You are on page 1of 4

MAKANAN YANG SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG

Daging Telur Dan Tauhu


Zat protein yang terdapat dalam sumber makanan ini
berfungsi sebagai zat
pembangun atau pembentuk sel baru. Bagi memastikan
keperluan protein ini, seseorang wanita dewasa
memerlukan lebih kurang 48 gram per hari manakala
lelaki dewasa perlu mengambil 55 gram per hari zat ini.
Bagi bakal bapa, kekurangan protein boleh menggangu
proses pembentukkan sperma.

Tauge Dan Kekacang


Sumber makanan ini mengandungi vitamin E yang
tinggi. Ia berfungsi
meningkat kemampuan sperma membuahi sel telur dan
berperanan dalam pembentukkan hormon testeron. Bagi
wanita, zat ini juga mampu mencegah risiko keguguran
kerana peranannya dalam menjaga kesihatan rahim dan
plasenta.
Ikan Salmon, Susu, Keju Dan Mentega
Semua ini adalah sumber vitamin D. Fungsinya selain
banyak terlibat dalam proses pembentukkan tulang,
vitamin D juga banyak berperanan dalam proses
metabolisme di otak,jantung, kelenjar kelamin, kelenjar
prostat dan payudara. Bagi lelaki vitamin D mampu
meningkatkan gerakkan sperma (sperma berenang lebih
cepat) dan meningkatkan penghasilan sperma.
Bagaimanapun anda hanya disarankan mengambil zat ini
tidak lebih dari 4000 IU per hari. Pengambilan vitamin
ini secara berlebihan akan mengakibatkan rasa mual,
nafsu makan hilang, gatal, kerap kencing, sakit perut,
dehidrasi dan mampu menyebabkan kerosakkan pada
ginjal.

Kerang Dan Daging


Dua sumber makanan ini mempunyai kandungan zink
yang diperlukan oleh tubuh terutama untuk
menghasilkan keturunan. Bagi bakal ibu, zink perlu
untuk membantu penghasilan gebetik yakni kromosom
yang ada dalam sel telur ketika pembuahan terjadi.
Manakala bagi bapa pula, zat zink diperlukan untuk
proses pembentukkan sperma yang sihat.

Hati, Kuning Telur, Sayuran Hijau Dan Kacang Merah


Di dalamnya terkandung zat besi yang berfungsi
menjaga pusingan ovulasi yang dapat diketahui melalui
pusingan haid yang teratur. Sekiranya haid tidak teratur
maka permatangan sel telur menjadi kurang baik dan
perkara ini mampu memberi kesan kepada proses
pembuahan.

Ayam, Ikan Dan Beras Merah


Tiga makanan ini mengandungi sumber vitamin B6 yang
banyak terlibat dalam proses sistem reproduksi wanita.
Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan hormon
tidak seimbang walhal keseimbangan hormon estrogen
dan progesteron sangat penting untuk proses
kehamilan.

Makanan Laut, Ikan Tuna Dan Bawang Putih


Ia mengandungi selenium yang berperanan penting
dalam penghasilan sperma yang sihat. Setengah dari
kadar selenium dalam tubuh lelaki ditemui dalam cairan
sperma.

Brokoli, Bayam, Tomato, Mangga Dan Lobak Merah


Ia mengandungi vitamin A yang penting dalam
pembentukkan sel telur. Kurangnya kadar vitamin ini
akan mengakibatkan penurunan tahap hormon LH
(Lutenizing Hormone) dan FSH (Follicle Stimulating
Hormone) yang diperlukan untuk pembentukkan sel
telur. Bagaimanapun anda disarankan mengambil
vitamin A ini tidak lebih dari 25,000 IU per hari.
Pengambilan vitamin A secara berlebihan akan
membuatkan anda mual, kerana zat ini akan berkumpul
di hati.
Buah Limau, Jambu, Betik, Epal, Tomato Dan Kiwi
Semua buah yang senang diperoleh ini mempunyai
khasiat vitamin C yang tinggi. Ia membantu
memperkuatkan sel sperma, menjaga kesihatan fungsi
indung telur dan pembentukkan sel telur. Selain itu
vitamin C juga bekerjasama dengan vitamin E dab beta
karoten dalam melindungi sel-sel organ tubuh dari
radikal bebas yang mampu mempengaruhi kesihatan
sistem reproduksi wanita.

You might also like