You are on page 1of 59

Konsep Seni Dalam Islam

1
Pengenalan
 Islam tidak pernah memisahkan antara
keperluan duniawi dan keperluan ukhrawi.
Sifatnya sebagai al-Din mencakupi seluruh
aspek kehidupan termasuk budaya dan
seni.
 Kesenian telah dimanifestasikan melalui
seni kaligrafi, seni hias, tempat-tempat
ibadat yang dihias bagi menggambarkan
kebesaran Allah s.w.t.

2
Pengenalan
 Istilah seni agama, seni sekular dan seni
muslim tidak tepat :> memisahkan Islam
daripada aspek hidup yang luas.

 Sebagai agama yang syumul,Islam


membenarkan imaginasi dan kreativiti
yang sihat dan positif kerana manusia
memiliki akal dan bakat/potensi yang
perlu dijaga dan dihargai, dalam ruang
dan batasan yang diharuskan oleh syariat

3
Pengenalan
 Manusia memerlukan seni dan seni tidak boleh
dipisahkan daripada kehidupan.

 Hubungan yang terjalin antara kesenian dan


Islam meletakkan satu garis pemisah antara
kesenian Islam dan kesenian bukan Islam.

 Kesenian Islam terpancar dari wahyu Allah sama


seperti undang-undang dan syariat Allah.

 Penonjolan Islam sebagai sumber budaya


bertujuan meletakkan nilai-nilai asas bagi
mengelakkan penyelewengan hidup.
4
Pengenalan
 Seni adalah sebahagian daripada unit
yang terkandung dalam komponen
budaya.Ia terjelma dalam bentuk artifak di
permukaan kubah, halaman al-Quran dsb.
 Manifestasi kepada perlembagaan,
keindahan, hasrat, citarasa, kesedihan
dan kasih sayang.
 Hasil-hasil seni Islam tetap subur dan
hidup dalam kehidupan seharian.
[permaidani : seni + lapik sujud]

5
Definisi
 Berasal daripada perkataan Latin yang
bermaksud kemahiran, cara atau kaedah

 Istilah ilmu kebudayaan : “segala sesuatu yang


indah”

 Herbert Read : “usaha untuk mencipta bentuk-


bentuk yang menyenangkan”

 Sidi Gazalba : “kesenian merupakan sebahagian


daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh
masyarakat yang cintakan seni”

6
KONSEP SENI DALAM ISLAM
 Pandangan Sarwa Islami yang
berorentasikan tauhid, syariah dan
akhlak menjadi penentu kepada
konsep seni Islam. Menurut konteks
ini, konsep seni Islam ditonjolkan
seperti berikut :

7
 seni
dibentuk untuk melahirkan
seorang yang benar2 baik dan
beradab

 pembawaan seni seharusnya


menjurus ke arah konsep Tauhid dan
pengabdian kepada Allah

 matlamatseni ialah perkara2


makruf, halal dan beretika

8
 jiwa seni haruslah tunduk kepada fitrah asal
manusia

 kerangka dasar pembangunan seni mestilah


menyeluruh dan meliputi aspek2 akhlak, iman,
matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan
manusia

 seni harus menjadi satu proses pendidikan yang


positif, bermotivatif, dan bermotif tarbawi

 aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan


kepada tujuan akhir iaitu keredaan Allah dan
ketaqwaan

9
Prinsip-prinsip kesenian Islam
 Mengangkat martabat insan dengan tidak
meninggalkan nilai2 kemanusiaan, persekitaran
dan sejagat
 Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran
yang menyentuh aspek2 estetika,
kemanusiaan, moral dsb,
 Menghubungkan keindahan sebagai nilai yang
tidak terpisah daripada keseluruhan ajaran
Islam yang sahih
 ia terpancar daripada wahyu Ilahi
 menghubungkan manusia dengan Tuhan, alam
sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk

10
Fungsi Seni
 menyedari keagungan Tuhan dan
keunikan penciptaan-Nya
 menanamkan rasa khusuk dan
rendah diri ke hadapan Allah
 memberikan ketenangan di jiwa
[seni kerana Allah untuk manusia
dan kehidupan]
 menanam sikap taqwa dan beriman
 meningkat daya intelek dan emosi

11
Sifat-sifat Utama seni Islam
 Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam,
seperti juga social, ekonomi dan politik. Perbezaan antara seni
Islam dan bukan Islam ialah niat atau tujuan dan nilai akhlak
yang terkandung di dalam sesuatu hasil seni itu.

 Tujuan seni Islam ialah untuk Allah. Allah menghendaki


memberi kesejahteraan kepada manusia. Oleh itu seni adalah
satu unsure untuk memberikan kesejahteraan kepada manusia.
Dengan itu, seni Islam bukanlah seni untuk seni dan bukan
pula seni untuk sesuatu tujuan. Sekiranya pembentukan seni
itu untuk tujuan kemasyarakatan yang mulia, itu adalah
bersesuaian dengan seni Islam.

12
 Hadith Nabi s.a.w. :
‫ إن هللا جميل يحب الجمال‬
“Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Ia sukakan
kepada keindahan” [riwayat Muslim]

 Perbezaan lain antara kesenian Islam dan Barat


terletak pada dasar yang berpaksikan tauhid. Pada
mulanya kesenian Barat menjadikan agama sebagai
sumber seni. Selepas zaman Renaissance, setiap
bidang kehidupan telah mulai melepaskan ikatannya
daripada pengaruh gereja akibat gelombang
sekularisme. Ia turut mempengaruhi kegiatan seni di
Eropah.
13
 Kesenian Islam bersifat masyarakat. Ia diwarisi dari satu
generasi ke satu generasi. Ciri-ciri individualisme dalam seni
Barat tidak terdapat dalam seni Islam
 Bersifat Demokratik iaitu segala ciptaan dan kreativiti
mempunyai hubung kait dengan objek-objek yang biasa
digunakan oleh masyarakat
 Menolak penghasilan seni bercorak figuratif (patung-patung,
objek manusia/haiwan) – telah melahirkan seni Arabesque
yang menekankan ekspresi melalui garisan dan bentuk
 Dianggap murni kerana tidak mencampur-aduk unsur-unsur
negatif dalam bidang kesenian.

14
Seni dalam masyarakat Barat
 Prinsip seni untuk masyarakat iaitu seniman menghasilkan sesuatu
untuk tujuan kemasyarakatan (aspek seni bina dalam tamadun Rom)

 Seni untuk seni ialah penciptaan sesuatu hasil seni untuk keindahan
semata-mata. Seniman mempunyai kebebasan untuk berkarya
(baik/buruk, selesa pada org lain atau tidak, difahami atau tidak)

 Menekankan kecantikan, ekspresi dan kegunaan. Hasil seni


berperanan sebagai media untuk luahan perasaan dan memberi
keselesaan kepada deria

 Menekankan keseronokan tanpa mengira kesannya kepada


masyarakat (lihat muzik)

 Seni Barat tidak berteraskan nilai etika. Mereka tidak terikat kepada
ajaran agama dan menolak aspek ketuhanan. Seni Barat lebih
mementingkan kebolehan dan kecekapan individu.
15
 Pelbagai aliran seni di Eropah : >
impresionism, post impresionism, kubism,
futurism, dadaisme, surrealism dan pop art
yang menolak gereja.
 Seniman2 Barat jarang tunduk kepada
peraturan dan etika gereja.
 Michaelengelo, Van Gogh, Paul Gauguin,
Picasso [seniman2 yang haru biru dengan hasil
karya yang menyimpang]

16
BIDANG KESENIAN ISLAM
 Seni Penulisan / Khat
 Seni Persuratan
 Seni Nyanyian dan Suara
 Seni Penghikayatan
 Seni Tenunan & Tekstil
 Seni Binaan dan Infrastruktur

17
Seni Khat
 Kaligrafi ialah tulisan indah. “Kalios” [indah] dan
“Grahia” [tulisan]

 Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan


nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di
dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam.
Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh
pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam
teradaptasi dengan perubahan yang berlaku
tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya.

18
 Berdasarkan model tulisan Naskh
kemudian lahirnya berbagai model
tulisan :> 20 jenis kemudian
disatukan menjadi model asasnya
kepada 6 sahaja [qalam sittah]
dipelbagaikan bentuknya sehingga
menghasilkan 2 lagi model menjadi
8.
 Keni khat Arab berkembang pesat
ada abad ke-3 Hijrah di tangan Ibnu
Muqlah … Ibnul Bawwab … Yaqut.
19
 Al-Quran merupakan pancaran
kepada lahirnya seni ini di dalam
ayatnya :

 ‫يسطرون‬ ‫ن والقلم وما‬

“Nun, demi pena dan apa yang


mereka tulis” [al-Qalam : 1]

20
 Seniyg sangat dihargai oleh umat
Islam. Digunakan untuk penulisan al-
Quran dan memusatkan dayacipta
mereka sebagai bentuk seni yang
berperanan besar di sisi agama.

 Senikhat digunakan sebagai hiasan


bangunan seperti masjid, makam,
istana. [Masjid Jamik Isfahan, istana
al-Hambra’.

21
 Tulisanjawi berasaskan khat Arab
dengan penambahan empat huruf
iaitu nga, cha, ga dan nya. Contoh
penggunaan khat tertua di Malaysia
ialah Batu Bersurat [702 H/1303 M]

22
Kepentingan Seni Khat
 ia mempunyai kaitan dengan
peningkatan tahap tamadun itu sendiri.
Sebab itu ia merupakan hasil aktiviti
masyarakat maju dan bertamadun
 salah satu maksud dalam saranan Nabi
s.a.w. agar umat Islam membaca dan
menulis supaya mereka dapat menulis
ayat2 al-Quran dengan baik, dan dengan
cara ini difikirkan memudahkan lagi
mereka memperlajari dan menghafalnya
23
Seniman-seniman Islam
[kaligrafer]
 Ibnu Muqlah
Lahir pada 868 M. di Baghdad
Abu Ali Muhammad bin Ali
Menjadi setiausaha pentadbiran Pusat
Dididik oleh Ahwal, anak murid Ibrahim al-Shajari
Menghasilkan karya, al-Khat al-Mansub
Mencipta peraturan menggunakan lingkungan, garisan
lurus serta titik rombik bagi melahirkan bentuk-
bentuk huruf yang betul dan tulisan sittah [Thuluth,
Naskh, Raihan, Muhaqqaq, Tauqi dan Riq’ah].
Difitnah sehingga dipenjara sebelum dibuang negeri ke
Parsi. Beliau dipecat, dipotong tangan kanannya. Beliau
disiksa leh Ibnu Rayq dengan memotng lidahnya serta
disumbat ke dalam penjara.
Mati pada 940 M.
Murid2nya : > Ibn al-Simsimani dan Ibn Asad al-Ghafini.

24
Ibn al-Bawwab
 Abul Hasan Ali Bin Hilal. Tidak diketahui
tarikh lahir dan tempat kelahirannya.
 Terkenal pada zaman Buwayhi.
 Pengarah Perpustakaan Buwaihi Baha al-
Dawlah di Shiraz.
 Seorang hafiz dan iluminatur yang
menghiasi al-Quran dangan baik dan
menulis 64 naskah al-Quran.
 Naskhah al-Quran tulisan beliau tersimpan
di Perpustakaan Chester Beatty, Dublin
bertarikh 391 H./1000 M.
 Meninggal dunia pada 1032 M.

25
Nama-nama lain
 Yaqut al-Musta’sami
 Syeikh Hamdullah

 Hafiz Uthman

 Ismail Zuhdi

 Mustafa Rakim

 Abdullah Zuhdi

 Abdul Kadir al-Nablusi

26
Contoh Khat Nasakh

27
Contoh Khat Thuluth

28
Contoh Khat Farisi

29
Contoh Khat Diwani Jali

30
Contoh Khat Raihani

31
Contoh Khat Riq’ah

32
Contoh-contoh Khat

33
Contoh-contoh Khat

34
Sastera dan Persuratan Islam
 Sastera pada asasnya ialah karya kreatif. Ia permainan
bahasa; rekaan, fiktif, imaginatif, emosi, ilusif dan
khayalan. Walau bagaimanapun, sastera Islam mempunyai
ciri-ciri, prinsip, falsafah, pandangan dunia (tasawwur) dan
matlamat yang khas. Ia bukan sahaja berbeza daripada
sastera Barat tetapi juga tidak boleh dilihat berasaskan
sastera Timur.

 Ini kerana kesenian Islam itu sendiri tidak terikat kepada


sesuatu kelompok etnik atau masyarakat tetapi juga tidak
terikat kepada tempoh (zaman tertentu). Sastera Islam
juga bukan sastera Arab, dan ia bukan dimonopoli oleh
sesuatu umat. Hanya Al-Quran dalam bahasaArab.

35
 Penilaian dan pentafsiran sastera Islam itu
boleh dilihat pada prinsip yang digunakan
iaitu amal ma’ruf nahi munkar yang
berteraskan kepada Syariah Islamiah. Prinsip
ini membenarkan apa sahaja bentuk dan
ekspresi asalkan tidak bercanggah dengan
asas ajaran Islam.

Sastera Islam terbentuk hasil bancuhan
daripada pertembungan pelbagai pengaruh
yang berbeza-beza, berdasarkan tempat dan
masa, tetapi ditapis oleh kerangka Syariah
Islamiyah sehingga lahir identiti baru yang
memiliki unsur-unsur yang tersendiri dalam
ekspresi, isi bentuk, matlamat dan
tasawurnya.

36
 Pada zaman awal Islam, kesusasteraan
dan pengucapan menjadi medium kepada
sasterawan muslim seperti Hassan bin
Thabit, Ka’b bin Malik dan Abdullah bin
Rawahah untuk menangkis serangan
orang musyrikin.
 Karya sastera Islam berbentuk prosa
berkembang dalam peradaban Islam
 Penggunaan cerita2 dalam al-Quran
dijadikan media dakwah sejak zaman
Umayyah [Hasan al-Basri, Tamim al-Dari,
Thawus bin Kaysan]
 Orang2 Yahudi Muslim seperti Ka’ab al-
Ahbar menghikayatkan cerita2 daripada
warisan Bani Israil
37
 Perkembangan Islam di alam Melayu banyak
dipengaruhi oleh sastera dan prosa naratif. Di
Pulau Jawa, para wali Songo menggunakan
berbagai2 cabang seni untuk mengembangkan
Islam seperti gamelan, kuda kepang dan wayang
kulit.

 Karya hikayat dalam kesusasteraan Melayu lama


ialah sirah Nabi s.a.w. dan cerita Nabi2 Allah a.s.

 Prosa Melayu yang bercorak Islam telah


berkembang dengan pesatnya sehingga lahirlah
berbagai2 corak penceritaan seperti hikayat
mengenai sahabat, pahlawan Islam, cerita
orang2 soleh, raja2 dan cerita berangkai. Karya2
puisi Islam juga tersebar seperti qasidah,
berzanji yang diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu. 38
 Ilmu2 Islam mengandungi ciri-ciri
puisi. Teks karya yang ditulis dalam
bentuk rangkap puisi seperti Sharh
Ibn Aqil, Matan Jauharah.

 Puisi
Islam berkembang dalam
bidang tasawuf. Ia menjadi media
penyampaian mesej kesufian. Abdul
Qadir al-Jailani, Rabi’ah Adawiyyah,
Ibnu Arabi dan Hamzah Fansuri di
Aceh.
39
Perkembangan Puisi Arab
 Zaman Pra-Islam
Razaj : pengucapan bersama masyarakat/nyanyian
keagamaan. Bermula pada awal kurun ke-6 M

Diwan : koleksi puisi peribadi

Qasidah : puisi panjang mengandungi 50-100 baris. Diiringi


muzik. Membicarakan pelbagai persoalan hidup : ciri-cirinya
:
i. menyentuh tema tertentu
ii. Mengikut undang2 imejan, ungkapan,
motif yang selari dengan gaya yg tetap
iii. Mempunyai metod persembahan seperti
dimulakan dengan nasib dan diakhiri
pula dengan fakhr / iftikhar

Bentuk Prosa (Ayyam) : cerita perhubungan antara


kabilah Arab, persahabatan dan permusuhan
40
Zaman Islam
 Al-Quran bukan buku sastera. Namun ia
mengandungi keindahan gaya bahasa dan
ketinggian nilai sastera yg sukar ditandingi.

 Ia menjadi inspirasi bagi penciptaan hasil2


sastera Islam selepas itu :
i. kehidupan manusia dan alam
ii. Kisah umat2 terdahulu
iii. Bahasa Arab yg halus dan sangat
menyentuh jiwa

 Ramai pengkaji bahasa dan kesusteraan dalam


al-Quran akhirnya memeluk Islam. Dari mereka
inilah lahirnya karya2 Islam yang berasaskan
tauhid.

41
‫‪Contoh2 seni syair, puisi dan lagu‬‬
‫‪ ‬أصلي فما أدري إذا ما ذكرتها أثنتين صليت الضحى أم ثمانيا‬
‫بوجهي وإن كان المصلي ورائيا‬ ‫أراني إذا صليت يممت نحوها‬

‫إذا فخروا ببكر أو تميم‬ ‫‪ ‬أبي اإلسالم ال أب لي سواه‬


‫كال الحيين ينصر مدعيه ليلحقه بذي الحسب الصميم‬
‫ولكن التقي هو الكريم‬ ‫وما حسب ولو كرمت عروق‬

‫على يديه وكانوا قبله شسعا‬ ‫هو الذي جمع الرحمن أمته‬ ‫‪‬‬

‫ملك عليه أعان هللا فارتفعا‬ ‫إن الوليد أمير المؤمنين له‬

‫‪42‬‬
Ciri-ciri Persuratan Islam
 Persuratan Islam mestilah merangkumi semua
aspek hidup seperti kesyumulan Islam

 Tidak menggunakan gambaran buruk dan lucah


atau simbol keganasan yang berlebihan

 Mengandungi nilai2 islami yang sejati yang dapat


dipertahankan dalam semua tempat dan waktu.

 Bertujuan untuk membentuk insan yang


bertakwa, beriman dan bukan atas dasar
asabiyyah.

43
Puisi Kesufian

 Satu bentuk sastera Islam yang menggambarkan


pengertian tentang kebenaran kerohanian melalui
cinta kepada Tuhan dan rasa rendah hati.

 Saluran ahli sufi untuk menyatakan segala


perasaan hati nurani mereka. Persoalan utama
puisi sufi ialah cinta Ilahi, makrifah, tauhid,
kesatuan dengan Tuhan, persoalan social dan
moral.

 Antara ahli sufi terawal yang mengucapkan puisi


jenis ini, Rabiah Adawiyyah, al-Hallaj, Hasan
Basri, Muhiddin Ibnu Arabi, BAyazid, dan al-Rumi

44
Puisi Jalaluddin al-Rumi
 Ia berkata, "Siapa itu berada di pintu?"
Aku berkata, "Hamba sahaya Paduka."
Ia berkata, "Kenapa kau ke mari?"
Aku berkata, "Untuk menyampaikan hormat padamu, Gusti."
Ia berkata, "Berapa lama kau bisa bertahan?"
Aku berkata, "Sampai ada panggilan."
Aku pun menyatakan cinta, aku mengambil sumpah
Bahwa demi cinta aku telah kehilangan kekuasaan.
Ia berkata, "Hakim menuntut saksi kalau ada pernyataan."
Aku berkata, "Air mata adalah saksiku, pucatnya wajahku adalah
buktiku."
Ia berkata, "Saksi tidak sah, matamu juling."
Aku berkata, "Karena wibawa keadilanmu mataku terbebas dari
dosa."

45
Puisi Rabiah Adawiyyah

"Wahai kecintaan semua hati.


Aku tak punya perasaan selain kepada-Mu ….
Sebab itu, kasihanilah hari ini seorang pendosa
yang datang pada-Mu ….
Wahai harapan, istirahat, dan kebahagiaanku …
Hati tak dapat mencintai yang lain kecuali kau"

46
Al-Hallaj
"Ruhmu bercampur dengan ruhku
seakan-akan …

Anggur dicampur dengan air yang jernih …

Dan jikalau sesuatu menyentuh-Mu..


Ia menyentuhku juga….

Karena aku adalah kau dalam keadaan apapun"

47
Ibnu Arabi
 "Ketika Kekasihku muncul ...

Dengan mata apa kulihat Dia?

Dengan mata-Nya, bukan dengan


mataku….

Karena tiada yang melihatnya kecuali


Dia"
48
Ciri-ciri Puisi Kesufian
– mengandungi unsur-unsur simbolis, tetapi
bukanlah olahan fikiran yang direka2 dan
bukan juga khayalan
– penggunaan simbol, ibarat dan metafora
hasil daripada pengalaman kerohanian atau
mushahadah
– bertemakan keTuhanan, kerohanian, rasa
batin, kesufian dan pembersihan jiwa.
– Cetusan rasa daripada kehalusan dan
kelembutan rasa hati untuk mendekatkan
diri kepada Allah

49
SENI SUARA, LAGU, MUZIK DAN
BUNYI
 Tidak ada istilah Arab yang sesuai dengan makna
muzik yang menyeluruh. Beberapa perkataan
seperti Ghina’, Sama’, zikr dan lahw mempunyai
maksud-maksud tersendiri. Kesemua istilah
tersebut lebih menjurus kepada aspek hiburan
seperti suara, lagu, bunyi dan elemen-elemen
hiburan.

 Satu istilah : Handasat al-Sawt [kejuruteraan


seni bunyi] boleh merujuk kepada muzik dan seni
bunyi.

 Jenis-jenisnya yang sah mengikut syarak seperti


pembacaan berlagu al-Quran, azan, talbiyah,
tahmid, tahlil.
50
Jenis Bunyian/Muzik Yang Dibenarkan
Dan Yang Diharamkan
 Pada dasarnya, tidak ada nas yang jelas
berhubung dengan pengharaman nyanyian
dan muzik.

 Para ulamak seperti Yusof al-Qaradhawi


dan Sheikh Muhammad Shaltut
menyatakan keharusan dan pengharaman
muzik selalunya disebabkan ciri,
pembawaan, motif dan faktor muzik itu
sendiri.

51
 Termasuk yang dibenarkan ialah muzik
dan nyanyian pemberi semangat
berperang, perkahwinan, nyanyian lagu
isteri, menidurkan anak, keramaian
keluarga dan agama, nasyid dan lagu2
bertemakan keIslaman.

 Nyanyian dan muzik yang diharamkan


oleh para ulamak ialah yang
menggalakkan kepada maksiat, zina, arak,
pergaulan lelaki perempuan, dan
mengabaikan kewajipan agama.

52
 Ulama’ berselisih pendapat tentang
peralatan muzik seperti gitar [al-
ma’azif], seruling [al-mazamir],
kecapi [al-awtar], piano, saksofon,
drum yang digunakan dalam
nyanyian.

 Adayang mengharamkannya dan


ada yang membenarkannya tetapi
menerusi syarat-syarat yang ketat.
53
 Kesimpulannya, muzik dan nyanyian
boleh disifatkan sebagai neutral dan
universal. Sama ada dibolehkan atau
dilarang, ia bergantung kepada
faktor berikut :
 penyanyi dan karekteristiknya

 muzik dan motifnya

 kebaikan dan keburukan kepada


umum

54
Kaedah Perundangan Islam
 Para ulamak menetapkan beberapa garis panduan dalam
membolehkan berlakunya suatu perbuatan atau ekploitasi benda
oleh individu perseorangan mahupun entiti yang besar.

 Ia hendaklah tidak memudaratkan orang ramai dan mengganggu


hak mereka [al-Dharar Yuzal dan sadd al-zari’ah]

 Ia tidak melekakan manusia daripada menunaikan hak mereka


terhadap Allah, masyarakat dan negara [al-wasilah laha hukm al-
maqasid]

 Ia hendaklah bertujuan untuk meninggikan syiar Islam,


memimpin masyarakat ke arah penghayatan Islam, pengukuhan
iman dan keluhuran budi pekerti [ma la yatimmul wajib illa bihi
fahuwa wajib]

 Pembawaannya berteraskan konsep al-Amr bil makruf wa al-nahy


‘anil munkar

55
Senibina Islam
 Salah satu daripada ciri tamadun yang berhubung rapat dengan
dengan pembinaan, perbandaran, pendudukan dsb. Ia merupakan
lambang kegemilangan sesuatu bangsa atau negara.
 Al-Quran menggambarkan keindahan senibina dan kecanggihan
bangunan kaum terdahulu. Al-Quran juga banyak memaparkan
idea-idea senibina yang melahirkan keindahan dan kesenangan.
 Seni bina Islam mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan unik kerana
seni bina ini merangkumi seni khat, corak geometri, bentuk
arabesque, dan bentuk berhias daripada alam dan motif seni reka

56
Senibina Islam
 Seni bina dan perbandaran Islam dibangunkan atas konsep tauhid dalam
Islam

 Wujudnya hubungan yang rapat antara syariah dengan bentuk serta


struktur perbandaran Islam

 Kepentingan seni bina dalam Islam tergambar dalam pembinaan masjid. Ia


nerupakan tindakan pertama Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

 Khalifah Umar membina Masjid Fustat di Mesir pada 17 H dengan


bercirikan ukiran ayat-ayat al-Quran

 Pada zaman kerajaan Islam di Sepanyol khususnya di bandar Cordova,


Granada dan Toledo, seni bina Islam terserlah pada bangunan dan istana
seperti yang terdapat pada Istana AlHambra dan Masjid Cordova
57
 Pada dasarnya, senibina Islam menekankan soal
kesederhanaan dan melarang pembaziran, selain ianya
meningkatkan pencapaian iman dan amal, takwa, aman
dan sejahtera dan merendah diri ke hadapan Allah s.w.t.

58
Ciri-ciri Pembinaan & Perancangan
Bangunan
 mempunyai ruang kemasukan matahari bagi tujuan keselesaan
para pengguna :> boleh melakukan ibadat dengan sempurna
 Melambangkan nilai keIslaman dan berlandaskan tauhid
kepada Allah SWT
 Ruang terpisah antara lelaki dan wanita
 Reka bentuk yg sesuai dengan iklim dan keadaan setempat
dengan perhiasan perabot yg sederhana
 Bercirikan keamanan, ketenangan serta luahan perasaan dan
tidak kontra antara soal dunia dan akhirat
 Ayat-ayat al-Quran dan Hadith menjadi hiasan paling menonjol
 Keselamatan bangunan jangka masa panjang
59

You might also like