You are on page 1of 14

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Teori mengandungi suatu gambaran tentang hubungan sebab akibat antara variabel.
Dalam sesuatu teori, terkandung keunggulan yang dapat menjelaskan sesuatu gejala
dan juga mempunyai kekuatan untuk meramalkan sesuatu gejala (Best, john W. 1982 :
21). Teori ialah suatu tindakan intelektual bagi menjelaskan hakikat yang berkait rapat
dengan panorama yang kompleks, konkrit atau abstrak berdasarkan pemerhatian yang
rapi dan teliti. Teori juga mengandungi fakta yang saling berhubung kait bagi
menjelaskan sesuatu hal atau sebab. Tegasnya, sesuatu teori akan menjelaskan
sesuatu aspek tertentu , sama ada memperkatakan mengapa, bagaimana atau apa
(Marzukhi Nyak Abdullah, 1993 : 840).

Dalam soal kajian bahasa, terdapat banyak teori linguistik yang menjadi asas
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pendapat yang berbeza-beza dalam
kalangan para sarjana linguistik tentang pemerolehan dan penguasaan bahasa telah
menyebabkan wujudnya pelbagai teori bahasa. Daripada teori yang pelbagai itu,
terdapat dua sahaja teori yang dianggap penting berhubung dengan masalah ini yang
ditimbulkan oleh ahli-ahli empiris dan ahli-ahli rasionalis. Golongan pertama yang
mewakili Aliran Behavioris mendokong Teori Mekanis sementara golongan kedua yang
mewakili Aliran Kognitif pula mendokong Teori Mentalis.

TEORI MEKANIS/ BEHAVIORIS (SKINNER)

Teori ini berpendapat bahawa bahasa ialah proses prilaku dan mementingkan
satu rangkaian turutan antara sebab dan kesan. Ia menganggap bahasa sebagai hasil
gabungan rangsangan dan gerak balas yang bergantung kepada naluri manusia. Faktor
persekitaran dianggap sebagai rangsangan dan tindak balas terhadap rangsangan itu
dianggap sebagai tindak balas. Teori ini menolak pendapat yang menghubungkan
proses penghasilan bahasa dengan operasi mental. Teori ini juga memberi penekanan
kepada bentuk-bentuk linguistik. Segala penghasilan bunyi atau sebutan sesuatu kata
harus dilakukan secara tepat terutamanya dari aspek fonologi, struktur intonasi dan
penguasaan sistem bunyi yang lain.
Untuk memperolehi kemahiran bahasa, latihan dan latih-tubi perlu dijalankan
secara kerap kerana kemahiran bahasa dilihat sebgai satu kebiasaan. Ini bermakana
bahasa perlu dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan
bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses mekanis yang tidak melibatkan
pemikiran atau daya mental. Teori ini berasaskan cara pemerolehan bahasa pertama
kanak-kanak. Kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan
daripada ibu bapa atau ahli keluarga mereka. Mereka menguasai bunyi-bunyi dan
menyebut perkataan-perkataan yang mereka dengar berulang kali sehingga mereka
dapat menuturkan ayat-ayat yang lengkap.

Alan Healey (1975: 285), berpendapat bahawa latihan pengulangan secara


mekanis adalah sangat penting untuk pengurusan bahasa dan akan menarik minat
pelajar jika guru merancang pelajarannya dengan teliti. Teori ini juga beranggapan
bahawa bahasa adalah tingkah laku manusia yang lahir sebgai gerak balas terhadap
rangsangan. Manusia akan bertindak terhadap sesuatu sekiranya terdapat rangsangan
dari dalam diri atau persekitarannya.

Teori ini amat mementingkan aspek lisan seperti percakapan atau pertuturan
kerana bagi mereka, bahasa ialah alat untuk berkomunikasi. Skinner menerusi teori
behaviorisme berpandapat bahawa bahasa hanya dapt dikuasai melalui operasi
rangsangan dan tindak balas yang merupakan proses naluriah semata-mata, dan
bukan proses mental atau kognitif. Ini bermakna beliau lebih mengutamakan
rangsangan tindak balas serta mengenepikan fungsi mental atau otak kerana
menurutnya, hubungan mental tidak dapat diamati.

Bloomfield pula berpendapat bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia
yang sama dengan tingkah laku manusia yang lain. Sekiranya tingkah laku manusia
yang lain itu berpunca daripada adanya rangsangan, maka bahasa dapat dilahirkan
sebagai gerak balas terhadap rangsangan itu. Justeru, beliau berpendapat bahawa
perkara yang perlu dikaji ialah tingkah laku yang terjadi ketika ucapan itu lahir daripada
mulut seseorang hingga ucapan itu diterima serta difahami oleh pendengar.
Menurutnya, bahasa juga adalah semata-mata sistem bentuk, bukan sebagai himpunan
makna yang menjadi simbol pemikiran (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985 :
18).

Golongan behavioris berpendapat bahawa pengukuhan dalam pengajaran dan


pembelajaran adalah sangat penting dan ia dapat dilakukan dengan memberi ganjaran
kepada seseorang pelajar apabila mereka memberikan gerak balas yang betul.
Sekiranya kanak-kanak diberi pengukuhan seperti pujian, keistimewaan pengiktirafan
atau sebagainya, ia akan dapat membentuk tindak balas yang dikehendaki. Ganjaran
buka sahaja bertujuan untuk menggalakkan pelajar memberikan gerak balas yang
betul, tetapi ia juga penting untuk mewujudkan pengulangan. Apabila pengulangan
dapat diwujudkan, proses pembelajaran akan berlaku.

Golongan behavioris cenderung kepada huraian bahasa secara deskriptif atau


stuktural. Huraian bahasa secara deskriptif ini dipelopori oleh Leonard Bloomfield.
Aliran ini mengkaji bahasa secara saintifik dan empirical, iaitu dengan mengkaji bahasa
lisan yang merujuk kepada ucapan yang dikeluarkan oleh penutur. Justeru, perkara
yang penting utnuk dihuraikan ialah apa yang dituturkan, bukan apa yang dituliskan. Ia
menghindari faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, tidak mementingkan makna
dalam analisis bahasa dan tidak berpegang kepada peraturan-peraturan bahasa yang
bersifat normatif.

Kesimpulannya, teori ini menganggap bahasa sebagai satu set kebiasaan yang
diserapkan dalam sistem saraf penutur bahasa ibunda. Aktiviti berbahasa adalah sama
seperti aktiviti lain dan aktivit ini dikuasai oleh kanak-kanak melalui hubungan
rangsangan dan gerak balas. Kanak-kanak belajar berbahasa daripada data bahasa
yang didengar, kemudian diulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan. Secara
ringkasnya, kami dapat merumuskan teori mekanis ini seperti berikut;

a. Bahasa dikuasai memalui proses pengulangan sehingga ia membentuk satu


kebiasaan atau tabiat.
b. Bahasa dikuasai sama seperti kita menguasai kemahiran-kemahiran mekanis
yang lain kerana bahasa dianggap sebagai satu tingkah laku manusia.
c. Bahasa dianggap sebagai alat komunikasi yang terhasil apabila adanya
rangsangan dan gerak balas. Aspek lisan, iaitu percakapan dan pertuturan amat
dipentingkan.
d. Bahasa ialah satu sistem bentuk yang berupa unsure-unsur bunyi yang
dituturkan dan bukan sebagai satu himpunan makna yang memerlukan operasi
mental.
e. Kebiasaan berbahasa dapt diperoleh melalui latih-tubi dan diikuti dengan
pengukuhan dan ganjaran. Ganjaran pula dapat mewujudkan pengulangan dan
menggalakkan pelajar member gerak balas yang betul.
f. Bahasa dihuraikan secara diskriptif atau struktural. Ia dihuraikan mengikut
peeringkat-peringkat tertentu seperti fonetik atau fonologi, morfologi dan
sintaksis.

TEORI KOD-KOGNITIF (PIAGET)

Teori Pembelajaran Kod-kognitif dipelopori oleh mazhab kognitif atau mentalis


yang amat berbeza dengan teori pembelajaran behavioris. Pendokong teori ini terdiri
daripada Wolfgang Kohler (1887-1967), Kurt Kaffka (1886-1941), George A. Miller
(1909) Jean Piaget, David Ausubel, Jerome S. Bruner, dan E. H. Lenneberg, yang
kesemua mereka merupakan ahli-ahli psikologi kognitif. Istilah kognitif ini mula
diperkatakan oleh Jean Piaget pada awal tahun 1960-an dengan teori-teori psikologi
perkembangannya. Teori yang dibicarakannya itu telah meluaskan lagi dunia
penemuan tentang proses perkembangan kognitif yang dianggap bersifat universal.

Teori kod-kognitif menekankan peranan otak atau fikiran dalam proses


pembelajaran. Ahli-ahli ini menekankan bahawa kanak-kanak sejak dilahirkan telah
dibekalkan dengan dengan satu alat dalam otak mereka memahami bahasa yang
didengarnya dengan mudah. Oleh itu, teori ini memandang pembelajaran sebagai satu
proses pemikiran dan bukan sekadar satu pembentukan kebiasaan yang
mementingkan latihan dan pengulangan. Segala perubahan tingkah laku atau disebut
sebagai pembelajaran itu adalah hasil daripada proses kognitif yang berlaku dalam diri
manusia itu sendiri.

Sebagai pendokong utama teori ini, Jean Piaget berpendapat bahawa


perkembanagan kognitif berlaku secara berperingkat-peringkat. Beliau telah
mengemukakan empat peringkat perkembanagn kognitif iaitu peringkat deria motor,
peringkat olahan, peringkat olahan konkrit, dan peringkat olahan formal. Menurut beliau,
semua kanak-kanak normal mesti melalui zaman ini secara berperingkat-peringkat
menurut susunan tersebut. Namun demikian, terdapat perbezaan antara kanak-kanak
yang cerdas dengan kanak-kanak yang lembab otaknya dalam mencapai zaman
operasi formal. Ini kerana terdapat empat faktor yang membantu atau membantut
perkembangan kognitif individu, iaitu pematangan, pengalaman, interaksi sosial, dan
perimbangan antara ketiga-tiga faktor tersebut.

Peringkat deria motor kanak-kanak bermula sejak lahir hingga berumur dua
tahun. Pada peringkat ini, kanka-kanak belum mampu menggunakan otaknya. Mereka
belum menguasai lambing bahasa untuk member nilai kepada sesuatu benda. Kanak-
kanak menggnakan deria motornya untuk berinteraksi dan mengetahui alam
sekelilingnya. Pada peringkat akhir deria motor, kanak-kanak sudah mempunyai sedikit
sebanyak keupayaan untuk berbahasa dan mereka sentiasa berinteraksi dengan
persekitarannya. Melalui interaksi tersebut, mereka menjadi lebih bebas dan lebih
berupaya untuk mempertingkat keupayaan berbahasa mereka.

Peringkat olahan bermula pada usia dua hingga enam tahun. Pada peringkat ini,
mereka sudah boelh menguasai bahasa dan konsep dengan cepat. Mereka
menggunakan bahasa untuk pernyataan diri dan berinteraksi dengan persekitarannya.
Apabila mencapi umur empat tahun, mereka sudah boleh bertutur dengan fasih.
Dengan kebolehan berbahasa ini, mereka tidak lagi menggunakan deria motor semata-
mata, malah pengalaman baharunya dilambangkan melalui bahasa. Pada peringkat ini,
mereka bukan sahaja menggunakan bahasa untuk bercakap bersendirian, tetapi juga
untuk berbincang, bercerita dan berkomunikasi dengan orang lain di persekitarannya.
Peringkat olahan konkrit bermula pada umur enam hingga 12 tahun. Pada
peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh menggunakan pemikiran logik, menguasai
konsep pengekalan, mengkelaskan benda-benda mengikut saiz atau warna, dan
memahami konsep pembalikan. Perkembangan mental dan penguasaan
perbendaharaan kata mereka semakin bertambah. Mereka mula membaca, menulis
dan mengira serta sangat suka bercakap atau bertutur. Mereka mula menggunakan
bahasa secara aktif untuk berkomunikasi dalam bentuk koperatif. Perkembangan
kognitif mereka sudah agak maju tetapi mereka masih memerlukan objek-objek dan
peristiwa-peristiwa konkrirt dalam menyelesaikan masalah. Mereka juga sudah dapt
menerima pendapat orang lain melalui penggunaan bahasa yang lebih luas.

Peringkat terakhir ialah peringkat olahan formal yang bermula pada usia 12
tahun ke atas. Pada peringkat ini, perkembangan kognitif kanak-kanak mula mencapai
kemuncaknya. Mereka dapat memahami banyak perkara dan memyelesaikan masalah
secara logik dan abstrak. Mereka juga dapat menyelesaikan masalah-masalah verbal
yang kompleks dan menguji perasaan dan pemikiran.
TEORI MENTALIS (CHOMSKY)

Konsep bahasa menurut Teori Mentalis atau dengan nama lainnya Teori Rasionalis
berpendapat bahawa bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh satu proses di
dalam otak. Ini bermaksud, teori ini menganggap bahasa sebagai satu aktiviti mental
yang merupakan satu kebolehan semula jadi manusia.

Manusia semula jadi dilahirkan dengan Alat Penguasaan Bahasa (Language


Acquisition Device) yang membolehkan mereka menguasai bahasa.Golongan ini
berpendapat jika seseorang kanak-kanak diberi pendedahan kepada sesuatu bahasa,
mereka boleh untuk merumus dan membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang
mereka peroleh dengan menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka. Terdapat
satu jangka masa kritikal iaitu masa subur untuk bahasa merea berkembang dan
mereka mudah untuk memperoleh sesuatu bahasa secara aktif pada waktu tersebut.

Berdasarkan teori tersebut, dapatlah kami rumuskan bahawa setiap manusia


sebenarnya semula jadi mempunyai penguasaan bahasa di dalam mindanya.Bahasa
tersebut telah sedia ada di dalam minda kita sejak dilahirkan lagi.Cuma bahasa tersebut
tidak dapat digunakan sepenuhnya hinggalah tiba waktu matang bahasa tersebut
berkembang.

Teori ini dapat dikukuhkan lagi dengan sokongan seorang tokoh bernama
Lenneberg (1967).Menurut beliau, kebolehan berbahasa dalam kalangan kanak-kanak
adalah berdasarkan jadual secara biologis.Tambahan beliau lagi, perkembangan
bahasa mereka adalah mengikut jadual dan bukan datang daripada rangsangan dan
gerak balas. Ini bermakna, kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang pekak dan
bisu masih boleh bertutur pada peringkat umur yang sama dengan kanak-kanak lain
sekiranya mereka terdedah kepada lingkungan atau suasana berbahasa. Mereka
belajar bahasa secara tidak formal kerana perkembangan bahasanya seiring dengan
perkembangan mentalnya.Kanak-kanak boleh membuat peaturan bahasanya sendiri
tanpa mempelajarinya terlebih dahulu, iaitu bermula daripada brsuara sehingga boleh
mencipta ayat-ayat yang lengkap. Perkembangan bahasa ini berpanjangan sehingga
mereka berumur empat hingga lima tahun.

Beliau juga menyatakan bahawa kanak-kanak mendapat kebolehan memahami


lebih dahulu daripada kebolehan bertutur. Ini bermakna mereka boleh memahami
pertuturan orang lain sebelum mereka sendiri boleh bertutur. Ini bermakna mereka
boleh memahami pertuturan orang lain sebelum mereka sendiri boleh bertutur.
Contohnya, mereka dapat memahami bunyi pertuturan yang berbeza atau arahan-
arahan mudah yang ditunjukkan kepada mereka, seperti ‘duduk’, ‘jangan’, ‘mari’,
‘berdiri’ atau ‘tepuk tangan’. Ini menunjukkan bahaw kanak-kanak dapat mengenali
pola-pola pertuturan.

Manusia menggunakan fikiran dalam pembelajaran supaya dapat memhami dan


mengenali sesuatu perkara.Oleh itu, kami dapati teori ini tidak sependapat dengan teori
mekanis yang menolak penggunaan fikiran dalam melakukan aktiviti pembelajaran.
Teori mentalis ini berpendapat bahawa binatang juga menggunakan pola fikirannya
dalam menyelesaikan masalah.

Lenneberg juga berpendapat bahaw pada peringkat umur tersebut, kanak-kanak


tidak dapat membezakan perkataan yang mengandungi makna khusus kerana pada
peringkat ini mereka menyebut yang umum dahulu kemudian yang khusus. Contohnya
kanak memanggil semua perempuan yang sebaya dengan ibunya ‘mak’ kerana mereka
masih tidak dapat membezakan antara makcik, maksu, nenek dan kakak. Proses ini
akan berterusan sehingga keupayaan berbahasa mereka menjadi sempurna seiring
dengan kematangannya. Ini kerana embelajaran bahas berkait rapat dengan proses
mental dan bukan mekanikal semata-mata. Kebolehan berbahasa sudah terancang
dalam diri kanak-kanak yang menyebabkn mereka memperoleh bahasa secara natural.

Golongan mentalis mengatakan bahawa manusia secara semula jadi telah


dikurniai competence dan performance, iaitu kebolehan untuk membuat rumus-rumus
tentang bahasa dalam pemikirannya dan aspek penggunaan terhadap apa yang
diketahuinya tentang bahasa itu. Kedua-dua perkara tersebut sangat penting kerana
competence berfungsi untuk menghasilkan ayat alam bentuk performance.Oleh itu
golongan ini menekankan hubungan yang erat antara bahasa dengan pemikiran.
Dengan kata lain, penguasaan bahasa melibatkan proses mental, iaitu apabila
seseorang mahu menggunakan bahasa, ia akan menggunakan fikirannya supaya ayat
yang dihasilkannya gramatis dan bermakna.

Kesimpulannya, teori ini menganggap bahawa bahasa sebagai pengetahuan


yang dihasilkan oleh saru proses dalam otakdan saraf setelah menerima bahan dalam
bentuk rangsangan melalui pancaindera. Peranan kognisi yang ada pada otak manusia
membolehkan manusia menghasilkan rumus-rumus bahasa yang akan digunakan
untuk membentuk atau memperturunkan ayat-ayat, dan menginterprestasi ayat-ayat
yang didengar atau dibentuknya. Antara ciri-ciri penting yang kami dapati daripada teori
mentalis ini adalah, pertama, penguasaan bahasa mempunyai kaitan yang sangat erat
dengan kebolehan mental melalui pemikiran untuk membolehkan manusia
menghasilkan rumus-rumus bahasa yang tidak terbatas. Kedua, manusia secara
semula jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa kerana manusia sejak
lahir telah dibekalkan dengan alat penguasaan bahasa. Alat ini menyebabkan kanak-
kanak mampu membentuk rumus-rumus bahasanya sendiri tanpa mempelajarinya
terlebih dahulu. Ketiga, dua perkara penting yang memainkan peranan dalam
penguasaan bahasa manusia adalah competence dan performance yang menyebabkan
manusia mempunyai daya cipta untuk menghasilkan dan menggunakan bahasa yang
diketahuinya.
TEORI INTERAKSIONALIS (HALLIDAY)

Pelopor-pelopor teori pembelajaran interaksionalis adalah terdiri daripada Halliday


M.A.K, Bowerman, Schlesinger, Cromer dan Wells.Ahli-ahli bahasa berkenaan
epenapat mengatakan bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan
pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan kanak-kanak
dengan kebolehan mentafsir makna dalam mental, tetapi tidak menjamin pentafsiran itu
dalam bentuk bahasa.Mereka beranggapan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan
kepada interaksi linguistik.Pendapat ini diperkukuhkan melalui kajian yang dilakukan
oleh ahli psikologi, Skinner (1997) dan Ringler (1978) terhadap pemerolehan bahasa
kanak-kanak akibat interaksinya dengan penjaganya.

Halliday berpendapat bahawa kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka


ingin memenuhi keperluan untuk berinteraksi dalam situasi sosial masyarakat dan
persekitaran mereka. Keperluan berinteraksi pada peringkat awal kanak-kanak
bertujuan untuk memenuhi keperluan peribadi mereka. Pada peringkat ini, mereka juga
menggunakan bahasa untuk tujuan memenuhi fungsi instrumental 1, heurstik2, dan
imaginatik.Semua fungsi ini terdapat dalam ujaran 3 yang dihasilkan oleh kanak-kanak.
Oleh itu fungsi tersebut dianggap sebagai makna yang terkandung dalam sistem
bahasa kanak-kanak, Dalam pertuturan bahasa orang dewasa pula, fungsi instrumental
itu dilahirkan melalui unsur-unsur tatabahasa, seperti menggunakan ayat penyata, ayat
tanya dan ayat majmuk semasa berinteraksi.

Seterusnya Halliday berpendapat, selepas kanak-kanak berjaya menguasai fungsi


ujaran bahasa itu, mereka akan menguasai pula fungsi informatif bahasa atau dengan
istilahnya fungsi idensional. Fungsi ini wujud dalam ujaran kanak-kanak apabila mereka
menyedari bahawa tujuan menyuarakan ujaran bukan semata-mata untuk berinteraksi
bagi memenuhi keperluan asas mereka, bahkan tujuan interaksi adalah untuk
menyampaikan maklumat kepada orang lain. Apabila wujud fungsi ini dalam ujaran
1
irama suara (dalam bacaan, nyanyian, percakapan, dan lain-lain).
2
membolehkan atau dapat membantu seseorang mempelajari, mengetahui sesuatu perkara melalui pengalaman
sendiri (bukan kaedah pengajaran atau pembelajaran). Dalam kaedah ini pelajar dibimbing untuk membuat
penemuan sendiri bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan.
3
1. yang diujarkan, Contoh : Dia tidak dpt mendengar ujaran orang itu dengan jelas. 2. sesuatu yang diucapkan
atau disebutkan (mis perkataan), contoh: bunyi-bunyi ini tidak boleh dihubungkan dgn sebarang ujaran.
kanak-kanak, mereka mula menyedari perlu menguasai tatabahasa, iaitu mengetahui
undang-undang dan peraturan linguistik bahasa yang mereka gunakan. Contohnya
kanak-kanak perlu memberi maklumat, menyatakan perasaan hati, dan bertanya
tentang apa-apa maklumat yng mereka terima, Keperluan ini dapat dipenuhi melalui
penggunaan ayat yang betul mengikut peraturan tatabahasa supaya dapat difahami
oleh orang lain.

Halliday juga menyatakan bahawa perbezaan yang ketara antara sistem bahasa
kanak-kanak pada peringkat awal dengan sistem bahasa orang dewasa ialah sistem
bahasa kanak-kanak berupaya menyatakan satu-satu fungsi, sementara bahasa orang
dewasa mengandungi lebih daripada satu fungsi.Beliau menegaskan bahawa sistem
tatabahasa kanak-kanak diperoleh kerana kanak-kanak mempunyai keperluan untuk
menyatakan dua perkara dalam satu masa.Tambahan beliau lagi, situasi sosial penting
dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak.Interaksi bahasa pula penting untuk
membantu kanak-kanak menguasai peraturan-peraturan bahasa.

Kesimpulan yang dapat kami ringkaskan mengenai teori pembelajaran bahasa


interaksionalis adalah, pertama, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan
linguistik. Dalam pengajaran bahasa, guru disarankan supaya memberikan banyak
latihan untuk membolehkan pelajar menggunakan sistem bahasa yang betul. Guru juga
perlu memastikan bahan pengajran yang digunakan dapat menyediakan aktviti yang
bermakna untuk membolehkan pelajar menggunakan struktur bahasa yang dielajari
dengan cara yang bermakna dan berkesan. Kedua, teori ini juga menganggap
penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa.Namun sepatutnya
makna dan struktur bahasa berjalan serentak untuk membolehkan pelajar berinteraksi
dengan menggunakan sistem tatabahasa yang dipelajarinya dengan betul. Aktiviti
bahasa yang dirancang dengan teliti dapat membantu pelajar menguasai penggunaan
sistem bahasa dan menggunakan bahasa dengan lebih fasih. Ketiga, struktur bahasa
dapt dikuasai dengan berkesan jika pelajar menumpukan perhatian terhadap tugas atau
aktiviti yang bermakna, iaitu yang dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari.
Seterusnya, teori ini juga mementingkan komunikasi atau interaksi (lisan). Ini bermakna,
pembelajaran bahasa bukan sekadar mempelajari struktur dan peraturan sesuatu
bahasa, tetapi apa yang lebih penting ialah pelajar belajar berinteraksi. Oleh yang
demikian, pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai interaksi linguistik supaya mereka
dapat mempelajari cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk bahasa dengan
lebih tepat.
KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Menurut Kamus Dewan, perkataan ‘pulih’ bermaksud ‘kembali seperti biasa’, ‘sembuh’
atau ‘baik semula’. Maksud perkataan ‘pulih’ di sini bukanlah sembuh daripada sakit,
tetapi sebenarnya dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan
pembelajaran. Pengajaran pemulihan biasanya berkaitan dengan usaha untuk
membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.

Banyak pendapat telah dikemukakan tentang pendidikan pemulihan. Mengikut


pendapat-pendapat tersebut, pendidikan pemulihan bertujuan untuk mengatasi masalah
kelemahan yang dihadapi oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan
pemulihan.

Koh Bon Boon (1982 : 2), menyatakan bahawa pendidikan pemulihan kalau
diteliti secara lebih mendalam adalah lebih terbatas dan khusus sifatnya kerana
bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid lembap atau
lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian
pembelajaran murid-murid ini biasanya berada di bawah tahap pencapaian yang
sepatutnya.

Pengajaran pemulihan boleh dieertikan sebagai usaha atau perkhidmatan-


perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang
menghadapi masalah dan kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah
biasa, di piusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, serta
dilaksanakan dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa untuk
pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

Secara keseluruhan, istilah murid-murid pemulihan atau murid-murid lambat


membawa erti bahawa murid-murid ini mempunyai pencapaian yang rendah berbanding
dengan murid-murid yang lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka.
Justeru, mereka mestilah diberi pengajaran pemulihan yang sesuai supaya jurang
perbezaan antara mereka dengan murid-murid lain tidak akan menjadi terlalu ketara.
PENUTUP

Pelbagai huraian dan pandangan telah diberikan mengenai pendidikan pemulihan dan
ini telah memberi penjelasan kepada kita bahawa pendidikan pemulihan merupakan
satu aspek yang penting dalam program pendidikan umum. Tanpa pendidikan
pemulihan, para pelajar yang gagal tidak akan mendapat peluang kali kedua. Dalam erti
kata lain, para pelajar yang gagal akan terus tenggelam. Justeru, usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia yang memperkenalkan pendidikan pemulihan wajarlah dihargai
kerana ia mampu membantu pelajar yang gagal untuk memperbaiki kelemahan di
samping dapat mendorong mereka untuk turut sama mencapai kejayaan dalam
pelajaran.

You might also like