You are on page 1of 8

PERAKAUNAN DAN SIMPAN KIRA.

CIRI-CIRI SIMPAN KIRA PERAKAUNAN

Takrif Proses mengenal pasti dan merekod Proses mengenal pasti, merekod,
urus niaga perniagaan secara teratur mentafsir, menganalisis, melaporkan
dan tepat mengikut sistem catatan maklumat kewangan dan merancang
bergu. serta mengawal kegiatan perniagaan.

a. Bukti urus niaga berlaku a. Mengumpulkan maklumat berdasarkan


Tujuan b. Mengumpul maklumat etika yang ditetapkan.
c. Membuat keputusan dan b. Menganalisis dan mentafsir maklumat.
perancangan c. Menyediakan laporan kewangan bagi
d. Mencatat urus niaga membantu membuat keputusan.
e. Mencatat nama penghutang,
pemiutang dan nilai hutang

Subbidang Perakaunan

a) Perakaunan Kewangan – suatu proses perakaunan yg berkaitan dgn keputusan perniagaan seperti
untung atau rugi dalam suatu tempoh perakaunan. Sebagai rujukan kpd
pengguna luar untuk membuat keputusan.

b) Perakaunan Pengurusan – melibatkan proses perancangan, kawalan, membuat keputusan dan


pengurusan syarikat. Menyediakan maklumat kpd pengguna
dalaman.

c) Audit – aktiviti-aktiviti pemeriksaan dokumen-dokumen perniagaan bagi pengesahan urus


niaga yg benar-benar berlaku. Untuk memastikan rekod perakaunan mengikut piawaian
dan peraturan perakaunan yg diterima umum.

d) Percukaian – meliputi nasihat percukaian, perancangan cukai dan penyediaan penyata cukai.

e) Sistem Maklumat Perakaunan – suatu rangkaian prosedur yg berhubungan antara satu maklumat
perakaunan dgn maklumat perakaunan yg lain. Berperanan
dalam pemprosesan data-data perakaunan.
BADAN-BADAN PERAKAUNAN DI MALAYSIA

a) Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard Board) –


MASB
 Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1977
 Lembaga ini mempunyai kuasa tersendiri untuk memaju dan menerbitkan piawaian
perakaunan dan laporan kewangan di Malaysia.
 Fungsi dan kuasa MASB;
 Menerbit piawaian perakaunan baru
 Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada
 Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan
 Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam

b) Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Institute of Certified Publics


Accountants) – MICPA
 Ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah Akta Syarikat 1965.
 Bertujuan untuk memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi
latihan dan peperiksaan.
 Untuk menjadi ahli MICPA;
1. Lulus semua bahagian peperiksaan yang dikendalikan.
2. mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun.

c) Institut Akauntan Malaysia (Malaysia Institute of Accountants) – MIA


 Ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta Akauntan 1967.
 Bertujuan untuk memperkembangkan profesion di Malaysia dan bertindak sebagai
pendaftar akauntan.
 Ahli-ahli MIA digelar akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) dan akauntan
berlesen (LA).
 Fungsi dan kuasa MIA;
 Menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi ahli.
 Memberikan latihan,pelajaran, dan peperiksaan melalui institut atau badan lain.
 Mengenakan peraturan terhadap amalan profesion perakaunan di Malaysia.
 Mempromosikan profesionalisme profesion perakaunan di Malaysia.
d) Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)
 Ditubuhkan pada tahun 1986.
 Merupakan badan perakaunan professional yg mendapat pengiktirafan Negara-negara
Komanwel.
 Bertujuan melahirkan akautan professional yg mahir mengurus dan mentadbir
perniagaan.

e) The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).


 Ditubuhkan pada tahun 1996
 Memberikan pendedahan tentang peraturan serta undang-undang yg beraitan dgn amalan
perakaunan, kod amalan perakaunan dan etika profesion akautan.
 Menekankan peranan penting akautan sbg pakar runding.
CIRI KUALITATIF PENYATA KEWANGAN

KEBOLEHFAHAMAN

- maklumat dalam penyata kewangan boleh difahami oleh pengguna


penyata kewangan.

RELEVAN

- keupayaan penyata kewangan dalam mempengaruhi keputusan yg


diambil oleh pengguna penyata kewangan.

KEBOLEHPERCAYAAN

- Penyata kewangan yg bebasdrp sebarang kesalahan nyata, fakta


didedahlan dgn bukti dan tidak bersifat berat sebelah.

KEBOLEHBANDINGAN

- Penyata kewangan mesti dapat dibandingkanmengikut jangka masa


untuk mengenal pasti kedudukan kewangan dan pencapaian syarikat.

KETEPATAN MASA

- sesuatu maklumat dapat diperolehi semasa maklumat tersbut


diperlukan. Maklumat yang lewat diperolehi tidak dapat digunakan
sebagai asas dan rujukan semasa membuat keputusan.
KITARAN PERAKAUNAN

- Merupakan urutan tatacara perakaunan yg berlaku dalam suatu tempoh perakaunan, mulai, drp
mengelaskan, merekodkan dan meringkaskan maklumat perakaunan.

1. Dokumen Sumber 2. Buku Catatan Pertama 3. Pengeposan ke Lejar

6. Penyediaan Imbangan 4. Penyediaan Imbangan


5. Pelarasan Duga

Duga Telaras

7. Penyediaan Penyata
8. Catatan Penutup
Kewangan
KLASIFIKASI AKAUN: Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja, dan Akaun Kontra

ASET  Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk
menjalankan aktiviti perniagaan.

ASET SEMASA ASET BUKAN SEMASA

Harta yang senang berubah bentuk dan Digunakan untuk menjalankan


nilai dalam satu tempoh perakaunan. perniagaan dan bukan untuk tujuan
Aset yang boleh bertukar menjadi jualan semula.
wang tunai dalam tempoh yang cepat
Aset yang tahan lama dan kekal untuk
atau digunakan dalam satu tempoh
beberapa tempoh perakaunan.
perakaunan.
Contoh – mesin, kenderaan, premis,
Contoh – tunai, stok akhir, penghutang,
lekapan dan lengkapan, perabot, alatan
hasil belum diterima, belanja terdahulu.
pejabat

 Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu


LIABILITI
dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.

LIABILITI SEMASA LIABILITI BUKAN SEMASA

Tanggungan hutang yang boleh Tanggungan hutang yang perlu dibayar


dijelaskan dalam jangka masa pendek balik dalam tempoh masa yang lebih

iaitu dalam satu tempoh perakaunan atau panjang iaitu lebih daripada satu tahun.
setahun.
Contoh – pinjaman bank, gadai janji
Contoh – pemiutang, overdraf bank,

belanja terakru, hasil terdahulu.


EKUITI PEMILIK

Pelaburan pemilik dalam perniagaan.

Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal


yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan untung
yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan.

Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik.

Kerugian akan mengurangkan ekuti pemilik.

Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.


Ekuiti Pemilik = Modal awal + Untung Bersih – Ambilan
@
Ekuiti pemilik = Modal awal – Rugi bersih - Ambilan

 Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh
HASIL
daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan.

HASIL KENDALIAN HASIL BUKAN KENDALIAN

Pendapatan yang diterima secara langsung Pendapatan yang diterima secara tidak
daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan. langsung / tiada berkaitan daripada aktiviti
utama sesuatu perniagaan.
Contoh; klinik, firma audit – hasil daripada
perkhidmatan yang diberi, kedai jam – hasil Contoh; sewa diterima, faedah atas simpanan
diperolehi daripada hasil jualan jam. bank, dividen pelaburan, untung pelupusan
aset bukan semasa
 Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan.
BELANJA
 Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil.

BELANJA KENDALIAN BELANJA BUKAN KENDALIAN

Belanja yang terlibat secara langsung Belanja yang tidak terlibat secara langsung
dalam operasi urus niaga harian. dalam operasi urus niaga harian.

Contoh; sewa kedai,gaji pekerja, Contoh; belanja faedah pinjaman bank, rugi
jualan aset bukan semasa, rugi daripada risiko
promosi, insurans, alat tulis dan
banjir, kerosakan, kecurian dan sebagainya
sebagainya.

AKAUN KONTRA  Akaun-akaun yg kesannya berlawanan dgn akaun induk.


 Untuk memperoleh nilai bersih bagi akau-akaun induk.

AKAUN KONTRA AKAUN INDUK KESAN KPD AKAUN INDUK


Akaun Pulangan Jualan Akaun Jualan Mengurangkan jumlah jualan
Akaun Diskaun Diberi Akaun Jualan Mengurangkan jumlah jualan
Akaun Pulangan Belian Akaun Belian Mengurangkan jumlah belian
Akaun Diskaun Diterima Akaun Belian Mengurangkan jumlah belian
Akaun Susut Nilai Terkumpul Akaun Aset Bukan Semasa Mengurangkan nilai aset bukan
semasa
Akaun Peruntukan Hutang Ragu Akaun Penghutang Mengurangkan nilai penghutang
Akaun Ambilan Akaun Modal Mengurangkan jumlah modal

You might also like