You are on page 1of 6

u

i
o
L
.
r
D
p
A
s
a
1 Aeriol Kiryu’s Note

Struktur Dan Organisasi Pergerakan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah




Antarabangsa

Pergerakan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri


daripada tiga badan yang berasingan iaitu:-

Jawatankuasa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa


Persekutuan Antarabangsa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah
Persatuan – persatuan kebangsaan

Jawatankuasa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (ICRC)

Rajah menunjukkkan logo ICRC

Pada asalnya,Jawatankuasa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah


Antarabangsa (International Committee of Red Cross (ICRC) dinamakan sebagai
‘Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang – orang Cedera Semasa
Perang’ yang ditubuhkan pada 17 Februari 1863. Oleh sebab pengasasnya terdiri
daripada lima orang, maka ia lebih popular dengan Jawatankuasa Berlima.

Carta alir menunjukkan ahli Jawatankuasa Berlima


2 Aeriol Kiryu’s Note

Sebenarnya, jawatankuasa ini ditubuhkan di bawah Persatuan Kebajikan


Masyarakat Geneve, dengan tujuan asalnya untuk mengkaji idea- idea Jean Henry
Dunant dan bagaimana idea – idea tersebut menjadi kenyataan. Jawatankuasa ini
berfungsi dengan baik dan sering kali mendapat sambutan yang baik daripada
negara – negara yang dijemput apabila mengadakan persidangan. Oleh itu,
jawatankuasa ini beransur – ansur menjadi suatu badan yang tersendiri.

Pada tahun 1876, nama Jawatankuasa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa (ICRC) mula digunakan dan ia kekal sehingga sekarang. ICRC yang
masih berpusat di Geneva kini telah dianggotai oleh 25 orang ahli jawatankuasa dan
kesemuanya berwarganegara Switzerland. Hal ini berlaku kerana, adalah untuk
mengekalkan mengekalkan sifat neutral ICRC dalam sebarang konflik sesuai
dengan reputasi Switzerland sebagai negara yang neutral. Malah, mereka juga turut
mempunyai banyak pengalaman dalam hal-ehwal antarabangsa. Walaupun begitu,
ICRC mempunyai pejabat – pejabat di beberapa rantau dunia dengan kakitangan
dan deligasi yang pelbagai bangsa.

(Pej
M
Eks abat
puan
e dan
eku ))
ti f
(Ibu
LOp
e mbe
Perhim
Direk aga
tras
ora i
t

Rajah menunjukkan anggota badan pentadbir jawatan kuasa palang merah

Jawatankuasa presiden pula dipilih daripada ahli – ahli itu bagi jangka masa
empat tahun. Jawatankuasa tersebut bermesyuarat dalam suatu perhimpunan
sebanyak lapan kali setahun bagi menentukan dasar am institusi dan prinsip –
prinsip yang membimbing aktiviti – aktivitinya. Lembaga esksekutif yang terdiri
daripada tujuh orang ahli jawatankuasa bertanggungjawab berkenaan hal –hal
operasi dan penyeliaan secara langsung hal-ehwal pentadbiran. Ia bermesyuarat
seminggu sekali dan seperti Majlis Perhimpunan ia dipengerusikan oleh presiden
ICRC.
3 Aeriol Kiryu’s Note

Dari Geneva, Ibu Pejabat Direktorat mengendalikan pelbagai perkhidmatan


yang menyokong aktiviti – aktivitinya di medan seperti sokongan operasi iaitu
pengurusan pentadbiran wilayah yang mengendalikan Agensi Pengesanan Pusat
pertimbangan berkenaan perundangan kemanusiaan dan prinsip – prinsip
pergerakan, sumber – sumber manusia, sokongan kewangan, dan pentadbiran
selain daripada komunikasi dan siar raya.

Kecuali beberapa orang sahaja, semua kakitangan tetap ICRC terdiri


daripada rakyat Swiss. Walaupun begitu, ada beberapa deligasi medan ICRC
mempunyai kakitangan yang dipinjam daripada persatuan –persatuan kebangsaan
dan bertugas terutamanya dalam bidang perubatan dan logistik.

Pada dasarnya, ICRC bertindak dalam masa perang, perang saudara atau
rusuhan dalam negara atau ketegangan, melindungi dan menolong mangsa –
mangsa awam dan tentera. Lawatan – lawatan ke kem – kem tahanan dan
melaporkan kepada pihak berkuasa secara terus.

Berikut merupakan peranan ICRC pada setiap masa iaitu:-

 Pembangun konvensyen kemanusiaan Antarabangsa


 Penjaga prinsip – prinsip asas Palang Merah
 Mengiktiraf penubuhan persatuan, Persatuan Palang Merah,dan Bulan Sabit
Merah Kebangsaan.
 Agensi pengesanan pusat
 Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlakunya kemalangan
 Mesej – mesej orang awam
 Bantuan bekalan kepada mangsa – mangsa peperangan

Persekutuan Antarabangsa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah (IFRC)


4 Aeriol Kiryu’s Note

Rajah menunjukkan lambang IFRC

Persekutuan Antarabangsa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah


(International Federation of RC Socities (IFRC) ditubuhkan pada tahun 1919.
Dahulu, persekutuan ini dikenali sebagai Liga Persatuan Palang Merah Dan Bulan
Sabit Merah dan ditukar namanya pada tahun1991. Antara fungsi –fungsi umum
persekutuan ini ialah:-

 Bertindak sebagai badan tetap berkenaan perhubungan, penyelarasan, dan


pengkajian di antara persatuan – persatuan kebangsaan dan bagi memberi
mereka apa jua pertolongan yang diminta.
 Mengalakkan di setiap negara berkenaan penubuhan dan pembangunan
kebangsaan yang bebas serta diiktiraf.
 Memberi bantuan dengan apa sahaja cara kepada semua mangsa bencana.
 Membantu persatuan – persatuan kebangsaan dalam persediaan bantuan
bencana dalam organisasi tindakan bantuannya.
 Menggalakkan dan menyelaraskan di antara persatuan – persatuan
kebangsaan berkenaan pertukaran idea bagi pendidikan kanak – kanak dan
belia.

Nama Persekutuan Antarabangsa Palang Merah Dan Bulan


Sabit Merah(IFRC) - dikenali sebagai Liga Persatuan
Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah dahulu.
Ditubuhkan 5 Mei 1919
Pengasas Henry Pomeroy Davison (presiden Jawatankuansa
Palang Merah Amerika)
Ahli – ahli pengasas Persatuan Palang Merah Amerika, England, Perancis,
Jepun,Itali
Tujuan utama Bagi memberi galakan, semangat dan mempromosikan
semua bentuk aktiviti – aktiviti kemanusiaan oleh
persatuan – persatuan kebangsaan bagi tujuan
pencegahan dan meringankan penderitaan manusia.
Kawasan tugasan Seluruh dunia melalui persatuan – persatuan Palang
Merah Dan Bulan Sabit Merah
Fungsi Bertindak sebagai badan penghubung dan
5 Aeriol Kiryu’s Note

penyelarasan yang tetap antara persatuan – persatuan


kebangsaan dan memberi apa sahaja bantuan yang
diperlukan. Selain itu juga, bagi menggalakkan
kewujudan dan perkembangan persatuan – persatuan
kebangsaan dan menyelaraskan operasi – operasi
bantuan mereka bagi mangsa – mangsa bencana dan
pelarian.
Ciri – ciri istimewa Bebas, persekutuan Antarabangsa bukan kerajaanyang
tidak berunsurkan politik, perkauman dan keagamaan.
Ibu pejabat Chemin des Crets,1211 Geneva129, Switzerland

Jadual di atas menunjukkan fakta mengenai Persekutuan Antarabangsa Palang


Merah Dan Bulan Sabit Merah
Pada tahun 2003, bilangan negara yang menganggotai persatuan ini
meningkat kepada 178 buah negara. Untuk mengelakkan pertindihan fungsi,
IFRC dan ICRC telah mengadakan beberapa perbincangan sejak tahun 1989
dan membuat beberapa persetujuan.

Perbezaaan utama dalam bidang antara IFRC dan ICRC adalah dari segi
skopnya iaitu ICRC lebih berperanan dalam peperangan dan konflik bersenjata
manakala IFRC pula berperanan dalam masa aman. Malah, mereka berperanan
menekankan kesihatan dan kebajikan terutamanya di negara – negara ketiga.

Persatuan – Persatuan Kebangsaan

Di seluruh negara, semua persatuan kebangsaan bertindak sebagai badan


yang membantu kerajaan dalam hal – hal kemanusiaan. Tugas utamanya ialah
membantu perkhidmatan tentera jika berlaku peperangan. Oleh itu, persatuan
perlu mempersiapkan diri semasa aman.

Selain tu, persatuan juga menjalankan aktiviti – aktiviti khusus yang selaras
dengan Prinsip – Prinsip Asas. Contohnya ialah melatih petugas pertolongan
cemas dan jururawat, program derma darah, menjalankan despensari dan
hospital, memberikan pertolongan kepada orang sakit serta kurang upaya dan
sebagainya. Walau bagaimana pun, persatuan – persatuan ini perlu mendapat
pengiktirafan daripada ICRC.
6 Aeriol Kiryu’s Note

Rajah menunjukkan lambang BSM di seluruh dunia

You might also like