P. 1
Pemulihan OKU

Pemulihan OKU

4.5

|Views: 2,543|Likes:

More info:

Published by: Mohd Faizal Bin Yahaya on Aug 14, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/02/2013

pdf

text

original

PEMULIHAN, PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN OKU 1.

LATAR BELAKANG

1.1

Sejak pengistiharan Tahun Antarabangsa Orang Kurang Upaya 1980 dan pelancaran “The World Programme of Action Concerning Disabled Persons 1982” Malaysia turut memperkenalkan berbagai-bagai polisi dan program untuk membaiki kualiti kehidupan golongan orang kurang upaya. Penyertaan dan penglibatan komuniti bermula apabila komuniti mengambil bahagian dalam mengintegrasi golongan orang upaya. Kerajaan pula memulakan dasar dengan propaganda “Kebajikan Tanggungjawab Bersama”. Seperti Negara-negara membangun, sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah mengalami pertumbuhan dari aspek sosial dan ekonomi. Selaras dengan itu, Malaysia telah membentuk Dasar Kebajikan Negara (DKN) pada tahun 1990. DKN bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan kestabilan masyarakat untuk pembangunan negara. Selaras dengan hasrat kerajaan melalui Wawasan 2020, ingin menjadikan Malaysia sebagai negara yang menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan seimbang kepada semua masyarakat. Dasar dan program kepada golongan orang kurang upaya di negara ini adalah berdasarkan strategi dan matlamat yang terkandung dalam Dasar Kebajikan Negara untuk mencapai keyakinan diri dan persamaan peluang di samping mewujudkan semangat saling bantu membantu serta berbudaya penyayang.

1.2

1.3

Pertumbuhan ekonomi yang dicapai telah memberi peluang kepada semua masyarakat memperolehi pengagihan yang adil. Pengumpulan kekayaan negara di tangan segelintir individu diharapkaan tidak lagi berlaku demi kestabilan negara, setiap rakyat patut diberi peluang dan hak yang sama rata untuk menikmati kejayaan negara termasuk kepada golongan orang kurang upaya. Bagi mencapai Wawasan 2020 ini Malaysia telah mengadakan berbagai perancangan, strategi, program dan aktiviti dengan kolaborasi berbagai sektor untuk mewujudkan negara maju melalui rancangan-rancangan pembangunan yang cekap dan pentas.

2.

DEFINISI OKU

2.1

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2007, “Orang Kurang Upaya” (OKU) itu bermaksud seperti berikut:

“ Mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat ”. 2.1. Bagi maksud pendaftaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan orang kurang upaya kepada enam kategori utama kecacatan/ ketidakupayaan seperti berikut:KATEGORI PENJELASAN

BIL.

I

Kurang Upaya Pendengaran D

a) Minimum ( Mild ) - (20 - < 30 db) b) Sederhana (Moderate) - (30-< 60 db) c) Teruk ( Severe ) - (60 - < 90 db) d) Sangat Teruk ( Profound ) - (> 90 db)

II

Kurang Upaya Penglihatan B

a)

Buta (Blind)

Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)

b)

Terhad –(Low Vision/Partially Sighted)

Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)

c)

TunnelVision

Pandangan yang terhad kepada satu arah dan dalam ruangan sehala.

III

Kurang Upaya Fizikal PH

Kecacatan anggota badan misalnya Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy, Osteogenesis Imperfecta, kerdil dll.

IV

Cerebral Palsy CP

a.

Hemiplegia Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan

b.

Diplegia Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah kaki

c.

Quadriplegia Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki.

V

Masalah Diagnosa perubatan Pembelajaran kategori ini merangkumi : DL a.

dibawah

Lewat Perkembangan (Global Developmental Delay)(bagi kanak-kanak berumur < 3 tahun) Down’s Syndrome Autisme Attention Deficit Hyperactive Disorder Terencat Akal ( Mental Retardation) (bagi kanak-kanak berumur > 3 tahun) Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll

b. c. d. e.

f.

VI

Lain-lain

Diagnosa perubatan dibawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format

nota: 1. Slow learner ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran yang mungkin disebabkan oleh faktor intelek dan/atau persekitaran. Ia boleh dibetulkan dengan bimbingan di kelas pemulihan. Kanak-kanak ini perlu dinilai semula sekiranya masih menghadapi masalah pembelajaran selepas mendapat bantuan dari kelas pemulihan. Kanak-kanak dalam kategori ini perlu didaftarkan dengan Unit Pendidikan Khas untuk mendapat kemudahan pendidikan khas.

4.

KAD KENAL DIRI OKU 4.1 Kad Kenal Diri OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihakpihak yang berkenaan. Kad tersebut terbahagi kepada 6 jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan kes seperti berikut:-

i. ii. iii. iv. v. vi.

Pengelihatan Pendengaran Fizikal Cerebral Palsy

-

Biru Hijau Oren Merah Kuning Ungu

Masalah Pembelajaran Lain-lain -

4.2 Pendaftaran dan kad Kenal Diri

4.2.1 Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan/program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela, ianya seharusnya digalakkan bagi mendapat segala kemudahan dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan dan swasta.

4.2.2 Objektif Pendaftaran dan Kenal Diri OKU

a. Untuk mengetahui bilangan sebenar dan taburan orang kurang upaya di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan.

b.

Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.

c.

Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan orang kurang upaya.

d.

Untuk mengenal pasti orang kurang upaya mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.

4.2.3

Borang – borang Pendaftaran OKU

Borang - borang Kegunaan Borang Permohonan Maklumbalas Perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Orang Kurang Upaya ( 18 tahun ke atas ) Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan KanakKanak Dengan Keperluan Khas ( 0 – 18 Tahun ) Akuan Penerimaan Kad Kenal Diri OKU/Bantuan Alat Tiruan/Sokongan 4.2.4 a. b. c. d.

Butir-butir pengesahan

Butir-butir pengesahan penempatan

Bukti Penerimaan Syarat –syarat Pendaftaran

Orang Kurang Upaya warganegara Malaysia Telah disahkan/diperkaui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan Menggunakan borang yang betul Pendaftaran dijalankan di Daerah/Jajahan/Negeri OKU bermastautin Pejabat

5.

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN KEPADA OKU 5.1 Bantuan Alat Tiruan

Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya, membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi beroda, kaliper, anggota tiruan, tongkat putih (white cane), mesin Braille dan lain-lain peralatan yang tidak termampu dibeli oleh orang kurang upaya. Dengan adanya alat ini mereka boleh bergerak bebas dan mencari nafkah hidup tanpa bergantung sepenuhnya pada orang lain.

Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-

(i) (ii) (iii) (iv)

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Keperluan penggunaan alat dengan pengesahan dan sokongan Pegawai Perubatan/Doktor Ketidakmampuannya membeli Sumbangan bagi membeli alat itu (jika perlu)

5.2 Geran Pelancaran

Bertujuan membantu orang kurang upaya yang ada pengetahuan dan kemahiran bagi menjalankan projek jayadiri atau perniagaan kecil yang mana mereka tidak dapat menjalankannya sebelum ini disebabkan ketiadaan modal dan peralatan. Geran ini membolehkan orang kurang upaya melancarkan rancangan jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri. Had maksimum geran pelancaran ialah RM 2,700.00. Kelayakan :

(i) (ii)

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Orang Kurang Upaya yang mempunyai pengetahuan/kemahiran bagi menjalankan perniagaan kecil sebagai mata pencarian. (iii) Orang Kurang Upaya yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan. (iv) Keutamaan hendaklah diberi kepada bekas pelatih institusi atau klien Jabatan.

5.3 Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerja dan terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:

(i)

Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas. (ii) Sebagai elaun insentif/perangsang bagi menggalakkan seseorang yang kurang upaya berminat untuk berkerja dan berdikari. (iii) Untuk meningkatkan taraf hidup orang kurang upaya.

Kelayakan:

Pekerja orang kurang upaya termasuk yang bekerja secara sendiri atau bekerja dengan majikan termasuk pekerja di Bengkel Terlindung JKMM dan Bengkel Terlindung yang dikendalikan oleh pertubuhan sukarela (NGO) serta pekerja di bawah Program Rumah Kelompok (termasuk Taman Sinar Harapan) adalah layak menerima elaun ini sebanyak RM 200.00 sebulan sekiranya syarat berikut dipenuhi:i) ii) iii) Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya; Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM 750.00 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga; Berumur 16 tahun ke atas;

Pemohon mestilah menyertakan slip gaji/surat pengesahan pendapatan daripada majikan/surat pengesahan pendapatan daripada pemohon sendiri bagi yang bekerja sendiri.

9.

PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN KHIDMAT NASIHAT

Bagi orang kurang upaya atau keluarga mereka yang menghadapi masalah dari segi emosi, keyakinan diri dan sebagainya atau memerlukan maklumat berkaitan jenis-jenis perkhidmatan yang diperlukan, bolehlah mendapatkan khidmat tersebut daripada Pegawai/Pembantu Kebajikan Masyarakat yang berkelayakan atau kaunselor di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri-Negeri.

10.

AGENSI-AGENSI LAIN YANG TERLIBAT DALAM PERKHIDMATAN, PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN OKU

Selain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, agensi Kerajaan yang lain dan Pertubuhan Kebajikan Sukarela ( NGOs ) juga terlibat dalam perkhidmatan pemulihan bagi orang kurang upaya. Agensi-agensi berkenaan adalah seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (Jabatan Pendidikan Khas), Kementerian Sumber Manusia (JabatanTenaga Kerja), Pertubuhan Kebajikan Sukarela dan lain-lain.

10.1. Kementerian Kesihatan -

Program Pengesanan Awal (Early Intervention) memberi rawatan dan pemeriksaan untuk kemasukan ke Institusi Kebajikan.

10.2. Jabatan Pendidikan

-

Menyediakan pendidikan bagi kanakkanak berkeperluan khas (kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran dan masalah pembelajaran) melalui tiga program iaitu (i) Sekolah Khas, (ii) Program Integrasi dan (iii) Program Inkulsif di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program intergrasi juga disediakan bagi pelajar kurang upaya pendengaran di Sekolah Teknik dan Politeknik.

10.3. Jabatan Tenaga Kerja -

Menggalakkan pihak swasta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang upaya melalui Jawatankuasa Penggalakan Penggajian Orang Kurang Upaya Di Sektor Swasta.

10.4. Pertubuhan Keb. Sukarela Mengadakan Pusat Harian dan Pusat Latihan bagi orang kurang upaya sebagai perkhidmatan sokongan terhadap programprogram Kerajaan dan juga sebagai memenuhi tanggungjawab masyarakat dalam pemulihan golongan tersebut.

11.

KEMUDAHAN DAN AGENSI-AGENSI LAIN

KEISTIMEWAAN

KEPADA OKU OLEH

11.1

Kemudahan Pendidikan Kementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan program khas kepada kanak-kanak dari kategori kurang upaya penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi dan inklusif di sekolah biasa. Kerajaan mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran. Bagi Pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi diberi elaun bulanan sebanyak RM 300.00 sebulan (Kemudahan ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Penggajian Tinggi). Pelajar-pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan sekolah menengah diberikan elaun sebanyak RM 25.00 sebulan ( Kemudahan ini di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas).

11.2

Kemudahan Akses Untuk Orang Kurang Upaya Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan pelbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang urus setianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendakkehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

11.3. Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan Pada tahun 1981 Kerajaan memperluaskan potongan cukai berganda kepada majikan-majikan yang melatih dan mengambil pekerja kurang upaya. Mulai tahun tahun 1991 Kerajaan memberi pelepasan cukai sebanyak RM5,000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi pelepasan cukai sehingga RM5,000(maksimum) kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya. Kerajaan telah memberi pelepasan cukai tambahan sebanyak RM6000.00 sebagai tambahan kepada pelepasan diri sebanyak RM8,000.00 dan pelepasan tambahan sebanyak RM3,500 kepada pasangan yang kurang upaya sebagai tambahan kepada pelepasan sebanyak RM3,000.00 mulai tahun 2005.

11.4

Pengecualian Cukai Jalan

Jabatan Pengangkutan telah menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan (road tax) bagi orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan mulai tahun 2004. Syarat-syarat :

i) ii) iii) iv) v)

Kereta, van dan motosikal nasional sahaja; Berdaftar dengan JKM (kurang upaya anggota); Kenderaan didaftarkan di bawah nama pemohon; Memiliki lesen memandu yang sah. Pengecualian diberi hanya pada sesebuah kenderaan dalam satu masa.

11.5

Kemudahan Pengangkutan Awam Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya adalah SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, KERETAPI TANAH MELAYU (KTM) memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANASIONAL memberi konsesi 50% dari harga tambang dan RAPID KL memberi kemudahan tambang percuma kepada golongan kurang upaya.

11.6

Kemudahan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya.

Syarikat Perumahan Nasional Negara (SPNB) memberi diskaun sebanyak 20 peratus kepada golongan kurang upaya berpendapatan rendah untuk memperolehi rumah kos rendah dan sederhana.

11.7

Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

11.8

Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (pasport antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.

11.9. Kemudahan Peluang Pekerjaan Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 / 1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya. Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Tenaga Rakyat Semenanjung Malaysia. Jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk menggalakkan majikan di sektor swasta memberi peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya. Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta memberi garis panduan kepada agensi Kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja di sektor swasta. Orang kurang upaya, boleh membuat pendaftaran di mana-mana Pejabat Tenaga Kerja Negeri dan Daerah atau melalui Perkhidmatan Pendaftaran Secara Online (SPOku) di http://www.elx.gov.my/

11.10. Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.

11.11 Pengecualian 50% Duti Eksais Ke atas Kenderaan OKU Anggota Kementerian Kewangan telah memberikan pengecualian 50% Duti Eksais ke atas kenderaan cacat anggota yang berkeupayaan memandu sahaja dengan syarat : i) ii) iii) Pemohon Berdaftar dengan JKM Pemohon memiliki lesen memandu yang sah Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukarmilik sehingga tamat tempoh 10 tahun kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan; dan Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah kenderaan bagi setiap 10 tahun.

iv)

11. 12 Pencen Terbitan Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia. Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan kurang upaya bagi penjawat awam yang meninggal dunia.

Tafsiran anak cacat Seorang anak yang tidak kira apa jua umur yang cacat akal atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri.

Prosedur i. ii. iii. Waris hendaklah mengemukakan permohonan dengan menyatakan jenis kecacatan anak tersebut. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri berkenaan diminta membuat siasatan. Waris hendaklah membawa anak tersebut kepada Pakar Perubatan Kerajaan bagi penyakit berkenaan untuk dilengkapkan Laporan Pemeriksaan Pakar Perubatan.

iv. Dokumen-dokumen yang diperlukan:a. 1 salinan Surat Beranak anak tersebut dan salinan Kad Pengenalan bagi anak yang berumur lebih 18 tahun. Sekeping gambar foto anak yang menunjukkan anggota sepenuhnya (full length photograph). 1 salinan Kad Pengenalan waris atau penjaga (jika anak tersebut tidak dipelihara oleh ibu/bapa kandung atau ibu/bapa kandung telah meninggal dunia).

b. c.

11.13 Waktu Bekerja Anjal Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Mempunyai AnakAnak Kurang Upaya Pegawai perkhidmatan Awam yang mempunyai anak-anak kurang upaya dibenarkan mengunakan Waktu Bekerja biasa untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak-anak mereka dengan syarat masa-masa yang digunakan itu digantikan bagi tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya perkhidmatan Kerajaan tidak terjejas.

11.14 Kemudahan Telekom Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:

i) ii) iii)

Bayaran Sewa bulanan dikecualikan kepada golongan kurang upaya. Panggilan sebarang caj 103 (operator) tidak dikenakan

Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma.

Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syaratsyarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak TM.

NOTA Bagi setiap OKU yang ingin memperolehi insentif dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau agensi-agensi kerajaan atau swasta lain , MESTILAH mempunyai KAD KENAL DIRI OKU sebagai satu perakuan yang sah bahawa mereka orang kurang upaya.

KAD KENAL DIRI OKU hanya boleh diperolehi dengan mendaftarkan diri di PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH di tempat tinggal OKU tersebut.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->