You are on page 1of 6

UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN


BAHASA
DIPLOMA PENDIDIKAN (PRA SEKOLAH)
MUZIK DAN PERGERAKAN KREATIF PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

ETD 2232

TARIAN ZAPIN JOHOR

OLEH:NAZRATUL ADAWIYAH BINTI ABDULLAH

NO.MATRIK:3081014371

NAMA PENSYARAH:EN.HASANOL ISYRAF

PENGENALAN

ASAL-USUL TARIAN ZAPIN


Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional.Tarian Zapin ini
dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga
tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan dan enam puluhan. Zapin Johor dikenali
dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan
perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realitinya kedua-dua genre zapin itu berasal
daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut. Mengikut sejarah tarian
Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari
Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor
menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-
16.

Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat
pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam

Tarian Zapin (Jawi:‫ )زافين‬merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini
diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular
luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, kepulauan
Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti
di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi
bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya
mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:

 Tarian Zapin Arab


 Tarian Zapin Johor

 Tarian Zapin Lenga

 Tarian Zapin Pekan

 Tarian Zapin Tenglu

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara
peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan
marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan
salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan
dengan gesekan biola.

Di Johor, Malaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam dan
berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular mahupun pada sambutan hari-
hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin
Melayu Johor walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara
selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan
keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.

Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa
persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan sesama
mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara
simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha
individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan mahupun antara
kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka keunikan dan keistimewaan tarian Zapin
Johor amat terserlah.

Pada setiap kali kita menyebut tentang kebudayaan tarian negeri Johor, ingatan tidak akan pernah
terlepas untuk membayangkan Zapin Johor sebagai suatu warisan budaya paling terkenal di
negeri ini. Zapin yang semakin dimartabatkan dan diperkembangkan kini terus dikenali di
seluruh tanahair, bahkan hingga ke peringkat antarabangsa.

Negeri Johor adalah negeri yang masih mempertahankan genre zapin tradisional yang dinamik
dan anggun. Zapin dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Namun
kedua-duanya adalah berasal daripada kesenian Arab yang datangnya dari Hadramaut.

Tarian Zapin kini menjadi mekanisme yang memeriahkan suasana pelancongan, temasya,
pertandingan dan majlis-majlis rasmi di sekitar negeri Johor. Tarian Zapin disertai oleh setiap
golongan termasuk generasi muda dan kanak-kanak sebagai generasi pewaris budaya. Ini
menjadikan Zapin lebih terserlah sebagai identiti kebudayaan terkenal di Johor.
Apa yang menarik adalah, Zapin Johor terbukti berupaya mewujudkan rasa keharmonian di
antara penari, pemuzik dan penonton.Kebudayaan ini adalah simbolik dengan dasar
pembangunan menyeluruh negeri Johor yang menitik beratkan pelbagai aspek pembangunan
fizikal dan mental.

SEJARAH TARIAN ZAPIN

Zapin Pekajang yang berasal dari Kampung Pekajang, Gelang Patah Johor Bahru diasaskan oleh
Allahyarham Abd Rashid bin Riona yang telah diturunkan kepada tiga orang anaknya iaitu
Allahyarham Mohd Zafin bin Abd Rashid, En. Yaakob bin Abd Rasbid dan Allahyarham En. Ali
bin Abd Rasbid. Sebelum meninggal dunia En. Mobd Zafin Abd Rasbid telah mengabadikan
Zapin Pekajang kepada enam orang anaknya iaitu Hamzah bin Mobd Zafin, Zulkifli bin Mobd
Zafin, Zainal Abidin bin Mobd Zafin, Shamsil Bahrin bin Mobd Zafin, Shamsul Kahar bin Mobd
Zafin dan Norzahid bin Mobd Zafin.

Kelima-lima orang anak Allahyarham Mobd Zafin masib giat berzapin terutamanya di majlis-
majlis keramaian yang diadakan di sekitar Kampung Pekajang. Salah seorang daripada anak
Allahyarbam, iaitu Zainal Abidin bin Mobd Zafin berupaya untuk terus menyalakan dan
mencerahkan tari Zapin Pekajang ini melalui Yayasan Warisan Johor. Ini kerana Zainal Abidin
kini bertugas sebagai salah seorang kakitangan di Yayasan Warisan Johor.

Menurut En. Zainal, Zapin Pekajang yang mengandungi 13 ragam ini kebiasaannya ditarikan di
hadapan pasangan pengantin pada malam berinai. Penari-penari zapin ini memegang bunga telur
di tangan kanan sambil tangan kiri menyingsing kain samping. Zapin Pekajang ini ditarikan
hanya oleh penari lelaki sahaja kerana pergerakan tarian ini agak gagah dan bertenaga. Menurut
beliau lagi, Zapin Pekajang ada kemungkinannya juga dibawa dari Kepulauan Riau sekitar tahun
20-an dan diolah semula oleh Allahyarham Abd. Rashid kerana pada ketika itu nendanya sering
berulang-alik ke Kepulauan Riau untuk mengunjungi keluarga mereka yang masih berada di
sekitar Kepulauan Riau.

Sebagai pendukung seni dan muzik di Yayasan Warisan Johor, En. Zainal Abidin yang
dilahirkan pada 13 Disember 1956 seakan-akan mengambil alih peranan mengembangkan Zapin
Pekajang ini kepada umum melalui Yayasan Warisan Johor. Justeru, beliau telah menjadi tenaga
pengajar Zapin Pekajang kepada Artis Budaya Yayasan Warisan Johor. Selain itu beliau juga
telah memperkembangkan zapin ini kepada anak-anaknya dan kepada para belia di Kampung
Pekajang dan sekitar

ZAPIN DI BRUNEI

Manakala di Brunei, tarian Zapin pelbagai juga jenis dan ragamnya seperti rentak dan geraknya.
Mengikut dari segi sebutan dialek orang Brunei, zapin lebih dikenali dengan panggilan "Jipin".
Jika di Brunei, di antara zapin yang cukup digemari adalah:

 Zapin Laila Sembah (Jipin Laila Sembah)


 Zapin Tar (Jipin Tar)

Dan mengikut dari segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia dipercayai pengaruh dari budayanya
yang begitu sinonim dengan kedatangan pedagang bangsa Arab kepulauan Borneo yang
tertumpu di Brunei. Tiada bukti sahih menceritakan, akan tetapi kedatangan pedagang Arab
mampu mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di mana Sultan Sharif Ali, sultan Brunei
ketiga juga merupakan berbangsa Arab dari Taif. Zapin berasal dari segi bahasa arab iaitu "Zafn"
yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut rentak pukulan. Tarian ini juga kadang-kadang
ditarikan secara berlagu atau berzikir atau di Brunei iaitu berdikir atau berselawat ke atas Nabi.
Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin ialah gambus,
rebana, gendang tabur dan tar.

FUNGSI TARIAN ZAPIN

Pada zaman dahulu fungsi tarian zapin hanyalah untuk menghiburkan para golongan raja
sahaja.Tetapi sekarang fungus tarian zapin untuk mempererat tali silatulrahim dan
persaudaraan.Tarian zapin banyak disukai oleh golongan muda-mudi kerana dapat
mengespresikan diri disamping tari zapin berfungsi sebagai media cari jodoh.

Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa
persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan di kalangan
mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara
simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha
individu disamping meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam kumpulan mahupun
antara kumpulan, Ditinjau dari perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor
terserlah

Contoh Tarian Zapin

You might also like