You are on page 1of 17

C 4006/UNIT 10/ 1

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2


KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

UNIT 10

PENGUKURAN DINDING BANGUNAN

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

Memahami dan mengetahui kaedah pengukuran kuantiti bagi elemen


dinding luar dan dinding dalam sesebuah bangunan berdasarkan SMM 2.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

 Menyenaraikan semua item kerja berdasarkan lukisan


kerja/pelan yang dibekalkan.
 Mengukur kuantiti dan menulis keterangan kerja dinding luar
dan dinding dalam sesebuah bangunan berpandukan kepada
SMM 2.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 2
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

INPUT

10.0 PENGENALAN

ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DINDING ?

Dinding merupakan binaan menegak yang berfungsi untuk menyedia, membahagi,


menyekat bagi mewujudkan bilik-bilik / ruang-ruang dalam sesebuah bangunan.
Sebagaimana yang telah anda pelajari dalam matapelajaran Teknologi Bangunan &
Bahan, bahawa dinding terbahagi kepada beberapa ketegori iaitu berdasarkan
kepada jenis ( dinding bata, konkrit, kayu dll ), keupayaan tanggung beban
( dinding tanggung beban dan dinding tidak tangggung beban ) dan kedudukan
( dinding luar dan dinding dalam ). Walaubagaimanapun, apa yang bakal dipelajari
dalam unit adalah pengukuran kuantiti bagi dinding luar dan dalam sahaja. Secara
umumnya, walaupun terdapat pengasingan semasa membuat pengukuran kuantiti
antara dinding luar dan dalam, tetapi kaedah dalam mengambil ukuran tetap sama.
Dinding terbahagi kepada dua jenis :-

 Dinding Bata
 Dinding Berongga.

Manakala bata-bata yang digunakan untuk membina dinding tersebut terbahagi


kepada tiga jenis :-
1. Bata Biasa (Common Brick)
2. Bata Muka (Facing Brick)

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 3
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

3. Bata Kejuruteraan (Engineering Brick)

1. Bata biasa digunakan bagi pembinaan dinding luar. Diikat dengan


sambungan
simen mortar (1:9) atau (1:6).
Biasanya pada permukaan sebelah luar dan dalam perlu dilepa untuk
mendapatkan kemasan yang baik.

2. Bata muka pula digunakan sebagai dinding luar dan diikat dengan
menggunakan
simen mortar.
Permukaan luar dan dalamnya tidak perlu dilepa, kerana bata muka itu
sendiri telahpun memberikan kemasan yang cantik.

Terdapat tiga jenis bata yang digunakan sebagai bata muka :-


i. Red rustic brick.
ii. Selected brick.
iii. Facing brick.

3. Bata kejuruteraan hanya digunakan untuk kerja-kerja di bawah tanah


sahaja iaitu bagi dinding sub-struktur.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 4
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

Di dalam membuat ikatan bagi bata muka ini terdapat beberapa kaedah
ikatan yang boleh digunakan iaitu :-
1. Flush 2. Lower struck

3. Upper struck 4. Recessed

5. Keyed 6. Inner V

Selain daripada kerja bata, kerja-kerja lain yang perlu diukur pada dinding luar
ialah lapis kalis tiris dan juga besi pengikat (bonding ties) untuk mengikat dinding
bata dengan tiang konkrit.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 5
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

10.1 PENYENARAIAN BUTIRAN KERJA

Bagi kerja-kerja pengukuran kuantiti, anda dikehendaki untuk merujuk kepada


Standard Method of Measurement 2. Peraturan untuk mengukur kuantiti elemen
dinding ini diterangkan di dalam seksyen-seksyen berikut:

 Section G : BRICKWORK AND BLOCKWORK


 Section F : CONCRETE WORK

Jadual 6.1 : Taking Off List For Wall

NO. ITEM UNIT


1 Internal wall M2
2 External wall M2
3 Damp proof course M
4 Bonding tie KG

Merujuk kepada SMM 2 : G.1.1 menyatakan bahawa setiap pengukuran bagi


kerja dinding hendaklah diklasifikasikan dibawah tajuk / kepala ( heading ) :-
a. Asas
b. Dinding tanggung beban
c. Dinding tidak tanggung beban

Manakala sekiranya terdapat bukaan pada dinding, maka penolakan yang perlu
dibuat adalah berdasarkan kepada SMM2 : G.2.2 . Bagi penulisan keterangan
kerja pula, ianya perlulah merujuk kepada SMM 2 : G.3.1 dan unit pengukuran
pula adalah dalam meter persegi sebagaimana SMM : G.3.3.a.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 6
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

10.2 PENGUKURAN KUANTITI DAN PENULISAN KETERANGAN


KERJA

10.2.1 Dinding Bata Biasa (Common Brick)

Rumusan :
1. Dinding luar dari bata biasa.
2. Unit - Meter persegi
3. Ukuran - Keluasan dinding luar.
- Digalakkan menggunakan ukuran purata bangunan
bagi
panjang dan tinggi dinding bata tersebut.
4 4. Keterangan - Ketebalan dinding bata.
5 - nyatakan sambungan dan bancuhan simen mortar
6 yang digunakan.
- Lapisan tetulang bata (perlu dinyatakan jika
ketebalan
dinding 1/2 B ke bawah)
- di mana ianya dibina.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 7
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

DIMENSI KETERANGAN

Non-load bearing wall

Half brickwall in comm. Brick in cmt.


Mtr.
12.00 (1:6) wi. Reinf. as specified in external
3.10 wall.
Length
Area A) 3/ 4 000
12 000

Height
Add 3 000
Conc. Slab 100
3 100

1/2
/2/
Ddt. Ditto for door opening
/ 1.00 (Semua tulisan, ukuran &
2.00 D1) kurungan menggunakan pen
____ merah)

Half brickwall ditto to a radius 2.00


meter.
2.00
3.10 Area B) Radius
____ Height 2 000
Add 3 000 =====
Conc. 100
Slab 3 100
=====

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 8
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

10.2.2 Dinding Bata Muka

Dalam pengukuran dinding dari bata muka ini, perlulah merujuk kepada SMM 2 :
G.10.
Rumusan :
1. Dinding luar bata muka.
2. Unit - Meter persegi
3. Ukuran - Keluasan dinding sebagaimana pelan.
7 4. Keterangan - Ketebalan bata
8 - Jenis ikatan bata.
9 - nyatakan bancuhan simen mortar yang digunakan.
- 1/2B perlu nyatakan penggunaan fabric reinf.
nyatakan di mana ia dibina.

DIMENSI KETERANGAN

Load bearing wall

M2 Half bkwl facing brick in cmt. Mtr.


(1:6) including reinf. As external wall.

M2 ½ B Brickwall fair face in selected


____ comm. Bk & pointg with a struck joint in
cmt mtr (1:6) including reinf as specified
as external wall.

M2
____ ½ B bk. wi. Fairface in red rustic brick
& pointing with recessed jointing cmt.
Mtr (1:6) including reinf as specified as

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 9
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

external wall.

10.2.3 Dinding Berongga (Hollow Wall)

Dinding berongga dibina sebagai salah satu kaedah penebatan haba atau
penelusan hujan pada bangunan tersebut.
Dinding ini amat popular dibina di negara yang mengalami kadar kesejukan yang
tinggi ataupun kadar hujan yang banyak.

Sebagaimana SMM2 : G.22


Rumusan :
1. Dinding berongga.
2. Unit - Meter persegi
3. Ukuran - Keluasan dinding sebagaimana pelan.
10 4. Keterangan - Ketebalan keseluruhan dinding rongga.
11 - Tebal dinding luar dan dinding dalam.
12 - Lebar rongga.
13 - Jenis, kualiti, saiz bata dan kemasan permukaan
14 - Jenis ikatan bata.
15 - nyatakan bancuhan simen mortar yang digunakan.
- nyatakan di mana ia dibina.

DIMENSI KETERANGAN

280mm cavity wall consisting of 115mm


inner and outer wall with 50mm cavity
complete with 3 no. mild steel bonding
M2 ties
per meter square, in cmt. Mtr. (1:6) as
specified as external wall.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 10
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

10.2.4 Lapis Kalis Tiris (Damp Proff Course)

Lapis kalis tiris perlu dipasangkan pada dinding luar bata untuk mengelakkan
lembapan daripada memasuki bangunan.
Sebagaimana SMM2 : G. 28
Rumusan :
1. Lapis kalis tiris.
2. Unit - Dinding kurang dari 225mm - Meter panjang
- Dinding melebihi dari 225mm – Meter persegi
3. Ukuran - Sepanjang dinding luar bata.
16 4. Keterangan - Jenis lapis kalis tiris.
17 - Di mana ianya diletakkan.
18 - Diukur bersih tanpa mengira pertindihan..

DIMENSI KETERANGAN

Approved bitumen damp proff course on


M 113mm thick brickwall as specified
(Measured nett – no allowance made for
laps)

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 11
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

10.2.5 Dawai Pengikat (Bonding Tie)

Bagi mengikat sambungan dinding bata dengan tiang konkrit.


`Bonding tie’ ditanam ke dalam tiang konkrit terlebih dahulu sebelum dinding
bata siap diikat.
Biasanya jarak `bonding tie’ ini ialah 1 meter di antara satu sama lain pada tiang.

Sebagaimana SMM2 : F.8


Rumusan :
1. Dawai pengikat.
2. Unit - Kilogram
3. Ukuran - Dikira pada setiap tiang konkrit.
19 4. Keterangan - Diameter dawai pengikat.
20 - Jenis dawai pengikat dan kualiti
21 - Di mana ianya dipasangkan.

DIMENSI KETERANGAN

6mm diameter m.s bonding ties


one end cast into concrete and the other
KG end
built into brickwork including forming
perforation in formwork.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 12
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

AKTIVITI

ARAHAN
SILA JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH TANPA MERUJUK KEPADA
TEKS YANG DISEDIAKAN DI BAHAGIAN INPUT. SETELAH ITU SEMAK
JAWAPAN ANDA DENGAN DENGAN BAHAGIAN MAKLUMBALAS.

SEMOGA BERJAYA.

SOALAN

1. Senaraikan jenis-jenis bata yang biasa digunakan dalam kerja dinding.

2. Jelaskan fungsi / kegunaan setiap dari jenis bata di atas.

3. Dengan bantuan lakaran, jelaskan jenis-jenis ikatan dinding bata.

4. Sediakan taking off list bagi pengukuran dinding bata.

5. Jelaskan panduan bagi penyediaan pengukuran kuantiti berdasarkan taking off list
di atas.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 13
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

MAKLUMBALAS

1. Jenis-jenis bata yang baisa digunakan :-


 Bata Biasa (Common Brick)
 Bata Muka (Facing Brick)
 Bata kejuruteraan (Engineering Brick)

2. a. Bata biasa digunakan bagi pembinaan dinding luar. Diikat dengan


sambungan
simen mortar (1:9) atau (1:6).
Biasanya pada permukaan sebelah luar dan dalam perlu dilepa untuk
mendapatkan kemasan yang baik.

b. Bata muka pula digunakan sebagai dinding luar dan diikat dengan
menggunakan
simen mortar.
Permukaan luar dan dalamnya tidak perlu dilepa, kerana bata muka itu
sendiri telahpun memberikan kemasan yang cantik.

c. Bata jurutera hanya digunakan untuk kerja-kerja di bawah tanah sahaja


iaitu bagi
dinding sub-struktur.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 14
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

3. Jenis-jenis ikatan dinding bata.

a. Flush b. Lower struck

c. Upper struck d. Recessed

e. Keyed f. Inner V

4. Taking Off List For Wall

NO. ITEM UNIT


1 Internal wall M2
2 External wall M2
3 Damp proof course M
4 Bonding tie KG

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 15
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

5.Panduan dalam penyediaan pengukuran kuantiti bagi item di atas.

Dinding Bata Biasa (Common Brick)

Rumusan :
1. Dinding luar dari bata biasa.
2. Unit - Meter persegi
3. Ukuran - Keluasan dinding luar.
- Digalakkan menggunakan ukuran purata bangunan
bagi
panjang dan tinggi dinding bata tersebut.
22 4. Keterangan - Ketebalan dinding bata.
23 - nyatakan sambungan dan bancuhan simen mortar
24 yang digunakan.
- Lapisan tetulang bata (perlu dinyatakan jika
ketebalan
dinding 1/2 B ke bawah)
- di mana ianya dibina.

Dinding Bata Muka


Dalam pengukuran dinding dari bata muka ini, perlulah merujuk kepada SMM 2 :
G.10.
Rumusan :
1. Dinding luar bata muka.
2. Unit - Meter persegi
3. Ukuran - Keluasan dinding sebagaimana pelan.
25 4. Keterangan - Ketebalan bata
26 - Jenis ikatan bata.
27 - nyatakan bancuhan simen mortar yang digunakan.
- 1/2B perlu nyatakan penggunaan fabric reinf.
nyatakan di mana ia dibina.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 16
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

Dinding Berongga (Hollow Wall)

Dinding berongga dibina sebagai salah satu kaedah penebatan haba atau
penelusan hujan pada bangunan tersebut.
Dinding ini amat popular dibina di negara yang mengalami kadar kesejukan yang
tinggi ataupun kadar hujan yang banyak.
Sebagaimana SMM2 : G.22
Rumusan :
1. Dinding berongga.
2. Unit - Meter persegi
3. Ukuran - Keluasan dinding sebagaimana pelan.
28 4. Keterangan - Ketebalan keseluruhan dinding rongga.
29 - Tebal dinding luar dan dinding dalam.
30 - Lebar rongga.
31 - Jenis, kualiti, saiz bata dan kemasan permukaan
32 - Jenis ikatan bata.
33 - nyatakan bancuhan simen mortar yang digunakan.
- nyatakan di mana ia dibina.

Lapis Kalis Tiris ( Damp Proff Course)


Lapis kalis tiris perlu dipasangkan pada dinding luar bata untuk mengelakkan
lembapan daripada memasuki bangunan.
Sebagaimana SMM2 : G. 28
Rumusan :
1. Lapis kalis tiris.
2. Unit - Dinding kurang dari 225mm - Meter panjang
- Dinding melebihi dari 225mm – Meter persegi
3. Ukuran - Sepanjang dinding luar bata.
34 4. Keterangan - Jenis lapis kalis tiris.
35 - Di mana ianya diletakkan.
36 - Diukur bersih tanpa mengira pertindihan.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS


C 4006/UNIT 10/ 17
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

Dawai Pengikat (Bonding Tie)


Bagi mengikat sambungan dinding bata dengan tiang konkrit.
`Bonding tie’ ditanam ke dalam tiang konkrit terlebih dahulu sebelum dinding
bata siap diikat.
Biasanya jarak `bonding tie’ ini ialah 1 meter di antara satu sama lain pada tiang.

Sebagaimana SMM2 : F.8

Rumusan :
1. Dawai pengikat.
2. Unit - Kilogram
3. Ukuran - Dikira pada setiap tiang konkrit.
37 4. Keterangan - Diameter dawai pengikat.
38 - Jenis dawai pengikat dan kualiti
39 - Di mana ianya dipasangkan.

MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS

You might also like