ELLY SULASTRI BINTI ABU SAMAH ZARUL SYAFIQ BIN ABDUL GHANI GURU • Menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama • Karl Marx, kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca- punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. • Terdapat 5 kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah. • Kelas sosial murid juga harus diberikan perhatian oleh guru. • Mereka digalakkan mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. • Guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatanbudaya dan masyarakat. • Dengan cara ini satu suasana pembelajaranyang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjad imenyeronokkan. • Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani (2005) menyatakan guru merupakan suatuprofesion yang bertanggungjawab mendidik manusia.Mereka berperanan membentuk sahsiah pelajar. • Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personality, mental dan fizikal setiap manusia. • Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakangmurid-murid sebelum merancang pengajaran.Ini penting supaya objektif pengajaran yang hendak disampaikan tercapai dan aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan mampu di lakukan oleh pelajar • Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. • Dalam konteks kepelbagaian ini, di mana pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. • Ia juga adalah satu impak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. • Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap, tingkah laku uang sesuai. Guru harus melayan keperluan murid kearah perkembangan potensi secara optimum. • Murid harus dibantu untuk memahami kekuatan dan dan kelemahan yang ada pada diri mereka; setiap kelemahan perlulah diatasi dan kekuatan yang ada boleh digunakan untuk membantu murid lain yang memerlukannya. • Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yangsesuai dengan tahap pencapaian mereka. • Guru perlu membantu muridmembina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasimasalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yanglemah melalui pengajuran kem motivasi dan sebagainya • Guru perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepadasemua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat untuk meneruskanpembelajaran. • Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya.Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untukmenyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antarakaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan apiperkauman di kalangan murid. • Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai olehsemua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsure biaskepada mana-mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluangyang sama pada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. • Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. • Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi,mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbingdan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitumenumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. • Demi memastikan objektif-objektif tercapai, perancangan guru yangrapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. • Keutamaan diberikankepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir,kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. • Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesionkeguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. • Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada murid telah bertukarkepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran danpembelajaran, ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. • Guru harus kreatif dan inivatif untuk menjadikan sistem penyampaianpengajaran dan pembelajaran menjadi efektif, menarikdanmenyeronokkan. MURID • Murid adalah pelanggan bagi setiap guru didalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaranberlangsung dalam bilik darjah. • Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkanmelalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkahlaku manusia.Kerap kali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. • Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah pentingkepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. • Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlakumurid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentangperaturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. • Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial danperlu membuang sikap prejudia terhadap bangsa lain. • Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. • Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. • Secaralangsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakt danseterusnya berupaya membentuk mesyarakat yang toleran kearahmemacu pembangunan negara. • Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan,menyentuh emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat. • Guru diperlukan membentuk budaya bilikdarjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. • Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru sertarakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti perasaan kasih saying dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri mereka kearah pembentukan modal insan yang berkualiti. • Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting kea rahpembentukan budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dijelmakan melalui cara bertutur, pengunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. • Guru yang menggunakan kemahiran berkomunasi sering menjanasuasana pembelajaran yang lebih dinamik dan cara pembentukanakhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebihmudah dan berkesan. • Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiapkelas, namun harus diingat bahawa bukan murid menjadi punca permasalahan. • Kemahiran mengawal kelas sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam pengajaran danpembelajaran. • Guru mesti mencuba membantu menyelesaikan punca permasalahan danmeneruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai sehingga ia merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi guru. • Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara danpendekatan berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itubukan bertujuan mendera tetapi lebih kepada pengajaran. • Kesabaran,kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai muridmemang mengambil masa yang lama. Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya.