You are on page 1of 6

Jumat, 22 Agustus 2008

Tepati janji dan persoalaannya dalam Islam

Islam telah mengajar penganutnya agar sentiasa memperlihatkan kematangan dalam segenap
tindak-tanduk, ini termasuk cara penampilan diri, cara bermuamalah, berpendidikan,
berkeluarga, berpolitik, berekonomi, berjiran, bersahabat, tidak kurang juga pengamalan
kepada akhlak-akhlak terpuji seperti menepati janji.

Ini kerana orang yang memungkiri janji termasuk dalam katogeri manusia yang dilabelkan
sebagai talam dua muka, tindakan itu dilarang keras oleh baginda Rasulullah s.a.w., justeru
mereka yang terbabit dalam kategori ini jelas disebut sebagai golongan munafik, wal 'iyazu
billah.

Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Empat ciri jika seorang Muslim itu
memilikinya, maka dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu dia
meninggalkannya: "Jika diberikan sesuatu amanah dia cabulinya, jika dia bercakap dia
berdusta, jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia bertelingkah dia celupar."

Jelas daripada apa yang ditegaskan Nabi melalui hadis tersebut di atas, membayangkan
kepada kita betapa memungkiri janji adalah satu perbuatan negatif yang melayakkan
seseorang Muslim itu digelar munafik, apa yang membimbangkan kita ialah golongan
munafik ditempatkan Allah di bawah sekali dalam api neraka, tempat yang paling dekat
dengan api yang membakar.

Sesungguhnya apabila seseorang Muslim itu mampu menunaikan sesuatu janji terhadap
saudara Muslimnya yang lain, maka sebenarnya dia telah melakukan satu tuntutan agama
yang amat besar dalam hidupnya, malah dia berhak mendapat naungan daripada Allah dalam
segenap aktiviti kehidupan hariannya sebagai Muslim yang baik.

Bagi membuktikan kesahihan kenyataan di atas, berikut disebut satu kisah benar berhubung
nilai seseorang Muslim yang berusaha untuk menunaikan janjinya seperti yang disebut oleh
Syeikh Taha Abdullah al-'Afifi dalam kitabnya 'Wasiat-wasiat Rasulullah':

Terdapat seorang lelaki beriman pada zaman silam yang amat memerlukan wang untuk
berbelanja dan mahu meminjam sejumlah wang daripada orang lain, namun si pemiutang
tidak dapat membawa seorang saksi dalam urusan peminjaman wang. Walau bagaimanapun
pemberi hutang itu reda dan sedia untuk memberikan sejumlah wang yang diminta dan
berkata bahawa cukuplah Allah sebagai saksi.

Dengan niat yang baik kerana Allah, pemiutang berjanji pada dirinya sendiri akan membayar
hutang-hutangnya bila ada wang yang mencukupi untuk berbuat demikian, niat baiknya itu
dibantu Allah dan memperkasa dirinya untuk sedia membayar.

Dengan niat baik untuk membayar, maka Allah SWT memudahkan urusannya berbuat
demikian, satu hari dia bertekad untuk bertemu dengan pemberi hutang bagi melunaskan
segala hutangnya, tiba-tiba takdir Allah mengatasi segala-segalanya, jambatan yang
menghubungkan dua kampung dan memisahkan antara pemiutang dan pemberi hutang roboh
akibat banjir besar, kerana takut jika dia (pemiutang) tidak menunaikan janji, maka dia telah
meletakkan sejumlah wang yang dipinjam dahulu dalam sebatang kayu berlubang dan tertulis
padanya daripada pemiutang kepada pemberi hutang, kayu itu pun dihanyutkan ke dalam
sungai dan dia terus berdoa semoga hutang-hutang yang dilunaskannya diselamatkan Allah.

Kehendak Allah mengatasi segala-segalanya apabila pemberi hutang yang jarang turun ke
sungai tiba-tiba muncul di situ dan mendapati ada sebatang kayu yang dihanyutkan tertulis
namanya daripada pemiutang, beliau bersyukur kepada Allah atas pertolongan-Nya.

Walau bagaimanapun pemiutang masih dibelenggu keadaan sugul sama ada hutangnya
sampai ataupun tidak, setelah jambatan itu dibaiki, pemberi hutang terus mencari pemiutang
di kampung bersebelahan bagi mengkhabarkan berita baik itu, masing-masing gembira dan
bersyukur kepada Allah kerana niat baik untuk menunaikan janji dikabulkan Allah.

Daripada kisah benar di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menepati janji itu boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian:

1-Menunaikan janji terhadap Allah

Ia lebih kepada janji seorang muslim itu untuk melaksanakan segala hukum Allah dalam al-
Quran seperti hukum-hukum hudud, qisas, mendirikan solat, puasa, zakat, haji agar tidak
dilabelkan Allah sebagai orang munafik.

2- Menunaikan janji terhadap Rasulullah

Iaitu berjanji untuk mengikut segala tunjuk ajar baginda, menghidupkan sunnah-sunnahnya
bagi meraih tempat terbaik di sisi Nabi pada hari kiamat.

3- Menunaikan janji terhadap kedua ibu bapa

Untuk menjadi anak-anak yang solih semasa kehidupan keduanya ataupun selepas kematian
mereka.

4- Menunaikan janji sesame manusia

Menepati waktu ketika berjanji dengan tidak melewatkan masa, kerana kelewatan masa akan
menjejas kredibilitinya begitu juga dalam perkara berhutang, hendklah dia berniat untuk
melunaskannya dan niatnya itu akan ditunaikan Allah.

5- Menunaikan janji pada diri sendiri

Berjanji untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik, bukan sahaja sebagai seorang Islam,
malah berusaha untuk meningkatkan diri untuk menjadi insan yang beriman dan seterusnya
bertakwa kepada Allah dalam tingkah lakunya, ibadatnya, seluruh hidupnya, matinya adalah
hanya untuk Allah SWT sahaja.

Apapun bila setiap tindakan yang kita buat disandarkan kepada agama, pasti ia akan dipancari
dengan roh Islam termasuklah dalam isu menepati janji sesama manusia.

Diposkan oleh Tazkirah di Jumat, Agustus 22, 2008


Islam mengajar penganutnya agar sentiasa memperlihatkan kematangan dalam segenap
tindak-tanduk. Ini termasuk penampilan diri, cara bermuamalah, berpendidikan, berkeluarga,
berpolitik, berekonomi, berjiran, bersahabat, tidak kurang juga pengamalan kepada akhlak-
akhlak terpuji seperti menepati janji.

Ini kerana orang yang memungkiri janji termasuk dalam kategori manusia yang dilabelkan
sebagai talam dua muka. Tindakan itu dilarang keras oleh baginda Rasulullah s.a.w., justeru
mereka yang terbabit dalam kategori ini jelas disebut sebagai golongan munafik, wal 'iyazu
billah.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Empat ciri jika seorang Muslim itu memilikinya, maka
dia menjadi seorang munafik tegar melainkan selepas itu dia meninggalkannya: "Jika
diberikan sesuatu amanah dia cabulinya, jika dia bercakap dia berdusta, jika dia berjanji dia
memungkirinya dan jika dia bertelingkah dia celupar."

Jelas daripada apa yang ditegaskan Nabi melalui hadis ini, membayangkan kepada kita
betapa memungkiri janji adalah satu perbuatan negatif yang melayakkan seseorang Muslim
itu digelar munafik. Apa yang membimbangkan kita ialah golongan munafik ditempatkan
Allah di bawah sekali dalam api neraka, tempat yang paling dekat dengan api yang
membakar.

Sesungguhnya apabila seseorang Muslim itu mampu menunaikan sesuatu janji terhadap
saudara Muslimnya yang lain, maka sebenarnya dia telah melakukan satu tuntutan agama
yang amat besar dalam hidupnya, malah dia berhak mendapat naungan daripada Allah dalam
segenap aktiviti kehidupan hariannya sebagai Muslim yang baik.

Bagi membuktikan kesahihan kenyataan ini, berikut disebut satu kisah benar berhubung nilai
seseorang Muslim yang berusaha untuk menunaikan janjinya seperti yang disebut oleh
Syeikh Taha Abdullah al-'Afifi dalam kitabnya 'Wasiat-wasiat Rasulullah':

Terdapat seorang lelaki beriman pada zaman silam yang amat memerlukan wang untuk
berbelanja dan mahu meminjam sejumlah wang daripada orang lain, namun si pemiutang
tidak dapat membawa seorang saksi dalam urusan peminjaman wang.

Walau bagaimanapun pemberi hutang itu reda dan sedia untuk memberikan sejumlah wang
yang diminta dan berkata bahawa cukuplah Allah sebagai saksi.

Dengan niat yang baik kerana Allah, pemiutang berjanji pada dirinya sendiri akan membayar
hutang-hutangnya apabila ada wang yang mencukupi untuk berbuat demikian, niat baiknya
itu dibantu Allah dan memperkasa dirinya untuk sedia membayar.

Dengan niat baik untuk membayar, maka Allah SWT memudahkan urusannya berbuat
demikian. Suatu hari dia bertekad untuk bertemu dengan pemberi hutang bagi melunaskan
segala hutangnya, tiba-tiba takdir Allah mengatasi segala-segalanya, jambatan yang
menghubungkan dua kampung dan memisahkan antara pemiutang dan pemberi hutang roboh
akibat banjir besar.

Kerana takut jika dia (pemiutang) tidak menunaikan janji, maka dia telah meletakkan
sejumlah wang yang dipinjam dahulu dalam sebatang kayu berlubang dan tertulis padanya
daripada pemiutang kepada pemberi hutang, kayu itu pun dihanyutkan ke dalam sungai dan
dia terus berdoa semoga hutang-hutang yang dilunaskannya diselamatkan Allah.

Kehendak Allah mengatasi segala-segalanya apabila pemberi hutang yang jarang turun ke
sungai tiba-tiba muncul di situ dan mendapati ada sebatang kayu yang dihanyutkan tertulis
namanya daripada pemiutang. Beliau bersyukur kepada Allah atas pertolongan-Nya.

Walau bagaimanapun pemiutang masih dibelenggu keadaan sugul sama ada hutangnya
sampai ataupun tidak. Setelah jambatan itu dibaiki, pemberi hutang terus mencari pemiutang
di kampung bersebelahan bagi mengkhabarkan berita baik itu, masing-masing gembira dan
bersyukur kepada Allah kerana niat baik untuk menunaikan janji dikabulkan Allah.

Daripada kisah benar ini, dapatlah disimpulkan bahawa menepati janji itu boleh dibahagikan
kepada beberapa bahagian:

Menunaikan janji terhadap Allah


lebih kepada janji seorang Muslim itu untuk melaksanakan segala hukum Allah dalam al-
Quran seperti hukum-hukum hudud, qisas, mendirikan solat, puasa, zakat, haji agar tidak
dilabelkan Allah sebagai orang munafik.

Menunaikan janji terhadap Rasulullah - Iaitu berjanji untuk mengikut segala tunjuk ajar
baginda, menghidupkan sunnah-sunnahnya bagi meraih tempat terbaik di sisi nabi pada hari
kiamat.

Menunaikan janji terhadap kedua ibu bapa - Untuk menjadi anak-anak yang solih semasa
kehidupan kedua-duanya ataupun selepas kematian mereka.
Menunaikan janji sesama manusia - Menepati waktu ketika berjanji dengan tidak melewatkan
masa, kerana kelewatan masa akan menjejas kredibilitinya begitu juga dalam perkara
berhutang, hendklah dia berniat untuk melunaskannya dan niatnya itu akan ditunaikan Allah.

Menunaikan janji pada diri sendiri - Berjanji untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik,
bukan sahaja sebagai seorang Islam, malah berusaha untuk meningkatkan diri untuk menjadi
insan yang beriman dan seterusnya bertakwa kepada Allah dalam tingkah lakunya, ibadatnya,
seluruh hidupnya, matinya adalah hanya untuk Allah SWT sahaja.
Posted by angkasanuri at 5/15/2008 07:24:00 PM
Tazkirah SJ : Insyaallah Bukan Alasan Mungkir Janji
Posted: 30/07/2010 by suarajagat in Kefahaman & Pemikiran, Tazkirah SJ
0
 
 
2 Votes

Ketika melayari website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, saya ketemui satu artikel
soal jawab yang sangat menarik malah sering saya tekankan dalam kehidupan harian.. berikut
SJ kepilkan soal jawab tersebut :

Soalan :
Kita selalu dengar orang berkata “Insya Allah” setiap kali berjanji hendak
melakukan sesuatu perkara yang diminta atau menghadiri sesuatu majlis jemputan dan
sebagainya. Sesetengah mereka menggunakan ucapan “Insya Allah” sebagai alasan
untuk tidak menunaikan janji yang dibuat itu malah kadangkala ucapan itu saja sudah
menggambarkan bahawa janji-janji itu tidak mungkin ditunaikan. Apakah pandangan
Islam terhadap perkara ini?

Jawapan :

Islam mengambil berat kesejahteraan dan keselesaan hidup umatnya.  Banyak ayat al-Quran
dan hadis menganjurkan supaya umat Islam hidup berbaik-baik, hormat menghormati dan
tolong menolong antara satu sama lain.

Menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat yang sangat dituntut Islam seperti firman
Allah yang bermaksud : “Dan penuhi (sempurnakanlah) perjanjian (dengan Allah dan
manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”-(Al-Israk:34).

Malah, dalam ayat lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji
adalah dianggap sebagai golongan yang beriman, yang benar dan bertakwa kepada Allah
s.w.t., seperti firman-Nya yang bermaksud: “…..Dan perbuatan orang-orang yang
menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat janji……” – (AL-
Baqarah:177).

Di samping itu, banyak pula hadis yang menuntut supaya umat Islam menjadi umat yang
menghormati janji. Malah, Rasulullah sendiri pernah keluar menunggu beberapa hari kerana
menunaikan janjinya hendak berjumpa seseorang.  Demikian juga umat Islam dituntut supaya
menjadi umat yang bertanggungjawab terhadap janji yang dibuat, kecuali ada keuzuran atau
halangan yang tidak dapat dielakkan.  Besar dosanya bagi orang yang suka membuat janji
dan sengaja tidak mahu menyempurnakannya, kerana perbuatan itu boleh menyusahkan
orang lain dan dianggap tergolong dalam golongan orang munafik.

Sebagai seorang muslim yang yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku adalah dengan
kehendak dan izin Allah, maka setiap kali membuat janji hendaklah menyebut “Insya Allah”
yang bermaksud : “Jika dikehendaki Allah”.
Bagaimanapun, perlu diingat bahawa ucapan itu bukanlah satu alasan untuk tidak
menunaikan janji yang dibuat.

Ucapan “Insya-Allah” itu hendaklah disertai dengan ‘azam untuk menunaikan janji itu
supaya dia tidak tergolong dalam golongan orang yang munafik. Sebutan “Insya Allah”
itu adalah sebagai tanda keimanan dan keyakinan kita terhadap kekuasaan Allah, kerana kita
yakin bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu kecuali dengan izin Allah.

Allah berfirman, maksudnya : “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang
hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya-Allah”. Dan ingatlah akan
tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan tuhanku memimpinku
ke jalan pertunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”. – (AL-Kahfi : 23-24).

Dalam sebuah hadis, Rasulullah menceritakan bahawa pada satu malam, Nabi Allah
Sulaiman yang mempunyai banyak isteri,.0 bersumpah dengan menyatakan bahawa:
“Pada malam ini aku akan mendatangani semua isteriku dan masing-masing akan
mengandung dan melahirkan anak lelaki yang akan menjadi mujahid (pejuang)
menegakkan agama Allah.”

Ucapan itu tidak disertai dengan “Insya-Allah” dan akhirnya yang mengandung
hanyalah seorang isterinya.  Itupun melahirkan anak yang cacat.

Sabda Rasulullah, bermaksud “Kalaulah Nabi Allah Sulaiman berkata “Insya-Allah”


nescaya akan lahirlah zuriat yang akan menjadi mujahid (pejuang) pada jalan Allah”.
(Fath al-Bari; jld. 6; m.s.558)

Kesimpulan ; Berdasarkan kepada hujjah dan alasan yang tersebut di atas dapat kita
faham bahawa  betapa pentingnya menjaga hubungan kita dengan Allah dan juga
manusia. Sehingga Islam mensyariatkan bahawa seseorang itu melafazkan kalimah
“Insya Allah” sekiranya ia berjanji hendak melakukan sesuatu perkara yang ia tidak
pasti dapat melakukannya atau tidak, tetapi janganlah pula ini dijadikan alasan untuk
melarikan diri daripada menyempurnakan janji yang dibuat. Kerana kalau kita tahu
bahawa kita tidak akan dapat melakukan suatu perkara atau menunaikan janji itu
maka seharusnya kita berterus terang sahaja, kalau tidak maka kita telah melakukan
suatu pembohongan yang terancang.

Wallahua’alam.

sumber : http://www.muftiwp.gov.my/v1/index.php?
option=com_content&id=42&lang=en&Itemid=152

You might also like