You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat Persidangan UMNO Cawangan Kg.

Baru
Layang-Layang Kanan, 32800 Parit, Perak.
Tarikh : 5 Mei 2007
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai Kg. Baru.
Kehadiran : 56 orang
Turut hadir bersama : Wakil Wanita Pn. Kamariah Bt. Bongyamin.
Wakil Bahagian : Ustaz Nizar Bin Zakaria.
Pengerusi majlis : Tn. Hj. Ahmad Teridi Bin Harun.

Agenda 1 UCAPAN ALU-ALUAN


Pengerusi mendahului ucapan dengan salam dan terima kasih kepada semua kerana diberi peluang
untuk mempengerusikan mesyuarat pada petang ini dan berharap supaya mesyuarat kali ini akan
berjalan lancar.

Agenda 2 BACAAN DOA


Bacaan doa telah disempurnakan oleh Cikgu Meor Ishak Bin. Ismail.

Agenda 3 NYANYIAN LAGU UMNO “BERSATU” DAN LAGU “NEGARAKU”


Telah dinyanyikan beramai-ramai oleh Ahli UMNO yang hadir dengan penuh semangat.

Agenda 4 PENGUMUMAN PENGERUSI JUMLAH KEHADIRAN


Pengerusi mengumumkan kehadiran seramai -56 orang.
Ahli UMNO Cawangan Kg. Baru seramai - 157 orang.
Ahli yang beryuran - 157 orang.

Agenda 5 UCAPAN KETUA CAWANGAN ( TN. HJ. ZAHADI BIN YEOP AHMAD )
5.1 Mengucapkan selamat datang kepada wakil bahagian dan wakil wanita yang sudi hadir dan
seterusnya kepada semua Ahli UMNO yang hadir pada petang ini.
5.2 Sebelum beliau memulakan bicara beliau ingin meminta maaf jika ada tutur kata atau
terkasar bahasa semasa beliau berucap.
5.3 Ketua Cawangan berharap supaya kita semua sebagai Ahli UMNO dapat bekerjasama
menjaga kawasan kampung kita daripada anasir-anasir jahat yang sedang berleluasa di
mana-mana sahaja terutama tentang pendatang tanpa izin yang membanjiri terutamanya di
kampung-kampung kita ini.
5.4 Beliau juga berharap supaya kita pandai mencari peluang memajukan kampung kita dengan
mengusahakan tanah-tanah terbiar dengan projek-projek yang boleh mendatangkan
keuntungan kepada kampung kita.
Agenda 6 UCAPAN DARIPADA WAKIL BAHAGIAN PARIT ( USTAZ NIZAR B.
ZAKARIA )
6.1 Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua Ahli UMNO yang hadir pada petang
ini.
6.2 Beliau berharap supaya semuanya dapat hidup bersatu-padu untuk memajukan kampung
kita ini.
6.3 Beliau juga berharap agar kita semua memberi sepenuhnya kepercayaan kepada pucuk
pimpinan kita untuk melaksanakan segala bentuk perubahan yang akan kita rasai bersama.

Agenda 7 UCAPAN DARIPADA WAKIL WANITA (PN. KAMARIAH BT.


BONGYAMIN)
7.1 Pn. Kamariah juga berharap supaya semua penduduk dapat bekerjasama terutamanya kaum
wanita demi untuk agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini.
7.2 Harapan beliau juga supaya kaum wanita dapat berikrar untuk memajukan diri dengan
merebut peluang-peluang yang ada didepan mata kita untuk meningkatkan taraf ekonomi
keluarga kita.

Agenda 8 PESANAN PENGERUSI MESYUARAT


8.1 Pengerusi berharap supaya mesyuarat dapat berjalan lancar.
8.2 Segala masalah peribadi atau bersangkutan dengan orang perseorangan tidak boleh
ditimbulkan.
8.3 Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan memperkenalkan diri terlebih dahulu.

Agenda 9 MEMBENTANGKAN PENYATA TAHUNAN


Setiausaha membentangkan Penyata Tahunan Cawangan.
Disahkan oleh En. Baharuddin b. Tasi.

Agenda 10 MEMBENTANGKAN PERINGATAN PERSIDANGAN YANG LALU


Disahkan oleh En. Mior Ishak b. Ismail.
Disokong oleh En. Idris b. Munai.

Agenda 11 MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR


( 31.12.2007 )

Agenda 12 MELANTIK PERWAKILAN UMNO CAWANGAN KE MESYUARAT


PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PARIT
1. En. Abdul Aziz b. Resat.
2. Tn. Hj. Teridi b. Harun.
3. En. Meor Ishak b. Meor Ismail.
Agenda 13 MELANTIK 7 ORANG PERWAKILAN KE PERHIMPUNAN AGUNG
UMNO DI KUALA LUMPUR
1. En. Jebat b. Din.
2. En. Fadzil b. Hj. Mohd Lazim.
3. En. Mohd Daim b. Dahalan.
4. En. Yusuf b. Nordin.
5. Dato’ Hj. Nasruddin b. Hj. Alang Saidin.
6. En. Khairuddin b. Hj. Mohd Kadri.
7. Tn. Hj. Arshad b. Abd Aziz.

Agenda 14 MEMBAHASKAN USUL-USUL


1. Setiap Ahli JKKK yang telah berkhidmat selama lebih kurang 20 tahun, supaya dapat
diberikan kepada mereka ini sebidang tanah.
2. Tuan punya senjata api yang telah meninggal dunia telah diambil oleh kerajaan. Minta
supaya senjata ini diberikan kepada waris.
3. Tn. Hj. Mior Ishak memberitahu bahawa kawasan jalan menuju ke beberapa buah rumah di
tempatnya masih kekurangan lampu jalan ini sangat membahayakan kerana kawasan
sekitarnya sangat gelap.
4. Memohon untuk membina pondok untuk menunggu bas atau teksi, depan bengkel menuju
ke Bota.

Jawapan daripada En. Khairuddin b. Mohd. Kadri.

1. Masalah senjata api, jika tuan punya meninggal dunia senjata tersebut tidak akan diberikan
kepada waris kerana ia bukannya hak persendirian.
2. Beliau memberitahu bahawa satu kampung akan cuma mendapat 7 buah lampu jalan sahaja.
3. Perkara tentang pembinaan pondok menunggu bas, kita akan usulkan ke bahagian untuk
tindakan selanjutnya.

UCAPAN PENANGGUHAN
Ketua UMNO Cawangan Kg. Baru Tn. Hj. Zahadi b. Yeop Ahmad merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua Ahli UMNO yang hadir pada petang ini kerana dengan kerjasama semua
mesyuarat telah berjalan dengan lancarnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.


Senarai Aktiviti Dan Mesyuarat Cawangan
Sepanjang 28hb. Februari 2006 hingga 31 hb. Mei 2009 Sahaja

BIL PERKARA

1. Program Bakti Siswa UITM Seluruh Malaysia

2. Program membasmi musuh tanaman bersama Anggota Rela

3. Program Anak Angkat Jabatan Perdana Menteri

4. Sambutan Maulidul Rasul

5. Mesyuarat AJK UMNO CAWANGAN kali ke-2

6. Program SAmbutan Malam Kemerdekaan Bersama Pemuda dan Ketua UMNO


Bhg

7. Program Sekolah Rakyat Kekwa dengan Penduduk Kampung Layang-Layang


Kanan

8. Program bersunat beramai-ramai. Perasmian Dato’ Pegawai Daerah

9. Menjayakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Mukim di Layang-Layang Kanan.

……………………………… ………………………………
Tandatangan Tandatangan
Ketua UMNO Cawangan Setiausaha UMNO Cawangan

You might also like