You are on page 1of 17

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU :

CONGKAK

Name :
I.D No :
Fakulti :
ISI KANDUNGAN :

 Permainan Tradisional melayu

 Penghargaan

 Pengenalan

 Latar belakang congkak

 Asas permainan

 Peraturan permainan

 Cara membuat congkak

 Kesimpulan
PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

Permainan traditional berupaya membentuk sebahagian


daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita.
Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup
nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali
sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini
yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui
oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada
juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak
sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah ,
congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan
lain-lain.
PENGENALAN

Congkak adalah sejenis permainan tradisional melayu


yang sering dimainkan oleh kaum wanita dan kanak-kanak
sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.
Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau
lubang di atas tanah yang dikorek dan kebiasaannya buah
congkak menggunakan guli-guli kaca, buah getah, biji
saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Di samping
memberi keseronokan, congkak juga berfungsi sebagai
suatu latihan mengira/mencongak.
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak
biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar
yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir
bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala
dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran
Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam
ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya
permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian
diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor
terkena tanah.
Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari
antara satu sama lain yang disebut ‘kampung’. Pada
penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan
dalam yang dinamakan ‘rumah’. Jumlah kampung yang
biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau
sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan
buah congkak sama banyak.
LATAR BELAKANG CONGKAK

 Congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika


atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai
oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan
National Geographic menjumpai kepingan batu kapur
yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak
5000 hingga 7000 SM(Sebelum Masihi) di masa kini
Jordan.
 Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika.
Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-
pedagang Arab.
 Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari
Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat
perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak"
dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu
"congak" yang bermaksud pengiraan mental.
 Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain
congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui
perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali
sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak
dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
 Pada zaman dahulu, golongan istana bermain
congkak dengan menggunakan papan congkak yang
berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata,
ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di
dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di
seluruh dunia.
 Congkak begitu popular dan diminati sehingga
peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di
internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan
pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya
dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga
permainan congkak dalam telefon bimbit.

Sebutan dan panggilan congkak

Congkak adalah permainan rakyat yang sudah


berkembang cukup lama di kawasan Melayu dengan
sebutan yang berbeda-beda. Di Malaysia dan beberapa
daerah di Kepulauan Riau dikenal dengan Congkak, di
Filipina disebut sungka, di Srilanka dikenal dengan
cangka, di Thailand tungkayon dan di beberapa daerah
lain di Indonesia seperti di Sulawesi disebut mokaotan,
maggaleceng, aggalacang and nogarata. Ada juga yang
menyebutnya congklak, seperti daerah-daerah yang ada
di pulau Jawa
SEJARAH PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
Congkak berasal dari Timur Tengah, yang menyebar di
Asia Tenggara, terutama di kerajaan Malaka melalui dunia
perdagangan. Permainan ini berkembang pada masa
kesultanan Malaka pada abad ke-15, yang dimainkan oleh
keluarga istana, seperti putri-putri raja. Dalam
perkembangannya, congkak sudah mulai dikenal di
daerah Tanjung Pinang pada awal abad ke-17 sampai 18
M. Pada masa itu, congkak hanya dimainkan oleh
keluarga istana, terutama puteri-puteri raja dan
bangsawan di sekitar Istana Penyengat. Selain kerabat
istana, congkak dimainkan juga oleh rakyat biasa, tetapi
terbatas pada kelompok sosial tertentu, misalnya
kelompok nelayan atau kelompok petani saja. Jadi, pada
masa ini permainan congkak hanya dimainkan oleh orang-
orang yang memiliki status sosial yang sama. Setelah
kekuasaan Kesultanan Riau runtuh, dan kemudian diganti
oleh kekuasaan penjajahan Belanda, secara perlahan
suasana mulai berubah. Status sosial antara keluarga
istana dengan rakyat biasa mulai mencair. Rakyat biasa
mulai bermain dengan keluarga istana, terutama dengan
putri-putri raja. Salah satu permainan yang dimainkan
pada waktu itu adalah congkak, sehingga permainan ini
bukan hanya milik keluarga istana atau rakyat biasa saja,
tetapi juga milik masyarakat Melayu, yang kemudian
menjadi salah satu permainan rakyat Melayu.
ASAS PERMAINAN

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang


cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul
mata dan seterusnya memenangi permainan.
Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan
mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan,
biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung
dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya
dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak
dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke
dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing
menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang
berhenti di lubang yang kosong di kawasan sendiri atau
lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu
jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh
menembak kampung lawan yang setentang dengan
kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di
dalam kampung tersebut.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan
hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di
dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir
jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan
itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan
permainan seterusnya hingga mati.
Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi
semula kampung dengan buah congkak dan jika ada
kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar.
Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada
pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak
lawan mengaku kalah.
PERATURAN PERMAINAN

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang


paling biasa:
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap
papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain
serentak mencapai buah di kampung masing-masing
dan memasukkan buah satu demi satu di dalam
lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri
hingga ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada
tangan dimasukkan dalam kampung kosong di
kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah
berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di
kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak
kampung lawan yang setentang dengan kampungnya
iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam
kampung tersebut, hanya selepas membuat satu
pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan
hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di
dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih
banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya
buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan,
maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak
lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga
mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung
pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka
giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah
kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain
mengisi semula kampung dengan buah congkak dan
jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap
'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila
bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan
seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah


masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah
congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama
banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar
terbanyak dikira kalah.

Perbezaan Peraturan
 Walaupun permainan congkak kelihatan sama
dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan
buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat
beberapa perbezaan dari segi peraturan.
 Perbezaan utama ialah semasa permulaan
permainan di mana permainan congkak bermula
serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah
dalam permainan congkak juga bergerak mengikut
arah jam berbanding dengan permainan lain yang
bergerak secara melawan arah jam.
Nilai budaya

Ketelitian, kecerdasan dan kejujuran sangat dibutuhkan di


dalam permain congkak ini. Ketelitian dituntut agar ketika
memasukkan buah congkak tidak salah, seperti salah
memasukkan buah congkak ke lubang induk pemain
lawan, atau kesalahan-kesalahan lain; kecerdasan
dibutuhkan agar seorang pemain bisa memenangkan
permainan tersebut; sementara kejujuran diharapkan agar
masing-masing pemain bersikap sportif, dan tidak menipu
lawannya ketika lawan tersebut dalam keadaan lengah.
CARA MEMBUAT CONGKAK

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing,


balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak
yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya,
mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong
mengikut kepanjangan papan congkak yang
bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan
kelak.
2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya
satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam
membuat congkak.
3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat
lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat
digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang.
Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan
dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah
bilangan tertentu.
5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang
dikenali sebagai ‘rumah’.
6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan
lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan
jari-jari pemain sewaktu bermain.
7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan
pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan,
kosmos, geometri dan sebagainya.
8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang
kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di


kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan
supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat
dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan
pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi
mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke
mana-mana sahaja.
Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik,
batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak
tidak mempunyai bentuk yang tetap, apa-apa sahaja yang
agak bulat dan sesuai boleh digunakan.
KESIMPULAN

Permainan tradisional congkak ini telah wujud sejak


zaman nenek moyang kita dahulu yang dulu ianya sangat
popular. Lama kelamaan, popularitinya semakin menurun
sehingga sekarang. Permainan congkak yang dimainkan
dahulu tidak seperti zaman modern sekarang. Malah,
pertandingannya pun tidak diperlihatkan lagi. Hanya di se-
setengah sekolah sahaja yang dipertandingkan untuk
memeriahkan persatuan kokurikulom mereka.
Kesimpulanya, kemungkinan permainan tradisional ini
akan lupus dan dianggap tidak wujud lagi dengan ada nya
permainan-permainan baru yang lebih canggih daripada
congkak ini seperti anak-anak muda sekarang yang hanya
mempertangahkan permainan video. Ini akan
menyebabkan mereka ‘TIDAK TAHU’ apa itu congkak.
Kemungkinan juga, congkak akan dibuat perhiasan sahaja
dengan ada nya ukiran-ukiran ditepinya dan bentuk-
bentuk yang unik.
Oleh itu, warisan tradisional ini haruslah dikekalkan
kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga
sebuah negara. 

You might also like