You are on page 1of 25

Buku Panduan Program Ijazah Dasar 

Sesi 2010/2011

RINGKASAN KURSUS
PROGRAM SARJANA MUDA SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

KURSUS TERAS JABATAN

IUEL1108 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM (BM)

Kursus ini membincangkan tentang konsep al-qada’, dalil, latarbelakang dan


perkembangannya sepanjang sejarah Islam. Persoalan perjawatan seperti
memohon jawatan qadi serta hukum menerimanya juga disentuh. Perbincangan
juga meliputi institusi-institusi lain yang berkaitan dengan kehakiman seperti
al-hisbah, al-mazalim, aplikasi sulh dan tahkim. Aspek seterusnya adalah
pendakwaan, perbicaraan, kaedah-kaedah pensabitan, hukuman dan rayuan.
Kursus ini dilengkapkan dengan penelitian kepada sistem kehakiman Islam di
beberapa buah negara pada masa kini.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan tentang sejarah dan konsep kehakiman serta keadilan dalam


Islam
2. Mengenalpasti konsep pendakwaan dan perbicaraan serta kaedah-kaedah
pembuktian
3. Menghuraikan tanggungjawab sebagai kakitangan institusi kehakiman
Islam
4. Mengaplikasi teori-teori kehakiman Islam dalam profesion kehakiman dan
perundangan Islam di Malaysia

Rujukan

1. Zaydan, Abdul Karim (2000), Nizam al-Qada’ fi al-Syari’ah al-Islamiyyah,


Beirut: Muassasah al-Risalah
2. Mawardi, Ali ibn Muhammad, al- (t.t.), al-Ahkam al-Sultaniyyah, t.tp.
3. Mahmud Saedon A. Othman (1990) Kadi Perlantikan, Perlucutan dan
Bidangkuasa, Kuala Lumpur, DBP.
4. Abdul Monir Yaacob (2001), Sistem Kehakiman Islam, Kuala Lumpur: IKIM
5. Khatib, Muhammad al-Syarbini, al- (1958), Mughni al-Muhtaj fi Halli Alfaz
al-Minhaj, Kaherah.(t.tp.)

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran berkomunikasi
2. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
3. Etika dan moral profesional

580
Buku Panduan Program Ijazah Dasar  
Sesi 2010/2011

IUEL2101 KONTRAK MUAMALAT (BM/BI/BA)

Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus fiqh al-muamalat yang akan menyentuh
secara lanjut mengenai kontrak-kontrak utama dalam urusan muamalah Islam
terutama yang digunakan dalam sistem perbankan dan kewangan Islam.
Penumpuan akan diberikan kepada syarat-syarat pembentukan, tanggungjawab
atau terma-terma nyata atau tersirat, penyempurnaan, penyelesaian dan
kesan-kesan kemungkiran atau pecah kontrak. Pelajar juga akan didedahkan
bagaimana perkembangan semasa mempengaruhi syarat-syarat pembentukan
kontrak tersebut dan ubahsuaian yang dilakukan ke atas tersebut bagi memenuhi
kehendak dan struktur perniagaan dan perundangan Malaysia. Perbandingan
secara sepintas lalu dengan undang-undang kontrak Malaysia juga dilakukan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan kontrak-kontrak utama di dalam urusan muamalat dari segi


pembentukan dan tujuan penggunaannya
2. Mengenalpasti elemen-elemen yang boleh menyebabkan kontrak berkenaan
terbatal
3. Menyenaraikan maklumat tambahan mengenai kontrak muamalat secara
sistematik dari sumber-sumber yang berautoriti
4. Menyelesaikan masalah ringkas muamalah akibat kemungkiran atau
kekecewaan kontrak

Rujukan

1. Khafif, ‘Ali, al-, (1941), Ahkam al-Mu‘amalat al-Syar‘iyyah, Kaherah: Dar al-
Fikr al-Arabi (ulang cetak).
2. Mahmasani, Subhi (1972), al-Nazariyyah al-‘Ammah li al-Mujibat wa al-

SARJANA MUDA SYARIAH DAN


‘Uqud, Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin (Edisi Ketiga).
3. Muhammad Taqi Usmani (2002), An Introduction to Islamic Finance: The
Hague/London/New York: Kluwer International.

UNDANG-UNDANG
Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
3. Etika dan moral professional
4. Kemahiran Kerja Berpasukan

IUEL2106 UNDANG - UNDANG ISLAM DAN MASYARAKAT (BM/BI/BA))

Kursus ini membincangkan tentang peranan dan hubungan yang wujud antara
Undang – undang Islam dan Masyarakat. Ini termasuklah kepentingan Undang-
undang Islam ke atas masyarakat, fungsi Undang-undang, konsep keadilan
Undang-undang untuk masyarakat dan beberapa kupasan isu semasa dari
perspektif sosio-perundangan Islam.

581
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 
Sesi 2010/2011

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan kepentingan Undang-undang Islam dan keperluannya ke atas


masyarakat
2. Menghuraikan fungsi Undang-undang dan kesannya ke atas masyarakat
3. Membezakan antara beberapa pendekatan keberkesanan hukuman ke atas
masyarakat.
4. Menganalisis isu-isu semasa melalui pendekatan sosio-perundangan Islam

Rujukan

1. Abu Bakar Abdulllah, Ke Arah Perlaksanaan Undang – undang Islam di


Malaysia : Masalah dan Penyelesaiannya , Pustaka Damai ; 1996
2. Abdullah Sidik, Penghantar Undang – undang Adat di Malaysia, Penerbit
Universiti Malaya : Kuala Lumpur, 1975
3. Anwarul Yaqin, Law and society in Malaysia, International Law Book Services
: Kuala Lumpur ,1996
4. Raihanah Abdullah, Wanita dan Perundangan Islam, Ilmiah Publishers:
Kuala Lumpur, 2001

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran kritis dan penyelesai masalah
3. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
4. Etika dan moral professional

IUEL2111 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (BM/BI/BA)

Kursus ini menfokuskan kepada beberapa konsep dalam Undang-undang


kekeluargaan Islam serta pelaksanaannya di Malaysia. Ini termasuklah dari
segi prosedurnya, hal ehwal perkahwinan dan perceraian, penyelesaian
rumahtangga dan kesalahan-kesalahan matrimoni.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan definisi dan konsep perkahwinan dan perceraian dan perkara-


perkar berbangkit daripada perceraian dari perspektif Undang-undang
Keluarga Islam di Malaysia
2. Menghuraikan prosedur perkahwinan dan perceraian dan tuntutan-tuntutan
selepas perceraian menurut Undang-undang Kelaurga Islam.
3. Membezakan perlindungan undang-undang terhadap isteri, suami dan
anak-anak
4. Mengaplikasi undang-undang yang terpakai dalam menyelesaikan isu
semasa Kekeluargaan Islam
5. Menganalisis kes-kes kekeluargaan Islam dari perspektif Undang-undang

582
Buku Panduan Program Ijazah Dasar  
Sesi 2010/2011

Rujukan

1. al-Husayni,Taqi al-Din Abi Bakr ibn Muhammad, Kifayat al-akhyar fi hall


ghayat al-ikhtisar, al-Tab`ah al-thaniyah.Singapura : Sulayman Mar`i, 1941.
2. Ahmad Ibrahim, Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, Malayan Law
Journal: Kuala Lumpur, 1999
3. Abdul Monir Yaacob & Siti Shamsiah Md Supi, Undang-undang Keluarga
Islam, IKIM: Kuala Lumpur, 2006
4. Zaleha Kamaruddin, Divorce Laws in Malaysia, MLJ: Selangor, 2005
5. Siti Zalikhah Md. Nor, Pemilikan Harta Dalam Perkahwinan. Kuala Lumpur:
DBP.

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
3. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
4. Etika dan moral profesional

IUEL2112 UNDANG-UNDANG PUSAKA, WASIAT DAN HIBAH (BM/BI)

Kursus ini akan membincangkan konsep-konsep asas pusaka Islam,wasiat dan


juga hibah. Ia bertujuan untuk memperkenalkan aspek-aspek perundangan,
amalan pentadbiran pusaka Islam, wasiat dan hibah di Malaysia secara am.
Rujukan dibuat kepada Hukum Syarak, undang-undang Islam yang terpakai
kepada harta-harta berkenaan di samping mengambilkira undang-undang
bertulis yang berkuatkuasa mengenainya di Malaysia.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

SARJANA MUDA SYARIAH DAN


1. Menjelaskan konsep-konsep yang berkaitan dalam pembelajaran ilmu
faraid, wasiat & hibah

UNDANG-UNDANG
2. Mengenalpasti undang-undang yang terpakai dan badan-badan yang
terbabit dalam pentadbiran pusaka, wasiat & hibah di Malaysia
3. Mengaplikasikan undang-undang & Hukum Syarak yang relevan dalam
permasalahan yang timbul dalam masyarakat
4. Menganalisis isu-isu utama dalam perwarisan

Rujukan

1. Pawancheek Marican (2008), Islamic Inheritance Laws in Malaysia,


Singapore: Lexis Nexis, 2nd. Edition, Petaling Jaya: MLJ Sdn. Bhd.
2. Siti Mashitoh Mahamood (ed.) (2006), Harta Amanah Orang Islam di
Malaysia: Perspektif Undang-undang dan Pentadbiran, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
3. Mohd Zamro Muda & Mohd. Ridzuan Awang (2006), Undang-Undang
Pusaka Islam: Pelaksanaannya di Malaysia, Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti
Pengajian Islam, UKM.
4. Abdul Rashid Abdul Latiff (1997), Undang-undang Pusaka Dalam Islam:
Satu Kajian Perbandingan, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher, Edisi
Kedua, Cetakan Ketiga
5. Mahinder Singh Sidhu (1998), The Law of Wills, Probate, Administration and
Succession in Malaysia dan Singapore, Kuala Lumpur, ILB

583
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 
Sesi 2010/2011

Kemahiran Insaniah

1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah


2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
3. Etika dan Moral Profesional
4. Kemahiran Kerja Berpasukan
5. Kemahiran Komunikasi

IUEL3101 UNDANG–UNDANG JENAYAH SYARIAH (BM/BI)

Kursus ini membolehkan pelajar untuk mengetahui prinsip-prinsip undang-


undang jenayah Islam. Pelajar akan mengetahui kategori jenayah, elemen
jenayah dan kes-kes yang relevan. Pelajar juga akan mempelajari secara teliti
setiap elemen-elemen jenayah dan peruntukan yang terdapat di bawah Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah. Halangan dan cabaran bagi mengaplikasikannya
juga akan dibincangkan dalam kursus ini.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Mengenalpasti konsep jenayah menurut undang-undang Islam dan undang-


undang jenayah yang dilaksanakan di Malaysia.
2. Membezakan fungsi, peranan dan kemahiran agensi penguatkuasaan dan
pendakwaan.
3. Mengaplikasikan kefahaman mereka tentang undang-undang terhadap isu-
isu semasa.
4. Mentafsirkan keseriusan kes-kes jenayah syariah di Malaysia
5. Menyelesaikan permasalahan dengan menggunakan pendekatan undang-
undang.

Rujukan

1. Ahmad Ibrahim, (1997) Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia.


KL:IKIM
2. Noor Aziah Mohd Awal, “Sumbang Mahram: Kedudukannya di bawah
Undang-undang Islam dan Sivil di Malaysia”, [1998] Jurnal Undang-undang
IKIM, vol.4, no.2, 47-64
3. Siti Zubaidah Ismail, “ Pertindihan Bidangkuasa Mahkamah Syariah:
Sorotan Terhadap kes-Kes Murtad”, [2000] Jurnal Undang-Undang IKIM,
vol.4, no.2.69-98
4. Dato’ Mohd Asri Hj Abdullah, “Sistem Pentadbiran Undang-Undang Islam di
Negeri Perak Dahulu dan Sekarang”, (1419) JH, Jilid XII, Bhg 11, 141-184.

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
4. Etika dan Moral Profesional

584
Buku Panduan Program Ijazah Dasar  
Sesi 2010/2011

UEL3102 UNDANG-UNDANG ACARA MAL (BM/BI)



Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai tatacara mal
yang berjalan di Mahkamah Syariah. Prosedur perbicaraan disusun sebagai
salah satu cara untuk mempastikan keadilan dapat dicapai dalam perbicaraan.
Prosedur atau acara menentukan perjalanan yang seragam di Mahkamah Syariah
di dalam menentukan sebarang hak atau tanggungan ke atas pihak-pihak yang
terlibat. Ia juga bertujuan untuk menjelaskan bagaimana untuk melindungi orang
ramai dari sebarang salah laku dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa
atau pihak yang berkepentingan. Kursus ini akan membincangkan acara mal
sebagaimana yang terpakai di mahkamah syariah di Malaysia. Pendekatan
perbandingan dengan Mahkamah awam juga dibuat memandangkan terdapat
prinsip- prinsip perundangan yang sama dipakai di kedua-dua mahkamah.
Acara Mal mengandungi aspek-aspek berikut: Pengenalan acara Mal Islam,
perkara preliminari, prosedur pra-bicara dan perbicaraan, pemutusan hukuman,
keputusan ex-parte, penguatkuasaan perintah dan prosedur rayuan kepada
mahkamah atau Lembaga Rayuan Syariah.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan prosedur yang digunakan di Mahkamah Syariah dalam kes


mal berasaskan kepada undang-undang dan amalan
2. Menghuraikan maklumat tambahan mengenai acara mal berasaskan
kepada sumber-sumber yang berautoriti .
3. Menganalisis kepada perjalanan kes mal di Mahkamah Syariah yang
berkaitan acara Mal
4. Mengaplikasikan kaedah-kaedah mal di Mahkamah Syariah

Rujukan

SARJANA MUDA SYARIAH DAN


1. Abd al- Karim Zaydan , Nizam al-Qada’ Fi al Syari’ah al-Islamiyah, Lebanon:
Mu’assasah al- Risalah , 1998

UNDANG-UNDANG
2. Ahmad Ibrahim, “Acara Mal Syariah” didalam id, Pentadbiran Undang-
undang Islam di Malaysia”, IKIM, 1997, hh 193-245
3. Mohd Amin AlJarumi, Prinsip-prinsip Prosiding Dalam Syariat Islam, Shah
Alam, Penerbitan UPENA, 2006
4. Casson,D.B. Pliding dan Amalan di Mahkamah Tinggi Menurut Odgers,
Abdul Latif Ahmad, Siti Ratnamala Saiful Nathan, Asiah Mohd Yusoff( pent-
pent) , Kuala Lumpur: DBP 1996
5. Grace Chang , Introduction to Civil Procedure in Malaysia and Singapore,
3rd ed, Butterworths 1994

Kemahiran Insaniah

1. Pemikiran kritis dan penyelesai masalah


2. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
3. Etika dan Moral Profesional
4. Kerja Berpasukan

585
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 
Sesi 2010/2011

UEL3110 UNDANG-UNDANG KONTRAK (BM/BI)

Kursus ini akan membincangkan jenis-jenis kontrak, proses membuat kontrak


yang merangkumi unsur-unsur tawaran, penerimaan, balasan, niat, dan
keupayaan pihak-pihak berkontrak. Perbincangan juga ditumpukan kepada isi
kandungan kontrak, kontrak seragam serta pengecualian kepada syarat-syarat
kontrak. Bahagian kedua pula akan membincangkan kontrak batal, kontrak
boleh batal dan kontrak-kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan atas sebab
pengaruh tidak berpatutan, tipuan, salah nyataan, khilaf dan paksaan serta
dalihan kepada sebab-sebab tersebut. Perbincangan juga ditumpukan kepada
kontrak tidak sah, seperti perjanjian tidak bermoral, bercanggah dengan
maslahan umum dan sebagainya.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menghuraikan elemen-elemen asas dalam pembentukan kontrak yang


sah.
2. Menghuraikan remedi-remedi yang perlu jika berlakunya pelanggaran
terma-terma kontrak
3. Mengenalpasti prinsip-prinsip undang-undang kontrak dalam kehidupan
seharian
4. Mengaplikasi kefahaman undang-undang kontrak yang terpakai dalam
penyelesaian masalah

Rujukan

1. Guest, A.G.( 1984), Anson’s Law of Contract, Oxford, Oxford University


Press.
2. Salleh Buang dan Nordin Torji( 1992), Undang-undang Kontrak di Malaysia,
Kuala Lumpur, Central law Book Company
3. Visu Sinnadurai ( 1987) , Law of Contract in Malaysia and Singapore,
Singapore; Malayan Law Journal

Kemahiran Insanian

1. Pemikiran kritis dan penyelesai masalah


2. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
3. Kemahiran Berkomunikasi

IUEL3111 UNDANG-UNDANG JENAYAH (BM/BI)

Kursus ini akan memperkenalkan konsep undang-undang jenayah sebagai


salah satu undang-undang awam yang terpakai kepada semua warganegara.
Topik yang akan dibincangkan merangkumi kesalahan-kesalahan membabitkan
nyawa dan tubuh badan, kesalahan berkaitan harta dan ketenteraman awam,
kesalahan tanggungan keras, elemen-elemen jenayah, hukuman serta dalihan-
dalihan dan pengecualian yang boleh diguna pakai.

586
Buku Panduan Program Ijazah Dasar  
Sesi 2010/2011

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Membezakan di antara konsep undang-undang jenayah dan undang-


undang yang lain.
2. Mengaplikasikan kewujudan dalihan dalam setiap perbuatan jenayah yang
didakwa.
3. Membezakan di antara kesalahan sebenar dengan kesalahan pemula.
4. Menganalisis konsep kesalahan membunuh dan membezakannnya dengan
mematikan orang dengan salah

Rujukan

1. K.L Koh, CMV Clarkson, N.A Morgan(1989), Criminal Law in Malaysia and
Singapore: Text and Materials KL: MLJ
2. KL Koh, Myint Soe (1973), The Penal Codes of Singapore and States of
Malaya: Cases, Materials and Comments. Singapore: Law Book Co.
3. Zaleha Kamaruddin (1988), Strict Liability in Criminal Law: A Comparative
Approach. KL: Nurin Enterprise (1988)
4. Anita Abdul Rahim. Jenayah Homisid.KL:ILBS (2000)
5. Siti Zubaidah Ismail “Provocation as a Defence in Malaysia: A Re-Examination
of Its Applicability” [2001] 1 M.L.J cxciii-cxcviii

Kemahiran Insaniah

1. Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah


2. Kemahiran kerja berpasukan
3. Pembelajaran berterusan dan pengurusan
4. Etika dan moral profesional

SARJANA MUDA SYARIAH DAN


IUEL3103 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM I (BM)

UNDANG-UNDANG
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar konsep
Undang-undang Keterangan Islam dan perbandingannya dengan undang-
undang sivil. Ia bermula dengan latarbelakang undang-undang, kepentingan,
asas dan konsep keterangan. Ini diikuti dengan jenis-jenis keterangan yang
meliputi keterangan-keterangan lisan, suratan, keadaan, langsung, dengar
cakap dan kaedah keterangan terbaik. Perbincangan juga meliputi aspek fakta
iaitu fakta isu, fakta berkaitan, fakta fizikal dan fakta mental.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan tentang metodologi penggubalan undang-undang keterangan


yang dipakai di Mahkamah Syariah dan Sivil.
2. Mengenal pasti klasifikasi keterangan dan fakta
3. Mengaplikasi konsep keterangan dan fakta ke atas kes-kes perbicaraan

Rujukan

1. Ibn al-Qayyim (1953), al-Turuq al-Hukmiyyah, Matba‘ah al-Sunnah al-


Muhammadiyyah.

587
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 
Sesi 2010/2011

2. M. Monir (1986), Principles and Digests of The Law of Evidence, University


Book Agency, Pakistan.
3. Bahansi, Ahmad Fathi (1976), Nazariyah al-Ithbat, Beirut: Maktabah al-
Wahyu al-Islami
4. Mahmud Saedon Awang Othman, Undang-undang Keterangan Islam, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Hamid Sultan Abu Backer (2001), Janab’s Key To Criminal Procedure,
Evidence and Professional Ethics, KualaLumpur: Janab’s Co.

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran berkomunikasi
2. Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
4. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
5. Etika dan moral profesional

IUEL3203 UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM 2 (BM)

Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus yang lalu dengan memberi
penekankan beberapa aspek di dalam undang-undang keterangan Islam. Secara
umum ia merangkumi dua aspek iaitu aspek keterangan dan pembuktian. Aspek
keterangan termasuklah konsep al-bayyinah, al-shahadah, iqrar, sumpah dan
lain-lain kaedah pensabitan yang tidak disepakati oleh ulama. Sementara itu
aspek pembuktian pula meliputi konsep pembuktian, pihak yang menanggung
beban bukti, perpindahan beban bukti dan darjah pembuktian. Kursus ini
merujuk kepada sistem perundangan semasa yang digunapakai di Mahkamah
Syariah dan Mahkamah Sivil

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan kaedah-kaedah untuk membuktikan sesuatu fakta


2. Mengenal pasti beberapa aspek pembuktian seperti pihak yang menanggung
beban bukti dan darjah pembuktian
3. Mengaplikasi semua prinsip-prinsip keterangan dan pembuktian dalam kes-
kes sebenar
4. Menilai kerelevanan fakta, kaedah pembuktian fakta serta bagaimana
proses ini berjalan di mahkamah Syariah
5. Menghuraikan tentang kelemahan dan kekurangan peruntukan undang-
undang yang ada serta pendekatan terbaik mengatasinya.

Rujukan

1. Ibn al-Qayyim (1953), al-Turuq al-Hukmiyyah, Matba‘ah al-Sunnah al-


Muhammadiyyah.
2. M. Monir (1986), Principles and Digests of The Law of Evidence, University
Book Agency, Pakistan.
3. Bahansi, Ahmad Fathi (1976), Nazariyah al-Ithbat, Beirut: Maktabah al-
Wahyu al-Islami
4. Mahmud Saedon Awang Othman, Undang-undang Keterangan Islam, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Hamid Sultan Abu Backer (2001), Janab’s Key To Criminal Procedure,
Evidence and Professional Ethics, KualaLumpur: Janab’s Co.

588
Buku Panduan Program Ijazah Dasar  
Sesi 2010/2011

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran berkomunikasi
2. Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
4. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
5. Etika dan moral profesional

IUEL3105 LATIHAN INDUSTRI 1 (BM)

Para pelajar akan menjalani Latihan Industri 1 di Jabatan- jabatan Agama Islam
negeri-negeri, atau Pejabat Mufti, Majlis Agama Islam dan lain-lain jabatan
berkaitan selama 6 minggu pada cuti semester sesi akademi yang berkenaan .
Pelajar di kehendaki menghantar laporan terhadap tugasan sepanjang latihan.
Markah akan dinilai berdasarkan laporan pelajar serta laporan dari tempat
latihan dijalankan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan tentang pentadbiran syariah secara khususnya .


2. menghasilkan pelajar yang lebih kompeten dalam mengahadapi suasana
pentadbiran sebenar syariah di Malaysia khususnya di Jabatan- jabatan
Agama dan lain-lain pejabat pentadbiran yang berkaitan.
3. membandingkan suasana pekerjaan yang sebenar dengan pelajaran dalam
kuliah.

Rujukan

1. Ahmad Ibrahim( 1997) , Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia,

SARJANA MUDA SYARIAH DAN


Kuala Lumpur; IKIM
2. Harun Mahmud Hashim, “ Preparation of Law Students for Law
Practice”,[1983] 1 CLJ 7

UNDANG-UNDANG
3. Lewis, Gordon D( 1993), Lewis & Kyrou’s Handy Hints On Legal Practice.
Law Book Co Ltd.
4. Rylance, Paul ( 1994), Legal Writing and Drafting, London; Blackstone Press
Ltd
5. Piesse, E.L. ( 1991) The Elements of Drafting 8th ed. , Sydney : Law Book
Co. Ltd

Kemahiran Insaniah

1. Pemikiran kritis dan penyelesai masalah


2. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
3. Kemahiran Berpasukan
4. Etika dan Moral Profesional

IUEL3205 LATIHAN INDUSTRI 2 (BM)

Para pelajar akan menjalani Latihan Industri II di mahkamah-mahkamah syariah


di negeri-negeri , di firma-firma guaman atau biro guaman seluruh Malaysia
selama 6 minggu pada cuti semester sesi akademi yang berkenaan. Pelajar
dikehendaki menghantar laporan terhadap tugasan sepanjang menjalani

589
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 
Sesi 2010/2011

latihan. Markah yang akan dinilai berdasarkan laporan pelajar serta laporan
dari tempat latihan dijalankan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Mempelajari kemahiran dalam bidang perundangan syariah khususnya


Acara Mal dan Acara Jenayah Syariah.
2. Menghasilkan pelajar yang lebih kompeten dalam menghadapi suasana
perundangan sebenar syariah di Malaysia Syariah dan badan-badan yang
berkaitan.
3. Membandingkan suasana pekerjaan yang sebenar dengan pelajaran dalam
kuliah.

Kemahiran Insaniah

1. Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah


2. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
3. Etika dan moral professional
4. Kerja berpasukan

Rujukan

1. Gurdial S Nijar( 2005) , Drafting for Lawyers,Kuala Lumpur :advanced


Profesional Courses
2. Gurdial Singh Nijar( 2002), Civil Trial Advocacy: A Practical Guide, Kuala
Lumpur: Advanced Profesional Courses
3. Oputa, C.A.( 1982), Conduct at the Bar and the Unwritten Laws of the Legal
Profession, Holmes Beach, Fla:Wm.W.Gaunt.
4. Holland, J& Webb, J( 2006), Learning Legal Rules: A Student’s Guide to
Legal Method and Reasoning, 6 th edition, Oxford; Oxford University
Press.
5. Rylance, Paul( 1994) , Legal Writing and Drafting , London , Blackstone
Press Ltd

IUEL4103 MEDIASI SYARIAH (BM/BI/BA)

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada prosedur mediasi Syariah seperti sulh
yang berjalan di Mahkamah Syariah. Ia juga akan mendedahkan para pelajar
tentang asas serta konsep mediasi di dalam undang-undang Islam di samping
menerangkan teknik-teknik dan etika mediasi dari perspektif Syariah dan juga
konvensional. Isu-isu tertentu dalam mediasi seperti masalah kerahsiaan,
penyelesaian dan perundingan kes serta bagaimana persetujuan boleh
dikuatkuasakan akan juga dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan tentang konsep mediasi syariah


2. Membezakan antara beberapa kaedah-kaedah yang terdapat dalam
penyelesaian pertikaian.

590
Buku Panduan Program Ijazah Dasar  
Sesi 2010/2011

3. Mengaplikasikan kaedah-kaedah tersebut dalam penyelesaian pertikaian


khususnya di mahkamah Syariah.
4. Menilai keberkesanan mediasi syariah dalam penyelesaian konflik

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran kritis dan penyelesai masalah
3. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
4. Kerja Berpasukan
5. Etika dan moral professional

Rujukan

1. Sharifah Zaleha Syed Hassan and Sven Cederroth (1997), Managing


Marital Disputes in Malaysia: Islamic Mediators and Conflict Resolution in
The Syariah Courts, United Kingdom: Curzon Press Ltd.
2. Siti Zalikhah Md. Noor (1992), Kaunseling Perkahwinan Menurut Perspektif
Islam, Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
3. Syed Khalid Rashid (2002), Alternative Dispute Resolution: The Emerging
New Trend of Informal Justice, IIUM.
4. Singapore Subordinate Courts, (2000), Families In Conflict: Theories and
Approaches in Mediation and Counselling, Singapore: Butterworths Asia

IUEL4104 UNDANG-UNDANG ACARA JENAYAH SYARIAH (BM)

Kursus ini mendedahkan para pelajar berkaitan prosedur berkaitan pra-bicara,


semasa bicara dan selepas sesuatu perbicaraan di mahkamah syariah. Bermula
dengan membuat dan memproses aduan, pelajar juga akan memahami tentang
prosedur pendakwaan dan bagaimana membuat penghakiman, memutuskan

SARJANA MUDA SYARIAH DAN


hukuman serta rayuan dan muraja’ah.

Hasil Pembelajaran

UNDANG-UNDANG
Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menghuraikan bidangkuasa jenayah dan ruanglingkup tugas agensi


penguatkuasaan, pendakwaan dan Mahkamah Syariah
2. Mengaplikasikan prosedur-prosedur yang relevan apabila melaksanakan
tugas.
3. Menilai kekurangan dan kelemahan prosedural di agensi berkenaan serta
mereka bentuk cadangan penyelesaian masalah
4. Menganalisis aturcara dan prosedur jenayah syariah dalam proses keadilan
jenayah.

Rujukan

1. Salleh Buang,” Penghukuman : Satu panduan Ringkas Untuk Hakim


Mahkamah Syariah di Malaysia” [1409] Jurnal Hukum 49
2. Abdul Hamid Mohamed & Ahmad Ibrahim.” Nota Perbicaraan dan
Penghakiman”[1414]JH 1
3. Farid Suffian Shuaib, Powers and Jurisdiction of Shariah Courts , KL: MLJ
(2008)

591
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 
Sesi 2010/2011

4. M.Cherif Bassioni(ed) (1981) Islamic Criminal Justice System. London :


Oceana Publication
5. Siti Zubaidah Ismail, “ Hala tuju Penghukuman Mahkamah Syariah”, Jurnal
Hukum, Bahagian 2, (2008)

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran berkomunikasi
2. Pemikiran kritis dan penyelesai masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
5. Etika dan moral professional

IUEL4106 AMALAN PROFESIONAL (BM/BI)

Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran, asas


dan etika profesionalisme dalam bidang perundangan dan guaman syariah.
Pendedahan asas membabitkan maklumat tentang asas dan kelayakan masuk
sebagai pengamal guaman syariah, tugas dan tanggungjawab sebagai peguam
syarie, tatacara amalan guaman serta etika. Pelajar juga akan didedahkan
dengan skil dan teknik pengurusan firma termasuk pengendalian akaun
firma dan pelanggan, melayan pelanggan, tanggungjawab/ amanah firma,
penulisan perjanjian dan dokumentasi serta teknik berkomunikasi, berucap dan
pengendalian kes di mahkamah.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan tentang kelayakan dan bidangkerja berkaitan pengamalan


Undang-undang Syariah
2. Mengaplikasi kemahiran-kemahiran perundangan dan guaman
3. Mengenalpasti etika pengamalan Undang-undang Syariah

Rujukan

1. Gurdial S Nijar( 2005), Drafting for Lawyers,Kuala Lumpur :advanced


Profesional Courses
2. Gurdial Singh Nijar( 2002), Civil Trial Advocacy: A Practical Guide, Kuala
Lumpur: Advanced Profesional Courses
3. Oputa, C.A.( 1982), Conduct at the Bar and the Unwritten Laws of the Legal
Profession, Holmes Beach, Fla:Wm.W.Gaunt.
4. Pannett Alan ( 1992), Managing The Law Firm, London, Blackstone Press
Ltd.
5. Rylance, Paul( 1994), Legal Writing and Drafting , London , Blackstone
Press Ltd

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran kritis dan penyelesai masalah
3. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
4. Etika dan moral professional
5. Kerja Berpasukan

592
Buku Panduan Program Ijazah Dasar  
Sesi 2010/2011

IUEL4101 MOOT 1 (BM/BI)



Perbahasan moot adalah salah satu cara untuk memantapkan kemahiran pelajar
didalam advokasi lisan mahupun bertulis. Pelajar akan dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan kes-kes berkenaan
Mal bagi Moot 1. Pelajar ditugaskan untuk mengkaji hujah-hujah perundangan
yang akan digunakan dalam kes tersebut , memahami skil penghujahan yang
betul dan penulisan penghujahan yang tepat. Pembentangan hujah tersebut
akan di perdengarkan di Mahkamah Moot seperti perbicaraan sebenar dan
penilaian sewajarnya akan diberikan kepada kekuatan dan ketepatan sesuatu
hujah.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan kemahiran didalam bidang perundangan syariah yang


membabitkan Latihan dalam Mahkamah sebagai ganti kepada latihan
dalam kamar
2. Mengaplikasikan kompeten di dalam menghadapi suasana perundangan
yang sebenar khususnya membabitkan Undang-Undang Acara Mal
3. Membina keyakinan diri dalam mengutarakan hujah dan pendapat
berdasarkan fakta dan bukti yang diterima

Rujukan

1. Avrom Sherr ( 1993) , Advocacy, London : Blackstone Press Limited.


2. Gurdial Singh Nijar( 2002), Civil Trial Advocacy: A Practical Guide, Kuala
Lumpur: Advanced Profesional Courses
3. Ahmad Ibrahim ( 1997), Penghakiman dan Kepeguaman: al-Ahkam Jilid 5 ,
Kuala Lumpur: DBP

SARJANA MUDA SYARIAH DAN


4. Mahmud Saedon Awang Othman( 1997), Undang-Undang Keterangan
Islam, Kuala Lumpur, DBP
5. Tim Kaye & Lynne Townley(1996),Blackstone’s Book of Moots, Blackstone

UNDANG-UNDANG
Press Limited

Kemahiran Insanian

1. Pemikiran kritis dan penyelesai masalah


2. Kerja berpasukan
3. Kemahiran Berkomunikasi

IUEL4201 MOOT 2 (BM)

Perbahasan moot adalah salah satu cara untuk memantapkan kemahiran


pelajar di dalam advokasi lisan mahupun bertulis. Pelajar akan dibahagikan
kepada kumpulan-kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan kes-kes
berkenaan acara jenayah syariah. Setiap kes akan didengarkan di Mahkamah
Mut seperti perbicaraan sebenar dan penilaian sewajarnya akan diberikan.

593
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 
Sesi 2010/2011

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan kemahiran dalam bidang perundangan syariah yang


membabitkan latihan mahkamah
2. Mengaplikasikan perundangan yang sebenar khususnya membabitkan
Undang-undang Jenayah Syariah.

Rujukan

1. Gygar,Terry (1997), Mooting Manual, KL : Butterworths Asia.


2. Snape,John (2000), The Cavendish Guide to Mooting : Cavendish.
3. Keith R Evans, (1995) Advocacy in Court : A Beginner’s Guide, Malaysia :
Blackstone Press.
4. Kaye, Tim,(1996) Blackstone’s Book of Moots : Blackstone Press
5. Fitzpatrik, Barry (1986), The Observer book of Moots,KL : Sweet and
Maxwell

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
3. Kemahiran kerja berpasukan
4. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

IUEL4180 KERTAS PROJEK (BM)



Kursus ini bertujuan melatih pelajar menjalankan penyelidikan ilmiah dengan
mengaplikasikan metode-metode kajian yang sesuai dengan masalah kajian
yang dikaji. Pelajar akan diselia oleh seorang penyelia yang pakar dalam
bidang kajiannya dari jabatan untuk memastikan kerja-kerja penyelidikan teratur
dan data-data yang diperolehi mempunyai nilai validity dan kebolehpercayaan
yang tinggi. Di akhir semester, pelajar perlu mengemukakan hasil laporan
penyelidikannya dengan mengikut format penulisan ilmiah yang telah ditentukan
oleh akademi.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menghasilkan sebuah laporan penyelidikan dengan menggunakan metode-


metode kajian yang sesuai dalam bidang pengajian mereka di bahagian
Syariah.

2. Mengaplikasikan metode penyelidikan dalam bidang syariah dan undang-


undang yang sesuai dalam projek penyelidikan yang dijalankan di bawah
seliaan pensyarah di jabatan.
3. Menjelaskan bagaimana menulis laporan ilmiah dengan format standard
yang telah ditentukan oleh pihak akademi.
4. Menganalisis data kajian secara tersusun dan logik bagi menyokong atau
menolak hipotesis kajian yang dijalankan.

594
Buku Panduan Program Ijazah Dasar  
Sesi 2010/2011

Kemahiran Insaniah

1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah


2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
3. Etika dan Moral Profesional
4. Kemahiran Berkomunikasi

IUEL3303 UNDANG-UNDANG TORT (BM)

Kursus ini akan menjelaskan bentuk Tort dan pelbagai fungsi dalam menangani
konflik individu. Ia akan membabitkan kesalahan-kesalahan sivil termasuklah
yang disengajakan seperti pencerobohan, fitnah, kecuaian, liabiliti vikarius,
strict liability, kacau ganggu, dan lainnya.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menghuraikan konsep asas undang-undang tort


2. Membezakan di antara bentuk-bentuk pembelaan yang dapat di kemukakan
oleh pihak yang dikenakan tanggungan
3. Mengenalpasti pihak-pihak yang akan bertanggungan dalam mana-mana
kausa tindakan di mahkamah
4. Menganalis bentuk-bentuk remedi yang boleh diperolehi oleh pihak yang
menuntut

Rujukan

1. Norchaya Talib (2003), Torts in Malaysia. KL: Butterworths Asia


2. Norchaya Talib (1997), Torts in Malaysia. KL: UM Press

SARJANA MUDA SYARIAH DAN


3. Wan Azlan Ahmad and Mohsin Hingun (1998),Principles of the Law of Tort
in Malaysia : KL : MLJ Sdn Bhd.
4. WVH Rogers(1994) Winfield and Jolowicz on Torts (14th ed.) London :

UNDANG-UNDANG
Sweet and Maxwell
5. ____________(1994) Undang-undang Fitnah di Malaysia dan Singapura.
KL:DBP

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran kritis & Penyelesaian masalah

IUEL3304 UNDANG- UNDANG HARTA INTELEK (BM/BI)

Para pelajar akan mempelajari undang-undang harta intelek di Malaysia


merangkumi perkara-perkara utama berikut:

1. Pengenalan undang-undang harta intelek secra keseluruhan – hak cipta,


cap dagangan, paten, dan rekacipta industri. Prinsip –prinsip umum harta
intelek dari perspektif undang-undang muamalat.
2. Hak cipta— prinsip-prinsip asas , kelayakan , tempoh masa perlindungan ,
pemunyaan dan pemilikan hak cipta serta perlanggaran.

595
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 
Sesi 2010/2011

3. Cap dagangan – prinsip asas , kelayakan pendaftaran, pemunyaan dan


pemilikkan cap dagangan, pelanggaran dan remidi.
4. Paten- prinsip asas, pendaftaran, pemunyaan, dan pemilikkan
paten,perlanggaran dan remidi

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menghuraikan semua prinsip-prinsip penting sesuatu harta intelek.


2. Mengenalpasti perlindungan-perlindungan yang diberikan ke atas harta
intelek sama ada melalui statut mahupun Common Law.
3. Mengaplikasikan undang-undang berkaitan dalam permasalahan/ kes/isu
yang diberikan.

Rujukan

1. Ida Madieha Ab Ghani Azmi (2003), Patent Law in Malaysia: Cases and
Commentary. Petaling Jaya; Sweet and Maxwell Asia.
2. Rohazar Wati Zualcobley (1999) Undang-undang Hak Cipta di Malaysia.
Kuala Lumpur; Tetapvest Sdn. Bhd.
3. Ida Madieha Ab Ghani Azmi (2003), Trade Mark Law in Malaysia: Cases and
Commentary. P. Jaya: Sweet & Maxwell Asia.

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran berkomunikasi
2. Pemikiran kritis dan Penyelesaian masalah
3. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

IUEL3305 UNDANG-UNDANG TANAH (BM/BI)



Bahagian pertama membincangkan pengenalan undang-undang tanah
di Malaysia serta pengkajian prinsip-prinsip asas undang-undang tanah.
Perbincangan akan berkisar tentang konsep tanah dan ciri penting sistem
Torrens yang terpakai di Malaysia.Selain itu, perbincangan akan berkisar
tentang pemilikan dan hak-hak pemilikan tanah, hak-hak pihak berkuasa negeri.
Lain-lain perbincangan akan tertumpu kepada pemilikan tidak boleh disangkal,
transaksi, dan perkara penting lain seperti pindah milik,pajakan, penyewaan,
gadaian, lien serta kedudukan tanah Rizab Melayu.Perbandingan dengan
undang-undang Tanah Islam juga akan dibuat.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Mengenalpasti latarbelakang dan sejarah system torrens yang terpakai


dalam perkara berkaitan tanah di Malaysia
2. Menilai sejauhmana kuasa yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai
badan yang berautoriti dalam perkara yang berkaitan dengan tanah
3. Menganalisa prosedur-prosedur urusniaga berdasarkan peruntukan dalam
Kanun Tanah Negara 1965
4. Mengaplikasi kefahaman pelajar dengan permasalahan-permasalahan
semasa tentang isu-isu berkaitan tanah di Malaysia.

596
Buku Panduan Program Ijazah Dasar  
Sesi 2010/2011

Rujukan

1. Nik Abdul Rashid (1992), Land Law and Administration in Malaysia, Faculty
of Law: Kuala Lumpur
2. Keang Sood, Teo and Lake Tee, Khaw, Land Law in Malaysia: Cases and
Commentary. (1995) Second Edition, Kuala Lumpur: Butterworth
3. Salleh Buang(2001),Malaysian Torrens System. Kuala Lumpur, DBP

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran berkomunikasi
2. Pemikiran kritis dan Penyelesaian masalah
3. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

IUEL3306 UNDANG-UNDANG KEGANASAN TERHADAP WANITA (BM)

Kursus ini akan memperkenalkan maksud dan skop keganasan terhadap


wanita dan perbuatan-perbuatan ganas terhadap wanita termasuk rogol,
sumbang mahram, diskriminasi dll. Ia akan memokuskan kepada undang-
undang di Malaysia dan beberapa Negara Islam lain yang menangani masalah
keganasan terhadap wanita. Pelajar juga didedahkan dengan penyelesaian
menurut perundangan Islam mengenai keganasan terhadap wanita.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menghuraikan konsep dan bentuk-bentuk keganasan terhadap wanita


2. Membezakan langkah-langkah pencegahan penderaan menurut Islam ke
dalam bentuk yang boleh diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah

SARJANA MUDA SYARIAH DAN


3. Membandingkan bentuk-bentuk penyelesaian perundangan di antara
negara-negara yang berkaitan

UNDANG-UNDANG
Rujukan

1. Ahamad Ibrahim (1997) Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia,


KL: IKIM
2. Noor Aziah Mohd Awal, “Sumbang Mahram: Kedudukannya di bawah
Undang-Undang Islam dan Sivil di Malaysia”, (1998) Jurnal Undang-Undang
IKIM, Vol. 4, No. 2, hal. 47-64

3. Siti Zubaidah Ismail, “Pertindihan Bidangkuasa Mahkamah Syariah: Sorotan


Terhadap Kes-kes Murtad”, (2000) Jurnal Undang-Undnag IKIM, Vol. 4, No.
2, hal. 69-98
4. Mohd Asri Abdullah, “Sistem Pentadbiran Undang-Undang Islam di Negeri
Perak Dahulu dan Sekarang”, (1419) JH, Jil. XII, Bah 11, hal. 141-184
5. Salleh Buang,” Penghukuman: Satu Panduan Ringkas Untuk Hakim
Mahkamah Syariah di Malaysia” (1409) Jurnal Hukum 49

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah

597
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 
Sesi 2010/2011

3. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat


4. Etika dan Moral Profesional

IUEL3307 UNDANG-UNDANG PENGGUNA (BM/BI)

Subjek ini secara keseluruhan akan mengkaji prinsip-prinsip penting mengenai


undang-undang pengguna. Ia mencakupi isu-isu berkaitan dengan kontrak
pengguna, liabiliti produk, kredit konsumer, keselamatan produk. Selain itu, subjek
ini akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai unsur-unsur
penipuan serta amalan perdagangan yang tidak jujur. Seperti penyalahgunaan
iklan , penyalahgunaan logo iklan bagi makanan dan barangan gunaan orang
Islam, sistem piramid, dan lain-lain. Skop seterusnya adalah dari segi praktikal
seperti akses kepada perundangan. Selain itu mendedahkan pelajar kepada
mahkamah sebagai tempat litigasi bagi pengguna yang menghadapi masalah,
Tribunal Tuntutan Pengguna juga berfungsi sedemikian.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. menghuraikan hak-hak yang tersedia kepada penguna menurut undang-


undang.
2. Mengenal pasti perlindungan-perlindungan yang diberikan kepada para
pengguna apabila hak-hak mereka dilanggar
3. menyelesaikan permasalahan/ kes/isu yang diberikan dengan mengaplikasi
undang-undang yang berkaitan.
4. Membandingkan kaedah yang terbaik dalam membuat aduan bagi kes-kes
yang berkaitan kepenggunaan

Rujukan

1. Howells, Geraint G. (2005) Consumer Protection Law , Ashgate Publishing,


London
2. Mohd Hamdan Adnan(2005), Perjuangan Perundangan Pengguna, IBS,
Petaling Jaya
3. Wu, Min Aun(2002), Consumer Protection Act 1999: Supply of Goods and
Services, Pearson Education Malaysia: Selangor

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran berkomunikasi
2. Pemikiran kritis dan Penyelesaian masalah
3. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

IUEL4301 UNDANG-UNDANG ZAKAT DAN BAITULMAL (BM/BI)

Kursus ini mengandungi maklumat-maklumat berhubung dengan bidangkuasa


pentadbiran dan pengurusan zakat di Malaysia. Undang-undang yang terpakai
dan kuasa mengutip dan membahagikan zakat dan pembahagian zakat semasa.
Selain dari itu, isu penguatkuasaan undang-undang baru, pengenaan zakat pada
orang kurang upaya, insentif cukai yang melibatkan rebat dan pengurangan
cukai individu dan korporat menurt peruntukan dalam the Labuan

598
Buku Panduan Program Ijazah Dasar  
Sesi 2010/2011

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Mengenalpasti bidang kuasa institusi-institusi yang terlibat dalam pentadbiran


dan pengurusan zakat dan baitulmal di Malaysia;
2. Menghuraikan undang-undang zakat dan baitulmal di Malaysia serta isu-isu
perundangan berbangkit;
3. Mengidentifikasikan jenis-jenis harta kontemporari yang boleh dikenakan
zakat dan mekanisme pembayarannya selaras dengan perkembangan
semasa;
4. Membentuk tafsiran baru bagi asnaf-asnaf zakat terutamanya di bawah
kategori al-riqab mengikut situasi dan keperluan semasa;
5. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan zakat dan baitulmal serta
mencadangkan penyelesaiannya.

Rujukan

1. Siti Mashitoh Mahamood (2007), «Pembayaran Zakat dan Fitrah”, dalam


Ahmad Hidayat Buang (ed.), Undang-Undang Islam di Malaysia: Prinsip
dan Amalan, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hh.353-374
2. Siti Mashitoh Mahamood (2005), “Undang-undang Zakat Dan
Penguatkuasaannya Di Malaysia”, IKIM Law Journal, Vol.9 (1), Jan. – June
2005, ),hh.263-288
3. Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid (2003), Pengurusan Zakat, KL: DBP.
4. Zaini Nasohah (2000), “Pentadbiran Kumpulan Wang Majlis dan Baitulmal
di Malaysia”, Jurnal Undang-undang IKIM, Vol. 4(2), July-Dec. 2000
5. S.M. Hasanul Zaman (1991), Economic Function of an Islamic State.
Leicester: Islamic Foundation.

Kemahiran Insaniah

SARJANA MUDA SYARIAH DAN


1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

UNDANG-UNDANG
3. Etika dan Moral Profesional
4. Kemahiran Komunikasi

IUEL4304 UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN ISLAM (BM)

Kursus ini dimulakan dengan perbincangan konsep sistem politik Islam atau
al-siyasah al-syar’iyyah. Kursus ini meliputi kedudukan perlembagaan di
dalam sesebuah Negara Islam. Perbincangan secara khusus dibuat terhadap
teks dan huraian Piagam Madinah. Penekanan diberikan kepada kandungan
perlembagaan Islam meliputi pembahagian kuasa kepada legislatif, eksekutif
dan kehakiman. Ia juga merangkumi kedaulatan undang-undang, hak asasi
manusia, kebebasan dan kewarganegaraan.

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran berkomunikasi
2. Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
3. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

599
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 
Sesi 2010/2011

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan tentang sejarah dan latarbelakang sistem politik dan


perlembagaan Islam
2. Mengenal pasti secara perbandingan perbezaan falsafah perlembagaan
Islam dengan perlembagaan lain
3. Membezakan kelemahan dan kekurangan Perlembagaan Malaysia
khususnya yang berkaitan hal-ehwal Islam
4. Menganalisis cadangan secara kritis terhadap Perlembagaan Persekutuan
berdasarkan falsafah perlembagaan Islam.

Rujukan

1. Al-Maudoodi, Syed Abul al-A‘la (1983), The Islamic Law and Constitution,
translated and edited by Khurshid Ahmad, 8th ed, Lahore: Islamic
Publications.
2. Md Akhir Yaacob (1988), Perlembagaan Islam: Satu Pendekatan
Perbandingan, Kuala Lumpur: al-Rahmaniah.
3. Ahmad Ibrahim et.al. (1999), Perkembangan Undang-undang Perlembagaan
Persekutuan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Gibb, H.A.R (1955), “Constitutional Organization”, in M.Khadduri and
H.J.Liebesny (eds.), Law in the Middle East, Washington : The Middle East
Institute , pp.3-27.
5. Abdul Aziz Bari (2005), Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling
Jaya: Intel Multimedia & Publications

IUEL4305 UNDANG-UNDANG ISLAM DAN GENDER (BM/BI/BA)

Kursus ini memberi penekanan kepada isu-isu semasa mengenai gender


dan bagaimana penyelesaiannya menurut perundangan Islam. Kursus ini
merangkumi kupasan terhadap perundangan tempatan dan antarabangsa
mengenai wanita yang antara lainnya menyentuh tentang diskriminasi,
perlindungan, kesalahan dan sebagainya.

Kemahiran Insaniah

1. Pemikiran kritis dan penyelesai masalah


2. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
3. Kemahiran Komunikasi
4. Etika dan moral professional

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep gender menurut perspektif Undang-undang Islam


2. Menghuraikan kedudukan wanita dari pelbagai aspek menurut Undang-
undang Islam
3. Membezakan antara pemikiran Feminisma barat dan Islam
4. Menganalisis isu-isu semasa gender dari perspektif Undang-undang Islam
5. Menganalisis peranan Konvensyen Antarabangsa dalam memberi
perlindungan terhadap wanita

600
Buku Panduan Program Ijazah Dasar  
Sesi 2010/2011

Rujukan

1. Muhammad bin Umar Utayni, t.t , Huquq al-Mar’ah fi al-Ziwaj, Dar al-
I`tisam,
2. John L. Esposito, 1982, Women in Muslim Family Law, New York: Syracuse
University Press.
3. Faisal Othman, Women, Islam and Nation Building, Kuala Lumpur: Berita
Publishing, 1993
4. Raihanah Abdullah, Wanita dan Perundangan Islam, Ilmiah Publishers:
Kuala Lumpur, 2001

IUEL4306 KRIMINOLOGI ISLAM (BM)



Dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari berkenaan sejarah permulaan
kriminologi dalam Islam dan Barat. Mereka juga akan didedahkan dengan
perbicangan berkaitan teori-teori perlakuan jenayah seperti “theory of Inborn
Criminality” ilham Lombroso dan teori-teori lain pasca-Lombroso. Kita juga
akan membincangkan falsafah Islam tentang fitrah semulajadi manusia serta
kaitannya dengan kecenderungan melakukan jenayah : adakah perilaku
jenayah seseorang telah ditentukan sejak azali ataukah dia bebas menentukan
bentuk perilakunya. Pelbagai pandangan mazhab akan dikaji.

Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
4. Etika dan Moral Profesional

Hasil Pembelajaran

SARJANA MUDA SYARIAH DAN


Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

UNDANG-UNDANG
1. Membezakan di antara teori-teori kriminologi menurut Islam dan Barat.
2. Menghuraikan konsep asas tentang kriminologi Islam.
3. Mengklasifikasikan jenis-jenis penjenayah berdasarkan klasifikasi yang
ada
4. Menganalisis kedudukan tanggungjawab jenayah secara perbandingan.

Rujukan

1. J. E. Hall Williams (1982), Criminology and Criminal Justice, London:


Butterworths Publication
2. Katherine S. Williams (1991), Textbook on Criminology, London: Blacstone
Press
3. al-Qadri, Muhammad Tahir (1988), Islam and Criminality, Lahore: Idara
Minhaj al-Quran
4. Khalil, Ahmad Diyaq Din Abdullah (1990), al-Zahirah al-Ijramiyah Bayna al-
Fahm wa-al-Tahlil, Kaherah: Akademiah al-Surtoh
5. Muhamad Fata (1970), ‘Ilm al-Nafs al-Jina’i, Kaherah: Matba’ah al-Saadah

601
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 
Sesi 2010/2011

IUEL4307 UNDANG-UNDANG DAN FATWA DI MALAYSIA (BM/BI/BA)

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar peranan fatwa


dalam perundangan Malaysia. Pelajar juga akan didedahkan kepada proses
dan prosedur pengeluaran serta pewartaan fatwa sebagaimana yang
diperuntukkan oleh undang-undang. Beberapa isu yang berkaitan fatwa
seperti penguatkuasaan, status sebagai undang-undang kecil, penerimaan
dan pematuhan oleh masyarakat serta pemerintah terhadap fatwa juga akan
dibincangkan.

Kemahiran Insaniah

1. Pemikiran kritis dan penyelesai masalah


2. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
3. Etika dan moral professional
4. Kemahiran Berkomunikasi

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan pengertian dan status fatwa dalam konteks perundangan Islam


dan Malaysia
2. Menghuraikan proses dan kaedah pengeluaran fatwa serta pewartaan
fatwa
3. Menganalisis kesan fatwa berkenaan dari aspek pelaksanaan,
penguatkuasaan dan pematuhan
4. Mengenalpasti kaedah istinbat yang digunakan dalam pengeluaran fatwa

Rujukan

1. Ahmad Hidayat Buang (penyunting) (2004), Fatwa di Malaysia, Kuala


Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
2. Mahmud Saedon Awang Othman (1996), Institusi Pentadbiran Undang-
undang dan Kehakiman Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
(bab 5)
3. Masud, M. Khalid et.al. (eds.) (1996), Islamic Legal Interpretation: Muftis
and Their Fatwas, Cambridge Mass: Harvard University Press

IUEL4308 UNDANG-UNDANG MUAMALAT ISLAM (BM/BI/BA)

Kursus ini mempunyai kaitan rapat dengan kursus Fiqh al-Muamalat dan Kontrak
Muamalat yang akan menyentuh secara lanjut aplikasi kontrak-kontrak utama
muamalah Islam dalam sistem perbankan dan kewangan Islam. Perbincangan
kursus ini merangkumi topik-topik berikut:

1. Latarbelakang ringkas undang-undang kontrak dan komersial Malaysia dan


hubungannya dengan muamalat Islam
2. Proses kelulusan dan pemantauan kewangan Islam di Malaysia
3. Bidangkuasa Mahkamah dan Muamalah Islam dan isu-isu yang timbul di
dalam kes-kes di Mahkamah
4. Prinsip dan aplikasi produk perbankan dan kewangan Islam serta Takaful
5. Dokumentasi Perjanjian Kewangan, Perbankan Islam dan Takaful

602
Buku Panduan Program Ijazah Dasar  
Sesi 2010/2011

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan undang-undang dan peraturan yang terpakai di dalam sistem


kewangan Islam di Malaysia
2. Mengenalpasti proses kelulusan produk perbankan Islam dan bidangkuasa
Mahkamah dalam perkara kewangan Islam
3. Menjelaskan prinsip dan kaedah aplikasi produk-produk kewangan dan
perbankan Islam serta Takaful
4. Menganalisis maklumat tambahan berkaitan produk-produk kewangan
Islam secara sistematik bagi tujuan penyelidikan lanjutan.
5. Menganalisis kes-kes perundangan berkaitan dengan perbankan dan
kewangan Islam

Rujukan

1. Nik Norzrul Thani et.al., Law and Practice of Islamic Banking and Finance,
Sweet and Maxwell Asia, 2003.
2. Simon Archer and Rifaat Ahmed Abdel Karim (eds.), Islamic Finance:
Innovation and Growth, London: Euromoney Books, 2002.
3. Vogel, E. Frank and Samuel L. Hayes, III, Islamic Law and Finance, Kluwer
Law International, 1998.

Kemahiran Insaniah

1. Pemikiran kritis dan penyelesai masalah


2. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
3. Kemahiran berkomunikasi

SARJANA MUDA SYARIAH DAN


IUEL4309 UNDANG-UNDANG DAN PENTADBIRAN WAKAF (BM/BI)

Kursus ini membincangkan tentang konsep asas undang-undang wakaf

UNDANG-UNDANG
mengikut perspektif Syariah. Kupasan akan membabitkan sama undang-
undang yang terpakai bagi pentadbiran dan pengurusan harta wakaf di Malaysia
khususnya berkaitan kuasa yang diberikan kepada Majlis Agama Islam Negeri
sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf di negara ini. Perbincangan
seterusnya akan menekankan kepada isu-isu perundangan dan pengurusan
harta wakaf di Malaysia seperti analisis kepada peruntukan undang-undang
mengenai wakaf, prinsip undang-undangnya, peruntukan berkaitan wakaf
keluarga, isu pembangunan tanah dan harta wakaf, pemakaian konsep istibdal
dan konflik bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam
perkara wakaf. Asas-asas penderafan dokumentasi perjanjian bagi wakaf turut
didedahkan kepada pelajar.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan tentang konsep dan prinsip-prinsip dasar mengenai wakaf


mengikut hukum syarak
2. Mengenalpasti undang-undang yang terpakai dalam pentadbiran wakaf di
Malaysia termasuklah pendedahan mengenai bidang kuasa Mahkamah
Syariah dan Sivil dalam mengendalikan kes-kes berkaitan wakaf

603
Buku Panduan Program Ijazah Dasar 
Sesi 2010/2011

3. Menerangkan bagaimana wakaf ditadbir di Malaysia khususnya kuasa-


kuasa Majlis Agama Islam negeri dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji dalam
pentadbiran harta-harta ini
4. Mengaplikasikan asas-asas dokumentasi perjanjian wakaf dengan
mengaplikasikan undang-undang dan Hukum Syarak yang relevan.
5. Menganalisis masalah-masalah wakaf dan penyelesaiannya

Rujukan

1. Siti Mashitoh Mahamood (2006), Waqf in Malaysia: Legal and Administrative


Perspectives, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
2. Nik Mustapha Nik Hassan (ed.) (1999), Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di
Malaysia, KL: IKIM
3. Kamarudin Ngah (1992), Isu Pembangunan Tanah Wakaf. Kuala Lumpur:
DBP
4. Mohd. Zain Hj. Othman (1982), Islamic Law with Special Reference to the
Institution of Waqf, 1st edition, KL: Prime Minister’s Department
5. Al-Zarqa’, Mustafa Ahmad (1997), Ahkam al-Awqaf, Amman: Dar `Ammar

Kemahiran Insaniah

1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah


2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
3. Kemahiran Berkomunikasi

604

You might also like