You are on page 1of 28

1.

0 PENGENALAN

Air terdiri dari hidrogen dan oksigen yang amat penting dalam isi planet ini untuk membesar
dan tumbuh serta hampir semua aktiviti yang di lakukan memerlukan air seperti kegunaan
sebagai minuman, sistem kebersihan, pertanian, industri, pembangunan bandar, kuasa
hidro, perikanan, pengangkutan, pengurusan tanah rata atau rendah dan kegiatan lain.
Dalam erti kata lain, air merupakan keperluan asas yang amat penting. Hal ini kerana air
mewakili 97 peratus daripada isi bumi dan 65 peratus badan kita memerlukan air (Azmi Hj.
Maad, 2009). Manakala pencemaran pula ditakrifkan sebagai untuk merosakkan atau tidak
bersih atau kotor. Maka dengan itu, pencemaran air boleh berlaku apabila sumber air
dicemari berikutan sejumlah besar bahan tertentu bercampur dalam air. Dari segi
saintifiknya, pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan,
keadaan dan warna sehingga tidak sesuai digunakan dan memberi kesan apabila
digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi  biologi, kimia dan fizik sehingga
mengubah indeks kualiti air seperti dalam Rajah 1. Indeks Kualiti Air (IKA) adalah standard
yang digunakan oleh agensi alam sekitar seperti Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk
mengukur kebersihan dan kualiti bekalan air untuk kegunaan domestik, akuakultur dan
pengairan.

Jadual 1: Indeks Kualiti Air


Kelas Indeks Kualiti Air Kegunaan Air
Kelas I >92.7 Dalam keadaan semulajadi
Kelas IIA 85.0 – 92.7 Air memerlukan rawatan konvensional
Kelas IIB 76.5 – 85.0 Air boleh digunakan untuk rekreasi
Kelas III 51.9 – 76.5 Air memerlukan rawatan intensif
Kelas IV 31.0 – 51.9 Hanya untuk tujuan pengairan
Kelas V <31.0 Air yang tercemar teruk

(Sumber: Malaysia Environmental Quality Report 1999 (1999))

Air yang telah tercemar ini akan berubah sifatnya dari segi fizikal, kimia dan
biologinya tidak akan menjadi jernih lagi seperti asal akibat hadirnya bahan-bahan koloid
tidak tulen seperti besi serta mangan dan juga kehadiran bahan-bahan organik yang terhasil
akibat dari pereputan tumbuh-tumbuhan. Oleh yang demikian, air yang tecemar ini sangat
berbahaya bukan hanya kepada manusia tetapi juga terhadap ekosistem. Sekiranya air
tersebut hendak digunakan, ianya perlulah dirawat terlebih dahulu bagi memastikan air ini
selamat digunakan tanpa memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

2.0 PUNCA PENCEMARAN AIR

1
Menurut Jabatan Alam Sekitar, pencemaran air boleh berpunca daripada punca-punca tetap
dan punca-punca tidak tetap (http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-
sungai). Punca-punca tetap termasuklah loji rawatan kumbahan, industri pembuatan, industri
berasaskan pertanian dan ladang khinzir. Punca tidak tetap pula dikategorikan sebagai
sumber–sumber yang tidak berpunca dari satu titik pelepasan tertentu seperti daripada
aktiviti pertanian dan air larian permukaan. Secara umumnya, isu pencemaran air sering
dikaitkan dengan perkembangan ekonomi yang berlaku dalam sesebuah negara. Hal ini
kerana perkembangan ekonomi ini yang membawa masuk pelbagai pengaruh luar seperti
perkembangan teknologi yang canggih, aliran pemikiran yang baru dan turut membawa
pengaruh-pengaruh yang tidak baik iaitu risiko terhadap pencemaran. Malaysia turut
mengalami situasi yang sama memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang
sedang membangun dan memerlukan bantuan teknologi maju daripada negara maju yang
lain. Antara faktor penyumbang kepada pencemaran air di Malaysia adalah sumber primer,
sumber skunder dan sumber tertier yang banyak menyumbang kepada peningkatan ekonomi
negara dan pembangunan lestari di Malaysia. Menurut Chamhuri Siwar, Redzuan Othman
dan Nik Hashim Nik Mustapha dalam Ekonomi Malaysia Asas, sumber primer terdiri
daripada sektor pertanian (termasuk tanaman, perhutanan, perikanan dan ternakan),
perlombongan dan kuari. Sumber sekunder pula merujuk kepada dua kumpulan industri
yang utama iaitu industri pembuatan atau perkilangan dan industri pembinaan. Manakala
sumber tertier pula disebut sebagai sumber yang berpunca daripada sektor perkhidmatan.

2.1 Sumber Primer

Pencemaran air di Malaysia dapat dilihat berpunca daripada aktiviti ekonomi melalui sumber
primer. Sumber primer ini disebut juga sebagai komoditi utama yang menyumbang kepada
perkembangan ekonomi negara. Komoditi utama ini merangkumi semua keluaran yang
berasal dari bumi sama ada yang ditanam, tumbuh sendiri, digali atau diternak. Isu
pencemaran yang dapat dilihat berpunca dari sumber primer ini adalah terdapat kegiatan
pusat penternakan ayam dan babi yang dibiarkan beroperasi berhampiran sungai. Merujuk
statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, bilangan populasi
khinzir bagi tahun 2007 adalah sebanyak 1.74 juta. Hal ini menunjukkan peningkatan
sebanyak 4.2% berbanding 1.67 juta pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, bilangan
ladang khinzir telah menurun daripada 869 pada tahun lepas kepada 779 buah ladang pada
tahun 2007.1
1
Punca pencemaran air yang diperoleh dari laman web http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-
air-sungai pada 27 Ogos 2010.
2
Kewujudan pusat penternakan di tebing-tebing sungai membawa kesan yang buruk
terhadap kualiti air di sungai. Sekiranya pusat penternakan yang beroperasi ini tidak dikawal
dan tidak ditinjau sistem kumbahannya, maka pertambahan bilangan haiwan ternakan ini
akan membawa implikasi yang lebih besar terhadap pencemaran air di Malaysia pada masa
akan datang. Hal ini demikian kerana pertambahan bilangan haiwan ternakan ini secara
langsung akan menghasilkan kuantiti sisa buangan atau sisa kumbahan yang lebih besar.
Terdapat juga sesetengah pengusaha pusat ternakan yang tidak bertanggungjawab
membiarkan saja sisa buangan, baik pepejal ataupun cecair mengalir tanpa dirawat
manakala sampah dihumban saja ke dalam sungai.2

Hal ini dibuktikan melalui statistik yang diperolehi oleh Indah Water Sdn. Bhd. yang
menunjukkan bahawa pelepasan effluen daripada loji rawatan kumbahan termasuk yang
telah dirawat sepenuhnya atau dirawat separuh merupakan penyumbang kepada beban
pencemar organik utama. Dianggarkan sebanyak 941,934.27 kg/hari beban BOD dilepaskan
dari loji rawatan kumbahan. Kemudian diikuti oleh effluen dari ladang khinzir sebanyak
223,062 kg/hari dan industri pembuatan dan industri berasaskan pertanian sebanyak
81,596.83 kg/hari. Jadual 2 menunjukkan jumlah beban BOD yang dilepaskan daripada loji
rawatan kumbahan pada tahun 2007.

Jadual 2: Malaysia: Jumlah Beban BOD (kg/hari) daripada Loji Rawatan Kumbahan

Bil Loji Kadar Alir


Jumlah Beban BOD
Negeri Rawatan
Penduduk (m3/hari) (kg/hari)
Kumbahan
Selangor 2,649 6,366,224 1,432,400 358,100.10
Perak 1,398 1,373,084 308,944 77,235.98

2
Keratan akhbar Pusat Lupus Sampah Patut Diubahsuai: Berita Harian, 3 Mei 2006; hlmn 8 oleh Rejal Arbee.

3
Johor 1,038 1,265,618 284,764 71,191.01
Negeri Sembilan 937 1,001,532 225,345 56,336.18
Kedah 782 601,618 135,364 33,841.01
Melaka 751 622,932 140,160 35,039.93
Pulau Pinang 657 2,198,113 494,575 123,643.86
Pahang 510 337,231 75,877 18,969.24
WP Kuala Lumpur 306 2,760,202 621,045 155,261.36
Terengganu 227 80,957 18,215 4,553.83
Perlis 41 21,066 4,740 1,184.96
WP Labuan 32 43,099 9,697 2,424.32
WP Putrajaya 9 73,822 16,610 4,152.49
Total 9,337 16,745,498 3,767,736 941,934.27

(Sumber : Data IWK Sdn. Bhd melalui laman web


http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-sungai.)

Seterusnya sektor perikanan juga turut menyumbang kepada pencemaran air di


Malaysia. Hal ini berpunca daripada tumpahan minyak akibat bot-bot nelayan yang telah
usang dan memburukkan keadaan pencemaran yang berlaku. Keadaan ekonomi nelayan
yang tidak tetap menyebabkan golongan nelayan kurang berkemampuan untuk melakukan
penyelenggaran bot secara berkala. Perkara ini bukan sahaja menyumbang kepada
kerosakan enjin malah menyebabkan tangki minyak berkarat dan bocor secara tiba-tiba.
Selain itu, aktiviti kapal sederhana yang biasanya di sapu cat yang dicampurkan dengan
racun perosak, timah tributil (TBT), untuk melindungi kapal daripada dirosakkan oleh teritip
dan alga turut dilihat meningkatkan risiko berlakunya pencemaran air. Sebatian ini secara
beransur-ansur akan meresap ke dalam air laut dan memasuki tubuh hidupan laut. Keadaan
ini secara tidak langsung bukan sahaja merosakkan sumber air bersih dalam negara malah
turut merosakkan hidupan laut yang mempunyai keindahan tersendiri. Aktiviti nelayan asing
yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah sarap dan sisa buangan ke dalam
sumber air negara juga turut memberi impak yang negatif terhadap punca air negara.
Sampah sarap yang dibuang bukan sahaja tidak boleh larut malah terapung di atas
permukaan air dan menyebabkan sumber air bersih menjadi terhad.

Sektor pertanian juga turut menyumbang kepada pencemaran air. Hal ini demikian
sektor pertanian mempunyai perkaitan yang rapat dengan sumber air. Kegunaan baja
buatan dan baja asli dalam bidang pertanian mengakibatkan lelehan nitrat (sejenis baja
buatan) dari tanah meresap masuk melalui celah batu dan ke air bawah tanah. Air inilah
yang akan mejadi bekalan di lubang air atau perigi. Oleh yang demikian, nitrat ini akhirnya
akan sampai ke air paip dan menyebabkan kualiti air yang terhasil tidak elok. Penggunaan

4
racun perosak dan racun rumpai dalam bidang pertanian juga boleh menyebabkan
pencemaran air berlaku. Pencemaran ini berlaku apabila bahan kimia ini memasuki sungai
selepas digunakan di ladang. Sebagai contoh, metal raksa yang merupakan sejenis racun
perosak digunakan untuk melindungi biji benih daripada serangan bakteria dan serangga
perosak. Bagaimanapun metal raksa ini bukan sahaja membunuh burung yang memakan biji
benih itu malah ikan dan hidupan air yang ada di dalam sungai dan parit. 3 Justeru itu,
penggunaan racun perosak dan bahan kimia dalam bidang pertanian boleh menyumbang
kepada pencemaran air.

2.2 Sumber Sekunder

Pencemaran air juga dapat dilihat berpunca daripada sumber ekonomi sekunder. Sumber
sekunder ini terdiri daripada dua kumpulan industri yang utama iaitu industri pembuatan atau
perkilangan dan industri pembinaan. Melalui sektor pembinaan, ia menyumbang kepada
pencemaran air apabila sesetengah projek pembinaan tidak dirancang dengan baik. Hal ini
demikian kerana terdapat sesetengah pihak pengusaha projek pembinaan mengambil
langkah mudah serta tidak mempedulikan aspek keseimbangan alam sekitar dengan
kehidupan manusia pada masa kini. Oleh itu, pencemaran kerap kali berlaku dan salah satu
daripadanya adalah pencemaran air yang banyak memberikan kesan terhadap kehidupan
seharian manusia. Menurut Ahmad Sanusi Hassan menyatakan bahawa apabila sesuatu
kawasan digunakan sebagai tapak pembinaan mengalami proses meratakan tanah,
permukaan tanah di tapak binaan akan digaul, dicedok, disodok, digali dan dikikis dengan
menggunakan jentolak dan traktor penyodok.

Situasi ini berlaku akibat tapak binaan secara semula jadinya mempunyai permukaan
yang beralun iaitu terdapat beberapa tempat yang mempunyai permukaan yang rendah,
manakala terdapat beberapa bahagian lain yang mempunyai permukaan yang tinggi. Maka
tebus guna tanah di kawasan rendah perlu dilakukan. Akibat dari proses tebus guna, air
selut dari kawasan tebus guna akan mengalir ke kawasan tanah yang mempunyai aras yang
lebih rendah apabila hujan turun. Air selut ini akan mengalir ke longkang atau sungai yang
berdekatan. Implikasi yang dapat dilihat seterusnya adalah anak sungai akan dikotori oleh air
selut yang mengalir dari kawasan pembinaan yang ditebus guna dan mengakibatkan sumber
air bersih tercemar dan tidak dapat digunakan lagi.

3
Malcom Penny. (1995). Dunia Kita Pencemaran dan Pemuliharaan. Selangor: Pustaka Delta Pelajaran Sdn.
Bhd. Hlmn 57.
5
Rajah 1: Anak Sungai yang Dicemari Air Selut

(Sumber : Punca Pencemaran Air melalui laman web


http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-sungai.)

Selain itu, sektor pembuatan batik turut menyumbang kepada pencemaran air. Hal ini
dapat dilihat dalam memajukan industri batik negara, terdapat sesetengah pengusaha batik
yang tidak mengambil kira kesan yang akan terhasil akibat sisa buangan yang mengandungi
bahan pewarna, peluntur dan sebagainya kepada alam sekitar. Hal ini kerana dalam industri
batik, pelbagai teknologi disediakan untuk tujuan menghasilkan batik yang bermutu tanpa
mengambil berat aspek alam sekitar. Pembuangan sisa yang tidak dirawat akan
mendatangkan risiko berlakunya pencemaran lain yang akhirnya akan berlarutan dan
mengakibatkan berlakunya kepupusan flora dan fauna. Menurut Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Sungai Jabatan Pengairan dan Saliran, Ahmad Darus menyatakan Malaysia
mempunyai air yang banyak tetapi sesetengah sungai, yang menjadi sumber utama air di
Malaysia tercemar disebabkan pembuangan sampah ke saluran air dan pencemaran dari
kawasan bahan buangan, industri batik, pembetungan dan rumah sembelih
(www.bernama.com). Oleh itu, sektor pembuatan batik bukan hanya menyumbang kepada
perkembangan ekonomi negara malah turut memberi risiko terhadap alam sekitar sekiranya
tidak dirancang sistem rawatan sisa buangannya dengan baik.

6
Rajah 2: Pencemaran Air Akibat Pembuangan Sisa Buangan Industri Batik

(Sumber : Punca Pencemaran Air melalui laman web


http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-sungai.)

2.3 Sumber Tertier

Seterusnya, pencemaran air banyak berpunca dari sumber tertier yang boleh berlaku dalam
sektor-sektor kecil seperti kuasa elektrik, gas dan air, pengangkutan, penyimpanan,
perhubungan, perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran; perkhidmatan kerajaan
dan perkhidmatan lain yang berbanding dengan sumber primer dan sumber skunder, sektor
ini tidak menghasilkan sebarang keluaran dalam bentuk fizikal tetapi merupakan keluaran
perkhidmatan sahaja. Sumber tertier ini dilihat sebagai salah satu punca berlakunya
pencemaran air di Malaysia kerana kurangnya kesedaran dalam kalangan pengusaha di

7
sektor ini untuk menjaga keseimbangan alam sekitar dan mengaplikasikan kepentingan
alam sekitar dalam setiap perancangan yang dilakukan.

Rajah 3: Pusat Pengumpulan Sampah Sarap

(Sumber : Punca Pencemaran Air melalui laman web


http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-sungai.)

Menurut Berita Harian yang bertarikh 1 Mei 2006 Kajian Kaedah Buang Sisa
Ceriakan Alam Sekitar, hasil tulisan Datuk Mohd Nasir Ahmad di bahagian Alam Sekitar
page 10, menyatakan bahawa perniagaan bidang peruncitan turut menyumbang kepada
kuantiti sisa dan sampah yang besar dalam negara. Kedai makan umpamanya mempunyai
banyak sisa organik yang boleh menjadi busuk dan menyebarkan kuman dan bakteria
sekiranya tidak dilupuskan dengan betul. Selain itu, terdapat juga sesetengah pengusaha
gerai makanan yang membuang sisa makanan di dalam longkang sehingga menyebabkan
longkang tersumbat dan mengeluarkan bau busuk dan meloyakan. Keadaan sebegini bukan
sahaja memberi kesan kepada kualiti air malah memberi kesan terhadap kualiti udara yang
disedut oleh manusia dan hidupan lain. Kesan daripada aktiviti ekonomi di sektor ini akan
mengakibatkan kejadian penyerapan air larut serap (licheate) dari pusat pelupusan sampah
ke dalam sungai dan menyebabkan bekalan air tercemar teruk sehingga tidak dapat dirawat
dengan sempurna. (Pusat Lupus Sampah Patut Diubahsuai: Berita Harian, 3 Mei 2006; hlmn
8 oleh Rejal Arbee)

8
Selain itu, sikap tamak dan angkuh manusia serta sikap tidak menghormati alam
sekeliling, asyik leka mencampak sampah di merata tempat hingga sungai menjadi cetek,
menorah dan menggondolkan bukit bukau mendatangkan akibat yang teruk kelak (Bencana
Tak Hormat Alam Sekitar Oleh Tajuddin Saman Harian Metro 11 Mei 2006 Hlmn 10 Bhgn
Alam Sekitar). Dalam proses menyediakan rangkaian perhubungan dan pengangkutan yang
baik kepada penduduk di Malaysia, projek penebangan hutan dijalankan bagi menyiapkan
jaringan jalan raya bagi menghubungkan penduduk. Selain dapat menghubungkan
penduduk, jaringan jalan raya ini akan dapar memberikan kemudahan kepada penduduk
untuk bergerak dan ia juga dapat menjimatkan masa penduduk untuk sampai ke sesuatu
destinasi. Punca pencemaran air ini juga turut memberi kesan yang negatif kepada
kehidupan penduduk. Umpamanya, ia akan menyebabkan hakisan tanah berlaku berikutan
tanah di kawasan penebangan tidak lagi disokong oleh akar-akar pokok yang kuat. Tahap
hakisan tanah akan bertambah tinggi apabila hujan turun dalam kuantiti yang banyak. Di
Malaysia, risiko berlakunya situasi ini adalah tinggi kerana Malaysia menerima purata hujan
yang tinggi iaitu kira-kira 2500 mm setahun. (Ahmad Sanusi Hassan, 2005).

Sumber tertier juga dilihat turut menyumbang kepada pencemaran air melalui sektor
perlancongan. Hal ini demikian kerana terdapat permintaan yang tinggi untuk percutian
lengkap di atas lokasi percutian terapung dan ini telah mengubah pelayaran dengan kapal
menjadi industri percutian yang cepat berkembang. Seperti juga industri pesawat,
pertumbuhan permintaan dan pembinaan pesawat atau kapal mencetuskan banyak kritikan
terutama dari segi ekologi. Kapal besar bukan sahaja bermaksud keuntungan yang besar
malah turut membawa masalah yang besar termasuklah pencemaran dan masalah logistik
mengendalikan terlalu ramai orang di pelabuhan kecil yang disinggahi kapal terbabit. Antara
pencemaran yang berlaku adalah habitat marin yang rosak akibat kapal persiaran
membuang najis, minyak dan sampah sarap. Hal ini menunjukkan sektor pelancongan
mendatangkan impak yang buruk sekiranya setiap aspek sumbangannya terhadap manusia
dan alam sekitar tidak dikaji dengan baik. Antara syarikat yang aktif mempromosikan
percutian kapal layar untuk golongan muda adalah easyCruise milik Stelios Haji-Ionnou dan
kapal gergasi dalam armada Royal Caribbean, Freedom of the Seas seberat 160,000 tan.
(Kapal Persiaran Ancam Alam Sekitar, Harian Metro, 10 Mei 2006, hlmn 29, Bahagian Alam
Sekitar )

9
Rajah 4: Kapal Royal Caribbean Freedom of the Seas

(Sumber : Data IWK Sdn. Bhd melalui laman web


http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-sungai.)

3.0 KESAN PENCEMARAN AIR

3.1 Aspek Ekonomi

Air adalah satu keperluan asas yang amat penting untuk manusia dalam menjalankan
aktivtiti harian dan meneruskan kehidupan yang sempurna. Tanpa bekalan air bersih yang

10
secukupnya aktiviti harian akan terjejas serta menyulitkan. Tidak ketinggalan juga aktiviti
ekonomi yang dijalankan. Seperti yang sedia maklum kebanyakan aktiviti ekonomi seperti
perindustrian, pertanian, pelancongan dan sebagainya memerlukan sumber air bersih
sebagai sumber utama dalam proses penghasilan produktiviti serta perkhidmatan mereka.
Tanpa kemudahan sumber air bersih aktiviti pemprosesan dan perkhidmatan akan terjejas
dan seterusnya ianya memberi impak yang negatif kepada ekonomi negara.

Aktiviti perindustrian seperti perkilangan sama ada perindustrian berat, sederhana


mahupun kecil-kecilan secara umumnya memerlukan sumber air bersih dalam proses
penghasilan produk mereka. Jika berlaku pencemaran air dan seterusnya menjejaskan
sumber air bersih di sesebuah kawasan kesannya secara tidak langsung premis
perindustrian yang terdapat dikawasan tersebut tidak dapat menjalankan proses penghasilan
produk perkilangan mereka dan ini akan menjejaskan pendapatan syarikat khususnya dan
negara amnya. Keperluan sumber air bersih dilihat sangat penting dan menjadi nadi utama
bagi semua aktiviti manusia. Apabila produktiviti sesuatu perindustrian terjejas ianya akan
melibatkan kerugian dan kesan yang lebih teruk pembuangan tenaga kerja akan berlaku.
Sebagai contoh, jika sebuah kilang sarung tangan getah tidak dapat menghasilkan jumlah
hasil sarung tangan yang telah dinyatakan pada setiap hari kerana masalah ketiadaan
sumber air bersih dalam proses penghasilan produk itu ini akan membawa kerugian yang
tinggi kepada syarikat dan dengan ketiadaan sumber air bersih yang mencukupi produk juga
tidak dapat dihasilkan dengan banyak apabila produk tidak dapat dihasilkan dengan jumlah
yang tinggi keperluan tenaga kerja juga tidak diperlukan dengan banyak. Justeru, pihak
pengurusan syarikat akan membuang pekerja-pekerja mereka dan ini akan memberi kesan
negatf kepada rakyat kerana mereka kehilangan pekerjaan sekaligus sumber pendapatan
mereka.

Aktiviti pertanian memerlukan sumber air bersih yang mencukupi untuk menghasilkan
tanaman dan penternakan yang berkualiti. Dalam menjalankan serta mengusahakan bidang
pertanian samaada secara komersial atau tradisional ianya tetap juga memerlukan
keperluan air bersih yang mencukupi. Sebagai contoh, dalam usaha menghasilkan tanaman
yang baik dan dan subur keperluan air yang mencukupi menjadi nadi utama dalam semua
jenis penanaman. Tanaman atau pokok-pokok tidak akan dapat hidup dengan subur jika
tidakmendapatkan keperluan asas iaitu air dengan mencukupi. Penanaman sayur-sayuran
amat memerlukan bekalan air yang mencukupi untuk memastikan sayur yang segar dapat
dihasilkan. Jika tiada sumber air yang mencukupi tanaman akan rosak dan tidak dapat
tunbuh dnegan suburnya. Apabila perkara ini berlaku sayur-sayuran serta buah-buahan yang
baik dan berkualiti tidak dapat dihasilkan seterusnya ianya tidak dapat dijual dipasaran untuk
orang ramai. Secara tidak langsung ini dapat menjejaskan sumber ekonomi para petani dan
11
kerugiaan dapat dirasai oleh para petani khususnya dan negara amnya. Sebagai contoh,
tanaman padi tidak akan dapat tumbuh dengan subur malah padi akan menjadi rosak jika
pokok-pokok padi tersebut kekurangan air yang kerap berlaku pada waktu-waktu kemarau.
Walaupun, kemarau di Malaysia tidak seteruk seperti di luar negara misalnya di Afrika
namun akibat kekurangan hujan yang turun ianya sudah cukup dapat menjejaskan bidang
pertanian negara seperti tanaman padi tidak akan menjadi.

Pencemaran air yan berlaku di dasar laut, persisiran pantai serta kawasan sungai
akan menjejaskan pendapatan para nelayan menjadikan laut serta sungai sebagai sumber
pendapatan dalam menampung kehidupan harian mereka. Akibat daripada tumpahan
minyak, banyak hidupan haiwan yang hidup di dasar laut serta sungai akan mati. Selain itu,
masalah tersebut juga menyebabkan para nelayan tidak dapat turun ke laut atau sungai
untuk menjalankan aktiviti ekonomi mereka. Pencemaran laut yang teruk akan menyebabkan
nelayan tidak dapat turun ke laut berminggu-minggu sehingga tumpahan minyak yang
berlaku dapat dibersihkan. Sebagai contoh kesan daripada tumpahan minyak yang berlaku
di Kota Tinggi dan ianya telah menjejaskan sumber pendapatan 400 nelayan. Tumpahan
minyak yang berpunca daripada tumpahan dari kapat MT Bunga Kelana 3 telah melibatkan
perairan di kawasan Pengerang.

“Buat masa ini jika hanya jarring sahaja kotor, kami boleh tukar dan
menanggung kosnya sekitar RM68 satu jaring namun pendapatan kasar kami
sebanyak RM1200 sebulan akan terjejas dan kami aka menanggung kerugian
besar sekiranya tumpahan minyak semakin merebak”.

(Samsudin Mohamed Yusof, Berita Harian, 2010)

Kecuaian pihak perkapalan menjadi punca para nelayan terjejeas sumber pendapatan
mereka. Apabila para nelayan tidak ke laut mereka tidak mempunyai sumber pendapatan
yang lain dan ini menjasi maslah kepada golonga nelayan yang terlibat. Apabila tiada
tangkapan hasil laut inaya juga kan menjejaskan sumber makanan yan mengandungi protein
kepada masyarakat. Bekalan hasil laut juga kan terjejas dan para peniaga akan menaikkan
harga jualan hasil laut mereka. Apabila harga tangkapan laut naik ianya akan menimbulkan
masalah kepada para pembeli yang terdiri daripada masyarakat Malaysia. Kekurangan hasil
laut juga akan melibatkan kekurangan sumber makanan harian masyarakat dan jika masalah
ini berlaku dalam jangka masa yang panjang ianya akan menjejaskan ekonomi negara.
Selain itu, kes-kes yang sama juga turut dilaporkan seperti kes pembuangan sisa tidak
dirawat di Sijangkang Selangor yang mengakibatkan Pengakalan Nelayan Sri Tanjung

12
mengalami risiko hilang punca pendapatan akibat daripada sungai tercemar iaitu menurut
sumber Berita Harian pada 25 Disember 2009.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah satu industri yang sedang giat untuk
dibangunkan oleh kerajaan. Berdasarkan ciri Model Ekonomi Baru yang mementingkan
pengagihan sumber ekonomi negara secara adil dan saksama kepada semua rakyat. Oleh
itu, dengan pembangunan dalam IKS ianya dapat tertumpu kepada kawasan luar bandar
yang mempunyai penduduk sederhana dan miskin. Dengan adanya IKS ianya dapat menjadi
sumber pendapatan penduduk tempatan seterusnya masalah kemiskinan dapat diatasi.
Walau bagaimanapun, jika sesebuah kawasan luar bandar tersebut menghadapi masalah
pencemaran air yang serius seperti pembuangan sisa toksik dan bahan kimia disungai-
sungai utama yang membekalkan sumber air bersih penduduk kampung. Perusahaan IKS
seperti pembuatan kerepek serta kuih-kuih tradisional seperti bahulu dan sebagainya pasti
akan terjejas dan ini akan merugikan pengusaha seterusnya menjejaskan sumber
pendapatan penduduk tempatan. Jika sumber ini terganggu dan tidak mencukupi proses
penghasilan produk tersebut tidak dapat dihasilkan. Disamping itu juga, kualiti kebersihan
sesebuah premis perusahaan IKS itu juga ajan terjejas. Apabila masalah ini berlaku
pengusaha IKS yang terdiri daripada penduduk kampung akan terjejas dan perniagaan tidak
dpat dijalankan seperti biasa. Walaupun IKS hanya menjanjikan upah yang sederhana
namun ianya dikatakan sudah cukup untuk menambah pendapatan para penduduk kampung
yang hanya memerlukan perbelanjaan harian yang rendah serta sederhana. Pemasalahan
yang timbul pada IKS dikatakan memberi impak negatif kepada ekonomi negara kerana jika
produktiviti IKS menurun masalah kemiskinan rakyat akan timbul dan apabila masalah ini
timbul kerajaan harus mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menangani masalah
kemiskinan yang masih wujud di luar bandar sedangkan wang yang diperuntukkan tersebut
dapat digunakan ke arah pembangunan infrasruktur serta kemudahan-kemudahan lain.
Pencemaran air yang berlaku akan membantutkan serta mengganggu pemprosesan produk
yang diusahakan oleh penara pengusaha IKS.

Industri pelancongan juga akan terjejas jika berlakunya pencemaran air di sesebuah
kawasan. Berdasarkan kes-kes pencemaran air laut dan sampah di kawasan peranginan di
sekitar sungai dan laut ianya akan menjejaskan kedatangan pelancong untuk berkunjung ke
kawasan peranginan tersebut dan ini akan menjejaskan ekonomi negara. pencemaran yang
dapat menjejaskan industri pelancongan negara dapat dilihat melalui beberapa punca.
Sebagai contoh, akibat daripada tumpahan minyak yang berlaku di dasar laut akan
menjejaskan persisiran pantai. Tumpahan minyak yang berlaku akan merosakkan keindahan
persisiran pantai. Akibat daripada itu, para pelancong tidak akan berkunjung di kawasan
peranginan tersebut. Apabila pelancong tidak berkunjung ke kawasan peranginan tersebut
13
tiada aktiviti ekonomi akan berlaku. Hal ini menjejaskan pendapatan serta sumber ekonomi
para pengusaha pusat peranginan, serta penduduk kampung yang menjalankan perniagaan
sepeti gerai-gerai makan, kedai cenderahati dan sebagainya di kawasan tersebut. Selain itu,
punca berlakunya pencemaran air di kawasan tarikan pelancong ialah sisa pembuangan
serta pembuangan sampah sarap di kawasan laut serta sungai. Akibat daripada banyak
longgokan sampah sarap pemandangan di sesebuah kawasan pelancongan seperti
kawasan air terjun, dan pesisiran pantai akan terjejas. Apabila pemandangan terjejas
sekaligus kebersihan juga akan terjejas dan apabila masalah ini timbul pengunjung tidak
akan berkunjung ke kawasan pelancongan tersebut. Hal ini akan menjejaskan aktiviti
ekonomi yang berpuncakan pelancongan dikawasan tersebut. Jelas dapat dilihat
pencemaran air yang serius akan memberi impak yan buruk kepada sektor ekonomi negara.
Oleh kerana itu, ianya harus dipandang serius dan semua pihak harus bersatu dan
bekerjasama dalam menangani maslah ini seterusnya tidak membenarkan masalah
pencemaran terus berlaku di sesebuah kawasan si seluruh negara.

3.2 Aspek Sosial

Impak daripada pencemaran yang dapat dilihat daripada aspek sosial ialah dari segi kesan
kesihatan masyarakat, dimana akibat dari pencemaran air banyak penyakit berjangkit akan
wujud seperti taun, malaria dan pelbagai jenis penyakit kulit. Sebagai contoh, penyakit taun
adalah satu penyakit yang dibawa oleh wabak. Penyakit ini boleh berlaku kerana sumber air
yang tidak bersih. Antara simpton-simpton penyakit taun ialah sakit perut, cirit birit, tidak lalu
makan dan lemah anggota badan. Ianya berpunca daripada pesakit telah minum sumber air
yang tidak bersih atau yang telah tercemar dan kerap berlaku pada musim-musim banjir
kerana pada musim banjir sumber air yang diperolehi adalah tidak bersih. Selain itu, penyakit
lain seperti demam malaria dan demam denggi turut berlaku dan ianya berpunca daripada
parasit yang dikenali sebagai protozoa dan agen pembawa penyakit ini adalah daripada jenis
nyamuk yang berbeza.4 Seperti yang sedia maklum, keaadaan sungai serta longkang yang
tercemar akan memudahkan pembiakan nyamuk yang membawa kepada penyakit-penyakit
tersebut. Apabila penyakit-penyakit ini menyerang ianya akan menjejaskan tahap kesihatan
anggota masyarakat dan seterusnya menjejaskan keadaan serta aktiviti sosial masyarakat.
Sebagai contoh, jika beberapa anggota masyarakat sesebuah kawasan penempatan itu
telah diserang demam denggi dan ianya agak serius kawasan tersebut akan di periksa oleh
pihak berkuasa dan kemungkinan penduduk kawasan tersebut akan dikuarantin. Apabila
keadaan ini berlaku ianya akan menjejaskan aktiviti sosial anggota masyarakat di kawasan

4
Wan Ghazali Wan Mohamed. (2002). Penyakit Kulit. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 23.
14
tersebut seperti mereka terpaksa membatalkan majlis-majlis kenduri, Hari Keluarga Komuniti
dan sebagainya.

Selain itu, kehidupan masyarakat juga akan terganggu impak dari pencemaran yang
serius kerana air merupakan keperluan asas utama manusia dalam menjalankan akivtiti
harian mereka. Tanpa bekalan air bersih yang mencukupi aktiviti harian manusia seperti
memasak, membasuh, berniaga dan sebagainya tidak dapat dijalankan seperti biasa dan ini
memberi kesukaran dan masalah kepada sistem sosial manusia. Ketiadaan sumber air
bersih yang mencukupi akan menjejaskan proses tumbesaran fizikal serta minda kanak-
kanak dan apabila ianya berlaku ini akan memberi impa yang negatif kepada sistem sosial
masyarakat dan negara. Seperti yang sedia maklum kanak-kanak serta remaja adalah
pewaris serta pertama masyarakat negara. Jika mereka ini tidak dapat hidup dengan
sempurna dengan tidak mendapat keperluan asas yang mencukupi seperti sumber
makanan, minuman, tempat tinggal serta pendidikan yang sempurna ianya tidak dapat
melahirkan generasi negara yang berkualiti dan ini akan merugikan negara. Fenomena ini
dapat dilihat di negara-negara miskin seperti Afrika dan India iaitu kanak-kanak disana dalam
keadaan kurus dan tidak bermaya kerana tidak mendapat bekalan makanan dan minuman
secukupnya.

3.3 Aspek Politik

Dari aspek politik daripada pencemaran yang berlaku terlalu serius ianya akan menjejaskan
pentadbiran dan mengganggu keamanan negara. Ini adalah kerana, masyarakat yang
menghadapi masalah pencemaran ini akan mengadakan perhimpunan secara haram dan
mungkin keganasan dalam menuntut masalah ini segera diatasi. Masyarakat kini yang terdiri
daripada golongan profesional, separa profesional serta tidak profesionl mempunyai cara
serta kaedah yang berbeza dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran air yang
wujud di kawasan penempatan mereka. Jika terdapat masalah pencemaran air iaitu
melibatkan keadaan longkang, sungai, serta laut dikawasan mereka ianya akan
mendatangkan keadaan dan persekitaran yang tidak selesa dan ini akan mendatangkan
kemarahan kepada anggota masyarakat. Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang
wujud itu, pelbagai kaedah serta cara akan dilakukan. Jika anggota masyarakat yang terdiri
daripada golongan profesional akan menyelesaikannya dengan cara yang profesional
menerusi melaporkan kepada pihak-pihak berkuasa serta mengambil tindakan undang-
undang kepada pihak yang bertanggungjawab. Namun ianya berbeza dengan golongan
yang tidak profesional.

15
Golongan yang tidak profesional yang lebih mengikut kata hati dan emosi marah
mereka akan mewujudkan keadaan yang tegang seperti membuat perhimpunan serta
menyerang pihak yag menjadi punca percemaran itu berlaku. Keadaan ini akan memberi
kesan yang negatif kepada keadaan keamanan dan keharmonian kawasan tersebut. Negara
mempunyai undang-undang serta akta yang telah diwujudkan bagi menyelasaikan masalah
pencemaran ini namun begitu tidak semua masyarakt mengetahui mengenai undang-undnag
tersebut dan akibatnya mereka telah mengambil jalan mudah dengan melakukan tunjuk
perasaan dan sebagainya. Keadaan ini boleh menjejaskan keamanan sekitar dan negara
dan ianya akan meberikan perspektif yang negatif tentang negara jika terdapat pelancong
asing yang melihat keadaan tersebut. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab menjaga kualiti
alam sekitar yang merangkumi air, udara dan bunyi dan sebagainya harus memastikan
pencemaran tidak akan berlaku demi menjaga keadaan keamaan serta kehidupan yang
berkualiti anggota masyarakat.

4.0 LANGKAH PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Pencemaran terhadap alam sekitar memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan
manusia. Jika tidak dibendung, ia boleh membawa kepada kematian. Tugas untuk
menguruskan alam sekitar bukan dibebankan hanya kepada individu atau kumpulan tertentu
sahaja malahan oleh semua peringkat dan lapisan masyarakat. Masyarakat yang
bertanggungjawab mampu mengorak kepada langkah-langkah ke arah pengawalan dan
pengurusan alam sekitar daripada tercemar sama ada melalui langkah perundangan dan
juga langkah bukan perundangan atau bukan statut.

4.1 Langkah Perundangan

16
Pelbagai akta yang telah diwartakan oleh kerajaan sejak sebelum merdeka sehingga
ke hari ini dalam membendung masalah pencemaran air yang kian meruncing di
Malaysia pada masa kini. Antaranya adalah Akta Perikanan 1985 dan Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Alam Sekeliling 1974, Malaysian Highway
Authority Act (1980) dan Factoriest Machinery Act (1974).

4.1.1 Peranan Akta Perikanan 1985

Akta Perikanan 1985 merupakan suatu akta yang meliputi mengenai hidupan
laut, pemuliharaan, pengurusan dan kemajuan dalam aktiviti perikanan di
Malaysia. Akta ini terbahagi kepada sepuluh bahagian yang setiap bahagian
menyatakan mengenai tafsiran akta, pihak pentadbiran, rancangan perikanan,
peruntukan-peruntukan perlesenan am, vesel penangkapan ikan asing,
kesalahan-kesalahan di bawah akta, penyu dan perikanan darat, akuakultur,
taman laut dan rizab laut, dan peruntukan-peruntukan am.

“Suatu akta yang berhubung dengan perikanan, termasuk


pemuliharaan, pengurusan dan pemajuan penangkapan ikan dan
perikanan kelautan dan muara, di perairan perikanan Malaysia,
dengan penyu dan penangkapan ikan di sungai dalam Malaysia dan
dengan perkara-perkara yang berkaitan atau yang bersampingan
dengannya.”

(Undang-undang Malaysia. Akta 317 (Akta Perikanan 1985)

Melalui kewujudan akta ini, segala kegiatan yang berkaitan dengan


aktiviti di perairan Malaysia berada dibawah pengawalan pihak berkuasa
termasuk menteri, pegawai perikanan serta pegawai perikanan darat.
Perairan perikanan Malaysia meliputi perairan dalaman Malaysia, laut wilayah
Malaysia dan perairan kelautan yang termasuk dalam zon ekonomi eksklusif
Malaysia.5 Penguatkuasaan akta ini dapat mengawal pengurusan kegiatan di
perairan Malaysia dan mengambil tindakan bagi kesalahan-kesalahan yang
dilakukan di bawah akta perikanan ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang menyalahi akta ini adalah seperti


mengusahakan, mengendalikan dan membenarkan setiap kegiatan vesel

5
Kesalahan-kesalahan di Bawah Akta Perikanan 1985 (Akta 317).
17
penangkapan ikan tempatan di peraiaran perikanan Malaysia tanpa lesen
yang sah. Vesel penangkapan ikan ialah mana-mana bot, lancang, kapal atau
lain-lain vesel yang digunakan, yang dilengkap untuk digunakan atau dari
jenis yang digunakan untuk menangkap ikan atau menolong mana-mana bot,
lancang, kapal atau mana-mana vesel dalam melaksanakan apa-apa aktiviti
berhubung dengan penangkapan ikan, termasuk apajua aktiviti menyediakan,
memproses, menyejukbeku, menyimpan, membekal atau mengangkut ikan.6
Bagi kesalahan ini, pihak yang terlibat akan dikenakan hukuman di bawah
seksyen 25(b) iaitu denda tidak melebihi RM20000 atau penjara tidak melebihi
2 tahun atau kedua-duanya sekali. Begitu juga kepada kesalahan seperti
melanggar apa-apa syarat dalam lesen contohnya menangkap ikan di
kawasan yang dilarang, menggunakan perkhidmatan nelayan asing dalam
vesel tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan,
mengendalikan peralatan menangkap ikan di perairan perikanan Malaysia
tanpa lesen, memiliki peralatan menangkap ikan di perairan perikanan
Malaysia tanpa lesen dan juga mana-mana orang yang menggunakan lesen
atau permit yang dikeluarkan atas nama mana-mana orang lain di bawah akta
ini adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

4.1.2 Peranan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 merupakan satu akta yang digubal
bagi melaksanakan pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya
mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia dan bagi
maksud yang berkenaan dan bersampingan dengannya.7 Akta ini adalah
untuk memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-
undang dibuat bagi mengawal dan mengawalselia kegiatan-kegiatan yang
mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia.

Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, pihak berkuasa


yang tertinggi dalam hal ehwal perancangan bandar di setiap kawasan pihak

6
Undang-undang Malaysia. Akta 317 (Akta Perikanan 1985).
7
Undang-undang Malaysia. Akta 172 ( Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976).
18
berkuasa tempatan dalam negeri masing-masing ialah Pihak Berkuasa Negeri
(PBN). Menerusi Akta ini di bawah seksyen 3 memperuntukkan bahawa PBN
bertanggungjawab bagi dasar am berkenaan dengan perancangan pemajuan
dan penggunaan semua tanah dan bangunan. PBN juga dibolehkan memberi
arahan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan (PBPT). Selain daripada itu, JPN dan PBPT juga
hendaklah menguatkuasakan arahan PBN.

Melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, pengurusan alam


sekitar boleh dimanfaatkan dengan kuasa PBPT melalui perhatian kepada
syarat-syarat yang terkandung dalam surat hakmilik tanah terutamanya
apabila melibatkan pertimbangan permohonan kebenaran merancang.
Contohnya, jika status tanah tersebut berada dalam kategori hak milik tanah
pertanian, PBPT tidak boleh membenarkan pembangunan walaupun
rancangan struktur menetapkan bahawa tanah berkenaan boleh dibangunkan
untuk perumahan atau kegunaan lain yang bertentangan dengan kategori
tanah. Oleh itu, jika pemaju ingin menjalankan rancangan pembangunan,
mereka perlu mengemukakan permohonan menukar kategori kegunaan tanah
iaitu dariapda tanah pertanian kepada pembangunan. Namun ianya
bergantung kepada Pihak Berkuasa Negeri jika pihak PBN telah menukar
syarat sesuatu tanah daripada tanah pertaniah kepada tanah pembangunan,
PBPT perlu menganggap ianya sebagai penukaran dasar kerajaan negeri
yang perlu dipatuhi walau pada dasarnya status tanah pada awalnya ialah
tanah pertanian. Contohnya seperti kes di Paya Terubong yang melibatkan
tanah yang pada asalnya telah digazetkan sebagai tanah bukit di bawah Akta
Pemeliharaan 1960. Tanah ini tidak dibenarkan dimajukan sebagai tanah
pembangunan seperti yang termaktub dalam Rancangan Sturktur Majlis
Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Pemaju telah memohon untuk
mengeluarkan tanah tersebut daripada kawasan tanah bukit dan telah diberi
kelulusan oleh PBN dengan arahan tanah tersebut tidak terkecuali daripada
pembangunan. Oleh yang demikian Lembaga Rayuan telah merujuk semula
kes-kes sebelumnya yang berkaitan dan mengarahkan agar MPPP tidak
menggunakan alasan tanah bukit untuk tidak membenarkan pemaju untuk
tidak membangunkan tanah tersebut tetapi MPPP dibenarkan untuk
mengenakan syarat-syarat yang munasabah untuk menghapuskan kesan
buruk yang berkemungkinan berlaku akibat daripada topografi tanah curam.

19
Bagi sebarang rancangan pemajuan, akta Perancangan Bandar dan
Desa 1976 telah menyatakan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh
PBPT berkenaan dengan rancangan pemajuan terutamanya berkenaan
memulakan pemeriksaan terhadap perkara-perkara yang mungkin menyentuh
pemajuan atau perancangan pemajuan. Walaupun PBPT hanya diperlukan
untuk menjalankan pemeriksaan di kawasannya, mereka juga dibenarkan
untuk memeriksa kawasan yang berhampiran jika perlu sebagai asas untuk
perancangan kawasan PBPT. Setelah itu, PBPT perlu menyampaikan
Laporan Pemeriksaan dan draf rancangan struktur untuk kelulusan JPN. Hal
ini bermaksud bahawa penyediaan rancangan struktur adalah wajib atau
obligatori iaitu bukan opsional.

4.2 Langkah Bukan Statut

Dalam usaha menggalakkan kepada cintai alam sekitar, pihak-pihak kerajaan dan
bukan kerajaan seperti Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) turut melaksanakan
pelbagai program yang dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran air
dan memupuk kesedaran dalam diri masyarakat. Antaranya adalah dengan
pelaksanaan amalan pengurusan strategik, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) serta
pendidikan alam sekitar dan kempen kesedaran.

4.2.1 Peranan Amalan Pengurusan yang Strategik

4.2.1.1 Mencegah Hakisan

Terdapat beberapa langkah bagi mencegah dan mengawal hakisan


tanah oleh air antaranya ialah dengan menanam tanaman penutup
bumi seperti tanaman kekacang contohnya daripada jenis centro,
peuro, calapo dan keledek hiasan. Tanaman penutup bumi ini
berfungsi sebagai menutup permukaan tanah bagi mengurangkan
kelajuan larian air dan mengurangkan daya timpaan hujan.

Kaedah yang kedua ialah dengan membuat teres di tebing


tanah. Pembinaan teres di tebing adalah berfungsi bagi mengelakkan
air hujan mengalir deras menerusi lereng bukit dan ianya juga

20
berfungsi bagi memperlahankan larian air bagi mengelakkan arus air
yang deras menghakis tanah di tebing. Bagi pertanian yang melibatkan
kawasan berbukit seperti ladang getah dan kelapa sawit, adalah
digalakkan penanaman mengikut kontur bagi menghalang air mengalir
turun sepanjang lereng bukit.

Kaedah membuat sungkup juga dapat menghalang daripada


berlakukanya hakisan tanah di lereng bukit. Sungkup ini dibuat dengan
meletakkan bahan di permukaan tanah bagi melindungi pernukaan
tanah daripada ditimpa hujan secara langsung. Antara bahan yang
boleh digunakan dalam kaedan membuat sungkup ini ialah rumput
kering, daun kelapa dan plastik. Antara kebaikan kaedah sungkup ini
ialah bagi mengelakkan hakisan tanah, mengelakkan tanah padat,
menurunkan suhu tanah, memulihara kelembapan tanah dan juga
megelakkan pertumbuhan rumpai.

Kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan bagi mengawal


hakisan tanah ialah menanam tanaman secara jalur bagi menghalang
air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam. Selain itu, kaedah
membina sistem peparitan juga dapat memindahkan air berlebihan
bagi mengelakkan berlakukan kejadian banjir.

4.2.1.2 Mengawal Air

Mengawal air atau mengawal pencemaran air boleh dilakukan


dilaksanakan dengan melakukan rawatan air kumbahan. Rawatan ini
adalah proses bahan pejal diasingkan dan ditukar daripada bahan
pepejal kepada bahan mineral. Terdapat tiga peringkat dalam proses
rawatan air kumbahan iaitu rawatan primary, rawatan secondary dan
rawatan tertiary. Melalui tiga peringkat untuk mengawal air kumbahan
industri ialah dengan mengawal selia punca air kumbahan di sesebuah
kilang, air kumbahan sebelum dirawat untuk dibuang dengan
menggunakan cara rawatan berbeza atau air kumbahan boleh dirawat
secara penuh di kilang sama ada ia kemudian diguna semula atau
dibuang terus.

21
Tujuan rawatan air kumbahan ialah bagi mengurangkan bahaya
supaya air selamat digunakan oleh manusia selain daripada
menghilangkan terus, mengurang dan meminimumkan kesan air
kumbahan supaya ia boleh digunakan sebagai air berkualiti kepada
alam sekitar. Bagi menangani isu pencemaran air, ia melibatkan
keprihatinan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah
kerajaan, pengusaha kilang, industri dan masyarakat untuk
meminimumkan pencemaran alam sekitar.8

4.2.2 Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

EIA merupakan satu pendekatan yang meyeluruh atau holistik ke arah


pengurusan alam sekitar yang melibatkan kawalan dan perancangan sumber
jaya agar wujud keseimbangan antara kepentingan projek pembangunan
dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berkualiti. Hal ini
kerana EIA adalah satu proses pencegahan daripada berlakunya
kemerosotan kualiti alam sekitar yang bertujuan bagi mengelakkan berlakunya
kerugian besar khususnya terhadap alam sekitar akibat kesilapan
perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan yang tidak
terancang dan tersusun serta tidak memenuhi standard piawaiannya.

Dalam melaksanakan sesuatu projek, pemaju mestilah menyediakan


laporan EIA yang lengkap untuk diteliti dan mendapatkan kelulusan oleh pihak
berkuasa iaitu Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) terlebih dahulu
sebelum sesuatu projek pembangunan khususnya projek mega yang hendak
dijalankan. Hal ini kerana pihak berkuasa boleh menangguh atau
membatalkan sesuatu projek jika tidak menepati kehendak dan syarat yang
telah ditetapkan dalam EIA.

Contoh dalam sektor pertanian yang memerlukan pengusaha untuk


mematuhi syarat yang telah ditetapkan iaitu skim kemajuan tanah yang
melebihi 500 hektar, program pertanian yang memerlukan penempatan
semula adalah melebihi 100 buah keluarga dan projek pembangunan estet
yang berasaskan pertanian. Projek tersebut harus mendapat kelulusan EIA
iaitu dalam beberapa aktiviti dan kriteria pembangunan yang memerlukan
laporan bagi kertas kerja sesuatu projek yang akan dijalankan. Di samping itu,

8
Rawatan Air. Diperoleh pada 31 Ogos 2010 daripada laman web:
http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Rawatan_air
22
terdapat beberapa lagi projek yang memerlukan kelulusan dari pihak EIA
sebelum ianya dapat dilaksanakan seperti pembinaan saliran pengairan,
tebus guna tanah, sektor perikanan, sektor perhutanan iaitu berkaitan dengan
aktiviti pembalakan, bidang perumahan, industri berat iaitu petrokimia,
pembinaan infrastruktur seperti lebuh raya serta pembinaan pelabuhan.
Tujuan ianya dilakikan adalah untuk memastikan pengusaha dapat mematuhi
prinsip pembangunan berterusan agar penglestarian alam semula jadi untuk
generasi akan datang dapat dikekalkan.

4.2.3 Peranan Pendidikan Alam Sekitar dan Kempen Kesedaran

4.2.3.1 Pendidikan Formal

Kurikulum sama ada di sekolah dan institusi pengajian tinggi


dapat memberi didikan awal kepada pelajar mengenai pengurusan
alam sekitar. Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang
bersih dan tidak tercemar bukan sahaja dipikul oleh kerajaan semata-
mata tetapi juga wajar dipikul oleh semua pihak. Bagi membentuk
rakyat yang prihatin terhadap alam sekitar, mereka perlu diterapkan
ilmu tersebut daripada usia yang muda dan cara yang terbaik adalah
melalui pendidikan formal. Pendidikan mengenai alam sekitar ini perlu
kerana dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.
Melalui kesedaran yang wujud dalam diri individu, mereka akan sedar
mengenai kepentingan kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Hal
ini kerana mereka sudah mengetahui natijah daripada perbuatan yang
tidak bertanggungjawab daripada pencemaran alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal


pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dalam matapelajaran Alam dan Manusia. Ia kemudian
diteruskan diperingkat menengah melalui matapelajaran sains seperti
Biologi. Pada peringkat pengajian tinggi, pendidikan alam sekitar
wujud melalui kursus-kursus seprti Sains Alam Sekitar, Biologi
Persekitaran, Pembangunan Lestari, Pembangunan Wilayah dan
Perbandaran Di Malaysia.

23
4.2.3.2 Pendedahan Media Massa

Pendidikan alam skitar bagi masyarakat umum pula


disampaikan melalui media massa. Media massa yang memainkan
peranan penting dalam menyampaikan pendidikan ini ialah surat
khabar, majalah, televisyen dan radio serta internet. Media massa
amat memainkan peranan yang penting dalam membentuk corak
pemikiran masyarakat. Oleh itu, pendedahan yang dilakukan melalui
media massa mengenai isu pencemaran akan menyebabkan
masyarakat umum lebih berhati-hati dalma menangani masalah
pencemaran. Antara media massa yang aktif membuat pendedahan
mengenai isu alam sekitar ialah melalui majalah, surat kahbar dan
televisyen contohnya seperti TV3 yang menerbitkan program Aduan
Rakyat dan juga NTV7 yang mengendalikan program Talian Hayat.

4.2.3.3 Kempen Alam Sekitar

Pihak kerajaan, swasta dan NGO banyak mengadakan kempen


serta ceramah mengenai kesedaran mengenai alam sekitar bagi
membuka mata masyarakat. Penyertaan masyarakat dalam sesuatu
kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan
amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang diadakan ialah
Kempen Cintai Sungai Kita, Kempen Kitar Semula, Sahabat Alam dan
pelbagai lagi. Kempen-kempen seperti ini mampu memberi kesan yang
medalam terhadap peserta-pesertanya. Menerusi kempen-kempen ini,
peserta-perserta akan diajar mengenai kepentingan menjaga alam
sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buagnan supaya hanya
mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar.
Selain itu, Kempen Kitar Semula dapat menggalakkan pengguna untuk
mengitar semula bahan yang boleh diguna semula dan secara tidak
langsung langkah ini dapat mendidik peserta agar berjimat cermat.
Program Sahabat Alam pula telah menjalankan pelbagai aktivit seperti

24
menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor
dan sebagainya. Penanaman pokok-pokok bunga akan mencantikkan
pemandangan dan landskap sesuatu kawasan. Ia juga sebagai
langkah untuk menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan
hijau juga penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang
boleh menyebabkan kesan rumah hijau. Melalui Kempen Cintai Sungai
Kita pula, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk membersihkan
kawasan sungai. Selain daripada kegiatan membersihkan sungai,
mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan
tentang kepentingan sungai.

5.0 PENGURUSAN STRATEGIK

5.1 Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM)

Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) adalah satu kaedah pengurusan air secara
cekap dan berkesan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi. IWRM melibatkan
persepaduan pengurusan semua sumber air iaitu air permukaan, air-tanah dan ‘interface’
dengan air masin, pengurusan sumber asli yang lain seperti tanah dan tumbuhan asli.
Kaedah ini sebagai usaha untuk menyepadukan pengurusan sumber asli secara umum dan
dapat menyepadukan polisi yang akan memperbaiki penggunaan air, mengelakkan
kemerosotan tanih serta menggalakkan ‘conservation of biological diversity’.

5.2 Prinsip IWRM

Prinsip IWRM yang pertama adalah air merupakan sumber yang terhad dan terdedah
kepada pencemaran. Hal ini menjelaskan bahawa sumber air di Malaysia sudah
berkurangan kerana sudah dicemari dengan pelbagai faktor. Perkara tersebut berpunca dari
aktiviti manusia yang membuka kawasan hutan untuk dijadikan bandar yang membangun
dengan pembangunan perumahan, projek perikanan dan pembinaan jalan raya.
25
Prinsip kedua adalah pembangunan dan pengurusan seterusnya menjadi satu
kaedah penyertaan. Penglibatan semua pihak dalam menjayakan projek pengurusan sumber
air mampu untuk menjamin kualiti air. Oleh yang demikian, kesedaran dalam diri setiap
individu perlu dipupuk dari semasa ke semasa kerana mereka merupakan pengguna tetap
sumber air ini.

Prinsip ketiga menyatakan wanita harus memainkan peranan penting dalam


menguruskan sumber air. Wanita merupakan individu yang kerap menggunakan sumber air
dalam urusan memasak, membuat kerja rumah. Oleh yang demikian, wanita-wanita perlu
mempunyai kesedaran yang tinggi dan penggunaan berhemah dalam menjimatkan
penggunaan air agar ianya tidak terus berkurangan.

Prinsip keempat pula adalah air mempunyai nilai ekonominya. Mengikut konsep
apabila sesuatu sumber yang terdapat dibumi berkurangan, maka nilainya menjadi lebih
tinggi dari kebiasaan. Maka dengan itu, IWRM menyifatkan air mempunyai nilai ekonominya
kerana kualiti air bersih pada masa kini semakin terjejas dengan pelbagai pencemaran yang
berlaku akibat sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dalam menlaksanakan
tanggungjwab sebagai khalifah dimuka bumi.

5.3 Pelaksanaan IWRM di Malaysia

IWRM merupakan salah satu pengurusan sumber air bersepadu yang berterusan oleh
institusi pentadbiran yang mempunyai fungsi bahagian dalam kerajaan serta agensi-agensi
pembangunan antarabangsa yang bersama-sama membangunkan perancangan dan
pengurusan sumber yang diperlukan IWRM. Contohnya dapat dilihat dalam pelaksanaan
Autoriti Pengurusan Air di Selangor. Konsep tersebut telah disokong oleh Akta Autoriti
Pengurusan Sumber Air Selangor, 1999. Autoriti yang dibentuk oleh IWRM ini dikenali juga
sebagai Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula pada 1 Ogos 2000.

Peranan LUAS adalah seperti menyerap dan mengimplementasikan IWRM tahap


lembangan sungai antara kawasan Selangor, memulihara sumber air kawasan pinggir pantai
dan alam sekitar serta sebagai satu sistem pengurusan dan penguatkuasaan diperingkat
negeri. Di samping itu juga, LUAS turut menjalankan penyelidikan ke atas intgerasi
pengurusan tadahan di Sungai Damansara. Penyelidikan yang dijalankan oleh LUAS ini
adalah bertujuan untuk memperbaiki struktur tadahan yang terdapat di Sungai Damansara.
Oleh itu, pihak LUAS perlu mengenalpasti terlebih dahulu mengenai isu kualiti air dan banjir
kilat dianatara kawasan tadahan tersebut.

5.4 Isu/Cabaran/Masalah dalam Pelaksanaan IWRM


26
Dalam melaksanakan sesuatu projek, peruntukan kewangan perlulah mencukupi agar
segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan sempurna. Oleh yang
demikian, IWRM perlu membuat persediaan dari segi peruntukan dana kewangan sejak dari
awal penubuhannya. IWRM seharusnya mencari penaja bagi setiap penyelidikan yang akan
dijalankan. Hal ini bertujuan untuk membantu menampung kos-kos yang wujud dalam
melaksanakan penyelidikan atau penambaikan terhadap projek pengurusan sumber air.
Secara tidak langsung, ianya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh IWRM bagi
memastikan sumber air mencukupi dan bersih.

Di samping itu, pengguna juga perlu memainkan peranan yang penting dalam
menjaga sumber air yang agak terhad di Malaysia. Mereka seharusnya mempunyai
kesedaran yang tinggi dalam menjimatkan penggunaan sumber air, terutamanya bagi wanita
yang bergelar suri rumah. Hal ini kerana kebanyakan daripada mereka suka membazirkan
air sehingga ianya menjadi berkurangan. Faktor ini juga telah memberikan cabaran kepada
IWRM dalam mengatasi masalah pengurusan sumber air yang berlaku di Malaysia. Maka
dengan itu, semua penghuni di muka bumi perlu mempunyai kesedaran yang tinggi
mengenai kepentingan sumber air dalam kehidupan seharian.

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, semua pihak seperti individu, badan-badan bukan kerajaan (NGO)
dan kerajaan perlu memainkan peranan dalam membendung punca berlakunya pencemaran
air sama ada dari segi undang-undang atau bukan statut. Hal ini kerana punca-punca
menyebabkan berlakunya pencemaran air adalah dari sikap individu dan organisasi yang
tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan alam sekitar. Selain itu, pencemaran air ini
juga berpunca dari sumber-sumber primer, sekunder dan tertier seperti aktiviti penternakan,
perkilangan serta pembinaan dan pelancongan yang tidak dikawal. Mereka juga tidak
menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkah oleh Allah s.w.t untuk menjaga dan
menggunakan sumber alam yang dianugerahkan serta dipinjamkan kepada umatnya ini
dengan berhemah. Walaupun, individu sudah sedia maklum akan implikasi atau natijah yang
akan diterima seperti mengganggu perjalanan aktiviti ekonomi iaitu Industri Kecil dan
Sederhana (IKS), pelancongan serta projek pembinaan sehingga berlakunya pergolakan
dalam sistem politik negara. Di samping itu, pencemaran air yang berlaku juga turut
mengganggu dalam menjalani kehidupan seperti membasuh, memasak dan mengemas
rumah. Hal sebegini juga boleh mengakibatkan kesan yang negatif kepada masyarakat
khususnya seperti masalah kesihatan.

27
Justeru, dengan timbulnya kesedaran dalam diri setiap individu di Malaysia dapat
mengurang dan seterusnya menghapuskan masalah pencemaran air yang berlaku pada
masa kini. Di samping itu, dengan adanya tindakan yang diambil dapat menyelamatkan
hidupan dimuka bumi seperti manusia, flora dan fauna dari terus diancam dengan pelbagai
jenis pencemaran air. Oleh yang demikian, segala usaha yang telah dan akan dijalankan
seharusnya dikaji dengan lebih terperinci sama ada dapat membawa impak yang positif atau
negatif terhadap pelaksanaannya. Hal ini kerana, walaupun kita didedahkan dengan bahaya
pencemaran melalui kempen-kempen, dasar-dasar serta undang-undang yang telah di war-
warkan kepada umum, namun bukan semua masyarakat di Malaysia mempunyai kesedaran
dalam diri. Kebanyakan daripadanya masih bersikap seperti tidak acuh dengan usaha yang
telah dijalankan oleh pelbagai badan dan pihak yang berwajib dan bertanggungjawab dalam
menjaga alam sekitar. Contohnya seperti usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan
iaitu Pengurusan Air Bersepadu (IWRM) bagi memastikan sumber air yang disalurkan
kepada masyarakat adalah pada kadar yang tidak membimbangkan penggunaannya. Walau
bagaimanapun, jika pelbagai usaha oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan rangka serta
laksanakannya, namun masyarakat tidak mengaplikasikannya, ibarat mencurah air ke daun
keladi sahaja iaitu segala usaha ini hanyalah sia-sia sahaja.

28

You might also like