You are on page 1of 28

1.

0 PENGENALAN

Alam Melayu yang banyak mengeluarkan hasil hutan dan rempah-ratus, menjadi

tumpuan orang Eropah. Mereka menyedari bahawa untuk memudahkan perniagaan,

bahasa anak negeri perlu difahami dan dikuasai. Di samping itu pula orang Eropah sudah

mulai ramai yang tinggal di ceruk rantau Nusantara ini kerana berniaga, membuka

ladang, atau ditugaskan oleh kerajaan mereka sebagai pegawai. Para mubaligh Kristian

turut sama ke Kepulauan Melayu untuk mengajar agama Kristian kepada orang Eropah

yang bertugas di sini dan juga kepada orang tempatan. Semua ini memerlukan kemahiran

bahasa Melayu. Sejak itu, buku petunjuk sederhana dan kamus bahasa Melayu dianggap

penting.

Sebilangan masyarakat kita tahu bahawa pengkaji Barat mempelajari dan mengkaji

bahasa Melayu bukanlah bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi tujuan

utama mereka adalah untuk memudahkan dalam campur tangan mereka bagi setiap aspek

masyarakat Melayu. Penguasaan tersebut banyak membawa keuntungan kepada mereka

termasuklah menguasai pentadbiran tanah Melayu. Kedatangan mereka ini walaupun

tidak diundang tetapi banyak memberi nilai yang positif dalam bahasa Melayu.

2.0 BATASAN KAJIAN

Terdapat ramai tokoh-tokoh dari Barat yang telah menjalankan penyelidikan tentang

bahasa dan bangsa Melayu. Namun dalam tugasan ini hanya merangkumi kajian yang

telah dibuat oleh enam orang tokoh iaitu William Marsden yang telah menulis A

Grammar of the Malayan language pada tahun 1812 M, R.J Wilkinson, R.O Winstedt,

1
Thomas Bowrey, W. E. Maxwell dan Hugh Clifford. Tokoh-tokoh ini telah menjadi

penyumbang yang besar dalam bidang pengkajian bahasa Melayu.

3.0 LATAR BELAKANG PENGKAJI

3.1 R.J WILKINSON

R.J Wilkinson tiba di Tanah Melayu pada tahun 1889 dan bertugas sebagai pegawai

pentadbiran kolonial. Beliau telah didorong oleh Sir William Maxwell, gabenor negeri

Selangor dan W. Skeat seorang penulis buku tentang ilmu ghaib. R.J Wilkinson telah menjadi

setiausaha Strait Branch of the Royal Asiatic Society. Pada masa itu politik wakil-wakil

Kerajaan Inggeris bertujuan memerintah dan mendalangi para ‘Raja’ tempatan dan

menggunakan bahasa Melayu dengan fasih adalah menjadi syarat utama untuk menjayakan

pentadbiran. Beliau juga telah terpesona oleh Kamus Melayu-Perancis Abbe Favre dan

terkejut akan tahap pengetahuannya.

Pada tahun 1895 M, R.J Wilkinson menyusun kamus Inggeris-Melayu. Menurut

Harun Aminurrashid, kamus ini sangat berguna dan bersemangat dalam penyiasatan bahasa

Melayunya. Tidak lama selepas itu, Wilkinson menyusun Kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang

diterbitkan pada tahun 1902M. Wilkinson bertugas sebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran

di Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan). Beliau telah dilantik

menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan. Sejak itulah terkenalnya Ejaan Wilkinson, iaitu ejaan

yang terdapat di dalam kamus tersebut. Semasa berada di Dinding, Perak, Wilkinson

berpeluang memperbaiki seluruh leksikon tentang fauna dan flora. Beliau telah mendapat

kehormatan dengan namanya diberikan kepada sejenis tupai (tupai ferruginea Wilkinson).

Pada tahun 1903M, beliau telah dilantik menjadi setiausaha Sir Ernest Birch yang memberi

kesempatan kepada beliau untuk menerbitkan bukunya Paper on Malay subjects dan

2
menyelesaikan hampir keseluruhan draf kamusnya. Jawatan-jawatan selanjutnya yang

dipegang oleh beliau adalah di Sierra Leone pada tahun 1915, kemudian di Smyne pada tahun

1922.

Dr. C. Hooykaas dalam bukunya ‘Perintis Sastera’ mengatakan bahawa Pantun

Melayu yang dikumpulkan oleh R.J Wilkinson dan R.O Winstedt (Malay Literature Series

12), mengandungi sejumlah lebih kurang 1,500 rangkap pantun, lebih 10% daripadanya

adalah seloka. Weltanschauung atau pandangan hidup orang Melayu boleh juga wujud dalam

pantun tersebut.

3.0 R.O WINSTEDT

Richard Olaf Winstedt dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Kota Oxford, England.

Ayahnya berasal dari Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Beliau mendapat pendidikan

di Magdalen College School dan di New College, Oxford di mana beliau telah menerima satu

MA. Beliau juga telah berkahwin dengan Sarah Castell, daripada sebuah keluarga yang telah

lama menetap di Kota Oxford. Mengikut Bastin (1964:1) Winstedt cepat dan rajin membaca,

tetapi sering mengalami penyakit beguk dan tidak dapat menyertai sukan. Oleh itu beliau

memilih hidup yang alternatif yang wujud dalam buku dan dunia intelektual.

Mengikut Sheppard (Winstedt, 1969) anak muda ini telah memilih kursus metafizika

di Oxford dan pernah mengikuti kursus Undang-undang selama setahun di universiti yang

sama. Tetapi beliau ternyata tertawan dengan karya-karya Robert Luois Stevenson pada akhir

tahun ketiga di New College. Oleh hal demikian, jika dilihat dari suatu sudut beliau tidak

mempunyai pengkhususan dalam bidang antropologi, sastera ataupun bahasa yang

merupakan bidang yang diceburinya ketika di Tanah Melayu.

3
Winstedt juga telah menduduki peperiksaan Gabungan Perkhidmatan dalam negeri

India dan Tanah Jajahan adalah untuk menjadi pegawai kolonial di India, tetapi kerana

kecuaiannya telah tersalah membaca soalan peperiksaan menyebabkan markahnya agak

rendah dan beliau telah dihantar untuk berkhidmat di Tanah Melayu iaitu di negeri Perak

pada tahun 1902 sebagai pegawai pelatih. Melalui pengaruh R.J Wilkinson, Winstedt

akhirnya telah dipindahkan ke Kuala Pilah, ini memberinya peluang untuk mempelajari

sistem marrilenial. Dalam 1913 beliau telah dilantik Pegawai Daerah dalam kuala Pilah, dan

dalam 1916 telah dilantik berkhidmat di Jabatan Pendidikan. Pada tahun 1920an, Winstedt

menerima DLittnya daripada Oxford. Beliau juga berkhidmat sebagai Presiden pertama, di

Raffles College Singapura pada tahun 1921 hingga 1931. Sepanjang jawatan sebagai presiden

dia juga telah berkhidmat sebagai setiausaha bagi pesuruhjaya tinggi, pada tahun 1923;bagi

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan anggota majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat,

1924 hingga 1931; dan sebagai anggota FMS Federal council, 1927 hingga 1931.

Setelah pencen daripada Perkhidmatan Awam Melayu, beliau telah dilantik sebagai

pensyarah, pembaca dan kemudian sebagai Honorary Fellow dalam kajian bahasa Melayu di

School Oriental Studies, di mana beliau juga berkhidmat sebagai ahli Badan Pentadbiran

pada 1939 hingga 1959. Di samping itu beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat

Pejabat Tanah jajahan Mengenai Pendidikan, 1936 hingga 1939. Kemudian beliau juga telah

dilantik sebagai presiden di Royal Asiatic society pada tahun 1947. Beliau juga turut

berkhidmat di British Academy dan menjadi ahli kehormat bagi Southeast Asia Institute,

Royal Batavian Society, dan di Kon Institut Voor TaalLanden Volkenkunde. Beliau telah

meninggal dunia pada 2 Jun 1966.

4
3.3 THOMAS BOWREY

Thomas Bowrey adalah seorang tokoh yang menghasilkan buku perkamusan Melayu

dan buku tatabahasa melayu. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1669 di Bristol, St Phillips,

Gloucestershire London, England dan telah menyertai syarikat Hindia Timur Inggeris ke Asia

Tenggara selama 19 tahun dan menghasilkan beberapa karya. Selama beliau tinggal di Teluk

Benggal dan Kepulauan-kepulauan di Asia Tenggara, beliau telah menghasilkan kamus

dwibahasa yang pertama pada lewat kurun ke-17. Kamus itu ditulis ketika dalam perjalanan

pulang ke England pada tahun 1688, dan kemudiannya diterbitkan oleh ‘The Sam London’

pada tahun 1701. Kamus ini bertajuk A Dictionary of English and Malayo-Malayo and

English (1701). Beliau juga mengkaji tatabahasa Melayu semasa berada di Kepulauan

Melayu dan walaupun amat ringkas dalam bahasa Inggeris yang terkandung dalam kamus

tersebut. Kamus ini dicetak oleh The Sam London ketika beliau berumur 32 tahun iaitu

daripada 13 tahun barulah kamus beliau dikeluarkan dan merupakan kamus pertama

dwibahasa Melayu dihasilkan.

3.4 WILLIAM EDWARD MAXWELL

William Edward Maxwell atau dikenali juga dengan W.E Maxwell merupakan

seorang pegawai British yang popular di Tanah Melayu. Beliau diberi gelaran ‘Sir’ sewaktu

berkhidmat sebagai pegawai British di Tanah Melayu. Semasa pentadbirannya, beliau

sentiasa berusaha mewujudkan hubungan baik dengan penduduk di Tanah Melayu. Sir W.E

Maxwell telah mempelajari bahasa Melayu selama 16 tahun sewaktu berkhidmat sebagai

pegawai British di Pulau Pinang, Melaka dan Perak. Hasil dari pengalaman beliau bertutur

dalam bahasa Melayu dengan penduduk tempatan memberi peluang kepadanya untuk

menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu.

5
Beliau juga turut membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain seperti

bahasa Sanskrit bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa-bahasa lain di

Nusantara. Kesan daripada hubungannya dengan orang Melayu dan usahanya mengkaji

tentang pelbagai dialek dalam bahasa Melayu, telah menjadikan beliau seorang pegawai

British yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Ini telah memberi idea kepadanya untuk

menerbitkan buku tatabahasa Bahasa Melayu yang berjudul A Manual of Malay Language.

Hasil tulisannya telah menjadi sumber rujukan kepada para pelajar, pegawai British yang

berkhidmat di Tanah Melayu dan juga pengkaji-pengkaji bahasa.

3.5 HUGH CLIFFORD

Hugh Clifford atau lebih dikenali di Tanah Melayu sebagai Sir Hugh Clifford telah

mengembara ke Tanah melayu pada tahun 1887 iaitu ketika berumur 17 tahun. Setelah berada

lama dan bergaul dengan masyarakat Melayu, beliau mula faham dan fasih berbahasa

Melayu. Oleh itu, beliau telah berminat untuk mengkaji asal usul bahasa Melayu.

Hugh Clifford telah dilahirkan pada 5 Mac 1866 di Ugbrooke Park Devon, London.

Beliau telah memasuki tentera setelah dipilih oleh sepupunya Sir Frederick Weld yang

menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk menjadi kadet bagi perkhidmatan di Perak,

Selangor dan Sungai Ujung bersama 11 orang kadet-kadet yang lain. Tugas yang pertama di

British Malaya ialah sebagai Setiausaha kepada Residen Perak Sir Hugh Low. Walau

bagaimanapun , setelah lancar bahasa Melayu, Clifford telah dilantik menjadi pemungut hasil

tanah di Kuala Kangsar pada bulan Mac 1885. Apabila British mencampuri urusan di Pahang,

Clifford dihantar sebagai wakil British di Pekan tanpa mempunyai kuasa yang luas. Clifford

dipertanggungjawabkan untuk mendesak sultan mewujudkan sistem residen di Pahang.

6
Pada tahun 1895, Clifford yang tidak berapa sihat telah ditugaskan sebagai

Superintendent di Ulu Pahang di bawah pengawasan residen Inggeris pertama di Pahang iaitu

J.P Rodger. Clifford telah menamatkan tugasnya pada tahun 1929 sebagai Gabenor dan

Pesuruhjaya Tinggi Malaya kerana kesihatan tidak mengizinkan beliau memanjangkan

khidmatnya. Beliau telah meninggal dunia pada 18 Disember 1941 di saat-saat Tanah Melayu

diserang oleh tentera Jepun.

4.0 SUMBANGAN DALAM BAHASA MELAYU

4.1 William Marsden

Sebelum P. Farve, William Marsden telah menulis A grammar of the Malayan

language pada tahun 1812 M. Pendahuluan buku ini mengandungi 50 halaman. Banyak

perkara yang dibincangkan oleh Marsden dalam pendahuluan bukunya ini. Beberapa hal

yang penting ialah:

(a) Yang dimaksud dengan Kepulauan Melayu itu ialah Semenanjung Tanah Melayu,

Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Maluku, dan beberapa buah pulau yang lain.

Setiap pulau, masyarakatnya memiliki bahasa mereka sendiri tetapi dalam hal

perniagaan terutama di bandar pelabuhan, mereka menggunakan bahasa Melayu. Di

antara pelbagai dialek yang dituturkan di pasar semasa berhubungan, dialek

Melayulah yang paling asas dan ia kemudian berkembang menjadi bahasa Melayu.

(b) Bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunya sederhana.

Penyebutannya pula sehingga perkataan pinjaman pun akan mereka selaraskan dengan

pengucapan setempat.

7
(c) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Jawa, namun orang Jawa

menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan pergaulan. Bahasa Melayu di Sumatera

hampir sama dengan bahasa Melayu di Semenanjung dan perbezaan tersebut hanyalah

vokal akhir sahaja.

(d) Langkapura terletak di antara Palembang dan Jambi, bukan di Pulau Jawa kerana

tidak ada kesan kerajaan ini di sana.

(e) Orang di atas angin bermaksud orang Arab manakala orang di bawah angin

bermaksud orang Melayu. Orang di bawah angin lebih suka menyembelih kerbau

daripada lembu.

(f) Perkataan Jawi (tulisan) bukanlah berasal daripada perkataan Jawa, Jawi (lembu, atau

pokok jawi-jawi) tetapi membawa maksud campuran tulisan Arab, Parsi, dan Melayu.

Perkataan ini dikiaskan daripada anak Jawi yang bermaksud anak campuran.

(g) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskrit

memperkaya bahasa Melayu, sungguhpun ada persamaan bahasa Melayu dengan bahasa

Tagalog, Bisaya, dan Pampanga tidak dapat dibuat sebagai alasan bahasa orang Melayu

berasal dari Filipina kerana orang Melayu berkulit kekuning- kuningan dan berambut

panjang manakala Filipina berkulit agak gelap dan berambut keriting.

(h) Bangsa Melayu di Sumatera, Jawa, Sulawesi, dan di beberapa buah pulau yang lain

telah lama memiliki abjadnya sendiri sebelum tulisan Arab diperkenalkan.

(i) Menolak pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu serupa dengan bahasa

yang dituturkan di Indo-China dengan alasan bahawa pengkaji tersebut (J.C. Leyden)

tidak menyenaraikan perbendaharaan kata dalam sifatnya yang asal. Jika seseorang

8
pengkaji tidak mempunyai pengetahuan tentang budaya masyarakat yang menuturkan

bahasa tersebut lazimnya ia akan menyampaikan sesuatu yang lain daripada yang

sebenarnya dan ini akan menyebabkan sesuatu kajian tersebut tidak sempurna.

(j) Pendengaran pengkaji yang tidak tepat, penyisipan bunyi atau huruf pada ejaan yang

asal didapati berlaku. Untuk siapakah penyesuaian sebutan tersebut dilakukan? Bagi

penutur Eropah yang sudah mahirkah? Penutur tempatan yang terpelajar, penyesuaian

tersebut jelas tidak memanfaatkan mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa ejaan Melayu

bukan seperti yang mereka katakan tidak tepat atau tidak mempunyai peraturan tertentu.

Dalam pendahuluan itu juga Marsden banyak menyanggah beberapa pendapat penulis

Barat tentang bangsa dan bahasa Melayu yang menurutnya lebih mengutamakan kepentingan

pemerintah yang menjajah daripada kebenaran data dan fakta.

Isi buku ini tidak dibahagikan pada bab melainkan pada beberapa tajuk kecil. Tajuk tersebut

di antara lain ialah: Abjad Jawi, Konsonan, dan Vokal, Tanda Bacaan Tulisan Jawi,

Golongan Kata, Bahagian Ayat, Nama, Sifat, Perbandingan, Bilangan, Ganti Nama,

Penunjuk, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan, Pengimbuhan, Binaan Ayat, Dialek,

Prosodi, dan Praksis.

Beberapa hal yang menarik dalam isi buku ini ialah, Marsden mengatakan bahawa orang

Melayu telah mengambil 28 huruf Arab, iaitu £, [, \, ], Ð, a, b, d, e, f, g, i, j, k, l, m, n, o, p, q,

r, u, v, w, x, z, y, å dan mencipta enam huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada

bentuk yang sudah sedia ada, iaitu c, h, p, s, u, ].

Marsden telah menggolongkan perkataan bahasa Melayu pada tujuh golongan, iaitu Ganti

Nama Diri, Perbuatan, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan, dan Partikel. Marsden

memasukkan Adjektif ke dalam kata yang menerangkan Sifat Nama. Dalam bahasa Melayu

bentuk perkataan tidak menunjukkan tunggal atau jamak tetapi Bilangan tersebut dinyatakan

9
secara khusus, iaitu menggunakan bilangan dan bila perlu dengan penjodoh bilangannya

sekali.

Menurut Marsden, Kata Sendi sangat penting untuk membezakan makna, seperti ke

rumah, dari rumah, di rumah, di luar rumah, di atas rumah, di bawah rumah, dan lain-

lain. Dengan demikian, sesuatu Nama akan mudah diketahui sama ada Nama pada Objek

atau Nama pada Kata Sendi.

Beliau tidak setuju Kata Bilangan dimasukkan ke dalam golongan Adjektif kerana Kata

Bilangan memiliki ciri yang khusus. Oleh yang demikian, beliau mencadangkan agar

digunakan Kata Bilangan Kardinal, Ordinal, dan Pecahan. Kata Bilangan ini pula sangat

penting untuk menyatakan sesuatu Nama sama ada tunggal atau jamak, kerana dalam bahasa

Melayu Nama tunggal dan jamak tidak dicirikan oleh perubahan bentuk.

Perkataan angkau berubah apabila perkataan sebelumnya diakhiri dengan bunyi vokal a

seperti mana bagi kelompok kata darimana angkau yang akan disebut menjadi

darimanangkau. Begitu juga perubahan tersebut berlaku apabila perkataan sebelumnya

diakhiri dengan bunyi asal n seperti akan bagi kelompok kata akanangkau. Untuk

mengelakkan bunyi seperti ini maka perkataan angkau diubah menjadi dikau sehingga

lahirlah perkataan darimana dikau dan akan dikau. Perkataan dikau kini jarang digunakan dan

kembali mengambil perkataan engkau atau disingkatkan menjadi kau.

Perkataan iya atau inya juga mengalami hal yang sama. Apabila bunyi akhir perkataan

sebelumnya bunyi h seperti suruh bagi kelompok kata suruhiya dan bunyi akhir sebelumnya

vokal a seperti mana bagi kelompok kata ke manaiya maka perkataan iya mendapat

penambahan d sehingga menjadi diya. Dengan demikian, ada selang bunyi di antara

10
perkataan sebelumnya dan sesudahnya, iaitu suruh diya atau ke mana diya. Perkataan diya

kini dieja menjadi dia.

Perkataan iya bagi milik atau kepunyaan biasa disebut niya seperti pada kelompok kata

kapala niya atau rambut niya. Lama-kelamaan bunyi niya berubah menjadi nya sehingga

kelompok kata di atas menjadi kepalanya atau rambutnya. Inilah sebabnya nya dikatakan

berasal daripada perkataan dia kerana dia berasal daripada iya dan inya juga berasal daripada

iya.

Pembinaan Awalan dengan Kata Dasar ditentukan oleh huruf awal sesuatu Kata Dasar.

Dengan demikian, beliau mengemukakan rumus seperti yang berikut ini:

(a) Awalan men- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf j, c, d.

(b) Awalan meng- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, h, g.

(c) Awalan mem- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf b, p.

(d) Awalan me- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf r, m, n, w, l.

(e) Perkataan yang bermula dengan huruf t, s, p, k suku kata pertama Kata Dasar ini akan

mengubahsuai bunyi bagi kelancaran pelafazan apabila digabungkan dengan Awalan.

Perkataan tolong, huruf t gugur dan awalannya menjadi men- dan hasilnya menolong.

Perkataan susu, huruf s gugur dan Awalannya menjadi meny- dan hasilnya menyusu.

Perkataan palu, huruf p gugur dan Awalannya menjadi mem- dan hasilnya memalu.

Perkataan kata, huruf k gugur dan Awalannya menjadi meng- dan hasilnya mengata.

Di samping imbuhan di atas, Marsden juga mengemukakan Awalan ber-, bel-, dan be-.

Menurut beliau lagi Awalan be- lebih umum digunakan dalam bahasa lisan, Awalan ber-

untuk bertulis dan bel- jarang berlaku, kecuali pada perkataan belajar.

11
Di dalam buku tersebut, yang dimaksudkan dengan Kata Penunjuk itu ialah Penunjuk Kala

yang terbahagi tiga, iaitu

(a) Kala Kini Contoh: lagi, sambil, serta, seraya.

(b) Kala Lepas Contoh: telah, sudah.

(c) Kala Akan Datang Contoh: mahu, hendak, akan.

Dikatakan bahawa Awalan ter- apabila diimbuhkan pada Perbuatan, ia menghasilkan

Imbuhan Pasif, seperti terpukul, teralah, tertulis yang beliau samakan dengan imbuhan Latin

-tus, seperti amatus, doctus, loctus. Awalan ter- ini akan berubah menjadi te- apabila ia

diimbuhkan dengan Kata Terbitan yang mendapat Awalan per- seperti persayang menjadi

tepersayang.

Imbuhan yang lain ialah: pen-, peng-, pem-, pe-, per-, pel-, di-, ke-, se-, kan-, -i, -an,

-lah, -kah, -tah, -nya, -ku/ku-, -mu, -kau/kau-, -nya, -pun, -nda. Di dalam buku ini terlihat

bahawa Marsden mengutamakan perbincangan tentang binaan perkataan dan hanya sedikit

sahaja binaan ayat.

Marsden berpendapat bahawa binaan ayat dalam bahasa Melayu sederhana atau mudah

kerana peraturannya sedikit dan setiap golongan perkataan mempunyai tugasnya masing-

masing. Semasa pembinaan ayat tidak berlaku perubahan perkataan (pada Kata Perbuatan),

tidak ada perubahan perlambangan (huruf) untuk jantina mahupun bilangan. Beliau memberi

kesimpulan bahawa nahu bahasa Melayu tidak serupa dengan nahu bahasa Latin.

Marsden juga menyedari bahawa ada perbezaan di antara bahasa lisan dengan bahasa

bertulis. Banyak perkataan yang tidak disebut (digugurkan) pada bahasa lisan tetapi

maknanya tidak berubah. Katanya hal ini sangat ketara apabila orang Melayu menjawab

soalan yang biasanya dijawab seringkas mungkin.

12
Ciri yang umum dalam Ayat Penyata bahasa Melayu menurut Marsden ialah Nama

merupakan Subjek kepada Perbuatan yang kedudukannya di hadapan. Perbuatan biasanya

diikuti oleh Nama (Objek) atau perkataan lain yang menerangkan Perbuatan atau Nama. Bagi

Ayat Perintah pula Perbuatan mendahului Nama atau Ganti Nama. Dalam membina ayat,

pengguguran perkataan tertentu boleh berlaku tanpa menjejaskan makna ayat

tersebut.Walaupun Marsden mengakui bahawa nahu bahasa Melayu tidak serupa dengan

nahu bahasa Latin, namun beliau tidak dapat melepaskan nahu bahasa Inggeris dalam

mengkaji bahasa Melayu.

4.2 R.J Wilkinson

Seterusnya kita lihat sumbangan R.J Wilkinson yang telah menyusun kamus

dwibahasa iaitu A Malay-English Dictionary pada tahun 1901. Merupakan kamus dwibahasa

yang terawal pada abad ke-20 dengan tiga bahagian iaitu bahagian I, II dan III. Kata

kemasukan kamus ini ditulis dalam ejaan jawi dengan aturan huruf Rumi serta keterangan

data dalam bahasa Inggeris (Abdul Rashid Daing Melebek:176).Wilkinson telah melakukan

tiga kali semakan iaitu:

a) Edisi A Malay-English Dictionary I-II dalam ejaan Rumi pada tahun 1932.

b) Edisi A Malay-English Dictionary dalam ejaan Rumi dengan tempelan ejaan Jawi

pada tahun 1959.

c) Pengemaskinian A Malay-English Dictionary dalam ejaan Rumi sepenuhnya pada

tahun 1959.

Kamus setebal 1300 halaman merupakan karya leksikografi yang paling terperinci

tentang bahasa Melayu hingga sekarang. Kamus ini diulang cetak oleh Penerbit Macmillan di

London pada tahun 1959. Wilkinson telah mengumpulkan sebanyak 15 ribu frasa dan

ungkapan daripada Hikayat Abdullah untuk mendapatkan kosa kata kamus ini. Beliau juga

13
telah menggunakan 3 naskhah karya berbentuk hikayat seperti Hikayat Iskandar Dzulkarnain,

Hikayat Koris dan Hikayat Bestamam. Tiha cerita rakyat yang digunakan untuk

menambahkan kosa kata ialah seperti Sang Samba, Parang Putting dan Putra Jaya Pati serta

satu roman panji.

Kamus ini sehingga sekarang merupakan kamus yang paling lengkap tentang bahasa

Melayu abad ke-19. Wilkinson banyak berbincang dengan ahli leksikografi Belanda seperti

Klinkert, Pijnappel dan Von Dewall serta individu berbangsa Melayu bernama Zainal Abedin

Haji Ghani, yang banyak memberi idea dan input untuk menyusun kamus ini. Kekayaan

maklumatnya adalah luar biasa, terutama sekali mengenai Semenanjung Tanah Melayu dan

Sumatera. Kandungannya mengandungi istilah berkenaan dengan bidang teknik (pelayaran,

kraftangan), budaya, zoologi dan botani.

Kamus Wilkinson ini bermutu kerana beliau telah benar-benar mengkaji

kesusasteraan Melayu Klasik abad ke-17. Kamus ini disertakan dengan lampiran, bukti-bukti

dan banyak contoh berserta rujukan yang terperinci. Wilkinson tidak hanya menggunakan

sumber-sumber sastera sahaja tetapi juga merujuk buku-buku tentang batu permata,

kraftangan kayu, teka-teki dan ubi kayu. Semua rujukan ini dimasukkan ke dalam senarai

terperinci yang terdapat pada akhir jilid kedua kamusnya.

Jumlah kata masukan kamus Wilkinson terdapat sekitar 32 000 perkataan termasuk

17% merupakan rujukan. Ia adalah dua atau tiga kali ganda jumlah yang ada pada kamus lain.

Berikut adalah perbandingan kadar asal perkataan (tidak termasuk rujukan) dengan kamus-

kamus yang wujud sekarang.

Bahasa Sanskrit 2.5% Bahasa Jawa/Batavia 8.5%

Bahasa Tamil/Hindi 1.4% Bahasa Sumatera 7.4%

14
Bahasa Arab/Parsi 1.5% Bahasa Semenanjung T. Melayu 6%

Bahasa Cina 1% Bahasa Eropah 3.5%

Lain-lain 2%

Terdapat 53% kata masukan lain tanpa diberi bahasa asalnya, yang boleh dianggap sebagai

perkataan bahasa Nusantara, terutamanya bahasa Melayu. Kata masukan tentang zoologi dan

botani merupakan 18% daripada 53% kata masukan tersebut.

Berdasarkan perbandingan dengan kamus-kamus yang ada sekarang, kadar perkataan

yang berasal dari bahasa Arab adalah lebih tinggi dan kadar perkataan yang berasal dari

bahasa Eropah adalah agak rendah. Di kalangan bahasa-bahasa Sumatera, bahasa

Minangkabau yang mendapat tempat utama, satu kedudukan yang diwarisi secara berturut-

turut oleh kamus-kamus yang lain. Para sarjana menyifatkan kamus ini sebagai kamus bahasa

Melayu dwibahasa yang terbesar sebagai ensiklopedia Melayu Klasik (Abdul Rashid Daeng

Melebek:178).

Kamus dwibahasa Inggeris-Melayu setebal 152 halaman yang disusun oleh Sir

Richard Winstedt dari University Of London merupakan edisi ketiga yang dicetak pada tahun

1952. Cetakan pertama pada tahun 1949 dan cetakan kedua pada tahun 1951. Semuanya

dicetak oleh Kelly, Walsh di Singapura. Menurut pengakuan penyusunnya dalam

pendahuluan edisi pertama yang ditulis di Kuala Pilah pada tahun 1913, kamus ini disusun

berdasarkan hasil yang dikumpulkan oleh Wilkinson dalam Kamus Malay-English , dengan

persetujuan penyusunnya sendiri. Wilkinson telah menyerahkan semua bahan yang belum

diterbitkan lagi yang dikumpulkan selama 10 tahun sebelumnya untuk dimasukkan ke dalam

kamus ini. Winstedt telah menambahkan beberapa ratus perkataan baharu, memperluaskan

15
makna sebanyak mungkin dan memberi takrifan dengan lebih terperinci bagi setiap kata

masukan.

Sistem pengejaan yang digunakan ialah sistem pengejaan yang terdapat dalam Kamus

Kechil Tuan Wilkinson kecuali ejaan beberapa perkataan kesusasteraan Arab yang

didasarkan kepada pengejaan yang lebih saintifik iaitu berdasarkan Kamus Besar Tuan

Wilkinson. Perkataan dialek ditandakan dengan tahi bintang (*) tetapi bagi kaya dialek yang

sudah diketahui umum, kata-kata tersebut ditandai huruf awal negeri berkenaan, misalnya K

bagi negeri Kedah. Kata-kata sastera ditandai dengan tanda (+).

Dalam keluaran edisi yang kedua, penyusun kamus telah memperbaiki kesalahan

ejaan dan kesalahan lain yang terdapat dalam edisi pertama. Banyak penambahan perkataan

dan frasa baharu yang diperoleh daripada J.I Humprey, J.E Nathan, M.C Hay, C Boden Kloss

dan H.C Robinson.

Satu lagi sumbangan Wilkinson adalah Kamus Jawi-Melayu-Inggeris ketika

beliau berkhidmat sebagai pegawai Inggeris di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 hingga

ke awal abad ke-20. Kamus Melayu Tulisan Jawi ini telah disusun oleh Wilkinson dalam

tahun 1902 dan diterbitkan pada tahun 1903. Huruf Arab dengan huruf Jawi Melayu

digunakan dalam kamus ini. Dengan itu, huruf Jawi Melayu digunakan sepenuhnya selain

huruf-huruf dari aksara bahasa Arab. Oleh yang demikian, huruf-huruf yang digunakan oleh

Wilkinson sama dengan huruf-huruf jawi yang digunakan sekarang, kecuali huruf yang baru

dicipta dalam Konvensyen Tulisan jawi di Terengganu. Oleh yang demikian, di bawah kata

masukan A, terdapat juga U, E, I, dan O. Ini berlaku kerana alif ( £ ) mewakili semua vokal.

Setelah kata masukan alif, ia diikuti oleh B ( [ ), T ( \ ), TH ( ] ), J ( Ð ), C ( c ), H ( a ), KH

( b ), D ( d ), DZ ( e ), R ( f ), S ( i ), SH ( j ), S ( k ), DL ( l ),T ( m ), TL ( n ), 'A ( o ), GH ( p

), NG ( p ), F ( q ), P ( s ), K ( r ), K ( u ), G ( u ), L ( v ), M ( w ), N ( x ), W ( z ), H ( y ), Y

16
( å ), NY ( ] ).Sepintas, agak sukar menggunakan kamus ini bagi pengguna sekarang kerana

urutan abjadnya yang berbeza. Sebenarnya, tidaklah susah kerana kamus ini menyediakan

indeks menurut abjad yang kita kenali sekarang ini. Bahagian akhir kamus ini pula

menyediakan nama burung, ular, dan pokok berserta nama saintifiknya dalam bahasa Latin.

4.3 SUMBANGAN R.O WINSTEDT

Sewaktu bekerja di Kuala Pilah, beliau telah menghasilkan dua buah buku yang

berjudul Colloquial (Malay: A simple Grammar with Consorvations) dan sebuah kamus yang

dianggap sangat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu A Dictionary of

Colloquial Malay-English and English Malay pada tahun 1920. Kamus Winstedt ini dianggap

baik kerana mengandungi banyak maklumat tentang geografi tempatan. Di samping itu,

beliau juga banyak memasukkan kata-kata bahasa Indonesia. Menurut Jurnal Australian

Journal of Politics and History, “Winstedt adalah cendekiawan British pertama untuk

membuat satu kajian yang sistematik mengenai bahasa Melayu untuk tujuan-tujuan

bersejarah, malah mengaplikasikan pendekatan sainstifik dalam tulisannya mengenai Sejarah

Melayu”.

Dengan kata lain, kamus Winstedt ini banyak menunjukkan persamaan antara bahasa

Melayu dan bahasa Indonesia. Menjelang abad ke-20, Winstedt juga telah menghasilkan

buku tatabahasa melayu yang berjudul Malay Grammar iaitu pada tahun 1913. Namun

begitu, pada tahun 1958 Winstedt telah menghasilkan An Unabridget English-Malay

Dictionary diikuti dengan kamus bahasa Melayu pada tahun 1960.

17
Winstedt juga turut memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan orang

Melayu khususnya, beliau sangat berminat untuk mendidik orang Melayu. Atas cadangannya

Sultan Idris Training College (S.I.T.C) telah ditubuhkan pada 1922. Pada tahun 1997,

Kerajaan Malaysia telah menaik tarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti

Perguruan Sultan Idris (UPSI). Manakala Winstedt pula telah dianugerahkan Order of British

Empire, Order of St. Michael and St. George oleh kerajaan British. Dari segi kerjaya R.O

Winstedt juga telah berkhidmat di Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan di

Maktab Perguruan sultan Idris (MPSI) pada tahun 1924. Winstedt dan O.T Dussek telah

dilantik menjadi penasihat. Antara tahun 1924-1957, Pejabat Karang Mengarang di bawah

nasihat Winstedt telah berjaya menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah di bawah Malay

School Series.

Di samping itu, Winstedt juga banyak menghasilkan buku-buku mengenai

kesusasteraan Melayu sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai British di Tanah melayu.

Pada tahap awal penulisannya dalam bidang sastera bermula pada tahun 1907 iaitu lima tahun

sejak beliau menetap di Perak. Atas galakan Wilkinson, Winstedt telah berjaya menghasilkan

esei yang berjudul “The Literature of Malay Folklore.Beginning: Fables, Farcical Tales,

Romance”. Wan Abdullah Sabary misalnya telah menggolongkan esei ini dalam siri Papers

of Malays Subject yang agak khusus ditujukan pada pegawai kolonial Inggeris untuk

mengenali Tanah Melayu. Selanjutnya pada tahap kedua beliau telah menerbitkan A History

of Classical Malay Literature diikuti dengan “Father Civet” pada tahun 1908 dan diikuti

dengan “Musang Berjanggut” setahun selepas itu. Inti ceritanya yang didengar berpuluh-

puluh zaman telah dihidupkan kembali oleh Winstedt dalam bahasa yang sesuai dengan

zaman itu.

Sebagai perkembangan pada tahun 1910, Winstedt sendiri telah merumikan “Hikayat

Seri Rama” dan setahun selepas itu beliau menghasilkan esei yang berjudul “Awang Sulung

18
Merah Muda”, iaitu sebuah sastera rakyat yang dituturkan oleh Pawang Ana, seorang

penglipur lara keturunan Temusai. Diikuti dengan esei berjudul “Hikayat Anggun CHe

Tunggal” yang dihasilkan pada 1914. Beliau juga turut menghasilkan esei yang berjudul

“Misa Melayu” pada tahun 1919 dan diikuti dengan “Shaman, Saiva and Sufi.A Study of the

evolution of Malay magic” pada tahun 1925. Selain itu, dalam bidang kesusasteraan Melayu

Winstedt juga menghasilkan karyanya yang berjudul “A Malay History of Riau and

Johore”,etc. (Malay text of the Tuhfat Al-Nafis) pada tahun 1932. Pada tahun yang sama juga

beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul “A History of Johore”, iaitu mengenai

salasilah Kerajaan Johor. Sumbangannya dalam bidang sastera tidak terbatas malah pada

tahun 1934, beliau sekali lagi menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul “A History of

Perak” dan diikuti dengan “A History of Malaya”. Pada tahun 1938, beliau telah

menghasilkan karya yang berjudul “The Date, Autorship, Content and Some New MSS.Of

Malay Romance of Alexander The Great” diikuti dengan “The Malay Annals or Sejarah

Melayu;(with An Outline of the Malay Annals...). Manakala pada tahun 1940, beliau

menghasilkan karya yang berjudul “Valentjin copy of The Sejarah Melayu”.

Pada tahun 1941 pula, beliau menghasilkan karya yang berjudul “The Panji Tales”

dan “A Literary Device Common to homer and the East”. Diikuti pula pada tahun 1943

dengan karya yang berjudul “Nature in Malay Literature and Folk Verse”. Manakala pada

tahun 1944 pula beliau menghasilkan “An Undersribed Malay Version of the Ramayana”.

Sumbangannya dalam bidang bahasa dan sastera amat besar dengan kemunculan “The

Malays:A Cultural History” pada tahun 1947. Pada tahun yang sama juga Winstedt juga telah

menghasilkan karyanya yang berjudul “Notes On Malay subjects”.

Sumbangannya dalam bahasa Melayu tidak terhenti di sini sahaja. Pada tahun 1949,

beliau telah menghasilkan “A Panji Tale From Kelantan” dan “Malay Annals Again, Goa

19
and the King Of Singapore”. Pada tahun 1961, beliau telah menghasilkan satu lagi tulisannya

yang berjudul “Modern Malay Poetry”.

4.4 SUMBANGAN THOMAS BOWREY

Sumbangan Thomas Bowrey dalam bahasa Melayu adalah amat besar terutamanya di

dalam bidang perkamusan. Beliau adalah tokoh pertama yang menghasilkan perkamusan

Melayu Inggeris dan telah berkembang dengan pesat penggunaannya sehingga kini. Kamus

beliau telah diterbitkan pada tahun 1701 oleh The Sam London yang bertajuk A Dictionary of

English and Malayo-Malayo and English (1701).

Pada bahagian pendahuluan kamus ini, Thomas Bowrey telah menulis bahawa,”..di

mana-mana sahaja di kepulauan-kepulauan ini..., bahasa Melayu telah diterima dan secara

umumnya digunakan di semua pelabuhan di kepulauan-kepulauan itu,” dan beliau juga

menulis bahawa “... hanya untuk perdagangan di kebanyakan tempat di mana bahasa Melayu

digunakan.” Kamus beliau ini mengandungi senarai-senarai perkataan yang wujud dalam

bahasa Inggeris-Melayu dan juga dalam Melayu-Inggeris. Sebagai tambahan beliau juga ada

memasukkan seperti berikut:

a) Penerangan dan peraturan tatabahasa pendek

b) Beberapa perkara

c) Dialog-dialog

d) Syrat-surat dalam bahasa Inggeris dan Melayu

Kamus ini menerangkan dua bahagian iaitu:

20
a) Sebahagian aspek-aspek semulajadi dalam morfologi kata kerja Melayu terutamanya

yang berkaitan dengan imbuhan pasif dan transitif me- dan ber- dan bandingkan

dengan fungsi-fungsi ayat moden kini yang boleh dijumpai di dalam buku Tatabahasa

Dewan (1994).

b) Penerapan semulajadi ke atas bentuk asas sintetik bahasa Melayu dan

perbandingannya dengan yang ada pada masa kini.

Pada bahagian morfologi, adalah difahamkan bahawa beberapa fungsi kepada imbuhan

ber- adalah amat hampir dengan imbuhan aktif meng-. Ini adalah bertentangan dengan

tatabahasa moden pada buku Tatabahasa Dewan (1994). Sebagai penanda pasif, ia kelihatan

seperti mempunyai versi bahasa Melayu berbanding dengan imbuhan pasif pada bahasa

Melayu lewat kurun ke-17. Sebagai bentuk asas di dalam sintaksis (syntax), ia akan

melaporkan tentang penerapan ke atas ayat-ayat komplimen, persaudaraan dan bentuk-bentuk

struktur interrogatif. Teori morphological tradisional akan digunakan untuk menerangkan

morfologi itu. Sementara itu, teori ‘X’ daripada “Principle and Parameters of Culicover”

(1997) akan digunakan untuk pembentukan tentang sintatik.

Sejarah perkembangan bahasa Melayu amatlah membanggakan kita. Perubahan ejaan

kerap berlaku sejak dari tahun 1701, iaitu Ejaan Rumi Thomas Bowrey. Sistem ini menjadi

begitu popular di kalangan guru dan murid sekolah sehingga ia terkenal juga sebagai ejaan

sekolah. Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa

Melayu. Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan

majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia.

21
4.5 SUMBANGAN WILLIAM EDWARD MAXWELL

Sir William Edward Maxwell telah memberikan sumbangan yang besar dalam

perkembangan bahasa Melayu. Hasil karyanya yang paling popular ialah Buku Tatabahasa

Bahasa Melayu iaitu ‘A Manual of Malay Languages With an Introductary Sketch of the

Sanskrit Element in Malay’. Karyanya ini merupakan buku tatabahasa bahasa Melayu moden

pertama diterbitkan. Ianya diterbitkan dalam abad yang ke-17.

Dalam karyanya ini, beliau menyatakan bahawa, bahasa Melayu mempunyai struktur

dan binaan yang sama. Namun sebutan yang sama hanya dapat didengar di daerah yang sama

tetapi sebutan akan berlainan di daerah atau negeri yang berlainan walaupun mempunyai

maksud yang sama. Beliau juga menjelaskan bahawa perkataan ‘saya’ dan ‘awak’

mempunyai sebutan yang berlainan di daerah atau negeri yang berlainan. Beliau telah

menulis tentang pembentukan kata, penggolongan kata, pembinaan ayat dan kamus dwi

bahasa. Beliau juga merumuskan tentang pengaruh bahasa lain di Nusantara yang dibawa ke

dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, dialek Kedah banyak dipengaruhi oleh bahasa Pattani.

Selain itu, bahasa Melayu juga banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab, bahasa Sanskrit,

bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa di kepulauan Melayu yang lain.

Maxwell turut mengklasifikasikan bahasa Melayu kepada beberapa bahagian iaitu

bahasa dalam, bahasa bangsawan, bahasa dagang dan bahasa campuran atau kacukan. Dari

aspek penulisan pula, Maxwell menyatakan bahawa penulisan dalam bahasa Melayu banyak

dipengaruhi oleh bahasa Arab. Contohnya, antara karya penulisan bahasa Arab yang

diterjemah dalam bahasa Melayu iaitu ‘Kisah 1001 Malam’. Beliau juga menyatakan, orang

Melayu lebih baik dalam aspek pertuturan berbanding aspek penulisan. Penulisan dalam

bahasa Jawi banyak digunakan pada masa itu.

22
Buku Tatabahasa ‘A Manual of Malay Languages’, hasil karangan Maxwell

mengandungi lima bahagian atau bab. Setiap bab di dalam buku ini ditulis dalam susunan

yang sempurna pada zamannya. Kamus dwibahasa yang ditulis ini sangat membantu

meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di kalangan penutur bahasa

tersebut.

4.6 SUMBANGAN HUGH CLIFFORD

Hugh Clifford merupakan salah seorang pengkaji barat yang mengkaji bahasa Melayu

di pelusuk Nusantara. Antara hasil kajian beliau ialah dalam bidang penyelidikan asal usul

Bahasa Melayu. Beliau juga telah membandingkan bahasa Melayu kuno dengan bahasa

Melayu Klasik dan membuat kesimpulan bahasa kedua-dua bahasa tersebut mempunyai

persamaan dari segi cara sebutan dan bentuk ejaan hampir sama. Dengan beberapa penemuan

yang dikaji oleh beliau telah banyak membantu bahasa Melayu berkembang pesat di seluruh

Tanah Melayu.

Selain itu, Sir Hugh Clifford juga turut memberi takrifan terhadap perkataan-

perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Beliau berpendapat bahawa pawang

dirujukkan kepada mereka yang melakukan kerja-kerja magis atau ghaib, khusus untuk

mencari bahan galian, mengenali tumbuh-tumbuhan, memperoleh ikan atau perkara yang

berkaitan dengan alam. Manakala tugas bomoh pula adalah semata-mata untuk penyembuhan

penyakit yang menyerang manusia. Walaupun demikian fungsi kedua-duanya itu boleh

ditukarganti penggunaannya.

Sumbangan paling besar, Hugh Clifford terhadap bahasa Melayu ialah beliau dan F.

Swettenham (1894) telah menyusun kamus Inggeris-Melayu yang berjudul A Dictionary of

23
the Malay Languages. Kamus tersebut telah disusun dari abjad A hingga G setebal 509

halaman. Selain itu, Hugh Clifford juga telah banyak mempelajari budaya dan adat-adat

Melayu dan mempraktikkannya dalam kehidupannya. Hal ini boleh dilihat apabila beliau

banyak bergaul dengan masyarakat Melayu di samping menjalankan tugas sebagai Residen

British di Pahang. Seterusnya, Hugh Clifford melibatkan diri dalam bidang masyarakat

melayu. Novel-novel dan cerita-cerita tersebut ditulis berdasarkan pemerhatiannya semasa

menjalankan tugas di Tanah Melayu.

5.0 KELEMAHAN PARA PENGKAJI BARAT

Walaupun begitu besar sumbangan para pengkaji Barat ini, namun mereka juga tidak

lari daripada melakukan kelemahan dalam kajian mereka. Contohnya R.J Wilkinson yang

berpegang teguh kepada ejaan pengaruh Arab tahap kedua, dan ejaan pengaruh Melayu tahap

pertama yang diberi istilah oleh Za’ba sebagai ‘ejaan tua’. Timbul kekeliruan dalam kamus

ini hingga orang Melayu yang mahir bahasanya pun agak sukar membezakan kata-kata yang

diejanya. Terdapat perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan sebutan dan maknanya.

Terdapat perkataan dalam kamus ini yang telah ada ejaan Melayunya tetapi masih dikekalkan

ejaan pengaruh Arabnya.

Langkah yang dibuat oleh Wilkinson yang mengekalkan ejaan Jawi yang asli

mempunyai motif yang tertentu. Beliau sengaja mengekalkan ejaan pengaruh Arab kedua dan

pengaruh Melayu tahap pertama, untuk menggambarkan kepada para pengguna kamus

bahawa tulisan Jawi yang digunakan untuk bahasa Melayu tidak sesuai kerana banyak yang

mengelirukan. Hal ini beliau perlu tanamkan ke dalam hati orang Melayu, supaya mudah

orang Melayu menerima tulisan rumi untuk bahasa Melayu yang beliau sedang susun pada

masa itu dan diterbitkan setahun selepas terbitnya kamus ini, iaitu pada tahun 1904.

24
Usaha Wilkinson ini diteruskan oleh R.O Winstedt dalam tulisan-tulisannya. Beliau

tetap terus menggunakan ejaan tua, dan usaha ini dipertahankan terus oleh keraninya seorang

Melayu yang bernama Daeng Abd. Hamid. Ejaan yang digunakan oleh Wilkinson yang boleh

mengelirukan para pembaca bukunya adalah kerana beliau menggunakan sistem ejaan tua.

Terdapat beratus-ratus kata yang sama ejaan untuk beberapa kata yang berlainan sebutan dan

makna (homograf). Boleh dikatakan setiap halaman bukunya yang tebal itu mengandungi

kata-kata yang berbentuk homograf. Ada kata yang sama ejaan tetapi mengandungi dua kata

yang berbeza sebutan dan makna seperti:

i) Untuk asta dan asut

ii) Untuk asah dan asuh

Terdapat juga kata yang sama ejaan yang mengandungi banyak kata yang berbeza sebutan

dan makna. Contoh homograf yang lain:

iii) Untuk asak, asik, asok

iv) Untuk angat, angit, engut, angut

v) Untuk alang, aling, along, elang, along

vi) Untuk ambik, embak, embik, embok, embek, ombak

vii) Untuk antang, anting, entang, enteng, ontang, unting, untong.

Bukti-bukti yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa pengekalan ejaan pengaruh

Arab memang sengaja ditonjolkan dengan menggunakan alasan untuk memelihara “keaslian

dan kemurnian” ejaan Jawi Melayu. Di sebalik alasan itu ialah supaya orang Melayu akan

sentiasa terkeliru dengan sistem Jawi yang ada. Lama-kelamaan mereka akan benci terhadap

tulisan sendiri dan berpindah ke tulisan Rumi yang sedang diperluaskan penggunaannya oleh

penjajah pada masa itu. Pada masa yang sama Wilkinson telah ditugaskan untuk menyusun

sistem ejaan rumi Melayu.

25
Ejaan Jawi yang mengelirukan ini dipertahankan terus oleh orang Inggeris yang lain

termasuk orang melayu yang bekerja di bawah mereka. Apabila sistem ejaan Rumi Melayu

telah mula mantap, buku kamus Wilkinson tidak lagi memasukkan versi tulisan Jawinya,

melainkan hanya versi yang rumi sahaja. Ini terbukti daripada kamusnya yang dicetak selepas

tahun 1932. Alasan yang diberikan ialah ejaan Jawinya telah ada pada buku yang telah lama.

Inilah taktik halus yang digunakan oleh orang Barat untuk memisahkan orang Melayu

daripada tulisan kesayangannya, iaitu tulisan Jawi. Usaha ini terbukti kejayaannya apabila

anak-anak Melayu sekarang termasuk di negeri-negeri yang kuat latar belakang sekolah

agama tradisionalnya seperti di Kelantan dan Kedah, banyak yang tidak tahu membaca Jawi.

Seperti para pengkaji sebelumnya, Winstedt juga begitu kontroversial kerana

beberapa sudut pandangannya yang boleh disebut ‘imperialistik’ yang diterapkan dalam

berbagai-bagai buku karyanya tentang bahasa Melayu, sastera dan budaya Melayu. Satu

kenyataan yang cukup jelas menggambarkan niat sebenar kerajaan Inggeris memberi

pendidikan kepada orang Melayu ialah kenyataan George Maxwell dalam Annual Report

bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1920 (Azmah Abdul Manaf:279).

Tujuan kerajaan bukanlah hendak mengadakan segelintir pemuda yang berpendidikan


baik, tidak juga sebilangan budak yang kurang terdidik, melainkan ialah untuk
membaiki keadaan bilangan terbesar penduduk dan menjadikan anak Melayu atau
petani seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapanya.Serta
menjadikan ia mengerti, menerusi pelajarannya, bahawa peluangnya dalam hidup ini
adalah sesuai dengan cara hidup sekelilingnya.

Begitu juga dengan Thomas Bowerey yang menyusun kamus Inggeris - Melayu pada

tahun 1701 M dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini ditulis oleh

pedagang yang datang ke Nusantara, yang mencatat semua perkataan yang diingatinya

(daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. Contoh ayat yang

dikemukakan juga banyak yang tidak berterima (tidak gramatis).

26
6.0 KESIMPULAN

Daripada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahasa Melayu

sudah sejak lama memiliki tradisi nahunya. Oleh kerana kajian awal bahasa Melayu

dilakukan oleh bukan penutur ibunda bahasa Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri telah

dipengaruhi oleh susuk bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka penyusunan nahunya juga

tidak terlepas daripada pengaruh kedua-dua bahasa ini. Walau bagaimanapun, beberapa orang

penulis tempatan telah berusaha menulis nahu yang lebih bersifat Melayu, namun kerana

rujukan awal dan pengetahuan nahu yang diterima berasal daripada bahasa asing, maka

pengaruh tersebut masih tidak dapat dilepaskan. Sementelahan pula, hampir semua buku

nahu bertitik tolak daripada falsafah Yunani dan dikembangkan oleh penulis nahu bahasa

Inggeris.

Selain itu, kedatangan barat juga telah merintis kepada kewujudan pelbagai teori-teori

tentang asal usul bahasa Melayu yang menjadi polemik besar di kalangan tokoh-tokoh barat

seperti William Marsden, John Crawford, Wilhelm Von Humbolt, Johan Casper Kern dan

sebagainya yang mempunyai alasan tersendiri tentang kewujudan bahasa Melayu. Oleh itu

dapatlah ditegaskan bahawa penjajahan Barat ke Tanah Melayu jika dilihat pada suatu sudut

sebenarnya membawa banyak manfaat khususnya dalam pengembangan bahasa Melayu.

Pelbagai hasil kajian yang dibuat oleh mereka sebenarnya dapat digunakan untuk mengukur

setakat mana kemajuan bangsa Melayu pada ketika itu.

27
28

You might also like