You are on page 1of 26

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

SEJARAH

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) telah ditubuhkan dalam tahun 1946. Di


dalam jangkamasa 57 tahun, JKMM telah mengalami evolusi dalam memenuhi
peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan
menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan
dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan
pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah
satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan
sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:

1946 - 1951
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya

1952 - 1955
Kementerian Perusahaan dan Perhubungan Sosial

1956 - 1957
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat

1958 - 1959
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat

1960 - 1962
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat

1963
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat

1964
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dipertingkatkan kepada Kementerian
Kebajikan Am. Skop perkhidmatan diperluaskan dan struktur organisasi
dimantapkan.

1982
Kementerian Kebajikan Am ditukarkan nama kepada Kementerian Kebajikan
Masyarakat Malaysia. Perkhidmatan pembangunan sosial diperkukuhkan
dengan pengwujudan perkhidmatan perkembangan sosial.
1990
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia ditukarkan kepada Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat mulai 27 Oktober. Jabatan
Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian
tersebut.

Kini JKMM adalah salah satu jabatan kerajaan yang memainkan peranan penting
dalam pembangunan sosial ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan
masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020.

2004
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah
digabungkan dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan
nama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jabatan
Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian
tersebut.
PROFIL

Moto : Berkat Berjasa

Visi : Masyarakat Sejahtera Dan Penyayang

Misi : Membangun Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Sosial

Logo :

Objektif :

o Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar Jabatan.


o Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan
keupayaan untuk berdikari.
o Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang.
o Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan
dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian
tanggungjawab yang strategik.
STRATEGI

1. Mengoptimumkan keupayaan dan potensi diri serta kesejahteraan


kumpulan sasar Jabatan.

2. Memastikan aspek Kebajikan di integerasikan dalam perancangan ke


arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.

3. Mempertingkatkan peranan dan keupayaan Jabatan sebagai paksi utama


dalam perancangan dan penilaian program-program pembangunan
Kebajikan Masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

4. Mempertingkatkan perkongsian bijak dan strategik melalui kerjasama


dengan semua kumpulan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan dan
agensi-agensi antarabangsa.

5. Memantap dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Kebajikan


di semua peringkat.

6. Mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan sumber manusia secara


optimum.

7. Mempertingkatkan kualiti perancangan dan pengurusan kewangan serta


teknologi maklumat dan komunikasi secara profesional.
PERKHIDMATAN JKM

1. PERKHIDMATAN BAHAGIAN KANAK-KANAK

SEPINTAS LALU
Kanak-kanak dilindungi daripada semua bahaya termasuk jenis
penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksplotasi. Di
samping itu penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-
kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi
dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan
tujuan sebagai generasi dan pemimpin masa hadapan.
Bertujuan mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas
kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan
yang baik bagi kanak-kanak.

Definisi
Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang memerlukan perlindungan dan
pemeliharaan.

Kumpulan Sasar
Kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan/bantuan untuk mengekalkan
kedudukan mereka dalam keluarga sendiri atau keluarga ganti.

Perkhidmatan
Penjagaan dan Perlindungan
Menjaga kepentingan kanak-kanak dengan memberi jagaan dan perlindungan
atau menyelamatkan atau memberi bantuan kepada kanak-kanak yang tersisih
dari keluarga, dianiaya atau terbiar seperti mereka yang:-

o Teraniaya dan terbiar


o Mengemis
o Tiada tempat tinggal yang tetap
o Terbuang/terdampar
o Mangsa perbalahan keluarga
o Yatim piatu

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak


Pasukan Perlindungan dan Pusat Aktiviti ditubuhkan di negeri dan daerah
bagi memberi perkhidmatan untuk keperluan kanak-kanak dan keluarga yang
memerlukan sokongan perlindungan kanak-kanak. Aktiviti yang dikendalikan
seperti pusat jagaan, kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak
dan lain-lain dapat membantu usaha mencegah penganiayaan dan
pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain
masalah sosial.
2. PERKHIDMATAN KELUARGA

SEPINTAS LALU
Berbagai kemudahan dan program pencegahan termasuk bimbingan dan
kaunseling keluarga diadakan untuk membantu serta mengukuhkan integrasi
keluarga sebagai unit sosial yang penting dalam komuniti.

Kumpulan Sasar
Mengikut Akta Keganasan Rumahtangga 1994, ahli-ahli keluarga terutamanya
suami atau isteri dilindungi dari segala bentuk keganasan. Antara lain adalah ahli
keluarga tersebut termasuklah individu yang bermasalah, suami-isteri yang
menghadapi masalah kekeluargaan, keluarga yang menghadapi permasalahan
anak seperti disiplin, tingkahlaku dan hubungan sesama insan

Perkhidmatan

o Membuat seliaan kes / rujuk kes ke Badan Pendamai atau agensi


berkaitan.
o Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kaunseling
o Menyediakan tempat perlindungan
o Mengurus dan mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (Interim
ProtectionOrder) daripada mahkamah.

Akta Berkaitan
Akta Keganasan Rumahtangga 1994

Tatacara Pengendalian Kes Keganasan Rumahtangga:

Aduan / permohonan (klien perlu


membuat laporan polis dan memastikan
aduan disiasat oleh pihak polis)

Siasatan awal

Perintah Perlindungan Interim (IPO) Kaunseling

Siasatan dan kaunseling Seliaan/rujuk ke agensi lain

Perintah Perlindungan (IPO)

Seliaan/rujuk ke agensi lain

Penilaian
3. PERKHIDMATAN MANGSA BENCANA

BENCANA TURUT MERUPAKAN SATU FENOMENA SOSIAL YANG


BERLAKU TANPA DIDUGA.

Kejadian seperti kebakaran, banjir, ribut , tanah runtuh, atau berlakunya kejadian
kerosakan kemusnahan fizikal secara besar-besaran yang mengakibatkan
kehilangan nyawa merupakan sesuatu kejadian yang tidak diduga. Selain itu
berlakunya sesuatu krisis atau situasi ancaman yang menjejas ketenteraman
awam dan mengugat kesejahteraan umum turut diklasifikasikan sebagai
bencana.

Pengurusan kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber,


peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak
agensi serta penyelarasan yang berkesan, dalam mana kemungkinan
memerlukan tindakan yang kompleks dan jangkamasa yang panjang. Bagi setiap
kejadian bencana yang berlaku, tindakan segera diambil dalam konteks
penyediaan keperluan asas kepada mangsa seperti makanan, tempat
perlindungan sementara dan pakaian kepada mangsa yang terlibat dalam bentuk
jangka pendek.

Definisi
Bencana merupakan sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat
kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan dan kerosakan
harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti kehidupan individu atau
masyarakat setempat yang menjadi mangsa turut memberikan impak sosial dan
emosi kepada mangsa ekoran kejadian tersebut.

Kumpulan Sasar
Mereka yang merupakan mangsa kepada kejadian bencana yang berlaku.
TAHAP-TAHAP PENGURUSAN BENCANA

Bencana Tahap 1
Kejadian setempat yang terkawal dan tidak berpotensi untuk merebak. Ianya
tidak begitu kompleks dan kemungkinan mengakibatkan kehilangan nyawa dan
harta benda yang kecil. Bencana ini juga tidak menjejaskan aktiviti harian
penduduk setempat secara meluas. Pihak Berkuasa di Peringkat Daerah
mempunyai kemampuan untuk mengawal dan mengatasi kejadian ini melalui
agensi-agensi di Peringkat Daerah tanpa atau dengan bantuan dari luar yang
terhad.

Bencana Tahap 2
Kejadian yang lebih serius meliputi kawasan yang luas atau melebihi dua (2)
Daerah dan berpotensi untuk merebak. Kemungkinan akan mengakibatkan
kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang banyak. Kejadian ini juga
memusnahkan infrastruktur dan menjejaskan aktiviti harian masyarakat.

Bersifat lebih kompleks daripada Bencana Tahap 1 dan menyulitkan dari segi
usaha mencari dan menyelamat. Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak
Berkuasa di Peringkat Negeri tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.

Bencana Tahap 3
Kejadian yang berpunca daripada Bencana Tahap 2, bersifat lebih kompleks atau
meliputi kawasan yang lebih luas atau melebihi dua (2) buah negeri.
Perlu dan berupaya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa di Peringkat Pusat tanpa
atau dengan bantuan dari luar negara.

Objektif Operasi

o Menyediakan kemudahan jagaan dan perlindungan untuk keperluan


hidup.
o Menjalankan usaha pencegahan masalah dai berlaku atau merebak.
o Menjalankan kegiatan pemulihan mangsa masalah sosial supaya
berdikari.
o Membangunkan kesedaran Masyarakat kearahpenglibatan dan
penyertaan dalam kerja-kerja Kebajikan.
o Melaksanakan sistem pengurusan, perancangan dan latihan yang
berkesan.
4. PERKHIDMATAN ORANG PAPA

Pemulihan Orang Papa/Pengemis:

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memberi fokus kepada orang


papa/pengemis yang tiada tempat tinggal dan memerlukan
perlindungan. Jabatan Kebajikan Masyarakat secara berkala dan ad
hoc sentiasa melakukan operasi menyelamat bagi membanteras orang
papa, pengemis dan kuturayau.

Akta Berkaitan:
Akta Orang Papa 1977 (Akta 183)

Institusi Berkaitan :

Desa Bina Diri (DBD):


Iaitu sebuah institusi yang memberi perlindungan dan pemulihan bagi
orang papa, pengemis dan kuturayau.

Setiap pengemis yang dimasukkan ke Desa Bina Diri adalah melalui


perintah mahkamah mengikut Akta Orang-orang Papa 1977.

Mereka yang tinggal di institusi ini akan diajar kemahiran-kemahiran


yang bersesuaian seperti menjahit, bertukang, berkebun dan
sebagainya sebagai persediaan menempatkan kembali mereka ke
dalam masyarakat atau keluarga serta boleh berdikari.
5. PERKHIDMATAN KOMUNITI / NGO

Organisasi Komuniti

Projek Penyertaan Komunti


Sepanjang tahun 2006, sebanyak 30 projek komunti yang melibatkan lebih 400
orang peserta terdiri dari komuniti tempatan termasuklah klien-klien Jabatan
Kebajikan Masyarakat diusahakan di seluruh negara. Aktiviti yang dijalankan
adalah berbentuk pelbagai dimensi yang melibatkan aktiviti peningkatan
pendapatan (ekonomi), latihan kemahiran dan program perubahan sikap melalui
pendidikan sosial, pendidikan kerohanian serta khidmat masyarakat.

Pembangunan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)


Selaras dengan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara untuk memupuk
masyarakat penyayang, Jabatan menggalakkan penertaan dan penglibatan
masyarakat bagi memberi perkhidmatan kepada golongan bermasalah dan yang
kurang bernasib baik melalui Pertubuhan Sukarela Kebajikan. Perkhidmatan
Kebajikan menjadi satu tanggungjawab bersama di antara Kerajaan dan
masyarakat

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) menyediakan bantuan geran


kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan sebagai penghargaan kepada mereka
yang menyokong Kerajaan dalam memanuhi keperluan sosial negara dengan
penyediaan berbagai perkhidmatan dan kemudahan untuk golongan masyarakat
yang memerlukan.

Pemberian Bantuan Geran Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)

Tujuan
Tujuan pemberian bantuan geran kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan adalah
untuk menggalakan penglibatan dan penyertaaan masyarakat dalam program
dan khidmat kebajikan supaya dapat menokok tambah dan menampung
perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan.

Garis Panduan pemberian bantuan geran disediakan bagi menentukan syarat


kelayakan dan kriteria pemberian geran kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan
serta kadar geran yang ditetapkan.
Kriteria Kelayakan Bagi Pertimbangan Geran

Pertubuhan Bukan Kerajaan yang layak diberi pertimbangan geran Jabatan


Kebajikan masyarakat adalah seperti berikut:

o Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dibawah Akta


Pertubuhan 1966.
o Pertubuhan bertaraf tempatan.
o Pertubuhan yang bercorak kebajikan (welfare-related) yang
mengendalikan program berbentuk pencegahan, pemulihan, jagaan dan
perlindungan serta pembangunan bagi kumpulan sasar dibawah
tanggungjawab dan fungsi Jabatan.
o Pertubuhan atau Organisasi yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan
Akta seperti Jawatankuasa Kebajikan Daerah dibawah Pasukan
Perlindungan Kanak-kanak serta Lembaga yang dibawah Akta-Akta
berkaitan.
o Pertubuhan yang telah berdaftar dibawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi
yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan
Harian.

Jenis Geran

Geran Pentadbiran
Dipertimbangkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan peringkat kebangsaan
bagi menampung sebahagian kos pentadbiran.
Pertimbangan geran mengambilkira kos berikut:

o Emolumen: bagi seorang Pegawai (N3) dan seorang Kerani (N9) di mana
jumlah geran berdasarkan Gred Skim Saraan Baru pada matagaji P1T1
iaitu RM1160.00 bagi N3 dan RM530.00 bagi N9.
o Sewaan Premis: di mana jumlah geran tidak melebihi RM500.00 sebulan.
o Kos Utiliti: di mana jumlah geran tidak melebihi RM100.00 sebulan.
o Yuran Tabungan: kepada Pertubuhan Antarabangsa.
Geran Penyenggaraan
Dipertimbangkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan yang mengendalikan
program atau perkhidmatan institusi atau Pusat Jagaan Harian bagi golongan
kanak-kanak yatim dan miskin, warga tua, remaja (juvana), wanita bermasalah
dan orang kurang upaya kecuali Pusat Asuhan Kanak-kanak.

Kadar geran yang diluluskan oleh Perbendaharaan untuk maksud ini mengikut
kumpulan sasar adalah seperti:

o Pusat Jagaan Harian: RM1.40 sehari seorang


o Rumah Kanak-kanak, Orang Kurang Upaya, Juvana dan Wanita & Gadis:
RM3.90 sehari seorang
o Rumah Orang Tua: RM3.50 sehari seorang

Geran Perkapita / Emolumen Guru


Dipertimbangkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan yang mengendalikan
Sekolah Kanak-kanak Cacat Akal atau Pusat Jagaan Harian bagi kanak-kanak
cacat akal untuk keperluan perbelanjaan khas.
Geran Perkapita merupakan pemberian tambahan kepada Pertubuhan yang
mengendalikan Sekolah Khas bagi Kanak-kanak Cacat untuk membiayai
keperluan pendidikan khas berdasarkan kadar Bantuan Perkapita oleh
Kementerian Pendidikan bagi Sekolah Khas Rendah Cacat Pendengaran.

Geran Untuk Membiayai Program / Aktiviti


Permohonan bantuan kewangan dari Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk
pembiayaan program atau aktiviti bagi manfaat kumpulan sasar boleh
dipertimbangkan. Syarat dan kriteria Pertubuhan yang layak dan prosidur untuk
memohon hendaklah berpandukan kepada Garis Panduan Bukan Kerajaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Pertimbangan oleh Jabatan adalah
tertakluk kepada Garis Panduan ini dan peruntukan kewangan yang ada.

Prosedur Untuk Pertimbangan Geran

Prosedur bagi pertimbangan geran bagi permohonan baru adalah seperti


berikut:-

o Semua permohonan dagi bantuan geran mestilah menggunakan borang


permohonan yang disediakan mengikut jenis geran yang dipohon. Bagi
permohonan untuk bantuan geran tahunan, perlu menggunakan Borang
Permohonan JKMM/PSK/2007 (Mohon). Permohonan bagi bantuan geran
untuk maksud membiayai program atau projek tertentu hendaklah
menggunakan Borang Permohonan yang disediakan.
o Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dengan sempurna
dengan disertakan Sijil Pendaftaran Pertubuhan, Perlembagaan
Pertubuhan dan Penyata Kira-Kira Beraudit bagi tahun terkini.
o Semua permohonan hendaklah dimajukan melalui Pengarah Kebajikan
Masyarakat Negeri yang berkaitan kecuali Pertubuhan peringkat
kebangsaan.
o Permohonan yang didapati layak akan dibawa untuk pertimbangan dan
kelulusan Jawatankuasa Penilai Bantuan Geran yang dipengerusikan oleh
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Prosedur pertimbangan geran bagi Pertubuhan yang sudah diluluskan geran


tahunan adalah:-

o Kajisemula keperluan geran hendaklah dibuat setiap tahun di mana


Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri perlu membuat siasatan dan
melengkapkan Laporan Kemajuan JKMM/PSK/2007(Geran) untuk
dikemukakan ke Ibu Pejabat tidak lewat daripada 1 Oktober setiap tahun.
o Laporan Kemajuan hendaklah disertakan dengan Penyata Kira-Kita
Beraudit bagi tahun terkini dan Sijil Pendaftaran di bawah Akta Pusat
Jagaan 1993 atau salinan Borang PUA 248 yang telah disahkan oleh
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk tindakan pendaftaran di
bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi Pertubuhan yang berkaitan.
o Pertubuhan yang menepati semua keperluan akan di bawa untuk
pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Penilai Bantuan Geran bagi
pemberian geran seterusnya tidak lewat daripada 31 Disember setiap
tahun.
o Urusan pemberian geran bagi pertubuhan yang telah diluluskan geran
akan dibuat melalui Pengaran Kebajikan Masyarakat Negeri tidak lewat
dari 15 Mac setiap tahun di mana PKMN perlu menguruskan pembayaran
pertama tidak lewat daripada 30 Mac (berdasarkan kepada penerimaan
waran peruntukan daripada Perbendaharaan)

Syarat-Syarat Pemberian Geran

Pertubuhan Bukan Kerajaan yang telah dipertimbangkan geran perlu memenuhi


syarat-syarat berikut:-

o Pertubuhan hendaklah memastikan segala urusan kutipan derma


mendapat kelulusan Jabatan sebelum dapat dilaksanakan.
o Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat lawatan naziran,
menyemak rekod-rekod kewangan dan membuat siasatan berdasarkan
aduan yang diterima.
o Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri/daerah untuk menduduki
Majlis Kerja atau Jawatankuasa kerja Pertubuhan sebagai "ex-officio".
Peranan wakil Jabatan adalah untuk memberi khidmat nasihat dan
menentukan pengurusan pertubuhan secara keseluruhan dari segi
perlaksanaan program dan aktiviti, urusan kewangan dan pentadbiran
berjalan dengan teratur mengikut peraturan-peraturan berkaitan yang
ditetapkan.

Kegagalan untuk mematuhi peraturan sepertimana yang ditetapkan akan


menjejaskan pertimbangan keatas permohonan kutipan derma bagi pertubuhan
berkenaan di masa akan datang.

Garis Panduan Kutipan Derma Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Urusan kutipan derma yang dijalankan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan adalah
berpandukan kepada Surat Pekeliling Am Bil.6/1987 Peraturan Mengutip Derma
Oleh Pertubuhan Dari Orang Ramai yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana
Menteri.
Mengikut peruntukan dalam Surat Pekeliling tersebut, kelulusan dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat perlu diperolehi bagi :

o Aktiviti kutipan derma yang dijalankan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan


yang mengendalikan program/khidmat kebajikan masyarakat (Welfare
-related NGOs)
o Aktiviti kutipan derma yang dijalankan untuk tujuan kebajikan oleh
Pertubuhan yang bukan berkaitan dengan kebajikan masyarakat.
o Aktiviti kutipan derma yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu untuk
pihak lain seperti membantu masalah kemiskinan dan aktiviti kutipan
derma berunsur perikemanusiaan yang bersifat "regional"/antarabangsa
seperti kebuluran, peperangan dan sebagainya.

Semua permohonan yang menepati ciri-ciri seperti di atas perlu dikemukakan


dengan menggunakan Borang Permohonan JKMM/PKS/1998(Derma) melalui
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri yang akan membuat siasatan dan
memberi pandangan untuk pertimbangan.

Semua permohonan yang telah diberikan kelulusan untuk mengendalikan aktiviti


kutipan derma hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan
dalam Surat Pekeliling Am Bil.6/87.

Kegagalan untuk mematuhi peraturan sepertimana yang ditetapkan akan


menjejaskan pertimbangan keatas permohonan kutipan derma bagi pertubuhan
berkenaan di masa akan datang.
Pembangunan Kesukarelawan

Briged Kebajikan Perdana


Briged Kebajikan Perdana (BKP) diwujudkan melalui pengemblengan tenaga
masyarakat dalam konteks menangani masalah-masalah sosial yang kian
meningkat. Ianya beroperasi sebagai pasukan yang peka dan komited dalam
kerja-kerja sosial dan kebajikan. Sehingga Disember 2006, ahli Briged
Kebajikan Perdana yang aktif di seluruh negara berjumlah 11930 orang.

Peningkatan untuk meningkatkan keberkesanan program ini sentiasa diberi


perhatian. Satu usaha baru adalah penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan
BKP di peringkat Negeri dan daerah yang melibatkan ahli-ahli dari agensi-agensi
lain Kerajaan yang berkaitan, pertubuhan sukarela dan sektor swasta.

Penggalakan Penyertaan Korporat


Objektif penyertaan korporat ialah untuk menggerakkan berbagai sumber
pengurusan, baik dari segi keperluan kewangan, material, guna tenaga dan
kepakaran sektor swasta. Menerusi kaedah ini, ianya dapat merealisasikan
konsep pensyarikatan Malaysia dalam kerja-kerja kebajikan untuk manfaat
kumpulan sasar dengan lebih berkesan. Usaha menggerakkan sektor swasta
telah berjaya menghasilkan sumbangan berjumlah RM1,151,713.00 kepada
pertubuhan sukarela untuk meningkatkan keberkesanan program. Sumbangan
tersebut adalah dalam berbagai bentuk seperti kewangan, tajaan, biasiswa,
peralatan dan sebagainya. Jumlah ini tidak termasuk yang disumbang terus
kepada organisasi yang dikenalpasti.

Bengkel Terlindung
Penubuhan Bengkel Terlindung adalah berdasarkan rasional bahawa golongan
Orang Kurang Upaya juga mempunyai potensi untuk turut memberi sumbangan
positif terhadap pembangunan negara. Sehingga tahun 2006, sebanyak 13
Bengkel Terlindung yang dianjurkan oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan telah
ditubuhkan bagi memberi dan memperluaskan peluang pekerjaan dan latihan
yang sesuai untuk Orang Kurang Upaya.

Antara perusahaan utama yang dikendalikan oleh Bengkel Terlindung tersebut


ialah membuat sampul surat, perabut, pagar dawai, gantungan mangkuk getah,
kimpalan, jahitan, beg seminar, beg sekolah, pakaian, percetakan, bakul rotan,
sarung tangan serta kerja-kerja subkontrak.
6. PERKHIDMATAN WARGA TUA

SEPINTAS LALU
Jabatan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan warga tua yang kurang
bernasib baik dengan memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang
tinggal bersendirian atau bersama keluarga. Penjagaan di Institusi Kebajikan
juga disediakan bagi mereka yang memerlukan agar mereka dapat menikmati
kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Definisi
Individu yang berumur 60 tahun ke atas.

Perkhidmatan Luar Institusi


Skim Bantuan Kebajikan

Perkhidmatan Institusi
Menyediakan Perkhidmatan perlindungan dan jagaan kepada warga tua dan
orang papa secara berterusan.

Institusi Berkaitan :

o Rumah Seri Kenangan (RSK): Institusi yang memberi perlindungan dan


penjagaan bagi warga tua.
o Rumah Ehsan (RE) : Institusi yang memberi perlindungan dan penjagaan
bagi warga tua yang terlantar.
o Desa Bina Diri (DBD): Iaitu sebuah institusi yang memberi perlindungan
dan pemulihan bagi orang miskin/papa.
o Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris: Institusi yang memberi
perlindungan dan penjagaan bagi warga tua islam yang tidak mempunyai
waris Kompleks Penyayang Bakti.
o Pusat Jagaan Harian Warga Emas (PJHWE): Institusi yang memberi
penjagaan warga tua setempat secara harian.

Akta Berkaitan:
Akta Pusat Jagaan
Akta Orang Papa 1977 (Akta 183)

Dasar/Pelan Tindakan Berkaitan:


Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara
Dasar Warga Tua Negara
SKIM BANTUAN JKM

Bantuan kewangan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia


(JKMM) mempunyai 3 tujuan penting iaitu:

o Meningkatkan taraf hidup


o Penyelenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan kehidupan
o Sebagai elaun perangsang untuk menggalakkan kumpulan sasar seperti
Orang Kurang Upaya, Balu/Jandaserta klien Jabatan supaya minat
bekerja dan akan terus bekerja dan akhirnya berdikari

Bantuan ini terbahagi kepada 2 kategori mengikut sumber peruntukan iaitu:

o Skim Bantuan Persekutuan


o Skim Bantuan Negeri
NOTA SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN
KEBAJIKAN JKM

Perkhidmatan
SYARAT
BIL JENIS BANTUAN KADAR TUJUAN
KELAYAKAN
1 Bantuan Kanak- RM100 sebulan seorang. Memastikan keluarga miskin dan i. Keluarga yang sedang memberi
Kanak Maksimum RM450 ibu tunggal terus menyara anak- jagaan kepada anak (kanak-kanak) ;
(BKK) sebulan sekeluarga anak dalam satu keluarga
melebihi 4 orang kanak- ii. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke
kanak bawah ;

iii. Kanak-kanak berumur persekolahan,


perlu meneruskan persekolahan ;

iv. Kanak-kanak yatim/yatim piatu ; dan

v. Kanak-kanak yang mempunyai


ibubapa/penjaga yang tidak
berkemampuan atau putus mata
pencarian kerana uzur, cacat,
berpenyakit atau tanggungan
banduan atau pusat tahanan.

2 Bantuan Anak RM250 sebulan seorang Membantu kanak-kanak yang i. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke
Pelihara kanak-kanak. kurang bernasib baik, yatim bawah ;
(BAP) Maksimum RM500 piatu, tidak mempunyai
sebulan sekeluarga yang saudara-mara supaya terus ii. Kanak-kanak yang tidak mempunyai
memelihara 2 orang tinggal di dalam masyarakat ibubapa ;
kanak-kanak atau lebih bersama-sama dengan
keluarga ganti iii. Kanak-kanak tinggal bersama-sama
Meringankan tanggungan dengan keluarga ganti ;
keluarga ganti yang sanggup
menjaga anak-anak pelihara iv. Kanak-kanak bukan diambil sebagai
sebagai anak sendiri. anak angkat menerusi Akta
Pengangkatan 1952 atau Akta
Pendaftaran Pengangkatan 1952
;dan

v. Kanak-kanak yang diambil dari


”Program Anak Pelihara” yang
dikendalikan oleh JKM.

* Had pendapatan keluarga


pelihara tidak ditetapkan
3 Bantuan Orang RM300 sebulan seorang Saraan hidup kepada warga i. Warga emas berumur 60 tahun ke
Tua emas yang memerlukan bantuan atas ;
(BOT) supaya terus tinggal dalam
komuniti ii. Tiada mata pencarian tertentu untuk
menyara hidup ; dan

iii. Tiada keluarga atau mempunyai


keluarga yang tidak berkemampuan
untuk memberi sumbangan

4 Elaun Pekerja RM300 sebulan seorang 1. Sebagai insentif untuk i. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Cacat menggalakkan OKU bekerja, Masyarakat ;
(EPC) hidup berdikari dan menjadi
ahli masyarakat yang ii. Bekerja sendiri atau dengan
produktif. majikan ;

2. Membantu menampung ii. Pendapatan di antar RM20 hingga


keperluan hidup seharian RM750 sebulan ;dan
dan meningkatkan taraf
hidup Oku dalam masyarakat iv. Tidak tinggal di institusi yang telah
disediakan kemudahan tempat
tinggal, makan/minum dan pakaian
percuma.

5 Geran Pelancaran RM2,700 sekaligus 1. Membantu klien JKM yang i. Penerima bantuan bulanan JKM
(GP) mempunyai minat dan yang berupaya mengusahakan
potensi untuk maju dengan sesuatu projek misalnya ibu tunggal
menceburi bidang atau anak-anak mereka ;
perusahaan, pertanian atau
perniagaan kecil. ii. Orang Kurang Upaya (OKU) ;dan

2. Membolehkan klien JKM iii. Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan.


menjadi lebih produktif dan
berusaha ke arah hidup
berdikari serta
meningkatkan taraf hidup
mereka.
Skim Bantuan Kewangan
Nama Perkhidmatan

Sepintas Lalu Membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan dalam meringankan
kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu sehingga mereka dapat berdikari.

Definisi 1) Bantuan kewangan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai tiga tujuan
penting iaitu:

a) sebagai penyelenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan

b) Meningkatkan taraf hidup

c) Sebagai elaun perangsang untuk menggalakkan kumpulan sasar JKM supaya minat untuk
berkerja dan hidup berdikari

2) Bantuan ini terbahagi kepada 2 kategori mengikut sumber peruntukan iaitu:

a) Skim Bantuan Persekutuan

b) Skim Bantuan Negeri

Kumpulan Sasar Keluarga Miskin, Kanak-kanak, Orang Tua, Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya dan Mangsa Bencana.

Lain-lain 1) Syarat-syarat asas kelayakan:


Ø Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Ø Pendapatan keluarga tidak melebihi RM400.00 sebulan
Ø Golongan yang berkeperluan dan tidak berkemampuan

2) Jadual Skim-skim Bantuan Kewangan JKM adalah seperti berikut:-

Nama Perkhidmatan Mangsa Bencana

Sepintas Lalu Fungsi JKM dalam menghadapi situasi bencana adalah termaktub di dalam Arahan Majlis Keselamatan
Negara (MKN) No. 20 (Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara) yang
merangkumi:-

1) Penyediaan dan penyelenggaraan pusat-pusat pemindahan


2) Membuat persediaan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan
3) Menjalankan pendaftaran ke atas mangsa untuk tujuan pemulihan
4) Memberi bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada mangsa
Definisi Bencana merupakan satu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan melibatkan
kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti
masyarakat setempat yang mana memberi impak sosial dan emosi kepada mangsa.

Kumpulan Sasar Mangsa bencana kepada kejadian bencana yang berlaku

Lain-lain 1) Tahap-tahap Pengurusan Bencana

Ø Bencana Tahap 1

Kejadian setempat yang terkawal dan berpotensi tidak merebak. Di tahap ini juga bencana
tidak menjejaskan aktiviti harian penduduk setempat secara meluas dan pihak berkuasa
daerah mampu mengawal keadaan tanpa bantuan luaran atau dengan bantuan luar yang
terhad.

Ø Bencana Tahap 2

Bencana yang meliputi kawasan-kawasan yang lebih luas atau melebihi 2 daerah dan
berpotensi merebak. Selain daripada kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang
banyak. Bencana ini juga memusnahkan infrastruktur dan menjejaskan aktiviti harian
masyarakat. Bencana di tahap ini masih mampu dikendalikan oleh pihak berkuasa Negeri
tanpa bantuan luar atau dengan bantuan luar yang terhad.

Ø Bencana Tahap 3

Bencana ini berlaku melibatkan lebih dari 2 buah negeri. Ianya lebih kompleks dan berupaya
dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Pusat tanpa atau dengan bantuan dari luar Negara.
AKTA DI BAWAH PENTADBIRAN JKM

1. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521)

Diluluskan oleh Parlimen pada 19 Mei 1994 dan diwartakan sebagai undang-
undang pada 7 Julai 1994. Akta ini telah mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1996.

Falsafah Di Sebalik Akta Keganasan Rumah Tangga


o Membendung kecenderungan untuk menggunakan keganasan rumah
tangga sebagai alat untuk menyelesaikan masalah rumah tangga dan
memelihara kesejahteraan dalam keluarga.
o Sebagai 'instrument' untuk mangsa mendapatkan perlindungan segera
apabila keganasan diperlakukan ke atas dirinya.

Matlamat
O Perlu dilihat sebagai pembaikan keadaan yang memberi perlindungan
mangsa keganasan dan bukan bertujuan untuk meruntuhkan sesebuah
keluarga.
O Memberi perlindungan undang-undang dalam situasi rumah tangga dan
perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

Pendekatan
o Akta ini BUKAN menggalakkan penceraian. Perintah Perlindungan Interim
(sementara) yang diperuntukkan merupakan 'COOLING - OFF PERIOD'
kepada pasangan.
o Kesalahan-kesalahan di bawah akta ini adalah kesalahan yang ditafsirkan
sebagai kesalahan JENAYAH di dalam KANUN KESEKSAAN.
o Akta ini mengambil pendekatan peruntukkan undang-undang jenayah.

Akta ini Terpakai bagi Semua Orang Dalam Malaysia


o Tanpa membezakan agama, bangsa, jantina, keturunan dan tempat
kelahiran.
o Ini bertepatan dan selaras dengan peruntukan kesamarataan yang
dinyatakan di bawah Perkara 8 Perlembagaan - 'semua orang adalah
sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang
sama rata disisi undang-undang'.

PENEMPATAN DAN KRITERIA YANG DITETAPKAN OLEH


JKM

1. PDK
o Aktiviti yang dijalankan bersama komuniti yang terdapat dalam komuniti
yang membantu proses pemulihan kanak-kanak keperluan khas.
o Kriteria :
o Perkembangan lewat
o Masalah penglihatan / pendengaran
o Down Syndrome
o Austima
o Cerebral Palsy
o Terencat akal

2. TASKA
o Pusat Jagaan kanak-kanak 0 - 4 tahun.
o Kriteria :
o Perkembangan lewat minima
o Cerebral Palsy
o Kurang upaya fizikal minima

3. TADIKA

3.1. TADIKA BIASA


o Masalah pembelajaran
o Cerebral Palsy
o Kurang upaya fizikal
o Terencat akal minima

3.2. TADIKA KHAS


o Kurang upaya penglihatan / pendengaran
o Terencat akal sederhana
o Masalah pembelajaran

4. SEKOLAH BIASA
o Ini termasuk semua seklah rendah, menengah, dan vokasional untuk
murid-murid berumur 6 – 19 tahun.

4.1 KELAS BIASA


o Kurikulum biasa

4.2 PROGRAM INKLUSIF


o Kelas biasa dengan bantuan guru

4.3 PROGRAM INTEGRASI KHAS


o Kelas khas yang menggunakan kurikulum khas dan dididik oleh guru khas
5. SEKOLAH KHAS
o Sekolah yang dikhaskan untuk kanak-kanak, kurang upaya, pendengaran,
penglihatan dan pembelajaran.
o Kriteria :
o Kurang upaya penglihatan / pendegaran
o Masalah pembelajaran
o Terencat akal minima
o Down Syndrome
o Austima

6. PUSAT JAGAAN HARIAN


o Pusat yang mengendalikan aktiviti harian yang merangkumi kurikulum
berbentuk kraf tangan dan kemahiran hidup. Ia biasanya untuk kanak-
kanak yang mempunyai cacat pelbagai dan IQ yang sederhana.
7. INSTITUSI LATIHAN / PEMULIHAN
o Institusi yang menyediakan rawatan perubatan (pemulihan anggota dan
carakerja) dan kursus vokasional dan kemahiran hidup.
o Perkhidmatan jagaan dan perlindungan bagi yang cacat akal yang teruk di
Taman Sinar Harapan
o Kriteria :
o Kurang upaya anggota (Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan
Bangi untuk 14 – 35 tahun
o Kurang upaya akal Taman Sinar Harapan bagi umur kurang
daripada 25 tahun

INSTITUSI KEBAJIKAN DI JKM

1. PDK
o Terdapat 379 buah PDK di seluruh Malaysia yang memberi manfaat
kepada 9,514 orang kurang upaya
o Program ini bukan sahaja “cost-effective” tetapi juga dapat memberi
liputan yang lebih luas kepada lebih ramai orang kurang upaya. Di
samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan keluarga di mana
orang kurang upaya tidak perlu dipisahkan dari keluarga dan masyarakat
mereka semasa menjalani pemulihan. Selain itu, ibu
bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada
pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.
o Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa/
keluarga/ penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan
penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga
merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan
kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf
hidup yang lebih selesa.
o Program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan
pemulihan di institusi. Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk
golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga
dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani
pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan
masyarakat.

Negeri Bil. PDK Bil. OKU Bil. Pekerja


Perlis 4 89 12
Kedah 23 916 112
Pulau Pinang 18 334 55
Perak 34 919 134
Selangor 36 1,046 168
WP Kuala Lumpur 7 104 18
Negeri Sembilan 34 1,045 132
Melaka 19 361 53
Johor 59 1,167 213
Pahang 40 761 138
Terengganu 38 670 111
Kelantan 29 565 102
Sabah 21 636 87
Sarawak 16 623 93
WP Labuan 1 24 5
JUMLAH 379 9,514 1,479

You might also like