You are on page 1of 2

Apakah yang anda faham tentang konsep ilmu mengikut pandangan Barat dan

Islam serta huraikan sumbangan tokoh-tokoh falsafah Yunani kepada tamadun


dunia? (25M)

Pengenalan [3 M]
1. Intelektual bermaksud daya akal dan intelek yang mencakupi bidang ilmu, definisi
ilmu, kategori ilmu , kaedah ilmu dab sumber ilmu serta sumbangan ilmu.
2. Daripada pemikiran para intelektual terhasil pelbagai ilmu dan teori yang
membolehkan masyarakat hidup lebih beradab dan bertamasun.
3. Bidang ilmu yang diterokai para intelektual merangkumi ilmu sains tulen dan sains
sosial termasuk ilmu-ilmu agama dan bukan agama.
ISI- ISI PENTING

Konsep ilmu. [6 M]
Pandangan Barat.
 Plato – merupakan pemindahan jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan.
 Aristotle – ilmu lahir daripada sikap berpegang teguh kepada kebenaran fakta.
 Socrates – ilmu diperoleh daripada sifat menyoal, terutama tentang kebenaran
alam yang mesti disokong oleh bukti yang nyata.
Pandangan Islam.
 Imam al-Ghazali – ilmu itu suatu kepastian, cahaya ialah anak kunci kepada
ilmu yang mesti melalui pengalaman langsung yang perlu dipelajari.
 Al-Kindi – ilmu perlu dikembangkan melalui jalan ilmu ketuhanan dan ilmu
tasawuf alam semesta.
 Muhamad Yusuf Sultan Muhyuddin – ilmu itu pendapat daripada ajaran guru,
pandangan daripada penerangan seseorang, dan pendapat pihak Nabi
Muhammad s.a.w melalui wahyu.

Sumbangan tokoh Yunani [5X3 = 15 M]


1. Socrates – idea falsafah bermula apabila manusia mempersoal kepercayaan ,
keyakinan seseorang, dan alasan.
 Menyedarkan tentang konsep demokrasi dan peranan pemerintah menjaga
kebajikan masyarakat.
 Keadaan negara akan aman sekiranya semua orang berkelakuan baik.
 Memelihara keharmonian antara manusia dengan alam serta masyarakat.
2. Plato – idea falsafah berasaskan perpaduan seluruh penduduk.
 Pandangan beliau berdasarkan pendapat ahli falsafah merupakan golongan
yang cinta akan ilmu dan menegakkan kebenaran. Mereka akan memerintah
dengan mengetepikan kepentingan diri.
 Membahagikan masyarakat kepada tiga tahap: Golongan teratas iaitu
pemerintah yang terdiri daripada ahli falsafah. Golongan tengah, iaitu yang
mempertahankan negara daripada musuh dan memastikan rakyat mematuhi
undang-undang. Golongan bawahan yang terdiri daripada tukang, petani,
pekerja, dan saudagar yang menyumbang kepada keperluan ekonomi negara.
 Sumbangan Plato ialah bukunya yang bertajuk The Republic yang menjadi asas
kepada sistem republik hari ini.
3. Aristotle – idea falsafah ialah masyarakat dan negara terhasil akibat gabungan
kumpulan-kumpulan.
 Pandangan beliau berdasarkan kerajaan demokrasi menindas kerana
perbezaan antara manusia tidak diteliti. Beliau menolak kerajaan berbentuk
monarki dan oligarki, serta menganggap kerajaan yang baik berdasarkan politik
yang diperintah oleh orang ramai.
 Sumbangan beliau ialah menubuhkan Sekolah Lyceum. Mengemukakan
kaedah berfikir secara teratur dan memperkenalkan kaedah saintifik.
 Beliau juga memperkenalkan undang-undang aplikasi umum.
 Melalui bukunya Politics, beliau menegaskan bahawa manusia seharusnya
mengamalkan sifat kesederhanaan dalam hidup mereka.

Kesimpulan [1 M]
1. Ahli falsafah Yunani telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun
pada hari ini, terutama dalam sistem pemerintahan republik dan demokrasi.
2. Keadaan ini membawa kepada kebangkitan inkuiri dalam kalangan masyarakat
Eropah sehingga melahirkan pakar-pakar dalam bidang seperti sains dan perubatan.
3. Sumbangan ahli falsafah Yunani mendorong kepada perkembangan sistem
pemerintahan republik dan demokrasi serta mempengaruhi ajaran dan idea-idea
moden pada hari ini.

You might also like