You are on page 1of 30

1.

0 Pengenalan

Guru merupakan agen perubahan berperanan penting menyebarkan kurikulum kepada


pelajar di sekolah. Guru sangat berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap
sesuatu kurikulum (subjek) itu. Guru bertindak sebagai penyambung antara teori dan amalan
dalam pendidikan. Guru mendidik berpandukan pukal kurikulum bersulam dengan
kepercayaan, nilai dan sikap yang dianuti. Kepercayaan, nilai dan sikap yang dipegang oleh
guru akan menjelaskan enviromen pendidikan dan ‘bagaimana’ guru memberi makna dan
mengadaptasi kurikulum di sekolah kepada pelajar di sekolah. Tahap pemikiran guru akan
menentu dan memainkan peranan penting yang konstruktif dalam pendidikan guru dan
pelajar pada masa hadapan.
Daripada kenyataan ini, ternyata guru berperanan besar merealisasikan perlaksanaan
kurikulum di sekolah. Sebagai seorang guru terdapat beberapa elemen penting
profesionalisme keguruan yang memerlukan penghayatan melaksanakan kurikulum. Elemen-
elemen ini boleh dikesan terjemahan daripada kepercayaan, nilai dan sikap guru sewaktu
menyebarkan kurikulum dalam pengajaran di bilik darjah. Hal ini disahkan lagi tertakluk
kepada kekangan dan peluang yang tersedia semasa guru-guru ini berusaha menterjemah
kurikulum di bilik darjah. Ternyata guru-guru masa kini perlu mempunyai secukupnya
elemen dan aspek kefahaman tentang profesionalisme keguruan terhadap kurikulum dan
pengajaran di bilik darjah. Ini bertujuan agar kekangan dapat dikurangkan dan peluang dapat
digunakan bagi memaksimakan pengajaran, mengembang potensi insan dan meningkatkan
tahap profesionalisme keguruan itu sekaligus.
2.0 Konsep Dan Pengertian

2.1 Konsep

Sifat ketuhanan  Unsur jasmani,emosi,rohani dan intelektual

(Ke Arah Pembentukan Guru Unggul)


Teknik mengajar yang terkini+kontent ( Kemahiran)+ Ciri
profesional

Pembangunan guru perlu melalui tiga peringkat iaitu pembentukan sifat ketuhanan,
pemupukan unsur jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta pembangunan teknik
mengajar, kemahiran dan ciri-ciri profesional untuk menjadi guru unggul.

2.1.1 Sifat ketuhanan

Sifat ketuhanan bermaksud seseorang mempercayai kewujudan tuhan sebagai


pencipta alam dan mematuhi segala peraturan berlandaskan suruhanNya. Dalam
prinsip Rukun Negara, prinsip yang pertama ialah kepercayaan kepada tuhan, dalam
sukatan pelajaran subjek moral, nilai pertama yang dipelajari ialah kepercayaan
kepada tuhan. Dalam lagu Negaraku, juga terdapat perkataan Tuhan.
Fenomena ini menunjukan nilai ketuhanan ialah nilai yang terawal yang perlu
ditanam dalam pemikiran manusia tidak mengira jenis kaum, bangsa, atau melangkau
ke antarabangsa.Sebagai contoh, dalam negara kita terdapat penganut agama Islam,
India, Buddha dan Kristian.Bagi kebudayaan barat, kebanyakan mereka menganuti
agama Kristian.Walaupun kita mempunyai agama yang berlainan, tetapi pengajaran
dalam agama adalah mengajar kita menjadi insan yang baik dan membentuk jati diri
yang mulia.Dengan adanya keagamaan, manusia akan mengunakan ajaran agama
masing-masing sebagai panduan kehidupan yang sepatutnya ada dalam manusia
sendiri. Contohnya, agama akan mengajar kita membantu orang yang berada dalam
kesulitan, sudi mengorbankan diri dalam menyelamatkan orang, berfikiran positif dan
terbuka serta tidak melakukan perbuatan yang mencederakan orang lain. Dalam
perspektif Islam, Kadir H.D (1996) (dalam nota kuliah Encik Zaini Abdulah)
menyatakan bahawa pembangunan adalah suatu proses membuka dan
mengembangkan roh kemanusiaan, membuka hati manusia, membuka dan
mendedahkan manusia ke arah kemuncak ketuhanan supaya berkembang sepenuhnya
secara beransur-ansur dan ke arah yang lebih baik dalam konteks kehebatan semula
jadi.

2.1.2 Unsur jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI)

Unsur Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek (JERI) merupakan elemen-elemen asas
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dari segi
pembangunan insan, keluarga, masyarakat dan negara. Berikutnya juga adalah potensi
dalam perkembangan individu untuk menjadi seorang guru unggul.
Unsur jasmani menunjuk kepada kecergasan fizikal dan kesihatan diri.
Seseorang dapat menggunakan anggota badan dan tenaga fizikal sendiri untuk
berdikari dan hidup bermasyarakat.
Unsur emosi pula ialah kemampuan seseorang untuk mengenali emosi sendiri,
kemampuan menguruskan emosi, kemampuan memotivasikan sendiri dan
kemampuan untuk membina hubungan dengan orang lain.
Unsur rohani ialah akhlak seseorang. Seorang manusia perlu mempunyai
keyakinan kepada Tuhan, kepercayaan beragama, berbudi perkerti mulia, kemantapan
jiwa, berbakti dan berkorban, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat.
Unsur intelek ialah daya pemikiran yang kreatif, inovatif, lojik dan analitik,
mempunyai ilmu yang bermanfaat, mencintai ilmu dan mempunyai sikap suka
membaca.
2.1.3 Pembentukan guru unggul

i. Teknik mengajar

Untuk membantu pembelajaran pelajar, teknik mengajar guru adalah penting untuk
membantu pelajar menerima maklumat dan memahaminya dengan baik.Gaya belajar
pelajar adalah berbeza antara satu sama lain.Menurut Jensen (1997), (dalam buku
Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar:2009) beliau telah mengenal pasti tiga jenis
gaya pembelajaran iaitu Gaya pembelajaran visual, Gaya pembelajaran auditori, dan
Gaya pembelajaran kinestetik. Cikgu perlu meneliti gaya pembelajaran pelajar supaya
mereka dapat menerima dan memproses maklumat dengan pantas dan efisien.
Gaya pembelajaran visual ialah pelajar banyak menggunakan deria
penglihatan mereka untuk memahami sesuatu maklumat. Cikgu perlu banyak
menggunakan gambar-gambar, graf, carta, peta minda dan penyusunan grafik dalam
proses pengajaran. Cikgu perlu memperbanyakkan bahan pengajaran yang
menggunakan simbol, warna dan corak-corak serta ekakkan menggunakan bahan
pengajaran yang menggunakan ayat bertulis yang terlalu panjang. Cara ini dapat
membantu pelajar yang cenderung terhadap gaya tersebut dapat belajar dengan lebih
efektif.
Gaya pembelajaran auditori ialah pelajar yang lebih menyukai mendengar
syarahan, terlibat dalam perbincangan dan diberi peluang untuk bercakap. Untuk
mengajar pelajar jenis tersebut, cikgu perlu banyak mengadakan perbincangan di
dalam kelas kerana mereka lebih suka berbincang tentang sesuatu topik daripada
membaca topik itu sendiri. Cikgu juga boleh membenarkan pelajar belajar secara
berkumpulan kerana mereka suka memberi pendapat. Cara ini dapat
memaksimumkan penyampaian ilmu pengetahuan yang diajar.
Gaya pembelajaran kinestetik ialah pelajar yang suka aktiviti yang bergerak
dan memerlukan model yang dapat dipegang atau disentuh oleh mereka. Cikgu boleh
mengajar teori-teori dengan membenarkan mereka membuat latihan secara amali.
Cikgu juga boleh membuat simulasi dan sosiodrama di dalam kelas serta mengadakan
aktiviti luar. Cara mengajar tersebut dapat membantu pelajar jenis gaya pembelajaran
kinestetik memberikan tumpuan kepada pembelajaran.
Berdasarkan gaya pembelajaran pelajar, guru mempunyai dua gaya
pengajaran yang asas iaitu instruksi langsung dan pengajaran terbuka. Instruksi
langsung bermakna guru menyampaikan informasi berfakta melalui kuliah,
demonstrasi dan menghafal.Pengajaran terbuka bermakna guru menekankan
perbincangan secara aktif. Menurut Dr.Neil de Grasse Tyson berkata bahawa:
“ The enthusiastic teacher is fundamental to igniting flames of interest
in any student in any subjek. So that’s not a special need within the
call for science literacy. That’s a need for all teachers in all subject”.

(Omar Abdull Kareem dan Khuan Wai Bing, 2010)

ii. Kandungan pengajaran

Kandungan pengajaran ialah kemahiran sama erti dengan aplikasi dan pengetahuan
yang ada pada seorang guru. Aplikasi bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai amat penting.Untuk mengembangkan potensi individu
para pelajar dan perlaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang
merupakan dasar dalam negara, guru digalakkan mempelajari bagaimana untuk
mengajar dengan menggunakan peralatan dan kemudahan teknologi serta
mempelajari kemahiran dan pengetahuan baru.
Contoh bahan bantu mengajar ialah menggunakan peralatan elektronik seperti
komputer, power point, internet, dan video. Bahan bantu mengajar ini dapat menarik
minat pelajar kerana maklumat akan disampaikan secara audio dan visual, justeru
guru akan dapat mengurangkan kebosanan pelajarnya.
Persembahan pengajaran guru yang memberangsang jika ada guru yang bijak
menggunakan gaya tingkah laku dan menukar intonasi suara, memek muka ’humour’
dan bercerita tetap akan menarik minat pelajar. Menurut Thornburg (1984), untuk
menentukan pengajaran yang efektif, guru harus mengambil beberapa langkah semasa
merancang pengajaran dan pembelajaran. (Suppiah Nachiappan et al, 2009)
Langkah pertama ialah Persediaan pembelajaran. Guru perlu mendapatkan
tumpuan pembelajar dan berfokus pada topik yang diajar. Jika pelajaran disusun
dengan baik, pelajar akan mempunyai gambaran yang jelas tentang ilmu yang diajar
dan akan mempunyai hasrat untuk belajar, meneroka, dan mengembangkan ilmu.
Langkah kedua ialah rangsangan penyampaian. Guru perlu menyediakan
rangsangan instruksi, iaitu ilustrasi, informasi dan contoh yang bersesuaian. Guru
perlu mereka bentuk bahan instruksi berkenaan dengan sukatan pelajaran subjek yang
diajar dengan mudah, jelas dan mengelakan daripada menggunakan bahan yang
kompleks.
Langkah ketiga ialah respon pembelajar. Guru perlu menyediakan masa untuk
pembelajar memberi respon terhadap informasi yang disediakan atau bertanya soalan
antara pembelajar dan guru.
Langkah keempat ialah peneguhan.Peneguhan merujuk kepada hubungan
rangsangan dan gerak balas. Guru perlu memberi peneguhan positif seperti memuji,
tepuk tangan, galakan dan memberi maklum balas seperti’Yes,that’s right’ atau ’Ya,
kamu pandai’ untuk mengukuhkan respon yang betul. Gerak balas pelajar adalah
seperti gembira dan lebih tumpuan dalam pelajaran.
Langkah kelima ialah penilaian. Guru perlu menyemak semula secara berkala
kerana dapat membantu mengukuhkan respon kepada rangsangan yang utama.
Selain mengajar, guru perlukan kemahiran semasa berhadapan dengan pelajar.
Dalam buku Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar menyatakan bahawa guru perlu
menggunnakan semua pancainderanya seperti bertepuk tangan, fokus pandangan,
gerak kepala, dan gerakan fizikal yang pelbagai. Kemahiran tersebut diperlukan
kerana apabila terdapat pelajar yang mengantuk, dia akan terjaga apabila terdengar
tepukan tangan guru. Pelajar yang nakal akan berhenti mengganggu pelajar apabila
guru bergerak menghampirinya.
Selain daripada pengurusan dalam kelas, guru perlu mengurus masa dari segi
kerja-kerja sekolah, mengguna masa dalam penguasaan kurikulum, materi setiap mata
pelajaran dan teknik evaluasi. Seseorang guru bukan setakat untuk mengajar malah
perlu memegang jawatan dalam organisasi sekolah. Contohnya, sebagai guru
kaunseling, sebagai guru panitia, penolong kanan pengetua, sebagai guru penasihat
kepada persatuan, kelab dan sukan. Kadangkala, apabila sekolah mengadakan aktiviti
seperti persaraan guru, sambutan hari tahunan sekolah, merentas desa, hari sukan,
hari kantin, hari ibu bapa, ceramah dan upacara lain, guru perlu melibatkan diri dalam
pengurusan aktiviti tersebut. Bagi mengelakkan prestasi akademik pelajar terjejas,
guru perlu meluangkan masa rehatnya bagi memberi kelas tambahan kepada pelajar.
Dalam situasi ini, guru yang dedikasi akan memberi dorongan kepada pelajar
memberi perhatian di dalam kelas sebab mereka sahaja yang perlu tinggal dalam
sekolah selepas tamat waktu sekolah. Keadaan begini boleh dikatakan sebagai
perubahan persekitaran belajar kerana suasana sekolah akan bertukar daripada bising
kepada senyap.

iii. Ciri-ciri guru profesional

Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar, profesion keguruan


perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Secara
umumnya, guru mesti mencintai profesion keguruan, mempunyai pengetahuan dalam
bidang yang diajar, sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid, bersifat sabar,
berkeperibadian mulia,mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan dan sanggup
bekerja tanpa mengira di bandar atau di luar bandar.
Secara peribadi, guru mesti berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap
optimistik. Guru mesti sentiasa menunjukan contoh dan teladan yang utuh sama ada
di dalam atau di luar kelas. Guru perlu mengajar kebertanggungjawaban murid-murid
dan budi pekerti yang tinggi. Terhadap pelajar, guru mesti mempunyai empati dan
komitmen dalam menghargai maruah orang lain, mengajar anak murid cara belajar,
menganalisis dan berfikir secara kritis, menghubungkan “mata pelajaran” dengan
kehidupan murid, kenal, hormati dan mempercayai murid-murid, menjana idea-idea
baru dan menarik bagi murid berfikir, mengalakan anak murid bertanyakan soalan
mengenai pelajaran dan menghadiri dalam aktiviti-aktiviti yang murid terlibat seperti
sukan tahunan sekolah dan persembahan dalam sekolah. Guru mesti bersikap adil
terhadap muridnya untuk mengelak meluka hati murid dan menjejaskan hubungan
antara murid-murid.
Terhadap tugas mengajar pula, guru mesti mempastikan situasi ”guru
mengajar murid belajar” wujud dalam kelas. Guru mesti merancang pengajaran
terdahulu, memberi masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan sering mengukur
kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid. Guru juga perlu
melakukan refleksi dan kritik kendiri, berfikir secara sistematik mengenai amalannya
dan belajar daripada pengalaman. Selain itu, guru harus fleksibel dalam pendekatan-
pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Secara berterusan mengukur pendekatan,
syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa baru dan segar
serta relevan.
Terhadap disiplin, selain menjadi seorang yang pakar dalam bidang yang
diajar, guru perlu bersikap aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan
rakan sejawat menyertainya. Guru mesti seorang yang mendahagakan ilmu., suka
membaca, dan sudi menghadiri konferens, konvensyen, bengkel & seminar dan
mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan. Guru harus menjadi peranan baik
kepada murid-murid seperti menegur sapa dengan orang lain tidak mengira umur,
jantina dan status seseorang dan berusaha menyertai unit-beruniform, persatuan dan
kelab, sukan dan permainan.

2.1.4 Pembangunan ilmu, diri dan negara

i. Pembangunan ilmu

Selain daripada teknik mengajar dan kemahiran mengajar yang baik, guru yang
unggul perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Guru perlu sentiasa
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidangnya agar sentiasa menarik, kemaskini,
bertenaga dan inspirasional. Sebagai contoh, guru akan berhadapan dengan pelajar
remaja yang mempunyai fikiran yang matang. Adakalanya, mereka akan bertanya
soalan yang melebihi sukatan pelajaran atau kurikulum yang tertera dalam buku teks.
Sekiranya, guru berkebolehan menjawab soalan itu dengan penuh kenyakinan dan
memberi contoh dan bukti yang kukuh, pelajar akan menimbul minat belajar yang
tinggi. Pembelajaran akan menjadi efektif lagi jika guru boleh mengaitkan ilmu
berkenaan dalam kehidupan pelajar. Pelajar sendiri akan mudah faham dan akan
mengemukakan soalan untuk perbincangan dalam kelas. Sebaliknya, jika guru
tersebut tidak tahu jawapan itu, atau menangguh-nangguhkan untuk memberi
jawapan, pelajar itu akan hilang minat untuk bertanya soalan kelak.

ii. Pembangunan diri

Guru perlu mempunyai dua keterampilan iaitu interpersonal dan


intrapersonal.Keterampilan interpersonal ialah kebolehan individu berkomunikasi dan
berinteraksi dengan orang lain. Dalam kegiatan komunikasi, seseorang perlu
memahami dan membezakan perasaan, hasrat, keinginan hati, dan tabiat orang lain.
Bagi guru unggul, seseorang perlu mempunyai perhubungan yang baik antara guru-
guru lain, ibu bapa pelajar dan pelajar itu sendiri. Guru perlu belajar ciri sensitif
terhadap perasaan, pemikiran, emosi, tingkahlaku dan harapan orang lain bagi
menjalinkan hubungan sosial dengan orang persekitaran. Menurut Fullan dan
Hargreaves (1993), guru perlukan ’interactive professionalism’.(Boon Pong Ying,
2010)
Keterampilan intrapersonel ialah kebolehan untuk menilai sendiri berkenaan
dengan ilmu pengetahuan kendiri, sikap sendiri, mempunyai kesedaran terhadap
perasaan dalaman, emosi, dorongan dan kemampuan untuk mendisplinkan diri. Guru
perlu mempunyai keupayaan intrapersonal kerana guru boleh menilai kekuatan dan
kelemahan dalam diri serta sanggup untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Dalam
bidang profesional guru, keupayaan ini memberi kenyakinan yang tinggi kepada guru
dan mereka boleh berdikari dalam menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai
pegangan prinsip yang kuat.

iii. Pembangunan negara


Mengapakah nilai-nilai seorang guru unggul begitu dipentingkan? Apabila guru
mempunyai nilai-nilai sejagat seperti kasih sayang, keadilan, amanah,
tanggungjawab, saling menghormati, kejujuran, ketabahan, kebijaksanaan, toleransi,
inovasi dan berintergriti, para pelajar akan dipengaruhi oleh nilai-nilai baik guru itu.
Nilai mesra juga diperlukan dalam pengajaran. Guru yang sanggup bergaul mesra
dengan pelajar dan melayan mereka sebagai individu dengan penuh kesabaran dalam
penyampaian ilmu, mereka akan bermotivasi untuk belajar dan meningkatkan
semangat mereka. Jika guru mengajar terlalu cepat dan kurang membuat latihan
dengan pelajar, pelajar akan menimbulkan kekeliruan dalam fikiran mereka dan
seterusnya mematikan minat mereka terhadap subjek tersebut.
Para pelajar bagaikan sebuah ‘sponge’ yang akan menyerap ilmu dan
kemahiran yang diperhatikan dalam persekitaran belajar menerusi deria penglihatan,
pendengaran, dan sentuhan. Pada tahap perkembangan personaliti remaja, nilai-nilai
yang dinyatakan di atas akan membantu pembangunan pelajar menjadi insan yang
berguna, berdisplin, persefahaman antara kaum dan berakhlak mulia yang akan
membantu pembangunan negara. Contohnya, jika kes-kes jenayah dalam negara
dikurangkan, negara akan maju dari segi ekonomi, sosial, politik dan alam sekitar.

2.1.5 Kesimpulan

Guru mempunyai tanggungjawab dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya


dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis pengetahuan, kemahiran,
keterampilan dan pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Guru yang mempunyai
keseimbangan dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek berdasarkan
kepercayaaan kepada Tuhan akan mendidik pelajar menjadi warga Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri,
bertanggungjawab, berketerampilan serta memberi sumbangan kepada keluarga,
masyarakat dan negara.

2.2 Pengertian
Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-
lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.
“Profesionalisme” itu sendiri berasal daripada perkataan “profesi” yang bermaksud suatu
bidang pekerjaan. Menurut Philips (1991:43) memberikan definisi profesionalisme sebagai
individu yang bekerja sesuai dengan standar moral dan etika yang ditentukan oleh pekerjaan
tersebut.
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan
melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala
pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala
keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat
mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan
sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Manakala guru unggul memberi maksud pendidik yang profesional dan melebihi
yang lain iaitu terbaik, teristimewa dan terutama. (Kamus Dewan, 1970). Shulman, L.S.
(1986) menyatakan bahawa guru yang profesional mesti menguasai tujuh jenis ilmu atau
pengetahuan iaitu kandungan mata pelajaran, cara mengajar, kandungan kepada pedagogi,
pelajar, konteks pendidikan di Malaysia, tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia dan
kurikulum. (dalam nota kuliah Encik Zaini Abdullah).

3.0 Isu-isu Berkaitan Profesionalisme Keguruan Ke Arah Pembentukan Guru


Unggul

Pada era tahun 60an, guru dianggap insan yang terpilih untuk membawa ilmu dan kemajuan
kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangatlah besar dan menjadi pemangkin
kepada pembangunan negara. Di samping itu, guru bukan sahaja memberikan ilmu kepada
masyarakat malah menjadi panduan serta rujukan masyarakat pada zaman ini.
Pada masa itu juga, guru mengajar masyarakat Melayu berorganisasi dalam bidang
sosial dan arena politik. Guru-guru sekolah Melayu juga meniup, menanam dan
menyemarakkan semangat nasionalisme. Melalui tulisan yang banyak diterbitkan dalam
majalah-majalah yang terhad bilangannya, suara guru dibaca sehingga menimbulkan
kesedaram tentang untung nasib dan ‘survival’ bangsanya yang ketinggalan dalam bidang
ekonomi dan politk, tentang kesedaran maha pentingnya pendidikan tinggi sebagai satu
jaminan masa depan yang lebih cerah.
Kini profesion keguruan dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah
profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain.
Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru
sandaran atau sementara dan ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada.
Kini tugas menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar.
Tugasnya yang banyak serta pelbagai memaksa para guru menumpukan perhatian, masa,
tenaga, kepada pelbagai jenis komitmen yang boleh menjejaskan pengajaran dan peningkatan
profesionalisme. (Esah Sulaiman, 2003)
Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu
untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang
tidak mengenal huruf, tidak tahu memngira dan tidak boleh membaca kepada celif huruf,
bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya.(Shuib & Johari, 2001)

Tetapi persoalannya kenapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya telah
berubah. Dulu masyarakat memandang mulia kepada guru, sekarang profesion keguruan
seakan terpinggir dan sudah berada dalam kategori terakhir pemilihan kerja. Adakalanya juga
seringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku kepincangan dalam masyarakat.

3.1 Bebanan kerja guru dan kurang insentif yang diterima.

Beban kerja guru bertambah adalah antara isu utama yang sering diperkatakan dalam
profesion seorang guru. Selain itu, cuti pada setiap Sabtu yang dinikmati sebahagian guru
juga mungkin sudah menjadi sejarah. Kini guru bertugas pada hari tersebut untuk
mengendalikan aktiviti kokurikulum, bermesyuarat selain mengajar kelas ganti ataupun kelas
ganti bagi cuti perayaan.
Hal ini belum termasuk beban tugas yang dibawa pulang ke rumah contohnya
menyemak tugasan pelajar serta membuat persiapan mengajar yang memerlukan
sesetengahnya bersengkang mata hingga larut malam. Sememangnya guru wajar menerima
kenyataan bahawa mereka yang memilih bidang ini sebagai kerjaya. Jadi mereka perlulah
menerima beban tugas yang diberikan tanpa banyak soal.
Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim
Adnan, menyatakan bahawa masalah beban tugas guru adalah bertugas pada setiap Sabtu
sememangnya antara aduan paling banyak yang diterima kesatuan termasuk melalui khidmat
pesanan ringkas (SMS) kebelakangan ini. (Ridzuan Yeop, 2010, Mei). Seperti yang kita
ketahui, tugas hakiki guru adalah mengajar tetapi mereka turut dibebani tugas lain yang tiada
kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kelas seperti pentadbiran mahupun
pekeranian.

3.2 Berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar yang begitu ramai. Tambahan pula, guru
perlu melayani setiap karenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan,
pertubuhan dan masalah peribadi.

Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini, guru turut berhadapan dengan masalah
yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan tugas hakiki sebagai pendidik. Guru
perlu mengendalikan murid bermasalah, menghadapi konflik dengan pihak pentadbiran,
kritikan masyarakat, kekangan sumber dan sebagainya. Perkara yang dihadapi guru pada
masa kini bukan sahaja datang daripada pihak sekolah, bilik darjah atau murid tetapi
merangkumi harapan dan ekspektasi daripada masyarakat dan negara. Perkembangan dunia
tanpa sempadan menuntut guru untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran dalam
konteks yang lebih luas dan bukannya dalam konteks tradisional lagi. Guru masa kini perlu
menjalankan tugas yang diamanahkan untuk mendidik generasi muda menjadi warganegara
seperti yang diaspirasikan oleh masyarakat dan negara.
Justeru, profesion keguruan yang semakin mencabar dalam era globalisasi ini
menuntut guru untuk mempersiapkan diri secara fizikal dan emosi untuk memastikan proses
mendidik anak bangsa berjalan lancar di samping memenuhi tuntutan dan harapan ibu bapa,
masyarakat dan negara agar murid akan dapat mengharungi cabaran era globalisasi dengan
penuh yakin dan menyumbang kepada pembangunan negara.

3.3 Wujud profesion lain yang lebih baik hasilnya daripada profesion pendidikan dan
pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru.

Perkhidmatan pendidikan sukar diukur kerana hasil proses pengajaran adalah lambat
berbanding profesion lain. Jika seorang pesakit berjumpa doktor untuk mendapat rawatan
kerana demam, batuk, luka dan sebagainya. Selepas tempoh beberapa tertentu umpamanya
satu minggu, pesakit akan sembuh atau selepas melalui pembedahan pesakit akan pulih.
Manakala dalam konteks pendidikan Malaysia, selepas peperiksaan PMR ataupun SPM,
barulah dapat melihat hasilnya. Namun begitu, peranan guru dalam kejayaan pelajar masih
lagi jelas kerana terdapat beberapa faktor lain yang turut memainkan peranan. Misalnya
kecerdasan pelajar, penglibatan ibu bapa, kelas tambahan atau tuisyen.
Disamping itu, profesion keguruan merupakan profesion yang statik, kurang masa
dan peluang terlalu kecil serta kurang mendapat pembelaan sehingga menimbulkan rasa
ketidakpuasan hati para guru. Bakhtiar Mansor (1993) mengambil beberapa stastistik
mengenai perbandingan peluang kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama
antaranya pendidikan ialah 3.5%, jurutera awam (Kerja Raya) ialah 27.1%, pegawai
perubatan ialah 15.1%, polis ialah 18.6%, pegawai pertanian ialah 13.4%, dan akhir sekali
ialah pegawai tadbir dan diplomatik yabg merupakan peratus paling tinggi iaitu 38.4%.
(Ibrahim bin Ahmad, 2003)

3.4 Tuntutan perubahan semasa.

Dari semasa ke semasa bidang pendidikan terus mengalami perubahan kerana bidang ini
adalah dinamik sifatnya baik dari segi asas penegasan kepada kandungan mahupun kaedah
dan sumbernya. Perubahan ini adalah sesuai dengan perubahan nilai, fikiran, kehendak dan
kemajuan teknologi yang diusahakan oleh manusia. Di sekolah sebagai contoh, perubahan
yang berlaku dalam perlaksanaan pendidikan bukan sahaja dalam hal-hal berkaitan
pentadbiran dan pengurusan, namun ia juga meliputi fokus dan kandungan kurikulum,
penegasan dalam perlaksanaan kurikulum, pendekatan strategi serta kaedah perlaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan teknologi yang terkini.
Senario yang berlaku di peringkat semasa dan yang akan datang menyebabkan
penekanan yang lebih kepada perkara-perkara yang berkaitan pembangunan manusia dari
segi fizikal, mental mahupun spiritual. Hal ini kerana, usaha bagi memajukan bangsa dan
negara tidak hanya bergantung kepada kekuatan fizikal dan mental sahaja tetapi juga
melibatkan aspek kerohanian yang kesemuanya perlu dirangka secara strategik.
Sebagai pendidik anak bangsa, guru mestilah meningkatkan ilmu pengetahuan yang
sedia ada supaya ilmu yang disampai tidak ketinggalan zaman tetapi diperbahrui mengikut
peredaran semasa. Hal ini disebabkan, pendekatan pendidikan secara tradisional yang
memberi penekana kepada penyampaian ilmu pengetahuan semata-mata melalui cara
syarahan atau penerangan guru secara sehala, tidak lagi dianggap sebagai kaedah yang
memuaskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dengan kata lain, guru bukan
lagi sebagai ’sage on stage’ sebaliknya guru adalah ’the guide by the side’ (Ibrahim Bajunid,
2000) ( Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003). Guru lebih sesuai sebagai fasilitator
yang banyak membantu perkembangan pelajar.
Bagi tujuan ini, keadaan semasa memerlukan guru menguasai kemahiran dalam
penggunaan peralatan bantuan mengajar yang terkini seperti komputer dan sebagainya selain
daripada berkebolehan mengamalkan kaedah-kaedah dalam perlaksanaan proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Kejayaan penggunaan teknologi pendidikan dan penggunaan
pelbagai media dalam peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah
bergantung kepada usaha gigih guru.
Guru ialah orang yang paling banyak memainkan peranan dalam menarik minat
pelajar terhadap pelajaran. Dengan adanya cabaran seperti ini maka peranan guru mula
mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Oleh itu, guru perlulah peka dengan
teknologi-teknologi baru yang telah diperkenalkan dan tidak lagi mengunakan bahan bantu
mengajar secara tradisional.
4.0 Cabaran

Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik masa kini menuntut guru
membuat anjakan paradigma yang menyeluruh. Cabaran didefinisikan sebagai sesuatu yang
menguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti. Pergolakan
dalam bidang pendidikan memerlukan guru meneliti setiap aspek pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan perubahan yang dilakukan dapat dimanfaatkan sepenuhnya
oleh setiap ahli masyarakat dalam sesebuah institusi pendidikan.

4.1 Bebanan tugas guru dan kurang insentif yang diterima

4.1.1 Cabaran dalam profesion keguruan

Kompleksiti tugas dalam profesion keguruan sering disalahtafsir oleh ahli masyarakat
yang beranggapan bahawa jadual tugas guru amat mudah dan guru hanya perlu
bekerja setengah hari sahaja dan mempunyai cuti yang banyak. Pada hakikatnya,
tugas guru adalah melangkaui waktu persekolahan. Di samping melaksanakan
tanggungjawab mengajar murid, guru turut berperanan melaksanakan tugas
berdasarkan arahan dan keperluan tugas yang lain.
Noriah (1994) menyatakan bahawa profesion keguruan merupakan profesion
yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas. Bebanan kerja guru bukan
sahaja mengajar tetapi juga melaksanakan kerja perkeranian dan pentadbiran,
menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) (Faridah dan Zubaidah, 1999). Selain daripada itu, guru juga turut
menjalankan tugas tambahan seperti menjadi guru penasihat persatuan, jurulatih
permainan dan sukan, mengendalikan rekod murid, memeriksa kerja murid, menyedia
persediaan mengajar serta kertas soalan dan menanda kertas peperiksaan. Pelaksanaan
tugas tambahan ini menuntut guru untuk datang ke sekolah selepas waktu
persekolahan termasuklah pada hujung minggu dan semasa cuti persekolahan.
4.1.2 Kurang kakitangan sokongan

Guru kini dibebani dengan tugas mendidik, perkeranian, pengurusan dan sebagainya.
Tidak dinafikan guru kita amat komited dalam menjalankan tugas berpegang kepada
falsafah pendidikan negara. Guru di sekolah selain daripada mengajar, juga bertindak
sebagai guru di sekolah selain daripada mengajar, juga bertindak sebagai tukang
kebun atau tukang sapu (Kalau hendak ceriakan sekolah), doktor atau jururawat
(urusan pertolongan cemas), pendaftar (menulis semua butiran pelajarnya), kastam
(memungut yuran kelas, peperiksaan, PIBG dan banyak lagi) , jurulatih (melatih
pelajar dalam aktiviti sukan, permainan, nyanyian dan kebudayaan) dan banyak lagi.
Kaji selidik yang dijalankan oleh NUTP menyatakan bahawa bebanan tugas
guru boleh dibahagi kepada lima bidang itu sebagai kerani, setiausaha, bendahari,
jurujual, jurutaip dan juruhias. Pada 7 Julai 2005, sebahagian besar media cetak di
Malaysia melaporkan cara Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru (JMBTG)
yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Ambrin
Buang telah mendapati guru terbabit mengambil masa 74 jam seminggu untuk
melaksanakan tugas mereka selain dibebankan dengan tugas mengisi 108 jenis
borang. Guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur boleh dikategorikan
sebagai golongan `terbeban' kerana terpaksa menghabiskan sebahagian besar masa
untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab mereka.
JMBTG juga mendakwa guru menghabiskan 38 hari setahun untuk
menghadiri kursus dan latihan berbanding hanya tujuh hari yang ditetapkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada 27 Februari 2005, selepas majlis penutup
Program Jati Diri dan Kecemerlangan Akademik Pelajar Matrikulasi sesi 2004/2005
Kolej Matrikulasi Perak, Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein
pernah menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran mendapati guru-guru kini terlalu
dibebankan dengan tugas bukan mengajar sehingga menjejaskan kualiti pengajaran
dan pembelajaran di sekolah-sekolah. DPPNJ melihat bahawa bebanan tugas
berlebihan ini adalah berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan di dalam
pentadbiran dan penyelarasan di semua peringkat pentadbiran sekolah.
4.1.3 Pelbagai skim

Terdapat empat kategori skim perkhidmatan profesion keguruan iaitu skim Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS), Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Guru
Sandarann Terlatih (GST), dan skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
(PPPS). Menurut amalan sebelum ini, guru di bawah skim PPPLD akan ditugaskan
untuk mengajar di sekolah rendah manakala guru di bawah skim PPPS akan
ditugaskan di sekolah menengah. Namun demikian, di bawah inisiatif dan dasar
pensiswazahan guru dan selaras dengan hasrat KPM untuk menempatkan 50% guru
siswazah di sekolah rendah dan 100% guru siswazah di sekolah menengah menjelang
tahun 2010, amalan tersebut telah diubah bagi meningkatkan lagi kualiti guru dan
kualiti pendidikan yang diberikan kepada murid. Sehingga 31 Januari 2007, terdapat
seramai 198,894 orang guru yang berkhidmat di 7,621 buah sekolah rendah manakala
terdapat seramai 140,988 orang guru yang berkhidmat di 2,055 buah sekolah
menengah.
Namun kaedah ini akan menimbulkan masalah dalam proses proses
penyerapan ilmu oleh pelajar kerana kekosongan jawatan guru samada di sekolah
rendah mahu pun menengah biasanya diisi oleh guru sandaran yang tidak mendapat
latihan secara formal. Di universiti atau maktab perguruan, bakal guru akan
dibekalkan kursus-kursus seperti pembangunan sahsiah dan perkembangan pelajar
untuk memudahkan mereka untuk memahami pelajar dan cara-cara untuk
menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh pelajar. Namun guru-guru yang
dilantik hanya untuk memenuhi tempat kosong di sekolah tanpa diberi kursus akan
menimbulkan kekangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak dapat
nafikan mengenai keperluan mengisi kekosongan tersebut atas dasar pendidikan
pelajar di sekolah. Tetapi pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan ini
akan menjadi lebih pudar lagi apabila ada sesetangah pihak yang menganggap tanpa
mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka masih boleh menjadi
seorang guru.
Sepatutnya, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Pendidikan mengambil langkah
yang proaktif terhadap masalah yang dihadapi. Lambakan guru-guru sandaran tidak
terlatih di sekolah dengan sendirinya akan merendahkan martabat profesion keguruan
tersebut. Sepatutnya kekosongan jawatan guru di sekolah menengah diisi dengan
kehadiran guru-guru yang telah menamatkan pengajian secara separuh masa atau PJJ
yang terlalu ramai di sekolah rendah, manakala di peringkat sekolah rendah ianya
diisi dengan guru-guru lepasan diploma dari maktab perguruan.

4.1.4 Status ekonomi guru-guru

Menurut Green Berg (1990), faktor penyebab kepuasan bekerja yang paling utama
melibatkan polisi dan upah, gaji, ganjaran dalam perkhidmatan. Faktor ini penting
kerana melalui gaji, upah dan ganjaran kepada pekerja dapat menyarakan kehidupan
mereka. Maka kepuasan bekerja tidak dapat dikecapi apabila sistem gaji yang
diterima tidak setimpal dengan apa yang dilakukannya contohnya kerja-kerja
pengkeranian. Kegagalan menarik calon-calon yang cemerlang ke dalam bidang
keguruan ini disebabkan oleh faktor gaji yang rendah dibandingkan dengan profesion
lain.

4.2 Berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar yang begitu ramai. Tambahan pula, guru
perlu melayani setiap karenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan,
pertubuhan dan masalah peribadi.

4.2.1 Cabaran daripada murid

Norhayati Md Said (2007, Julai 29) dalam tulisannya “Kekurangan Guru Lelaki Amat
Dirasai’ yang disiarkan di Berita Minggu, turut mengakui bahawa masalah disiplin
ketika ini bukan boleh dibandingkan dengan zaman dulu. Masalah yang menghambat
anak zaman sekarang terlalu berat, bermula daripada ponteng, menghisap rokok,
samseng, pergaulan bebas lelaki dan wanita serta pelbagai masalah yang tidak terfikir
akal boleh dilakukan anak zaman ini. Inilah cabaran hebat yang perlu ditanggung oleh
guru.
Cabaran yang hebat dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar boleh
mematahkan semangat guru. Guru sering berada dalam keadaan dilema sama ada
mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar atau membiarkannya sahaja. Guru
menjadi serba salah kerana bimbangkan keselamatan diri. Kebimbangan guru ada
rasionalnya. Guru bimbang sekiranya mereka mengambil tindakan disiplin terhadap
pelajar yang melanggar peraturan sekolah, mereka akan menghadapi risiko. Pelajar
yang nakal ini berkemungkinan membalas dendam dengan cara mencederakan guru
atau merosakkan harta benda guru seeprti mencalar kereta guru atau membocorkan
tayar kereta guru. Pelajar-pelajar zaman ini berani mengambil tindakan terhadap
guru-guru yang cuba mendisiplinkan mereka di sekolah. Buktinya,terdapat banyak
kes pelajar melawan guru, mengugut guru, menumbuk guru, malah ada juga pelajar
yang memukul guru walaupun hanya berumur 12 tahun. Satu kes pernah dilaporkan
oleh akhbar Harian Metro berkaitan seorang murid darjah enam yang membelasah
gurunya dengan penyodok sampah pada 18 April 2006 kerana tidak puas hati dengan
hukuman guru terbabit terhadapnya berikutan tidak menyiapkan kerja sekolah. Dalam
kejadian tersebut, murid itu dimarahi oleh guru dan disuruh menyiapkan kerja rumah
sambil berdiri.

4.2.2 Cabaran daripada ibu bapa

Sekarang hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran


yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan
tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang
dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka
mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal
sahaja. Yusri Abdul Malek dalam artikelnya “Displin Pelajar Bermula di Rumah”
pula menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah
senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi.
Kebanyakkan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari kampung
bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak
mereka dirotan kerana kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang ke
sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. (Harian Metro, 2006).
Hal ini berlaku dalam sistem pendidikan kita. Terlalu banyak campur tangan dan
akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada
noktah.

4.3 Wujud profesion lain yang lebih baik hasilnya daripada profesion pendidikan dan
pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru.

Profesion guru sangat penting kepada masyarakat dan negara. Sepatutnya, profesion
ini setanding dengan profesion lain misalnya doktor, jurutera, peguam dan akauntan.
Andainya golongan doktor merawat orang yang sakit, jurutera pula bertanggungjawab
membangunkan infrastruktur negara, para peguam menegakkan keadilan, sebaliknya guru
melaksanakan tanggungjawab dalam membentuk dan mendidik manusia supaya menjadi ahli
profesional yang terdiri daripada doktor, jurutera, peguam dan lain-lain, serta
bertanggungjawab meneruskan tamadun dunia. Ada pendapat yang menyatakan profesion ini
merupakan satu kerjaya pilihan terakhir. Sebagai contoh, apabila ditanya kepada graduan
mengenai kerjaya pilihan mereka, ramai yang memberikan jawapan yang hampir senada iaitu
bidang keguruan adalah pilihan terakhir bagi mereka. Hakikatnya tanggungjawab mendidik
anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bila kita menandatangani perjanjian
sebagai sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu kita.

Jika kita melihat kepada situasi pada hari ini, pembelaan terhadap profesion keguruan
ini masih kurang mendapat perhatian. Pihak media massa pula sering memperbesar-besarkan
isu yang berkaitan salah laku guru dengan tujuan meningkatkan publisiti akhirnya akan
menguntungkan pihak mereka. Hal ini kerana terdapat sesetengah media massa hanya
mengutamakan keuntungan sahaja tanpa mengutamakan hakikat perkara yang sebenar.
Mereka sering menggunakan perkataan sensasi bagi menggambarkan kejadian yang tidak
seberapa. Sebagai contoh, terdapat kes murid yang dipukul dan mengalami segaris luka
namun perkataan sensasi media massa yang digunakan ialah ‘cedera’. Hal ini menyebabkan
guru digambarkan sebagai tidak bermoral kerana memukul murid sedangkan hakikat
kejadian yang sebenar adalah sebaliknya. Guru yang bertindak memukul muridnya pasti
mempunyai alasan tersendiri dan tidak akan memukul sesuka hati. Akhirnya, keadaan ini
hanya akan memburukkan lagi imej profesyen keguruan di mata masyarakat.
Kejadian-kejadian yang berlaku dan sering mendapat liputan meluas ini merupakan
satu cabaran yang besar buat guru. Sudah pasti juga hal ini membuatkan guru-guru berada
dalam keadaan dilema. Niat untuk mendidik dan mendisiplin pelajar-pelajar dikekang oleh
pelbagai faktor. Bagi guru yang pernah mengalami pengalaman buruk akibat cuba
mendisiplinkan pelajar, berkemungkinan sudah serik atau trauma seperti yang terjadi kepada
guru wanita yang dicekik oleh pelajarnya. Akhirnya berkemungkinan guru lebih berminat
meneruskan pengajaran tanpa menghiraukan hal ehwal disiplin pelajar dan mengambil jalan
keluar dengan tidak berbuat apa-apa apabila pelajar melanggar disiplin.

4.4 Tuntutan Perubahan Semasa

4.4.1 Perkembangan teknologi maklumat

Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan
Pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih. Kemajuan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi dalam era globalisasi pada masa kini menjadikan dunia pendidikan
memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah
menjadi semakin kompleks. Tambahan pula, masalah sekolah juga semakin
bertambah apabila bilangan murid bertambah di dalam bilik darjah. Situasi ini
seterusnya memperlihatkan persediaan seseorang guru berhadapan dengan pelbagai
cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah.
KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan. Dasar
pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh
kemahiran menggunakan kemudahan ICT. Dasar kedua mengutamakan peranan dan
fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai
kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata
pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran
Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian
kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata
pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan). Dasar ketiga menekankan penggunaan
ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem
pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem
aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.
Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para
pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan termasuk kemudahan ICT sebagai yang
dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Dalam proses
penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian
hasil pembelajaran (learning outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking);
dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (online) akan menjadi perkara biasa
untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Menurut Wise (1999) ‘Increasingly,
technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment’. Naisbitt
(1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global
ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain
daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking ). Bagi Rohaty Majzub
(2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international character) yang perlu
ada pada guru kerana ini adalahavenue baru yang perlu diteroka dan
diperkembangkan. Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru.

4.4.2 Pembaharuan yang dilaksanakan oleh KPM

Dalam mengharungi cabaran ini, Guru perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan
dan pemugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang
berterusan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon berkata, dalam
abad ke-21 ini, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan
globalisasi dan liberasasi. Dasar dan strategi yang telah terbukti berjaya pada masa
lampau, tidak semestinya berkesan untuk masa kini dan masa hadapan. Justeru,
sistem pendidikan mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk
melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.
Pembaharuan-pembaharuan seperti pengajaran dan pembelajaran sains dan
matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 telah banyak memberi
kesan kepada guru yang mengajar matapelajaran tersebut. Tugas melaksanakan
pengajaran di bilik darjah sememangnya menjadi tanggungjawab guru mata pelajaran.
Guru juga perlu meningkatkan keupayaan dan amalan pengajaran mereka untuk terus
meningkatkan pencapaian murid. Walaupun KPM telah menyediakan latihan intensif
bahasa Inggeris (Kursus ETeMS), Kursus Orientasi Kurikulum (KOSM), latihan
penggunaan ICT, peralatan teknologi maklumat, bahan bacaan tambahan serta
beberapa bentuk perisian khas kepada guru namun pembaharuan ini akan
membebankan lagi tugas guru yang bukan hanya sekadar mengajar sahaja.
Selain PPSMI, kurikulum sentiasa mengalami perkembangan dari semasa ke
semasa. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan
keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian
sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan. Contoh pengenalan mata pelajaran
vokasional (MPV).

4.4.3 Pemilihan calon guru yang benar-benar layak

Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk


kesesuaian jenis personaliiti seseorang dengan persekitaran itu. Apabila jenis
personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca
kepada sikap tidak berminat terhadap kerja mahupun perkembangannya (Holland,
1973). Kementerian perlu memantapkan lagi proses perlantikan dan memerlukan
pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan
setiap guru mencapai st andard minimum.
Sekiranya profesion ini adalah pilihan yang terakhir bagi guru, minat utama
terhadap profesion ini sebenarnya hanya sedikit sahaja dan akibatnya selepas 2 atau 3
tahun menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dijalankan
terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian ‘Burn-out’ terhadap guru jelas
menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah
guru yang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi. ( Wan
Mohd Zahid Nordin ). Jadi guru seperti ini akan mendidik anak didiknya secara
sambil lewa sahaja bagaikan melepas batuk di tangga.

5.0 Pendekatan

Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran yang
analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri
dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh hal yang demikian,
guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan
tugas mereka. Selepas meneliti isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam profesion
keguruan, terdapat beberapa pendekatan yang dikenal pasti bagi setiap isu-isu yang
dikemukan.

5.1 Bebanan kerja guru dan kurang insentif yang diterima

Menurut Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, bekas Ketua Pengarah Pelajaran dan
beberapa tokoh akademik telah menyarankan empat langkah khusus untuk
mengurangkan beban tugas guru di sekolah melalui konsep ‘memasyarakatkan
pendidikan’ yang tidak mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan. (Syuhada Choo
Abdullah, 2010)
Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa
untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta
dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar,
serta mewujudkan persatuan pesara guru.
i. Memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan
aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang dan
kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari
Sukan di sekolah yang membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah
dan memakan masa guru selama ini. Dengan menggembleng
sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan
aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung
akan membantu guru memfokus kepada tugas pengajaran dan
pembelajaran.
ii. Kementerian Pelajaran perlulah mengoptimumkan pembabitan sektor
swasta dalam pembangunan bidang pendidikan. Dalam konteks ini,
sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi
pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman.
Matlamat ini boleh dicapai melalui program seperti anak angkat oleh
syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu pun kecil.
iii. Mempergiatkan sumbangan bekas pelajar secara aktif di sesebuah
sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti
bimbingan kerjaya dan ceramah menghadapi peperiksaan terutamanya.
iv. Mewujudkan persatuan pesara guru telah dicadangkan bagi
membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu
menyalurkan idea serta pengalaman yang ada untuk membantu
Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk
dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.

Selain pendekatan di atas, Prof Madya.Datuk Dr Mohamad Ali Hassan yang


merupakan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional
(PIBGN) menyatakan bahawa jawatan pembantu guru perlu diwujudkan segera bagi
membantu guru yang turut melaksanakan tugas pentadbiran.

5.2 Berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar yang begitu ramai. Tambahan pula, guru
perlu melayani setiap karenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan,
pertubuhan dan masalah peribadi.

5.3 Wujud profesion lain yang lebih baik hasilnya daripada profesion pendidikan dan
pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru.
5.4 Tuntutan perubahan semasa

Guru boleh melakukan peningkatan profesionalisme melalui latihan dalam perkhidmatan.

Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata

pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru dilatih semula

semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat mempertingkat dan memperkukuh

profesionalisme diri selain mengembangkan potensi insan ke tahap yang diingini.

6.0 Penutup

Profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan
yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan
mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat.
Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut
perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan.
Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi
oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan,
kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut
kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi,
pemantapan kebajikan dan kerjaya harus terus diberi penekanan oleh pihak kerajaan.
Skim perkhidmatan keguruan perlu terus diperbaiki bermula daripada aspek
pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati
skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan profesional yang lain.
Pendekatan yang mewujudkan laluan kerjaya profesion keguruan yang lebih menarik akan
meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan, menarik minat individu lain
untuk menyertai profesion ini serta akan dapat melahir dan mengekalkan guru-guru berkualiti
dan sekali gus memartabatkan profesion keguruan yang mulia ini.
Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi
orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Cabaran guru masa depan lebih hebat. Guru
harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti
dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih
bijak dan berhati-hati.
Guru masa kini harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik. Guru harus bijak
mentafsir kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmunya. Bagi rakyat, kurikulum
yang menjadi intipati kemajuan dan perpaduan ialah integrasi antara kaum. Usaha
Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa
guru siapalah kita hari.

Bibliografi

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003) Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjong
Malim, Perak Darul Ridzuan: Quantum Books.

Anon (2010) Ciri-ciri Dan Potensi Diri Guru Berkesan Dalam Merealisasikan Pendidikan
Cemerlang. Diperolehi pada 3 Ogos 2010 daripada http://www.angelfire.com.

Boon Pong Ying (2005) Amalan Relektif Ke Arah Peningkatan Profesionalisme Diri Guru.
Diperolehi pada 16 Julai 2010 daripada http://www.scribd. com.

Drs.Ali Imron, M.Pd (1995) Pembinaan Guru Di Indonesia. Jakarta: PT Dunia Pustaka
Jaya.

Drs. A.Samana, M.Pd (1994) Profesionalisme Keguruan. Yogyakarta: Penerbit Kanisius.

Esah Sulaiman (2003) Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai, Johor Darul Ta’zim:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Ibrahim bin Ahmad (2003) Profesion Keguruan Pilihan Terakhir ? : Suatu Tinjauan.
Diperolehi pada 3 Ogos 2010 daripada http://www.scribd.com
Mohamad Johdi Hj. Salleh (2010) Guru Efektif Dan Peranan Guru Dalam Mencapai
Objektif Persekolahan Sekolah Rendah:Perspektif Guru Besar. Diperolehi pada 3
Ogos 2010 daripada http://www.scribd.com

Norhayati Md Said ( 2007, Julai 29). Kekurangan Guru Lelaki Amat Dirasai. Berita Minggu.
Diperolehi pada 23 Julai 2010 daripada http://www.bmigguan.com.my

Omar Abdull Kareem, Khuan Wai Bing (2010) Perkembangan Profesional Guru Secara
Berterusan:Perspektif Pembangunan Sumber Manusia. Diperolehi pada 3 Ogos 2010
daripada http://www.scribd.com.

Ridzuan Yeop (2010, Mei 13). Khidmat pembantu mampu atasi beban tugas guru di sekolah.
Utusan. Diperolehi pada 23 Julai 2010 daripada http://www.utusan.com.my

Robiah Yaakob, Noraffandy bin Yahaya (2010) Penggunaan Pusat Sumber Sekolah Dan
Perpustakaan(PSS): Faktor, Kesan Serta Masalah. Diperolehi pada 24 Julai 2010
daripada http://eprints.utm.my.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamarudin, Abd.Aziz Abd.Shukor, Ramlah Jantan,


Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah (2009) Pembelajaran dan Perkembangan
Pelajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syuhada Choo Abdullah (2010, Mei 24). Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas
guru.
Berita harian. Diperolehi pada 23 Julai 2010 daripada http://www.bharian.com.my.

Yusri Abdul Malek (2006, Mei 25). Displin Pelajar Bermula di Rumah. Harian Metro.
Diperolehi pada 23 Julai 2010 daripada http://www.harianmetro.com.my.

You might also like