You are on page 1of 7

Kesan sosial selepas penjajahan.

1.0 Pendahuluan
Dari segi kebudayaan, social membawa satu pengertian yang luas merangkumi segala hal
yang berkaitan dengan masyarakat. Antaranya termasuklah sistem sosial, stuktur sosial,
mobility sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara masyarakat, dan stafikasi sosial.
Dalam masyarakat Melayu sebagaimana yang digambarkan oleh sejarah Melayu, aspek-
aspek sosial itu sangat ketara. Namun begitu, hanya terdapat beberapa aspek yang sangat
ketara perubahannya selepas penjajahan oleh Barat, iaitu agama dan kepercayaan, stuktur
sosial, bahasa, petempatan serta adat istiadat dan pendidikan. Kesan daripada penjajahan
oleh orang-orang Barat iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris telah memberikan impak yang
besar dalam sistem sosial di Tanah Melayu yang mana perubahan tersebut dapat dilihat dari
pelbagai aspek sosial.

2.0 Kesan dari segi agama dan kepercayaan.


Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan
kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama. Sebelum kedatangan
penjajah di Tanah Melayu masyarakat di Tanah Melayu mengamalkan kepercayaan animism
dan ajaran Hindu-Buddha yang menjadi amalan mereka sejak berkurun-kurun itu amat sukar
dikikis habis daripada hati dan jiwa mereka. Tetapi pegangan itu berubah selepas kedatangan
Islam yang berteraskan kepercayaan kepada Allah. Namun begitu selepas penjajahan inggeris
di Tanah Melayu, kepercayaan dan agama penduduknya telah berubah sedikit daripada
kepercayaan animisme kepada pengaruh teori sains dan teknologi dan juga pengaruh agama
yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh kristiean serta dasar penjajah yang menganggap
tamadun mereka mestilah diikuti oleh seluruh masyarakat dunia kerana mereka mengatakan
bahawa mereka adalah orang yang membawa kesempurnaan dalam hidup masyarakat yang
dianggap mundur. Walaupun begitu, kepercayaan tersebut tidaklah ketara dalam masyarakat
Melayu kecuali pengaruh agama kristien yang telah berkembang dengan meluas di Tanah
Melayu. Kesan daripada galakkan Inggeris yang telah memainkan peranan kemasukan orang-
orang Cina juga telah melahirkan kepercayaan baru dalam masyarakat Melayu iaitu ajaran
Conficius. Ajaran ini sedikit turut mempengaruhi sebahagian masyarakat Melayu kerana
ajaran ini mengutamakan keamanan dan perdamaian di kalangan penganutnya.
Antara kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk
animisme dan menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Oleh itu
wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai,
gunung dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu mungkin disifatkan sebagai hantu,
jembalang, atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut. Memandangkan kuasa ghaib itu
tidak boleh dihubungi oleh orang sembarangan, maka pawang, dukun atau bomoh
diperlukan. Sebagai contohnya orang-orang Melayuhantu air, ia berkuasa di air dan
dikatakan dapat menahan atau memegang perahu daripada bergerak. Hal ini digambarkan
dalam Hikayat Pahang. Oleh itu, demi keselamatan masyarakat kuasa ghaib atau penunggu
sesuatu tempat perlu dipuja dan dijamu denagn hidangan yang enak. Terdapat juga kuasa lain
yang dipercayai oleh masyarakat Melayu yang dipanggil jin atau peri. Pada umumnya
makhluk yang dipercayai sebagai peri amat cantik dan tidak dapat dibandingkan
kecantikannya dengan manusia biasa. Sehubungan denganitu, ia dijadikan perbandingan
untuk menunjukkan keelokan rupa seseorang atau benda.
Turut dipercayai oleh oleh masyarakat Melayu ialah ‘Ilmu hitam’. Ia dikatakran dapat
mempengaruhi manusia. Untuk membuat ‘ilmu hitam’ ia melibatkan ilmu ghaib iaitu melalui
jampi dan mantera. Pengunaan ‘ilmu hitam’ tidak terbatas dalam masyarakat Melayu
tradisional tetapi berterusan dalam masyarakat moden. Selain daripada itu, bomoh dipercayai
dapat menghalau hantu-hantu yang dapat merosak atau mengganggu angggota masyarakat.
Terdapat juga golongan istana yang menggunakan ahli nujum terutama sebelum kedatangan
Islam atau tahap-tahap awal kedatangannya. Peranan ahli nujum agak berbeza dengan bomoh
yang mana ia lebih kepada membuat ramalan. Sultan Malikul Salleh iaitu raja Pasai
menggunakan khidmat ahli nujum untuk memilih seorang daripada puteri-puteri raja Perlak
sebagai isterinya. Tilikan atau ramalan ahli nujum itu berkaitan dengan ilmu firasat. Menurut
Sulastin Sutrisno, orang yang mempunyai ilmu dapat merasa, melihat atau mengetahui lebih
dahulu segala sesuatu yang akan berlaku. Melalui firasat juga seseorang itu dapat mengetahui
kelemahan atau kekuatan orang lain. Antaranya berdasarkan nama, hari atau ketika.
Kepercayaan kepada ilmu firasat boleh dikaitkan dengan konsep ‘memilih ketika’ dalam
kalangan masyarakat Melayu. Umpanya dalam seminggu terdapat hari-hari tertentu yang
baik dan buruk atau sial. Demikian juga dengan bulan-bulan tertentu dalam masa setahun.
Sehubungan dengan itu, mereka memilih ketika yang baik untuk memulakan sesuatu
pekerjaan atau rancangan mendirikan rumah, mengerjakan sawah dan memulakan perjalanan
untuk merantau. Bagi mereka ‘memilih ketika’ itu penting untuk mengelakkan daripada
bencana atau sebarang kemalangan. Selain itu, masyarakat Melayu turut mempaercayai
petunjuk daripada tanda-tanda yang luar biasa atau mimpi. Kebolehan yang luar biasa
sesetengah tokoh-tokoh agama menyebabkan masyarakat menganggap mereka keramat.
Justeru, segala kepercayaan masyarakat tradisional walaupun selepas kedatangan
penjajah terdapat kepercayaan yang masih diamalkan sehingga hari ini. Selain daripada
kepercayaan tersebut terdapat pelbagai lagi kepercayaan lain yang ada di dalam masyarakat
Melayu. Agama dan kepercayaan merupakan satu bentuk sosial yang sangat penting di dalam
sesebuah masyarakat seluruh dunia amnya.

3.0 Stuktur sosial


Dari segi stuktur sosial, selepas kedatangan penjajah di Tanah Melayu turut membawa
kesan perubahan yang ketara. Terdapat beberapa dalam stuktur sosial masyarakat yang telah
berubah dan terhapus seperti golongan yang paling bawah kedudukannya di dalam hierarki
lapisan masyarakat Melayu iaitu golongan hamba. Perubahan dalam hierarki masyarakat
Melayu bermula dari lapisan teratas sehingga lapisan yang paling bawah sekali. Stuktur
social adalah merujuk kepada sifat organisasi masyarakat yang terbina daripada semua
kompenan atau ‘set sosial’ di mana setiap kompenan itu berfungsi sehingga membolehkan
masyarakat tersebut terus wujud. Masyarakat Melayu tradisional sebagai sebuah organisasi
masyarakat mempunyai stuktur sosialnya yang tersendiri.
Sebelun kedatangan penjajah secara rasminya pada tahun 1874, Segala ‘set sosial’
termasuk pola tingkah laku, peranan, sistem kemasyarakatan dan kompenan-kompenan lain
yang membentuk organisasi itu melibatkan semua golongan masyarakat. Lapisan yang terdiri
daripada golongan raja, bangsawan atau pembesar, rakyat biasa dan hamba adalah jelas. Raja
dan kerabatnya menduduki tangga teratas dalam kedudukan lapisan masyarakat tersebut
dengan autoriti dan kuasa mutlak. Sultan dan kelurganya mempunyai kedudukan yang lebih
mulia daripada golongan yang lain. Raja amat disegani oleh rakyat dan dianggap sebagai
dewa yang perlu ditaati dan jika melanggar titah Raja, masyarakat percaya akan mendapat
balasan yang dipanggil tulah atau ‘daulat’ Raja. Selain itu, Raja berperanan secara mutlak
dalam pemerintahan dan pentadbiran. Segala yang dititahkan oleh Raja tidak boleh
dipertikaikan dan dibantah oleh rakyat. Raja juga memegang nyawa rakyatnya kerana segala
keputusan bergantung kepada Raja dan kuasa mengampun hanya dipegang oleh Raja. Ia
dibantu oleh golongan lapisan kedua iaitu golongan bangsawan. Namun begitu, selepas
penjajahan di Tanah Melayu peranan Raja sebagai kuasa mutlak telah dikurangkan. Walau
bagaimanapun kedudukan Raja dalam hierarki organisasi sosial masyarakat Melayu masih di
tempat yang teratas tetapi hanya sebagai lambang perpaduan masyarakat yang berbilang
kaum di Negara Malaysia bagi menjamin kedaulatan dan keamanan Negara serat
memperkenankan undang-undang yang digubal oleh Parlimen.
Golongan kedua pula yang menduduki lapisan hierarki dalam organisasi sosial
masyarakat Melayu ialah golongan bangsawan. Di Melaka dengan mengambil contohdalam
masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah, golongan bangsawan terdiri daripada
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana, Syahbandar dan pembesar-
pembesar lain serta keluarga mereka. Golongan ini sangat memainkan peranan penting dalam
membantu Raja memerintah, mengurus dan mentadbir sesebuah masyarakat. Bendahara
bertanggungjawab dalam hal-hal kewangan dan mengurus perbelanjaan apabila berlakunya
peperangan di dalam kawasan jajahan takluk masing-masing. Penghulu Bendahari pula
memainkan peranan yang lebih tinggi daripada Bendahari. Mereka ini juga
bertanggungjawab dalam hal pemungutan cukai-cukai yang dikenakan pada setiap penduduk
yang dalam jajahan mereka. Namun begitu, kesan daripada penjajahan, maka institusi ini
telah berubah terutama dari segi gelaran untuk setiap jawatan yang dipegang. Sebagai
contohnya, Bendahara telah ditukar kepada menteri kewangan. Temenggung pula
bertanggungjawab dalam melaksanakan hukuman terhadap rakyat yang melakukan kesalahan
dalam masyarakat atau melanggar perintah Raja. Hukuman yang dijalankan selalunya dengan
hukuman bunuh iaitu hukuman pancung. Laksamana memainkan peranan bagi menjaga
keselamatan dan keamanan serta melaporkan kekacauan atau huru-hara yang berlaku di
dalam jajahan takluk tersebut.
Menyentuh tentang golongan rakyat biasa yang dikenali juga dengan orang Merdeka.
Golongan rakyat dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan yang dilihat dari segi fungsi dan
pekerjaan masing-masing iaitu peniaga dan pedagang, buruh biasa dan tukang-tukang mahir
seperti membuat ukiran dan senjata. Sebagai golongan Merdeka mereka bebas
mengendalikan apa sahaja bentuk aktiviti dalam kehidupa harian mereka tanpa banyak
gangguan daripada pihak pembesar atau pihak Raja. Mereka tidak perlu meminta kebenaran
daripada pembesar tempatan sekiranya ingin mendirikan rumahtangga atau pergi ke mana-
mana. Namun begitu, dalam hal kenduri kendara mereka dianggapkan sentiasa memberitahu
atau menjemput pembesar yang menjadi ketua kawasan masing-masing. Kaum petani juga
tidak dilarang atau dihalang membuka tanah baru untuk pertanian. Tetapi selepas penjajahan,
rakyat terikat dengan undang-undang perihal memiliki tanah dan membuka tanah baru.
Selepas kedatangan penjajah di Tanah Melayu, setiap rakyat yang ingin memiliki tanah
mestilah memohon kebenaran dan pihak kerajaan akan memberikan geran tanah. Rakyat
tersebut juga perlu membayar pendahuluan pada peringkat awal ketika memohon kebenaran
serta membayar cukai tanah selepasnya. Oleh itu, jika terdapat rakyat yang tidak mematuhi
peraturan ini maka ia boleh didakwa dan disaman dalam mahkamah sivil. Walaupun begitu,
masyarakat tradisional tetap terikat dalam hal-hal tertentu seperti dikerah oleh Raja atau
pembesar sama ada untuk berperang atau menjalankan kerja Raja.
Perbezaan fungsi, kekayaan dan keturunan antara individu dan kelompok, walaupun
dalam golongan yang sama menghasilkan kelas-kelas tertentu. Mereka yang kaya terutama
saudagar-saudagar dan golongan pedagang lain serta tokoh-tokoh agama selalunya
mempunyai status sosial yang tinggi. Kumpulan ini sering diletakkan dalam kelas menengah.
Satu lagi ‘set sosial’ yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah golongan hamba.
Golongan hamba dalam lapisan masyarakat menduduki tempat yang paling bawah. Golongan
ini tidak bebas dalam semua aspek kehidupan dan mereka juga tidak boleh bertindak sesuka
mengikut kemahuan sendiri kerana mereka dikawal oleh perintah dan peraturan yang
ditetapkan tuan mereka. Namun, golongan ini memainkan peranan yang banyak dalam
menyumbang tenaga untuk menambah harta dan mengawal tuannya. Lebih penting daripada
itu, mereka juga menjadi salah satu factor ketinggian status orang yang memilikinya.
Seseorang tuan atau Tengku dikatakan mempunyai status yang tinggi jika memiliki ramai
hamba dan hamba-hamba itu sudah lama tinggal bersamanya. Walau bagaimanapun intitusi
perhambaan mulai runtuh apabila berlakunya campur tangan di Tanah Melayu bermula pada
1874. Selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 golongan hamba telah
dihapuskan sepenuhnya.
4.0 Bahasa

Selepas kedatangan penjajah di Tanah Melayu pada tahun 1874, telah membawa kesan
perubahan yang besar dalam bahasa dan pertuturan masyarakat Melayu yang mana telah berlaku
percampuran bahasa. Istilah-istilah dalam bahasa Inggeris banyak dipinjamkan ke dalam bahasa
melayu. Sebagai contohnya, penggunaan bahasa inggeris seperti dominan, konvokesyen,
televisyen, telefon, stuktur dan sebagainya. Bukan itu sahaja tetapi bahasa-bahasa penjajah Barat
lain yang pernah menjajah Tanah Melayu turut dapat dilihat dari beberapa istilah yang telah
dipinjam ke dalam bahasa Melayu yang diambil daripada bahasa Portugis seperti jendela dan
garpu. Selain daripada itu, bahasa Melayu juga turut dipengaruhi oleh oleh bahasa Arab
walaupun Bangsa Arab bukan penjajah tetapi melalui perdagangan dan dakwah. Sebagai
contohnya, penggunaan bahasa Arab seperti perkataan assalamualaikum, selamat, hijrah,
syahadah, faedah, terjemahan dan sebagainya.
Namun begitu, kedatangan penjajah ke Tanah Melayu turut membawa kepada
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Negara. Apabila tamatnya Perang
Dunia Kedua, semangat nasionalisme muncul di seluruh dunia. Ini bukan sahaja bermaksud
hasrat untuk mencapai kemerdekaan tetapi juga kemerdekaan yang membawa identity baru
dengan bahasa kebangsaan sendiri. Pada tahun 1952, kongres Melayu yang pertama diadakan
untuk membincangkan hal yang berkenaan dengan bahasa dan sastera. Sebuah agensi
perancangan bahasa di bawah naungan Kementerian Pendidikan, Balai Pustaka diamanahkan
dengan tanggungjawab membina dan mengembangkan bahasa Melayu. Pada tahun 1959, agensi
ini menjadi badan yang berdikari iaitu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP bolehlah
dianngap sebagai pemerhati Negara bagi bahasa. Pada tahun 1957, Malaya memperoleh
kemerdekaan dan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Pada tahun berikutan, usaha
dilaksanakan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan,
mengambil alih bahasa Inggeris. Melalui perancangan dan pelaksanaan bahasa, kini bahasa
Melayu digunakan pada semua peringkat pendidikan. Pada tahun 1970, bahasa Melayu telah pun
digunakan dalam pengajaran sains pada peringkat Universiti.
Dengan penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan, timbul masalah perbezaan
sebutan akibat loghat, ejaan, dan peristilahan. Sebagai contohnya, perkataan boleh dan bolih,
untuk atau untok, baru, bharu, baharu, ataupun bahru. Sebagai jawapan kepada masalah ini, dua
buah naskah panduan iaitu Panduan Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1957) dan Pedoman Umum
Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1957) dan juga daftar kata yang rasmi, Daftar Ejaan
Rumi Bahasa Malaysia (1981) diterbitkan. Sebanyak satu ratus naskah risalah bercetak
SERBBM disebarkan secara percuma kepada jabatan kerajaan. Sekarang apabila timbul
keraguan, risalah rasmi ini boleh dijadikan panduan dengan penuh yakin dan tidak membuat
kesilapan tentang penulisan. Kebanyakan generasi tua yang di didik dalam ejaan lama
melakukan kesilapan tetapi masa peralihan diperlukan.
Oleh yang demikian, secara langsung kedatangan penjajah di Tanah Melayu telah dengan
sendirinya memartabatkan bahasa Melayu. Hal tersebut dapat dilihat iaitu pada masa dahulu,
apabila komunikasi agak mundur dan banyak yang buta huruf serta bahasa Melayu hanya
digunakan sebagai bahasa harian. Bukan itu sahaja tetapi telah menyebabkan berlakunya
percampuran bahasa antara bahasa tempatan dan bahasa asing yang telah digunakan sehingga
hari ini yang terdapat dalam penggunaan bahasa kebangsaan dan juga bahasa harian.

You might also like