You are on page 1of 22

C 4006/UNIT 6/ 1

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

MODUL
POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

C4006
ATURCARA KONTRAK &
UKUR BINAAN 2

MOHD SAFRI BIN OMAR


(POLISAS)

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 2
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

UNIT 6

BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,


KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATAN
SELEPAS SIAP

Objektif am: : Mempelajari dan mmemahami Syarat-syarat Kontrak Setara JKR


203A mengenai Fasal 37, Fasal 40, Fasal 43 dan Fasal 45.

Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

 Menerangkan kehendak-kehendak Fasal 37: Bon Perlaksanaan

 Menerangkan kehendak-kehendak Fasal 40: Gantirugi Kerana Tak


Siap
 Menerangkan kehendak-kehendak Fasal 43 : Kelambatan Dan
Lanjutan Masa

 Menerangkan kehendak-kehendak Fasal 45: Kecacatan selepas Siap

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 3
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

Ni kena belajar berkenaan Bon


Perlaksanaan bukan James Bond, Ganti
Rugi Kerana Tak Siap, kalau siap tak ada
masalah, Kelambatan Dan Lanjutan
Masa kalau tidak kena dendalah dan
Kecacatan Selepas Siap, siapa kena
tanggung kos ni…

6.0 PENGENALAN

Dalam Unit ini, akan dibincangkan Fasal 37, Fasal 40, Fasal 43 dan Fasal 45.
Fasal-fasal ini perlu dibaca dan diteliti dengan baik supaya masalah yang
mungkin berlaku ditapak bina dapat diambil tindakan yang sewajarnya. Anda
mungkin akan diminta memberi nasihat atau pandangan terhadap masalah yang
berlaku nanti.

TERUSKAN BACAAN ANDA

GUNAKAN BORANG KONTRAK SETARA JKR 203A


UNTUK RUJUKAN ANDA. BACA TERLEBIH DAHULU
FASAL-FASAL TERSEBUT SEBELUM MEMBACA
HURAIAN FASAL DIBAWAH

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 4
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

6.1 Fasal 37 : Bon Perlaksanaan

6.1.1 Sub fasal(a), (b), (c) & (d)

Merupakan sejumlah wang tahanan atau wang cagaran yang mana jumlahnya
adalah 5 % daripada Jumlah Harga Kontrak. Ia boleh dikemukakan dalam bentuk
tunai, deposit bank, gerenti bank atau draf bank @ satu gantian insurans.
(Rujuk KPKR 94, Bon Perlaksanaan bentuk dikemukakan adalah dalam bank
gerenti sahaja).
Bon Perlaksanaan ini mestilah diserahkan kepada kerajaan atas nama Pegawai
Penguasa Projek (Kerajaan) dan Kontraktor Dinamakan. Ia merupakan syarat
terdahulu sebelum memulakan kerja.
Bon perlaksanaan hendaklah ditetapkan sah dan terus sah dan berkuatkuasa bagi
sesuatu tempoh sebagaimana yang diperuntukkan dalam Gerenti Bank atau
Gerenti Insurans yang diluluskan. Pihak kerajaan akan membuat potongan
sekiranya berlaku apa-apa perlanggaran kontraktor terhadap obligasinya.
Sekiranya tidak, Bon perlaksanaan akan dipulangkan balik kepada kontraktor
setelah diberi Perakuan Siap Membaiki Kecacatan bagi seluruh Kerja.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 5
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

HURAIAN TAMBAHAN UNTUK


FASAL 37

6.1.2 Kepentingan Bon Perlaksanaan Kepada Kontraktor


 Bagi menjamin kesungguhan kontraktor yang kerja itu akan dibuat dengan
sepenuhnya dan sempurna.( sekurang-kurangnya kerja kontraktor
mencapai tahap yang paling minima).
 Sekiranya kontraktor ingin memohon wang pendahuluan, bon
perlaksanaan boleh digunakan sebagai jaminan.

6.1.3 Kepentingan Bon Perlaksanaan Kepada Kerajaan Atau Majikan

 Bagi menjamin kepentingan majikan dan kerajaan.


 Jika kontraktor tak dapat membayar kepada subkontraktor, kerajaan
boleh membayarnya dengan menggunakan bon perlaksanaan ini.
 Boleh digunakan apabila kontraktor tak melaksanakan kontrak atau
melakukan apa-apa pelanggaran terhadap obligasinya.( pecah kontrak)

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 6
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

 Sekiranya kos untuk membaiki kecacatan selepas siap melebihi bagi


menanggung kerugian bayaran kemajuan yang akhir untuk kontraktor.
 Sekiranya berlaku penamatan kontrak, kerajaan boleh menggunakan
bon perlaksanaan bagi menanggung kerugian dan untuk caj-caj untuk
memanggil semula tender.
 Sekiranya kontraktor terpaksa membayar denda atau gantirugi yang
melebihi daripada bayaran kemajuan akhir yang diterimanya.
 Bon Perlaksanaan akan dipulangkan atau diberi semula kepada
kontraktor selepas Perakuan Siap Membaiki kecacatan.

TERUSKAN
BACAAN ANDA

6.2 Fasal 40 : Ganti Rugi Kerana Tak Siap

Merupakan satu denda yang dikenakan kepada kontraktor selam tempoh kerja
tersebut dalam keadaan begitu dan tak siap. Ianya dikenakan kerana kontraktor
tidak dapat menyiapkan kerja setelah tamat tempoh kontrak atau setelah tamat
Tempoh Lanjutan Masa atau sehingga pada tarikh siap yang telah diberikan oleh
Pegawai Penguasa yang mana sepatutnya pada pendapat Pegawai Penguasa kerja
tersebut telah disiapkan.

Maka, kerugian atau gantirugi yang dialami oleh kerajaan akibat daripada
kelambatan tersebut adalah ditanggung oleh kontraktor dimana kerugian atau
gantirugi ini akan didapatkan semula daripada kontraktor melalui gantirugi
tertentu dan gantirugi ditetapkan (Dinyatakan dalam Lampiran Syarat-syarat
Kontrak)

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 7
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

Kerja tak siap tetapi dapat disiapkan


DENDA AKAN DIKENAKAN tetapi
sekiranya terus tak siap KONTRAK
AKAN DIMANSUHKAN (FASAL 51)

6.3 Fasal 43 : Kelambatan Dan Lanjutan Masa

Kelambatan adalah suatu kerja yang dilambatkan atau terlambat yang melebihi
tarikh siap yang dinyatakan seperti dalam Dokumen Kontrak manakal Lanjutan
masa adalah tempoh masa yang diberi oleh kerajaan kepada kontraktor apabila
kerja tidak dapat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan dalam Dokumen Kontrak
di man sebab-sebab kelambatan itu diluar kawalannya atau diluar jangkaan.
Lanjuta masa bertujuan untuk kontraktor menyiapkan projek berkenaan mengikut
tempoh masa yang diluluskan oleh kerajaan tanpa dikenakan apa-apa gantirugi
atau denda.

6.3.1 Sub Fasal (a)


Disebabkan oeh ‘ Force Majeure’ (Act of God) iaitu sesuatu perkara yang berlaku
diluar jangkaan seperti jerebu, ribut dan lain-lain kejadian diluar jangkaan.
6.3.2 Sub Fasal (b)
Keadaan atau keburukan cuaca luar biasa seperti hujan batu, salji, kemarau, banjir
kilat, ribut petir dan puting beliung.
6.3.3 Sub Fasal (c)

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 8
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

Arahan-arahan yang diberikan oleh Pegawai Penguasa yang berbangkit dari


pertikaian dengan tuan punya tanah yang berhampiran dengan tapak bina
sehingga mengakibatkan projek tergendala dan bukan disebabkan oleh kecuaian
kontraktor.
6.3.4 Sub Fasal (d)
Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada kerja-kerja yang disebabkan
oleh perkara-perkara diluar jangkaan seperti kebakaran, letupan, tanah runtuh,
tangki pecah, radas dan paip pecah, kapaludara dan lain-lain alat udara atau artikel
yang gugur dari udara, rusuhan dan kekacauan awam.

6.3.5 Sub Fasal (e)


Arahan-arahan Pegawai Penguasa yang dikeluarkan bersabit perubahan kerja
bercanggah dalam atau antara Dokumen Kontrak.
6.3.6 Sub Fasal (f)
Kontraktor tidak menerima dalam masa yang wajar daripada Pegawai Penguasa
arahan-arahan, pelan-pelan, aras-aras yang diperlukan dan sebagainya atau arahan
berkenaan dengan penamaan Subkontraktor Dinamakan atau Pembekal
Dinamakan.
6.3.6 Sub Fasal (g)
Kelambatan memberi Milik Tapak (Prosedur pemilikan tapakbina rujuk Fasal 38)
6.3.7 Sub Fasal (h)
Kelambatan berpunca daripada penyatuan pekerja-pekerja setempat seperti
mogok atau tutup pintu yang melibatkan mana-mana TRED yang diguna khidmat
keatas kerja. (TRED – Persatuan yang diiktiraf oleh Malaysia)

6.3.8 Sub Fasal (i)


Kelambatan oleh pihak artisan (pakar), tukang-tukang atau orang lain yang
ditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja-kerja yang tidak menjadi
sebahagian dalam kontrak.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 9
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

6.3.9 Sub Fasal (j)


Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal olehnya
untuk mendapatkan apa-apa barang atau bahan yang diperlukan untuk
menjalankan kerja.
6.3.10 Sub Fasal (k)
Kelambatan oleh Subkontraktor Dinamakan atau Pembekal Dinamakan.

SECARA KESIMPULANNYA KELAMBATAN BOLEH


DISEBABKAN OLEH PEGAWAI PENGUASA, PIHAK
KERAJAAN, SUBKONTRAKTOR/PEMBEKAL
DINAMAKAN ATAU KEADAAN DILUAR JANGKAAN

HURAIAN TAMBAHAN
UNTUK FASAL 43

Perkara-perkara penting sebelum Sijil Lanjutan Masa dikeleuarkan:


 Kontraktor hanya berhak mendapat lanjutan masa sekiranya ia telah
sentiasa berusaha dengan sedaya upayanya untuk mengelakkan
kelambatan dan telah membuat apa-apa yang dikehendaki dengan
munasabahnya oleh Pegawai Penguasa.
 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab untuk menyatakan secara bertulis
sebab-sebab kelambatan tersebut kepada Pegawai Penguasa sejurus
berlakunya kelambatan.
 Setiap rayuan dan permohonan daripada kontraktor untuk lanjutan masa
mestilah dikaji oleh Pegawai Penguasa dan majikan akan punca-punca
berlakunya kelambatan tersebut, dimana hanya kelambatan sebenar sahaja
yang perlu dinilaikan semasa mengira tempoh tersebut yang mana ianya
akan dinilai berdasarkan program atau perancangan kerja kontraktor dan
hubung kait operasi kerja dengan keseluruhan kerja.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 10
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

 Kelambatan kerja boleh dinilai melalui Carta Kemajuan Kerja dimana jika
kontraktor ketinggalan dari jadual, beliau mesti diarahkan untuk memberi
tunjuk sebab mengapa kerjanya terlambat.
 Tempoh bagi sesuatu lanjutan masa, hanya akan ditentukan oleh AJK
kelambatan dan Lanjutan masa.

 Jika Pegawai Penguasa berpuas hati dengan alasan-alasan kelambatan


tersebut maka lanjutan masa akan diberikan dengan menggunakan
‘Perakuan Kelambatan’ dan ‘Perakuan Lanjutan Masa’ iaitu Borang JKR
203 T pindaan 4/83. Peraakuan Kelambatan dan Perakuan Lanjutan Masa
ini mestilah diserahkan sebelum Tarikh Siap Kerja.
Maklumat-maklumat yang mesti diberikan oleh Pegawai Penguasa semasa
mengemukan Perakuan Lanjutan Masa untuk diluluskan:
 Butiran-butiran bagaimana tempoh lanjutan masa yang dicadangkan
dihitung.
 Dimana kerajaan bertanggungjawab keatas kelambatan itu, nyatakan
samada sebab kelambatan itu telah diatasi dan jika tidak nyatakan
langkah-langkah yang sedanga diambil untuk mengatasinya.
 Dimana kerajaan bertanggungjawab keatas kelambatan, nyatakan samada
kontraktor ada atau akan menuntut kerugian dan perbelanjaan tambahan
dan jika ‘YA’ akan dibuat anggaran. Anggaran ini dibuat oleh Pegawai
Penguasa.
 Satu huraian kemajuan kerja yang telah dicapai oleh kontraktor pada
tarikh perakuan hendaklah disediakan dan tentukan baki kerja yang
hendak dijalankan.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 11
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

 Nyatakan samada kontraktor boleh menyiapkan kerja pada tarikh siap


lanjutan yang dicadangkan dan jika tidak, nyatakan tarikh anggarannya.
Setelah perakuan tersebut diluluskan salinan asal hendaklah dihantar kepada
kontraktor, satu salinan mengenainya mestilah diedarkan kepada pihak-pihak
tertentu seperti mana yang disenaraikan dalam perakuan dan juga ditambah
kepada yang berikutnya.
1. P.K.K (Pusat Khidmat Kontraktor).
2. Jurukur bahan yang terlibat dalam pembinaan.

Pegawai-pegawai yang berkuasa mengesahkan Perakuan Lanjutan Masa:


1. Ketua Pengarah Kerjaraya
2. Timbalan Pengarah Kerjaraya.
3. Pengarah Cawangan JKR.
4. Ketua Pengarah Negeri.
5. Ketu Unit Khas.
6.4 Fasal 45 : Kecacatan Selepas Siap
6.4.1 Subfasal(a) – Tempoh Liabiliti Kecacatan
Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 12 bulan (projek yang melebihi
RM50,000.00) seperti yang dinyatakan didalam dokumen kontrak selepas tarikh
penyiapan kerja yang praktikal yang diberikan kepada kontraktor oleh Pegawai
Penguasa dimana kecacatan, ketidaksempurnaan atau kekurangan atau apap-apa
jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan juga disebabkan oleh bahan atau
barang-barang atau mutu hasil kerja hendaklah disempurnakan oleh kontraktor
sebaik mungkin.
6.4.2 Subfasal(b) – Jadual Kecacatan
Jika terdapat apa-apa kecacatan atau ketidaksempurnaan yang berlaku, Pegawai
Penguasa hendaklah mengemukan Jadual Kecacatan yang akan diserah-hantar
kepada kontraktortidak lewat dari empat belas (14) hari selepas tamat Tempoh

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 12
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

Liabiliti Kecacatan. Kontraktor atas kosnya sendiri akan memperbaiki kecacatan


atau ketidaksempurnaan dalam masa yang berpatutan tetapi tidak lebih dari
tiga(3) bulan selepas penerimaan jadual tersebut. Pegawai Penguasa tidak
dibenarkan mengeluarkan apa-apa arahan berhubung dengan kecacatan selepas
Jadual Kecacatan dikeluarkan atau selepas 14 hari tamatnya Tempoh Liabiliti
Kecacatan mengikut mana yang terkemudian.

6.4.3 Subfasal(c) – Kemungkiran Kontraktor


Jika kontraktor tidak mematuhi subfasal (a) & (b), bahan atau kerja yang terjejas
boleh diperbaiki oleh Pegawai Penguasa dengan cara yang patut dan kos yang
ditanggung hendaklah dipotong dari baki wang yang akan dibayar kepada
kontraktor atau dari Bon Perlaksanaan atau sebagai suatu wang tuntutan tertentu.

6.4.4 Subfasal(d) – Kuasa-kuasa Tambahan Pegawai Penguasa


Jika pada pendapat Pegawai Penguasa tidak mudah untuk kontraktor
memperbaikinya maka kesusutan kerja akan ditentukan oleh Pegawai Penguasa
dan kaedah pembayaran sama seperti dalam subfasal (c).

6.4.5 Subfasal(e) – Perakuan Siap Membaiki Kecacatan


Apabila pada pendapat Pegawai Penguasa , kontraktor telah memperbaiki
kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa kerosakan yang perlu
diperbaiki atau Pegawai Penguasa menganggap projek itu telah siap, Pegawai
Penguasa mengeluarkan satu perakuan dimana perakuan ini disebut “ Perakuan
Siap Membaiki Kecacatan.”

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 13
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

UNTUK LEBIH JELAS,


CUBA BACA HURAIAN
DIBAWAH

Tempoh Pembinaan Tempoh Liabiliti Jadual Kecacatan Tempoh Membaiki


Kecacatan Kecacatan

Penyiapan kerja (12 bulan) (14 hari) (3 Bulan)


Secara Praktikal

Tempoh pembinaan + Tempoh Liabiliti Kecacatan + 14 Hari + Tempoh


Membaiki Kecacatan Perakuan Membaiki Kecacatan dikeluarkan

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 14
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

Tempoh Liabiliti Kecacatan merupakan satu jaminan untuk majikan bahawa mutu
bahan atau barang dan kerja yang dilaksanakan adalah baik dan mengikut piawai
yang telah ditetapkan dalam dokumen kontrak.
Penyiapan Kerja Secara Praktikal ialah apabila kerja itu telah mencapai satu tahap
penyiapan dimana ia dapat menemui fungsi pengguna. Walaupun terdapat sedikit
kekecutan atau ketidaksempurnaan tetapi tidak mengurangkan keselesaan
penggunanya.

 UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA.
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS PADA
HALAMAN BERIKUTNYA..

6.1 Apakah yang dimaksudkan dengan Bon Perlaksanaan(Performance Bond)?


6.2 Terangkan istilah-istilah berikut:
a. Ganti Rugi Tertentu dan Ganti Rugi Ditetapkan
b. Perakuan Kerja Tidak Siap
c. Tempoh Lanjutan Masa
d. Penyiapan Kerja Praktikal
e. Tempoh Liabiliti Kecacatan
f. Jadual Kecacatan

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 15
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

SYABAS SEKIRANYA JAWAPAN ANDA MENGAMBIL KIRA FAKTA


BERIKUT.

6.1 Bon Perlaksanaan merupakan sejumlah wang tahanan atau wang cagaran dalam
bentuk tunai atau dalam bentuk gerenti bank. Jumlahnya adalah 5% daripada Jumlah
Harga Kontrak. Pihak kerajaan akan membuat potongan sekiranya Kontraktor melakukan
perlanggaran terhadap obligasinya dan akan dipulangkan kepada kontraktor setelah
Perakuan Siap Membaiki Kecacatan dikeluarkan.

6.3 Penerangan istilah-istilah:

a. Merupakan satu denda yang dikenakan kepada kontraktor selama


tempoh kerja tersebut dalam keadaan tidak siap. Gantirugi dikenakan

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 16
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

kerana kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja setelah tamat tempoh


kontrak atau tamat tempoh lanjutan masa. Kerugian atau gantirugi ini
dinyatakan dalam Lampiran syarat-syarat ini.

b. Perakuan Kerja Tidak Siap merupakan suatu perakuan yang


dikeluarkan sekiranya kontraktor tidak menyiapkan kerja pada tarikh
siap kerja dan Pegawai Penguasa memperakui secara bertulis bahawa
pada pendapatnya kerja tersebut dengan munasabahnya telah siap.
Kontraktor akan dikenakan denda atau gantirugi bermula dari tarikh
perakuan itu dikeluarkan selama mana ia berkeadaan tidak siap.

c. Tempoh Lanjutan masa adalah suatu tempoh yang diberikan kepada


kontraktor setelah kontraktor gagal menyiapkan kerja setelah tamat
tempoh siap kerja. Tempoh ini diberikan disebabkan permohonan yang
dikemukan oleh kontraktor kepada Pegawai penguasa diatas perkara-
perkara yang dibenar (merujuk Fasal 43) dan bukannya atas kecuaian
pihak kontraktor.

d. Penyiapan Kerja Secara Praktikal ialah apabila kerja tersebut telah


mencapai satu tahap penyiapan dimana ia dapat memenuhi fungsinya
walaupun terdapat sedikit kecacatan atau kekecutan tetapi ia tidak
menggannggu kelesaan pengguna.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 17
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

e. Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah tempoh 12 bulan setelah Perakuan


Siap Kerja Dikeluarkan. Sebarang kecacatan atau kekurangan
mutukerja akan dibaiki dan ditanggung oleh pihak kontraktor.
Kontraktor juga bertanggungjawab memperbaiki kecacatan tersebut
setelah tamat tempoh tanggungan kecacatan selama 12 bulan dan
dalam 14 hari Jadual kecacatan dikeluarkan. Tempoh masa untuk
membaki kecacatan adalah tidak lebih dari 3 bulan.

f. Jika terdapat apa-apa kecacatan atau ketidaksempurnaan yang berlaku,


Pegawai Penguasa hendaklah mengemukan Jadual Kecacatan iaitu
satu senarai kecacatan terhadap binaan yang telah siap dan akan
diserah-hantar kepada kontraktortidak lewat dari empat belas (14) hari
selepas tamat Tempoh Liabiliti Kecacatan. Kontraktor atas kosnya
sendiri akan memperbaiki kecacatan atau ketidaksempurnaan dalam
masa yang berpatutan tetapi tidak lebih dari tiga(3) bulan selepas
penerimaan jadual tersebut.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 18
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

 SILA JAWAB SEMUA SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DI


BAWAH.
 SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH.

SELAMAT MENCUBA
SOALAN 1
Nyatakan sebab-sebab kelambatan yang membolehkan pihak kontraktor mendapat
Tempoh lanjutan masa.

SOALAN 2
Bilakah Perakuan Siap Membaiki Kecacatan boleh dikeluarkan?

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 19
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

Jawapan 1

6.1 Sebab-sebab kelambatan yang membolehkan Kontraktor mendapat Tempoh Lanjutan


Masa:
a. Disebabkan oeh ‘ Force Majeure’ (Act of God) iaitu sesuatu perkara yang
berlaku diluar jangkaan seperti jerebu, ribut dan lain-lain kejadian diluar
jangkaan.

b. Keadaan atau keburukan cuaca luar biasa seperti hujan batu, salji, kemarau,
banjir kilat, ribut petir dan puting beliung.

c. Arahan-arahan yang diberikan oleh Pegawai Penguasa yang berbangkit dari


pertikaian dengan tuan punya tanah yang berhampiran dengan tapak bina
sehingga mengakibatkan projek tergendala dan bukan disebabkan oleh
kecuaian kontraktor.

d. Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada kerja-kerja yang


disebabkan oleh perkara-perkara diluar jangkaan seperti kebakaran, letupan,

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 20
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

tanah runtuh, tangki pecah, radas dan paip pecah, kapaludara dan lain-lain alat
udara atau artikel yang gugur dari udara, rusuhan dan kekacauan awam.

e. Arahan-arahan Pegawai Penguasa yang dikeluarkan bersabit perubahan kerja


bercanggah dalam atau antara Dokumen Kontrak.

f. Kontraktor tidak menerima dalam masa yang wajar daripada Pegawai


Penguasa arahan-arahan, pelan-pelan, aras-aras yang diperlukan dan
sebagainya atau arahan berkenaan dengan penamaan Subkontraktor
Dinamakan atau Pembekal Dinamakan.

g. Kelambatan memberi Milik Tapak (Prosedur pemilikan tapakbina rujuk


Fasal 38).

h. Kelambatan berpunca daripada penyatuan pekerja-pekerja setempat seperti


mogok atau tutup pintu yang melibatkan mana-mana TRED yang diguna
khidmat keatas kerja. (TRED – Persatuan yang diiktiraf oleh Malaysia)

i. Kelambatan oleh pihak artisan (pakar), tukang-tukang atau orang lain yang
ditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja-kerja yang tidak menjadi
sebahagian dalam kontrak.

j. Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal


olehnya untuk mendapatkan apa-apa barang atau bahan yang diperlukan untuk
menjalankan kerja.

k. Kelambatan oleh Subkontraktor Dinamakan atau Pembekal Dinamakan.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 21
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

Jawapan 2

Perakuan Siap Membaiki Kecacatan boleh dikeluarkan apabila pada pendapat


Pegawai Penguasa , kontraktor telah memperbaiki kecacatan, ketidaksempurnaan,
kekecutan atau apa-apa kerosakan yang perlu diperbaiki atau Pegawai Penguasa
menganggap projek itu telah siap, Pegawai Penguasa mengeluarkan satu perakuan
dimana perakuan ini disebut “ Perakuan Siap Membaiki Kecacatan.”
Tempoh Pembinaan Tempoh Liabiliti Jadual Kecacatan Tempoh Membaiki
Kecacatan Kecacatan

Penyiapan kerja (12 bulan) (14 hari) (3 Bulan)


Secara Praktikal
Tempoh pembinaan + Tempoh Liabiliti Kecacatan + 14 Hari + Tempoh
Membaiki Kecacatan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan
dikeluarkan.

TAHNIAH SEKIRANYA
ANDA DAPAT MENJAWAB
DENGAN BETUL

MARI
BERPINDAH KE
UNIT 7

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 6/ 22
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS

You might also like