You are on page 1of 10

Larangan Melukis Gambar Makhluk Bernyawa

Berkenaan dengan larangan membuat atau menggantung (menayangkan) gambar-gambar


dari lukisan atau yang seumpamanya adalah dapat diperhatikan dengan baik daripada
banyak hadis-hadis Rasulullah shallahu 'alaihi wa sallam (s.a.w.) yang sahih. Berikut
dibawakan sebahagian daripadanya berserta beberapa fatwa ulama berkenaan dengannya.

Ancaman Kepada Pembuat/Pelukis Gambar:

Orang yang paling mendapat siksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar
(pelukis/pengukir). (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian (al-Libas), 5959.
Muslim dalam bab yang sama, 2109)

Daripada ‘Aun bin Abu Juhaifa, Ayahnya menyatakan, “Nabi melarang mengambil
duit jual beli anjing dan darah, melarang kerja-kerja membuat tatoo dan mentatoo
diri, melarang menerima atau memberi riba, dan juga mencela pembuat gambar”.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 299)

Daripada ‘Aisyah dia menjelaskan, “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila
Rasulullah melihat ia, dia berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku
menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak
disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan
Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa
dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat
duduk dan bersandar padanya”. Rasulullah berkata, “Pembuat gambar ini akan di-
azab pada hari kiamat.” Rasulullah menambah, “Malaikat (pembawa rahmat)
tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar”.” (Hadis
Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)

Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki
datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah
dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”.
Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu apa yang saya dengar dari
Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat gambar dia
akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya
dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki
itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas
berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar,
saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-
tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Aku mendengar Muhammad berkata, “Barang siapa


membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya
memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi
dia tidak akan mampu melakukannya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian
(7/72), no. 846)
Gambar Yang Dilarang Adalah Gambar Berupa Makhluk Bernyawa:

... Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat
gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok
(tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk
bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat
yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa
Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada
anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai
makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama
Nabi (5/59), no. 338)

Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa


Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar
yang berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan
(4/54), no. 448)

Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki Rumah Yang Mengandungi


(Menayangkan/Memaparkan) Gambar

Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa


Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar
yang berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan
(4/54), no. 448)

“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang
menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril)
memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di
dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” (Hadis
Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)

‘Aisyah menyatakan bahawa Jibril (‘alaihis salam) berjanji dengan Rasulullah


(s.a.w.) untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa
yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan
tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat
Jibril) memungkiri janji”. Kemudian nabi terlihat dan menemui anak anjing di
bawah katil dan berkata, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau
(‘Aisyah) menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi
mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun
datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya dan saya
menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan,
“Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk),
untuk kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau
gambar”.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di dalamnya
(lukisan) gambar Nabi Ibrahim dan Mariam. Kemudiannya beliau berkata, “Benda
apa ini? Bukankah mereka mengetahui bahawa malaikat tidak masuk rumah yang
di dalamnya mengandungi gambar; termasuklah gambar (nabi) Ibrahim ini. Dan
kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan meramal dengan anak panah?”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat
yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa
Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada
anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai
makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama
Nabi (5/59), no. 338)

Daripada Aisyah, Nabi menyatakan: “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk
ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar.” (Hadis Riwayat al-Bukhari,
Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)

Dalam hadis yang lain, patung/boneka juga menjadi faktor bahawa malaikat tidak
memasuki rumah,

Dari Abu Talha meriwayatkan, katanya, “Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) berkata:
“Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau patung”.”
(Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan, no. 5250)

Perkataan Para Ulama Berkenaan Gambar

Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Atsqalani mengatakan:

“Kata al-Khaththabi: dan gambar yang menghalangi masuknya malaikat ke dalam rumah
adalah gambar yang padanya terpenuhi hal-hal yang haram, yakni gambar-gambar berupa
makhluk yang bernyawa, yang tidak terpotong kepalanya atau tidak dihinakan. Dan
bahawasanya dosa tukang gambar itu besar kerana gambar-gambar itu ada yang di-
ibadahi selain ALLAH, selain itu gambar tersebut mudah menimbulkan fitnah (bahaya)
bagi yang memandangnya (gambar wanita, tokoh, ulama).” (Dinukil dari Majalah Salafy,
Edisi V/Zulhijjah/1416/1996. Judul asli - Fatwa Ulama tentang Hukum Gambar, oleh
Syaikh Abdullah Bin Abdul Aziz bin Baz, mufti Saudi Arabia)

Imam an-Nawawi mengatakan dalam kitabnya, Syarah Sahih Muslim:

“Sahabat kami dan para Ulama selain mereka mengatakan bahawa haramnya membuat
gambar haiwan adalah sekeras-keras pengharamaan. Ini termasuk dosa besar kerana
ancamannya juga amat besar, sama saja apakah ia dibuat untuk dihinakan atau tidak.
Bahkan membuatnya jelas sekali haram kerana meniru ciptaan ALLAH. Sama saja
apakah itu dilukis pada pakaian, permadani, mata wang, bejana, dinding atau lainnya.
Adapun menggambar pepohonan dan sesuatu yang tidak bernyawa, tidak mengapa. Inilah
hakikat hukum membuat gambar. Sedangkan gambar makhluk bernyawa, jika
digantung/ditampal di dinding, di serban dan tindakan yang tidak termasuk
menghinakannya, maka jelas hal itu terlarang. Sebaliknya bila dibentangkan dan dipijak
sebagai alas kaki atau sebagai sandaran (setelah dipotong kepalanya, ed.) maka tidaklah
haram dan tidak ada bezanya adakah gambar yang tersebut berjasad (mempunyai
bayangan atau 3 dimensi) atau tidak. Ini adalah kesimpulan mazhab kami dalam masalah
ini yang semakna dengan perkataan jumhur Ulama dari kalangan para Sahabat, Tabi’in,
dan orang yang sesudah mereka (Tabi’ut Tabi’in). Ini juga pendapat Imam ats-Tsauri,
Malik Bin Anas dan Abu Hanifah serta ulama lainnya.

Pertikaian Dan Pencerahan

Dari Aisyah Radiyallahu ‘anha (r.anha) ia berkata:

“Saya biasa bermain boneka (anak patung) di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wasalam
dan saya mempunyai beberapa orang teman yang bermain bersama saya. Maka
jika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam masuk, mereka menutupinya dari
beliau lalu berjalan sembunyi-sembunyi dan bermain bersama saya.” (Hadis
Riwayat al-Bukhari Kitab al-Adab Bab al-Inbisaath ilaa an-Naas, Fath 10/526 dan
Muslim kitab Fadhail ash-Shahabah Bab fii Fadhail Aisyah, an-Nawawi, 15/203 dan 204)

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari tentang hadis ini, “Hadis ini dijadikan
dalil bolehnya boneka dan mainan untuk bermain (mendidik) anak perempuan, dan
sebagai pengkhususan dari keumuman larangan mengambil gambar. Iyadl juga
menetapkan yang demikian dan ia menukil dari jumhur, bahawasanya mereka
membolehkan boneka atau mainan ini untuk melatih dan mendidik anak-anak perempuan
agar mengenal bagaimana mengatur rumah-tangga dan merawat anak-anak nantinya. Dan
sebahagian ulama menyatakan hadis ini telah mansukh (telah dibatalkan). Ibnu Bathal
cenderung pada pendapat ini dan ia menceritakan dari Abi Zaid dari Malik. Tetapi dari
sini pula ad-Daudy merajihkan bahawa hadis Aisyah (di atas) mansukh. Sedang Ibnu
Hibban dan Nasa’i membolehkan namun tidak membatasi untuk anak-anak kecil
walaupun padanya ada perbincangan.

Al-Baihaqi mengatakan setelah mentakhrij hadis-hadis tersebut: Telah tsabit (tetap)


larangan tentang mengambil gambar. Maka kemungkinan rukhsah bagi Aisyah terjadi
sebelum datangnya pengharaman. Ibnul Jauzi menetapkan yang demikian juga, sehingga
beliau berkata: “Dan Abu Dawud dan an-Nasa’i dari sisi lain dari Aisyah (ia berkata):
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam datang dari perang Tabuk (Khaibar) {lalu
menyebut hadis beliau mengoyakkan tirai yang tergantung di pintunya} Kemudian
Aisyah melanjutkan, lalu beliau menyingkap sisi tirai di atas mainan Aisyah dan
Beliau bersabda: “Apa ini hai Aisyah?”. Saya menjawab:”Boneka perempuan
saya”. Beliau melihat kuda-kudaan bersayap yang dalam keadaan terikat, lalu
bersabda: “Apakah ini?” Saya katakan: “Kuda bersayap dua. Tidakkah Anda
mendengar bahawa Sulaiman 'alaihis salam mempunyai kuda yang bersayap?
Beliau pun tertawa.”.

Al-Khathabi berkata: Dalam hadis ini menunjukkan mainan untuk anak-anak perempuan
tidaklah seperti semua gambar yang datang ancaman, hanya saja beliau memberikan
keringanan bagi Aisyah kerana pada waktu itu Aisyah belum dewasa.”

Al-Hafiz berkata: Penetapan dengan dalil ini ada perbincangan, akan tetapi
kemungkinannya adalah kerana Aisyah waktu peristiwa perang Khaibar berusia 14 tahun
dan waktu peristiwa perang Tabuk sudah baligh. Dengan demikian, ini menguatkan
riwayat yang mengatakan hal itu terjadi pada peristiwa Khaibar dan mengumpulkannya
dengan pendapat al-Khathabi.

Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Bazz, “Oleh kerana itu, jika hal ini telah difahami, maka
meninggalkan gambar-gambar (boneka) itu adalah lebih selamat kerana padanya ada
perkara yang meragukan. Mungkin penetapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam
bagi Aisyah itu sebelum munculnya perintah beliau untuk menghapus gambar-gambar.
Dengan begitu hadis Aisyah ini menjadi mansukh dengan datangnya larangan dan
perintah penghapusan gambar itu, kecuali yang terpotong kepalanya atau dihinakan,
sebagaimana mazhab al-Baihaqi, Ibnul Jauzi dan Ibnu Bathal. Dan mungkin juga ini
dikhususkan dari pelarangan itu (sebagaimana pendapat jumhur) untuk kemaslahatan
pendidikan. Ini kerana permainan itu merupakan bentuk penghinaan atas gambar
(boneka). Jadi, dengan kemungkinan ini maka lebih baik untuk meninggalkannya,
sebagaimana pengamalan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam dari al-Hasan bin
Ali bin Abu Thalib Radiyallahu ‘anhu (r.a):

”Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada yang tidak meragukanmu.” (Hadis


Riwayat Ahmad, 1/200. Disahihkan oleh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap
Musnad, 3/169. ath-Thayalisi, m.s. 163, no. 1178 dan al-Albani mensahihkannya dalam
Jamius Shaghir, no. 3372 dan 3373)

Demikian juga dalam hadis berikut ini dari Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhu secara
marfu’,

“Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya ada
perkara-perkara syubhat yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka
siapa yang menjaga diri dari syubhat, maka dia telah membersihkan Dien (agama)
dan kehormatannya. Dan barang siapa yang jatuh kepada yang haram, seperti
penggembala sedang menggembalakan ternaknya di sekitar tempat yang di pagar
(terlarang), hampir-hampir ia terjatuh padanya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)

Fatwa-fatwa Ulama Masa Ini

Fatwa Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin:

1 - Pertanyaan:
Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin ditanya,
“Apa hukum mengenakan pakaian yang mengandungi gambar?”

Jawaban:

Seseorang dilarang untuk mengenakan pakaian yang bergambar haiwan atau manusia,
dan juga dilarang untuk mengenakan serban serta jubah atau yang menyerupai itu yang di
dalamnya terdapat gambar haiwan atau manusia atau makhluk bernyawa lainnya. Kerana
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menegaskan hal itu dengan sabdanya,

”Malaikat enggan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat lukisan.”

Maka dari itu hendaklah seseorang tidak menyimpan atau memiliki gambar berupa foto-
foto yang oleh sebahagian pihak dianggap sebagai album kenangan, maka wajib baginya
untuk menanggalkan foto-foto tersebut, sama ada yang digantungkan di dinding, ataupun
yang disimpan dalam album dan seumpamanya. Kerana keberadaan benda-benda tersebut
menyebabkan malaikat enggan memasuki rumah mereka. Hadis yang menunjukkan hal
itu adalah hadis yang sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Wallahu a’lam.
(Rujuk: Ibn Utsaimin, al-Majmu ‘ats-Tsamin, hal. 199)

2 - Pertanyaan:
Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin ditanya,
“Dengan segala hormatnya saya memohon penjelasan anda tentang hukum membuat
gambar, sama ada dengan menggunakan tangan (melukis) atau dengan alat pembuat
gambar (kamera), apa hukum menggantung gambar di atas dinding, dan apa hukum
memiliki gambar hanya sekadar dijadikan sebagai kenangan?”

Jawaban:

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam disampaikan kepada
junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam serta para
sahabatnya.Melukis dengan tangan adalah perbuatan yang diharamkan, bahkan melukis
adalah termasuk salah satu dosa besar, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam
melaknat para pembuat gambar (pelukis), sedangkan laknat tidak akan ditunjukan kecuali
terhadap suatu dosa besar, sama ada yang digambar untuk tujuan mengungkapkan
keindahan, atau yang dilukiskan (dijadikan gambar) sebagai model (bahan bantuan, ed.)
bagi para pelajar, atau untuk hal-hal lainnya, maka hal itu adalah haram.

Tetapi bila seseorang melukiskan (menjadikan gambar) dari bahagian tubuh, seperti
tangan saja, maka hal itu diperbolehkan. Adapun mengambil gambar dengan
menggunakan alat fotografi, maka hal itu diperbolehkan kerana tidak termasuk pada
perbuatan melukis. Yang menjadi pertanyaan adalah: Apa maksud dari pengambilan
gambar tersebut? Jika pengambilan gambar (pemotretan) itu adalah yang dimaksudkan
agar dimiliki oleh seseorang meskipun hanya dijadikan sebagai kenangan, maka
pengambilan gambar tersebut hukumnya menjadi haram, hal itu dikeranakan segala
macam sarana bergantung dari tujuan untuk apa sarana tersebut dipergunakan, sedangkan
memiliki gambar hukumnya adalah haram. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam
telah menjelaskan bahawa malaikat enggan memasuki rumah yang ada gambar di
dalamnya, di mana hal itu menunjukkan kepada haramnya memiliki dan meletakkan
gambar di dalam rumah.

Adapun menggantungkan gambar atau foto di atas dinding adalah haram hukumnya
sehingga tidak diperbolehkan untuk menggantungnya meskipun sekadar untuk kenangan,
kerana malaikat enggan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar. (Rujukan:
Fatwa-Fatwa Sheikh Ibn Utsaimin yang beliau tanda tangani, disalin dari kitab al-Fatawa
asy-Syar’iyyah Fi al-Masa’il al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama al-Balad al-Haram, Edisi
Indonesia “Fatwa-Fatwa Terkini-3”, Penyusun Khalid al-Juraisy, Penerjemah Amir
Hamzah, Penerbit Darul Haq)

3 - Pertanyaan:
Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin ditanya,
“Apa hukum memakaikan baju pada anak-anak yang ada gambar bernyawa?”
Jawaban:

Ahlul Ilmi (para ulama) menetapkan hukumnya haram memakaikan pakaian pada anak
kecil yang dikenakan (dipakaikan) oleh orang dewasa. Pakaian yang bergambar hidup
haram dipakai orang dewasa, demikian juga hukumnya tidak boleh dipakaikan untuk
anak-anak. Dan memang demikian hukumnya. Sepatutnya kaum muslimin memboikot
model/fesyen pakaian yang seperti ini agar orang-orang yang berniat jahat dan rosak
tidak menyusup masuk kepada kita melalui sudut-sudut ini. Kalau benar-benar diboikot
maka mereka tidak akan menemukan saluran untuk memasuki ke negeri kita. (Majmu’
Fatawa wa Rasa’il, 3/158)

Fatwa Sheikh Abdul Aziz bin Bazz

1 – Pertanyaan:
Sheikh Abdul Aziz bin Baz ditanya,
“Apa hukum menggantung lukisan di rumah dan tempat-tempat lainnya”?
Jawaban:

Hukumnya adalah haram jika gambar tersebut adalah gambar makhluk bernyawa, sama
ada manusia atau selainnya... (Rujukan: Ibn Baz, Kitab ad-Da’wah, hal. 19-20. Disalin
dari buku al-Fatawa asy-Syar’iyyah fi al-Masa’il al-Ashriyyah min Fatawa Ulama al-
Balad al-Haram, Edisi Indonesia - Fatwa-Fatwa Terkini-3, Terbitan Darul Haq)

2 - Pertanyaan:
Sheikh Abdul Aziz bin Baz ditanya,
“Apa hukumnya menyimpan patung di rumah sekadar untuk hiasan dan bukan untuk
disembah?”

Jawaban:

Seorang muslim tidak diperbolehkan untuk menggantung gambar atau pun menghiasi
rumahnya dengan hai wan yang diawetkan, sama ada diletakkan di atas meja ataupun
kursi, hal itu disebabkan keumuman hadis dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
yang menjelaskan tentang haramnya menggantung gambar dan meletakkan patung di
dalam rumah atau tempat-tempat lainnya. Kerana benda-benda tersebut merupakan
sarana untuk berlaku syirik kepada Allah, dan dalam hal-hal yang demikian terdapat
penyerupaan terhadap makhluk ciptaan Allah dan perbuatan tersebut sama seperti
perbuatan menentang Allah.

Adapun perbuatan menyimpan haiwan yang diawetkan adalah perbuatan yang


merosakkan, padahal syari’at Islam yang sempurna diturunkan untuk membersihkan
segala macam perantara (tawassul) atau sarana yang dapat membawa kepada
kemusyrikan dan kesesatan. Hal yang demikian pernah terjadi pada kaum Nuh di mana
mereka melakukan kemusyrikan disebabkan lukisan yang menggambarkan lima orang
sholeh pada masa mereka. Kaum Nuh memasang/meletakkan lukisan tersebut di majlis-
majlis, sebagaimana yang Allah terangkan dalam al-Qur’an dengan firman-Nya,

”Dan mereka berkata, Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-


tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan
jangan pula suwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr’. Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan
kebanyakan (manusia).” (Surah Nuh: 23-24)

Maka, kita harus bersikap berhati-hati terhadap penyerupaan orang-orang dalam


perbuatan mereka yang mungkar yang dapat menjerumuskan kita kepada
kemusyrikan.Dalam sebuah hadis sahih dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam,
bahawa beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu.

“Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak
berbentuk, dan jangan pula meninggalkan kuburan yang menjulang tinggi (membukit)
kecuali engkau meratakannya.” (Hadis Riwayat Muslim dalam al-Jana’iz, no. 969)

Dalam hadis lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Orang yang paling mendapat siksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar
(pelukis).” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian, no. 5959. Muslim dalam bab
yang sama, 2109)

Banyak sekali hadis yang menerangkan tentang hal ini. Semoga Allah memberikan
petunjuk. ((Rujukan: Ibn Baz, Kitab Ad-Da’wah, hal. 18-19. Disalin dari buku al-Fatawa
asy-Syar’iyyah fi al-Masa’il al-Ashriyyah min Fatawa Ulama al-Balad al-Haram, Edisi
Indonesia - Fatwa-Fatwa Terkini-3, Terbitan Darul Haq)

Lain-lain Fatwa (Dipetik/diterjemahkan dari http://fatwa-online.com/)

1 - Pertanyaan:
“Apakah hukum mengambil gambar photografi untuk keperluan atau ditayangkan?”

Jawaban:

Mengambil atau membuat gambar yang berupa dari makhluk bernyawa (sama ada
manusia atau haiwan) adalah haram, kecuali bagi tujuan yang amat diperlukan/mendesak,
seperti untuk dokumen kerakyatan, passport, dan pengenalan identiti penjenayah bagi
tujuan menahan (menangkap/memberkas) dan sebarang apa yang seumpama dengan hal
tersebut yang mana sememangnya menuntut keperluan. (Fatwa oleh: Anggota Tetap
Penyelidikan Islam & Fatwa yang terdiri daripada, Sheikh 'Abdur-Razzaaq 'Afeefee,
Sheikh 'Abdullaah Ibn Ghudayyaan, Sheikh 'Abdullaah Ibn Munee', dan Majlis Fatwa al-
Lajnah ad-Daa’imah lil-Buhooth al-‘Ilmiyyah wal-Iftaa, Jil. 1, m/s. 660, Persoalan 3 dari
fatwa no. 260)

2 – Pertanyaan:
“Apakah hukumnya memiliki/membeli majalah yang mana di dalamnya mengandungi
gambar?”
Jawaban:

Memiliki/membeli majalah yang di dalamnya mengandungi gambar adalah dibenarkan


jika tujuannya adalah untuk manfaat dari kandungannya yang di sana mengandungi
maklumat berguna. Dan sewajarnya kepada mereka yang memiliki majalah tersebut
hendaklah menghapuskan gambar-gambar yang terdapat di dalamnya. Walau
bagaimanapun jika tujuan memiliki/membeli majalah tersebut adalah untuk memiliki
gambar-gambar yang terdapat di dalamnya, maka untuk itu adalah tidak dibenarkan.
(Fatwa oleh: Anggota Tetap Penyelidikan Islam & Fatwa yang terdiri daripada, Sheikh
Abdul Aziz bin Bazz, Sheikh 'Abdur-Razzaaq 'Afeefee, Sheikh 'Abdullaah Ibn
Ghudayyaan, Sheikh 'Abdullaah Ibn Munee', dan Majlis Fatwa al-Lajnah ad-Daa’imah
lil-Buhooth al-‘Ilmiyyah wal-Iftaa, Jil. 1, m/s. 691, Persoalan 2 dari fatwa no. 3079)
Posted by aizuddin at 11:58 AM

4 comments:

hamba Allah said...

Minta maaf jika sy salah bertanya, soalan saya:


kenapa dalam website ini sendiri mengandungi gambar kartun 'orang menunggang
unta', adakah itu dibolehkan?

October 05, 2009

Anonymous said...

Assalamualaikum W.B.T
Mengenai ulasan pertanyaan No 1 di atas rujukan Fatwa Sheikh Muhammad bin
Sholeh al-Utsaimin ada menerangkan bahawa gambar2 yg disimpan di dalam
album juga adalah tidak dibenarkan.Walaubagaimanapun menurut ulasan yg
dipetik dari www.islamgrid.gov.my menyatakan tidaklah menjadi kesalahan
perbuatan tersebut melainkan ia digantung di dinding atau ditayangkan.Di sini
saya insan yg cetek ilmu pengetahuan ini ingin bertanya kepada ustaz, adakah
boleh saya mengambil pendapat yg membolehkan gmbr2 yg disimpan di dalam
album itu dibenarkan?

October 13, 2009

aizuddin said...

Ulasan dari laman yang diberi tidak ditemui jadi tak dapat dibaca, tak dapatlah
kita memberi ulasan...

Dalil-dalil di atas adalah dipetik dari keputusan Majlis Fatwa al-Lajnah ad-
Daa’imah, Arab Saudi. Umat Islam di Malaysia hendaklah mematuhi apa jua
keputusan Majlis fatwa yang diputuskan oleh ulamak negara ini, namun tidaklah
kita berani menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dengan
dalil-dalil yang jelas dan sahih.

October 13, 2009

Khapeace Khalead said...

Bagaimana pula, gambar Ibu Bapa? adik beradik?

October 13, 2010

You might also like