You are on page 1of 36

Memperingati ketokohan

Imam Al-Ghazali dalam Ilmu


Tasawwuf
Disediakan oleh:
Hairul Fakrul bin Awang Haji Bujang
9 November 2009

Imam Al-Ghazali 450H/1058M –


505H/1111M

“Kerana keraguan itulah yang akan sampai


kepada kebenaran. Sesiapa yang tidak ragu
maka dia tidak berfikir”
1
1.Riwayat Hidup (1/3)
• Nama sebenar Imam Al- • Abu Hamid Muhammad bin
Ghazali? Muhammad bin Muhammad bin
Ahmad Al-Ghazali.
• Beliau digelar "Al-Ghazali"
• Kenapa beliau digelar Al-
bersempena dengan gelaran bapanya
Ghazali?
yang bekerja sebagai pemintal bulu
biri-biri (al-Ghazzal). Ada yang
mengatakan mengambil sempena
kampung kelahirannya, Ghazalah.
• Al-Ghazali juga digelar sebagai
Sharaful A'immah (‫)ش>>رف ا>>إلئمة‬
• Gelaran beliau yang lain? Zainuddin , (‫)زي>ن ا>>لدين‬Hujjatul Islam,
bererti "Proof of Islam”>‫حجّة ا>>السالم‬

2
1.Riwayat Hidup (2/3)
• Bila dan di mana beliau • Imam Al-Ghazali dilahirkan pada
dilahirkan? tahun 450 Hijrah bersamaan
dengan 1058 Masihi di Ghazalah di
bandar Tus, Khurasan (Iran).

• Beliau berasal dari keluarga yang


• Keluarga beliau? miskin. Bapanya merupakan seorang
ahli Sufi yang sangat warak.
• Bapanya mempunyai cita-cita yang
tinggi iaitu ingin melihat anaknya
menjadi orang alim (berilmu) dan
soleh.

3
1.Riwayat Hidup (3/3)
• Bilakah Imam Al-Ghazali • Beliau meninggal dunia pada hari
meninggal dunia?
Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505
Hijrah ( 1111M) di Tus dan
jenazahnya dikebumikan di tempat
kelahirannya.

• Imam Al-Ghazali adalah seorang


ulama, ahli fikir dan ahli falsafah
Islam yang terkemuka hingga kini.

4
2.Peribadi
• Bagaimana keperibadian a.Imam Al-Ghazali mempunyai daya
Imam Al-Ghazali? hafalan dan ingatan yang kuat dan
bijak berhujah.
b.Beliau menguasai berbagai-bagai bidang
ilmu pengetahuan.
c.Imam Al-Ghazali sangat mencintai ilmu
pengetahuan.
d.Beliau juga sanggup meninggalkan segala
kemewahan hidup untuk bermusafir
demi untuk mencari dan menuntut ilmu
pengetahuan.
e.Beliau terkenal sebagai ahli falsafah
Islam yang telah mengharumkan nama
ulama Islam di Eropah melalui hasil-hasil
karyanya yang bermutu tinggi.

5
3.Pendidikan (1/4)
• Bagaimana pendidikan • Pada peringkat awalnya beliau
awal yang diterima Al- mendapat pendidikan secara
Ghazali? percuma kerana keluarganya miskin.

• Ilmu apa yang • Beliau mempelajari ilmu fikah pada


dipelajarinya pada waktu waktu itu.
itu?
• Beliau seterusnya mempelajari
• Setelah itu apa yang tauhid, mantiq, usul fikah dan
dipelajari oleh beliau? falsafah serta menyelidik dan
mengkaji segala pendapat empat
mazhab hingga mahir dalam
bidang-bidang tersebut.

6
3.Pendidikan (2/4)
• Selepas itu kepada siapa • Selepas itu pada tahun 1070M beliau
dan ke mana Al-Ghazali menyambung pelajarannya dengan
melanjutkan pelajaran? seorang guru yang bernama Ahmad
Al-Razkani, kemudian berguru pula
dengan Abu Nasr Al-Ismail di
Jurjan. Beliau belajar selama lebih
kurang 7 tahun.
• Pendidikan beliau selepas
tamat pengajian di Tus • Al-Ghazali berpindah ke Naisabur
dan Jurjan? pada tahun sekitar 1080M semasa
belliau berumur hampir 23 tahun.
Dan di sini beliau berguru dengan
Imam al-Haramayn al-Juwaini.

7
3.Pendidikan (3/4)
• Ke manakah beliau • Selepas Imam al-Haramain
selepas berpindah ke meninggal dunia pada tahun
Nisapur? 478H(1085M), al-Ghazali telah
menghadiri suatu majlis ilmu yang
diadakan oleh Perdana Menteri yang
terkenal iaitu Nizam al-Mulk. Beliau
mengatasi semua ulama yang lain.

• Oleh sebab Al-Imam Al-Ghazali


• Apa yang berlaku setelah memiliki ketinggian ilmu beliau telah
dilantik menjadi mahaguru di
beliau memiliki
Madrasah Nizamiah di Baghdad
ketinggian ilmu?
pada tahun 484H(1091M).

8
3.Pendidikan (4/5)
• Berapa lama Al-Ghazali • Selama empat tahun al-Ghazali bertugas
bertugas sebagai sebagai Mahaguru. Walaupun telah bergelar
Mahaguru? mahaguru tetapi beliau masih merasakan
kekurangan pada ilmu pengetahuan yang
dimiliki. Lantaran itu, pada tahun 1095M
beliau meninggalkan Baghdad untuk
mengasingkan diri daripada kehidupan
manusia biasa.

• Selama 10 tahun beliau mengasingkan diri


dengan rela hati. Sepanjang pemencilan
dirinya, secara khusus al-Ghazali menetap
• Berapa lama beliau di Damsyik.
mengasingkan diri?

9
3.Pendidikan (5/5)
• Ke mana beliau • Beliau juga telah mengembara ke
mengembara untuk beberapa tempat seperti Makkah,
mendalami ilmu Madinah, Mesir dan Jerusalem
Tasawwuf? untuk mendalami ilmu Tasawwuf
yang dipelajarinya.

• Sewaktu dalam pengembaraan, beliau


• Kitab apakah yang beliau
telah menulis kitab "Ihya
tulis sewaktu dalam
Ulumuddin" yang memberi
pengembaraan?
sumbangan yang besar kepada
masyarakat dan pemikiran Islam
dalam pelbagai masalah yang mana
masih menjadi rujukan pada masa
kini.

10
4.Sumbangan (1/3)
• Apakah sumbangan Al- a.Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa,
Ghazali kepada Islam dan untuk mendapat kebahagiaan hidup
Ilmu pengetahuan? di dunia dan di akhirat, seseorang itu
hendaklah mempunyai ilmu dan
diamalkan dengan baik dan ikhlas
hanya kerana Allah S.W.T.
b.Imam Al-Ghazali adalah seorang
merupakan ahli fikir Islam yang telah
meninggalkan jasa yang dapat di nilai
melalui hasil-hasil karyanya.

11
4.Sumbangan (2/3)
• Apakah sumbangan Al- c.Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali
Ghazali kepada Islam dan telah diterjemahkan ke dalam
Ilmu pengetahuan? berbagai-bagai bahasa Eropah untuk
dijadikan rujukan kepada penuntut-
penuntut di pusat-pusat pengajian
tinggi.

d.Hasil karya beliau yang terkenal ialah


Ihya Ulumuddin yang merangkumi
ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak
dan tasawuf.

12
4.Sumbangan (3/3)
• Apakah sumbangan Al- e.Segala hasil-hasil tulisan beliau telah
Ghazali kepada Islam dan mempengaruhi ahli fikir Islam
Ilmu pengetahuan? selepasnya, seperti Jalaluddin ar-
Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd
dan Syah Waliyullah.
f.Kebanyakkan hasil-hasil karya Imam
Al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh
hal yang demikian pengkaji-pengkaji
Barat menganggap, Imam Al-Ghazali
adalah seorang ahli falsafah.

13
4.Kitab-kitab karangan Al-Ghazali (1/2)
• Sebutkan beberapa kitab- • Hasil karya beliau disenaraikan
kitab karangan Al- sebagai 457 tajuk antaranya:
Ghazali? i. Ihya Ulumiddin. (Kebangkitan Ilmu
Agama)
ii. Al-Munqiz Min ad-Dalal.
(Pembebas dari kesesatan)
iii. Mizanul-amal. (Timbangan Amal)
iv. Tahafut al-Falasifah (Kekacauan
Para Filsuf)
v. Bidayah Al-Hidayah. (Permulaan
petunjuk)

14
4.Kitab-kitab karangan Al-Ghazali (2/2)
• Sebutkan beberapa kitab- vi. Jawahir Al-Quran. (Mutiara Al-
kitab karangan Al- Quran)
Ghazali? vii. Minhaj al-Abidin (Jalan Orang-
orang Beribadat)
viii. Asma Allah al-Husna
ix. Ayyuha al-Walad (Wahai Anak)
x. Kimia as-Sa’adah. (Kimia
Kebahagiaan)

15
5.Pengaruh al-Ghazali dan Ihya Ulumuddin
dalam Tasawwuf (1/7)
• Apabila beliau melibatkan diri menjadi sebahagian dari ahli
sufi, beliau membersihkan tasawwuf daripada perkara-perkara
khurafat dan daripada perkara yang terkeluar dari pengamalan
agama Islam yang sebenar.
• Namun begitu dalam bidang tasawwuf, Al-Ghazali mempunyai
guru. Antara gurunya yang termashur ialah Al-Junaid dan Al-
Harith Al-Muhasibi.
• Al-Ghazali dilihat tidak pernah berdiam diri apabila menyedari
pengamalan tasawwuf yang diamalkan oleh segelintir
masyarakat pada zamannya terpesong daripada ajaran Islam.

16
5.Pengaruh al-Ghazali dan Ihya Ulumuddin
dalam Tasawwuf (2/7)
• Beliau dengan tegas menjelaskan, menghuraikan dan
memberikan konsep yang tepat kepada masyarakat pada
zamannya.
• Selain itu, jika Al-Ghazali menyedari kesalahan yang dilakukan
oleh masyarakat dalam bidang tasawwuf, beliau akan
melemparkan kritikan yang membina yang bertujuan untuk
membetulkan kesalahan dan menghalang daripada
penyelewengan yang berlaku berterusan sehingga
mencemarkan kemurnian Islam.

17
5.Pengaruh al-Ghazali dan Ihya Ulumuddin
dalam Tasawwuf (3/7)
• Setelah penelitian kritis yang dilakukan oleh AL-Ghazali beliau
mendapati ahli sufi pada zamannya terpesong daripada jalan
sebenar akibat daripada kecetekan dan kejahilan terhadap ilmu
yang berpunca daripada kesibukan mereka beribadat semata-
mata.
• Justeru itu, Al-Ghazali telah mencadangken kepada khalayak
pada ketika itu supaya mendalami dan menguasai ilmu yang
berkaitan dengan tasawwuf sebelum tekun beribadah. Ini
menjamin pengamalnya tidak tersimpang daripada jalan yang
sebenar.

18
5.Pengaruh al-Ghazali dan Ihya Ulumuddin
dalam Tasawwuf (4/7)
• Sebagai buktinya, jika ditinjau metodologi penulisan Al-Ghazali
dalam kitab Ihya’ulumuddin kita akan dapati bahawa Al-Ghazali
memulakan kitabnya dengan perbahasan berkaitan teori dan
konsep ilmu, kemudian beliau membahaskan berkaitan dengan
fiqh ibadah atau konsep ibadah menurut perspektif hukum Islam.
• Selepas itu, Al-Ghazali menulis berkaitan dengan fiqh muamalah
iaitu teori, hukum yang berlaku dalam kehidupan seharian. Selepas
menerangkan teori-teori penting berkaitan dengan ilmu, ibadah dan
muamalat, barulah Al-Ghazali membincangkan aspek-aspek
tasawwuf seperti hati, sabar dan sifat-sifat lain yang berkaitan
dengan zuhud dan peribadi mulia.

19
5.Pengaruh al-Ghazali dan Ihya Ulumuddin
dalam Tasawwuf (5/7)
• Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang tasawwuf
ialah kitab Ihya’ulumuddin. Kitab ini telah menjadi rujukan
penting ilmu fiqh dan tasawwuf di serata dunia dari zaman
penulisannya hingga ke hari ini.
• Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain
seperti Bahasa Melayu , Parsi, Urdu, Bahasa Inggeris dan
Bahasa Perancis. Selain itu, kitab ini menjadi sumber rujukan
ulama’ di rantau alam melayu.

20
5.Pengaruh al-Ghazali dan Ihya Ulumuddin
dalam Tasawwuf (6/7)
• Hasilnya lahirlah kitab Siyar assalikin dan Hidayatul salikin
serta lain-lain kitab tasawwuf yang ditulis oleh ulama’-ulama;
kelahiran Nusantara seperti ulama’ kelahiran Patani, Palembang
dan semenanjung tanah melayu.
• Antara pendorong Al-Ghazali menulis kitab ini ialah kerana
kesedarannya yang tinggi terhadap penyelewengan teori dan
konsep fiqh serta tasawwuf dalam masyarakat. Kitab ini secara
terperinci menjelaskan hubung kait antara fiqh dan tasawwuf.

21
5.Pengaruh al-Ghazali dan Ihya Ulumuddin
dalam Tasawwuf (7/7)
• Metodologi Al-Ghazali ketika menulis kitab ini ialah dengan
merujuk pertamanya kepada sumber primer iaitu Al-Quran dan
Sunah. Kemudian diikuti dengan athar-athar sahabat dan
tabi’in. Setelah merujuk pada sumber primer dan sekunder
barulah Al-Ghazali mengutarakan pemikirannya terhadap
konsep yang ditulisnya.

• Kehadiran kitab Ihya’ulumuddin memberi implikasi besar


dalam pengajian tasawwuf. Sumbangan ini adalah cukup besar
dalam bidang tasawwuf kerana Al-Ghazali telah memurnikan
semula ilmu tasawwuf daripada kesesatan dan bid’ah.

22
Al-Ghazali (menurut khayalan pelukis)

23
Peta Bandar Tus, Khurasan, Iran.

24
Harouniyeh mausoleum, near Tus. Possible tomb of Ghazali who
died in A.D. 1111

25
Haruniyah structure in Tus, Iran, named after Harun al-Rashid, the
mausoleum of Ghazali is expected to be situated on the entrance of this
monument

26
Ferdowsi Tomb at Tus

27
Masjid Dimasyq (Damsyik) Syria

28
Masjid Dimasyq (Damsyik) Syria

29
Qubbatus Sakhrah (Dome of Rock) di
Jerusalem

30
Tempat yang dikatakan sebagai kubur Imam
Al-Ghazali

31
Beberapa kitab karangan Al-Ghazali

32
33
34
35
Rujukan

• Al-Ghazali. Ad-Durrah al-Fakhirah fi Kasyf Ulum al-Akhirah. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut. Cetakan I, 1409 H / 1988 M.
• --------------. Kasyf Ulum al-Akhirah, Berwisata ke Alam Ruh. Penerbit Marja', Bandung. Cetakan I, Dzulhijjah 1424 H / Januari 2004 M.
• --------------. The Alchemy of Happiness. Translator: Claud Field (1863-1941). Northbrook Society. 1909.
• Marmura. Al-Ghazali The Incoherence of the Philosophers (2nd edition). Printing Press, Brigham. ISBN 0-8425-2466-5.
• Shaleh Ahmad Asy-Syami. 2004. Biografi Imam Al-Ghazali. (Al Imam Al Ghazali Hujjatul Islam wa Mujaddidul Miaatil Khamisah). Diterjemahkan
oleh Arifin bin Ladari. Disunting oleh Noraine Abu. Kuala Lumpur: Jasmine Enterprise. (Teks asal dalam bahasa Arab)
• Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1993. Antara Falsafah Islam dan Falsafah Moden: Suatu Perbandingan Antara Al-Ghzali dan Descartes (Al-Manhaj al-Falsafiy
Baina al-Ghazali wa Descartes). Diterjemahkan oleh Mohd. Sulaiman Hj Yasin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerrian Pendidikan
Malayisa. (Teks asal dalam bahasa Arab).
• Muhammad ‘Uthman El-Muhammady. Pemurnian Tasawwuf oleh Imam Al-Ghazali. Diambil daripada
http://www.geocities.com/traditionalislam/pemurnian_tasawwuf_oleh_AlGhazali.htm. (Muat Turun pada Sabtu 22 Ogos 2009)
• Ustaz Muhammad Yusri bin Salleh. Biogarfi Imam Al-Ghazali Rahimahullah. Diambil daripada http://lebaiyusri.blogspot.com/2008/11/biografi-imam-
al-ghazali-rahimahullah.html. (Muat Turun pada Isnin 9 November 2009)
• http://id.wikipedia.org/wiki/Al-Ghazali
• http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Hamid_Al-Ghazali
• http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/ImamalGhazali_pdf
• http://ahlikelantan.tripod.com/tokoh/id10.html
• http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3752.0;wap2
• http://www.pre-renaissance.com/images/alghazali.jpg
• http://www.ghazali.org/img/ghazali.gif
• http://www.travelblog.org/Photos/759564.html
• http://www.sacredsites.com/middle_east/israel/images/dome-rock-interior-500.jpg

36

You might also like