P. 1
Kebaikan Dan Keburukan Menonton Televisyen

Kebaikan Dan Keburukan Menonton Televisyen

|Views: 30,983|Likes:
Published by No Masra

More info:

Published by: No Masra on Jan 23, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/17/2015

pdf

text

original

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENONTON TELEVISYEN

1.0

Pendahuluan

Perkembangan media elektronik dapat ditakrifkan sebagai kemajuan dalam penciptaan alat-alat yang berkaian dengan elektrik. Pada zaman sains dan teknologi ini, pelbagai jenis media elektronik yang canggih telah dihasilkan. Perkembangan media elektronik ini telah menyenangkan

kehidupan masyarakat dengan memiliki kehidupan yang lebih mewah dan selesa. Sebagai contoh, perkembangan media elektronik telah Oleh itu,

menghasilkan televisyen yang bertambah besar saiznya.

masyarakat kita lebih mementingkan hiburan yang dapat member keseronokan melalui media elektronik canggih tersebut daripada mempunyai minat untuk membaca. Selain membawa kebaikan, televisyen juga membawa keburukan kepada penontonnya secara langsung mahupun tidak.

1.1

Definisi

Menurut kamus dewan edisi keempat, televisyen ialah penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen. Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang amat berpengaruh dan hampir di setiap rumah mempunyai sekurangkurangnya sebuah televisyen. Kebaikan pula bermaksud perbuatan baik, sifat baik atau faedah. Manakala keburukan pula bermaksud kekurangan, ketidakbaikan, kebusukan, kekejian, kecemaran atau keaiban.

2.0

Kebaikan menonton televisyen

2.1

Memberikan peluang kepada penonton untuk mengikuti rancangan yang digemari.

Rangkaian televisyen yang banyak memberikan peluang kepada orang ramai untuk memilih rancangan yang mereka minati. Tambahan lagi setelah ASTRO beroperasi, kita dapat menyaksikan hampir 50 saluran televisyen dan sebahagian besarnya dapat kita tonton sepanjang 24 jam di rumah masing-masing. Pelbagai program, daripada yang berunsur hiburan hinggalah kepada program yang berunsur maklumat dan pengetahuan serta berita semasa terhidang kepada televisyen satelit, terdapat beberapa rangkaian khas yang menyiarkan rancangan hiburan, seperti filem terbaru, video muzik dan drama bersiri.

Di samping itu, sesiapa yang berminat dalam bidang sains, kajian, dan dapatan terbaru dapat mengikuti perkembangan semasa mengenainya melalui Discovery Channel. Mereka yang mahu

berhibur dengan gelagat haiwan pula boleh mengikutinya melalui Animal Planet, manakala sesiapa yang berminat dengan alam semula jadi, boleh menonton rancangan National Geographic.

Dengan ini, penonton berpeluang untuk menyaksikan apa jua bentuk rancangan yang mereka minati dengan mudah sekali.

2.2

Orang ramai mudah mendapat maklumat.

Selain itu, rangkaian televisyen juga dapat dijadikan sumber maklumat oleh orang ramai dan ini bermakna matlamat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat lebih mudah dicapai. Sesetengah rancangan, khususnya rancangan dokumentari ASTRO amat bermanfaat kepada orang ramai kerana maklumat yang dimuatkan di dalamnya adalah terkini dan menyeluruh dalam semua aspek. Saluran yang memaparkan rancangan dokumentari misalnya, membolehkan orang ramai menimba ilmu dalam pelbagai bidang. Rancangan sedemikian,dapat disiarkan di

televisyen dengan kerap kerana ada penaja yang membiayai kos penyiarannya, khususnya rancangan yang disiarkan oleh saluran televisyen swasta. Biasanya, rancangan sedemikian banyak

mempunyai penaja di peringkat antarabangsa kerana rancangan sedemikian mendapat permintaan yang tinggi oleh penonton.

2.3

Menyampaikan perkembangan terkini di dalam dan luar negara.

Tambahan lagi, siaran televisyen juga memberi kemudahan kepada kita dalam menyampaikan perkembangan terbaru dari dalam dan luar negara. Sebagai contoh, pihak pelabur memperoleh berita terkini mengenai pelaburan dengan cepat walaupun sesuatu peristiwa itu berlaku di luar negara. Boleh dikatakan, apa jua berita terbaru dapat disampaikan kepada penonton dengan serta-

merta. Perkara ini amat penting kepada golongan menceburi bidang perniagaan disebabkan sesuatu keputusan yang penting dan menguntungkan dapat dibuat berdasarkan maklumat terkini. Contohnya, seseorang pelabur di Bursa Saham Malaysia dapat bertindak cepat dengan menjual semua sahamnya apabila mengetahui sesuatu peristiwa buruk yang boleh menjejaskan pasaran saham dunia akan berlaku. Tindakan pantas pelabur

berdasarkan maklumat tersebut dapat mengelakkan daripada kerugiaan yang jumlahnya bukan sedikit mencecah angka ratusan juta ringgit. bahkan mungkin

2.4

Mengeratkan hubungan serta mengharmonikan institusi kekeluargaan.

Di samping itu, menonton televisyen juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan kakak atau abang dengan adik-adiknya serta keluarga akan menjadi harmoni. Contohnya, seluruh ahli keluarga menonton televisyen bersama-sama, sudah pasti akan kedengaran gelak ketawa yang

ceria, gurau senda, usik-mngusik, serta saling nasihat-menasihati antara satu sama lain. Hal ini merupakan suatu kelaziman yang akan berlaku sekiranya kita berkumpul sama-sama dengan individu yang kita kenali. Di kesempatan inilah, ibu bapa sebagai ketua keluarga dapat memberi contoh yang baik kepada anak-anak dengan mengurangkan masa menonton dan hendaklah pandai dalam memilih program-program yang hendak ditonton. Mereka mestilah memikirkan kesan-kesan yang bakal terjadi sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang.

Selain itu, ibu bapa juga dapat mengesan atau mengetahui masalah-masalah yang dihadapi anak-anak mereka dalam

kehidupan seharian. Oleh itu, ibu bapa boleh membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut ataupun sekadar mengambil langkah berjaga-jaga terhadap masalah yang dihadapi anak-anak mereka supaya tidak menimbulkan masalah yang lebih besar. Secara tidak langsung, kita dapat membendung gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini yang merupakan gejala sosial yang tidak sihat dalam masyarakat kita. Oleh itu, menonton

televisyen dapat mengeratkan serta mengharmonikan hubungan kekeluargaan.

2.5

Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat.

Seperti yang kita ketahui, televisyen merupakan salah satu sumber kepada masyarakat untuk mendapatkan mendapatkan maklumat sekaligus dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Misalnya, stesen televisyen kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) banyak menyediakan program-program yang penuh berinfomasi dan bermaklumat seperti Dokumentari Argotek yang menyampaikan pengetahuan mengenai teknologi dalam bidang pertanian. Banyak info terkini berkaitan pertanian yang boleh diperolehi daripada rancangan tersebut.

Begitu juga dengan stesen televisyen swasta seperti stesen televisyen nombor satu di Malaysia iaitu TV3 yang merupakan

anak syarikat Media Prima turut menyediakan rancangan yang berbentuk infomasi dan ilmu pengetahuan. Contohnya, rancangan Medik TV, Ilmuan Islam, Jejak Rasul, Al-Kuliyah, dan lain-lain lagi. Melalui rancangan Medik TV, pelbagai pengetahuan tentang dunia perubatan didedahkan kepada masyarakat umum dalam satu usaha memperkenalkan teknologi perubatan yang terkini. Selain itu, rangkaian televisyen ini juga menyediakan rancanganrancangan yang berbentuk islamik kepada penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Seperti rancangan Ilmuan Islam dan Jejak Rasul, umat Islam dapat mengetahui dan mengkaji

mengenai sejarah umat Islam yang terdahulu. Oleh itu, rancangan seperti ini, amat berguna kepada masyarakat kita dan

menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang sesuatu perkara.

3.0

Keburukan menonton televisyen

Di sebalik kebaikan, wujud juga aspek negatif. Antaranya adalah seperti yang berikut:

3.1

Kemasukan budaya luar yang negatif

Kita tidak dapat menafikan bahawa sesetengah saluran televisyen banyak mendedahkan kepada orang ramai, terutamanya golongan remaja kepada budaya luar yang tidak sesuai dengan masyarakat yang mengamalkan budaya ketimuran yang murni dan

mempraktikkan amalan agama yang baik. Sebagai contoh, filemfilem daripada negara Barat banyak mengandungi unsur-unsur ganas, seks, percintaan yang terlampau, tahayul dan banyak lagi unsur negatif lain. Kini, bukan sahaja filem-filem dari Barat yang mengandungi unsur-unsur negatif tersebut, malah filem-filem dari negara-negara Timur juga turut terpengaruh dengan budaya yang

dibawa dari Barat.

Contohnya filem-filem dari negara China,

Taiwan, Thailand, Filiphina, Indonesia dan juga tanah air kita, Malaysia. Perkara ini sebenarnya, sangat bertentangan dengan

budaya yang telah kita amalkan sebelum ini. Hal ini demikian kerana, semakin hari pertambahan saluran televisyen dengan rangkaian 24 jam dan disiarkan program-program sedemikian

bekemungkinan dapat mencemarkan pemikiran anak muda dewasa ini.

3.2

Mengganggu aktiviti harian

Di samping itu, sesetengah rancangan televisyen juga boleh menggangu aktiviti seharian seseorang itu. contohnya siaran

langsung acara sukan seperti perlawanan bola sepak peringkat dunia yang biasanya disiarkan pada lewat malam dan berlarutan hingga ke awal pagi. Hal ini sudah pasti menganggu atau

menjejaskan qualiti tidur seseorang itu semata-mata untuk menyaksikan perlawanan yang di siarkan itu. Pada ke esokan

harinya, orang dewasa mahupun remaja yang bergelar pelajar terpaksa bangun awal untuk ke tempat kerja ataupun ke sekolah pasti akan berasa letih kerana tidakcukup tidur pada sebelah malamnya. Seseorang itu juga boleh menjadi ketagihan untuk

mengikuti sesuatu siri yang diminatinya sehinggakan sanggup meninggalkan pekerjaan yang sedang dilakukannya semata-mata untuk menonton televisyen. Hal ini, secara terang-terangan boleh menjejaskan prestasi seseorang dalam yang mereka ceburi.

3.3

Melunturkan semangat kejiranan

Semenjak kebelakangan ini, semangat kejiranan dan amalan kunjung-mengunjung semakin tipis dalan kalangan masyarakat kita. Jikalau dahulu peribahasa seperti ³ringan sama dijinjing, berat sama dipikul´ telah menjadi pegangan hidup masyarakat kita, tetapi kini peribahasa ini tidak dipegang lagi oleh masyarakat kita. Dalam zaman yang serba canggih dengan perkembangan sistem teknologi yang begitu pesat di serata tempat sedikit sebanyak telah

memberi impak yang besar terhadap rangkaian televisyen. Oleh itu, lahirlah manusia yang tidak lagi mementingkan semangat kejiranan. Masyarakat zaman sekarang khususnya remaja banyak menghabiskan masa mereka di hadapan televisyen sahaja, tanpa menghiraukan hal-hal yang berlaku di persekitaran mereka. Tambahan pula, pihak penerbitan swasta mahupun kerajaan sungguh bijak menyusun rancangan±rancangan yang menarik di kaca televisyen sehinggakan tiada waktu senggang langsung antara satu rancangan ke rancangan yang lain. Oleh itu, banyak masa dihabiskan di hadapan televisyen sahaja, jadi mereka yang gemar menonton televisyen beralasan bahawa tiada masa yang lapang untuk kunjung-mengunjung sesama jiran tetangga. Bagi mereka, amalan kunjung-mengunjung dianggap kerja yang membuang masa dan sia-sia sahaja. Mereka hidup bagaikan ³enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing´ dan ³masing-masing perahu, masing-masing kayuh´.

3.4

Memyekat minat membaca dan perkembangan otak kanan

Pengaruh televisyen

banyak memberi kesan negatif

kepada

kanak-kanak dan para remaja khususnya. Hal ini demikian kerana, perkembangan teknologi televisyen telah menyekat minat

membaca golongan berkenaan. Akibat daripada kurangnya membaca, prestasi akademik seseorang itu semakin menurun. Seperti yang kita ketahui, ³menbaca adalah jambatan ilmu´. Sekiranya kita tidak mempraktikkan amalan membaca, bagaimana kita boleh mendapat ilmu? Membaca amat penting terutamanya pada zaman yang serba canggih ini. Dalam usia yang muda lagi, kanak-kanak mesti dilatih untuk membaca dan menambah teknik mereka dalam pembacaan. Hasil daripada pengalaman guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu, mendapati bahawa masih terdapat segelintir pelajar yang bakal menduduki

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tahu membaca. Adakah ini salah ibu yang mengandung? Sebenarnya hal ini berpunca daripada Sudah tentu tidak.

kecanggihan televisyen

yang sekarang ini dianggap kawan karib mereka yang tidak kira masa ataupun tempat.

Selain daripada itu, apabila kita menonton televisyen, kita hanya menggunakan dua deria sahaja iaitu telinga dan mata untuk mendengar dan melihat. Tetapi otak kita jarang digunakan dalam masa tersebut. Hal ini, amat berbeza jika kita membaca buku cerita ataupun novel misalnya. Apabila kita membaca buku, kita akan cuba untuk menggambarkan atau imaginasi apa yang diceritakan dalam penulisan tersebut. Secara tidak langsung, kita telah

mengaktifkan otak kanan kita. Sebaik-baiknya, otak kanan dan otak kiri perlu diseimbangkan untuk menjamin ingatan yang kuat di masa hadapan dan tidak mudah nyanyok diusia tua kelak.

3.5

Membazirkan wang dan masa.

Pada hakikatnya, menonton televisyen banyak membazirkan masa dan wang ringgit sesetengah orang. Sejak kebelakangan ini,

negara kita telah dibanjiri dengan program-program realiti yang banyak dipengaruhi dari negara-negara Barat contohnya Amerika Syarikat. Antara program realiti yang telah diadakan seperti

Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Mentor, dan terbaru ialah One

A Million.

Pembaziran wang ini berlaku apabila penonton

terpengaruh dengan program-program tersebut dan terlalu fanatik dengan artis realiti mereka sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk mengundi artis-artis pilihan mereka. Lazimnya, mereka mengundi bukan sekali dua, malah mungkin beratas-ratus kali. Jika difikirkan secara logiknya, berapa banyak wang yang telah mereka habiskan untuk sesuatu program sekiranya setiap undian dicaj sebanyak lima puluh sen. Jadi, siapa yang mengaut keuntungan? Adakah orang yang mengundi akan mendapat keuntungan? Seperti pepatah Melayu ada menyebut

³sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya´. Jadi fikir- fikirkanlah.

Tambahan lagi, hal ini bukan sahaja membazirkan wang, tetapi juga masa yang turut tergadai. Pembaziran masa terjadi apabila seseorang itu terlalu banyak masa dihabiskan di hadapan kaca televisyen dengan hanya menonton rancangan-rancangan yang berunsurkan hiburan semata-mata. Seperti sedia maklum bahawa program-program yang berbentuk hiburan banyak memaparkan unsur-unsur negatif seperti pergaulan bebas antara lelaki dan

perempuan, mendedahkan aurat dan banyak lagi yang secara terang-terangan menyalahi hukum syariat agama Islam. Jadi, masa yang digunakan itu lebih baik dimanfaatkan untuk hal yang lebih berfaedah, misalnya membaca buku-buku yang dapat menjana minda.

4.0

Kesimpulan Pada hakikatnya, saya dapati televisyen penting sebagai suatu bentuk media informasi dan hiburan kepada orang ramai. Kebaikan dan

keburukan daripada penontonan siaran televisyen sebenarnya ditentukan oleh diri kita sendiri sebagai penonton. Dalam hal ini, kita harus

mempunyai pendirian positif, di samping perlu mengawal diri berdasarkan

prinsip yang rasional agar kita memperoleh lebih banyak manfaat. Kawalan emosi amat penting agar kita tidak terpengaruh dengan gejala negative yang dibawanya. Tegasnya, apabila menonton, biarlah berpadapada jangan sampai terlalu membuang masa.

Bibliografi Hasliza Hassan (2003, Sept). Kajian Dedahkan Televisyen Pengaruh Remaja Ganas. [ Berita Harian ] Hizral Tazzif Hisham (2003, Mei 24.Malaysia laksana televisyen digital sepenuhnya pada 2014. [ Berita Harian ], 18-19. Menanggani pengaruh budaya asing di Malaysia. (2001, April ). [Berita Harian], 20 Shaharom TM Sulaiman (2004, Jun). Menghadapi pengglobalan negatif televisyen. [Harian Metro], 29 Perpustakaan Negara Malysia (2005), Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Televisyen: Kebaikan Dan Keburukan http://alyadina.blogspot.com/ Kebaikan Dan Keburukan Menonton Televisyen
http://tatabahasabm.tripod.com/tulisan/kbincangan.htm

di

KamusDewan http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->