You are on page 1of 14

MODUL 1

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

Tajuk Perkara Perincian

1 Pelaksanaan Program Pengenalan


Transisi

2 Tahap Pelaksanaan Tahap Pertama : Persediaan Awal


Program Transisi Tahap Kedua : Minggu Orientasi
Tahap Ketiga : Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran

3 Matlamat Program Tema Program Transisi


Transisi 3-Bulan Minggu Pertama
Minggu Kedua
Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

4 Cadangan Aktiviti Minggu Pertama


Dan Teknik Minggu Kedua
Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI
PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Tajuk 1
PENGENALAN

Secara keseluruhannya Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu ini mengambil


jangka masa selama 3 bulan. Program ini bermula pada awal Januari iaitu pada hari
pertama sesi persekolahan hinggalah ke penghujung bulan Mac. Jangka masa 3
bulan ini pula telah dibahagikan kepada beberapa fasa aktiviti mengikut keperluan
tertentu. Walau bagaimanapun, dari segi persediaan ianya perlu bermula sejak awal
lagi iaitu bermula bulan oktober hinggalah bermulanya sesi persekolahan yang baru.
Secara keseluruhannya persediaan dan pelaksanaan program ini dapat dibahagikan
kepada tiga tahap utama :

Tahap Pertama
Persediaan Awal
( Bulan Oktober Hingga Disember )

Tahap Kedua
D
U
ORIENTASI AWAL
A Prinsip : KESEPADUAN
ƒ Memperluaskan Penyesuaian dan
M pengalaman Prasekolah fokus ke arah KBSR T
I ƒ Pengenalan ke sekolah I
N baru dan jangkaan guru G
serta sekolah
G A
G AKTIVITI
U Pranombor
Pratulisan B
Prabacaan U
L
A
Tahap Ketiga
N
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KBSR DITERUSKAN
Aktiviti:
Main Sambil Belajar
Bersepadu
Bertema

AKTIVITI BERTERUSAN
BAGI MURID YANG KURANG BERKEMAMPUAN
1-1
Tajuk 2

TAHAP PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

TAHAP PERTAMA

Persediaan awal ( Oktober hingga Disember )


Pada tahap ini, persediaan yang dilakukan ialah seperti membuat persiapan fizikal
bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk pendaftaran murid Tahun Satu, taklimat
dengan ibu bapa, Minggu Orientasi, program pembelajaran dan pengajaran selepas
Minggu Orientasi hingga tamat Program Transisi dan aktiviti lanjutan untuk murid
yang masih memerlukan penyesuaian.

TAHAP KEDUA

Pelaksanaan Minggu Orientasi ( Minggu Satu dan Dua Januari )


Aktiviti di minggu orientasi ini berteraskan kepada prinsip untuk memperluaskan
pengalaman Prasekolah dan pengenalan ke sekolah baru kepada murid-murid
Tahun Satu.

Dalam minggu pertama Minggu Orientasi beberapa aktiviti perlu disediakan mengikut
objektif seperti aktiviti suaikenal, hidup bersama, pembentukan tingkah laku ,
motivasi diri, penglibatan dalam aktiviti kreatif, main sambil belajar dan belajar sambil
meneroka. Semua aktiviti yang dijalankan berfokus kepada penyediaan murid untuk
aktiviti pembelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Dalam minggu kedua, selain dari mengukuhkan aktiviti dalam minggu pertama,
murid-murid Tahun Satu akan didedahkan dengan kesepaduan pengajaran dan
pembelajaran KBSR yang diperlukan seperti kemahiran pranombor, pratulisan dan
prabacaan.

TAHAP KETIGA

Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


( Minggu Ketiga Bulan Januari hingga Mac )

Selepas minggu orientasi selama dua minggu, diharapkan murid-murid Tahun Satu
sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dalam suasana yang
menyeronokkan. Dalam masa yang sama guru-guru sudah dapat mengenalpasti
murid yang sudah dapat menguasai kemahiran asas motor kasar dan halus, kognitif,
bahasa, estetika dan daya kreatif, keagamaan dan ketatanegaraan.

Namun begitu, peluang masih diberikan kepada murid yang masih kurang
berkemampuan mencapai tahap yang diharapkan melalui aktiviti yang berterusan
sehinggalah tamat dalam jangkamasa tiga bulan proses transisi. Ini bermakna
selepas aktiviti orientasi selama dua minggu, proses pengajaran dan pembelajaran
KBSR akan diteruskan tetapi masih dalam suasana persekitaran kelas yang menarik,
pembelajaran yang menyeronokkan dan terancang.

1-2
Tajuk 3

Matlamat Program Transisi 3-Bulan

x Tema Program Transisi


x Minggu Pertama
x Minggu Kedua
x Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

1-3
PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Tema Program Transisi:

“KAMI MURID TAHUN SATU”


(Minda Cerdas, Mata Bercahaya)

MINGGU PERTAMA MINGGU KEDUA MINGGU KETIGA-BULAN KE-3


Matlamat Untuk Dicapai: Matlamat Untuk Dicapai: Matlamat Untuk Dicapai:
Apakah Yang Kami Boleh Buat
Siapa Saya? Bersama? “Kami Seronok Belajar
Siapa Kawan Saya? Dengan Keyakinan”
Siapa Guru Saya? Matlamat Kolaboratif:
Mana Sekolah Saya? “ Kelas Saya Yang Bersih, Ceria
dan Seronok Untuk Belajar”.
OBJEKTIF
OBJEKTIF Selepas Program Transisi dijalankan, murid :
OBJEKTIF
Selepas Minggu Pertama, murid : OBJEKTIF 1. Meningkatkan perkembangan potensi diri
Selepas Minggu Kedua, murid : dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor
1. Mengenali dan membina dan fizikal dan sosio emosi secara beransur-
hubungan mesra di kalangan ansur dan bersistematik;
kanak-kanak dan antara kanak- 1. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan
kanak dan guru dalam masa murid-murid Tahun Satu; 2. Menggunakan kemahiran yang ada untuk
yang singkat; perkembangan diri yang berterusan;
2. Memupuk semangat bekerjasama dengan
2. Mengurangkan rasa malu, cara menetapkan dan mencapai matlamat 3. Membina dan meningkatkan kemahiran
segan dan takut di kalangan yang kolaboratif; murid yang lemah dan potensi diri mereka;
murid yang berlainan latar
belakang, pengalaman dan 3. Mendedahkan murid dengan suasana 4. Mengurangkan perbezaan yang ketara
sosio ekonomi; dan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang tentang perkembangan kognitif dan
menyeronokkan; dan hubungan yang sosial antara murid; dan
3. Mendedahkan murid dengan
suasana dan persekitaran di 4. Mengesan potensi murid melalui bidang 5. Memulakan pengajaran dan pembelajaran
sekolah baru. yang ditekankan dalam pendidikan KBSR yang bersepadu melalui pendekatan
Prasekolah. tematik.

1-4
CADANGAN
CONTOH JADUAL MAJLIS SUAIKENAL : PENDAFTARAN MURID-MURID TAHUN SATU
(Dijalankan sebelum Minggu Orientasi)

Masa Jangka Perkara Aktiviti Tempat


Masa
0830 1000 1 ½ jam Pendaftaran Murid Tahun Satu Guru kelas merekodkan butiran Bilik Darjah
murid-murid

Mengutip bayaran-bayaran tertentu

1000 1100 1 jam Taklimat Pihak Pengurusan Sekolah Memperkenalkan guru-guru Tahun Dewan Sekolah:
Satu
Muzik dimainkan
Menerangkan tentang pengisian Pameran Kesihatan
Program Transisi Pembentangan

Memohon kerjasama pembentukan


budaya sekolah

1100 1130 ½ jam Taklimat Kementerian Kesihatan Menerangkan tentang buku rekod Dewan Sekolah
kesihatan dengan Ibu Bapa

Penerangan tentang khidmat Klinik


Pergigian

1130 1230 1 jam Majlis Suaikenal murid-murid Tahun Mengenali kawasan kelas Kawasan Sekolah
Satu Nyanyian : bersama, berseorangan
Permainan (pilihan) :
Objektifnya: Tiup Belon
Suasana tidak mengancam Cantum gambar
Guru yang baik Diri Saya
Bermotivasi memandang ke
pengalaman baru Penyampaian Cendermata

1230 Minum /Bersurai


PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Pertama : Minggu Orientasi

Di minggu pertama Minggu Orientasi, aktiviti-aktiviti yang dirancang menjurus kepada empat komponen iaitu :

x Aspek Pengurusan Kelas,


x Aktiviti Fizikal
x Aktiviti Nilai Kerohanian Dan Nilai-Nilai Murni
x Aktiviti Membina Semangat Patriotik.

Dalam Pengurusan Kelas, guru-guru boleh melakukan aktiviti-aktiviti rutin seperti mengambil kedatangan murid,
mengutip yuran, menguruskan kebersihan dan fizikal bilik darjah di samping menanamkan amalan membaca doa dan
sebagainya.

Aktiviti berbentuk fizikal pula bukan sekadar untuk menggalakkan kecergasan murid tetapi ia juga bertujuan melatih
pergerakan kreatif di kalangan mereka. Di samping itu, ia juga mampu mewujudkan hubungan mesra dan saling kenal
mengenali antara satu dengan lain dalam suasana yang menyeronokkan.

Aktiviti kerohanian dan nilai-nilai murni pula ditekankan secara gabungjalin dengan aktiviti-aktiviti lain seperti amalan
membaca doa, aktiviti bercerita, kemahiran berfikir dan berkomunikasi, penyelesaian masalah, lawatan dan mewarna.

Dalam masa yang sama, semangat patriotik turut diberikan perhatian melalui aktiviti nyanyian, dinamika kumpulan,
pembinaan pasukan dan gabungan aktiviti-aktiviti yang lain.

Pada akhir minggu ini, murid-murid telah didedahkan ke suasana dan persekitaran baru serta membina hubungan
mesra antara mereka, secukupnya untuk menjawab:

Siapa Saya? Siapa Kawan Saya?


Siapa Guru Saya? Mana Sekolah Saya?

1-6
PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Kedua : Minggu Gerakerja Berkumpulan

Di Minggu Kedua pula, diharapkan sudah terbina semangat kerja dalam kumpulan di kalangan murid ekoran
dari aktiviti di Minggu Pertama.

Untuk itu, aktiviti di minggu ini lebih menumpukan kepada Gerakerja Berkumpulan melalui :

x Aktiviti Bercerita
x Belajar Sambil Bermain
x Melaksanakan Tugasan Kumpulan
x Pertandingan Antara Kumpulan

Dalam minggu ini, apa yang diharapkan selain dari menekankan tentang kemahiran berfikir dan kreativiti di
kalangan murid, akhirnya murid mampu bekerjasama secara kolaboratif bagi menghasilkan persekitaran kelas
yang seronok untuk mereka belajar.

Setiap sudut dan bahan yang terhasil adalah dari daya usaha dan kekreatifan murid itu sendiri dan
kumpulannya. Di sini peranan guru hanya sebagai pembimbing dan fasilitator sahaja, memberi tugasan-
tugasan kepada muridnya ke arah mencapai matlamat minggu kedua ini.

Pada akhir minggu ini, murid-murid telah diberi peluang bekerja dalam kumpulan untuk menghasil matlamat
yang ingin dicapai iaitu:

“ Kelas Saya Yang Bersih, Ceria dan Seronok Untuk Belajar”.

1-7
PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Ketiga-Bulan Ke-3 : “Kami Seronok Belajar Dengan Keyakinan”


Penggunaan Pendekatan Tematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

PENDEKATAN TEMATIK

Pendekatan tematik adalah usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran
yang kreatif dengan menggunakan tema. Guru sepatutnya menggalakkan murid mengambil bahagian secara aktif dan
fizikal dalam proses pembelajaran kerana kanak-kanak dengan semula jadi belajar dengan cara ‘membuat’

Aspek mengkaji dan meneroka dengan menggunakan deria (melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh) juga
patut digalakkan. Pembelajaran yang semulajadi kepada kanak-kanak adalah pembelajaran secara ‘membuat’ dan
‘mengalami’ sendiri sesuatu aktiviti itu.

Guru mesti mencuba untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang bererti kepada murid supaya mereka bukan
sahaja ada elemen ‘seronok’ tetapi juga untuk mencetuskan minat ingin tahu dan seterusnya mencari maklumat dengan
sendiri. Pengalaman-pengalaman seperti ini membina kemahiran, menambahkan keyakinan dan juga pengetahuan
yang khas akan menyediakan mereka untuk kehidupan harian mereka. Murid juga sepatutnya diberi peluang untuk
berdikari, meneroka dan mengalami untuk dan bagi diri sendiri.

PENDEKATAN TEMATIK BAGI PROGRAM TRANSISI

Pendekatan tematik bagi Program Transisi boleh dijalankan berperingkat. Proses pembelajaran secara tematik
menolong kanak-kanak berfikir secara kreatif dan kritikal sementara belajar. Pendekatan ini membolehkan
perkembangan minda dan pemikiran dalam keadaan yang mencabar dan menyeronokkan dan pada masa yang sama,
menepati hasil pembelajaran dan keperluan-keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan PelajaranTahun Satu.

1-8
Tajuk 4

Cadangan Aktiviti Dan Teknik

x Minggu Pertama
x Minggu Kedua
x Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

1-9
PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU
Tema Program Transisi:
Tajuk 4
‘KAMI MURID TAHUN SATU”
(Minda Cerdas , Mata Bercahaya)

MINGGU PERTAMA MINGGU KEDUA MINGGU KETIGA-BULAN KE-3


CADANGAN AKTIVITI CADANGAN AKTIVITI CADANGAN AKTIVITI

1. Dinamika Kumpulan a. Pemupukan Kumpulan a. Pengajaran dan pembelajaran yang


2. Pemupukan kumpulan b. Pergerakan motor kasar berterusan melalui pendekatan tematik,
3. Pengukuhan sosialisasi c. Motivasi bersepadu dan bermain dalam
4. Pergerakan motor halus d. Pembentukan tingkah laku kumpulan
5. Main sambil belajar e. Main sambil belajar
6. Motivasi diri f. Belajar sambil meneroka b. Membaca, menulis, mewarna dan
7. Belajar sambil meneroka g. Aktiviti Kognisi bekerjasama untuk tiga perkembangan
8. Pemupukan kreativiti h. Aktiviti Bahasa utama iaitu perkembangan kognitif dan
9. Pemupukan nilai murni i. Aktiviti Estetika & Daya Kreatif bahasa, Psikomotor dan fizikal serta
j. Aktiviti Keagamaan sosio emosi
k. Aktiviti Ketatanegaraan
l. Pemupukan sosial emosi c. Mengaplikasi apa yang dipelajari ke
dalam kehidupan seharian

TEKNIK TEKNIK TEKNIK

1. Simulasi kumpulan 1. Simulasi kumpulan 1. Pendekatan Tematik


2. Main Peranan 2. Main Peranan 2. Kerja Berkumpulan
3. Kerja Berpasangan 3. Bercerita: Teknik Sebab dan Akibat 3. Berpusatkan pelajar
4. Kerja Kumpulan 4. Kerja Kumpulan : 4. Simulasi kumpulan
5. Pertandingan antara kumpulan Teknik Mencita-citakan Kejayaan 5. Main peranan
6. Bercerita dan Teknik Awan TOC 5. Pertandingan antara kumpulan

1-10
MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (Cadangan)
1
Selepas Minggu Pertama, murid :

1. Mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dan antara kanak-kanak dengan guru dalam masa yang singkat;
2. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi; dan
3. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baru.

Hari
Jangka ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
Komponen Masa

I Perhimpunan Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

II Pengurusan Kelas Pembinaan Pasukan Aktiviti Fizikal: Sukaneka Aktiviti Fizikal:


*(Modul 9) Pergerakan Kreatif * Lakonan Cerita *

III Dinamika Kumpulan Melawat Kawasan Kesedaran Tentang Bercerita: Bercerita:


* (Modul 9 Tajuk 1) Sekolah Budaya Sekolah Teknik Awan TOC “Arnab dan Kura-
(Nilai Kerohanian dan Kura”
Melawat Kawasan Nilai Murni) Teknik Awan TOC
Sekolah * (Modul 8) * (Modul 8)

IV Mengenali Nyanyian Lagu Nyanyian Melawat Kawasan Mewarnakan Gambar


Kawasan Sekolah ’Negara Ku’, Lagu Sekolah (Lukisan)
Lagu Negeri dan
Lagu Sekolah Nyanyian
Lagu

1. Contoh Aktiviti disertakan dalam Kit Program Transisi


1-11
MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN (Cadangan) 2
Selepas Minggu Kedua, murid :

1. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid-murid Tahun Satu;


2. Memupuk semangat bekerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat yang kolaboratif;
3. Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran KBSR yang menyeronokkan; dan
4. Mengesan potensi murid melalui sembilan bidang yang ditekankan dalam pendidikan Prasekolah.

Hari
Jangka ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
Komponen Masa

I Perhimpunan Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

II Aktiviti Fizikal Bercerita: Bercerita: Bercerita: Kerja Kumpulan


Sebab dan Akibat Sebab dan Akibat Main Peranan Menjalankan Tugasan
*(Modul 8) *(Modul 8) * (Modul 8)

III Aktiviti Kerja Kumpulan Kerja Kumpulan: Kerja Kumpulan Kolaborasi Kumpulan
Mencita-Citakan Belajar Sambil Keselamatan Diri Satu Kolaborasi Kreatif “Kelas saya Yang Bersih,
Kejayaan Bermain: *(Modul 8) * (Modul 8) Ceria dan Seronok untuk
* (Modul 8) Diri Saya Belajar”

IV Kerja Kumpulan Nyanyian dan Ritma: Kerja Kumpulan: Kerja Kumpulan Pertandingan
Matlamat Kolaboratif Aktiviti Fizikal Menjalankan Tugasan Menjalankan Tugasan Antara Kumpulan Atau
(Bincang dan Rancang) Penyelesaian Masalah * (Modul 8) * (Modul 8) Kelas

* Contoh Aktiviti disertakan dalam Kit Program Transisi


1-12
MINGGU KETIGA SEHINGGA AKHIR BULAN KETIGA 3
Selepas Program Transisi dijalankan, murid :

1. Meningkatkan perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor dan fizikal dan sosio emosi secara beransur-
ansur dan bersistematik;
2. Menggunakan kemahiran yang ada untuk perkembangan diri yang berterusan;
3. Membina dan meningkatkan kemahiran dan potensi diri murid yang lemah dan potensi diri mereka;
4. Mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif dan hubungan yang sosial antara murid; dan
5. Memulakan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang bersepadu melalui pendekatan tematik.

Hari
Jangka ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
Komponen Masa

TEMA

Perhimpunan
I Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

II

III

IV

VII

VIII

Sila rancang mengikut perancangan jadual waktu sekolah


1-13

You might also like