PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI

UNIT 1 BAB 1

BAB 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI

PENGENALAN
Terdapat banyak takrifan komunikasi yang dihuraikan oleh sarjana komunikasi sama ada dalam bentuk yang eksplisit mahupun implisit. Kesemua definisi yang diberi cuba menjelaskan dan memahami fenomena komunikasi. Walau bagaimanapun, ada takrifan yang diberikan berbeza di antara satu sarjana dengan sarjana yang lain. Ia banyak dipengaruhi oleh konteks serta perubahan landskap komunikasi yang berlaku pada sesuatu masa tertentu. Mengetahui pelbagai makna yang berbeza akan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang bagaimana proses komunikasi itu berlaku.

OBJEKTIF
Selepas mempelajari keseluruhan bab ini, anda seharusnya dapat: 1. memahami beberapa takrifan komunikasi; 2. mengenal pasti kepentingan komunikasi yang melibatkan semua aspek kehidupan; 3. mengenal pasti elemen-elemen asas dalam proses komunikasi; dan 4. mengenal pasti fungsi utama komunikasi.

1.1

BEBERAPA TAKRIFAN KOMUNIKASI

Berdasarkan pemahaman anda, apakah yang anda faham tentang komunikasi? Bolehkah dikatakan bahawa komunikasi dianggap sebagai suatu bentuk perhubungan melalui pertuturan?

Takrifan umum menganggap komunikasi sebagai proses interaksi dan perkongsian makna, pertukaran idea, pendapat atau perkongsian maklumat sama ada secara bertulis, simbol, bunyi-bunyian atau bertuturan baik yang disampaikan secara bersemuka mahupun menggunakan media massa.

Terdapat pelbagai pengertian komunikasi. Ada yang menganggapnya sebagai satu seni yang menyalurkan maklumat, idea-idea dan perlakuan dari seseorang kepada seorang yang lain. Tujuan komunikasi ialah menyalurkan sesuatu mesej daripada seseorang individu kepada seseorang individu lain. Perkataan komunikasi kadangkala digantikan dengan perkataan interaksi atau perhubungan.

2

OUM

UNIT 1 BAB 1

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Seterusnya kita akan meninjau pengertian komunikasi yang dikemukakan untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap maksudnya. Setiap pengertian itu pasti ada matlamat yang tertentu dan sesuai dimengertikan pada masa dan konteks tertentu. Walaupun komunikasi dianggap sebagai proses yang kompleks, ianya boleh di lihat dari berbagai dimensi dan berdasarkan konteks, peranan sumber dan penerima, tujuan serta maksud simbol. Jika diperhatikan takrifan yang diberikan, pengertian komunikasi boleh dilihat dari pelbagai perspektif berdasarkan tujuan komunikasi itu dijalinkan. (i) Takrifan oleh Wood (2001) Wood mengemukakan empat aspek penting dalam definisi komunikasi sebagai proses yang sistemik yang melibatkan seseorang berinteraksi menggunakan simbol tertentu untuk membentuk dan menginterpretasi makna. Ini dapat dilihat dalam Jadual 1.1 di bawah.
Jadual 1.1: Empat Aspek Penting dalam Definisi Komunikasi yang Ditakrifkan oleh Wood

(i) Proses

Komunikasi itu berterusan dan sentiasa mengalami perubahan. Sukar ditentukan bila ia bermula dan berakhir. Dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Komunikasi berlaku dalam sistem yang saling berkait rapat. Ia saling mendatangkan kesan kepada satu sama lain. Sistem wujud dari sistem yang sekecil-kecilnya seperti sebuah keluarga sehinggalah sistem yang lebih besar seperti organisasi, komuniti dan bangsa serta budaya yang diamalkan. Komunikasi bersifat simbolik. Ia melibatkan simbol yang berbentuk abstrak, arbitrari, dan kabur maksudnya. Makna amat penting dalam komunikasi dan untuk menerangkan sesuatu fenomena. Makna juga dapat dilihat menerusi simbol. Makna dalam komunikasi dilihat dari dua tahap iaitu: (i) tahap kandungan makna dalam mesej, dan (ii) tahap hubungan makna - apa yang dinyatakan tentang hubungan komunikator dan mesej.

(i) Sistemik

(iii) Simbolik (iv) Makna

(ii)

Takrifan oleh Verdeber & Verdeber (2002) Komunikasi merupakan proses membentuk dan berkongsi makna dalam perbualan tidak formal, interaksi kumpulan atau perucapan publik. Proses komunikasi itu melibatkan komunikator, konteks, mesej, saluran, elemen gangguan (bising) dan maklumbalas.

(iii) Takrifan oleh Gamble & Gamble (2002) Komunikasi didefinisikan sebagai proses pemindahan makna sama ada secara sengaja atau tidak. Gamble mengaitkan pengalaman dengan perlakuan yang diperhatikan dan tanggapan terhadap perlakuan tersebut. Jika perlakuan yang diperhatikan itu

OUM

3

Berbeza dengan kedua-dua perspektif sebelumnya. Perkongsian ini merujuk pertukaran antara peribadi. perspektif pragmatik melihat komunikasi sebagai sistem yang saling berkaitan dan melibatkan tindakan yang akhirnya membentuk corak tertentu. Menurut perspektif ini. apa yang ingin diwujudkan ialah satu “kesamaan” dengan orang lain. (v) Takrifan oleh Trenholm (2001) Pengertian komunikasi dintinjau dari tiga perspektif iaitu dari sudut psikologi. nilai-nilai sosial dengan orang lain dengan tujuan mencari “kesamaan”. Pendek kata. bermakna komunikasi telah berlaku. apabila berkomunikasi. silang budaya dan amalan. Dari perspektif psikologi.PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 diinterpretasikan sebagai mesej atau ianya memberi kesan kepada perlakuan seseorang yang lain. pergerakan badan dan stail. mentransmisikan apa yang kita rasa itu juga merupakan satu elemen penting dalam komunikasi. Rajah 1. maka akan berlakunya salah faham “communication breakdown” dalam hubungan yang cuba dibentuk. manakala transmisi merujuk kepada perantara berupa teknologi yang digunakan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat.1: Komunikasi yang bertujuan mencari “kesamaan” dalam hubungan antara insan 4 OUM . (iv) Takrifan oleh Hybels & Weaver ( 2001) Komunikasi merupakan proses perkongsian idea. penulisan. konteks sosial dan pragmaktik. kita akan cuba berkongsi pemikiran. maklumat dan perasaan yang melibatkan penuturan. definisi konvensional komunikasi adalah berkongsi dan mentransmisikan idea bukan sahaja di kalangan individu tetapi juga kumpulan atau masyarakat. Ringkasnya. Selain kesamaan. makna komunikasi difokuskan kepada apa yang berlaku di dalam minda pada ketika mesej ditransmisi dan diterima. Beliau mendefinisikan komunikasi sebagai gabungan konsep untuk melihat bagaimana manusia menggunakan simbol (berbentuk perkataan) untuk membentuk kesamaan maksud yang akan dikongsi dengan orang lain. Dari pengertian yang dikemukakan. Dengan kata lain. nyatalah apabila berkomunikasi atau berhubungan antara satu sama lain. Perspektif ini memfokus kepada hubungan antara komunikasi dan juga budaya yang dikongsi. yang membentuk gambaran yang kolektif tentang realiti. Perspektif konteks sosial pula melihat komunikasi sebagi proses di mana manusia menggunakan perantara yang wujud dalam sesebuah budaya. apa sahaja reaksi yang memberi makna terhadap mesej merupakan komunikasi. kepercayaan. Mencapai satu “kesamaan” dalam interaksi amat penting kerana tanpa kesamaan. perlakuan. manusia mempunyai stail komunikasi masing-masing.

Setiap definisi komunikasi yang diberikan ada kelebihan dan kegunaannya. pemuzik dan sebagainya.UNIT 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI Apabila mengkaji komunikasi. Konsep “Seni untuk Masyarakat” seringkali dipegang oleh pengkaryapengkarya seni seperti penyair. Dengan kata lain. dihiburkan atau memberi hiburan. manusia dengan komunitinya. Untuk memahami komunikasi antara insan. bagaimana ia saling mempengaruhi. (b) menyebarkan maklumat (c) mentransmisi idea dan (d) berkongsi maklumat. Tahukah anda bahawa media yang digunakan oleh golongan ini juga merupakan suatu bentuk komunikasi yang dapat menghubungkan pengkarya dengan masyarakat.2: Takrifan komunikasi Latihan 1. Hubungan yang dimaksudkan dapat dilihat terjalin antara manusia dengan haiwan. asas komunikasi ialah hubungan (relationship) yang wujud. Jika sebaliknya berlaku. memberitahu dan diberitahu. Rajah 1. Apabila sesuatu perhubungan itu berjalan dengan lancar. manusia dan dirinya sendiri. manusia dengan kumpulan tertentu dan antara insan dengan Penciptanya. akan terhasillah salah faham dan konflik dalam hubungan. pertama perlu difahami bagaimana manusia berhubung sesama sendiri. hasilnya ialah kepuasan individu yang merupakan pengalaman yang menyeronokkan. organisasi atau masyarakat. pelukis. kita mengkaji hubungan kemanusiaan yang berlaku dalam kumpulan. Apa pandangan anda tentang perkara ini? OUM 5 .1 Berikan contoh-contoh senario di mana komunikasi: (a) membentuk kesamaan antara seorang dengan yang lain. manusia dengan mesin.

3. 2. yang manakah memberikan maksud komunikasi yang paling tepat pada pendapat anda? Apakah kesimpulan yang dapat anda rumuskan dari definisi-definisi di atas? Tidaklah mencukupi sekiranya seseorang itu mempunyai otak yang baik.PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 Hubungan sosial yang terjalin tidak semestinya secara bersemuka. Comunication is a transmission of ideas. Penyampaian dan penyebaran maklumat dengan membezakan antara pengaliran idea. skills by the use of graphics. 2. Berdasarkan pengertian di atas. Communication is a process whereby one person tells another something through the written or spoken word. 3. apa yang lebih penting ialah tahu menggunakannya – Descartes. 5. 1639. symbols and words. Sebagai kesimpulannya. malah boleh menghasilkan implikasi psikologi. Communication is sharing of information. Perkongsian makna antara sumber dan penerima untuk membentuk hubungan. Communication is a process of acting on information. takrifan komunikasi dapat kita bahagikan kepada tiga kategori berikut: 1. tidak semestinya melibatkan perlakuan secara fizikal. What is communication? 1. Setiap makna yang wujud dalam komunikasi ini akan melalui proses komunikasi yang tersendiri. Dari situ juga. emotions. 6 OUM . lahirnya perkongsian idea serta maklumat yang mampu melahirkan emosi dan perasaan. pemikiran dan mesej. ilmu. Penghasilan idea yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Communication is a process whereby people assign meanings to stimuli in order to make sense of the world. Proses ini membenarkan kita membentuk imej-imej dalam fikiran yang boleh membantu dan membentuk keadaan sekeliling dan memandu tingkah laku kita. 4.

2. kehidupan profesional mahupun kehidupan sivik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa memiliki kepakaran dalam bidang tertentu amat penting tetapi kemampuan berkomunikasi dengan baik dan berkesan merupakan kelebihan yang dicari-cari oleh setiap majikan. Seseorang yang mendiamkan diri juga mungkin berkomunikasi dalam dirinya sambil memikirkan sesuatu.UNIT 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI 1. Ini dilihat dari pelbagai aktiviti seperti berbual. kumpulan etnik. Kegagalan seseorang berkomunikasi dengan baik menyukarkan hubungan yang ingin dibentuk.2 Peningkatan Bekerjaya Kemampuan berkomunikasi mempengaruhi kejayaan seseorang dalam berkerjaya.2 KEPENTINGAN KOMUNIKASI Pernahkah anda terfikir apakah kepentingan komunikasi dalam kehidupan harian anda? Apakah yang anda jangkakan sekiranya komunikasi tidak wujud dalam kehidupan seharian anda? Komunikasi berlaku setiap masa dan kadangkala terjadi tanpa disedari. pasangan romantis. berdiskusi dalam kumpulan. budaya yang berbeza. berfikir.1 Komunikasi dalam Kehidupan Peribadi Seseorang individu melihat dirinya dari pandangan atau mesej yang digambarkan oleh orang lain. komunikasi merupakan asas interaksi dua insan atau dalam hubungan kekeluargaan. menonton televisyen. atau bertafakur. juga antara ibu dengan anak. pelajar dengan pensyarah.2. mendengar radio. mendengar. mengadaptasi diri dalam kumpulan atau dalam budaya yang berbeza dan juga membantu dalam membuahkan idea dengan jelas. Ini kerana seseorang komunikator yang baik mampu bertutur. menonton filem. mendengar. 1. OUM 7 . mengenali diri amat penting dalam komunikasi. Kemampuan berkomunikasi dengan baik dan dengan berkesan sering kali dikaitkan dengan kejayaan seseorang mengadaptasi diri dalam pelbagai situasi sama ada dalam hubungan peribadi. umpamanya interaksi antara sahabat atau kenalan. Oleh itu. Kepentingan komunikasi dilihat dari beberapa aspek kehidupan yang melibatkan: • • • • • Kehidupan peribadi Peningkatan berkerjaya Etika dalam berkomunikasi Adaptasi dalam masyarakat pelbagai budaya Kesan perubahan teknologi dan hubungan 1. Seseorang itu melibatkan diri dalam komunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan. berfikir. Dalam hubungan peribadi.

terjejasnya interaksi pekerja dengan majikan. hilang kepercayaan rakyat terhadap pemimpin. sensitiviti dan sikap yang positif terhadap latar belakang budaya. amalan hidup serta menghormati kepercayaan orang lain membantu dalam berkomunikasi dengan pihak lain. Pendek kata isu etika dalam komunikasi berkaitan dengan tanggungjawab dan sikap menghormati seseorang dalam proses berkomunikasi.2.4: Beretika dalam komunikasi 1.2. 8 OUM .4 Adaptasi dalam Masyarakat Pelbagai Budaya Kehidupan dalam masyarakat pelbagai kaum.3 Etika dalam Berkomunikasi Kita perlu menjaga etika dalam komunikasi kerana ia melibatkan prinsip moral berhubung apa yang betul atau tidak wajar dilakukan ketika berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan.PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 Rajah 1.3: Kepentingan komunikasi dalam peningkatan kerjaya 1. kucar-kacir kehidupan sesebuah masyarakat atau menjarakkan persahabatan dan memutuskan hubungan kekasih. etnik atau komuniti memerlukan seseorang itu menyesuaikan diri supaya dapat hidup dalam keadaan aman damai. bahasa. Rajah 1. Pengetahuan. Isu etika kadangkala membawa kepada pincangnya hubungan kekeluargaan.

Kemampuan teknologi memudahkan penyampaian dan perkongsian serta penerimaan mesej dengan pantas bagi mereka yang mempunyai akses. tetapi saya punya wawasan bahawa komputer akan menjadi alat yang bernilai di atas setiap meja dan. akhirnya di setiap rumah – Bill Gates. 1993. Perubahan teknologi membolehkan orang berkomunikasi tanpa sempadan dan batasan.UNIT 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI Rajah 1.2.6. Rujuk Rajah 1. Voicemail Web Site Calendar 5 E-Mail Lead Alerts Rajah 1.5: Komunikasi berlaku di dalam masyarakat dan budaya pelbagai bangsa 1.5 Kesan Perubahan Teknologi dan Hubungan Kemajuan teknologi merubah kaedah komunikasi antara insan. Saya tahu perisian komputer akan menjadi industri besar. Saya tidak tahu sama ada saya akan berjaya atau tidak. Komunikasi yang dibentuk secara “virtual” memberi implikasi terhadap hubungan antara individu dan juga komuniti. OUM 9 .6: Perubahan teknologi dalam komunikasi Apakah pandangan anda berhubung implikasi teknologi terhadap komunikasi bersemuka (face-to face communication)? Saya mahu menulis perisian komputer.

Lantaran itu juga. Proses penyaluran mesej adalah satu proses yang berterusan. maka mereka tidak akan dapat berkomunikasi dengan baik. satu lagi isu penting yang harus difahami ialah elemen-elemen yang terkandung dalam setiap proses komunikasi. jika sesuatu komunikasi itu berlaku antara seorang individu dengan seorang yang lain. Proses komunikasi menggambarkan bagaimana insan saling berhubungan antara satu sama lain. yang sentiasa mengalir dan berterusan. Kara Berlo.3 UNSUR-UNSUR DALAM PROSES KOMUNIKASI Apakah yang anda faham tentang unsur-unsur komunikasi? Misalnya. Ini akan membantu kita mengenal pasti apakah kekurangan atau kelebihan yang dilihat dari proses komunikasi yang berlaku. adakah unsur-unsur komunikasi memberi kesan kepada sosio budaya sesebuah masyarakat? Komunikasi merupakan satu proses yang dinamik.PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 1. Persoalan yang timbul ialah sama ada wujud hubungan antara elemenelemen tersebut. Rajah 1. untuk kita memahami dengan lebih lanjut lagi sebaik-baiknya kita lihat beberapa unsur atau elemen yang terdapat di dalam komunikasi. komunikasi mempunyai ciri yang dinamik. maka punca (sumber) dan penerima mestilah mempunyai sistem kod yang sama. Setelah kita mendapat gambaran tentang makna komunikasi. Proses yang dinamik dalam komunikasi tiada awal dan tiada penghujungnya. Di antara unsur yang dimaksudkan ialah : • • • • • • • • Sumber (Source) Penerima (Receiver) Mesej (Message) Saluran (Channel) Gangguan (Noise) Maklumbalas (Feedback) Rangkarujuk (Frame of reference) Konteks (Context) 10 OUM . Oleh yang demikian. Jika hal ini tidak berlaku.7 memperlihatkan hubungan di antara elemen asas dalam proses komunikasi tersebut.

satu kumpulan.UNIT 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI Rajah 1. atau utusan yang ingin disampaikan kepada orang lain. Contohnya seorang guru sedang mengajar muridnya tentang Matematik. Penjelasan yang diberikan oleh guru tersebut adalah menghantar mesej agar difahami oleh para pelajarnya.7: Elemen-elemen asas dalam proses komunikasi 1. Proses komunikasi yang mendatangkan kesan yang baik memerlukan seseorang sumber yang harus mempunyai empat ciri utama penyampai (komunikator) yang berkesan seperti: 1. 2. 4. Di dalam proses komunikasi sumber ialah sesiapa yang mempunyai pendapat. persatuan atau sebuah organisasi. Semua orang mampu menjadi sumber tidak kira sama ada dia seorang individu. Jika seseorang sumber itu berkata sesuatu atau menerangkan sesuatu perkara kepada orang lain. perasaan.3. 3.1 Sumber Sumber merupakan punca sesuatu utusan. proses itu dinamakan mengengkod mesej atau dengan kata lain prosesproses membentuk mesej. fikiran. Kemahiran komunikasi Sikap Tahap pengetahuan Kedudukan dalam sesuatu sistem sosiobudaya OUM 11 .

kemudian meyampaikannya kepada peserta kedua hingga terakhir. 12 OUM . Adalah sangat sukar untuk seseorang berkomunikasi dengan seseorang yang pekak dan bisu kecuali diketahui bahasa istimewa yang digunakannya atau menggunakan alat tertentu. Ini sangat penting dalam proses mengenkod (menghantar mesej). iaitu ‘Telefon Karat’ atau melalui aktiviti pesanan.PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 Rajah 1. Hasilnya hanya 20% sahaja mesej sama dengan mesej yang asal. Apakah yang anda fahami melalui aktiviti tersebut dan apakah moral yang terkandung di dalamnya? Kemahiran bertutur dan menulis merupakan aspek yang amat penting bagi sumber. maka orang tersebut akan menghadapi banyak gangguan dalam proses komunikasi hinggakan komunikasi yang dilakukannya tidak membawa erti dan tidak akan membawa kesan yang dikehendaki.8: Empat ciri utama penyampai (komunikator) Selain daripada empat ciri yang dinyatakan. Komunikasi dengan insan kurang upaya pasti memerlukan pendekatan yang berbeza dalam menyampaikan sesuatu mesej. Jika sumber tidak mempunyai pemikiran yang waras. Sumber mestilah mempunyai daya pemikiran atau keupayaan untuk menimbang dan menilai sesuatu dengan akalnya. Peserta pertama akan membaca mesej yang diberi. apakah ciri-ciri lain untuk menjadi komunikator yang berkesan? • Kemahiran Berkomunikasi Pernahkah anda mengalami situasi aktiviti berkumpulan.

anak remaja tuan rumah berulang-alik di hadapan kita beberapa kali tanpa memberi hormat. Dalam masyarakat Melayu sekiranya semasa ibu bapa sedang berbualbual. Contoh: Ramai orang mengalami masalah kesihatan semasa berlakunya jerebu. Jika kita tidak mengetahui peraturan-peraturan dalam sistem sesebuah masyarakat dan melanggarinya. Dalam situasi yang berbeza sekiranya terdapat banyak kesamaan antara sikap dan kandungan komunikasi yang dilakukan. Jika sikap negatif yang kita dapati daripada mana-mana pihak maka susah bagi komunikasi itu untuk berjalan secara lancar dan licin serta mendatangkan kesan.UNIT 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI • Sikap Satu lagi ciri yang penting bagi punca atau sumber ialah sikap. terhadap dirinya dan faedah yang akan didapati oleh orang lain. besar kemungkinan komunikasi tadi akan mendatangkan kesan. Sebagai seorang pelajar apakah kepentingan sumber terhadap mesej yang disampaikan selain dari sikap. kemahiran dan kedudukan dalam masyarakat? OUM 13 . mungkin kita akan dianggap sebagai “kurang ajar”. Khalayak mungkin akan mengambil sikap tidak mengendahkan kata-kata beliau atau memandang rendah kepada sumber yang menyampaikan mesej itu. Jika punca tadi mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai sesuatu perkara. norma dan sistem budaya yang tersendiri memang telah wujud dalam sesuatu masyarakat dan ahli di dalam masyarakat tersebut harus mematuhinya. tahap pengetahuan. Jika terdapat pertentangan antara sikap dan mesej atau keduanya tidak selari. Kita akan beranggapan bahawa remaja tersebut telah berlaku kurang ajar kerana tidak menghormati orang yang lebih tua. jika seorang yang mempunyai latar belakang pencapaian akademik yang lemah dan beliau cuba menyampaikan mesej tentang kepentingan ilmu pengetahuan maka kemungkinan besar mesej yang ingin disampaikan tidak berkesan. besar kemungkinan komunikasi tidak mendatangkan kesan. Contohnya. Akan berlakulah kesilapan dalam komunikasi kerana menyampaikan sesuatu yang terlalu teknikal untuk penerima yang tidak dapat memahaminya. ia akan menjadi terlalu khusus. tidak bersopan atau biadap. Di sini telah berlakunya pelanggaran adat budaya. Individu yang mempunyai pengetahuan yang lebih akan menceritakan dengan terperinci sehingga proses-proses saintifik di mana orang biasa yang mendengarnya tidak dapat memahami atau menjadi bosan. Sikap yang kita maksudkan di sini ialah sikap terhadap mesej. Kita harus memahami peraturan-peraturan tersebut kerana ia akan mendasari bagaimana kita harus berkomunikasi. Kaitan antara sikap dan mesej juga amat penting. • Kedudukan dalam Sistem Masyarakat atau Sosiobudaya Susun atur. • Tahap Pengetahuan Tahap pengetahuan juga amat penting dalam proses komunikasi. Contohnya.

kumpulan kecil. tahap pengetahuan serta kedudukannya dalam suatu sistem sosiobudaya Ciri-ciri penerima mempunyai persamaan dengan ciri-ciri sumber. Jika penerima menyenangi sikap sumber maka besar kemungkinan ia akan mempertimbangkan mesej yang disampaikan oleh sumber. Keberkesanan sesuatu mesej yang disampaikan amat bergantung kepada sikap penerima terhadap sumber. Ianya penting bagi bagi melihat kebaikan dan kelemahan sesuatu mesej. • Kemahiran Komunikasi Seseorang penerima mestilah mempunyai kemahiran komunikasi iaitu daya mengimbang dan menafsirkan sesuatu mesej yang disampaikan. sikap.3. Rajah 1. penerima juga harus bersikap positif dalam menafsir sesuatu mesej. 14 OUM . Dalam komunikasi massa. Penerima boleh terdiri daripada seorang individu. Semua ini mestilah dilakukan dengan pemikiran dan akal yang baik serta waras. sebuah organisasi ataupun sejumlah orang yang ramai.PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 1.9: Kemahiran komunikasi • Sikap Dalam berkomunikasi. penerima mempunyai ciri-ciri tertentu seperti kemahiran komunikasi. Sepertimana punca atau sumber.2 Penerima Penerima dalam proses komunikasi ialah sasaran sesuatu utusan. Jika punca mesti mempunyai kemahiran mengenkod (kemahiran bercakap dan menulis) penerima pula mesti mempunyai kemahiran mendekod (mendengar dan membaca). Jika terdapat pertentangan antara sikap dan mesej maka komunikasi yang berlaku tidak akan mendatangkan faedah. penerima utusan dikenali sebagai khalayak. Sebaliknya jika penerima tidak menyenangi sikap sumber maka dia akan bertindak sambil lewa atau tidak menghiraukan langsung apa yang cuba disampaikan oleh sumber.

• Kedudukan dalam Sistem Sosiobudaya Sebagaimana sumber. Jika penerima mempunyai pengetahuan mengenai apa yang diperkatakan oleh sumber maka apa yang disampaikan akan mudah difahaminya. Namun jika penerima tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang didengarnya maka mesej komunikasi sukar difahami. 15 Oktober 2003 • Tahap Pengetahuan Tahap pengetahuan juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan sumber. penerima juga harus mengetahui norma. OUM 15 .UNIT 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI Rajah 1. peraturan dan budaya yang ada di dalam sesuatu sistem masyarakat. Ini bertujuan memastikan supaya komunikasi berjalan lancar dan tidak menimbulkan salah faham antara satu sama lain. Isu 175.10: Situasi penerima melalui sikap yang digambarkan Sumber: Majalah Ujang.

Contohnya. Namun. Terdapat tiga ciri utama yang harus dipunyai oleh mesej jika ingin disampaikan kepada penerima dengan berkesan iaitu: 1.3 Mesej Pernahkah anda menyaksikan cerita peperangan? Tahukah anda mesej yang disampaikan apabila bendera putih dikibarkan? Mesej adalah maksud yang terkandung dalam perkataan-perkataan atau simbol-simbol yang digunakan oleh sumber untuk menyampaikan dan melafazkan sesuatu maksud. seorang pengurus menunjukkan wajah serius semasa mesyuarat apabila menerima laporan jualan yang menurun pada hujung tahun. 3. Pasti mesej yang ingin disampaikan difahami oleh kakitangan pemasaran supaya memberi sokongan untuk mengatur strategi promosi komunikasi pemasaran bersepadu yang berkesan. segala apa yang membawa makna boleh diistilahkan sebagai mesej. konkrit. abstrak mahupun bukan lisan. Pendek kata.3. Kod mesej Isi atau kandungan mesej Pengolahan mesej 16 OUM .PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 Rajah 1. idea dan perasaan hanya dapat dikomunikasikan menerusi simbol tertentu sama ada secara lisan. Ia adalah hasil daripada proses enkod yang dijalankan oleh punca berdasarkan kepada pemikirannya Di dalam mesej tersebut terkandung perutusan idea dan perasaan yang ingin disampaikan oleh punca kepada penerima. 2.11: Situasi penerima melalui kedudukannya dalam sistem budaya 1. Mesej mengandungi idea serta perasaan yang ingin dikongsi antara sumber dan penerima.

Tajuk. Kod didapati dalam bahasa yang kita gunakan. Simbol tanpa lisan pula merupakan cara berkomunikasi tanpa menggunakan perkataan.UNIT 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI • Kod Mesej Kod ialah satu kumpulan simbol-simbol. Isi yang di maksudkan di sini ialah maklumat yang diperolehi dan didapati dalam mesej yang dienkodkan oleh punca kepada penerima. di bangunan-bangunan dan di kebanyakan tempat awam juga merupakan suatu kod. Kod digunakan setiap hari dalam aktiviti seharian terutamanya dalam komunikasi.12: Contoh kod mesej di tepi jalan raya • Isi atau Kandungan Mesej “Pernahkah anda mendapat ‘memo’ dari kawan anda? Contoh: Perjumpaan Kelab Ixora akan diadakan pada 19 Mac 2004. di Betty Villa jam 2. Isyarat yang terdapat di tepi lebuh raya. Rajah 1. yang apabila disusun dengan teratur boleh memberi makna kepada seseorang. topik. tujuan dan harapan yang terkandung di dalam sesuatu kandungan itulah yang disebut sebagai mesej. Penggunaan kod bahasa ini amatlah penting dalam menghasilkan mesej yang difahami apabila didengar atau dilihat. OUM 17 . Bahasa yang kita gunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain merupakan kod simbol-simbol yang paling meluas digunakan oleh manusia diseluruh dunia. Perkataan dalam bahasa merupakan simbol lisan yang melambangkan sesuatu benda atau idea. Kandungan mesej yang kosong tidak akan membawa apa-apa makna. Apakah kandungan mesej yang anda jangkakan dari memo tersebut? Untuk menjalankan komunikasi yang berkesan setiap mesej mestilah mempunyai kandungan yang jelas.30 petang. Bahasa sesungguhnya merupakan kod terpenting yang pernah dicipta dan diterima oleh manusia yang digunakan untuk kemudahan dan keselesaan dalam kehidupan dan difahami oleh semua yang melihat atau mendengarnya.

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 Memo Kepada: Daripada: Tarikh: Tempat: Jam: Tarikh: Perkara: Tindakan: Cik Mariana Cik Warisna 3 Mac 2004 Betty Villa 2.14: Pengolahan mesej yang tidak lengkap dan sukar di fahami 18 OUM . Pengolahan merupakan keputusan yang dibuat oleh punca untuk memilih dan menyusun kedua-dua kod dan isi mesejnya. Bagaimana seseorang itu melakukan pengolahan kepada mesej bergantung kepada beberapa faktor.30 pm  19 Mac 2004 Mesyuarat Bulanan Kelab Ixora Sediakan laporan  g Rajah 1. Pengolahan mesej yang baik akan mendatangkan kesan yang memberi makna kepada apa yang akan dikomunikasikan. Rajah 1.13: Isi kandungan mesej yang lengkap • Pengolahan Mesej Kandungan mesej sekiranya tidak diolah dengan baik tidak akan difahami oleh penerima. Penyampai juga mempengaruhi pengolahan yang dilakukan terhadap mesej. Antara faktor-faktor tersebut ialah gaya atau stail pengolahan mesej.

3.4 Saluran Saluran boleh kita definisikan sebagai alat atau perantara yang menyalurkan mesej dari sumber kepada seorang penerima atau beberapa orang penerima. 2. Pada amnya saluran terdapat dalam bentuk-bentuk berikut: 1.UNIT 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI Berdasarkan Rajah 1. mengapakah pengolahan mesej tersebut dikatakan sukar untuk difahami oleh penerima? 1. pemilihannya harus mengambilkira kesesuaiannya dengan situasi dan penerimanya. Dalam masa yang sama.14. kaedah menggunakan beberapa saluran untuk menyampaikan sesuatu utusan merupakan cara yang paling efektif. setiap saluran mempunyai kelemahan dan kekuatan tertentu. Untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Saluran media Saluran bersemuka Saluran mesej bukan lisan Cetak Rajah 1. Pemilihan saluran dalam komunikasi adalah penting kerana ia akan membantu keberkesanan komunikasi. 3. Dalam apa sahaja bentuk saluran yang digunakan.15: Saluran komunikasi OUM 19 .

Beberapa ciri saluran perlu dikenal pasti untuk menentukan keberkesanan komunikasi untuk tujuan-tujuan tertentu. • Keupayaan Saluran yang Digunakan Kita harus juga memikirkan sama ada saluran itu berupaya membawa mesej dalam bentuk yang dienkodkan dan sama ada penerima berupaya mendekod mesej yang dikirimkan melalui saluran tersebut. haruslah diketahui apakah saluran ataupun saluran-saluran yang paling baik dan paling sesuai untuk menyampaikan mesej kita kepada penerima. radio dan Internet. Radio hanya mampu menyalurkan kesan suara (audio) manakala televisyen pula mempunyai kesan audio dan visual. Sudah pasti kesemuanya memberi implikasi keberkesanan yang berbeza-beza. Media Cetak seperti akhbar. Dalam membuat pemilihan saluran untuk mesej. sama ada ianya kaedah konvensional ataupun teknologi terkini. Media massa mempunyai keupayaan yang berbeza. Dalam situasi ini proses penyaluran mesej melibatkan maklumbalas di mana kesannya lebih cepat dan segera. seseorang itu harus memikirkan saluran manakah yang paling sesuai yang harus kita gunakan supaya penerima boleh menerima mesej yang kita sampaikan dengan cara yang paling mudah diakses dan difahami. Sumber dan penerima berada dalam situasi yang sama. Kepelbagaian keupayaan perantara komunikasi. pemilihan sesuatu saluran mestilah disesuaikan dengan keupayaan penerima dan utusan. wayang kulit dan opera. Contohnya apabila kita memilih saluran television untuk menyampaikan mesej berbentuk pesanan yang panjang. Internet yang merupakan saluran komunikasi tercanggih pula tiada batasannya dan tiada sempadan ruang dan masa tetapi perlu mudah diakses. Dari segi menentukan kesan. Media Elektronik seperti televisyen.PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 • Saluran Media Media meliputi aplikasi jenis-jenis media berikut : 1. Saluran bersemuka melibatkan interaksi atau hubungan secara langsung antara sumber dan penerima. seperti e-mel atau chat mampu menggantikan kaedah komunikasi bersemuka? • Saluran Bersemuka Perbezaan yang nyata dapat dilihat dari kaedah penyaluran maklumat atau mesej yang menggunakan media massa. sudah tentulah ianya satu pemilihan yang kurang bijak. majalah serta buku-buku. beberapa persoalan harus difikirkan ketika berkomunikasi. Perantara yang selalunya terlibat dalam saluran mesej bersemuka ialah jiran tetangga. 2. Akhbar dan majalah mempunyai keupayaan untuk dibaca. ketua komuniti dan sebagainya. 3. ada kelemahan dan kelebihannya. Oleh yang demikian. Pada pandangan anda adakah kaedah penyampaian mesej menerusi Internet. Media Tradisional seperti teater. Kaedah sedemikian dikatakan lebih mesra dan berbentuk dua hala. Pada 20 OUM . • Penggunaan Saluran yang Bersesuaian Sebelum melaksanakan penyampaian mesej.

Gangguan dalam komunikasi boleh berlaku disebabkan oleh saluran. fikiran yang terganggu akibat peperiksaan yang semakin hampir. Unsur gangguan mula diperkenalkan oleh Shannon dan Weaver melalui model sebaran pada tahun 1949 dan gangguan dilihat berlaku disebabkan faktor-faktor berikut: Rajah 1. Gangguan Fizikal Gangguan fizikal berlaku apabila punca gangguan itu datangnya dari keadaan sekeliling.UNIT 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI masa kini. antara yang kaya maklumat dan yang miskin maklumat.16: Unsur-unsur gangguan 1. keadaan mental seseorang (dalaman) atau gangguan semantik yang boleh mengganggu proses penyampaian mesej. Gangguan Mental Gangguan mental berpunca daripada pemikiran kita sendiri. Gangguan berlaku apabila penerima tidak dapat menerima utusan dengan jelas atau tepat sebagaimana yang disampaikan oleh sumber. Gangguan Fisio-Psikologi Ia berlaku disebabkan pengaruh tahap pengetahuan asas kita. Tardapat banyak sebab berlakunya gangguan yang menghalang proses komunikasi yang berkesan. 3. Bunyi bising umpamanya menghalang mesej dari disampaikan. keadaan sekeliling (luaran).5 Gangguan Gangguan ialah sebarang bentuk halangan yang berlaku dalam proses komunikasi. Perbezaan budaya juga merupakan satu gangguan jika kita tidak memahami budaya tersebut. Misalnya. diterima dan difahami dengan tepat. OUM 21 . masalah kesihatan dan sebagainya. Contoh: bunyi bising akibat lalu lintas kenderaan semasa kita sedang berbual dengan rakan. akses kepada teknologi dan aplikasinya menjadi isu yang hangat dibincangkan kerana jurang digital di kalangan mereka yang tidak mampu dan yang berada.3. 1. 2. sikap kita terhadap utusan atau sumber dan keupayaan komunikasi kita. Ia mengganggu tumpuan kita kepada sesuatu mesej.

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 1.3.17: Maklumbalas dalam komunikasi bersemuka atau menerusi telefon 1.3. mungkin sumber akan meneruskan komunikasinya. Maklumbalas dalam konteks komunikasi massa akan dibincangkan dalam unit 3 nanti. maklumbalas tidak sepantas komunikasi bersemuka.6 Maklumbalas Maklumbalas merujuk kepada respons yang berlaku apabila penerima memberikan reaksi terhadap utusan yang disampaikan oleh sumber. Namun. Maklumbalas komunikasi massa adalah tertangguh iaitu lambat untuk diperolehi. Di samping itu juga. Apabila maklumbalas itu positif. Dalam proses komunikasi massa. apabila sumber bertanya “ bagaimana keadaan anda sekarang?” dan penerima utusan menjawab “Baik-baik saja”. Komunikasi tidak akan mendatangkan kesan jika sumber dan penerima tidak mempunyai rangka rujuk yang sama. kepastian akan diperolehi terhadap idea dan perasaan yang cuba dikongsi antara sumber dan penerima. Maklumbalas mungkin ditunjukkan pada riak wajah sambil menjawab. Rajah 1. Jawapan dan air muka penerima itu merupakan maklumbalas terhadap utusan yang disampaikan oleh sumber. Pentingnya maklumbalas dilihat pada tindakan yang harus diambil oleh seseorang. Dalam komunikasi antara individu.7 Rangka Rujuk Rangka rujuk adalah pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu perkara yang menjadi tajuk komunikasi. Telefon bimbit kini memberi maklumbalas yang pantas dengan pelbagai kaedah untuk menyampaikan mesej. jika maklumbalas itu negatif. 22 OUM . Perkembangan teknologi komunikasi maklumat terkini memungkinkan maklumbalas segera umpamanya penggunaan e-mel dan pencarian maklumat menerusi Internet. Misalnya. maklumbalas adalah spontan. mungkin ia akan berhenti di situ sahaja. Begitu juga dengan lawak tutur kata A terhadap B sehingga B tersenyum atau ketawa merupakan maklumbalas.

Konteks komunikasi adalah seperti situasi (fizikal). Konteks juga kadangkala tidak jelas dan dalam keadaan tertentu pula mendominasi (sama ada menstimulasi atau menghalang mesej yang disampaikan. hanya utusan yang difahami oleh kedua-dua pihak sahaja yang akan dapat membantu keberkesanan komunikasi. Komunikasi juga kadangkala terjadi dalam keadaan yang semulajadi tanpa disedari. jantina. latar belakang sosial dan lain-lain. Dengan itu. temporal. sudah pasti penerima tidak dapat berkomunikasi secara berkesan dengan sumber. 1836.UNIT 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI Katakanlah seseorang yang mempunyai pengalaman bermain ski (luncur ais) di luar negeri bercerita dengan kawannya di kampung tentang cara dan pengalaman berski. masa dan siapa yang terlibat dalam komunikasi. minat yang sama.8 Konteks Komunikasi berlaku dalam konteks-konteks tertentu. DeVito (2001) menyatakan bahawa komunikasi yang berlaku dalam konteks tertentu akan mempengaruhi bentuk dan kandungan mesej. maka tindakan komunikasi pasti dipengaruhi oleh keadaan tertentu. kedua-dua sumber dan penerima mestilah mempunyai rangka rujuk yang sama. Konteks komunikasi merujuk suasana atau keadaan sekeliling di mana komunikasi itu berlaku. maka lebih besar kemungkinan komunikasi antara mereka memberi kesan. perlakuan. Setiap dimensi tersebut dikatakan saling berkait rapat dan mempengaruhi antara satu sama lain. masa dan sosiobudaya. komunikasi antara seseorang dengan seseorang yang lain atau antara sekumpulan ahli dalam sesebuah organisasi. Contohnya. Lebih luas ruang lingkup rangka rujuk di antara sumber dan penerima. Konteks juga mempengaruhi persekitaran. Apakah kerja yang paling sukar di dunia? Berfikir – Emerson. Setiap konteks memberi kesan terhadap apa yang dikomunikasikan. Komunikasi tidak berlaku dalam “kekosongan”. pensejarahan psikologi-budaya. maka ia akan menjejaskan keupayaan penerima untuk memahami atau mengikuti apa yang dibincangkan oleh sumber. tindakan dan sebaliknya. Sudah pasti kawannya tidak dapat menghayati apa yang diceritakan.3. Bagi membolehkan komunikasi berlaku dengan berkesan. jumlah ahli dan jenis komunikasi dan interaksi. Di sini jika penerima kekurangan pengetahuan mengenai perkara yang dibincangkan. Konteks juga menentukan jenis komunikasi yang harus digunakan. Ini kerana setiap individu yang terlibat dalam proses komunikasi mempunyai pengalaman yang tersendiri. OUM 23 . Contoh. yang mencakupi keseluruhan komunikasi yang berlaku sama ada dalam keadaan formal atau tidak formal. Konteks yang berlainan memberi kesan komunikasi yang berlainan. Dengan itu. 1. Berdasarkan konteks situasi atau keadaan. suasana.

komunikasi memainkan peranan-peranan berikut : 1. memahami atau membuat keputusan sama ada menerima atau menolak mesej yang diterima. komunikasi memainkan peranan yang penting dalam segala aspek kehidupan.4 FUNGSI KOMUNIKASI Pernahkah anda terfikir bahawa seseorang yang beribadah juga berkomunikasi. Sejak bermulanya peradaban manusia.PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 1. Sama ada di pejabat (menulis surat. Ia dilihat dari perspektif yang berbeza-beza. melahirkan kesepakatan untuk mendapatkan pengaruh.18: Peranan komunikasi dari perspektif sosial Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai fungsi-fungsi komunikasi. memperolehi kemahiran dan pengetahuan serta membuat keputusan. menghibur. memberi arahan. Jika diperhatikan dari perspektif sumber (penghantar mesej). belajar. menghibur 4. Dari perspektif individu. komunikasi bertujuan memberikan gambaran sebenar tentang realiti. mengukuhkan proses sosialisasi ahli dalam sesebuah kumpulan 3. menyumbang ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama 2. Jika diperhatikan pula dari perspektif sosial. membujuk menyumbang ilmu membujuk menghibur PERANAN KOMUNIKASI melahirkan kesepakatan mengukuhkan proses sosialisasi Rajah 1. komunikasi mempunyai fungsi untuk memberitahu. 24 OUM . cuba gambarkan beberapa situasi yang berlaku di dalam kehidupan kita sebagai individu. dan 5. Apakah fungsi-fungsi komunikasi anda dan individu lain? Adakah komunikasi membantu anda dalam kehidupan seharian? Fungsi komunikasi bergantung kepada tujuan ia dilakukan.

sama ada secara terancang atau tidak disengajakan. Proses komunikasi amat berkait rapat dengan pencarian maklumat.19: Perniagaan secara elektronik Penggunaan komputer dan komponen interaktif Internet seperti e-mel memungkinkan kita berhubung dengan seseorang di mana-mana pada bila-bila masa. komunikasi memainkan peranan penting menghubungkan seseorang dengan seorang yang lain. kita berkomunikasi untuk tujuan tertentu. Seorang anak menelefon ibunya untuk bertanya khabar berita ayahnya di kampung atau A yang menghantar SMS kepada teman untuk menyatakan perasaannya. Cuba bayangkan bagaimana dan mengapa komunikasi berlaku.UNIT 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI berkomunikasi menerusi e-mel) dan lain-lain. seorang ahli perniagaan dapat memperluaskan peluang perniagaan ke luar negara. di sekolah (mengajar dan belajar) mahupun di rumah (chatting dalam ruang siber). OUM 25 . Apabila ilmu komunikasi dipelajari sebagai satu bidang pengajian atau disiplin. pakar-pakar dan para pengkaji komunikasi sering menganggap bahawa komunikasi mempunyai fungsi yang berbeza. menggambarkan sebab mengapa komunikasi berlaku. Mesyuarat sesebuah perniagaan boleh dijalankan menerusi “telesidang”. Kemajuan teknologi komunikasi maklumat juga membolehkan komunikasi dijalankan dengan lebih cepat dan pantas membentuk jaringan elektronik. Seorang tua duduk bermenungan di tepi tasik. seorang ibu dan anak dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Jalinan komunikasi antara insan juga memberikan ruang untuk kita mengenali diri sendiri dengan lebih baik. dalam diri sendiri atau di kalangan kumpulan tertentu. Dalam setiap keadaan yang digambarkan tadi. Seseorang guru berkomunikasi secara bersemuka dengan sekumpulan murid di sekolah. Sekumpulan pelajar boleh berkomunikasi dengan gurunya. Kepentingan berkomunikasi antara seorang pengurus yang beroperasi dari jarak jauh memerlukan kaedah berkomunikasi menerusi e-mel dengan rakan perniagaannya di sebuah negara yang lain. Kesemua yang berlaku. Rajah 1.

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 Di antara fungsi-fungsi komunikasi yang utama ialah: Rajah 1. contohnya: papan tanda seperti “Dilarang Merokok”. Seorang yang sedang dalam perjalanan pulang dari kerja akan berpeluang membuat keputusan untuk mengelak dari terperangkap dalam kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur. Ini kemudiannya akan mendorong seseorang membuat keputusan tentang sesuatu isu dan akan memungkinkan tindakan diambil. Sesungguhnya. Terdapat banyak contoh komunikasi yang menjalankan fungsi memberitahu. Berita yang disiarkan di akhbar. Setiap orang memerlukan maklumat dalam menguruskan kehidupan sehari-hari. Namun. Berdasarkan huraian tadi. Fungsi ini boleh dikatakan antara fungsi komunikasi yang sering digunakan dalam kehidupan manusia. Anda pasti selalu mendengar pesanan-pesanan penyampai dalam rancangan-rancangan di radio yang memberitahu tentang keadaan jalan raya di bandaraya. Jika ianya tidak difahami maka ia bukanlah komunikasi yang berkesan. komunikasi juga memainkan peranan penting dalam proses mendapatkan maklumat. Fungsi memberitahu ini menumpukan perhatian kepada penyampai atau sumber maklumat. 26 OUM . Maklumat penting kerana ia akan membuatkan seseorang itu berfikir.4. Melaui proses komunikasi. “berhati-hati di jalan raya” dan sebagainya. Fungsi ini bertujuan memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain. Tanpa maklumat maka sukarlah untuk seseorang membuat keputusan.1 Fungsi Memberitahu Pada hari ini sumber maklumat dengan mudah dapat diperolehi menerusi Internet yang juga bertujuan memberitahu. Penyampaian mesej bertujuan memberitahu. “Sila beratur”. maklumat disebarkan secara berterusan dan dikongsi bersama oleh penyampai dan penerima untuk membentuk persefahaman. maklumat adalah sesuatu yang amat penting dalam memperolehi ilmu dalam kehidupan kita.20: Fungsi-fungsi komunikasi 1. kita harus memastikan bahawa maklumat yang disampaikan perlu difahami oleh penerima. radio dan televisyen bertujuan memberitahu khalayak tentang perkembangan semasa. “Ikut kiri”.

Dalam konteks ini tujuan komunikasi adalah memindahkan ilmu kepada penerima walaupun keberkesanannya masih boleh dipersoalkan. Begitu juga dengan klip-klip “Teleinfo” yang membekalkan penonton dengan berbagai maklumat.2 Fungsi Mendidik Komunikasi juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan bahan pelajaran. Kebanyakan rancangan yang berunsur mendidik. Fungsi ini berbeza dengan dua fungsi komunikasi yang telah kita bincangkan tadi. Selain itu juga. ilmu yang diperolehi akan membantu seseorang berfikir secara kritikal atau memahami sebab-sebab berlakunya sesuatu perkara yang kompleks di sekeliling mereka. TVIQ dan “Art Attack” di ASTRO. jelas menjalankan fungsi mendidik untuk setiap lapisan masyarakat. Rancangan berbentuk mendidik dapat memperluaskan pengetahuan. Fungsi membujuk bertujuan mengubah sikap dan tingkah laku seseorang sepertimana yang dikehendaki. Interaksi antara guru dan pelajar merupakan proses komunikasi. Namun. 1.4. kadangkala bertindan dengan fungsi memberitahu dan berhibur. kita bukan sahaja belajar daripada pengalaman peribadi sahaja tetapi kita juga belajar daripada pengalaman orang lain. pembujukan bukanlah bermakna bahawa dengan OUM 27 .21: Komunikasi berfungsi memberitahu 1. umpamanya. Misalnya. Rancangan “Discovery Science”. seorang pelajar yang rajin membuat rujukan lazimnya mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Dalam kehidupan manusia. Pelajar pula mestilah memberikan kepercayaan kepada pengajar serta rela dan sanggup menerima ilmu. Rancangan-rancangan yang berbentuk pendidikan banyak disiarkan di televisyen. Pendidik menjadi aktor utama menyumbangkan ilmu yang diberikan.4.3 Fungsi Membujuk Komunikasi juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam proses pembujukan. Fungsi mendidik ini memperlihatkan kepentingan sumber dan penerima maklumat untuk memastikan fungsi tersebut berjaya dilaksanakan.UNIT 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI Rajah 1. Pendidikan/pembelajaran berlaku dari tahap kanak-kanak sehinggalah seseorang itu dewasa.

mesej sebenar yang ingin disampaikan adalah supaya pembeli membeli produk tetapi mainan emosi dijadikan modal pembujukan dalam mesej komunikasi dalam iklan ini. Untuk kelihatan menawan. zaman persekolahan atau mengenang semula kenangan manis pada zaman remaja. 28 OUM . komunikasi juga digunakan untuk menawan hati dan fikiran orang ramai. Majalah-majalah hiburan ramai pembacanya.4. rancangan hiburan. Seseorang akan berasa terhibur bila saling bercerita tentang zaman kanak-kanak.PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 menggunakan komunikasi kita dapat dengan mudah memujuk orang lain ataupun orang ramai. Oleh kerana hiburan merupakan fungsi komunikasi yang paling popular dan diperlukan oleh orang ramai. Adakala maklumat sengaja ditambah-tambah bagi mencapai tujuan tersebut. Mesej iklan ialah jika dia menggunakan ubat pencuci muka baru itu maka kulitnya akan kelihatan cantik dan nampak menawan. kartun merupakan contoh-contoh bagaimana komunikasi digunakan untuk menghibur. kita akan dapati tidak semua orang boleh memujuk atau dipujuk untuk mengubah sikap mereka. Dalam contoh iklan ini. iklan pencuci muka menggunakan seorang bintang filem wanita yang diminati ramai. sketsa. Kebanyakan contoh pembujukan ini dapat kita lihat melalui iklaniklan dan klip-klip video yang disebarkan di media. apabila seseorang itu dapat menghilangkan perasaan duka bolehlah dikatakan bahawa fungsi menghibur itu telah tercapai. Drama komedi tempatan dan juga dari luar negara berjaya menawan hati penonton televisyen. Wayang gambar. Pada umumnya keberkesanan fungsi ini boleh diketahui melalui reaksi seseorang apabila berkomunikasi. Jika dirujuk buku-buku yang ditulis dalam bidang psikologi sosial. drama. maka terdapat usaha untuk menerapkan unsur pendidikan.4 Fungsi Menghibur Fungsi komunikasi yang menghibur merupakan perkara yang paling mudah dilihat dalam kehidupan seharian. Oleh kerana fungsi hiburan itu amat digemari oleh orang ramai. Pendek kata. Tujuan utama iklan adalah untuk mempengaruhi kita membeli barang-barang yang diiklankan. lawak jenaka. Selain daripada memberitahu. Contohnya. Berbual-bual dengan rakan-rakan juga merupakan satu hiburan. Radio pula menyiarkan lagu-lagu kegemaran menghiburkan pendengarnya. Apakah simbol-simbol di sekeliling anda yang berfungsi menyampaikan mesej pembujukan kepada khalayak? 1. Masyarakat sebelum wujud televisyen dan radio berhibur dengan mendengar ceritacerita penglipurlara atau pun dengan menonton wayang kulit. dan pembujukan melalui hiburan. emosi memainkan peranan penting. Pembujukan bukan hanya menyebarkan maklumat tetapi mestilah dapat menembusi dan menawan perasaan serta emosi khalayak sasaran mereka. Anda pasti selalu melihat iklan di akhbar dan televisyen serta mendengarnya melalui radio. penerangan. maka rancangan-rancangan berbentuk hiburan amat diminati ramai. komik.

timbul beberapa konsep baru dalam fungsi komunikasi seperti edutainment (gabungan education dan entertainment) dan infotainment (gabungan information dan entertainment) Televisyen banyak menyiarkan rancangan yang menggabungkan peranan menghibur dengan membujuk.UNIT 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI Oleh yang demikian. Kesemua bentuk hubungan ini mempengaruhi tindakan komunikasi antara insan. Sila rujuk buku oleh Hashim Fauzy Yaacob. anggota keluarga. Dalam keadaan sebenar. OUM 29 . Rancangan kanak-kanak pula banyak menyelitkan kedua-dua konsep edutainment dan infotainment. Senaraikan rancangan televisyen yang menyalurkan mesej menerusi kedua-dua konsep edutainment dan infotainment.4. teman sepejabat. rakan sekerja dan juga komuniti tertentu. Contohnya. 1. Skudai: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Menerusi komunikasi. Misalnya. Fungsi mensosialisasikan masyarakat melibatkan kemampuan individu mengadaptasi diri dalam pelbagai konteks komunikasi. Bagaimana seseorang itu menyesuaikan diri dengan rakan. ibu bapa akan mengajar anak-anak bagaimana cara menghormati golongan tua. melalui drama diselitkan unsur-unsur perpaduan antara kaum dan semangat patriotik dalam lagu-lagu seperti Jalur Gemilang. sesuatu proses komunikasi itu tidaklah hanya tertumpu kepada satu fungsi sahaja. Proses ini bertujuan membentuk tingkah laku yang sesuai sebagai salah seorang ahli masyarakat. komuniti tertentu melibatkan komunikasi. Komunikasi Antara Manusia. kumpulan kecil. kumpulan sosial. kepercayaan dan norma-norma masyarakat.5 Mensosialisasikan Masyarakat Fungsi ini melibatkan kebolehan membimbing ahli masyarakat dalam menggunakan kaedah ataupun tingkahlaku yang bersesuaian dalam kehidupan bermasyarakat. (2001). individu membentuk hubungan dengan sahabat. Di sini kita akan lihat pertindihan antara fungsi pembelajaran atau pendidikan yang telah kita bicarakan sebelum ini. Dalam proses sosialisasi ahli-ahli masyarakat saling belajar dan mengamalkan aspekaspek seperti kemahiran. Keranamu Malaysia dan Malaysia Tanah Airku.

2. kita telah membincangkan takrifan komunikasi dari pelbagai perspektif. “ Dalam situasi komunikasi yang ideal. Proses perkongsian makna itu pula tidak berlaku sehala. penggunaan sesuatu takrifan itu perlulah dilihat dari perspektif dan konteks komunikasi. komunikasi yang baik haruslah berupaya dan bersedia untuk mengenal pasti gabungan fungsi komunikasi yang mana satukah yang akan membawa kejayaan dalam perancangan strategi komunikasi yang akan dilaksanakan. pengetahuan. kita tidak mampu mencari satu takrifan komunikasi yang mempunyai ciri-ciri sepunya atau satu takrifan yang dianggap tepat dan terbaik.PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI KONSEP ASAS KOMUNIKASI UNIT 1 BAB 1 Latihan 1. Dalam masa yang sama. perasaan dan makna yang ingin dikongsi.” Berikan pandangan anda terhadap kenyataan tersebut. Setiap satu pengertian melambangkan perspektif komunikasi yang berbeza antara satu sama lain. Justeru itu. (b) Implikasi budaya terhadap komunikasi RUMUSAN Di dalam bab 1 ini. Komunikasi yang terbentuk melibatkan idea. mesej diterima dan difahami seperti mana yang dirancangkan. Oleh yang demikian.2 1. 30 OUM . timbul percanggahan terhadap mesej yang disampaikan. Dalam kebanyakan situasi komunikasi berlakunya perkongsian yang bertimbal balik sama ada secara terang-terangan atau tersirat menerusi simbol-simbol yang membawa pelbagai interpretasi. Tiada satu definisi yang paling tepat untuk memberikan maksud yang khusus atau menyeluruh kepada makna komunikasi yang sebenarnya. Lazimnya sesuatu proses komunikasi itu akan melibatkan beberapa fungsi komunikasi yang saling digabungkan untuk menghasilkan kesan komunikasi yang lebih besar. Jika bijak mengadaptasi diri dalam pelbagai konteks komunikasi akan membentuk iklim komunikasi yang harmonis dan berkesan. wujud elemen-elemen gangguan yang memberi impak kepada keberkesanan komunikasi. Huraikan tajuk-tajuk berikut: (a) Komunikasi sebagai satu proses. Apa yang jelas. Namun apabila mesej tidak dikomunikasikan seperti mana yang dijangkakan.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.