You are on page 1of 16

BANDAR LESTARI

1.0 Definisi

Definisi bandar raya lestari, menurut


rumusan Persidangan URBAN21 di Berlin pada Julai 2000, merujuk kepada gagasan untuk
meningkatkan kualiti hidup bandar, merangkumi komponen ekologi, budaya, politik,
institusi, sosial dan ekonomi tanpa membebankan generasi akan datang.

Dengan kata lain, bandar raya lestari merangkumi pemantapan nilai, sifat, dinamisme,
kemudahan dan prasarana lestari dari segi penggunaan sumber tenaga, bekalan air dan
pelupusan sisa efisien, sistem pengangkutan canggih, rekabentuk bangunan dan prasarana
mesra alam dengan dikelilingi kehijauan pelbagai flora dan fauna. Bandaraya lestari juga
seharusnya ditunjangi pelbagai aktiviti martabat tinggi dari segi keilmuan, penyegaran minda,
penyuburan rohaniah, hubungan sosial dan kegiatan perdagangan.

Objektif Bandar Lestari

 Setiap orang berhak untuk mempunyai segala kemudahan tempat tinggal,


pembelajaran dan kesihatan diri.
 Segala jenis bentuk peluang mahupun penghormatan diri haruslah dinikmati oleh
setiap orang, tidak kira apakah bangsanya, warna kulitnya ataupun
kewarganegaraannya.
 Untuk mengekalkan kesejahteraan alam sekitar.
 Untuk memberi hak kepada setiap orang untuk bekerja dan mempunyai pendapatan
tetap.
 Untuk memberi hak kepada sesiapa untuk hidup di dalam persekitaran yang aman dan
damai sambil menikmati prasarana yang cukup dan lengkap.
Konsep Bandar Anugerah Persekitaran Lestari adalah untuk mendorong dan
menggalakkan bandar-bandar supaya membawa bersama penyertaan pelbagai sektor dan
jabatan, dengan tujuan manfaat dari segi sosial, ekonomi dan persekitaran melalui
penambahbaikan kuantitatif yang dibuat dalam keseimbangan persekitaran. Potensi bandar
untuk penganugerahan bandar lestari akan dirujuk dan dinilai berdasarkan prestasinya di
semua daripada lima kategori berikut persekitaran berkaitan:

1) Persekitan Fizikal
Elemen ini berdasarkan sejauh mana perkembangan kepada sekeliling keseimbangan
persekitaran untuk kehidupan Bandar yang kondusif. Langkah-langkah seperti
meningkatkan kualiti pengudaraan, meningkatkan kualiti air dan penurunan kadar
kebingitan adalah antara yang diambil kira dalam elemen ini.

2) Inisiatif Ekologi
Elemen ini merangkumi perlindungan terhadap persekitaran semula jadi, langkah-
langkah biodiversity atau pemuliharaan habitat, inovasi persekitaran yang mesra alam
seperti pembangunan penjimatan tenaga, penggunaan tenaga secara efisien dan
pengurangan pemanasan global di dalam pembangunan persekitaran, pelaksanaan
inovatif seperti penggunaan tenaga solar, mal pejalan kaki, lorong basikal antaranya
dan penggunaan teknologi dan eksperimen baru seperti menggunakan alternatif lain
bagi bahan bakar atau pembangunan yang menggunakan bahan persekitaran yang
mesra alam.

3) Perkhidmatan Perbandaran
Inisiatif-inisiatif yang menanamkan amalan mengurangkan, penggunaan semula dan
pengitaran semula bahan buangan serta penambahbaikan sistem pengurusan
perhubungan awam yang akan diiktiraf. Kriteria-kriteria lain yang berhubung kait
dengan elemen ini termasuklah penggunaan air dan bahan-bahan secara efisien,
projek-projek pembersihan, sanitasi dan pengurusan sisa-sisa pepejal.

4) Persekitaran Kerajaan
Elemen ini mengenal pasti cirri kepimpinan di dalam keseimbangan persekitaran.
Kriteria- kriteria yang berkaot rapat dengan elemen ini meliputi penggabungan dasar
atau polisi, amalan dan prosedur yang menyokong sistem pemerintahan yang telus
dan saksama; komunikasi dua arah dengan pihak tempatan, termasuklah sejauh mana
untuk isu-isu seperti aduan masyarakat yang perlu ditangani, sokongan daripada pihak
tempatan dan kelayakan untuk latihan pengurusan persekitaran.

5) Pembelajaran dan Kesedaran


Elemen ini merangkumi aspek pembelajaran atau komunikasi yang menyumbang
kepada pemuliharaan kesedaran orang ramai dan pemahaman mereka tentang isu-isu
dan inisiatif persekitaran. Kriteria-kriteria yang berhubung kait dengan elemen ini
meliputi perkaitan dan kesan berkomunikasi, pihak-pihak yang menjadi sasaran dan
keberkesanan mekanisme komunikasi, sama ada secara individu atau kerjasama
dengan organisasi-organisasi lain.

3.0 Ciri-ciri Bandar Lestari

Ada beberapa ciri-ciri umum yang harus dimiliki di bandar-bandar lestari. Pada
dasarnya, bandar-bandar akan harus menjadi lebih peka akan kesan tentang pola pengambilan
mereka terhadap daerah lain dan ekosistem. Sebuah bandar yang lestari juga perlu untuk
memikul hak dan tanggung jawab untuk meningkatkan pola konsumsi. Bandar-bandar lestari
boleh menumpukan perhatian terhadap tanggung jawab tersebut melalui penyesuaian polisi,
iaitu dengan mengurangkan, mengitar semula, dan menggunakan semula barang-barang yang
diambil. Beberapa bandar boleh melaksanakan bayaran bagi pengguna untuk mengendalikan
pola pengambilan yang tidak berterusan.

Dengan menyemak ciri-ciri masyarakat, pemahaman yang lebih baik dapat ditagih
oleh semua tentang definisi sebuah komuniti yang lestari. Dengan menjadi entiti yang sangat
kompleks, bandar boleh dicirikan oleh sejumlah harta yang berbeza. Harta ini boleh berubah
di pelbagai negara dan kawasan geografi.

Ekonomi, ekologi dan sosial adalah tiang sebuah bandar lestari. Ianya harus
seimbang, dan kerana itu ia memerlukan pendekatan yang bersepadu. Pada masa yang sama,
dalam Agenda 21 (sebuah program yang dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu), dengan jelas telah mengenal pasti bahawa maklumat, integrasi, dan penyertaan
sebagai blok bangunan berkunci adalah untuk membantu negara-negara mencapai
pembangunan yang diperakui sebagai tali penggantungan. Hal ini menekankan bahawa
dalam setiap pembangunan lestari, setiap orang adalah pengguna dan pembekal maklumat.
Ini menekankan keperluan untuk perubahan dari sektor-berpusat cara lama dalam melakukan
usaha kepada pendekatan baru yang melibatkan penyelarasan dan integrasi masalah
persekitaran dan sosial ke dalam semua proses pembangunan.

Malaysia ke arah Pembandaran Lestari

Dalam menghadapi kekurangan sumber daya di seluruh dunia, istilah 'lestari' telah
menjadi lebih penting daripada dahulu. Di Malaysia, kerajaan menyokong program
kelestarian yang memberikan penghargaan untuk terbaik bandar yang lestari. Hal ini
mendorong pembangunan bandar yang didasarkan pada kelestarian dan untuk mencipta
bandar yang lebih lestari di Malaysia. Selain itu, ganjaran juga diberikan untuk meningkatkan
pembangunan bandar yang lestari. Sehingga saat ini, ada dua bandar yang dilihat dalam
mengamalkan pembangunan mesra alam, iaitu bandar-bandar di Pulau Pinang dan Selangor.

4.0 Pengaplikasian Konsep Pembangunan Mapan dalam Pelbagai Sektor.

i. Sektor Perhutanan.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terbaik dalam melaksanakan program
pengurusan sumber-sumber perhutanannya. Konsep pembangunan lestari boleh diterapkan
dalam sektor perhutanan di Malaysia adalah melalui langkah perundangan. Akta Perhutanan
Negara 1984 mengenakan hukuman denda dan penjara ke atas mana-mana individu atau
syarikat yang menceboroh kawasan hutan simpan kekal, sama ada untuk aktiviti menebang,
memotong, menggelang, menanda atau mengambil sumber-sumber yang ada dalam hutan.
Pewartaan kawasan hutan simpanan kekal dibahagikan kepada tiga kelas, iaitu hutan
perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur supaya diuruskan lebih sempurna, sistematik dan
saintifik. Misalnya, Taman Negara, Hutan Belum di Perak dan Hutan Simpan Endau-Rompin
di Pahang.

Selain itu, kerajaan boleh melaksanakan kaedah penebangan hutan secara sistematik seperti
Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS). Kedua-
duanya membolehkan tumbesaran dan kematangan pokok dengan sempurna bagi menjamin
keberterusan pengusahasilan dan pengeluarannya pada masa akan datang. Di samping itu,
perladangan hutan melalui Projek Ladang Hutan Kompensatori (CFPP) dengan menanam
spesis pokok kayu keras tropika yang cepat membesar dan matang seperti Acacia Mangium,
Yamane, Sentang, Exotic dan Batai di kawasan hutan yang telah dibalak.

Kerajaan juga giat dalam melaksanakan usaha penyelidikan dan pembangunan


(R&D), khususnya berkaitan dengan sivikultur, penjagaan dan perawatan hutan daripada
serangan perosak dan penyakit, biakbaik pokok serta sifat dan kepelbagaian penggunaan
sumber hutan. FRIM dan UPM giat menggembangkan bidang R&D di samping menjalankan
program latihan perhutanan dan sains perhutanan. Tambahan pula, kitar semula bahan
buangan penting untuk menjimatkan pergantungan kepada bahan yang berasaskan sumber
hutan atau beralih kepada sumber pengganti seperti plastik, getah, simen, fiber dan asbestos
supaya permintaan terhadap hasil hutan dapat dikurangkan.

Kempen kesedaran bertujuan memupuk kefahaman yang meluas kepada masyarakat


umum tentang peri pentingnya khazanah hutan dipelihara dan dipulihara serta faedahnya
kepada generasi akan datang melalui pelbagai sumber media, sama ada media cetak, media
elektronik, agensi pembangunan setempat dan pihak berkuasa tempatan. Contoh kempen ke
arah melestarikan sumber perhutanan negara adalah seperti Penghijauan Bumi, Cintailah
Hutan Kita dan Hutan Warisan Kita.
ii. Sektor Pertanian.

Konsep pembangunan lestari dalam sektor pertanian merupakan pembangunan berterusan


yang menggunakan pendekatan untuk mempertingkatkan sumber pertanian dan produktiviti
pertanian supaya dapat memenuhi keperluan masa kini dan generasi akan datang. Menikmati
kemajuan pembangunan pertanian bukan hanya untuk generasi semasa sahaja tetapi
berterusan sampai bila-bila masa. Tambahan pula, produktiviti dan pendapatan dalam sektor
pertanian komersil yang dinikmati kini, pertambahan pengeluaran tanaman makanan mestilah
dapat menampung keperluan penduduk semasa dan generasi akan datang supaya tidak
mengalami krisis kebuluran.

Langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengurangkan kesan negatif akibat


pembangunan pertanian terhadap alam sekitar adalah meliputi langkah perundangan dan
pengurusan yang cekap. Antaranya ialah kawalan terhadap amalan pembakaran terbuka di
tapak pertanian boleh dilaksanakan melalui Akta Jerebu 1997 yang bertujuan mengawal dan
mencegah sebarang aktiviti pembakaran terbuka. Tindakan yang boleh diambil adalah
denda/kompaun kepada mana-mana individu atau saman/menarik balik lessen perniagaan
kepada syarikat yang didapati bersalah. Selain itu, memperbaiki amalan pengurusan tapak
ladang seperti konsep tebang-bakar ditukar kepada tebang-reput untuk menghasilkan baja
organik di samping dapat memelihara alam sekitar.

Di samping itu, amalan pertanian berteres, tanaman berjalur serta membina alur dan
sistem perparitan terutamanya di kawasan lereng bukit yang beralun atau berelief curam
seperti di Tanah Tinggi Cameron yang ditanam dengan sayur-sayuran, bunga-bungaan dan
teh. Tanaman berkontur boleh mengurangkan pergerakkan hakisan larian air permukaan
manakala sistem perparitan yang sesuai juga menyediakan laluan air agar tidak melimpah ke
permukaan. Kedua-dua langkah ini bertujuan mengurangkan hakisan permukaan di samping
mengekalkan lapisan aras tanah yang subur (top soil).

Penggunaan bioteknologi dan peningkatan R&D dalam pertanian mampu mengurangkan


pencemaran terhadap alam sekitar. Misalnya, kaedah hidroponik yang bersifat mesra alam
bukan sahaja tidak memerlukan tanah dan baja kimia, malah menggunakan larutan nutrien.
Dengan ini, tekanan kepada sumber tanah dapat dikurangkan dan tidak mencemarkan alam
sekitar.

iii. Sektor Perindustrian.

Konsep pembangunan lestari boleh dilaksanakan dalam sektor perindustrian Malaysia


berdasarkan tiga elemen yang penting, iaitu penguatkuasaan undang-undang, amalan
pengurusan alam sekitar industri yang cekap dan berkesan serta kempen kesedaran kepada
masyarakat industri.

Langkah penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat kepada syarikat yang


mencemarkan alam sekitar, seperti pembuangan sisa toksid, pencemaran sungai dan udara.
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 memperuntukkan tindakan menggantung atau menarik balik
lesen syarikat yang tidak membesihkan persekitaran yang dicemarinya. Di samping itu,
langkah-langkah pemantauan dan kawal-selia yang lebih kerap dan tegas dilakukan oleh
Jabatan Alam Sekitar (JAS) berdasarkan Standard Kualiti (SQ) yang ditetapkan. Pihak
pengurusan kilang juga diwajibkan menyediakan laporan EIA dari masa ke masa bagi
menjamin industrinya sentiasa ‘mesra alam’.

Peralihan kepada teknologi industri yang mersa alam dan tidak mecemarkan alam sekitar
penting dalam mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar. Kita seharuslah mengurangkan
pergantungan kepada bahan api fosil petroleum, sebaliknya lebih menggunakan tenaga
alternatif yang murah dan bersih seperti tenaga solar, tenaga gas asli (NGV) dan tenaga
hidroelektrik. Selain itu, tidak menggalakkan CFC dalam industri pencucian dan pelarut
tetapi digantikan dengan bahan yang lebih bersih dan mesra alam seperti penggunaan air.

Tambahan pula, pengurusan sisa toksid dengan cekap dan berkesan dapat dijayakan dengan
setiap kilang mesti menyediakan takungan khas untuk simpanan toksid dan tidak
membuangnya ke dalam sungai, tasik atau kolam. Justeru bidang R&D dalam konteks
pengurusan sisa pepejal haruslah dikembang-luaskan oleh setiap syarikat. Selain itu, pihak
pengurusan kilang juga patut menguruskan bahan pencemaran udara dengan lebih sistematik
dan saintifik. Misalnya, menggunakan sistem penapis (filter) di dalam serombong asap
supaya konsentrasi bahan pencemar terserak dan tidak terkumpul di dalam atmosfera
setempat.

Kempen kesedaran khususnya kepada masyarakat industri penting agar dapat menguruskan
alam sekitar dengan bijak dan hidup harmoni dengan alam sekitar. Kempen boleh dilakukan
dengan pelbagai cara seperti projek penghijauan persekitaran industri, membersih dan
menjaga sungai melalui aktiviti amal dan sosial dan melaksanakan peraduan kilang yang
mesra alam. Kempen dijayakan lagi dengan bantuan media massa, bengkel pemahaman dan
penghayatan alam sekitar di samping bahagian Teknologi dan Pendidikan Alam Sekitar di
Kementerian Sains dan Teknologi.

iv. Sumber Air.

Bagi menjamin sumber air di Malaysia sentiasa bersih dan berterusan, maka beberapa
langkah patut diambil. Ini termasuklah malalui penguatkuasaan undang-undang, iaitu
pemantauan yang teliti serta tindakan tegas termasuk denda, menarik balik lesen operasi dan
penjara ke atas pihak yang dikenalpasti mencemarkan sumber air sama ada pekilang,
penternak, pemilik kapal atau individu tertentu. Jabatan Alam Sekitar (JAS)sebagai sebuah
badan kerajaan yang diberi kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang seperti yang
diperuntukkan pada Akta Kuantiti Alam Sekitar 1974.

Di samping itu, kawalan aktiviti penyahhutanan wajar dilakukan di kawasan yang berdekatan
dengan kawasan tadahan air. Hutan di sekitar 10km persegi dari kawasan tadahan merupakan
kawasan rezab yang patut dikekalkan. Hutan semula jadi bukan sahaja boleh bertindak
sebagai kawasan tadahan untuk memastikan keberterusan sumber air, malah juga bertindak
sebagai penapis semulajadi yang paling berkesan untuk menjamin air sentiasa bersih dan
selamat.
Selain itu, kerajaan boleh menganjurkan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat
tentang kepentingan air bersih dan menjaga sumber air sebagai penerus kehidupan. Kempen-
kempen boleh dilakukan menerusi media massa, media cetak atau menganjurkan aktiviti
sosial yang melibatkan masyarakat sekitar untuk menghayati kepentingan air. Contoh
kempen adalah Cintai Sungai Kita dan Hargai Air.

Kerjasama serantau juga mampu menjamin bekalan air bersih di samping mengawal
pencemaran laut, khususnya Selat Melaka. Sebagai rakan ASEAN, Malaysia, Indonesia dan
Singapura boleh bekerjasama dalam pelbagai aspek seperti rondaan dan pemantauan,
berkongsi kos pemuliharaan perairan, perkongsian teknologi dan maklumat serta
penyelarasan undang-undang dan peraturan laut supaya aktiviti pencemaran laut, khususnya
perlanggaran kapal tangki dapat dibendung. (Anon 2005: 381-399)

5.0 KE ARAH PEMBANGUNAN LESTARI

Prinsip-prinsip local agenda 21 telah dijalankan di Kerian dengan 8 diantara 21 local


agenda itu ialah:

1. Penyertaan Dan Ketelusan

Melibatkan masyarakat tempatan termasuk swasta, pihak berkuasa tempatan dan jabatan
jabatan kerajaan lain dalam semua program Local Agenda 21. Maklumat tentang program
Local Agenda 21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat
tempatan.

2. Usahasama

Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak


berkepentingan di semua peringkat program Local Agenda 21.
3. Kebertanggungjawaban

Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan


tindakan yang diambil.

4. Pendekatan Menyeluruh

Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan cara yang
sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan.

5. Peka Kepada Keupayaan

Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam dan selaras
dengan keupayaan alam sekitar.

6. Kesaksamaan

Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa membezakan kaum,


jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang, diwakili dalam program
Local Agenda 21.

7. Mementingkan Masa Hadapan

Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebih-lebih lagi masa hadapan
diambilkira pada semua peringkat program Local Agenda 21.

8. Hasil Yang Nyata

Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat dipertingkatkan
dan dipastikan berterusan.
Akta-akta berkaitan

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

-pencemaran udara (seksyen 20)

-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)

-pencemaran tanah (seksyen 24)

-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)

-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran
dalam hutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas
kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

5. Akta Perikanan 1985

Panilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment, EIA)

1. EIA adalah satu proses pencegahan daripada berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar.
Penilaian ini bertujuan mengelakkan berlakunya kerugian besar khususnya terhadap alam
sekitar akibat kesilapan perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
2. EIA satu pendekatan yang meyeluruh/holistik ke arah pengurusan alam sekitar yang
melibatkan kawalan dan perancangan sumber jaya agar wujud keseimbangan antara
kepentingan projek pembangunan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang
berkualiti.

3. Oleh itu, sesuatu projek pembangunan khususnya projek mega yang hendak dijalankan,
maka pemaju mestilah menyediakan laporan EIA yang lengkap untuk diteliti dan diluluskan
oleh pihak berkuasa (Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar). Pihak berkuasa boleh
menangguh atau membatalkan sesuatu projek jika tidak menepati kehendak dan syarat yang
ditetapkan dalam EIA.

Contoh projek yang perlukan kelulusan EIA

Contoh Aktiviti Kriteria pembangunan yang perlukan laporan

1. Pertanian

i. Skim kemajuan tanah yang melebihi 500 hektar

ii. Program pertanian yang perlukan penempatan semula > 100 keluarga

iii. Pembangunan estet pertanian

2. Lapangan terbang

i. Lapangan terbang yang mempunyai landasan 2, 500 meter atau lebih

ii. Pembinaan lapangan terbang dalam taman negara

3. Saliran dan pengairan

i. Pembinaan empangan dan tasik buatan manusia seluas 200 hektar

ii. Saliran kawasan paya, hutan dara meliputi kawasan seluas 200 hektar
iii. Skim pengairan meliputi 5 000 hektar atau lebih

4. Tebus guna tanah

i. Penebusgunaan kawasan pantai meliputi kawasan seluas 50 hektar

5. Perikanan

i. Pembinaan pelabuhan perikanan

ii. Peluasan kawasan pelabuhan melibatkan 50 peratus atau lebih

iii. Projek akuakultur meliputi kawasan 50 hektar atau lebih

6. Perhutanan

i. Pengubahan hutan bukit meliputi 50 hektar atau lebih

ii. Pembalakan mengubah kawasan tadahan kepada kegunaan lain

iii. Pembalakan melebihi 500 hektar atau lebih

7. Perumahan

i. Pemajuan kawasan perumahan meliputi kawasan seluas 50 hektar

8. Industri

i. Kimia – keluaran melebihi 100 tan metrik/hari

ii. Petrokimia – semua saiz

9. Infrastruktur

i. Pembinaan lebuhraya, pembinaan bandar baru, pembinaan hospital

10. Pelabuhan

i. Pembinaan pelabuhan
contoh bandar lestari

i-CITY SHAH ALAM

Shah Alam merupakan salah satu antara contoh bandar lestari yang terdapat di
Malaysia. Shah Alam mendapat pengiktirfan sebagai bandar lestari disebabkan oleh
pembangunannya yang mampu bergerak seiring dalam membantu menjana ekonomi negara
ke arah yang lebih kukuh lagi. Selain itu, kemudahan dan segala kelengkapan pembangunan
telah mencapai tahap yang moden dan membanggakan. Sebagai contoh, jika kita lihat bandar
Shah Alam sendiri sudah mempunyai pelbagai bangunannya yang tersendiri seperti shah
alam mall, stadium shah alam dan lain-lain. Pembangunan yang serba lengkap ini telah
membantu bandar Shah Alam digelar sebagai Bandar Lestari.
PAVILLION, KUALA LUMPUR
Pavillion merupakan antara bangunan atau kompleks membeli belah yang
tercanggih di Malaysia. Kewujudan kompleks ini telah banyak membantu Kuala Lumpur
untuk digelar sebagai bandar lestari. Seperti yang kita sedia maklum, sesebuah bandar lestari
haruslah memenuhi segala kriteria yang perlu sebagai contoh perpustakaan, kompleks
membeli-belah, lapangan terbang dan segala jenis pembangunan yang moden dan mampu
membantu meningkatkan taraf ekonomi malaysia.

BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR

Bukit Bintang merupakan kawasan bandar yang terletaknya bangunan Pavillion,


stesen LRT, Plaza Low Yat, Bukit Bintang Plaza dan lain-lain lagi. Tidak jauh pula
terletaknya KLCC dan Perpustakaan Negara. Ini menunjukkan pembangunan bagi sebuah
bandar lestari di mana ke semua pembangunannya terletak di dalam susunan yang strategik
dan mempunyai perhubungan antara satu bandar dengan bandar yang lain.
PERPUSTAKAAN NEGARA, KUALA LUMPUR
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ialah perpustakaan rasmi Malaysia. Dibina
pada 1956, ia terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Ketua Pengarah PNM ialah Raslin
Abu Bakar. Perpustakaan Negara Malaysia bertanggungjawab memastikan pembangunan
infrastruktur perpustakaan awam di seluruh negara. Pada tahun 2000, beberapa projek
pembangunan infrastuktur perpustakaan telah dilaksanakan meliputi Perpustakaan Negara
Malaysia dan perpustakaan awam negeri.

TEROWONG SMART, KUALA LUMPUR

Lebuhraya   SMART adalah singkatan kepada Stormwater Management and


Road Tunnel merupakan satu projek di bawah kerajaan Persekutuan yang diinisiatif bagi
mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda pusat bandar. Seksyen motorway bagi
terowong ini dihasilkan bagi mengurangkan kesesakan yang sering melanda Kuala Lumpur.
Jarak bagi laluan kenderaan tersebut adalah sepanjang 3km akan menghubungkan bahagian
utara (Jalan Sultan Ismail/Pusat Bandar) dan selatan (Lebuhraya KL-Seremban/Sg. Besi)
menerusi struktur terowong bawah tanah dua tingkat.

You might also like