You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN Kecergasan yang optimum adalah penting bagi membantu


murid melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa
letih. Selaras dengan itu, aktiviti dan amalan kecergasan yang terancang perlu
dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang dicadangkan dan dinilai
mengikut norma yang telah ditetapkan. Justeru, satu penilaian standard yang
dikenali sebagai Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
(SEGAK) untuk Murid Sekolah Malaysia telah dirangka untuk dilaksanakan mulai
sesi persekolahan 2008 (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008 Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Untuk Murid Sekolah Malaysia)
Menurut Ahmad Hashim (2006), pendekatan pengajaran pembelajaran
Pendidikan Jasmani yang mantap perlu melalui proses pengujian dan
pengukuran yang piawai dan berterusan serta bersesuaian dengan persekitaran
sekolah. Penggunaan prosedur ujian yang piawai dapat menghasilkan skor ujian
kecergasan dan kemahiran yang tekal serta mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi. Hal ini sekaligus berupaya meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Penilaian pula adalah proses
mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.
Penilaian memerlukan prosedur ujian yang baik dan mudah difahami.
Sehubungan dengan itu, guru Pendidikan Jasmani dikehendaki merancang dan
mengendalikan ujian kecergasan dan kemahiran untuk murid-murid di peringkat
sekolah. Instrumen penilaian perlu dibina dan ditadbir oleh guru sama ada
melalui pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian digunakan untuk
tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki
pengajaran guru. Laporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi
maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru-guru yang lain (Sukatan
Pelajaran Pendidikan Jasmani, 1999). 1 1.1 MENYEDIAKAN BATERI UJIAN
UNTUK ENAM (6) KOMPONEN YANG HENDAK DIUJI. 1.1.1 DUA (2) Instrumen
untuk Mengukur Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan. (i) Bleep Test (ii)
Jangkauan Melunjur 1.1.2 DUA (2) Instrumen untuk Mengukur Kecergasan
Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor. (i) Lompat Jauh Berdiri (ii) Larian Zig Zag
Barrow 1.1.3 DUA (2) Instrumen untuk Mengukur Kemahiran (Bola Tampar). (i)
Menyangga (ii) Servis 2 1.2 INSTRUMEN UNTUK MENGUKUR KECERGASAN
FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN. 1.2.1 UJIAN “BLEEP” / “BEEP” (BLEEP
TEST) Pengenalan: Ujian “Bleep” atau ujian “Beep” merupakan satu ujian larian
ulang-alik pelbagai tahap yang meningkat secara progresif. Ujian ini telah dicipta
di Kanada dan kini merupakan salah satu ujian kecergasan aerobik atau ujian
kecergasan daya tahan kardiovaskular yang popular di dunia. Kecergasan
kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasan
respiratori dan kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan
terpenting. Kecergasan kardiovaskular adalah asas kepada sebarang aktiviti
fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit
kardiovaskular. Contohnya seperti penyakit jantung, penyakit hipokinetik,
kematian awal dan penyakit-penyakit yang lain. Kardiovaskular cergas
meningkatkan kebolehan melakukan sebarang tugas. Komponen dalam
kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot. Ia
komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia. Nama Ujian: Bleep Test
Objektif Pengujian: Ujian ini bertujuan untuk menguji daya tahan kardiovaskular
iaitu keupayaan sistem kardiorespiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka
masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau
sederhana. Fungsi Ujian: 1. Memberi persediaan dari segi fizikal dan mental. 2.
Membantudalam pengurusan stres dan kemurungan. 3. Mengurangkan risiko
penyakit kronik 3 Sejarah Instrumen: Menurut Carrol (1994) dalam Borhan Yusof
(2008), kecergasan kardiovaskular adalah keupayaan seseorang untuk
melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu jangkamasa yang panjang.
Ia juga dikenali sebagai aerobik iaitu keupayaan sistem peredaran dan respiratori
untuk penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti fizikal seperti berlari,
berjalan laju, berbasikal, berenang dan sebagainya. Kecergasan kardiovaskular
dikaitkan dengan keupayaan pengambilan isipadu maksima oksigen (VO2 max).
Pengambilan isipadu maksima oksigen ialah jumlah isipadu maksima gas
oksigen yang digunakan oleh seseorang sewaktu melakukan aktiviti yang
meletihkan. American College of Sports Medicine (ACSM, 1999) menyatakan
bahawa VO2 max adalah penunjuk yang paling baik untuk menentukan tahap
kecergasan kardiovaskular seseorang. Semakin tinggi nilai VO2 max, semakin
tinggilah tahap kecergasan kardiovaskular seseorang itu. Ujian Bleep diasaskan
oleh Dr Maximillion G. Odoowed Ledgear pada tahun 1982 dan disiarkan dalam
European Journal of Applied Physiology. Ujian ini juga dikenali ujian PACER
(Progressive Aerobic Cardiovascular Endurance Run) dan ujian multi-tahap yang
mana peserta perlu lari ulang-alik 20 meter. Ujian ini digunakan oleh jurulatih
olahraga untuk mengira VO2 max pelari. Korelasi kesahan: 0.71 – 0.87 (lelaki :
0.54-0.68, perempuan : 0.51-0.90) Kebolehpercayaan: 0.89 Alatan yang
diperlukan: 1. Kawasan Rata 2. Pita Pengukur 3. Kon / Garis Penanda 4. Pita
Audio Isyarat Bunyi 5. Pemain Audio / Pembesar Suara 6. Borang Rekod 7.
Pencatat 4 Prosedur Pelaksanaan Ujian: 1. Tandakan jarak larian 20 meter di
atas lantai dan tandakan setiap hujungnya dengan ‘masking tape’ dan kon
penanda. 2. Peserta mendengar arahan dan penerangan daripada penguji. 3.
Peserta melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum
melakukan Ujian “Bleep”. 4. Setiap peserta dikehendaki berdiri di belakang
garisan permulaan dan seorang pembantu diperlukan untuk merekodkan setiap
tahap yang dilalui. 5. Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter
mengikut isyarat “bleep” yang akan dibunyikan dari pemain audio / pembesar
suara. 6. Peserta bersedia di satu hujung dengan satu kaki berada di belakang
garisan yang dibuat dan berlari apabila “bleep” yang pertama kedengaran.
Peserta akan berlari ke garisan yang di hadapan semula dan apabila tiba mereka
perlu melepasi garisan sama ada dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah
kaki sebelum isyarat “bleep” berbunyi. 7. Peserta hendaklah menunggu sehingga
“bleep” seterusnya kedengaran sebelum berlari ke garisan permulaan. Peserta
akan terus berlari sehingga ke tahap maksima yang boleh dicapai dan tidak
mampu lagi untuk mengikut bunyi “beep”. 8. Masa antara isyarat “bleep” akan
berkurangan setiap tahap. Selaras dengan itu, kelajuan larian perlu ditingkatkan.
9. Ujian ini memerlukan keupayaan sepenuhnya dari setiap peserta. Justeru,
peserta perlu berlari sehingga merasa lesu. 10. Ujian “bleep” dikira tamat
sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan keduadua hujung dua kali berturut-
turut. 11. Tahap terakhir yang dicatat sebelum peserta tamat ujian akan
direkodkan sebagai tahap peserta tersebut. 5 Limitasi Pelaksanaan: - Ujian ini
hanya untuk mengukur ketahanan kardiovaskular. - Tidak sesuai untuk
dijalankan kepada peserta tidak cergas dan tidak mampu, serta yang mempunyai
tahap kesihatan tidak memuaskan seperti mempunyai penyakit asma. - Norma
yang digunakan dalam tugasan ini telah disesuaikan dengan pencapaian pelajar
PISMK 7.01. Rajah 1.1 Litar Ujian “Bleep Test” Norma Ujian “Bleep”: SKALA 5 4
3 2 1 PENCAPAIAN Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah LELAKI
13.8 ke atas 11.4-13.7 8.5-11.3 5.3-8.4 0-5.2 PEREMPUAN 12.6 ke atas 9.9-12.5
7.2-9.8 4.6-7.1 0-4.5 6 1.2.2 UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR Pengenalan:
Kelenturan adalah kebolehan menggerakkan sendi badan melalui ketegangan
pergerakan maksimum yang tidak bersesuaian. Apabila menilai atau
menerangkan kelenturan, terma fleksi (kedudukan sendi berkurangan) dan
tambahan "extension" (kedudukan sendi bertambah) selalu digunakan. Tisu
lembut dan sendi akan mengecut, hilang pertambahan apabila otot mengekalkan
dalam kedudukan pendek. Secara amnya, kelenturan lebih berkait rapat dengan
tabiat corak pergerakan bagi setiap individu dan setiap sendi lebih kepada usia
dan jantina. Ujian jangkauan melunjur adalah ujian yang digunakan untuk
mengukur kelenturan bahagian badan yang tertentu iaitu bahagian belakang
badan dan bahagian atas paha. Kelenturan merupakan kebolehan pergerakan
sendi badan melalui ketegangan pergerakan maksimum yang tidak bersesuaian.
Nama Ujian: Jangkauan Melunjur Objektif Pengujian: Menguji kelenturan
bahagian belakang badan dan “hamstring” (bahagian atas paha). Fungsi Ujian:
1. Mengukur dan menguji tahap kelenturan seseorang individu. 2. Ujian ini
dijalankan untuk mengenalpasti individu yang mempunyai sedikit pergerakan
sendi. 3. Ujian ini dijalankan untuk mengenalpasti jika individu mempunyai
kelenturan yang lebih di sesetengah sendi. Sejarah Instrumen: Kelenturan ialah
keupayaan sesuatu sendi atau bahagian badan yang membolehkan sesuatu
pergerakan dilakukan untuk tempoh jangka masa yang panjang tanpa
melibatkan kecederaan kepada mana-mana bahagian otot. Anggota badan
menjadi lebih fleksibel apabila senaman regangan selalu dilakukan dengan
secukupnya. 7 Pengukuran kelenturan telah bermula secara rasminya pada
tahun 1941. Cureton memperkenalkan bateri ujian berorentasikan ‘Practical
Performance’. Pada tahun yang sama juga, ujian kelenturan untuk pergelangan
kaki diperkenalkan. Pada tahun 1942, Jack Leighton memperkenalkan
‘flexometer’ untuk mengukur pelbagai pergerakan sendi. Seterusnya pada tahun
1952, Katherine Wells dan Evelyn Dillion telah memperkenalkan “Sit and Reach
Test”. Pada tahun 1966, B.L. Johnson telah mengubah suai ujian Wells and
Dillon dari segi skor bacaan. Mereka juga telah memperkenalkan ujian
kelenturan untuk empat jenis sukan dan tarian. B.L. Johnson kemudiannya telah
memperkenalkan alat ‘flexomeasure’ pada tahun 1972. Seterusnya pada tahun
1975, Myers telah mengubahsuai ‘Sit and Reach Test’ dan menerbitkannya ke
dalam YMCA. Pada tahun 1976, Goodin: Pollock pula telah memperkenalkan
‘Trunk Flexion Test’ ke dalam YMCA. Kolerasi Kesahan: Kesahan logikal telah
digunakan. Dalam ujian jangkauan melunjur mengesahkan bertentangan
daripada sesetengah ujian, jarak koefisien adalah antara 0.80 dan 0.90
Kebolehpercayaan: 70 atau lebih Alatan yang diperlukan: 1. Kotak Pengukur 2.
Borang Rekod Prosedur Pelaksanaan Ujian: 1. Peserta dikehendaki melakukan
regangan untuk memanaskan badan. 2. Peserta perlu menanggalkan kasut.
Letakkan kotak “Sit and Reach” rapat ke dinding. 3. Peserta duduk berlunjur
menghadap dinding dengan kedua-dua belah kaki rapat dan menyentuh kotak
“Sit and Reach” dengan kedudukan tangan lurus ke hadapan. 8 4. Letakkan
tapak tangan bertindih dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri. Dagu
dirapatkan ke dada dan kedua belah jari tangan hendaklah lurus semasa
menolak tolok. 5. Bacaan diambil apabila tolok bacaan tidak lagi bergerak.
Jangkauan perlu bertahan selama dua saat. 6. Ujian dilakukan sebanyak dua kali
secara berturut-turut dan bacaan terbaik direkodkan dalam unit cm. Limitasi
Pelaksanaan: 1. 2. 3. Alat ujian harus dielakkan dalam keadaan licin. Peserta
tidak boleh memakai kasut. Penguji hendaklah meletakkan tangan di atas lutut
subjek untuk memastikan lutut lurus. Rajah 1.2 Ujian Jangkauan Melunjur Norma
Ujian Jangkauan Melunjur: SKALA 5 4 3 2 1 PENCAPAIAN Cemerlang Baik
Sederhana Lemah Sangat Lemah LELAKI 48cm ke atas 38cm-47cm 27cm-37cm
17cm-26cm 16cm ke bawah PEREMPUAN 41cm ke atas 35cm-40cm 28cm-
34cm 22cm-27cm 21cm ke bawah 9 1.3 INSTRUMEN UNTUK MENGUKUR
KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN LAKUAN MOTOR. 1.3.1 UJIAN
LOMPAT JAUH BERDIRI Pengenalan: Ujian lompat jauh berdiri digunakan untuk
menguji kekuatan otot individu. Kekuatan otot merujuk kepada keupayaan otot
untuk mengatasi rintangan atau bebanan yang dikenakan ke atasnya. Ujian
lompat jauh berdiri adalah pengukuran yang diakui untuk mengukur kuasa dalam
bentuk pengukuran otot. Kuasa merujuk kepada kebolehan individu melakukan
pergerakan pantas yang cepat dalam jangkamasa yang singkat dengan
kecekapan yang tinggi. Kuasa boleh difahami sebagai keupayaan untuk
memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada
gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot. Kebiasaannya, kuasa diukur
dalam bentuk pengukuran otot dan selalunya dianggap sebagai ciri-ciri untuk
menjadi atlet yang bagus. Nama Ujian: Lompat Jauh Berdiri (Standing Long
Jump / Standing Broad Jump) Objektif Pengujian: Mengukur kuasa eksplosif kaki
secara mendatar Fungsi Ujian: Kebolehan untuk menghasilkan daya yang
maksimum dalam masa yang singkat. Sejarah Instrumen: Ujian lompat jauh
berdiri (Standing Long Jump/ Standing Broad Jump) telah mula diperkenalkan
pada tahun 1900. Ujian ini merupakan salah satu bentuk latihan untuk acara
lompat acara. Cara yang digunakan agak sama tetapi dalam ujian lompat jauh
berdiri subjek tidak dibenarkan berlari tetapi mesti berada di garisan dan kaki
tidak boleh melepasi garisan tersebut. Lompatan pula mesti dibuat dengan
menggunakan kedua-dua belah kaki dan begitu juga semasa mendarat. 10 Bagi
mendapatkan lompatan yang baik, subjek mestilah menghayunkan tangan serta
membengkokkan lutut sedikit untuk menghasilkan daya tolakan. Lompatan mesti
diulang sekiranya subjek jatuh ke belakang atau menggunakan satu kaki semasa
mendarat. Subjek diberikan tiga kali percubaan dan bacaan yang terbaik akan
direkodkan. Ray Ewry merupakan atlet yang paling jauh membuat lompatan iaitu
sejauh 3.47 meter pada tahun 1904 dan mencatatkan rekod dunia. Walau
bagaimanapun, rekod dunia tersebut telah dapat dipecahkan oleh Norwegian
Arne Tvervaag, 1968 dengan lompatannya sejauh 3.71 meter. Kolerasi Kesahan:
Kesahan paras (0.81) Kebolehpercayaan: Koefisien di antara 0.83 hingga 0.99
Keobjektiviti: 0.96 Alatan yang diperlukan: 1. Kapur 2. Pita Pengukur / Ukuran
Berskala (Standing Board Jumps Mats) 3. Borang Markah Prosedur
Pelaksanaan Ujian: 1. Peserta melakukan aktiviti warm-up dan regangan selama
10 minit sebelum melakukan ujian ini. 2. Peserta berkumpul dan pendengar
penerangan daripada penguji. 3. Tikar ukuran berskala (Standing Board Jumps
Mats) dibentangkan di atas lantai yang rata. Pastikan tikar tersebut tidak
bergerak dan tidak beralih. 4. Peserta berdiri di belakang garisan permulaan di
atas tikar di mana peserta tidak dibenarkan memijak garisan permulaan tersebut.
5. Peserta berdiri dengan tapak kaki selari dan jarakkan beberapa inci mengikut
luas bahu dan keselesaan. 6. Sebelum memulakan lompatan, bengkokkan lutut
sedikit, dan hayunkan tangan ke belakang untuk menyokong lompatan yang
akan dibuat. 7. Peserta melompat ke hadapan dengan sejauh yang boleh dan
mendarat dengan kedua-dua belah kaki. 11 8. Penguji mengambil bacaan
dengan menandakan dari tumit yang jatuh paling dekat dengan garisan
permulaan. 9. Percubaan dilakukan sebanyak tiga kali dan bacaan jarak yang
paling jauh diambil. Limitasi Pelaksanaan: 1. Perlu pengukuran yang tepat. 2.
Tempat yang tidak licin. Rajah 1.3 Lompat Jauh Berdiri Skala Ujian Lompat Jauh
Berdiri: SKALA 5 4 3 2 1 PENCAPAIAN Cemerlang Baik Sederhana Lemah
Sangat Lemah LELAKI 257 cm ke atas 256cm-236cm 235cm-199cm 198cm-
161cm 160cm ke bawah PEREMPUAN 206 ke atas 205cm-183cm 182cm-
151cm 150cm-125cm 124cm ke bawah 12 1.3.2 UJIAN ZIG ZAG BARROW
Pengenalan Ujian zig zag barrrow merupakan salah satu daripada ujian
ketangkasan. Ketangkasan merupakan salah satu daripada komponen yang
terdapat dalam kecergasan motor. Kecergasan dan keupayaan motor am
seseorang dalam ujian ketangkasan pada peringkat awal mempunyai hubungkait
yang rapat. Pengukuran ketangkasan merupakan satu bidang saintifik yang agak
baru dan ianya tidak mempunyai latar belakang yang luas jika dibandingkan
dengan bidang lain seperti bidang pengukuran daya tahan kardiovaskular dan
pengukuran komposisi badan. Royal H. Burpee,Mc Cloy dan Young (1954) telah
mencipta ujian Burpee atau dekam lunjur dan mengujinya untuk melihat kesahan
dan kebolehpercayaan. Menurut Borhan Yusof et. al (2008), ketangkasan boleh
ditingkatkan melalui tunjukan secara langsung dan latihan ketangkasan. Bakat
atau baka adalah faktor utama bagi tahap ketangkasan sesetengah individu.
Namun, ketangkasan juga bergantung kepada kekuatan, kelajuan, koordinasi
dan imbangan dinamik. Ujian ketangkasan selalunya ada tiga jenis iaitu larian
menukar arah, menukar kedudukan badan dan menukar arah bahagian badan.
Ketangkasan juga boleg difahami sebagai keupayaan untuk mengubah arah
pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat dan amat penting
dalam semua aktiviti dan sukan. Nama Ujian: Larian Zig Zag Barrow. Objektif
Pengujian: Ujian ini menguji ketangkasan seseorang individu dalam menukar
arah antara kon dan larian dalam masa yang tersingkat. Fungsi Ujian: Ujian ini
juga boleh digunakan sebagai diagnostik iaitu mengenalpasti individu yang
mempunyai ketangkasan yang baik dan kurang baik. 13 Sejarah Instrumen:
Ketangkasan tidak mempunyai latar belakang yang lengkap. Ia merupakan
rangkuman daripada beberapa latihan seperti ketangkasan bagi Royal Burpee
Test yang diperkenalkan pada tahun 1935 dan digunakan oleh Perkhidmatan
Tentera semasa perang dunia kedua dengan nama ‘Squat Thrust Test’ 1930-
1940. Pada lewat tahun 1960-an, ujian ketangkasan telah diubahsuai dan
diperbaiki oleh Johnson dan Nelson. Kedua-duanya juga telah mencipta
beberapa ujian ketangkasan baru iaitu ujian Lompat Kuadrant, ujian ketangkasan
LSU dan ujian ketangkasan SEMO Kirby. Kolerasi Kesahan:0.74 dengan jumlah
markah untuk 29 benda ujian diukur bagi lapan faktor. Kebolehpercayaan: 0.80
Keobjektiviti: 0.99 Alatan yang diperlukan: 1. Jam Randik, 2. Litar 3. Kon 4.
Pencatat Prosedur Pelaksanaan Ujian: 1. Satu litar berbentuk segi empat tepat
(10 kaki x 16 kaki) dibentuk dengan 4 kon diletakkan di setiap penjuru dan satu
kon diletakkan di tengah-tengah litar. 2. Peserta akan bermula di garisan
permulaan dan berlari mengikut arah yang telah ditetapkan. 3. Peserta perlu
berlari seberapa pantas yang boleh dan masa akan dicatatkan apabila peserta
sampai ke garisan penamat. 4. Peserta diberi dua kali percubaan dan catatan
masa yang terbaik akan diambil kira. 14 Limitasi Pelaksanaan: - Norma yang
digunakan dalam tugasan ini telah disesuaikan dengan pencapaian pelajar
PISMK 7.01. - Digunakan untuk mengukur tahap ketangkasan pelajar. Rajah 1.4
: Trek Larian Zigzag Norma Ujian Larian Zig Zag Barrow: SKALA 5 4 3 2 1
PENCAPAIAN Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah LELAKI 10.79
ke bawah 11.49-10.80 12.60-11.50 13.90-12.61 13.91 ke atas PEREMPUAN
12.60 ke bawah 12.99-12.61 14.59-13.00 15.99-14.60 16 ke atas 15 1.4
INSTRUMEN UNTUK MENGUKUR KEMAHIRAN PERMAINAN 1.4.1 UJIAN
SERVIS BOLA TAMPAR Pengenalan: Kemahiran servis dalam permainan bola
tampar merupakan kebolehan menghantar bola ke gelanggang lawan secara
konsisten yang perlu dilakukan oleh setiap ahli pasukan secara bergilir.
Pengukuran kemahiran sukan ini bertujuan menentukan peningkatan atau tahap
pencapaian individu di dalam sukan bola tampar. Dengan adanya pengukuran
dalam kemahiran sukan, potensi seseorang murid boleh dikenalpasti dan digilap.
Nama Ujian: Ujian Servis Bola Tampar Objektif Pengujian: Mengukur kemahiran
membuat servis bola tampar rendah dan jauh ke dalam gelanggang lawan.
Fungsi Ujian: 1. Menentukan kekuatan dan kelemahan murid. 2. Memberi
motivasi kepada murid bagi meningkatkan prestasi dalam sesuatu kemahiran
sukan. Sejarah Instrumen: Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada
tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika
Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan
rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan
untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan
bermain bola keranjang. Pada peringkat permulaan, bola keranjang dipukul
dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di
tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki
namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain
menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta
pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan
dengan menggunakan kulit anak lembu. 16 Sejak itu, permainan ini terus
diminati dan diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola
tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof
H. T. Halstead pada tahun 1896.Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900
apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya
diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus
berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun
(1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke
Eropah. Semasa Perang Dunia Pertama, ke tentera Eropah; Amerika Yogoslavia
Syarikat (1918), memperkenalkan permainan bola tampar Czechoslovakia dan
Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola
tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi
kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama
menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada
tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah
diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah
menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola
Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh
Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium
masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945
dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu
sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden
pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan
selama 37 tahun. Alatan yang diperlukan: 1. Bola Tampar 2. Jaring Bola Tampar
3. Alat Pengukur 4. Gelanggang dan ukuran yang ditanda di atas gelanggang. 17
Prosedur Pelaksanaan Ujian: 1. Peserta diberi sepuluh percubaan melakukan
servis dari tempat yang ditetapkan (bagi murid-murid sekolah rendah bawah 12
tahun, servis dilakukan 6 meter dari jaring). 2. Mata diberi bergantung kepada
nilai yang telah ditetapkan bagi sesuatu kawasan di mana bola mendarat dalam
gelanggang bola tampar. 3. Jika bola jatuh di atas garisan kawasan, mata yang
maksimum mengikut nilai bagi sesuatu kawasan di mana bola mendarat akan
diberikan. 4. Skor yang dicapai oleh peserta adalah mengikut jumlah mata yang
dipungutnya dalam 10 percubaan yang diberi. Limitasi Pelaksanaan: Perlu
mengetahui teknik-teknik membuat servis yang betul Kedudukan Bersedia
Hayunan Tangan Ikut Lajak Rajah 1.5 Teknik Melakukan Servis Bola Tampar
Rajah 1.6 : Ukuran Gelanggang dan Pembahagian Markah Bagi Ujian Servis 18
Norma Bagi Ujian Kemahiran Servis Bola Tampar: SKALA 5 4 3 2 1
PENCAPAIAN Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah LELAKI 34 ke
atas 27-33 21-26 14-20 0-13 PEREMPUAN 27 ke atas 19-26 13-18 6-12 0-5
1.4.2 KEMAHIRAN MENYANGGA Pengenalan: Dalam permainan, kemahiran
menyangga merupakan cara asas untuk menyambut dan menghantar bola yang
memerlukan pemain sentiasa dalam keadaan bersedia. Nama Ujian: Menyangga
Objektif Pengujian: Untuk mengetahui tahap kemahiran seseorang dalam
menyambut dan menghantar bola pada sasaran yang ditentukan. Fungsi Ujian:
1. Untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan berasaskan
kemahiran sukan. 2. Meningkatkan kemahiran dan strategi supaya perlakuan
dapat dilaksanakan dengan tepat. Ini adalah unsur utama dalam sukan iaitu
perlaksanaan kemahiran dengan cara yang berkesan. 3. Memberi pendedahan
kepada murid-murid kepada kepelbagaian kemahiran sukan Sejarah Instrumen:
Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 oleh William G.
Morgan yang merupakan seorang pengarah sukan YMCA, di Holyoke,
Massachusetts, Amerika Syarikat. Nama asal permainan ini ialah ‘minonette’ dan
kemudian digantikan dengan nama ‘volleyball’ oleh Dr A. Halstead pada tahun
1896. 19 Alatan yang diperlukan: 1. Bola Tampar, 2. Jaring Bola Tampar 3. Alat
Pengukur 4. Gelanggang dan ukuran yang dibuat di atas gelanggang Prosedur
Pelaksanaan Ujian (Rujuk Rajah 1.7): 1. Pembantu T akan melambung tinggi
bola kepada peserta P yang diuji. 2. Peserta hendaklah menyambut dan
menghantar bola dengan cara menyangga dari bawah ke sasaran S yang
berukuran 2 meter x 1 meter di penjuru kiri dan kanan dekat garis tengah. 3. Bola
itu hendaklah melalui atas jaring (tinggi 3 meter) dan mendarat dalam kawasan S
iaitu sasarannya. 4. Peserta diberi peluang 10 kali percubaan di sebelah kiri dan
10 kali percubaan di sebelah kanan. 5. 1 mata merupakan markah bagi 1
hantaran yang berjaya masuk ke dalam kawasan sasaran. Bola yang menyentuh
jaring atau yang mendarat di luar sasarannya tidak akan diberi sebarang mata.
Maksimum mata yang diperolehi ialah 20 mata bagi seorang peserta. 6.
Lambungan bola oleh pembantu T yang tidak sampai di kawasan di mana
peserta P berada tidak dikira dan percubaan akan diulang Limitasi Pelaksanaan:
1. Pelajar perlu mengetahui teknik-teknik menyambut dan menyangga dengan
betul. 2. Norma yang digunakan telah disesuaikan dengan pencapaian 25 orang
pelajar PISMK OUM 7.01. 20 Rajah 1.7 : Ukuran Gelanggang dan Pembahagian
Markah Bagi Ujian Menyangga Norma Bagi Ujian Kemahiran Menyangga:
SKALA 5 4 3 2 1 PENCAPAIAN Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat
Lemah LELAKI 17 ke atas 13-16 8-12 4-7 0-3 PEREMPUAN 15 ke atas 12-14 7-
11 3-6 0-2 21 Rajah 1.8 Teknik-teknik Menyangga dalam Bola Tampar 22 2.0
PENUTUP Pengujian, pengukuran dan penilaian Pendidikan Jasmani dianggap
penting dalam proses pengajaran pembelajaran. Bagi melaksanakan ujian
kecergasan yang berkesan ia memerlukan pentadbiran bateri ujian yang piawai.
Hasil penilaian prestasi kecergasan murid dapat membantu guru menyediakan
bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Pendidikan Jasmani.
Pengetahuan mengenai prestasi kecergasan individu dapat membantu pelajar
memilih sukan yang bersesuaian untuk keperluannya sepanjang hayat. Skor
yang diperolehi melalui ujian kecergasan dapat membantu guru Pendidikan
Jasmani mengetahui tahap prestasi kecergasan motor pelajar. Berdasarkan
prestasi tersebut, guru dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai kekuatan
dan kelemahan dalam sesuatu kecergasan. Pengetahuan mengenai tahap
kecergasan pelajar dapat membantu guru menyediakan bahan pengajaran yang
sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan
Jasmani. Hasil pengujian dan pengukuran ini juga penting untuk menunjukkan
akauntabiliti mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Kecergasan pelajar
dapat diukur dan dinilai dengan menggunakan bateri ujian tertentu mengikut
prosedur ujian bersistematik. Dengan adanya ujian kecergasan, data ujian boleh
diukur secara empirikal. Pengaruh tersebut memberi kesan positif ke atas
amalan guru dalam mempertingkatkan minat untuk mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani di sekolah. 23

You might also like