You are on page 1of 14

Soalan: Bincangkan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam

membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu


sebelum Perang Dunia Kedua.

Jawapan cadangan:

Semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu telah ada sejak


campur tangan British pada tahun 1874. Dengan adanya semangat
nasionalisme, maka penguasaan penjajahan ke atas negeri-negeri Melayu tidak
berlaku secara aman damai tetapi sebaliknya ditentang oleh masyarakat
tempatan. Penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuang tanah air seperti
Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman
Limbong, Mat Salleh, dan lain-lain lagi mencerminkan penentangan rakyat
tempatan terhadap kuasa asing di negara ini. Oleh itu, terdapat beberapa
faktor yang membangkit semangat nasionalisme dalam kalangan orang
Melayu. Faktor-faktor ini dapat dilihat melalui faktor dalaman dan faktor
luaran.

Faktor-faktor dalaman merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di


Tanah Melayu dan memberi pengaruh yang sangat besar dalam
membangkitkan dan menyemarakkan semangat nsionalisme orang Melayu.
Antara faktor dalaman ialah agama. Pada penghujung abad ke-19 dan awal
abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-bandar
berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka.
Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebab
adanya masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh
yang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi
membawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat mereka
supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telah
melahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakat
Melayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang
ekonomi dan sosial.

Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk


memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20.
Antara ketiga-tiga golongan ini, golongan yang berpendidikan Arab memainkan
peranan penting dalam gerakan Pemulihan Islam di kalangan masyarakat
Melayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan pengajian Islam ke
Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yang
mula-mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan
ekonomi dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan ini
hampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan
terpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan ini
menerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dan
gerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awal
abad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-
Afghani. Di antara penuntut-penuntut Melayu yang membawa pengaruh dari
Timur Tengah ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh
Ahmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan Syeikh Mohammad Salim al-
Kalali.

Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah air pada
awal abad ke-20, mereka telah berkhidmat dalam jabatan agama di negeri-
negeri Melayu. Oleh sebab fahaman mereka berkenaan ajaran agama Islam
baru dan agak berlainan dengan fahaman seperti kepercayaan bidaah dan
khurafat yang sedia berakar umbi di negeri-negeri Melayu, mereka mendapat
tentangan daripada golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks. Golongan
ortodoks ini memusuhi bukan setakat fahaman baru dalam agama, tetapi juga
memusuhi perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa dan dirancang oleh
revolusioner ini. Mengikut revolusioner ini, Islam memerlukan perubahan dan
penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi
perkembangan pesat.

Faktor kesedaran orang melayu tentang kemunduran mereka juga turut


menjadi punca dalaman kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Orang
melayu menjadi penduduk pribumi tetapi masih tertinggal jauh dalam bidang
ekonomi dan sosial. Walaupun ekonomi Tanah Melayu yang berasaskan getah
dan bijih timah berkembang pesat, tetapi orang mealyu tersisih daripada
kegiatan ekonomi komersial tersebut. Kegiatan ekonomi kapitalis dikuasai oleh
orang Cina dan pedagang-pedagang Eropah. Banyak ladang getah dan lombong
bjih timah dimiliki dan diusahakan oleh orang Eropah. Manakala orang cina
pula menguasai sektor ekonomi di kawasan Bandar seperti menjadi peniaga.

Keadaan ini mula disedari oleh peniaga-peniaga keturunan arab yang


tinggal di Negeri-Negeri Selat terutamanya Singapura. Dalam bidang
pendidikan pula, orang Melayu tertinggal jauh kerana system pendidikan
melayu tidak mempunyai nilai untuk meningkatkan taraf dan kedudukan orang
melayu dalam bidang ekonomi. Orang melayu mula sedar bahawa mereka
perlu mempertahankan hak mereka di Tanah Air sendiri apabila orang cina
Peranakan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
mendesak supaya diberi hak yang sama dengan Melayu daripada kerajaan
British. Orang Melayu sedar permintaan orang Cina tersebut akan menggugat
kedudukan mereka sebagai penduduk pribumi. Situasi ini telah
menyemarakkan semangat nasionalisme orang melayu untuk
mempertahankan kedudukan mereka di Tanah Melayu.  

Selain itu, rakyat juga menderita di negara sendiri akibat dijajah bangsa
asing. Kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan
seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang
Melayu bangun dan mewujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askar-
askar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi tulang belakang
kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu,
pemimpin organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam
menegakkan nasionalisme Melayu seperti Kapten Hussin Onn. Penipuan dan
tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepada
pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Dalam hal ini, ia semakin
menebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar nasionalisme Melayu. Mereka
akhirnya memberikan kerjasama kepada organisasi-organisasi anti-Jepun
dengan membekalkan maklumat agar dapar mempertingkatkan keberkesanan
penentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan menjadi duri dalam
daging kepada pentadbiran tentera Jepun.

Antara lain, dasar penjajahan Barat juga telah menimbulkan semangat


nasionalisme ke dalam jiwa penduduk Tanah melayu. Ketika penaklukan British
ke atas Tanah Melayu, Pihak British telah berpuas hati dengan kaedah
pengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di tanah
melayu. Pihak british kemudian telah memulakan proses menginstitusikan
berbagai bidang kerajaan yang merangkumi hampir semua aspek kehidupan
politik, ekonomi dan sosial. Usaha mencapai tujuan ini paling pesat dilakukan
di negeri-negeri melayu bersekutu.

Akibat daripada keadaan ini, institusi melayu tradisional dan elit melayu
tradisional mendapati diri mereka terpaksa mengambil peranan yang semakin
kecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Tambahan pula, pihak British
telah mula membawa masuk imigran cina dan india secara besar-besaran
untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai
oleh masyarakat melayu dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih buruk
menjelang tahun 1921, dimana daripada jumlah 1320000 orang penduduk
negeri-negeri melayu bersekutu, 511000 adalah orang melayu, 495000 orang
cina dan 305000 orang india. Keadaan ini menyebabkan kaum pendatang mula
menguasai ekonomi di tanah melayu. Kaum melayu mulai sedar yang mereka
telah ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan sosial di mana orang
bukan melayu menjadi peserta yang kuat. Langkah-langkah yang di ambil oleh
pihak british ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang
melayu, kerana mereka sedar hak mereka sebagai rakyat pribumi sedikit demi
sedikit diambil alih oleh pihak pendatang dan kaum penjajah.
 
Faktor lain seperti bahasa dan kesusasteraan. Melalui faktor bahasa dan
kesusasteraan ini, tulisan Jawi telah diperkenalkan sebagai tulisan rasmi
Bahasa Melayu. Pengaruh Arab turut wujud hasil dari peranan golongan agama
dan bagi menggantikan penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan
penjajah. Ini sebenarnya membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam
negara sendiri. Antara lain ialah kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh
sekolah-sekolah Melayu dan MPSI. Dalam pada itu. bahasa Melayu
sebenarnya semakin hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan
Jepun. Ini dapat memperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan
Melayu. Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.

Jika dapat kita perhatikan, perbahasan dalam MMN dan MMP


menggunakan Bahasa Inggeris. Perkara ini pernah dibantah oleh Raja Chulan
akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa undang-undang dan juga
penggunaannya dalam MMN dan MMP kerana wakil Melayu tiidak faham
apakah yang dibahaskan. Semua ini telah menyedarkan orang Melayu akan
kepinggiran bangsa dan bahasa Melayu. Jadi, gelanggang bagi orang Melayu
melahirkan ketidakpuasan melalui adalah karya sastera. Secara tidak langsung,
dapat memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf
bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepas
merdeka. Dalam puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu
keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan
jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain. Selain itu, terdapat
juga puisi lain seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh
Harun Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937)
yang menggesa orang Melayu mencari ilmu dan Serunai Pujangga oleh Anum
(1940) yang menggesa orang Melayu bersikap berani dan sanggup berkorban.
Selain puisi, novel juga dikarangkan untuk membangkitkan semangat
kebangsaan. Antaranya ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi
(1925) yang mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan, Melor Kuala
Lumpur oleh Harun Aminurashid (1930), Putera Gunung Tahan oleh Haji
Muhammad yang mengecam British melalui kisah lucu dengan tujuan
memupuk semangat cinta akan negara, hidup maju dan bebas daripada
penjajahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeru
orang Melayu berjuang mencapai kemajuan.Cerpen merupakan cerita pendek
yang mempunyai masihat. Kebanyakan cerpen menyeru rakyat bekerja untuk
kemajuan dan kemerdekaan negara. Di antara cerpen yang terkenal ialah
Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai yang menyeru orang Melayu
supaya rajin bekerja; Anak Dibuat Demal, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang
dan Siasat Yang Tiada Diminta yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; Rumah
Besar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Mahmud yang menyeru orang Melayu
menbenci dan menentang penjajahan British. Melalui cerpen yang disiarkan,
para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan yang hendak disampaikan.

Antara kejayaan orang Melayu dalam bidang sastera pasa masa itu ialah
melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66. Penubuhan
persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM (berjuang bagi
menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum penjajahan )
turut diwujudkan. Antara kejayaan lain adalah penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka yang berperanan sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayu
dan alat penyatuan bangsa. Ini dapat menyumbang ke arah pembentukan
bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa Melayu. Dengan itu, Melayu tidak
lagi berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis dan
lain-lain.

Tambahan lagi, faktor lain ialah sistem pendidikan. Terdapat sekolah-


sekolah pondok, madrasah, sekolah-sekolah melayu dan sekolah inggeris yang
disediakan bagi orang melayu. Sekolah-sekolah melayu telah mula dibuka di
kawasan-kawasan barat dan selatan tanah melayu sejak tahun 1880-an lagi.
Pada dasarnya, tujuan british bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik
pandai dikalangan orang melayu. Mereka hanya ingin melihat anak-anak orang
melayu menjadi lebih pandai sedikit daripada ibubapa mereka. Yang belajar di
sekolah Inggeris pula ialah anak-anak golongan bangsawan yang ingin dijadikan
oleh orang British sebagai pegawai dan pentadbir bawahan sahaja. Oleh
kerana penyediaan sekolah-sekolah melayu oleh orang inggeris ini bukan satu
yang ikhlas, maka tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai.
Maka surat khabar melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran,
umpamanya 'jawi peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan taman pengetahuan. R. J.
Wilkonson selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati bahawa
surat khabar melayu bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbngkan
terhadap kemajuan intelek dan material orang melayu. Pendedahan kepada
dunia luar melalui surat khabar, telah membuka mata orang melayu,
terutamanya generesai muda terhadap isu-isu yang mempengaruhi orang
melayu.

Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolah


pondok dan madrasah telah mendapat sambutan hebat penduduk tempatan.
Melalui sistem pendidikan ini, mereka dapat mempertahankan nilai-nilai
keislaman semasa kemasukan kuasa british dan kemasukan kaum imigran.
Namun demikian sekolah-sekolah seumpama ini kurang memainkan peranan
untuk menanan semangat kebangsaan pada tahap-tahap awal. Walau
bagaimanapun, menjelang tahun 1900, bila islam memasuki era reformasi,
maka barulah sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah membuka minda
kaum melayu terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi oleh mereka di
tanah melayu. Sukatan dan dasar yang tidak selaras membangkitkan rasa tidak
puas hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.Kesimpulannya,
perkembangan pendidikan, terutamanya pendidikan melayu telah memainkan
peranan penting dalam kesedaran kebangsaan di kalangan orang melayu.

Selain itu, kemunculan golongan intelektual juga antara faktor dalaman


kebangkitan semangat nasionalisme. Mereka terpengaruh dengan idea-idea
dan falsafah politik demokrasi, liberalisme, sistem parlimen, perlembagaan dan
nasionalisme. Sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga
memberikan peluang orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan.
Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang
yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya
dalam bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang
diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai
subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu
pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan
pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan
intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat
dan kesedaran nasionalisme .

Antara golongan terpelajar seperti Raja Chulan, Eunos Abdullah dan Dato’
Onn Jaafar. Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu
dan menubuhkan UMNO bagi menentang Malayan Union. Beliau berjuang
melalui akhbar Warta Malaya dan Lembaga Melayu dengan membuat bidasan
dan kritikan serta mengadakan rapat umum. Ibrahim Yaakub pula adalah
pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi
mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi
orang Melayu terutama dalam bidang pendidikan. Ahmad Boestaman adalah
pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak
menerima sambutan. Beliau memperjuangkan ketuanan Melayu dan
perkembangan sosio ekonomi serta politik Melayu.

Selain itu Dr. Buhanudin Al-Helmi juga antara golongan intelektual dan
merupakan pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari
kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di
Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu telah didirikan di
Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Muar (Johor). Sekolah
agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di
Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan Pulau Pinang ialah Madrasah al-Mashor.
Sistem persekolahan di sekolah itu mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan
di Barat. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini akan sedar akan
kelemahan mereka dalam agama Islam dan mereka didorong untuk berusaha
bersungguh-sungguh lagi supaya tidak keluar dari ajaran Islam yang sebenar.

Raja Chulan (Raja Dihilir) merupakan ahli Majlis Pusat dan beliau
perjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Beliau juga
mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu. Di samping itu, Maktab
Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) juga
bertanggungjawab dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan
penduduk. Guru-guru dari MPSI telah menyedari masalah yang dihadapi oleh
orang Melayu. Mereka berazam untuk mengatasi masalah ini dan
memperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan membela bangsa
dan negara mereka.  Graduan MPSI menubuhkan Persatuan Sastera Melayu
pada tahun 1923 bagi menggalakkan pertumbuhan sastera dan
membangkitkan semangat nasionalisme .

Seterusnya, perkembangan media massa turut memainkan peranan yang


penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Idea nasionalisme lahir
melalui surat khabar, majalah, novel dan rencana. Surat khabar digunakan
sebagai medan untuk menyedarkan masyarakat melayu terhadap keadaan
mereka di tanah air mereka sendiri. Satu daripada bahan bacaan terawal ialah
'pengetahuan bahasa', hasil karya raja Ali Haji yang disusun pada tahun 1858.
Karya ini membicarakan budaya melayu yang kian berubah akibat pengaruh
british dan imigran cina, disamping itu karya ini juga memperihatkan peri
pentingnya bahasa melayu dalam budaya masyarakat melayu seagai alat
menyatukan kaum melayu melalui satu identiti bahasa.Sebagai contoh, pada
23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar ini
diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi,
Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass
Mohammad Taha. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha,
Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh.

Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan.
Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka
pula ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi
lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta
berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut
menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain akhbar yang disebut di atas,
terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak dan
sebagainya. Selain itu, kemunculan alat pencetak telah mencetuskan
kesedaran kebangsaan melalui penertbitan akbar, majalah & novel. Dalam
masa yang sama, muncul golongan wartawan yang komited dan sedar akan
nasib bangsanya. Golongan wartawan telah membangkitkan isu-isu
kemunduran masyarakat Melayu dalam semua aspek seperti sosial,
pendidikan, ekonomi dan politik.

Faktor terakhir adalah perkembangan sistem perhubungan. Sistem


perhubungan yang telah dimajukan oleh pihak British adalah demi
kepentingan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun ianya telah membantu
menyelesaikan halangan geografi di kalangan masyarakat melayu.
Umpamanya, pada tahun 1910, terdapat lebih daripada 2400km jalanraya
terturap. Sistem perhubungan ini dapat membantu merentasi sikap
kekampungan, kedaerahan dan kenegerian. Masyarakat melayu tidak kira dari
daerah atau negeri yang berlainan dapat berhubung di antara satu sama lain.
Keadaan ini secara tidak langsung dapat menyatupadukan penduduk melayu,
yang seterusnya mewujudkan identiti kebangsaan. Idea dan pemikiran
pemimpin-pemimpin melayu yang berjiwa kebangsaan tersebar dengan pantas
kepada masyarakat di kawasan perkampungan, melalui sistem perhubungan
jalan raya dan jalan keretapi.

Bagi faktor luaran, ianya merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di


luar Tanah Melayu tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada
perkembangan semangat nasionalisme orang Melayu di Tanah Melayu.
Faktor-faktor luaran menjadi pemangkin untuk mempercepat kebangkitan
semangat nasionalisme orang Melayu.
Antara faktor luaran ialah Gerakan Pemulihan Islam di Mesir. Gerakan
Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Konsep pan-islamisme
telah mula diutarakan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani, seorang pemuda
reformis islam timur tengah yang radikal dan revolusioner pada akhir abad ke
19. Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani sendiri dan Syeikh
Muhammad Abduh.

Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 dan


mendapat ijazah dari Universiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun
1899 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1905. Syeikh Muhammad
Abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip Islam menurut kehendak azan
moden, tetapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama Islam yang
sejati. Ajaran beliau adalah berdasarkan kepada ajaran Allah dan Rasul seperti
yang tercatit di dalam al-Quran dan al-Hadis. Yang disesuaikan ialah perkara-
perkara dan hal-hal takwim serta pentafsiran Islam mengenai sesuatu
pendapat atau hukum di dalam al-Quran. Ajaran dan pandangan beliau di
anggap baru, prgresif dan revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya.

Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah memperjuangkan


konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh dunia. Selain itu,
gerakan ini turut bermatlamat untuk membebaskan agama Islam daripada
kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam
yang sebenar.Antara lain ialah memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam
yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith. Turut bermatlamat untuk
mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan
Hadith dan yang terakhir ialah membebaskan negara Islam dari pengaruh
penjajahan Barat. Pada masa itu juga, ramai orang melayu yang telah pergi ke
luar negeri, terutamanya ke timur tengah untuk mempelajari agama islam.
Tidak kurang juga yang pergi menunaikan fardhu haji. Perkembangan
reformisme di timur tengah itu telah mempengaruhi kedua-dua kumpulan
tersebut. Mereka mula menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayu
berlandaskan agama islam.

Konsep Gerakan Pemulihan Islam ini telah memberi ilham kepada


pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk
berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir
pulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan Islah-Islam. Mereka
berusaha menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama
islam. Tokoh-tokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir
Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin Mohammad
Taha. Mereka menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau pemulihan agama
Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah
al-Imam.

Faktor kedua ialah Gerakan di Turki yang dapat dibahagikan kepada tiga
gerakan iaitu Gerakan Pan-Islam, Gerakan Khilafat dan Gerakan Turki Muda.
Bagi Gerakan Pan-Islam, ianya adalah satu gerakan untuk menyatukan umat
Islam di dunia di bawah Empayar Turki atau Empayar Uthmaniyah. Gerakan
Pan-Islam mahu menentang penjajahan Barat dan menghapuskan kepercayaan
kuno yang bertentangan dengan ajaran Islam. Empayar Turki ditubuhkan oleh
Usman pada tahun 1300. Ulama Syeikh Haji Wan Ahmad dari Pattani ingin
menyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang Siam dan
menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal. Pahang
mendapatkan bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal.
Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor
tetapi gagal. Semasa Perang Dunia Pertama, Turki dan Jerman berpakat
menentang kuasa Berikat.

Umat Islam di Tanah Melayu sangat menghormati Empayar Turki dan


segala perkembangan di Turki mempengaruhi mereka. Turki mengisytiharkan
peperangan jihad terhadap kuasa Berikat (Amerika Syarikat, Britain dan
Perancis). British cuba menyekat berita dari luar tetapi gagal. Masih ada berita
yang sampai ke Tanah Melayu melalui suratkhabar dan surat peribadi pejuang-
pejuang Pan-Islam. Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail Mansur dan
Nur Alam Syah mempengaruhi dasar India yang beragama Islam melancarkan
dahagi. Askar-askar India diberikan keyakinan bahawa pakatan Jerman-Turki
akan menang dalam Perang Dunia Pertama. Pada bulan Februari, askar India
melancarkan dahagi di Singapura, tetapi dapat dihapuskan oleh askar British.
Askar-askar India berjaya membunuh lebih 40 orang British dan hampir berjaya
menakluki Singapura.

Bagi gerakan Khilafat pula, pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam


Perang Dunia Pertama. British cuba menguasai Turki. Orang Islam di India
membentuk Gerakan Khilafat untuk mengekalkan kuasa Turki dan sistem
Khilafat. Gerakan Khilafat yang ditubuhkan di Singapura dikawal rapi oleh
British. Yang terakhir sekali ialah Gerakan Turki Muda yang dipimpin oleh
Mustapha Kamal Attaturk yang bergerak untuk memodenkan Turki. Golongan
Turki Muda menyebarkan semangat kebangsaan di Turki. Turki diisytiharkan
sebagai Republik pada tahun 1923 dan sistem Khilafat dimansuhkan. Abdul
Kadir Adabi mengecam gerakan Turki Muda kerana memasuhkan sistem
Khilafat. Golongan Turki Muda dikatakan tidak mementingkan agama dan
undang-undang Islam dalam perkembangannya. Abdul Kadir Adabi atau Abdul
Kadir bin Ahmad adalah seorang penulis dari Kelantan. Akhbar Pengasoh, al-
Ikhwan dan Saudara turut menyiarkan tentangan terhadap Turki Muda.

Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai Turki Muda,


iaitu mereka membangkitkan semangat kebangsaan di Turki, ekonomi Turki
dikuasai semula oleh orang Turki dan bukan oleh orang Yahudi dan Kerajaan
Turki memberikan peluang yang luas kepada rakyat untuk menguasai bidang
ekonomi. Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang kepada golongan
Kaum Muda di Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. Kaum
Muda di Tanah Melayu telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
pada tahun 1938 untuk bergiat dalam politik.

Faktor luaran yang ketiga ialah pengaruh dari Jepun.Sejak tahun 1868,
Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin
Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun
mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya meniru
teknologi Barat, sekaligus membuktikan rakyat Asia bijak. Perkara ini telah
mewujudkan Ilham dan keazaman dalam jiwa rakyat Asia. Antara kemenangan
Jepun terbesar ialah apabila dapat mengalahkan Eropah. Kesan daripada
kemenangan ini, orang Asia dan Melayu mulai sedar akan kepentingan
pelajaran, teknologi dan perpaduan. Faktor-faktor inilah yang menjadikanr
akyat kuat menentang penjajah. Dalam masa yang sama, ianya juga memberi
kesan kepada pemikiran tokoh-tokoh awal Tanah Melayu.Dalam peperangan
yang berlaku di antara Rusia dengan Jepun (1904-1905) menyaksikan Jepun
telah memperolehi kemenangan. Kejayaan ini telah memberi ilham dan
kesedaran kepada orang Asia termasuk orang melayu bahawa barat tidaklah
sekuat seperti yang digeruni oleh mereka. Perang tersebut telah membuktikan
bahawa, sesebuah negara tidak mengira saiznya, boleh menjadi kuat seperti
Jepun melalui kemajuan teknologi dan pendidikan.

Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama Abdullah Abdul Rahman telah
menghasilkan karya berjudul 'Mataharai Memancar' (The Rising Sun) yang
menceritakan sejarah Jepun. Karya ini telah dialihbahasakan oleh beliau
daripada karya Mustafa Kamal dari Turki yang asalnya daripada bahasa arab.
Menurut Za'ba, karya ini telah berjaya merangsang pembaca serta
menimbulkan perasaan bangga dan harapan untuk membawa pembaharuan di
timur dan ini termasuklah kepada pembaca melayu. Masyarakat melayu mula
percaya bahawa dengan adanya teknologi dan pendidikan, mereka juga boleh
menghalau keluar orang British dari Tanah Melayu. Hakikat ini telah disedari
oleh golongan terpelajar di Tanah Melayu. Di antara mereka ialah Syed Sheikh
al-Hadi yang mula menggalakkan orang melayu memajukan diri mereka dalam
aspek ekonomi dan sosial, melalui ajaran Islam. Perkembangan di Jepun
mengalahkan kuasa Rusia telah membawa kesedaran dan keyakinan bahawa
orang melayu juga boleh mempertahankan kepentingan mereka daripada
terus di tindas oleh pihak British. Selain itu, turut timbulnya Gerakan
Kesedaran Kebangsaan China. Pada tahun 1911 berlaku Revolusi China yang
dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Beliau telah berjaya menumbangkan kerajaan
Manchu dan menubuhkan sebuah negara republik China. Keadaan ini
membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British.

Faktor luaran yang keempat pula merupakan pengaruh dari Indonesia.


Gerakan kemerdekaan rakyat Indonesia menentang pemerintahan Belanda
telah memberi semangat kepada golongan melayu yang inginkan pembebasan
daripada penjajahan British. Beberapa parti politik telah ditubuhkan
ditubuhkan di Indonesia. Antaranya ialah Sarekat Islam. Sarekat Dagang Islam
diasaskan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama Sarekat
Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912. Sarekat Islam
ialah parti politik yang pertama di Indonesia. Pemimpin Sarekat Islam yang
terkenal ialah Omar Said Tjokroaminoto dan Agus Salim.

Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di Indonesia


supaya menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di Johor
ditubuhkan oleh Haji Ibrahim bin Sidin dari Singapura. Cawangan Sarekat Islam
di Johor tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Penentangan terhadap
British di Terengganu (1928) dimulakan oleh Syarikatul Islam yang diketuai oleh
Sayid Muhammad dari Johor. Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di Beserah
hingga ke Kemaman. Sayid Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan
Sarekat Islam di Terengganu. Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke Tanah
Melayu pada 1920-an melalui ceramah dan kelas agama oleh guru-guru agama
dari Sumatera.

Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed
Syeikh al-Hadi menceritakan perjuangan Sarekat Islam. Syed Syeikh al-Hadi
mengambil Mohammad Yunus bin Abdul Hamid menjadi pengarang di
akhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat Islam dan penerbit akhbar
Sinaran Zaman di Sumatera. Parti politik yang kedua pula ialah Parti Komunis
Indonesia (PKI). PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada
tahun 1920. Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran
komunis yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk Tan
Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis di Singapura tetapi tidak
berhasil. Tan Malaka berpendapat bahawa orang Melayu sukar dipengaruhi
kerana mereka berfahaman konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera dapat
mengembangkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.
Yang terakhir sekali ialah   Parti Nasional Indonesia (PNI). PNI diasaskan oleh
Sukarno dan Sartono pada tahun 1927. Pemuda-pemuda Indonesia
memperjuangkan kebebasan mereka melalui tulisan, pergerakan sosial dan
kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh perjuangan PNI yang
mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak
bekerjasama ini telah diamalkan oleh pejuang nasionalis di India yang diketuai
oleh Mahatma Gandhi. PNI mengamalkan ideology yang menganjurkan
revolusi untuk menggulingkan kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang
tersebar melalui majalah dan akhbar dapat membangkitkan semangat
kebangsaan di kalangan orang Melayu. Mereka berjuang untuk memajukan
bidang sosial, ekonomi dan politik orang Melayu. Penduduk Tanah Melayu
menguatkan semangat dan bersatu padu untuk melepaskan diri daripada
kuasa penjajah.

Faktor kelima adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina. Jose Rizal


memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol. Beliau
telah menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina dan menuntut
Sepanyol memberi layanan adil kepada rakyat. Melaului gerakan ini juga telah
member kesedaran kepada openduduk di Tanah Melayu untuk bangkit dari
terus dikuasai oleh kuasa asing.

Faktor terakhir adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan India. Gerakan ini


dipimpin oleh Mahatma Gandhi. Tujuan gerakan ini adalah untuk
membebaskan India daripada penjajahan British. Penduduk di Tanah Melayu
juga turut mempunyai keinginan yang sama iaitu ingin membebaskan diri
daripada penjajahan Brirish. Dengan itu, gerakan ini telah memberi semangat
serta kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu untuk terus bangun dari
penindasan yang berleluasa di Negara sendiri.

Kesimpulannya, faktor-faktor dalaman mempunyai peranan yang


tersendiri dalam membangkitkan semangat nasionalisme penduduk Tanah
Melayu. Contohnya ialah agama, system pendidikan, kesedaran tentang
kemunduran orang melayu, bahasa dan kesusasteraan serta perkembangan
media massa, Jadi faktor-faktor inilah antara yang banyak membantu kearah
proses kemerdekaan rakyat. Selain itu, peranan pengaruh luar merupakan
faktor penting kebangkitan nasionalisme Melayu. Akibatnya, timbul persatuan
Melayu pada tahap-tahap berlainan. Kemudiannya, Kongres Melayu Se Malaya
diadakan pada 9 Ogos 1939 bertujuan memupuk perpaduan di kalangan orang
Melayu. Antara lain ialah usaha persatuan-persatuan Melayu merintis jalan
penubuhan UMNO pada tahun 1946.

You might also like