You are on page 1of 4

LITAR SKEMA KAWALAN

PENGHIDUP BINTANG

L N PETUNJUK

C - Penyentuh utama

D - Penyentuh Delta

S - Penyentuh Bintang
F

8 9
GBL
7

PB1

PB2 C1

S1
D1

S2
8 6
G LM 1
5
D
7 C LP1 LP2
S G LM
2
PETUNJUK:

L - Punca Hidup
N - Punca Neutral
LP1 - Lampu Pandu 1
LP2 - Lampu Pandu 2
GBL - Geganti Beban Lebih
GLM - Geganti Lewat Masa
GLM1 - Sesentuh lazim tertutup Geganti Lewat Masa
PB1 - Punat Tekan Henti
PB2 - Punat Tekan Hidup
F - Fius
S – Gegelung Bintang
C – Gegelung C
C1 - Sesentuh lazim terbuka C
D - Gegelung Delta
D1 - Sesentuh lazim tertutup Delta
S1 - Sesentuh lazim terbuka Bintang
S2 - Sesentuh lazim tertutup Bintang

PRINSIP KERJA LITAR:

1. PB2 ditekan – arus melalui D1, GLM1 dan S akan bertenaga.


Masa yang sama S1 akan tertutup, gegelung C akan bertenaga menyebabkan C1 tertutup dan S2 terbuka.
Sambungan bintang berlaku.
2. Setelah GLM mencapai masa, GLM1 akan terbuka, menyebabkan gegelung S tidak bertenaga.
Masa yang sama S1 terbuka dan S2 tertutup.
Arus akan mengalir ke gegelung D menyebabkan D1 terbuka memutuskan arus ke S dan GLM.
Sambungan delta berlaku. LP1 akan menyala.
3. Jika berlaku lebihan arus, GBL terbuka dan memutuskan bekalan arus.LP2 akan menyala.
KENDALIAN LITAR KAWALAN PENGHIDUP MOTOR BINTANG DELTA
( STAR-DELTA STARTER CONTROL CURCUIT OPERATION)

Penghidup bintang delta hanya digunakan untuk motor tiga fasa yang berukuran sederhana (arus ulang-alik 3 fasa, 415V)

Tujuan utama penggunaannya ialah untuk mengurangi arus permulaan ketika motor dihidupkan. Ia boleh dicapai dengan
menukarkan sambungan belitan stator daripada bentuk bintang (wai) menjadi delta (jaring) dan motor itu akan terus berputar
dalam sambungan delta.

Voltan yang diterima oleh setiap belitan stator pada ketika sambungan bintang ialah 1/3 voltan talian dan voltan ini lebih rendah
daripada voltan asal. Arus pada sambungan bintang dikecilkan sehingga 58%.

Arus dan dayakilas akan turut berkurangan kerana arus dan dayakilas adalah berkadar terus dengan kuasa dua nisbah voltan.
Setelah motor bergerak pada kelajuan 75% daripada kelajuan biasa, sambungan motor itu akan ditukar daripada sambungan
bintang kepada sambungan delta dan ini bermakna voltan bekalan akan bertambah dan kelajuan pun turut bertambah.

Penukaran belitan stator daripada daripada bentuk bintang kepada bentuk delta boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan
menggunakan suis kendalian tangan atau menggunakan sesentuh beroperasi secara automatik.

Perlu diingatkan, pemula suis kendalian tangan mestilah mengadakan saling kunci mekanik agar suis pemula tidak boleh diubah
kepada kedudukan delta sebelum kedudukan bintang.

Setelah motor berputar, tangkai suis akan dipegang oleh elektromagnet yang juga berfungsi sebagai pelindung tanpa voltan. Suis
akan akan kembali pada kedudukan henti apabila voltan bekalan terputus dan motor tidak akan hidup sendiri selepas bekalan
pulih kecuali jika ia dikendalikan semula.
KEBAIKAN KEBURUKAN
- Boleh dihidupkan dan dimatikan beberapa - Keupayaan motor-motor yang digunakan terhad kepada 3
kali pada bila-bila masa. HP hingga 10 HP sahaja.
-Senggaraan adalah kurang jika dibandingkan dengan - Menggunakan punca-punca motor yang lebih iaitu 6 hingga
pemula alatubah-auto. 7 punca.
-Bagi keupayaan motor yang sama, kos pemasangan
adalah lebih murah dari pemula alatubah-auto.
- Mengelakkan daripada berlaku gangguan bekalan
elektrik kepada alatan lain.
- Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik pada arus
permulaan.

You might also like