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun kesemua
usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman lelakinya dan
pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan
antara kedua-dua belah pihak.

Setelah beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004,
beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu
mengikut upacara perkahwinan agama Hindu. Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut
tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa
kerana perbezaan agama.

Seterusnya, hasil daripada perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah
melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka. Ibunya telah mendapatkan bantuan
Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti
Fatimah masih seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.

Pada 23 Jun 2006, suatu permohonan untuk keluar daripada agama Islam oleh Siti
Fatimah Binti Ab Karim telah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka (Kes Mal Bil.
04200-043-
0005 Tahun 2006). Permohonan tersebut telah didengar di hadapan Yang Arif Tuan
Mohd Radzi Bin Hj. Abd Latif, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka dengan
kehadiran pemohon dan wakil Majlis Agama Islam Melaka.
Faktor-faktor berlakunya gejala Murtad
1. Jauh dari ajaran Islam yang sebenar
Umat Islam sendiri merasakan bahawa ajaran yang terkandung dalam Quran sebagai
sumber hidup manusia adalah pelik dan tidak realistik mengikut peredaran zaman.
Terdapat sebilangan umat Islam yang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar, bahkan
tidak dapat membezakan antara sistem yang ada dalam Islam dan yang datang dari
Barat sehingga mencampuradukkan kedua-duanya. Perkara ini mendatangkan
kerosakan pada akidah umat Islam tersebut yang tidak lagi dapat membezakan antara
kesahihan ajaran yang ada dalam Islam dan kebatilan kebanyakan teori yang
digunapakai oleh golongan bukan Islam.
Umat Islam yang bersungguh-sungguh mempertahankan ajaran Islam dan menegakkan
syiar adalah menjadi musuh kepada mereka disebabkan kepelikan ajaran yang
diamalkan dalam suasana yang menuntut kepada ketamadunan dunia. Maka,
berlakulah perpecahan yang mengakibatkan lahir pemuka-pemuka yang merosakkan
Islam. Sungguh benar apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis
yang bermaksud: Permulaan Islam itu dagang dan akan kembali dagang (di mata
manusia) maka beruntunglah kepada orang-orang yang dagang.

2.Kejahilan umat Islam tentang keunggulan peraturan


yang terkandung dalam agama Islam

Umat Islam tidak menyedari bahawa Islam diturunkan untuk menghapuskan


penyembahan manusia terhadap manusia dalam segala bentuk manifestasinya, juga
untuk mengesahkan penyembahan mereka hanyalah kepada Allah SWT. Sistem hidup
yang lahir daripada agama Islam bukanlah sistem yang bersifat sejarah iaitu satu
sistem yang terbatas pada satu period tertentu, ia juga bukanlah sistem yang bersifat
kedaerahan yang hanya digunakan oleh sekumpulan generasi manusia tertentu, juga
bukanlah sistem yang bersifat kaku danyang dipraktikkan dalam satu suasana atau
keadaan tertentu, malahan ia merupakan satu sistem yang teguh dan utuh, diredhai
Allah s.w.t. untuk dipraktikkan dalam seluruh kehidupan manusia di setiap tempat dan
masa. Sistem ini bertujuan untuk mengekalkan kehidupan manusia di dunia agar
berlegar di sekitar paksi yang diredhai Allah

3. Lahir idealisme Barat yang menyesatkan dalam


pemikiran umat Islam seumpama Sekularisme dan
Orientalis

Faham sekular dari sudut politiknya telah mula dilaksanakan di Turki selepas
penghapusan sistem Khilafah Islamiah Othmaniah pada tahun 1924. Fahaman ini
seterusnya manjadi kaedah politik yang diamalkan di tanah air umat Islam. Doktrin ini
jika difaham dari pentakrifannya iaitu satu doktrin yang menolak atau memisahkan
agama, ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan
agama seperti pentadbiran awam dan lain-lain serta menganggap perkara keagamaan
adalah satu tugas yang dilaksanakan oleh manusia untuk Tuhannya sahaja. Maka
setiap manusia yang berpegang dengan doktrin ini yang menyokong dan
mempertahankan keabsahan amalan yang tidak berkait dengan agama dipanggil
manusia sekular.

Dengan ini, dapat kita lihat bahawa bahaya fahaman ini adalah merosak seterusnya
menanggalkan aqidah umat Islam. Mereka yang menganut doktrin ini, secara automatik
tidak mengiktiraf Rububiyyah Allah SWT yang Maha Pentadbir dan Penguasa seluruh
alam.

Sementara fahaman nasionalisme adalah doktrin yang meletakkan kesetiaan dan


ketaatan manusia kepada negara, dengan meletakkan kepentingan negaranya di atas
segala kepentingan lain. Fahaman ini bertitik tolak dari andaian bahawa tumpuan utama
bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Akibatnya, perkara akidah dan
agama yang paling asas diabaikan demi mengejar tuntutan bangsa dan negara.

4. Strategi memurtadkan Umat Islam


Ketua Gereja Presbiterian yang berasal dari Ghana, Dr. John Azumah (asalnya seorang
Islam dan kemudian memeluk Kristian) telah membentangkan beberapa cara bagi
memurtadkan umat Islam dalam satu Persidangan Antarabangsa Bagi Penganut
Evangelis di California, Amerika Syarikat pada 20 Ogos 2008. Persidangan ini teah
dianjurkan oleh US Presbiterian Global Fellowship. Menurutnya terdapat empat cara
yang utama bagi memurtadkan umat Islam
(http://www.eramuslim.com/berita/int/8821143817) iaitu:
Strategi pertama : berusaha mengetahui selok belok mengenai ajaran Islam dan
masyarakat Islam. Tunjukkan minat untuk mengetahui apa yang menakutkan mereka,
apa yang menggembirakan mereka dan ajaran-ajaran mereka.
Strategi kedua : Bagi menarik minat dan hati orang-orang Islam, para missionaries
mesti bertindak sebagi “sinar” dan bukan sebagi lampu suluh. Saat ini ramai
missionaries yang bertindak seperti lampu suluh. Mereka menyuluh terus ke dalam
mata orang Islam yang akan menyebabkan mereka melindungi matanya dan
mengalihkan pandangan mereka ke arah yang lain. Maksudnya jangan terus
menggunakan ayat-ayat al-Kitab tetapi bertindaklah dengan menunjukkan bahawa anda
menyayangi mereka dan mencintai mereka dan seterusnya mulalah dengan
menggunakan ayat al-Kitab.
Strategi ketiga : Sentiasa menceritakan pengalaman peribadi bagaimana keyakinan kita
terbina terhadap agama yang dianuti kepada orang muslim.
Strategi keempat : Setelah berusaha, tunggulah perubahan yang akan terjadi. Anda
mempunyai keupayaan dan pengetahuan tetapi tunggulah sehingga Ruh al-Kudus
datang.
Seterusnya beliau menambah, orang Kristian perlu lebih banyak berinteraksi dengan
umat Islam dan sehubungan itu beliau menyarankan supaya missionaries pergi ke
Negara umat Islam dan pelajarilah bahasa dan budaya mereka, jangan paksa mereka
pelajari budaya dan bahasa anda.

Pada kesempatan tersebut, Setiausaha Agung European Evangelican Alliance (EEA),


Gordon Showell Rogers menyeru supaya gerakan pemurtadan umat Islam seluruh
Eropah diteruskan dan beliau menambah bahawa penghijrahan umat Islam ke benua
Eropah adalah merupaan kesempatan yang paling utama bagi menjalankan gerakan
pemurtadan ini.
Selain itu satu kajian telah mendapati bahawa terdapat beberapa strategi yang lain
digunakan bagi tujuan memurtadkan umat Islam (http://www.pmium.org/v100/modules.
php?name=News&file=print&sid=229) ialah :

Pertama : Berusaha memikat wanita melayu bagi tujuan perkahwinan. Bagi tujuan
tersebut wanita itu perlulah terlebih dahulu murtad dari agama Islam.
Kedua : Berusaha melalaikan umat Islam dengan dadah, mat rempit, bohsia dan
sebaginya.

Ketiga : Memecahbelahkan institusi masjid dan surau.

Keempat : Memecahbelahkan masyarakat Islam di antara yang berfahaman Islam


fundamental, tasawwuf dan sebagainya.
Terdapat juga beberapa strategi yang digunakan oleh kumpulan memurtadkan umat
Islam sepertimana yang dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Surau Garden
Homes, Seremban, Azman Basra pada 14 September 2006 (www.harakahdaily.net )
iaitu:
a) Kumpulan ini menjadikan golongan remaja sebagai sasaran kerana bagi mereka
kelompok remaja lebih mudah didekati berbanding golongan dewasa yang lebih kuat
pegangan akidahnya, kata Azman dalam satu pengumumannya di surau tersebut baru-
baru ini.

b) Golongan Kristianisasi ini menawarkan ganjaran berupa wang saku kepada remaja
yang mahu murtad, malah mereka juga ditawarkan khidmat seks (bagi yang lelaki akan
mendapat perempuan, dan yang perempuan akan mendapat pasangan lelaki) dan
telefon bimbit.

Implikasi gejala Murtad terhadap


Agama Islam dan Masyarakat
Muslim

Dr. Yusof al-Qardawi dalam tulisannya “khuturah al-riddah wa muwajahah al-fitnah”


telah menjelaskan bahawa terdapat beberapa implikasi murtad kepada masyarakat
Islam, antaranya

Pertama : Murtad merupakan ancaman utama kepada survival dan kewujudan agama
Islam itu sendiri. Ini kerana orang yang murtad bukan sekadar dianggap keluar daripada
Islam sahaja tetapi dia sebenarnya telah cuba untuk menyerang agama Islam itu.

Kedua : Murtad menghapuskan identiti masyarakat muslim. Ini kerana seorang yang
murtad sebenarnya telah masuk ke dalam identiti ummah yang lain, telah menukar
ketaatannya dan telah mencabut identiti Islam darinya.

Ketiga : Murtad akan menyebabkan agama Islam dianggap seperti barang mainan
semata-mata, iaitu boleh masuk apabila dikehendaki dan boleh keluar pada bila-bila
masa apabila dikehendakinya. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak lagi
mementingkan identiti agama seseorang atau identiti sesuatu ummah. Kesan yang
lebih besar akan timbul apabila masyarakat menganggap semua agama adalah sama
dari segi identitinya
Selain itu, perbuatan murtad dari agama Islam akan menyebabkan golongan muslim
yang lemah imannya akan merasa syak dan ragu-ragu tentang kebenaran Islam.
Senjata “al-tasykik” inilah yang sedang digunapakai oleh golongan musuh Islam untuk
merosakkan identiti masyarakat muslim dan umat Islam. Ini telah dijelaskan melalui
kata-kata seorang pemimpin Yahudi : “berlakonlah seolah-olah kamu beriman di pagi
hari dan kemudian keluarlah dari agama tersebut (Islam) pada waktu petangnya supaya
golongan muslim berkata dalam hati mereka, keluarnya mereka dari Islam adalah bukti
bahawa agama Islam itu tidak sesuai, ini kerana mereka adalah golongan yang telah
diturunkan kitab dari langit terlebih dahulu dari kita dan sesungguhnya mereka lebih
mengetahui”

LAMPIRAN
KEBEBASAN BERAGAMA

Perlembagaan menyatakan bahawa kebebasan beragama adalah salah satu hak yang dijamin
di bawah bab mengenai kebebasan asasi. Kedudukan ini termasuk dalam hak-hak lain di bawah
bab mengenai kebebasan asasi di dalam perlembagaan yang tidak boleh digantung atau dinafikan
oleh undang-undang yang diluluskan di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Perbincangan berkaitan Agama dan Perlembagaan ini perlu diteliti dari segi sejarahnya.
Kedatangan Islam ke negara kita telah lama berlaku sejak zaman dahulu lagi. Manakala semasa
penggubalan Perlembagaan yang di lakukan oleh Suruhanjaya Reid turut mengambil kira
berkaitan dengan agama sebagai salah satu tonggak bagi membentuk perlembagaan negara ini.
Mahkamah dan keputusan berkaitan dengannya juga turut mempengaruhi bagaimana penaksiran
berkaitan kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan. Setiap kes yang di bawa dan di berikan
keputusan oleh mahkamah mempengaruhi pandangan terhadap kedudukan agama Islam dalam
Perlembagaan negara.
LAMPIRAN
KESIMPULAN
MURTAD

Berdasarkan perbincangan yang telah dikemukakan, secara umumnya dapatlah


dirumuskan bahawa gejala murtad yang berlaku di Negara ini adalah serius dan perlu
diberi perhatian oleh segenap lapisan umat Islam. Kedudukan Islam sebagai agama
persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia semakin
tercabar dengan kemunculan gerakan-gerakan yang cuba menafikan kedudukan
tersebut. Perkara-perkara yang dianggap sebagai hal-hal dalaman umat Islam seperti
isu murtad kini cuba diketengahkan untuk dibincang secara terbuka atas dasar
kebebasan asasi. Sensitiviti masyarakat Muslim kini tidak lagi diperdulikan meskipun
ada kumpulan yang cuba membantah dan melakukan penentangan terhadap segala
usaha yang cuba dilakukan itu.

Oleh itu, dalam menangani isu murtad ini, penulis ingin mencadangkan beberapa
perkara untuk diambil tindakan oleh segenap lapisan umat Islam di Malaysia;

a) Pendidikan asas agama Islam perlulah diperkasakan dari peringkat pra sekolah
hinggalah ke peringkat pengajian Tinggi. Ini penting bagi membolehkan kefahaman
mengenai asas-asas agama Islam diterapkan kepada anak-anak orang Islam sejak dari
usia kecil sehinggalah mereka dewasa.

b) Program-program dakwah kepada masyarakat Islam mestilah terus dipergiat dan


dipertingkatkan sejajar dengan bertambahnya cabaran baru yang dihadapi oleh umat
Islam masakini. Pendekatan dakwah semasa perlu dikemaskini agar sentiasa releven
dengan kumpulan sasar (mad’u) terutamanya bagi menarik golongan muda Islam yang
amat terdedah kepada berbagai gejala negatif termasuklah murtad.

c) Golongan muallaf atau saudara baru yang telah memeluk Islam perlulah diberikan
perhatian sama ada dari sudut moral mahupun material. YAA Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah Pulau Pinang dalam keputusannya berhubung kes Siti Fatimah Tan, sebelum
mengumumkan keputusan, Hakim Othman kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai
dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf. Menurut beliau,
MAIPP sepatutnya perlu menyelia dan membimbing golongan yang baru masuk Islam.
Dan jika ini tidak dilakukan, beliau bimbang akan wujud lebih banyak kes-kes seperti itu.

KEBEBASAN BERAGAMA
Secara kesimpulannya, kefahaman berkaitan dengan perlembagaan adalah penting.
Masyarakat tidak faham apabila mereka tidak mengetahui perkara yang sebenarnya
ditafsirkan oleh perlembagaan. Agama Islam adalah bersifat terbuka dan universal,
bukan hanya untuk sesuatu kaum sahaja. Sebaliknya untuk semua umat manusia. Oleh
itu pendidikan berkaitan Perlembagaan negara perlu ditekankan kepada semua lapisan
masyarakat. Dengan cara ini dapat membentuk masyarakat

Modul Perlembagaan dan Kenegaraan yang mengetahui hak dan keperluan sebagai

warganegara dan juga hak negara terhadap individu yang menjadi warganegaranya.
RUJUKAN

http://www.alminbar.net/malafilmy/3okobat/2.htm.
http://www.islamonline.net/arabic/contemporary/2002/02/article2a.shtml
http://forum.ekpkm.com/viewtopic.php?f=88&t=1003
http://al-ulum.com/sinar-jun07-kurang.html
http://www.amos.yadim.com.my/Sosial/SosialFull.asp?offset=125&Id=436
http://www.eramuslim.com/berita/int/8821143817-empat-strategi-pemurtadan-kaum-
evangelis-terhadap-muslim.htm
http://www.pmium.org/v100/modules.php?name=News&file=print&sid=229

You might also like