You are on page 1of 5

Denggi di Malaysia

Denggi di Malaysia status terkini

Kematian denggi sehingga 17/3/2010 meningkat naik kepada 38 orang. Petikan dari Utusan
Malaysia online 17/3/2010,6:54 petang melapurkan 4 kematian dari 7 hingga 13 mac. Jumlah
kes menurun 3 peratus daripada 1039 miggu sebelumnya.

3 kematian di Selangor dan satu di Kelantan.

Kesemua kes ini disebabkan oleh "Sindrom kejutan denggi"

Ketua Pengarah kesihatan merumuskan denggi tidak dapat dikawal kerana:

 Ketidak perihatinan masyarakat setempat dikawasan "panas" tentang tempat pembiakan


aedes.

1. Orang ramai kurang berkerjasama melupuskan tempat pembiakan aedes


2. Kelewatan menerima rawatan
3. Kelewatan para pengamal perubatan melapurkan kes-kes denggi yang disyaki.

 Denggi di Malaysia-situasi semasa


KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA

DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

Bagi Minggu 14/2010 (4 hingga 10 April 2010)


Bagi tempoh antara 4 hingga 10 April 2010, sejumlah 886 kes demam denggi telah
dilaporkan di seluruh negara, meningkat sebanyak 63 kes (8%) berbanding dengan 823 kes
pada minggu sebelumnya. 10 negeri menunjukkan peningkatan kes iaitu Selangor (35 kes),
WP Kuala Lumpur/Putrajaya dan Kedah masing-masing (12 kes), Perak (9 kes),
Pahang (5 kes), Perlis (4 kes), Terengganu (2 kes), manakala N.Sembilan, Melaka dan Sabah
masing-masing (1 kes) Jumlah terkumpul kes yang dilaporkan bagi tahun ini adalah 13,866
kes dengan 47 kematian berbanding 15,825 kes dengan 39 kematian bagi tempoh yang sama
tahun lepas. Walaupun kes menurun sebanyak 12%, tetapi bilangan kematian pada tahun ini
meningkat sebanyak 21%. Dua (2) kematian yang dilaporkan pada minggu lepas adalah dari
Perak dan Kedah, disebabkan oleh Demam Denggi Berdarah dan komplikasi Dengue Shock
Syndrome. Kedua-dua kes kematian terjadi samada di kawasan wabak atau di kawasan yang
berisiko untuk jangkitan denggi kerana mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi iaitu
2.1%. Sepanjang minggu lepas, terdapat 41 kawasan “hot spot” yang masih aktif, berbanding
49 lokaliti “hot spot” pada minggu sebelumnya, melibatkan negeri-negeri seperti Selangor,
WP Kuala Lumpur, Johor dan Pahang. Daripada jumlah tersebut, 18 kawasan masih
mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi dan hanya 6 (15%) dari kawasan “hot spot”
sahaja yang telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Ini menunjukkan masyarakat masih
tidak prihatin akan akan masalah denggi di kawasan masing-masing dan tidak mengambil
berat soal kebersihan kawasan persekitaran kediaman mereka.
Utusan Malaysia Online 13/04/2010

Perak tingkatkan pemantauan elak penularan wabak denggi

IPOH 12 April - Kerajaan negeri akan meningkatkan pengawasan bagi mengelakkan


penularan wabak denggi di negeri ini berikutan satu kes kematian di daerah Batang Padang
minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar,
Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata,
pemantauan berterusan akan ditingkatkan di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi
daerah paling tinggi berlakunya demam denggi.

Menurut beliau, tiga daerah yang disifatkannya sebagai daerah panas wabak tersebut ialah
Kampung Baru Tanah Hitam di daerah Kinta, Kampung Larut Tin (Taiping) dan Taman
Bunga Raya (Tapah).

Jelasnya, musim hujan dan panas sekarang dikenal pasti sebagai punca pembiakan nyamuk
iaitu pembawa wabak demam denggi yang dikategorikan sebagai penyakit membawa maut.

Beliau berkata, walaupun kes demam denggi di negeri ini menunjukkan tanda-tanda
penurunan, namun orang ramai diingatkan supaya terus menjaga kebersihan di sekitar rumah
mereka.

"Saya nasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi arahan Jabatan Kesihatan
negeri untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk bagi mengelakkan demam denggi.

"Jika ada tanda-tanda kemungkinan berlakunya wabak tersebut di tempat masing-masing,


laporkan segera kepada pihak berwajib ," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai kes kematian di daerah Batang Padang minggu lalu jelas
beliau, pihaknya masih menunggu laporan penuh dari Jabatan Kesihatan Negeri.

Menurut Hang Soon, setakat 4 hingga 10 April lalu terdapat 49 kes denggi di negeri ini.

Katanya, daerah yang paling tinggi ialah Kinta iaitu 19 kes manakala Kuala Kangsar, Hilir
Perak, Larut Matang dan Selama masing-masing 6 kes.
24 Mac, 2010 17:35 PM

Kes Demam Denggi Di Pulau Pinang Semakin Menurun

PULAU PINANG, 24 Mac (Bernama) -- Kes demam denggi di Pulau Pinang bagi tempoh
tiga bulan pertama tahun ini telah mencatatkan penurunan dengan merekodkan 262 kes
berbanding 609 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas, kata Exco Kesihatan, Kebajikan,
Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.

Beliau berkata kerajaan negeri dengan kerjasama Menteri Kesihatan telah berjaya
mengurangkan jumlah kes demam denggi di negeri ini melalui program-program kesedaran
dan gotong-royong di kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini Rabu bagi mengulas laporan sebuah akhbar
berbahasa Cina semalam yang melaporkan Pulau Pinang masih mencatatkan jumlah kes
demam denggi yang tinggi untuk tahun ini.

Katanya kerajaan negeri sedang berusaha untuk menurunkan jumlah kes denggi dengan
melaksanakan pelbagai program untuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes termasuk di
rumah kosong yang terbiar, katanya.

-- BERNAMA
Utusan Malaysia Online ARKIB : 15/04/2010

Tujuh kes kluster ILI terbaru

Oleh Muzdalifah Mustapha


pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 April - Sebanyak tujuh kejadian kluster penyakit serupa influenza
(ILI) dilaporkan berlaku di lima buah negeri sehingga pukul 8 pagi ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, tiga kes berlaku di
Johor dan satu kes masing-masing di Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka
dan Negeri Sembilan.

Katanya, daripada lima negeri itu, Johor mencatatkan sembilan orang dengan gejala ILI
dirawat sebagai pesakit luar, Pahang (39), Negeri Sembilan (13) dan Melaka (4) manakala di
Kuala Lumpur seorang ditahan di hospital.

''Selain itu, sehingga pukul 5.30 petang semalam, jumlah terkumpul kes ILI yang masih
dirawat di dalam wad seluruh negara adalah 529 kes.

''Daripada jumlah itu, 58 kes disahkan positif influenza A (H1N1) manakala enam kes
dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ismail berkata, memandangkan terdapat laporan kluster ILI melibatkan sekolah dan institusi,
pihaknya memohon kerjasama daripada para ibu bapa, penjaga, pihak sekolah dan pihak
institusi mengambil langkah berjaga-jaga.

Sementara itu, mengenai situasi semasa demam denggi dan chikungunya bagi tempoh 4
hingga 10 April, beliau berkata, 886 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dengan
peningkatan sebanyak 63 kes berbanding 823 kes pada minggu sebelumnya.

Tambah beliau, 10 negeri menunjukkan peningkatan iaitu Selangor (35 kes), Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Kedah masing-masing (12 kes), Perak (9 kes), Pahang (5 kes), Perlis (4 kes),
Terengganu (2 kes) manakala Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah (1 kes).

"Dua kematian yang dilaporkan pada minggu lalu adalah dari Perak dan Kedah disebabkan
demam denggi berdarah dan komplikasi sindrom kejutan denggi," katanya.

Ismail menambah, jumlah kes terkumpul yang dilaporkan bagi tahun ini adalah 13,866 kes
dengan 47 kematian berbanding 15,825 kes dengan 39 kematian bagi tempoh yang sama pada
tahun lalu.

Menurutnya, sepanjang minggu lalu terdapat 41 kawasan panas yang masih aktif berbanding
49 kawasan panas pada minggu sebelumnya iaitu melibatkan negeri Selangor, Kuala Lumpur,
Johor dan Pahang.

You might also like