You are on page 1of 138

LAMPIRAN A

TEKS RIWAYAT KELANTAN

Kilatan atau Riwayat Kelantan, menceritakan kisah raja-raja yang awal,


pemerintahnya, salsilah keturunan, asal usul bandar yang ternama dan
sedikit daripada daerah-daerah dan mukim-mukim di dalam Kelantan.

Bahagian Yang Pertama

Kelantan pada zaman lapan ratus tahun (800 tahun) dahulu disebut orang

“Negeri Serendah Sekebun Bunga” yang diperintahkan oleh seorang raja

perempuan, “Seri Maharaja Puteri” atau Che Siti Jarum Begiling 1 tetapi nam itu

tiada disebutkan masa itu, ialah kemudian sedikit.

Di dalam Kitab Geografi Semenanjung Negeri Kelantan 2 pengarangnya

menguatkan berpegang3 telah jadi sebuah negeri di dalam kurun yang ke

sepuluh lebih kurang. Kerana pada tahun hijrah 577 bersamaan tahun Masihi

1187, ada nama Kelantan iaitu didapati suatu perbelanjaan emas yang dipanggil

orang “dinar’ bertulis dengan huruf Arab Al Julus Kelantan 577 dan di

sebelahnya “almutawakil”. Kami percaya bahawa tarikh yang didapati daripada

dinar itu kemudian/daripada kerajaan Serendah Sekebun Bunga, kerana pada

masa Seri Maharaja Puteri menjadi raja, barangkali belumlah lagi ahli negeri ini

beragama Islam. Kami nampak dinar yang tersebut zahirnya kemudian daripada

ghaib Puteri Saadung4, raja perempuan yang kedua (pemerintah Kelantan)

kerana juga kami dapati kemudian daripada ghaib raja perempuan yang kedua

1
itu seorang syeikh daripada Patani5 datang mengislamkan orang-orang Kelantan.

Maka pada masa itulah agaknya diperbuat dinar yang tersebut. Maka bolehlah

kita berpegang bahawa kejadian negeri Serendah Sekebun Bunga pada kurun

yang ke sembilan.

Kami terasa dukacita mendahulukan huraian pemerintahan Seri Maharaja

Puteri itu dengan tidak ketahui asal usulnya. Oleh itu, eloklah diceritakan dari

awal hingga menjadi raja dan mengetahui kejadian raja-raja yang kemudian

daripadanya. Mudah-mudahan jelas tuan pembaca yang dikasihi.

Pada zaman dahulu dua orang miskin laki isteri (Awang Selamat dan Mak

Sang Kelembai6). Pekerjaannya berhuma di dalam suatu hutan cerang besar

(cerang yang bertentangan dengan Kuala Lebir 7 (lebih). Masa itu Kuala Lebir ini

Kuala Kelantan dan pondoknya diperbuat di tepi pantai. Pada tiap-tiap hari

keluar keduanya menebas dan menebang hingga hampirlah kepada seperdu

buluh. Oleh sebab pada hari itu panas terik (terlampau keras)/berhentilah

keduanya di bawah pohon buluh itu. Sedang tidak berapa lama terdengarlah

suatu suara kanak-kanak menangis tersedu-sedu. Maka terkejutlah keduanya

dan berfikir barangkali suara syaitan. Akan tetapi apabila diperhatikan pada

tempat bunyi itu didapati sebenarnya suara itu kanak-kanak. Maka

menerkamlah keduanya ke hilir dan ke hulu mencari di mana tempat yang

berbunyi itu, tiada juga didapati. Lalu berkelilinglah pula keduanya di perlu buluh

itu, tiba-tiba terpandanglah sebatang daripada buluh itu pada ruasan yang lain

2
seolah-olah, “bunting”. Oleh sebab itu tersangat ajaib akan kedatangan suara

kanak-kanak itu di dalam buluh. Pada hal mustahil benar jika seorang kanak-

kanak ada di dalamnya. Sedang ia di dalam berfikir sebegitu bertambah bunyi

suara tangisannya dengan amat merdu.

Maka dengan tidak berfikir panjang, teruslah ia memanjat lalu dipotongnya

dengan suatu golok yang besar yang teramat masyhur sedia bila-bila masa

sahaja ada di tangannya. Dan apakala dibelah (dipecahkan) buluh itu sahaja,

zahirlah seorang kanak-kanak perempuan yang cantik. Demi dilihat oleh

isterinya (Mak Sang Kelembai), lalulah diambil dan ditimang-timang. Tak

dapatlah hendak diceritakan tentang kesukaan di antara keduanya seperti

mendapat gunung permatalah rasanya. Dan tidaklah keduanya lama di situ lagi

lalu kembali ke pondoknya. Dibela dan dipelihara tak ubah anaknya sendiri.

Di dalam memeliharanya, besarlah kanak-kanak itu dengan rupa yang

tiada tolok/bandingnya pada zaman itu. Hingga tiadalah bercerai kedua-duanya

dengan anak peliharaan, sehari pun tidaklah berhuma lagi asyik dengan

bergurau senda dengan tidak pula dibenarkan keluar daripada pondoknya

kerana hampir sangat dengan kuala. Siapa tahu kalau-kalau terlihat oleh orang

yang lalu lalang yang singgah di situ.

[ Kami tersangat dukacita hendak mempercayakan keturunan Che Siti

bagaimana yang dihuraikan di atas kerana tak dapat dalil-dalilnya. Cumalah

3
kepercayaan orang tua-tua sahaja berpegang kuat begitu hingga sekarang.

Tetapi kepercayaan yang semacam itu zaman ini tidak harus dipercayakan

dengan tiada dalil-dalil yang boleh kita berpegang. Kami cuba juga menghalusi

bertanya orang tua-tua takut-takut ada lagi riwayat-riwayat yang terlebih elok

daripada itu tetapi masing-masing tak dapat menerangkan, hingga terayun-

terayunlah kami beberapa lama yang tiada harapan lagi riwayat yang lebih

penting daripada ini, tiba-tiba berjumpalah dengan seorang tua serta

meriwayatkan kepada kami, yang ia diriwayatkan pula oleh seorang Hindi ].

Pada masa kerajaan Hindi di tanah India tersangat-sangat luas

pemerintahnya yang telah memeluk agama Islam. Hampir-hampirlah seluruh

India tertakluk kepadanya. Maka mana-mana negeri yang enggan dan ingkar

daripada beragama Islam dibunuh dan dihasyat 8 (dilebur) hingga setengah

daripada putera-putera bumi negeri yang di perenggan-perenggan India dan

China lari membawa diri ke Tanah Semenanjung. Yang tiada tetap setengah ke

sana, setengah ke sini, bertaburan dan berumah tangga di tepi-tepi sungai dan

lautan Semenanjung.

Maka di dalam kumpulan-kumpulan putera bumi Asia yang datang itulah

barangkali Che Siti dan pengasuh-pengasuhnya jatuh ke Tanjung Lebir 9, Kuala

Kelantan dan duduklah ia di situ berbuat pondok, dengan lama-kelamaan

berkenal-kenalanlah dengan orang liar yang di hulu Kelantan. Barangkali

dengan lidahnya yang lemah lembut, setengah daripada Pangan itu di bawah

4
perintahnya. Kerana orang-orang liar yang menduduki tanah Kelantan masa itu

ia beriktikad yang Che Siti dan pengasuhnya itu mulia lebih dan tinggi bangsa

daripadanya. Tambahan pula belum pernah dilihat orang yang sempurna itu.

Maka dengan sebab itu dengan mudahlah Che Siti memerintahnya. Maka

nampaklah bahawa Che Siti an pengasuhnya itu datangnya dari tanah besar

(Asia), tidak daripada buluh yang sangat mustahil itu. Sebab pun yang boleh kita

mempercayai begitu kerana kita dapati daripada Kitab Ilmu Alam Melayu

karangan Tuan R.O Winstedt, begini:

“Bahawasanya perihal orang Melayu asli dan asal usulnya yang terang tiadalah

kita perolehi. Akan tetapi jika diperhatikan tentang perusahaan mereka itu, atas

pekerjaan itu pada membuat kampung huma dan bertukang besi. Maka bolehlah

dikatakan segala pekerjaan itu telah didapati oleh mereka dari sedia kala.

Kerana perkataan menyebut “padi” dan “besi” itu hak daripada bahasa Melayu

jati. Maka nampaknya akan bahasa Melayu / jati itu serumpunlah dengan

bahasa orang Cham (Cham)10 yang mendiami negeri Annam. Dan dengan

bahasa orang Pegu (Pegu) yang berkedudukan dalam Burma (Burma).

Tambahan lagi dengan bahasa orang Khassi (Khassi) yang bersaki-baki dalam

jajahan Assam (Assam). Demikian juga bahasa orang Manda (Munda), terletak

jajahan Chotar Nagpor (Chotar Nagpor) di dalam Hindustan (Hindustan). Maka

oleh beberapa saksi dan bandingan itu telah tetaplah rasanya yang asal

keturunan orang-orang Melayu itu dari darah negeri Indo China (Indo China),

5
iaitu dari benua yang di perantaraan negeri Hindustan dengan negeri China (lihat

muka 27, kitab itu).

Teranglah sudah di hati kita bahawa karangan Tuan R.O. Winstedt itu

sebenar, kerana dalil-dalil yang terang. Kalau begitu riwayat orang tua itu,

bolehlah dikatakan benar juga (bagaimana fikiran pemuda-pemuda Kelantan,

adakah begitu atau tidak? P.).

Adapun Kuala Lebir itu ialah awal-awal Kuala Kelantan tempat

persinggahan sekalian perahu yang kekurangan air atau kayu. Maka pada suatu

hari berlabuhlah sebuah perahu (jong) kerana kekurangan air atau kayu. Maka

turunlah malimnya berserta kelasi-kelasi dengan sebuah sampan ke darat.

Apabila sampai ke tepi pantai terpandanglah ia akan orang-orang Pangan

(Sakai) berpuak-puak. Pada halnya mustahil ada ia di tepi pantai laut. Maka

berjalanlah merata-rata pantai itu tiba-tiba terjumpalah suatu pondok. Dengan

tidak disangka-sangka terpandanglah malim itu akan anak miskin. Nah

apa/hendak dikatakan lagi menyemburlah darah asyiknya. Maklumlah budak

perempuan sedang remaja. Lalu terus malim masuk ke pondok itu berjumpa

dengan tuannya. Maka didapati pondok itu diduduki oleh dua miskin laki isteri

dan sedikit daripada sakai-sakai. Lalu bertanya malim, “Ayuhai bapakku,

berkhabarlah. Anak siapa yang di dalam pondok bapak itu?”. Miskin, “Anak

bapa. Dari kecil bapa pelihara. Yang dikurniakan oleh Tuhan dengan tiada

bersusah lelah”. (Bagaimana miskin atau pengasuh mengaku anaknya?. Ya

6
baiklah kami terangkan sedikit. Sebab pun tidak dizahirkan rahsia-rahsia

kedatangan dari tanah Asia kerana barangkali takut dengan huraiannya menjadi

gempar dan sampai ke pendengaran Raja Hindi, akhirnya tidak tetap

kedudukannya. P)

Apabila didengar oleh malim huraian itu, teraslah hairan kerana mustahil

sekali miskin itu mempunyai seorang anak perempuan yang cantik seumpama

itu pada halnya kedua miskin itu tersangat-sangat buruk rupanya. Sungguhpun

di fikirnya begitu, akan tetapi tidaklah berulang tanyanya lagi lalu bermohon

pulang naik sampan berdayung ke jongnya (perahunya) memberitahu nakhoda

dan dikhabarkan apa yang telah dilihat dengan mata kepalanya.

Demi didengar oleh nakhoda huraian itu lautan asyiknya seraya berkata,

nakhoda “Di manakah pondok itu? Malim, “Pondok itu hampir benar dengan

kuala, di atas pantai di tepi cerang yang di hadapan kita ini”. / Jika demikian

turunlah sampan, kita pergi melihat”, lalu berdayung menuju kuala. Apabila

sampai ke darat, menujulah nakhoda dan sekalian ke pondok Miskin. Apabila

sampai lalu memberi selamat dan duduk seraya berkenal-kenalan. Maka

berkatalah Miskin:

Miskin, “Banyaklah bapa terima kasih akan kesudian tuan mencemarkan kaki ke

pondok bapa yang buruk ini”. Demi didengar oleh nakhoda perkataan miskin itu

tidaklah ia melepaskan peluang menjawabnya.

7
Nakhoda, “Kedatangan anak ini ialah kerana kekurangan air. Oleh sebab kuala

ini tersangat elok dan permai, singgahlah anak. Tiba-tiba berjumlah 11 pondok

bapa. Maka patutlah anak masuk dan berkenal-kenalan”.

Apabila habis percakapannya, dilayangkanlah matanya ke dalam pondok.

Tiba-tiba terpandanglah akan anak miskin itu dan percayalah ia akan khabaran

yang dibawa oleh malimnya. Maka pada masa itu melayanglah rohnya. Jika

tidak kerana malu rasa-rasa hendak disambutnya tetapi apa boleh buat,

khalayak yang ramai terpaksalah ia menahankan asyik seraya bermohon

kembali naik ke sampan berdayung ke perahunya dan mesyuaratlah dengan

malim dan anak-anak perahunya (kelasi) bertanya fikiran masing-masing. Maka

kesemua anak perahunya bersatu suara tidak hendak kembali lagi / suka dan

redha tinggal menjadi hamba anak Miskin. Lalu dijawab oleh nakhoda,

“Janganlah begitu. Baiklah kita kembali dahulu ke negeri kerana bukannya kita

kesemua tiada mempunyai anak isteri. Apabila hati tuan-tuan suka begitu kita

balik dahulu dan bawa anak isteri berumah tangga di sini”. Maka bersetujulah

sekaliannya bagaimana fikiran nakhoda itu lalu dibongkar sauh, diangkat layar

menuju negerinya.

Tidaklah kami panjangkan huraian pelayarannya. Apabila sampai ke

negerinya dibawanyalah anak isterinya berumah tangga berhampiran pondok

sakai hingga ramai. Begitulah dari setahun ke setahun makin bertambah.

Maklumlah sahaja, perahu yang berhenti di situ tidak kembali lagi. Bolehlah

8
dikatakan beribu-ribu manusia, terang-benderang cerang hutan itu hingga

menjadi sebuah negeri.

Pada suatu hari bermesyuaratlah sekalian nakhoda dan lainnya mencari

jalan menyelamatkan orang-orang yang begitu banyak dengan tiada mempunyai

raja. Pada halnya di negeri yang lain masing-masing mempunyai raja.

Takdirnya jika datang musuh alangkah susahnya kerana tiada berkepala

(pemerintah). Tiba-tiba berdirilah seorang daripada nakhoda seraya berkata:

“Adapun sekalian kita yang ada di sini martabat dan bangsa adalah terkurang

(pada masa itu dipandang martabat dan bangsa, zaman sekarang dipandang

ilmu, budi dan bahasa. P). Tiadalah patut seorang daripada kita dipilih /

dijadikan raja memerintah sekalian kerana saya halusi tiap-tiap pemerintah itu

akalnya tajam berserta bijaksana. Maka nampaklah di pandangan saya yang

patut dan munasabah, anak Miskin itulah yang elok dilantik. Apa fikiran tuan-

tuan?”.

Lalu disahut oleh nakhoda dan sekaliannya yang hadir masa itu, “Elok dan

bersetuju”. Apabila di dengar sahutan persetujuan itu, lalu masing-masing pun

memulailah membangunkan kota12, parit, balai, istana. Tidak berapa lama

mustaiblah. Pada hari dan ketika yang baik mulailah bekerja. Apabila genap

harinya, penuh sesaklah balai istana melihat hari ketabalan 13.

9
Adapun nakhoda yang awal itulah yang sangat-sangat berusaha dan ialah

yang memegang pedang kerajaan di sebelah kanan dan malimnya di sebelah kiri

memegang keris. Sebentar lagi berdirilah nakhoda seraya berkata, “Daulat

Tuanku”. Dan menderulah bunyi sahutan sekalian rakyat negeri dan ditambah

lagi, “Ketahuilah olehmu sekalian laki-laki dan perempuan. Pada hari ini dan

waktu ini, janganlah siapa-siapa panggil lagi puteri anak sakai. Ialah dinamakan,

“Seri Maharaja Puteri”, raja pertama yang memerintah negeri ini”. Maka

menyahutlah sekalian, “Daulat tuanku Seri Maharaja Puteri”.

Apabila senyap suara sahutan itu, bertitahlah Seri Maharaja Puteri,

“ketahuilah kiranya14 hei sekalian isi negeriku. Bahawa pada hari ini aku lantik /

dan aku gelarkan nakhoda ini menteri besarku kerana akalnya terlampau cerdik

dan malim panglima darat dan laut. Begitu juga bapaku Awang Selamat

Setandang Desa dan ibunya Mak Sekelambai 15. Kemudian daripada itu

memerintahlah Seri Maharaja Puteri dengan adil dan murah.

Di sinilah agaknya yang disebutkan di dalam Kitab Ilmu Alam Melayu

karangan Tuan R.O. Winstedt, Kelantan di takluk oleh Palembang, demikian:

“Pada tahun Masihi 1250, adalah seorang China namanya Chau Pu Kua 16 telah

mengarangkan suatu kisah darihal perniagaan orang China. Tersebut di

dalamnya, adapun negeri Palembang 17 pada zaman itu sebuah kerajaan yang

besar, akan negeri-negeri Langka suka, Terengganu, Pahang dan Kelantan

10
sekaliannya tertakluk kepadanya. Sebahagian lagi tersebut pula di dalam babad

Jawa yang bernama Negara Kartagama18. Negeri Kelantan itu tertakluk ke

Majapahit19 hingga terdahulu daripada tahun Masihi 1855, tarikh babad itu (lihat

muka 182 kitab itu) (Boleh juga kita percaya yang Kelantan tertakluk kepadanya

kerana ada juga dalil-dalilnya).

Di atas ini telah disebutkan awal-awal kedatangan itu ialah seorang

nakhoda dan malim. Begitu juga yang kemudian daripadanya beberapa orang

nakhoda lagi membuka negeri dan membuat istana kerana hendak dilantik anak

miskin menjadi raja dan daripada nakhoda-nakhoda itulah juga sendiri

menjalankan / gerak geri negeri. Maka bolehlah di percaya bahawa masa itu

orang Palembanglah yang suka berlayar menjajahi negeri dengan perahu. Maka

sahlah yang nakhoda itu ialah kebanyakan anak bumi Palembang yang

beragama Hindu. Tambahan pula ia telah memegang teraju negeri, senanglah

di bujuk bumiputera Kelantan kepada beragama Hindu. Begitulah barangkali

nakhoda-nakhoda itu menandakan tarikh yang ia memegang teraju negeri serta

dikembangkan pula agama Budha, dihantarkan ke negerinya serta dikatakan

pula yang Kelantan di bawah takluk Palembang. Maka di sinilah yang dikatakan

Kelantan takluk kepadanya itu. Faham kami sebenarnya begitu. Apalah

ubahnya kerana teraju negeri di dalam tangannya. P).

Beberapa lama Seri Maharaja Puteri di atas takhta kerajaan, tiba-tiba

berturut-turut tahun datang pinangan daripada sekalian raja-raja yang di Tanah

11
Melayu memintanya hendak dijadikan isteri tetapi permintaan pinangan itu sia-

sia sahaja (tidak diterima). Dari tarikh ini sentiasalah Seri Maharaja menaruh

dukacita kerana bertalu-talu datang pinangan, pada hal tiada sekali-sekali Seri

Maharaja menaruh dukacita kerana bertalu-talu datang pinangan, pada hal tiada

sekali-sekali Seri Maharaja Puteri berkehendak bersuami. Tiba-tiba terfikirlah ia

jika sekiranya aku kekal bertakhta di tempat ini kelak pada suatu masa datanglah

serangan dan tertawanlah aku dengan rakyat-rakyat. Jika aku tidak berubah

tempat sahlah sempit pandangan dan fikiran aku. Oleh itu eloklah aku

perbuatkan sebuah negeri di tempat yang lain.

Apabila tetap fikirannya begitu, bertitahlah kepada menteri besar dan

panglimanya memerintahkan rakyat hendak berubah tempat membuat sebuah

negeri yang lain dan / ditetapkan hari supaya berhimpun menyedia dan

membawa sekalian perkakas. Pada hari yang baik, maka berkenderailah Seri

Maharaja Puteri di atas gajah diiringi sekalian rakyat tinggalkan Kuala Lebir

dengan sunyi senyap tiada20 seorang pun yang tinggal. Dikecualikan kota,

pendeknya hingga sekarang).

Di dalam perjalanan itu adalah lebih kurang lima belas hari sampailah Seri

Maharaja di suatu hutan cerang yang besar dipenuhi pokok-pokok kayu

tegayung. Lalu bertitah menebas dan menebang pokok yang tersebut membuat

kota dan membuka negeri. Maka sekalian rakyat pun memulailah bekerja

membuat kota, balai istana. Selang tak berapa lama mustaiblah, lalu bertakhta

12
Seri Maharaja Puteri di kota Tegayung dan diperbuat suatu taman (kebun)

bunga-bungaan tempat bermain dan bersuka-suka serta ditanamkan serba

macam bunga. Di sinilah dinamakan negerinya itu dengan nama “Negeri

Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung”.

Adapun Cerang Tegayung itu pada masa sebelum lagi diperbuat negeri di

tepi-tepinya ada beberapa banyak kampung-kampung yang diduduki orang

(barangkali orang liar yang telah bercampur darah orang Asia, bagaimana

disebutkan di dalam Kitab Ilmu Alam Melayu itu. P).

Maka apabila Seri Maharaja Puteri membuka negeri di situ,

berkumpullah / sekaliannya menjunjung dan menghadap serta membawa

beberapa persembahan berhambakan diri. Maka persembahan itu dengan suka

hati Seri Maharaja Puteri menerimanya serta dikurniakan persalinan dan

diberinya kebebasan kepada masing-masing. Dengan lama-kelamaan jadilah

sekaliannya di bawah perintah Seri Maharaja Puteri.

Beberapa [lama] Seri Maharaja Puteri bertakhta di situ, tiba-tiba pada

suatu hari teringinlah hatinya seorang anak supaya menjadi gantinya. Tetapi

mustahil mendapat anak dengan tiada suami (bagaimana hendak bersuami 21

kerana tiada sebangsa dengannya. P). Sedang terayun-ayun fikirannya, tiba-tiba

didapati perkhabaran mengatakan Raja Jembal mempunyai seorang anak

13
perempuan yang sangat cantik. Lalu dititahkan panglimanya menghadap Raja

Jembal memohon anaknya.

Pada ketika yang baik berangkatlah panglima dan hulubalang-hulubalang

menghadap Raja Jembal22. Apabila sampai dipersembahkan segala pesanan

Seri Maharaja Puteri. Demi didengar Raja Jembal permintaan itu, dukacitalah di

hatinya seraya berfikir, sekiranya tidak diberi binasalah negerinya kerana

kerajaan Seri Maharaja Puteri (Che Siti Jarum Begiling) telah termasyhur.

Apabila habis fikirannya begitu, bersabda ia, “Permintaan Seri Maharaja

Puteri itu kita sedia taat. Akan tetapi dukacita kita hendak menyerahkan anak

kita hendak menyerahkan anak kita pergi dengan pengasuhnya sahaja kerana

kita pun telah beberapa lama hendak menghadap, maka eloklah kita bersama

perginya”. Kemudian daripada ini bersiaplah hulubalang Jembal. Pada hari

yang baik, berangkatlah sekaliannya menuju Kota Serendah. Selang tidak

berapa lama sampailah lalu masuk menghadap Seri Maharaja Puteri serta

mempersembahkan anaknya (Puteri Saadung) dengan teriak tangis kerana

perceraian.

Demi dilihat Seri Maharaja Puteri hal kelakuan Raja Jembal itu, pilulah

rasa hatinya seraya bersabda, “Janganlah tuan membanyakkan teriak tangis

seolah-olah tidak percayakan kepada kita. Pada hal hati kita tuan tidak ketahui.

Percayalah akan anak tuan (Puteri Saadung) kita jadikan anak kita dengan

14
sebenarnya bukan anak peliharaan. Sama juga bagaimana peliharaan tuan

kerana hati kita Puteri Saadung ini hendak jadikan ganti takhta kerajaan

Serendah Sekebun Bunga ini”.

(Senampak kami ikrar Seri Maharaja Puteri di atas ini sebenar. Akan tetapi di

hati Raja Jembal barangkali takut kasihnya itu di bibir mulut sahaja. Siapa tahu

pada suatu masa di hadapan kelak apabila dapat anak yang lain pula berubah

hatinya dan ditinggalkan menjadi sakai (orang liar) kerana kasihkan anak yang

baharu. Jika hatinya berubah demikian tak dapat tiada jika perkara benar sekali

pun dipandang berhonar. Dan akan anak yang baharu itu jika bagaimana jahat

tabiatnya yang mencederakan/tubuh badannya sekali pun dipandang elok dan

benar. Tidakkah pecah hatinya jika akhirnya jadi demikian?. Tetapi anak yang

sebenar itu dipukul digodam dilebur sekali pun tidak ia menderhaka, anak yang

baharu, entahlah. P)

Apabila didengar Raja Jembal Ikrar Seri Maharaja Puteri itu nampaknya

bersungguh, baharulah di percaya dan redha menyerah anaknya dan sedaplah

hatinya lalu bermohon kembali dengan dikurniakan oleh Seri Maharaja Puteri

beberapa harta benda menetapkan hatinya.

Semenjak Seri Maharaja Puteri mendapat Puteri Saadung terhiburlah

sedikit hatinya serta bertambah-tambah kasih sayang bagaimana anaknya

sendiri dijagai oleh inang pengasuhnya.

15
Di sini tersangatlah munasabah dihuraikan asal usul Puteri Saadung itu

dari manakah datangnya. Di bawah ini diterangkan dengan ringkas sahaja.

Sebelum daripada Kampung Jembal itu menjadi negeri, kota dan raja, telah

didiami orang (orang sakai Kelantan agaknya. p). Maka pekerjaan mereka itu

berhuma, tiba-tiba satu daripadanya yang sedang membuat huma terjumpalah

seperdu buluh betung di tepi humanya itu. Sekonyong-konyong terdengarlah

suatu suara di dalam buluh itu. Maka geluh gesahlah ia lalu di perhati baik-baik

suara itu ialah suara kanak-kanak menangis. Maka menerpalah ia kepada

tempat itu / didapati baik-baik, suara itu ialah suara kanak-kanak. Didapati satu

daripadanya bunting, lalu dipanjat dan dipotong bawa turun dan dibelah. Apabila

sahaja pecah buluh itu zahirlah seorang kanak-kanak [laki] dibawa ke rumah

dipelihara sehingga besar dan dimasyhurkan kepada orang-orang kampung di

situ yang ia mendapat seorang kanak-kanak laki-laki di dalam buluh. Maka

apabila beramai-ramai melihat dan mendengar cerita itu hairanlah sekaliannya

serta berasalah takut lalu dipuja, disembah dan dirajakan di kampung Jembal

serta dinamakan Raja Sinaran Matahari23 (kata orang tua yang ada sekarang. P).

Jika kita halusi didapatilah sebenar orang-orang Kampung Jembal masa

itu sakai kerana tabiat sakai apabila sahaja didapati satu benda itu pelik,

disembah dijunjung dan dipuja. P).

Kemudian daripada itu seorang daripada orang kampung itu telah dapati

lagi seorang kanak-kanak perempuan yang di atas ramunan kayu dikelilingi oleh

16
buih air hulu hanyut melalui sungai yang berhampiran di situ lalu dipelihara. Lalu

dibawa menghadap rajanya (Raja Sinaran Matahari) dan dikahwinkan kerana

pada masa itu Raja Sinaran Matahari tiada mempunyai isteri. Tambahan pula

keturunan di antara keduanya itu pun tiada sangat berbeza.

Dengan isteri inilah mendapat tiga orang putera laki-laki. Dan seorang

daripada puteranya itulah mendapat pula beberapa orang anak. Dan satu

daripadanya ialah Puteri / Saadung. Akan tetapi tidak lama dipelihara oleh

ayahandanya tiba-tiba dipinta oleh Seri Maharaja Puteri (Che Siti) bagaimana

yang diceritakan di atas itu. Maka pada masa Seri Maharaja Puteri meminta

Puteri Saadung, ayahandanyalah yang memerintah Jembal. Akan tetapi tidaklah

luas kekuasaannya bagaimana Seri Maharaja Puteri. Sebab itulah diberinya

anak yang dikasihi itu (sehingga masa sekarang pun keturunan Jembal tidak

boleh lalu di bawah pokok buluh betung. Apatah lagi membuat rumah atau

makan rebungnya. P). Di sini kami terasa dukacita hendak mempercayakan asal

usulnya bagaimana yang diceritakan di atas. Seperti juga asal usul Che Siti

kerana tiada juga dalil-dalil, Cuma orang-orang tua sahaja berpegang kuat

begitu. Senampak kami bahawa Raja Sinar[an] Matahari dan isterinya itu

barangkali anak orang-orang Hindustan yang lari ke Tanah Melayu. Di dalam

perjalanannya di dalam hutan itu langsung beranak di tengah jalan. Oleh sebab

membawa anak kecil di dalam hutan itu suatu perkara yang susah, barangkali

satu daripadanya yang laki-laki dibuang ke dalam buluh dan yang perempuan

dihanyutkan di dalam sungai. Tiba-tiba didapati oleh orang sakai yang mendiami

17
Jembal, dipelihara, disembah, dijunjung dan dipuja serta dikahwinkan keduanya

dan dijadikan raja sekali. Inilah sahaja yang kami nampak. P).

Di sini berpalinglah pula kami menceritakan Seri Maharaja Puteri

memelihara anak angkatnya (Puteri Saadung) yang kami panggil itu. Di dalam

pelihara itu, makin sehari bertambahlah besarnya dan bertambah pula cantiknya

sehingga banyaklah anak raja yang gila berahi apa boleh buat kerana anak

angkat seorang raja yang besar. Di dalam hal begitu sampailah ke pendengaran

Che Siti seraya berfikir, “Baiklah aku kahwinkan, mudah-mudahan dapat

menggantikan tempat kerajaan Serendah Sekebun Bunga”.

Apabila tetap fikiran lalulah bertitah kepada senteri dan panglimanya

membuat sebuah kota yang lain yang tak berapa jauh dengan Kota Tegayung.

Tiba-tiba didapatilah suatu tempat di sebelah utara. Apabila mustaid lalulah

dinamakan Kota Jelasin24. Adapun cadangan Che Siti membuat Kota Jelasin itu

kerana di situlah dihimpunkan anak-anak raja hendak dipilih dan dijadikan suami

anaknya Puteri Saadung.

Maka pada suatu hari keluarlah Che Siti ke balairung seri seraya bertitah

kepada menteri dan panglimanya menyambut anak-anak raja yang muda-muda

hadir ke Kota Jelasin. Maka titahnya itu dijalankan dengan tidak berlambatan

masa lagi. Pada hari itu juga habis sekalian anak-anak raja yang muda

dijemputnya.

18
Kemusykilan Asal Nama Kelantan

Adapun nama Kelantan telah banyaklah di agak-agak orang akan

asalnya. Begitu juga diriwayatkan oleh beberapa buah kitab. Akan tetapi

bersalahan setengah dengan setengahnya. Yang tak boleh ditetapkan yang

mana satu boleh kita berpegang. Maka setengah daripada riwayat-riwayat kitab

itu:

1. “Kilatan”, iaitu sebelum lagi jadi sebuah negeri

nampaklah kepada orang sebelah barat (Patani 25). Pada pertengahan malam

sentiasalah memancar-mancar cahaya di sebelah Kelantan, terangnya seperti

kilat. Di sebab itu apabila telah jadi negeri dipanggil “Negeri Kilatan”. Dengan

lama-kelamaan jadi “Kelantan” (Kitab Geografi Semenanjung Negeri

Kelantan).

2. “Kelam Hutan”, kemudian daripada kerajaan Serendah

habis kebesaran raja-raja pada masa itu, kembalilah negeri menjadi hutan

(kelam hutan). Maka dengan kerana yang demikian itu melancarlah lidah orang-

orang luar “negeri Serendah telah menjadi kelam hutan”. Maka dengan sebab

berat sebutannya ditukar ‘mim’ dengan ‘nun’ dan dibuangkan ‘hu’, jadilah

Kelantan (Kitab Geografi Semenanjung Negeri Kelantan).

19
3. “Gelam26 Hutan”, kebanyakan daripada hutan – hutan

paya yang asalnya telah dipenuhi begitu banyak di tepi-tepinya pokok gelam

(Rekod Kerajaan Kelantan tahun 1928).

4. “kilatan”, cahaya kilat yang di kemuncak sebuah bukit

yang bertentangan / dengan Tanjung Lebir yang dilihat oleh Raja Abdullah pada

masa melarikan dirinya bersama-sama isterinya (Puteri Saadung) daripada

hulubalang Siam serta menamakan bukit dan sungai itu” Bukit dan Sungai

Kelantan”. Hingga pada masa ini masih dipanggil oleh putera-putera bumi

dengan dipelatkan “Bukit dan Sungai Kelantan” (Putera, Bilangan 1).

Di sini dibentangkan sedikit dalil yang senampak kami walau tidak

memberi cukup puas hati masing-masing sekali pun dengan berharap tidak

menerima apa-apa teguran yang tidak ikhlas. Adapun:

1. Tentang “Kilatan”, nampaknya bersamaan dengan (4), Cuma

berbeza “pandangan waktu malam di sebelah hutan Kelantan. Akan tetapi tidak

didapati dalil-dalilnya yang ada masa ini.

(2) dan (3), sungguhpun Kelantan telah menjadi hutan rimba (kelam

hutan), begitu juga di sebelah daratan Tumpat dipenuhi hutan kayu gelam

(gelam hutan), akan tetapi tiada dalil-dalil yang kuat yang baik menjadi nama

20
atau gelaran bagi negeri ini. Tambahan tiada riwayatan orang tua Islam kami

pandai bertanya khabar.

4. Bukit yang ternampak kilatan di kemuncaknya yang dilihat oleh

Raja Abdullah itulah digelarkan olehnya “Bukit Kilatan”. Begitu juga sungainya

hingga terlekat di lidah putera bumi Kelantan pada masa ini dengan nama “Bukit

Kilatan”. Katakanlah bukit itu tidak dinamakan oleh Raja Abdullah kerana / tiada

juga dalilnya. Cuma riwayat orang tua sahaja yang tak boleh dipakai atau

gelaran bukit itu datangnya kemudian daripada telah jadi negeri dan bergelar

Kelantan. Kalau begitu daripada siapakah pula datangnya gelaran itu dan

apakah sebab dinamakan bukit itu bukit Kilatan (Kelantan sekarang). Bukankah

banyak lagi bukit-bukit yang elok dan permai yang berdekatan dengan tebing-

tebing sungai?. Kenapa tidak dinamakan dengan nama itu? Tiba-tiba sebuah

bukit yang jauh duduknya daripada bandar dinamakan dengan nam itu.

Tidakkah pelik kejadiannya yang boleh dikatakan dalil yang terang?

Senampak kami (1) dan (4) sahajalah yang berhampiran sekali dengan

nama “Kelantan” itu. Oleh sebab hendak menentukan yang mana satu boleh

berpegang, inilah dibentangkan dua soal:

1. bolehkah disahkan Raja Abdullah berserta isterinya sampai ke

bukit dalam perjalanan melarikan dirinya serta menamakannya? (ini ada

riwayatnya, tatap Putera, bilangan 1).

21
2. Orang Patanikah yang datang ke Kelantan pada masa dahulu dan

bertemu bukit dan sungai itu serta menamakannya? (ini tiada riwayatnya setahu

kami).

Inilah sahaja yang dapat kami dalilkan. Di dalam hal itu pun kami masih

berdukacita lagi kerana tak didapati dengan halusnya, melainkan berserahlah

pula kepada / timbangan dan fikiran pemuda-pemuda Kelantan yang suka

mengambil berat asal usul tanah airnya yang seyogia baginya mengesyur dan

mengeluarkan dalil-dalil dengan secukupnya. Pandangan kami yang lebih elok

menyertai dan mendahulukan di dalam hal ini:

1. Tuan Pengarang Pengasuh27

2. Tuan Pengarang Al Kamaliah28

Begitu juga pemuda-pemuda Kelantan yang masih di dalam asuhan Pengasuh.

Sambungan bahagian Yang Pertama Menunjukkan Kurun 29 Kejadian Negeri

Serendah, asal usul Raja Perempuan, pemerintahnya dan Raja yang

Kemudian daripadanya hingga Kelantan Menjadi Hutan Rimba (Kelam

Hutan)

22
Apabila sampai tempoh yang ditetapkan, pada waktu yang baik

berangkatlah Che Siti diiringi anaknya dan sekalian menteri hulubalang ke Kota

Jelasin. Maka didapati pada masa itu penuhlah sekalian anak-anak raja yang

muda-muda masing-masing memakai pakaian yang elok (pakaian zaman itu

tidaklah bagaimana pakaian anak Kelantan sekarang) berkain singkat, senangan

(tengkolok), kain sebai dan keris dengan menunjukkan gayanya pula/. Di dalam

hal begitu mulailah peraturan a-y-l-h seorang lepas seorang diperhatikan oleh

Che Siti. Maka apabila sampai giliran kepada seorang anak Raja Jembal,

cenderunglah hati Che kepadanya dengan kasih mesra seraya bersabda kepada

menteri hulubalangnya, “Hei mamaku, bawalah ke mari anak raja yang muda itu.

Apabila hampir bersabdalah Che Siti:

Che Siti, “Khabarlah dengan benar, apakah nama engkau?”. Raja Abdullah,

“Nama patik Raja Abdullah, keturunan daripada Raja Jembal”. Che Siti, “Istiadat

‘a-y-l-h pada bonda hendak kahwinkan”. Raja Abdullah, “Taat titah perintah”.

Apabila habis percakapan berpalinglah Che Siti kepada menterinya seraya

bersabda, “Bersiaplah mamaku kota dan balai istana memulai meletak pekerjaan

kahwin”. Lalulah berangkat masuk. Adapun Raja Abdullah dibawa kembali oleh

menteri ke rumahnya. Apabila mustaib sekalian kelengkapan, pada hari dan

ketika yang baik lalulah dikahwinkan Tuan Puteri Saadung dengan Raja Abdullah

dan dirajakan selalu Puteri Saadung di Kota Jelasin dengan bersuka ria laki

23
isteri. Dan Che Siti pun berangkatlah kembali ke Kota Tegayung serta ditinggal

setengah rakyatnya bersama-sama anaknya Puteri Saadung.

Cerita Che Siti itu tersangat panjang kata orang tua-tua. Akan tetapi /

dukacita kami kerana tak didapati ceritanya yang sah. Kalau begitu dipendekkan

sahajalah kerana (kerana) dikehendaki dijadikan buku ini menjadi tarikh sahaja.

Selang tidak berapa lama Che Siti bertakhta di Kota Tegayung negeri

Serendah Sekebun Bunga, pada suatu hari masuklah menghadap Awang

Selamat dan Mak Sang Kelembai seraya mempersembahkan apa yang telah

dilihat demikian:

“Sedangkan ayahanda berjalan merata-merata negeri ini, tiba-tiba terpandanglah

ayahanda kepada dua tiga batang buluh yang tinggi dengan ketiadaan daun,

iaitu bekas dipotong dengan golok atau parang. Maka berfikirlah di hati

ayahanda tiada lain yang memotong barangkali raja-raja yang meminang

anakanda dahulu. Rupa-rupanya besar dan tinggi sangat sehingga dapat ia

memotong pucuk buluh. Jika demikian apalah gunanya ya anakku kita duduk di

sini lagi. Baiklah kita bersenang diri di mana sebuah gunung berbuat ibadat dan

negeri ini kita serahkan kepada anak kita Puteri Saadung”.

Demi didengar oleh Che Siti segala huraian ayahandanya, maka

termasuklah pada akalnya. Pada hal mustahil benar seorang manusia yang

24
sebegitu tinggi hingga dapat memotong pucuk buluh dengan tidak memanjat.

Jika begitu dengarlah cerita buluh itu dahulu.

Pada sebelah keluarlah seorang daripada rakyat negeri itu kerana

menjalankan pekerjaan. Tiba-tiba didapati jalan yang sentiasa dilalui itu ditutupi

oleh daun-daun buluh kerana malam semalam hujan tersangat lebat dengan

tidak payah diangkat goloknya dipancung. Apabila sahaja daun itu jatuh ke

tanah, terangkatlah hujung buluh itu / ke atas, ke tempat yang sedia kala kerana

telah ringan dan tampaklah tempat yang terkena pancung dengan golok itu.

Betullah bagaimana penglihatan Awang Selamat tadi. Alangkah bodohnya

mempersembahkan perkara yang sangat mustahil. Begitu juga Che Siti. Akan

tetapi jika terfikir olehnya, sahlah pendek pula cerita Puteri Saadung. Maka

kejadian yang seumpama itu semata-mata dengan kuasa Tuhan menunjukkan

kudrat iradatnya.

Apabila telah termasuk ke dalam fikiran Che Siti lalulah bertitah

memanggil anaknya Puteri Saadung, menteri hulubalang dan rakyat sakai

berhimpun di balai Kota Tegayung. Apabila telah berhimpun sekaliannya,

bertitahlah Che Siti kepada Puteri Saadung dan sekaliannya yang ia hendak

berangkat ke gunung bersenang diri berbuat ibadat di tempat-tempat yang sunyi

dan negeri Serendah Sekebun Bunga diserahkan kepada Puteri Saadung

menggantinya. Dan bersabda lagi sepeninggalannya hendaklah sekalian taat

menyembah Puteri Saadung. Demi didengar sekalian rakyat menderulah bunyi

25
ratap tangisnya seperti terangkat Kota Tegayung. Lepas daripada itu masing-

masing pun berdoalah mudah-mudahan selamat dan dapat apa yang dicintainya.

Maka pada ketika yang baik, berangkatlah Che Siti diiringi oleh bala

tentera. Apabila sampai kepada suatu gunung, namanya Gunung Ayam lalulah

disuruh sekalian bala tenteranya kembali dan duduklah ia di gunung itu dan

ghaiblah ketiga-tiganya di pandangan manusia hingga sekarang pun khabarnya

ada lagi di gunung itu. Sebab pun kami mengesahkan ada ia kerana sentiasa

kami mendengar riwayat-riwayat orang yang ada sekarang / mengkhabarkan

pada suatu masa kami mendengar riwayat-riwayat seorang yang sesat di dalam

hutan itu berjumpa dengannya. Bukanlah pula kami seorang yang mengesahkan

begitu agaknya setengah daripada putera bumi Kelantan pun ketahui.

Sepeninggalan Che Siti, memerintahlah Puteri Saadung di Kota Jelasin

negeri Serendah Sekebun Bunga dengan ‘adil dan murah. Dari sehari ke sehari

bertambah ramai sehingga masyhurlah negeri Serendah dan keelokan Raja

Perempuan hingga ke Benua Siam. Di sini berhadaplah pula kalam kami

menceritakan Benua Siam.

Benua Siam pada zaman itu diperintahkan oleh seorang Raja Siam yang

beragama Buddha hingga termasyhur dan besar kerajaannya menakluki

setengah daripada negeri Tanah Melayu. Pada suatu masa sedang baginda di

atas takhta di hadap oleh menteri hulubalangnya, tiba-tiba sampailah

26
perkhabaran kemasyhuran negeri Serendah Bunga dan peri keelokan dan

kecantikan rajanya Puteri Saadung. Maka menikamlah panah asyiknya ke

jantungnya lalu dengan serta-merta bertitah kepada menteri hulubalangnya

berangkat ke negeri Serendah yang tersebut mengambil Puteri Saadung. Jika

tidak diberi dengan baik hendaklah diambil dengan keras walaupun menjadi

peperangan.

Apabila sekalian hulubalang menerima titah yang demikian itu

bermohonlah sekaliannya bersama-sama seorang alim Siam (Chai 30) serta pula

berilmu nujum. Pada hari itu juga berlayar sebuah kapal dari Benua Siam

menuju negeri Serendah Sekebun Bunga yang masyhur. Selang tak berapa

lama sampailah ke Kuala Kelantan. Kedatangan kapal Maharaja Siam itu

gemparlah ke seluruh negeri Serendah Sekebun Bunga hingga ke pendengaran

Raja Abdullah. Maka pada malam itu bermesyuaratlah dengan isterinya (Puteri

Saadung) berazam pada melarikan dirinya. Maka pada malam hari keluarlah

Raja Abdullah bersama isterinya dan pengiring-pengiringnya dari Kota Jelasin

menuju hutan besar mengikut kehendak kakinya hingga sampailah ke sebuah

Bukit Tembangan (Bukit Temangan panggilan sekarang yang padanya terdiri

sebuah stesen kereta api Negeri Persekutuan, dengan nama stesen Temangan).

Oleh sebab takut lagi kedatangan suluh hulubalang Maharaja Siam itu

menyeberanglah pula ia sungai Kelantan dan menuju ke hulu. Di dalam

perjalanannya itu sampailah kepada suatu anak sungai yang hening jernih

27
airnya. Maka menyusurlah sekaliannya di tepi-tepi sungai itu hingga sampai ke

kaki sebuah bukit lalu dibuatnya pondok. Berbetulan kesampaian itu petang hari,

tiba-tiba ternampaklah kilatan di kemuncak bukit. Maka bersabdalah Raja

Abdullah, “Ya buah hatiku! Apakah yang nampak di hadapan mata kita itu?.

Puteri Saadung, “Itulah kilatan bukit. Akan tetapi janganlah kekanda salah

faham. Memang pun tiap-tiap bukit ada kilat di kemuncaknya. Adapun kilatan ini

ialah kilatan bukit yang bercampur dengan cahaya suak 31 Chai Siam yang

datang hendak mengambil kita kerana terlalu pandai sehernya.

Barangkali kekanda tidak menaruh percaya huraian adinda itu. Yang

demikian janganlah kekanda hairankan sungguhpun adinda perempuan tetapi

mengetahui apa-apa / yang berlaku di negeri kita. Jika tidak begitu tidaklah

adinda anak Che Siti Jarum Begiling yang sakti itu. Raja Abdullah, “Patutlah

kilatan ini berlainan sangat daripada kilatan bukit yang berhampiran dengannya.

Jika demikian patutlah kita namakan negeri ini dengan nama Negeri Kilatan.

Mudah-mudahan hilang nama negeri Serendah Sekebun Bunga ini. Fikiran

kekanda nama Kilatan ini tersangat munasabah nama sebuah negeri”. Di sinilah

masing-masing berpondok dengan berdukacita takut diketahui oleh hulubalang-

hulubalang Siam.

Lamalah sudah kalam meninggalkan kedatangan kapal Maharaja Siam

tentang menjalankan kuasanya mengambil Puteri Saadung itu. Maka cuba

marilah pula kita balik menengokkan apa-apa halnya yang terpaksa kalam

28
meninggalkan dahulu. Raja Abdullah bersama-sama isteri dan hulubalangnya di

kaki bukit Kilatan biarlah ia mengambil rehat seketika supaya pembaca-pembaca

boleh mendengarkan hal ini.

Apabila sampai kapal Maharaja Siam ke pelabuhan lalu dipasang meriam

dan turun sekalian hulubalang berserta Chai yang pandai seher menaiki perahu

berdayung. Apabila sampai ke Kota Jelasin didapati Raja Abdullah bersekali

dengan Puteri Saadung dan sedikit daripada hulubalang yang menjaga tubuhnya

telah lari tidak diketahui ke mana pergi. Maka dukacitalah sekalian hulubalang

Siam kerana tak dapat bagai di cita. Dan terfikirlah di hatinya jika dengan hal

yang [demikian] nescaya mati aku dibunuh oleh Maharaja Siam dengan tiada

membawa Puteri Saadung. Maka bermesyuaratlah dengan Chai yang

bersertanya itu. Maka berkatalah Chai itu, “Janganlah kamu sekalian dukacita.

Atas akulah membuatnya walau ke mana perginya sekali pun sehingga dapat

diketahui juga”.

Arakian, maka memulailah Chai itu menjalankan hikmatnya (suak). Oleh

sebab kuat suaknya dengan takdir Tuhan yang maha kuasa ternampaklah Puteri

Saadung ada di Bukit Kilatan. Apabila lepas daripada menjalankan hikmatnya,

keluarlah dari tempat suluknya (pertapaan) memberitahu sekalian hulubalang.

Maka masing-masing pun meminta kebenaran hendak pergi mengambil lalu

ditegah oleh Chai itu dengan katanya, “Jangan, nanti di sini. Suruhlah aku akan

menjalankan ikhtiar supaya kembali ia dengan sendiri. Daripada hari itu berturut-

29
turut tiga malam Chai itu menjalankan hikmatnya, hari yang keempat berhentilah

ia makan minum bersuka ria dengan sekalian hulubalang menanti kedatangan

serahan.

Maka di sini berpalinglah kalam menceritakan Raja Bedulah (Abdullah)

dan Puteri Saadung berserta hulubalangnya di Bukit Kilatan.

Dari semenjak Raja Bedulah dan Che Siti berpondok di bukit Kilatan itu

tiadalah senang sentiasalah kepanasan kerana kuat suak Chai Siam. Pada

masa itu berkatalah / Puteri Saadung, “Pandangan dan ikhtiar 32 adinda jika ke

mana kita pergi pun tidak akan terlepas daripada tangan Siam. Oleh itu silalah

kita kembali ke negeri walaupun apa jadi di negeri kita. Bagaimana fikiran

kekanda?”. Raja Bedulah, “kekanda menurut sahaja”. “Jika demikian silalah kita

beramai-ramai menyediakan rakit. Akan sungai dan bukit ini kita namakan

sungai dan bukit Kilatan. Begitu juga nama negeri kita Serendah Sekebun

Bunga. Apabila sampai kelak kita di sana kita beritahu rakyat-rakyat negeri

supaya dihilangkan nama Serendah, digantikan dengan Kilatan, bagaimana cita-

cita kekanda itu”.

Nyatalah asal negeri Kelantan daripada nama Kilatan cahaya oleh sebab

pelik atau pelat lidah sebutan orang-orang tua, jadilah dibunyikan dengan

bunyinya (Kelantan).

30
Apabila sedia rakit, hilirlah sekaliannya kembali ke negeri Serendah

Sekebun Bunga dan memasyhurkan kepada rakyat negeri tentang nama

Serendah diubah kepada negeri Kilatan. Selang tak berapa lama kesampaian itu

masuklah hulubalang Siam menghadap Raja Bedulah memohon Puteri

Saadung. Jika tidak diberi dengan baik dengan keras diambil juga. Apabila

didengar oleh Raja Bedulah tiada berdaya upayalah ia lalu dikurniakan Puteri

Saadung dengan kemasyghulan, nak pun dilawan berperang tiada mempunyai

kekuatan. Nak tak nak diserah juga walau bagaimana kasih sekali pun.

Di sinilah kalam menghuraikan tentang perceraian itu. Maklum

sahajalah / perceraian isteri dengan suaminya yang tak habis bertangis-tangisan,

berpujuk rayu dan sebagainya.

Apabila telah lepas daripada bertangis-tangisan, bersiaplah Puteri

Saadung dengan inang pengasuhnya naik perahu kenaikan Maharaja Siam

menuju kapal masuk ke dalam kurungan kabin 33. Pada ketika itu angin pun

bertiup, dibongkar sauh naikkan sauh layar haluannya menuju lautan.

Selang tak berapa lama pelayaran itu, sampailah ke Benua Siam lalu

memasang meriam dan Chai itu pun naik ke darat menuju kota menghadap Seri

Maharaja Siam mempersembahkan kedatangan dengan selamat membawa

Puteri Saadung. Demi didengar Seri Maharaja Siam perkhabaran itu, tersangat-

sangatlah sukanya lalu diperintahkan membuat bagaimana adat istiadat

31
permaisuri raja-raja besar. Apabila sampai ke pintu kota lalu dibawa ke sebuah

istana yang dicadangkan baginya dengan cukup alatan. Maka di situ baharulah

dilihat oleh Seri Maharaja Siam dan percayalah perkhabaran mengatakan elok

paras Puteri Saadung itu sangatlah benarnya.

Oleh sebab tak dapat ditahan oleh Seri Maharaja Siam akan nafsunya,

maka pada suatu malam masuklah ke istana Puteri Saadung memujuk dengan

perkataan yang lemah lembut yang lemahlah kalam menghuraikannya. Di dalam

percakapannya itu tidaklah juga Puteri Saadung menunaikan kehendaknya,

seraya bersabda Puteri Saadung.

Puteri Saadung/, “Hei Seri Maharaja Siam, cubalah tuanku menaruh

sedikit fikiran yang bersih, bukankah patik ini suatu bangsa yang lain. Tambahan

pula patik ini isteri orang. Alangkah besar dosanya tuanku menanggung. Walau

sebegitu perkataannya sekali pun tidak juga Seri Maharaja Siam mengambil

hirau. Oleh sebab tersangat-tersangat dukacita hati Puteri Saadung memikirkan

kecerobohan Seri Maharaja Siam, tambahan pula di dalam istana pada masa itu

dua orang sahaja lalulah dicinta bondanya (Che Siti Jarum Begiling) lalu di

sembur dengan air mulutnya ke dada Seri Maharaja Siam. Apabila sahaja Seri

Maharaja Siam terkena semburan air liur di dadanya terkejutlah serta gementar

seluruh anggotanya. Pada malam itu tidaklah berani lagi ia hampir dan beradu di

istana Puteri terus kembali dan beradu di istananya sendiri.

32
Selang tiga hari lamanya tumbuhlah seluruh badan Seri Maharaja Siam

satu macam penyakit kayap (kedal) hingga habislah sekalian tabib di dalam

Benua Siam mengubatinya tidak juga sembuh lalulah dititahkan memanggil Chai

yang membawa Puteri Saadung dahulu itu. Maka mengetahuilah ia seraya

berdatang sembah, “Ampun, adapun penyakit tuanku ini tiadalah ubat yang

menyembuhkannya, jika selagi Puteri Saadung ada di dalam Benua Siam ini.

Maka bertitahlah Seri Maharaja Siam, “Jika sungguh penyakitku ini kerana

Puteri Saadung, sembuhlah aku hantar kembali ke negerinya bagaimana sedia

kala dan bertaubatlah aku hingga selamnya. Lepas daripada itu selang dua hari

sembuhlah penyakitnya bagaimana sedia kala. Maka bertitahlah Seri Maharaja

Siam menyediakan kapal menghantar Puteri Saadung dengan hulubalang yang

beragama Islam.

Apabila siap kapal kenaikan itu naiklah Puteri Saadung dengan inang

pengasuhnya ke atas kapal bongkar sauh, dinaikkan layar menuju negeri

“Kelantan”. Tiada berapa lama sampailah di Kuala Kelantan seraya bersabda

Puteri Saadung kepada ketujuh hulubalang yang menghantarnya itu. Telah

sampai kita ini di Kuala Kelantan, tetapi jika sekiranya kita masuk kuala ini

tersangatlah jauh dengan kotaku. Oleh itu tujulah haluan kapal ini ke Kuala

Kemayang34 kerana dekat, maka berlayarlah pula. Apabila sampai di Kemayang

didapati seorang daripada hulubalang yang ketujuh itu mati lalulah dibawa ke

darat, tepi Kuala Kemayang dikuburkan hingga masa ini digelarkan Pantai Datuk

33
Kemayang. Apabila telah dikuburkan, naiklah sekaliannya ke atas sampan

berdayung mudik sampai ke Tanjung Jering 35, tiba-tiba seorang daripada enam

itu mati pula lalu dikuburkan di Tanjung Jering. Hingga masa ini digelarkan

Syeikh Tanjung Jering.

Dari situ berdayung pula hingga sampai ke Pengkalan Gawang 36, maka

mati pula seorang daripada lima lalu dikuburkan di situ dan digelarkan Datuk

Padang Duri / hingga sekarang. Sampai di sini naiklah sekaliannya ke darat

bermuafakat dengan orang kampung di situ supaya menghantarnya ke Bukit

Marak37. Maka apabila bersetuju sekalian orang kampung berangkatlah menuju

ke Bukit Marak. Tak berapa hari sampailah dan bersenanglah Puteri Saadung

dan sekaliannya di kemuncak bukit menghilangkan kepenatan. Tiba-tiba jatuh

sakit seorang daripada empat lalu mati dan dikuburkan di Tambok 38. Hingga

masa ini digelarkan tempat itu Datuk Tambok.

Tidak berapa lama kemudian daripada kematian itu berangkatlah Puteri

Saadung ke Kota Jelasin negeri Kelantan dengan selamatnya dan tiga orang

hulubalang yang tinggal lagi, itu pun disuruh kembali menghadap Seri Maharaja

Siam. Tidaklah kami panjangkan cerita ketiga-tiga itu. Sampailah ke Benua

Siam mempersembahkan kepada Seri Maharaja Siam dari awal hingga

kesudahan. Habislah perjalanannya kisah Seri Maharaja Siam.

34
Semenjak peninggalan Puteri Saadung, diambil oleh hulubalang Siam

bagaimana yang diceritakan di atas tadi39, Raja Bedullah telah beristeri kepada

seorang puteri keluarganya keturunan Jembal. Maka pada suatu hari ialah hari

kesampaian Puteri Saadung itu keluarlah Raja Bedullah di balai penghadapan,

tiba-tiba dengan tidak semena-mena masuklah Puteri Saadung ke balairung seri

lalulah bercakap sedikit lebih kurang. Di dalam hal begitu bersabdalah Puteri

Saadung:

Puteri Saadung, “Ya kekandaku Raja Bedullah, tidakkah kekanda ingat

kepada adinda lagi. Pada hal negeri ini ialah negeri adinda pemberian daripada

bonda adinda (Che Siti Jarum Begiling). Kenapakah sepeninggalan adinda

kekanda duduk bersuka ria dengan anak isteri kekanda yang baharu. Dan

adinda balik ini kerana kekanda”.

Demi didengar perkataan Puteri Saadung itu terkeluarlah dari mulutnya

perkataan yang kasar. Raja Bedullah, “Hei Ibu Siam, engkau tidak isteriku lagi.

Raja Siamlah suamimu”. Terkejut Puteri Saadung mendengarnya perkataan

yang tidak disangka-sangka keluar dari mulut Raja Bedullah begitu kasar.

Seraya berkata lagi:

Puteri Saadung, “Percayalah kekanda, adapun pemergian adinda ke

Benua Siam itu tidak sekali-kali dapat dijamah hujung jari adinda, apatah lagi

tubuh badan. Jika tidak begitu tidaklah adinda ini anak Che Siti yang sakti itu”.

35
Raja Bedullah, “Aku tidak percaya. Mustahil sekali lelaki dengan

perempuan tak boleh menjadi suatu perkara kejahatan. Pada hal Seri Maharaja

Siam itu raja yang besar lagi berkuasa”.

Maka terjadilah suatu pertengkaran yang besar hingga menjadi

perbalahan. Masing-masing memegang pedang membuang langkah. Di dalam

hal begitu tersalah langkah Puteri Saadung, terkena pada lehernya lalulah rebah

berhambur darahnya di atas balai. Demi dilihat oleh kedua-dua inangnya, lalu

meratap dan mengais. Di dalam / hal itu bertitahlah Raja Bedullah:

Raja Bedullah, “Hei inang yang tua, apa bodohnya engkau tangiskan

kepada orang yang telah mati, tak kan hidup kembali, baiklah engkau kuburkan”.

Lepas daripada mengeluarkan perkataannya, Raja Bedullah pun masuk

ke istana berjumpa isterinya mengkhabarkan apa yang telah jadi dengan Puteri

Saadung di balai dan kematiannya.

Adapun dayang di balai menunggu mayat Puteri Saadung itu. Maka

seorang daripadanya yang tua teringat akan pesanan Puteri Saadung, “Apabila

ia mati berdarah, ambillah suatu cembul yang di dalam sanggulnya, rencikkan di

mana tempat mata yang luka” (ialah cembul yang diberi oleh bondanya Che Siti

masa berangkat ke Gunung Ayam dahulu itu). Maka dengan gopoh gapah inang

36
tua pun meraba di dalam sanggul Puteri Saadung lalu diambil dan direncikkan di

mana tempat mata yang luka. Dengan takdir Tuhan yang maha kuasa tiba-tiba

hiduplah Puteri Saadung lalu bangun dan bertanya:

Puteri Saadung, “Hei inangku, ke mana pergi Raja Bedullah? Inang Tua,

“Masuk ke dalam istana”.

Di dalam antara itu keluarlah Raja Bedullah ke balairung. Demi sahaja

hampir terperanjatlah ia melihat Puteri Saadung hidup kembali. Masa itu

melayanglah roh semangatnya kerana tidak disangka-sangka hidup. Di dalam

terayun-ayun fikirannya tiba-tiba kedengaranlah suara yang sangat pilu dan rayu

diserukan oleh Puteri Saadung/, “Hei kekanda Raja Bedullah, sampainya hati,

sampainya rasa membunuh adinda dengan tiada suatu kesalahan dan tidak pula

adinda membuat dosa bagaimana yang disangkakan oleh kekanda itu”.

Apabila sahaja habis perkataan yang diserukan itu, mukanya pun merah

berseri-seri seraya dicapai pedang menerkam kepada Raja Bedullah. Demi

dilihat oleh Raja Bedullah kelakuan itu, berpalinglah ia hendak lari melepaskan

diri. Akan tetapi gerak geri kelakuan Raja Bedullah itu diperhati oleh Puteri

Saadung seraya berkata lagi, “Hei Raja Bedullah, sia-sia kamu hidup di muka

bumi tanah yang rata tiba-tiba dengan seorang perempuan engkau hendak lari.

Tidaklah kamu aib dan malu kepada khalayak yang ramai”. Tercenggang Raja

Bedullah hingga terberatlah kakinya. Maka dengan tidak berlambatan masa lagi

37
lalulah dipancung oleh Puteri Saadung di batang lehernya penggal dua, jatuh

terpelanting lalu mati. Apabila kematian itu telah sampai ke dalam istana

gemparlah bertangis-tangisan tetapi apalah hendak dikatakan kerana kesalahan

itu yang menjadikan begitu datang daripadanya.

Kemudian daripada itu diperintahkan oleh Puteri Saadung siramkan

jenazah bagaimana adat raja-raja dan dikuburkan di Tasik Padang Layang 40

hingga sekarang pun boleh didapati kuburnya di situ. Apabila telah dikuburkan

Raja Bedullah bersiaplah Puteri Saadung dengan inang pengasuh dan rakyat isi

negeri kerana berpindah ke bukit. Maka pada hari dan ketika yang baik

berangkatlah Puteri Saadung dengan gajah kenaikannya dan inang mengenderai

gajah juga dengan diiringi rakyat-rakyat. Sedang ia menaiki gajah bersabdalah

kepada isteri Raja Bedullah:

Puteri Saadung,”Hei adikku, adapun balai istana kota parit negeri kekanda

beri kepada adinda. Jagalah baik-baik kerana kekanda hendak berangkat ke

Bukit Marak membuat negeri di sana”.

Isteri Raja Bedullah,”Terjunjunglah di atas jemala adinda dan taat”.

Apabila lepas daripada berpesan-pesan, berjalanlah gajah kenaikannya

diiringi oleh rakyat isi negeri. Tidak berapa lama sampailah Puteri Saadung ke

atas Bukit Marak dan Gajah kenaikan inangnya sampai di pertengahan lalu

38
ditambat (gajah itulah menjadi batu hingga masa ini. Kita sendiri telah

melihatnya pada masa melawat di dalam sedikit tahun dahulu. Dan ada lagi

benda-benda yang ajaib. Sekiranya pembaca teringin melihatnya cubalah sekali

berjamu kaki ke Bukit Marak yang tidak berapa jauh dengan bandar Kota

Baharu, Cuma lebih kurang 12 batu. P).

Maka pada masa itu jadilah Bukit Marak itu negeri baharu yang

berkerajaan yang dipunyai Puteri Saadung. Akan tetapi tidaklah patut kita

tinggalkan Kota Jelasin dengan kosong. Oleh / itu inilah berhadap kalam

menghuraikan.

Sepeninggalan Raja Bedullah mati dan keberangkatan Puteri Saadung ke

Bukit Marak sunyi senyap Kota Jelasin. Maka satu daripada saudara Raja

Bedullah bernama Raja Derahim (Ibrahim) 41 bermuafakat dengan kaum

keluarganya hendaklah dijadikan seorang raja di Kota Jelasin. Apabila putus

rundingan itu berangkatlah sekalian kerabat-kerabatnya ke Bukit Marak

menghadap Puteri Saadung lalu masuk menghadap mempersembahkan hal

Kota Jelasin dan sekalian rakyat huru hara kerana tiada ada raja. Kemudian

dipohonkanlah seorang raja di situ mudah-mudahan aman sentosa.

Demi didengar persembahan itu lalu berfikirlah ia di dalam hatinya,

sekiranya aku lantik seorang yang lain menjadi raja di situ, boleh jadi laku apa-

apa perkataanku. Akan tetapi jahatlah namaku dikata orang. Maka eloklah aku

39
lantikkan Raja Derahim (Ibrahim) menjadi raja. Apabila habis fikirannya lalulah

bersabda, “Pada pertilikan kekanda, tiadalah yang lain menjadi raja di Kota

Jelasin melainkan adinda Raja Derahim (Ibrahim)lah”. Lalulah ditabalkan Raja

Derahim di Bukit Marak serta disuruh kembali memerintahkan Kota Jelasin

(Kelantan) dengan adil. Maka Raja Derahim dan sekaliannya pun bermohon

kembali samapi ke Kota Jelasin. Lalu diperintahkan rakyat membuat sebuah

kota yang lain. Apabila mustaib dinamakan Kota Teras dan Kota Jelasin

ditinggalkan kosong.

Beberapa lama Raja Derahim di atas takhta memerintah negeri Kelantan

makin sehari makin zalim. Bolehlah dikatakan pada zaman itu sezalim-zalim

raja yang memerintah Kelantan Raja Derahimlah memotong daging, menghisap

darah rakyatnya. Oleh sebab tak tertanggung rakyat Kelantan peri kedahsyatan

pemerintahan itu, pada suatu hari berhimpunlah sekaliannya menghadap Puteri

Saadung di Bukit Marak mempersembahkan hal yang telah berlaku itu. Demi

didengar oleh Puteri Saadung peri kedahsyatan itu didukacitakanlah ia seraya

berkata, “Tidak aku sangka sekali-sekali perbuatan demikian. Jika begitu baiklah

aku sumpahi. Jika sungguh ibuku (Che Siti Jarum Begiling) jatuhlah darjah

bangsa dan keturunan Raja-raja Jembal hingga turun temurun dengan mendapat

nama yang kehinaan dan kepapaan”.

Lepas daripada disumpahinya lalulah disuruh rakyat-rakyat kembali.

Dipujuk dengan perkataan yang lemah lembut supaya duduk dengan bersenang

40
mudah-mudahan tak berapa lama nampaklah (zahir) biji butir sumpahnya itu.

Maka rakyat sekaliannya pun kembalilah dengan kesukaan dan keriaan kerana

dapat bagaimana di cita-citanya.

Pada suatu hari keluarlah Puteri Saadung ke balai penghadapan seraya

bertitah kepada sekalian rakyat-rakyatnya, “Aku keluar dari Kota Jelasin ke mari

dan merajakan anak-anak Raja Jembal pada fikir aku telah lepaslah daripadaku.

Tiba-tiba datang lagi perkhabaran yang mendukacitakan hatiku. Jika demikian

tidaklah guna aku duduk di sini. Lebih baik aku bersama-sama bondaku Che Siti

membuat ibadat”. Apabila habis sahaja perkataannya, ghaiblah ia dengan inang

pengasuh daripada pemandangan rakyatnya. Tidaklah diketahui entah ke mana

perginya kembali ke tempat yang asal (iblis), jadilah perhantuan (orang halus).

Adapun Raja Derahim di atas takhta memerintah Kelantan kemudian

daripada terkena sumpahan Puteri Saadung dari sehari ke sehari semakin layu

pemerintahannya hingga jatuh kerajaannya (lihat dan perhatilah ayuhai

saudaraku putera bumi Kelantan yang dikasihi keturunan raja-raja Jembal hingga

hari ini tiada beroleh rahmat hingga keturunan dengan kehinaan bagaimana

orang-orang yang kebanyakan, dengan kerana zalim bukan?. P).

Hingga di sinilah hilang kekuasaan keturunan Jembal memerintah

Kelantan. Akan tetapi tiadalah sunyi Kelantan diperintahkan oleh seorang raja.

Jika tidak di manakah rakyat menumpang berteduh sebegitu lama tiada

41
mempunyai raja kesemuanya itu mustahil tentulah ada. Akan tetapi tak dapat

dengan sahnya Cuma didapati orang-orang yang memerintah kemudian

daripadanya itu beberapa orang raja-raja yang adil. (Pada masa inilah agaknya

seorang syeikh dari Patani mengislamkan / orang-orang Kelantan hingga

merebaklah agama Islam seluruh Kelantan pada masa itu dan masyhurlah

namanya mempunyai orang-orang alim lebih daripada Patani. Lalu Patani

bermuafakat dengan Terengganu memerangi Kelantan 42 serta di takluknya)

bagaimana tersebut dalam Kitab Ilmu Alam Melayu karangan Tuan R.O

Winstedt. Kemudian dari tarikh (1400), Kelantan di takluk oleh Terengganu dan

Patani, lihat muka 132 kitab ini.

Maka kemudian daripada ini datanglah pula Melaka menakluki Kelantan

pada masa Sultan Mahmud Syah berkerajaan di Melaka bagaimana tersebut di

dalam Kitab Ilmu Alam Melayu karangan Encik Abdul Hadi. Maka pada tahun

Masihi 1477 Sultan Mahmud Syah 43 menghantar askarnya menakluki dan

mengalahkan Kelantan serta Patani sekali, lihat muka 26 kitab ini.

Kemudian daripada inilah agaknya Kelantan kembali menjadi hutan rimba

dan [tidak] beraja bagaimana tersebut di dalam kitab Geografi Semenanjung

Negeri Kelantan karangan Yang Amat Berhormat Datuk Perdana Menteri

Paduka Raja.

42
Pada awal kurun yang keenam belas barangkali Kelantan kembali

menjadi hutan rimba dan tiada beraja. Akan tetapi di dalam peta-peta Hollanda

dan Portugis di dalam pertengahan kurun yang keenam belas telah ada nama

Kelantan, iaitu sebuah bandar tiada berapa jauh daripada kuala Suangi

Kelantan. Di dalam peta-peta Tanah Melayu Besar / yang dizahirkan pada kurun

yang kelapan belas almasihi oleh Paderi p-l-a-s-y-d dan Tuan Kuniduial tiada

pula nama Kelantan di dalamnya. Akan tetapi di dalam tahun alamsihi 1757 di

dalam peta Tuan Robert ada pula bandar Kelantan. Agaknya pada akhir kurun

yang ketujuh belas dan awal kurun yang kelapan belas pula bandar Kelantan,

lihat muka 16 kitab itu.

Apabila kita telah ketahui daripada huraian ahli-ahli tarikh yang masyhur

bahawa Kelantan telah menjadi hutan rimba pada masa itu, maka harus

berpecah belah rakyat-rakyat negeri membawa haluannya masing-masing.

Barangkali ada yang membuat kampung di darat dan sebagainya. Maka di sini

eloklah tinggalkan dahulu dan berharap kita menceritakan suatu kisah punca

yang boleh Kelantan kembali menjadi negeri dan beraja-beraja semula.

43
Bahagian Yang Kedua Kedatangan Anak Raja Patani Membuka Kota

Kubang Labu Kelantan.

Tersebut seorang raja negeri Patani 44 Siam, (namanya kita tak dapati

dengan sahnya hanyalah orang-orang tua sahaja meriwayatkan. Jika tidak salah

/ periwayatkannya “Baginda Datuk Pasir”45. p.

Berapa lama di atas takhta datanglah seorang putera dengan surinya

dinamakan Long Sulong46. Oleh sebab teradat di sisi raja-raja pada zaman itu

apabila dapat seorang putera dilihat untung tuahnya. Pada suatu hari dititahkan

memanggil nujum kerana hendak mengetahui untung tuah puteranya. Apabila

sampai nujum ke hadapan serta di bilang-bilang ramalnya seraya berdatang

sembah, “Ampun tuanku, telah ternyatalah dalam nujum patik. Adapun seri

paduka anakanda Long Sulung ini tersangatlah besar celakanya. Jika tuanku

simpan porak perandalah negeri Patani”.

Adapun nujum yang tersebut terlebih dahulu daripada ia menghadap telah

di bilang-bilang ramalnya didapati Long Sulung itu tersangat-sangat tuahnya.

Akan tetapi tiada daya dan upaya hendak dipersembahkan “tuah” kerana telah

menerima beberapa pemberian (suap) daripada isteri muda baginda itu dan

disuruh kata “celaka” kerana isteri muda itu tiada mempunyai anak. Jika tidak ia

menjalankan begitu tak dapat tiada Long Sulonglah akan bertakhta di Patani, (Ha

begini baharu tahu, bukan?). telah didengar oleh baginda sembah nujum itu

44
murkalah baginda akan sebagai murka yang tak dapat dipadamkan lalu di titah

bunuh kepada seorang hulubalang.

Apabila dibawa Long Sulung keluar kota terjatuhnya hati hulubalang itu

dengan / belas kasihan kerana tiada apa-apa kesalahan hanyalah mengikut

perkataan nujum yang bedebah itu. Maka pada malam hari dihimpunkan

sekalian hulubalang yang kasih akan Long Sulung memberitahu hal itu. Di

sinilah sekaliannya menangis. Lepas daripada itu bermuafakatlah sekaliannya

lebih kurang tiga ratus orang lari keluar daripada negeri Patani membawa Long

Sulung. Maka berjalanlah sekaliannya. Di alam perjalanannya sampailah ke

Kelantan serta dipilih tempat dibuka negeri di Kubang Labu dengan didirikan kota

parit balai istana. Pada masa rakyat menebas dan menebang hutan membuat

kota itulah berjumpa suatu jaliran pokok labu yang telah berbuah yang sangat

besar (kata orang tua, labu yang tersebut besarnya lebih kurang dua pemeluk,

sehingga bekas duduknya menjadi kubang. Sekarang pun boleh dilihat bekas-

bekas kota itu).

Nyatalah daripada labu inilah digelarkan Kota Kubang Labu 47 dan anak

raja inilah agaknya awal-awal menjadi raja dan mendirikan semula negeri

Kelantan yang telah menjadi hutan itu dan membuka kota Kubang Labu itu.

Kalau begitu bolehlah kita berpegang lebih kurang 150 tahun hingga masa ini

bagaimana tersebut di dalam Kitab Geografi Semenanjung Negeri Kelantan.

45
“telah nyata di dalam tahun hijrah 1194 bersamaan tahun almasihi 1780 bahawa

kerajaan raja yang memerintah negeri Kelantan pada masa itu di Kota Kubang

Labu iaitu / di seberang bandar Kota Baharu yang ada sekarang ini”, lihat kitab

itu.

Long Sulong yang tersebut masa itu masih kecil lagi dan dipelihara di

Kota Kubang Labu dengan sempurnanya, tiada diberi lebih kurang. Oleh sebab

hendak menyelamatkan Long Sulung daripada berbahaya penjahat-penjahat dan

lainnya, berkawal-kawal (menjaga) lah sekalian hulubalang yang tiga ratus itu di

sekeliling kota dengan pakaian baju merah, hitam dan putih. Serta disuruh

berjalan di sekeliling kota itu. Berapa lama dalam hal begitu, sampailah

perkhabaran kepada Yang Dipertuan Terengganu 48 peri kebanyakan rakyat yang

datang dari Patani hendak melanggar Terengganu. Maka Yang Dipertuan pun

menghantar panglima-panglima hulubalang-hulubalang membawa rakyat beribu-

ribu melihat sebenar atau tidaknya perkhabaran itu. Jika sebenar lawan

berperang.

Apabila sampai di tebing Kelantan di tempat yang bernama “Pengkalan

Lebir”49 (sekarang pun dipanggil nama itu.p) lalu terpandang di sebelah Kota

Kubang Labu hulubalang pahlawan-pahlawan berjalan berbaris-baris dengan

berbaju putih, hitam dan merah. Dari pagi hingga petang diperhatikan baris-baris

itu sentiasalah mengelilingi kota yang tiada masa atau satu peluang pun kosong

atau berhenti daripada berbaris-baris. Maka terasalah ngeri panglima-panglima

46
Terengganu kerana pada sangkanya ramai sehingga mendatangkan ketakutan,

takut-takut datang melengkungi hulubalang-hulubalang dan rakyat yang

bersamanya lalulah lari kembali dan berhenti di suatu tempat perantaraan

(perenggan) / Kelantan dan Terengganu.

Tatkala sampai di situ berbangkitlah perbalahan di antara panglima-

panglima kerana setengah hendak kembali ke Terengganu dan setengah tidak

hendak kembali takut dimurkai oleh Yang Dipertuan. Maka jadilah suatu

peperangan sama sendiri dan banyaklah yang mati. Dalam peperangan inilah

seorang demi seorang berkata ‘busuk’ sungguh kita orang-orang Terengganu

kerana kesalahan itu menjadi perang. Maka dengan perkataan itulah masing-

masing berfikir, benar dan dengan sendirilah berhenti peperangan itu. Inilah

sebab-sebabnya dinamakan tempat itu kampung Busuk, akhirnya dengan lama-

kelamaan, Besut50. (ialah sebuah jajahan Terengganu, hingga sekarang tiada

hilang namnya itu.p).

Apabila besar Long Sulung lalu dirajakan di Kota Kubang Labu

memerintah dengan adil. Di dalam hal begitu lalulah dipinang puteri Raja Legih 51

bernama Engku Pasir Mas52 dan dikahwinkan mengikut adat raja-raja yang besar

dan duduklah bersuka-sukaan laki isteri. Telah tetaplah Long Sulung bertakhta

di Kota Kubang Labu, tiba-tiba datanglah seorang anak raja daripada Patani lalu

dijadikan bendaharinya ialah Long .... 53 . Barangkali terperanjat pembaca-

47
pembaca yang bijaksana dan bertanya diri / sendiri siapakah nama tubuhnya

seorang anak raja Patani itu? Kalau begitu dengarlah di dalam:

Bahagian Yang Ketiga

Asal Usul Long54 dan Datang ke Kota Kubang Labu Kelantan.

Negeri Kembayat (Moghul) yang di dalam Tanah China pun pembaca-

pembaca ketahui beribu-ribu tahun dahulu memeluk agama Islam. Maka tak

payahlah kita panjangkan kerana kita berkehendak di sini asasnya sahaja.

Dengan takdir Tuhan melakukan55 kudrat iradatnya, tiba-tiba berbangkitlah

huru hara peperangan di dalam negeri Kembayat yang tersebut di antara

kerabat-kerabat negeri kerana merebut takhta kerajaan. Oleh sebab perkara

yang seperti itu semakin itu semakin lama semakin besar dan nyala tak

terdamailah. Dalam hal begitu lari dan hundurlah seorang daripada putera yang

berebut-rebutan takhta itu bersama-samanya sebelas orang daripada kerabatnya

kerana takut terkena tawan menaiki sebuah wangkang menuju lautan besar. Di

dalam pelayarannya itu tiba-tiba bertiuplah angin dengan kuatnya

menenggelamkan wangkang itu. Maka terapung-apunglah sekaliannya di laut

yang besar dan maha dalam itu dengan tiada mendapat pertolongan. Hanyalah

keping-keping papan di dalam wangkang itu sahaja yang dapat

mempertahankan dirinya daripada tenggelam.

48
Beberapa lama terapung-apung di dalam lautan itu hampirlah dengan

daratan dibawa oleh harus dan terdamparlah seorang daripadanya ke tepi

sebuah pantai jajahan Patani. Keesokan hari sedang si pemukat-si pemikat balik

daripada pekerjaannya terjumpalah seorang di tepi pantai dan mengetahuilah ia

bahawasanya orang pecah perahu di laut lalu diambil dimuatkan e ke perahunya

menuju ke kuala dan dibawanya di persembahan kepada menteri Patani. Oleh

sebab menteri (Al Sadaral Adzam) itu seorang yang mempunyai Ehsan lagi

pengasih sayang yang sangat suka menaruh belas kasihan lalulah dipelihara

seorang gharib musafir.

Syahdan, adalah Perdana Menteri itu bukanlah sebarang orang yang

kebanyakan tetapi sangat ketahui ia ilmu firasat (ilmu firasat). Maka telah

nyatalah firasatnya bahawa bukanlah ia sebarang manusia tetapi telah

diketahuinyalah seorang dari bangsa putera (raja-raja) yang terbilang sangat

dengan tiada syak. Dari ke sehari sentiasa menteri yang tersebut

memperhatikan gerak geri tingkah lakunya tiada didapati suatu cacatnya lalulah

dikahwinkannya dengan anaknya. Pandai pula anak raja yang tersebut

memperhambakan dirinya hingga dikasihi pula / oleh baginda Nam Cayam 56 (raja

negeri Patani) seolah-olah anak baginya. Maka pabila mangkat baginda Nam

Cayam dengan halus siasatnya dapatlah ia menjadi Raja Patani menggantikan

baginda Nam Cayam bergelar Datuk Wan.

49
Beberapa lama di atas takhta kerajaan dikurniakan oleh Tuhan seorang

putera dinamakan Datuk Pengkalan Tua 57. Dan daripada Datuk Pengkalan Tua

inilah dapat tiga orang putera:

1. Datuk Pasir58

2. Tuan Besar59

3. Tuan Long Nik60

Sepeninggalan mati Datuk Pangkalan Tua, Datuk Pasirlah menjadi Raja Patani

dan kedua-dua saudaranya itu dipelihara tidak diberi kekurangan serba serbi.

Pada suatu hari sedang Datuk Pasir bertiga saudara di hadapan menteri

hulubalang, maka berdatang sembah Tuan Besar kepada baginda Datuk Pasir:

Tuan Besar: “Kekanda semenjak besar, adinda sentiasalah terangan-angan dan

tercita-cita hendak meluaskan negeri kita. Maka rahsianya yang dapat kita

meluaskan kekuasaan itu telah terbayang-bayanglah di fikiran adinda iaitu

dengan jalan kita memerangi mana-mana raja yang kediamannya di antara

Patani. Oleh sebab nampak bayangan-bayangan di fikiran adinda begitu,

berazam adinda memulai memeranginya dengan setengah daripada hulubalang-

hulubalang kita. Kekanda dan adinda tinggallah menjaga dan / memerintah

Patani ini dengan sempurna. Dan hari pemergian itu ialah pada hari ini juga,

kerana inilah hari yang terlebih molek”.

50
Datuk Pasir,”Kekanda bersetuju”. Lepas daripada berpesan sedikit lebih

kurang, berangkatlah Tuan Besar dengan hulubalangnya tempuh hutan yang

tebal-tebal hingga hilang dan ghaib sama sekali yang tiada dapat dicari.

Beberapa lama kemudian daripada itu Tuan Long Nik bersama-sama

saudaranya tiba-tiba di kurnia Tuhan seorang putera serta dinamakan Long

Yunus. Sungguhpun mendapat putera, akan tetapi tiadalah sehari pun hilang

kedukaan kehilangan saudaranya, kurus kering. Maka dengan penyakit itulah

habis mati lalulah dimakamkan mengikut adat raja-raja (kita tidak dapati tempat

perkuburan Tuan Long Nik itu, hingga bersusah payah bertanya orang tetapi

masing-masing tak dapat menerangkan. P).

Kemudian daripada itu berdukacitalah Datuk Pasir kerana kedua-dua

saudaranya telah mati, maka oleh sebab hendak menghilangkan dukacita lalulah

dipelihara Long Yunus sehingga besar. Pada suatu masa jatuhlah suatu

kesakitan yang berat di atas Datuk Pasir (Raji Patani) yang tak dapat tabib di

dalam negeri mengubati lalu dipanggil nujum. Sedang nujum membilang-bilang

ramalnya, berdatanglah sembah, “Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Adapun

penyakit tuanku ini tiadalah ubatnya selagi tuanku menyimpan dan pelihara Long

Yunus anak saudara tuanku itu kerana besar tuah celakanya”.

Demi didengar sembah nujum itu mukalah akan sebagai murka yang tak

dapat / dipadamkan seraya bertitah: Datuk Pasir, “Hei Long Yunus, anak yang

51
bertuah celaka. Hundurlah kamu dari sini dan keluarlah engkau dari negeriku

sekarang juga. Aku tidak suka dan tidak sudi memeliharamu lagi”. Demi

didengar Long Yunus kemurkaan baginda itu lalu keluar pada masa itu juga dari

negeri Patani dengan bercucuran air matanya segenap jalan terkenangkan

untungnya yang malang (begitu yang selalunya orang yang dibenci tambahan

tiada berbapa.p). Di dalam perjalanannya masuk hutan keluar hutan

menyeberang beberapa anak sungai sampailah ke Kota Kubang Labu

memperhambakan diri kepada Long Sulung.

Oleh sebab Long Yunus ini seorang yang berperangai baik, kasihlah Long

Sulung lalu dijadikan Bendaharinya dengan mendapat beberapa kesenangan

dan kesentosaan (begitulah seorang azab seksa dahulu itu kemudian

dikurniakan Tuhan kesenangan pula. Jika begitu janganlah kita fikirkan

kesenangan itu selama-lamanya dengan tidak didapati susahnya. Begitu juga

sebaliknya, kerana susah dan senang itu sentiasa berdampingan kedua-duanya

sebagaimana saudara yang tidak bercerai selama-lamanya, hubaya-

hubaya !!!.p).

52
Bahagian Yang Keempat. Perbunuhan Engku Pasir Mas Kerana Cemburu

Suaminya, Long Ghafar Melanggar Kubang Labu dan Kemenangan Long

Sulung.

Memerintahlah Long Sulung di Kota Kubang Labu dan bersuka-sukaan

dengan isterinya Engku Pasir. adapun Engku Pasir itu ada seorang saudara

pupunya bernama Long Ghafar (Jaafar) yang sentiasa berulang alik dari rumah

ke Kota Kubang Labu menziarah saudaranya. Maka pada suatu masa sedang

Long Ghafar di Kota Kubang Labu bersama-sama Long Yunus bendahari Long

Sulung, tiba-tiba dengan takdir Tuhan melakukan kudrat iradatnya supaya

berpanjangan RK tiba-tiba dilihat oleh Engku Pasir akan kain cukin yang dipakai

oleh Long Ghafar itu tersangat pelik dan elok coraknya lalu dipohon pinjam bagi

contoh yang hendak ditenunnya sendiri, lalu dipersembahkan kain itu. Kemudian

daripada itu kembalilah Long Ghafar ke negerinya. Adapun Engku Pasir Mas

apabila diterima kain ini lalu disangkut di atas jentera tenunnya. Pada masa itu

Long Sulung di balai penghadapan. Tak beberapa lama masuklah ia ke istana

lalu ke tempat isterinya bertenun, tiba-tiba terpandanglah kain cukin Long Ghafar

yang tersangkut / di jentera itu. Pada masa itu bersemburlah darah cemburunya.

Dengan tidak usul periksa lagi dicabut keris dipegang sanggul dibelah perut

dengan serta merta mati. Apabila telah mati lalu dititahkan membawa gajah

kenaikan Engkau Pasir Mas yang dibawa dari Legih pada masa berkahwin

dahulu Dang Malar lalu diletakkan mayat Pasir Mas ke atas belakang gajah itu

dengan tidak diberi gemala dan dilepas keluar kota dengan diberi isyarat suruh

53
kembali ke negeri Legih. Berjalanlah gajah itu dengan tiada gemalanya menuju

negeri Legih.

Maka tatkala sampai gajah itu di pintu kota negeri Legih pada ketika

malam menjeritlah dengan suaranya yang kuat hingga terkejut Raja Legih dan isi

negeri istana. Maka dikenallah suara itu ialah suara gajahnya Dang Malar yang

diberi kepada anaknya Engku Pasir Mas. Lalu dititahkan buka pintu. Maka

masuklah gajah itu ke halaman balai serta melipatkan dua kaki hadapannya

dengan mengisyaratkan belalainya kepada tempat mayat Engku Pasir Mas.

Demi terpandang Raja Legih akan mayat anakandanya berlumur dengan darah

lalu diperiksa didapati perut telah terbelah. Terkejut dan bercucuran air matanya

dan berfikir tiada lain yang membunuh anakku melainkan Long Sulung. Kalau

begitu apalah guna aku hidup di atas dunia. Mata siapa yang aku pandang lagi.

Sehingga hancur negeri Legih aku ingat dan aku tuntut bela kematian anakku.

Kemudian daripada itu bertitahlah kepada panglima hulubalang menghimpun

dan menyediakan alat peperangan serta diberi tahu kepada anak saudaranya

Long Ghafar61 yang di negeri Reman / datang ke Legih melanggar Kubang Labu.

Apabila telah berhimpun sekaliannya, pada hari yang baik berangkatlah

Long Ghafar menuju Kota Kubang Labu. Apabila hampir lalu dititahkan berhenti

kerana menghilang penat berjalan. Perkhabaran angkatan Legih di luar kota

dipersembahkan kepada Long Sulung akan tetapi tidak dihiraukan, asyik dengan

bermain catur. Tiada lain keluar dari mulutnya, “Nantilah sebentar, habis main

54
sepapan ini”62. Di dalam hal begitu Long Ghafar pun langgar masuk ke dalam

kota langsung ke balai, didapati Long Sulung sedang asyik bermain catur lagi

lalu dicabut keris ditikam dari lambungan kanan 63 terus ke kiri lalu rebah dan

mati. Lalu dititahkan tanam bagaimana adat istiadat raja-raja dan dinasihatkan

rakyat negeri Kelantan Kota Kubang Labu supaya jangan berpecah-pecah,

duduklah bagaimana sedia kala. Kemudian daripada itu kembalilah Long Ghafar

ke negerinya dengan tidak ia ambil kota Kubang Labu itu di bawah takluknya

kerana peperangan itu bukanlah berbuat negeri, hanyalah menuntut bela dan

membayar hutang kematian saudaranya sahaja.

Apabila kembali Long Ghafar bertakhta pula Putera Long Sulung di Kota

Kubang Labu. Di sini barangkali hairan pembaca-pembaca yang bijaksana.

Barangkali mendatang beberapa soalan, ke mana pergi Long Yunus Bendahari

Long Sulung Kota Kubang Labu di dalam masa pergaduhan itu. Ya baiklah di

bawah ini kita ceritakan di dalam:

Bahagian Yang Kelima (Long Yunus Bertempat di Rumah Mandur Mis dan

Melarikan Diri ke Hutan Kegarung)64

Pada masa berlaku peperangan di Kota Kubang Labu yang diceritakan di

dalam bahagian yang keempat itu, Long Yunus tiada di Kota Kubang Labu telah

beberapa hari dengan lima orang hulubalangnya masuk hutan memikat burung

55
ketitir. Apabila habis pekerjaan memikatnya, kembalilah ia ke Kota Kubang

Labu. Di sinilah baharu hal ehwal peperangan dan pembunuhan Long Sulung.

Maka hundurlah berserta hulubalangnya menyeberang sungai terus ke Kota

Jelasin dan menumpang di rumah seorang kaya namanya Mandur Mis. Diberi

sebuah rumah yang khas dan duduklah Long Yunus dengan hulubalang-

hulubalangnya di situ dengan senang.

Tiada berapa lama Long Yunus di rumah Mandur Mis itu, tiba-tiba suatu

hari tibalah beberapa hulubalang Reman ke Kota Jelasin dan berhenti di sebuah

rumah yang berhampiran dengan rumah Mandur Mis. Maka syaklah Long Yunus

akan kedatangan panglima-panglima itu kerana mencarinya dan (dan) hendak

dibunuh bagaimana Long Sulong. Oleh sebab bersangat kuat godaan

sangkaan, lalu larilah bersama-sama hulubalangnya ke dalam suatu hutan /

namanya Kegarung (sekarang telah menjadi kampung ke garung di dalam

daerah Sungai Pinang65.p) serta membuat sebuah pondok di situ.

Bahagian Yang Keenam

Long Ghafar (Jaafar) Bersama Tujuh Orang Panglima ke Terengganu

Menyabung Ayam Melalui Kota Jelasin.

56
Di atas tadi kita menceritakan kedatangan panglima-panglima Reman ke

Kota Jelasin hingga lari Long Yunus Kegarungan kerana takut dibunuhnya.

Maka jika kita tidak ceritakan awalnya barangkali mendatangkan keliruan. Jika

demikian berharaplah kalam menceritakannya.

Adapun Long Ghafar tambah-tambah telah ketahui tentera daripada Raja

Reman saudara pupu Engku Pasir Mas yang mati terbunuh kerana sehelai kain

jugin66 Long Ghafar. Maka kemudian itu telah diceritakan bagaimana dibela

bagaimana diceritakan di dalam bahagian yang kelima dan kembali kedua-dua

pasukan Legih dengan beberapa kesukaan. Begitu juga pasukan Long Ghafar

serta dipersembahkan kepada ayahandanya hal ehwal peperangan. Maka di

sinilah Long Ghafar mengambil kerehatan kerana lepas daripada peperangan.

Maka pada suatu hari didapatilah suatu perkhabaran mengatakan Bugis

akan masuk ke Terengganu menyabung ayam dan taruhannya di terima

seberapa banyak. Teringinlah Long Ghafar menyabungkan ayamnya, bakas

racun kerana ayamnya itu habis dijajah negeri yang besar kesemua dapat

dikalahkan hingga tidaklah dapat terlawan, lalulah menghadap ayahandanya

memohon izin. Apabila telah diizinkan oleh ayahandanya, berangkatlah Long

Ghafar dengan dua panglima dan lima hulubalang dengan mengenderai gajah

jantan yang bernama “Muduwas”. Adapun panglima yang bersamanya itu

seorang bernama Penghulu Adas dan seorang lagi Tok Daud. Di dalam

perjalanannya, sampailah ke Kota Jelasin dan menumpang berhenti di sebuah

57
rumah yang berhampiran dengan rumah Mandur Mis. Di sinilah dilihat oleh Long

Yunus kedatangan hulubalang-hulubalang Reman disangkakan hendak

mencarinya. Pada halnya tidak, semata-mata ke Terengganu menyabung ayam.

Bahagian Yang Ketujuh

Persahabatan di Antara Long Ghafar dan Long Yunus dan Bersama-sama

ke Terengganu dan Kembali Memerangi Kelantan.

Kehilangan Long Yunus bagaimana diceritakan di dalam bahagian yang

ke lima itu ratalah dicari oleh Mandur Mis dan didapati menyembunyikan dirinya

di Garung67 serta bertanya sebab-sebabnya sehinggalah diketahuinya iaitu

kedatangan Long Ghafar dan hulubalang / hendak menangkap Long Yunus.

Apabila datang begitu lalulah Mandur Mis menghadap Long Ghafar serta

berdatang sembah:

Mandur Mis,”Ampun tuanku, kedatangan patik ini hendak memohon aman

kerana patik percaya kesampaian tuanku di sini hendak menangkap adinda Long

Yunus Bendahari Raja Kota Kubang Labu ada tinggal di rumah patik. Maka oleh

sebab adinda Long Yunus itu tiada suatu kesalahan pohonlah dilepaskan”.

58
Terpegun Long Ghafar apabila mendengar perbahasan Mandur Mis itu kerana

hairan yang kedatangannya tidak sekali-kali berniat hendak menangkap Long

Yunus, seraya bersabda:

Long Ghafar, “Hei bapaku Mandur Mis, di manakah bapaku mendapat

perkhabaran itu kerana kedatangan kita ini semata hendak ke Terengganu

menyabung ayam. Oleh sebab hendak berhenti lelah singgahlah di sini dan

janganlah bapaku percaya perkhabaran yang dusta itu. Adapun kita membunuh

Long Sulung itu kerana hutang darah dibayar darah. Kalau begitu di manakah

perginya sekarang Long Yunus dan bawalah ke mari berjumpa kita”.

Mandur Mis, “Inilah sebabnya patik menghadap hendak mendapat ketahui

dengan terangan”. Lepas daripada itu dibawanyalah Long Yunus menghadap

Long Ghafar. Di sinilah bertangis-tangisan kerana lama perceraian dan masing-

masing menceritakan halnya. Dari sehari ke sehari bertambah-tambah hampir

tali persahabatannya seolah-olah saudara. Lamalah Long Ghafar dan Long

Yunus berkasih-kasihan di situ, maka pada / suatu hari bermuafakatlah kedua-

duanya hendak ke Terengganu menyabung ayam. Apabila telah bersetuju,

berangkatlah Long Ghafar dan Long Yunus, dua panglimanya dan 12

hulubalangnya (termasuk sekali hulubalang Long Yunus).

Di dalam perjalanannya masuk hutan keluar hutan menaiki bukit dan

menyeberangi beberapa anak sungai, tiba-tiba sampailah ke Terengganu lalu

59
masuk menghadap Yang Dipertuan (masa itu kata orang-orang tua raja

memerintah Terengganu ialah Sultan Mansur.p) 68 memperhambakan diri.

Kedatangan Long Yunus dan Long Ghafar (Jaafar) itu diperhatikan oleh Yang

Dipertuan akan tingkah laku, gerak gerinya. Di sinilah tertarik hatinya dan

jatuhlah kasih sayang lalu dipelihara dan dijadikan anak angkat dan duduklah

kedua-duanya dengan kesentosaan.

Oleh sebab Tuhan hendak menunjukkan kudrat iradat kepada hambanya

yang bersaf-saf di muak bumi ini supaya mengetahui dan mengenalnya mudah-

mudahan tidaklah buta akal fikiran umat Islam bagaimana buta hati dan mata

kaum muda. Pada suatu masa dengan tidak disangka-sangka masuklah tujuh

buah jong (perahu) perompak Bugis ke Terengganu penuh muatannya emas dan

perak yang dapat daripada rampasan berlabuh di pelabuhan Terengganu lalulah

menghadap Yang Dipertuan seraya berdatang sembah:

Bugis,”Ampun tuanku beribu-ribu ampun, kedatangan patik ini meminta hendak

menyabung ayam dengan duli tuanku”.

Yang Dipertuan, “Kita tersangat-sangat dukacita hendak meluluskan kehendak

kamu itu kerana tidaklah pernah kita dan putera bumi Terengganu berjudi ayam

atau sebagainya. Tambahan pula tiadalah kita mempunyai dan memelihara

ayam sabungan”.

60
Bugis, “Ketahuilah patik bahawa tuanku tiada pernah memelihara dan

mempunyainya. Sungguhpun begitu kedatangan patik-patik sekalian Bugis

sangat-sangat berhajat menyabung ayam. Jika sekiranya tuanku tak dapat

mencari ayam sabungan dan sanggup menyabung, tidak syak lagi negeri

Terengganu patik rompak bagaimana yang telah patik jalankan beberapa buah

negeri”.

Apabila lepas daripada berkata-kata begitu, lalulah bermohon kembali ke

perahunya menanti apa-apa perkhabaran. Demi didengar oleh Yang Dipertuan

sekalian kata-kata Bugis itu naiklah suatu perasaan takut serta dukacita.

Sebentar lagi berhadap kepada anak peliharaannya Long Ghafar dan Long

Yunus seraya bertitah:

Yang Dipertuan, “Bagaimana fikiran anakku akan kata-kata Bugis itu dan

bolehkah anakku kedua ikhtiarkan ayam dan sanggupkah melawannya?”

Long Ghafar, “Di atas patiklah menyediakan ayam dan sangguplah

melawannya kerana apalah gunanya tuanku memelihara patik berdua jika tidak

dapat patik menolong di dalam perkara yang tersangat kecil itu”.

Demi di dengar oleh Yang Dipertuan akan sangupan Long Ghafar itu,

lapanglah sedikit dadanya dan dengan serta-merta berseri-serilah cahaya

wajahnya dengan kesukaan yang tak dapat diperikan lalu bertitah memberitahu

61
Bugis kerana menetapkan hari perjuangan”. Sebentar lagi sampailah Bugis ke

penghadapan lalu bertitah:

Yang Dipertuan, “Kehendak kamu kerana menyabung ayam itu sekarang telah

sedia Cuma apa-apa perkhabaran dari pihak Bugis sahaja.

Bugis, “Apabila telah sedia di sebelah pihak tuanku, silalah tetap hari dan

tempatnya supaya patik sediakan”. Lalu berhadaplah Yang Dipertuan kepada

Long Ghafar seraya bersabda, Yang Dipertuan, “Tetaplah anakku apa harinya

dan di mana tempatnya. Demi didengar oleh Long Ghafar sabda Yang

Dipertuan begitu lalulah berhadap dan berkata kepada Bugis:

Long Ghafar, “Hari perjuangan itu seminggu lagi dan tempatnya di pantai Batu

Buruk”69. Apabila telah tetap begitu bermohonlah Bugis ke perahunya

menyediakan ayamnya. Begitu juga Long Ghafar.

Sampailah hari yang ditetapkan, penuhlah putera-putera bumi Terengganu dan

lainnya berhimpun di pantai Batu Buruk melihat temasya yang payah berjumpa

itu dan kedua pihak pun hadir. Maka bertitahlah Bugis:

Bugis,”Kedua-dua ayam telah sedia dan akan dilepaskan. Maka terlebih dahulu

daripada dilepas, tetapkanlah pertaruhannya dahulu. Bagi pihak Bugis sekalian

62
harta benda emas perak dan jong-jongnya. Hanyalah diminta sebuah sahaja

kerana kembalinya”.

Long Ghafar, “Bagi Terengganu, kalau alah ambillah setengah negeri

Terengganu ini jadikan pertaruhan pertaruh” 70. Adapun perkataan yang keluar

dari mula mulutnya Long Ghafar, setengah negeri Terengganu taruhannya itu

tidaklah diketahui oleh Yang Dipertuan, semata niat Long Ghafar apabila kalah ia

hendak dilawannya berperang”.

Apabila telah berikrar begitu, memulailah mengikat taji membasuh ayamnya dan

dilepaskan kedua-dua ekor ayam itu. Maka berjuanglah keduanya dengan

dahsyat hingga muka tiap-tiap seekor itu berlumur darah. Tiba-tiba tersilap

langkahan ayam Bekas Racun, kenalah mata taji sayapnya lalu patah. Demi

sahaja patah sayapnya, terbanglah ia ke atas lengan Long Ghafar seolah-olah

memberitahu kesakitannya (amboi, seekor ayam begitu pandai dan tahu

kesakitannya. Manusia bagaimana, adakah ditahan tengkuk sahaja kalau sakit

pun? ?.p). Apabila dilihat Long Ghafar ayamnya telah rosak, memekislah ia, “Cis

Bakas Racun”, seraya berseru, “Hei Bakas Racun Reman keturunan sabungan,

yang tiada pernah kalah di medan, tiba-tiba pada kali ini menunjukkan hati

budimu di negeri Terengganu. Jika sungguhmu sejati keturunan ayam sabungan

Reman yang menjajahi Legih, Kelantan sehingga Terengganu, sapukanlah arang

mukaku dan tunjukkan untung tuahmu. Jika sungguh untung tuahku

berpanjangan, cederakanlah borek Bugis lawanmu itu”.

63
Demi habis sahaja seruannya, terjunlah Bakas Racun dari lengannya berjuang

semula. Di dalam asyik berpalu-paluan dan berpagut-pagutan, tiba-tiba

terkenalah taji Bakas Racun ke tengkuk borek Bugis. Oleh sebab taji Bakas

Racun itu tersangat-sangat bisa, menggeleparkan borek Bugis dengan naik biru

seluruh tubuhnya dan dengan serta-merta mati. Apabila mati borek Bugis,

tiadalah apa kedengaran lagi melainkan tempik sorak sekalian hulubalang

bagaikan terangkat Kota Terengganu. Kemenangan itu dipersembahkan kepada

Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Terengganu. Seribu kesukaanlah kerana

terlepas daripada mara bahaya Bugis yang celaka itu, seraya bertitah

menyediakan istiadat menyambut Long Ghafar dan Long Yunus bagaimana

menyambut kedatangan raja-raja yang agung.

Tiada berapa lama kemudian itu sedialah sekaliannya, maka sampailah

Long Ghafar berdua dan lainnya di pintu kota. Pada masa kesampaian itulah

istiadat menyambut dimulakan dan kedua-dua payung putih dan kuning pun

dibuka oranglah. Serta dijemputnya Long Ghafar di bawah naungan payung

putih. Maka engganlah Long Ghafar menerimanya dengan bersabda,”Aku

dukacita kerana tiada layak aku bernaung di bawah teduhan payung putih,

memadailah di bawah payung kuning. Biarlah adikku Long Yunus, kerana ialah

yang layak di bawah teduhan payung putih. Tambahan pula kemenangan ayam

itu pun dengan sebab tuahnya”. Maka sekalian hulubalang pun tidaklah terkata-

64
kata melainkan menurut sahajalah. Berapa pun Long Yunus enggan menerima,

akhirnya terpaksa juga menurut.

Apabila sampai ke balai penghadapan yang sedia dinanti oleh Yang

Dipertuan di atas / singgahsana, lalu sujud menyembah Long Ghafar berdua

serta menderitakan keadaan perjuangan ayam yang tersebut dari awal hingga

akhirnya. Maka bertitahlah Yang Dipertuan:

Yang Dipertuan, “Sebenarlah ayam itu menang. Setahu ayahanda tiap-tiap

sabungan ayam itu tentulah ada taruhannya. Kalau begitu sukalah ayahanda

hendak mengetahui apakah taruhan di sebelah pihak anakanda?.

Long Ghafar, “Ampun tuanku, adapun taruhan itu bagi pihak Bugis jika kalahnya

terserahlah sekalian harta benda dan perahunya. Hanyalah mintak sebuah

sahaja dengan bekalan bagi pelayarannya kembali. Bagi pihak patik sebelah

negeri Terengganu”. Terperanjat Yang Dipertuan mendengar, “sebelah negeri

Terengganu” serta menubuk-nubuk dadanya seraya bersabda, “semujurnya

menang, jika kalah tak dapat tiada diambilnya setengah negeri Terengganu”.

Long Ghafar,”Perkara itu tidaklah patik susah hati kerana berdua saudara dan

hulubalang-hulubalang telah terikat berikat dan berteguh janji, janji kalah

mengamuklah patik sehingga habis jiwa patik baharulah dapat diambil”.

Kemudian daripada itu lalu bertitah Yang Dipertuan memanggil Bugis seraya

65
bertanya sebenarkah bagaimana yang diceritakan oleh Long Ghafar itu. Maka

didapatinya tiada bersalahan. Besarnya hati Yang Dipertuan Terengganu

mendengarnya seolah-olah kejatuhan bulanlah rasanya, / seraya bersabda,

Yang Dpertuan, “Hei Bugis, janganlah kamu menaruh dukacita akan kekalahan

ayammu itu. Maklumlah tiap-tiap peraduan tak boleh tentukan kalah menang.

Oleh itu pertetapkan hatimu dan bersabarlah. Apakah kehendakmu lagi?

Bugis,”Ampun tuanku, tidaklah patik menaruh dukacita. Sememanglah begitu

tiap-tiap peraduan. Pada hari ini terserahlah ketujuh-tujuh buah perahu dan

muatan di dalamnya kepada tuanku dan pada hari ini juga patik memohon

kembali”.

Yang Dipertuan, “Baiklah”. Dengan dikurniakan beberapa persalinan. Begitu

juga bekalan kembali dengan secukup-cukupnya. Lepas daripada itu keluarlah

sekalian Bugis dari balai penghadapan naik perahu menuju lautan ke mana pergi

tak dapat diketahui. Tambahan pula kita tak berkehendak sangat ceritanya.

Adapun segala harta benda di dalam perahu Bugis itu pun diangkat oranglah, di

timbun-timbun di balai penghadapan. Maka bersabdalah Yang Dipertuan

kepada Long Ghafar dan Long Yunus:

66
Yang Dipertuan, “Ambillah sekalian harta ini kepada anakku kedua kerana

kemenangan itu dengan susah lelah dan jasa anakku”.

Sambungan Bahagian Yang Ketujuh

Persahabatan Di antara Long Gaafar dan Long Yunus dan Bersama-sama ke


Terengganu dan Kembali Memerangi Kelantan

Long Ghafar, “Ampun tuanku, harap mengampuni persembahan patik. Adapun harta

benda ini tidaklah menjadi kegunaan bagi patik berdua. Semata-mata itu dengan ikhlas

sahaja kerana tuanku dan negeri Terengganu”.

Yang Dipertuan, “Ayahanda tersangat dukacita tentang pemberian ayahanda itu anakanda

tak suka menerimanya. Pada hal kemenangan itu dengan jasa anakanda, ayahanda sangat-

sangat terima kasih. Maka inilah mendatangkan serabut di fikiran ayahanda. Jika

demikian berkhabar benarlah hai anakku, apakah yang dihajati? Dan percayalah yang

ayahanda meluluskan walau apa sekali pun permintaan anakanda ayahanda tidak

galangkan. Asalkan berkhabar terus terang”. Demi didengar oleh Long Ghafar berdua

titah Yang Dipertuan sebegitu, terbukalah mulutnya seraya berdatang sembah;

Long Ghafar, “Ampun tuanku, adapun hajat yang tersimpan di hati patik berdua tersangat

besar, tidak patut dan layak patik pohonkan. Akan tetapi oleh sebab titah tuanku itu

memberi seluas-luas peluang bagi patik, beranilah patik sembahkan walau dimurkai

sekalipun, iaitu pohonkan tuanku mengurniakan rakyat 300 orang bersama-sama patik ke

Kelantan/.

67
Apabila didengar oleh Yang Dipertuan sekalian sembah-sembah dan permohonan Long

Ghafar berdua itu, dengan tidak berfikir panjang bersabdalah:

Yang Dipertuan, “Jika itu sahaja permintaan dan permohonan anakanda berdua, tidaklah

menjadi pelik, memang pun pertaruhan ayahanda akan hulubalang sebanyak 300 orang

itu kepada anakanda berdua kerana membalas kebaktian”.

Alangkah besar hati Long Ghafar berdua mendengar sabda Yang Dipertuan itu hingga

kemerahan pipinya dengan kesukaan dan keriaan. Kemudian daripada itu bertitahlah

Yang Dipertuan menyediakan alat senjata dan memperhimpunkan hulubalang pahlawan

serta perahu-perahu kenaikan menghantar keduanya.

Apabila mustaib sekaliannya, pada hari dan ketika yang baik, berangkatlah Long Ghafar

dan Long Yunus serta hulubalang-hulubalang pahlawannya dengan perahu menuju ke

Kelantan. Sedang tidak berapa lama sampailah ke Kelantan dan berhenti di rumah

Mandur Mis. Di situlah Long Ghafar menghantar surat kepada ayahandanya memintak

tiga ratus orang hulubalang kerana hendak dilanggar Kota Kubang Labu.

Apabila diterima surat itu oleh ayahandanya, lalulah dihantarkan hulubalang-hulubalang

bagaimana kehendak anaknya dan menerimalah Long Ghafar dengan suka hatinya.

Selang beberapa hari lamanya kemudian daripada kesampaian hulubalang Reman

berunding dan bermesyuaratlah Long Ghafar dengan Long Yunus. Apabila tetap harinya

bersiaplah hulubalang Reman dan Terengganu yang bersamanya sebanyak enam ratus

68
orang itu lalu dilanggarnya Kota Kubang Labu dan berperanglah/ kedua pihak itu dengan

tidak takut mati. Di dalam peperangan ini banyaklah hulubalang-hulubalang di antara

sebelah menyebelah mati. Di dalam asyik berperang itu tiba-tiba datanglah sebutir peluru

mengenai Long Ghafar tetapi mujur tidak menyebabkan mati dengan peluru itu hanyalah

pengsan sahaja. Apabila sedar daripada pengsan berhadaplah pula serta menyerbu

masuk ke dalam pihak Kota Kubang Labu. Oleh sebab kuat rempuhan Long Ghafar,

Long Yunus dan panglima hulubalangnya, pecahlah perang raja Kota Kubang Labu, lari

bercerai berai membawa diri dan dapatlah Kota Kubang Labu itu.

Apabila telah selesai daripada peperangan itu, masuklah sekaliannya ke dalam Kota

Kubang Labu dan menitahkan himpunkan sekalian rakyat dan dinasihatkannya supaya

jangan berpecah. Di sinilah Long Yunus memulai pekerjaan melantik Long Ghafar

menjadi raja. Demi dilihat Long Ghafar keadaan yang demikian, hairanlah ia seraya

bertitah:

Long Ghafar, “Ketahuilah kekanda akan kehendak-kehendak adinda itu hendak melantik

kekanda menjadi Raja Kelantan. Maka berbanyaklah kekanda menerima kasih di atas

kesusahan adinda tetapi dukacita kekanda kerana adinda telah ketahui banyak-banyak

pada masa di Terengganu lagi tentang sambutan payung putih dan kuning.

Mengetahuikah adinda sebab-sebab yang kekanda enggan duduk di bawah payung itu?”

Long Yunus, “Adinda telah faham. Adapun payung putih itu ialah raja dan kuning itu raja

muda atau panglima perang”.

69
Long Ghafar, “Apabila adinda telah faham, bagaimanakah begitu gopoh adinda hendak

melantik kekanda. Pada hal kekanda telah berlaku tiada layak bagi kekanda darjat raja

itu, hanyalah panglima perang”.

Long Yunus, “Sebab pun adinda menjalankan begitu kerana adinda lihat kekanda

tersangat mengambil usaha di dalam hal ehwal peperangan dengan beberapa kali

diserangi berbahaya yang hampir-hampir hilang jiwa. Maka oleh sebab tampak di

pandangan adinda jasa kekanda itu dengan suka dan ikhlas adinda hendak melantik

kekanda menjadi raja”.

Long Ghafar, “Sebenarlah begitu, akan tetapi janganlah adinda hairan tentang penat lelah

kekanda, di dalam masa perang hingga hendak dilantik menjadi raja kerana jasa. Kerana

pekerjaan yang tersebut memanglah tanggungan panglima. Maka tidaklah kekanda

panjangkan perbahasan lagi. Pendeknya kekanda tidak bersetuju, yang layaknya

adindalah menjadi raja”.

Kemudian daripada itu lalulah dilantik Long Yunus menjadi raja di Kota Kubang Labu

dan ianya (Long Ghafar) menjadi mengkubumi dan panglima perang bergelar Tengku

Sri Maharaja Perdana Menteri71. Di sinilah Long Yunus dan Tengku Sri Maharaja

Perdana Menteri berikat janji bersumpah setia. Lama juga Long Yunus bertakhta di Kota

Kubang Labu dengan adil. Akan tetapi/ sentiasalah bergerak-gerak hatinya hendak

70
diperbuat sebuah kota yang lain kerana hawa Kota Kubang Labu tiada bersetuju

dengannya. Tambahan pula tempat kedudukannya tiada menggemarkan hatinya.

Lalu diberitahu Tengku Maharaja Perdana Menteri. Apabila bersetuju keduanya

memulailah mencari tempat. Maka didapatilah sebuah Kampung Akbu 72 lalu

dibangunkan kota parit balai istana. Apabila sedia, bertitahlah Long Yunus kepada

sekalian rakyat Kota Kubang Labu berubah ke Kota Baharu diperbuat itu (kota inilah

gelaran masa ini, kota lama.p) dan Kota Kubang Labu pun sunyi senyap hingga sekarang.

Di kota inilah Long Yunus bertakhta dan menjalankan hukuman dengan adil.

Sungguhpun Long Yunus menjadi raja di situ dengan adil tetapi sentiasalah ia teringat

akan budi pekerti dan jasa Tengku Seri Maharaja Perdana Menteri yang tiada terbalas

itu73. Lalu dijemputnya serta dikurniakan daerah jajahan Kelantan yang di sebelah hulu

Mentara Pentugang naik ke Cenderung Hijuk. Dari situ hingga Air Leleh dan Sungai

Putak hingga ke Sungai Pasir Tumbuh. Dari situ ikut bengkang bengkok Sungai

Bekelam. Dari situ menerusi Kuala Dua Bacuk dan dari situ ke Pasir Putih Semarak

sampai ke mentara Besut. Maka tinggallah pemerintah Yong Yunus dari Bukit Patu

hingga mentara Legih di sebelah hulu hingga mentara Pahang74./

Adapun Panglima yang bernama Penghulu Adas yang bersama-sama Tengku Sri

Maharaja Perdana Menteri itu pun dikurnianya juga suatu tempat bernama Kampung

Kadak (daripada anak cucu Penghulu Adas inilah yang bergelar Datuk Kadak75).

71
Sungguhpun dikurnia kepada Tengku Sri Maharaja Perdana Menteri sebuah

pemerintahan di daratan sana, tidaklah berpecah-pecah satu di antara lain. Begitu juga

berbangkit peperangan terpaksa tiap-tiap satu pemerintahan itu membantu menolong dan

bertolong-tolongan di dalam sebarang kesusahan.

(Bolehlah pembaca-pembaca percaya siapa pun dikurnia oleh Long Yunus beberapa

jajahan dan dijadikan dua pemerintahan kerana semata-mata budi dan jasa yang tak

terbalas. Tambahan pula kedua-duanya seperti saudara sendiri.p)

Dukacita kita tak dapat panjangkan riwayat pemerintahan Tengku Perdana Menteri dan

anak-anaknya di Jeram Pasir Putih76 dan bagaimanakah pula kejatuhan keturunannya

hingga masa ini. Cuma sedikit-sedikit sahaja kita dapati iaitu pada masa Tengku Perdana

Menteri bertakhta di situ dibunuhnya seorang daripada anaknya yang perempuan yang

putih tubuhnya dan hitam lidahnya disebabkan suatu fitnah anak-anaknya yang lain

mengatakan bermukah dengan gurunya. Maka kemudian daripada mati anaknya itulah

tak berapa lama ia pun mangkat. Dari sehari ke sehari hilanglah kekuasaannya. Begitu

juga akhirnya lepas daripada kemangkatan Tengku Perdana Menteri, anak-anaknya lepas

daripada kemangkatan Tengku Perdana Menteri, anak-anaknya telah memulai

memecahkan persetiaan, menderhaka. Oleh itu kita tinggalkanlah dan/ dan berhadap

kepada riwayat Long Yunus yang kita sangat-sangat kehendaki itu di dalam bahagian:

Bahagian Yang Kedelapan

Pemerintahan Long Yunus Dan Mangkatnya Pada Hijrah 1209

72
Memerintahlah Long Yunus dengan adil dan murah yang tiada bandingan sekalian raja-

raja yang dahulu daripadanya. Dari setahun ke setahun bertambah ramai hingga

menghabisi putera bumi Kelantan di bawah pemerintahnya. Di dalam perintahannya itu

kadang kala juga berbangkit kerusuhan dan peperangan, akan tetapi dapat dipadamkan

dengan senangnya.

Beberapa lama di atas takhta kerajaan, dapatlah beberapa orang putera laki-laki dan

perempuan, iaitu:

1. Long Mamat (Muhammad)77

2. Long Jenal (Zainal)78

3. Long Sup (Yusuf) atau Long Pit79

4. Long Semail80

5. Long Muda

6. Long Tang/

7. Long Pandak

8. Che Ku Puan

9. Che Kutan Lamah (Che Kunan Namah)81

Apabila besar putera-puteranya itu, tersangatlah sukacita Long Yunus kerana melihat

putera-puteranya berkasih-kasihan. Di dalam hal begitu berfikirlah di hatinya yang

73
puteranya ketujuh-tujuh orang itu kesemuanya laki-laki. Maka tak dapat tiada apabila

besar ia akan mendatangkan huru hara kerana takhta kerajaan Kelantan.

Apabila tetap fikirannya begitu bermesyuaratlah dengan menterinya hendak melantikkan

putera-puteranya menjadi raja berasing-berasing perintahan di suatu daerah yang kecil.

Takut-takut akhirnya kelak habis hayatnya berbangkit perbalahan di antara saudara-

saudara. Rundingan itu sangatlah diperkenankan lalulah dilantikkan putera-puteranya.

1. Long Mamat dijadikan bakal Raja Kelantan

2. Long Jenal dijadikan Raja Bendahara Banggul

3. Long Sup dijadikan Raja Bukit

4. Long Semail dijadikan Raja Kampung Laut

5. Long Muda dijadikan [Raja] Kota

6. Long Tan dijadikan Temenggung Kelantan

Dan puteri-puterinya dipersuamikan dengan .....82. bagaimana ceritanya di bawah ini:

Pada suatu hari tibalah surat pinangan daripada Yang Dipertuan Terengganu memintak

puterinya (Engku Puan) dengan puteranya (Tengku Muda Tila 83). Pinangan itu disambut

oleh Long Yunus dengan sepenuh-penuh keriaan dan tidaklah ditolakkannya kerana

difikirkan mudah-mudahan dengan perkahwinan puterinya dengan Tengku Muda Tila

dikurniakan istana yang khas. Dan duduklah pengantin baharu berkasih-kasihan.

Kemudian daripada itu datang pula pinangan daripada Raja Legih memintak Engku

74
Kunan Namah hendak dikahwinkan dengan puteranya Tengku Langin lalu dikahwin dan

dikurniakan istana yang khas baginya.

Tidak berapa lama lepas daripada perkahwinan itu, tiba-tiba pada suatu hari

jadilah suatu perbalahan di antara Engku Kunan Namah dan Tengku Langin. Oleh sebab

perbalahan itu hampir-hampir akan putus tali perhubungan laki isteri yang tak dapat

dipadamkan, pura-puralah Tengku Langin membuat gila, dicabut keris ditikam ke dada

isterinya84 bersemburan darah lalu mati dan ia pun lari ke negerinya (Legih). Apabila

diketahui oleh Long Yunus hal yang demikian lalulah dititahkan puteranya Long Mamat

melanggar Legih dengan alat senjata dan hulubalang pahlawan yang berani.

Pada hari yang baik, berangkatlah Long Mamat ke negeri Legih/. Di sini

berlakulah peperangan di antara kedua pihak. Tetapi oleh sebab kepintaran dan cermat

siasat Long Mamat padamlah kerajaan Legih dengan mendapat beberapa rampasan dan

tiga orang puteri Legih. Yang lain setengah dibunuh dan setengahnya lari membawa diri

entah ke mana perginya. Kembalilah Long Mamat ke Kelantan mengadap ayahandanya

dan mempersembahkan hal peperangan dan rampasan-rampasan bersekali tiga orang

puteri Legih. Tersangatlah suka Long Yunus mendengarnya lalu dikahwinkan puteri-

puteri Legih itu:

1. Tuan Nan Besar dengan Long Mamat

2. Engku Nan Tengah dengan Tengku Muda Tila

3. Tuan Nan Namah dengan Long Jenal.

75
Selang tidak berapa lama daripada raja-raja dan mempersuamikan putera dan puterinya,

tiba-tiba jatuhlah sakit hingga lemah tabib-tabib mengubatinya. Oleh sebab tiada harapan

lagi sembuh penyakitnya itu lalulah berwasiat kepada putera-puteranya. “Sepeninggalan

aku kembali ke negeri akhirat, janganlah anakku sekalian berjauh hati di antara saudara

bersaudara, duduklah dengan aman sentosa”. Apabila habis wasiat lalulah mangkat pada

hijrat 1209 (1794)/

Bahagian Yang Kesembilan – Kelantan Terjatuh Ke dalam Tangan Yang

Dipertuan Terengganu dan Dirampas Kembali Oleh Sultan Muhammad 1. Berlaku

Beberapa Peperangan Hingga Tetap Kelantan Di dalam Tangannya dan Mangkat

Pada Hijrat 1251 (1835).

Pada masa itu berhimpunlah sekalian isi negeri ke dalam kota dengan kedukaan serta

mengiringi jenazahnya hingga ke tempat perkuburan (Langgar) suatu makam yang khas

bagi raja-raja Kelantan. Apabila telah dimakamkan almarhum Long Yunus itu kembalilah

sekaliannya dan duduklah di dalam perkabungan. Di sinilah lalai sekalian saudara

bersaudara daripada melantikkan Long Amat85 menjadi Raja Kelantan bagaimana yang

dilantik oleh almarhum itu kerana sekaliannya asyik dengan ratap tangis mengenangkan

kemangkatan almarhum.

Di dalam masa inilah seluas-luas peluang bagi Tengku Muda Tila menjalankan siasatnya

dengan hulubalang-hulubalang Terengganu hingga jatuhlah kerajaan Kelantan ke dalam

76
tangannya dan naiklah ke atas takhta kerajaan menjadi raja menggantikan Long Yunus

serta dilantikkan Orang-orang Besarnya kebanyakan orang Terengganu serta dijalankan

peraturan negeri mengikut kehendaknya dengan tidak pula/ diberitahu dan diminta fikiran

Orang-orang Besar Kelantan serta diberitahu pula kepada rakyat isi negeri bahawa Long

Mamat dan sekaliannya tiada layak menjadi raja kerana tiada mengetahui perjalanan

negeri.

(Apa hendak dikata lagi kekuasaan telah masuk ke dalam genggaman orang melainkan

berdakap diri menutup mulut sahajalah.p)

Semujurnya sedar Long Mamat saudara bersaudara serta merundingkan takhta kerajaan

Kelantan yang telah terjatuh di dalam tangan Terengganu itu. Di dalam rundingan itu

bersatu saudara redha membuang nyawa kerana takhta kerajaan Kelantan. Apabila

bersatu muafakat dan bersatu tujuan merempuhlah masuk saudara bersaudara ke dalam

kota dengan tidak menghiraukan mati. Di sinilah berlaku peperangan. Akan tetapi oleh

sebab alpa dan lalai Tengku Muda Tila kerana tidak disangka-sangka rempuhan itu

dengan serta-merta itu, maka terpaksalah hundur dengan hulubalang-hulubalangnya

keluar dari kota lari kembali ke Terengganu. Pada masa itulah kembali kerajaan Kelantan

ke dalam tangan Long Mamat saudara bersaudara serta dirajakan Long Mamat menjadi

Raja Kelantan bergelar Sultan Muhammad 1 dan senang linanglah negeri tiada

berbangkit peperangan lagi.

77
Adapun Tengku Muda Tila apabila sampai ke Terengganu mengesyorkan kepada

hulubalang pahlawannya menyediakan kelengkapan melanggar Kelantan. Pada ketika

yang baik berangkatlah ke Kelantan serta dipecahkan dua pasukan, satu melanggar ikut

sebelah daratan/ dan satu ikut sebelah sungai.

Pasukan Terengganu yang melanggar ikut daratan itulah mula-mula berlaku peperangan

di Semerak86. Akan tetapi malang Kelantan dapatlah sekalian kubu itu ke tangan

Terengganu. Peperangan ini sangat-sangat jaya dan maju pihak Terengganu hingga tak

terdayalah Long Mamat dan saudara-saudara melawannya. Banyaklah hulubalang

pahlawan Kelantan yang mati lalu hundur ke hulu Kelantan bertempat di Pasir Lalat 87

bertentangan dengan Bukit Kilatan88 Seolah-olah terbuka sebuah bandar di situ dengan

ramainya pula mana perlahan-lahan dirundingkan jalan yang betul direbut Kelantan balik.

Apabila hundur Long Mamat dan saudara-saudara, kembalilah Kelantan ke dalam tangan

Terengganu serta diperintahnya semula. Adapun Long Mamat saudara bersaudara di

Pasir Lalat dari sehari ke sehari sentiasalah merundingkan takhta kerajaan Kelantan

kerana rakyat-rakyat telah bertambah hingga sekalian Cina-Cina yang di hulu sana datang

mengadap dan menerima titah perintahnya.

Di sinilah Long Mamat mengambil seelok-elok peluang lalu dititahkan melanggar

Kelatan daripada tangan Terengganu. Apabila didengar oleh rakyat-rakyat dan Cina-

Cina, besarlah sukanya kerana di sinilah hendak menunjukkan jasanya yang baharu

sahaja bertuan penghulu itu. Apabila berhimpun sekalian lebih kurang 3,000 (termasuk

setengah daripada jumlah ini orang-orang Cina) pada waktu dan / hari yang baik

78
berjalanlah sekaliannya menuju Kota Kelantan. Tidak berapa lama sampailah dan

mulailah membakar mana-mana rumah yang berhampiran dengan kota dan dilanggarnya

kubu serta merempuh masuk ke dalam kota.

Langgaran ini bolehlah dikatakan sekuat-kuat langgaran hingga tidak tertahan lagi

Tengku Muda Tila kerana banyak hulubalang yang gagah perkasa mati berkeparan lalu

terus lari ke Terengganu. Dan kembalilah semula takhta kerajaan Kelantan di dalam

tangan Sultan Muhammad 1 ialah pada tahun hijrah 1216 (1801) menjalankan teraju

negeri dengan adil dan murah hingga dari setahun ke setahun bertambah ramai dagang

senteri kerana tiada berbangkit kerusuhan atau peperangan.

Kemudian daripada itu teringinlah duli yang maha mulia membuat sebuah kota yang lain

kerana kota yang sedia itu tiada memadai. Lalu dititah rakyat negeri membuat sebuah

kota cukup lengkap balai istana. Apabila sedia berubah dan bertakhta duli yang maha

mulia serta digelarkan Kota Kebun Seta.

(Kota ini tiada lagi hanyalah boleh ditunjukkan bekas-bekasnya sahaja iaitu dari

pertengahan sungai di hadapan Gerak Kepala Kereta api hingga ke kepala Padang Bing di

sebelah matahari naik. Dari situ melalui jalan raja terus kementara tanah Tengku

Bendahara.p)

Oleh sebab masa itu pungutan hasil negeri tiada banyak bagaimana sekarang dan di

dalam masih berbahagi-bahari kepada saudara bersaudaranya, maka tergeraklah hati duli

79
yang maha mulia mengurniakan kepada adindanya (Long Tan) suatu kawasan/ menjual

beras di hulu Kelantan. Apabila Long Tan menerima pengurniaan itu, berangkatlah ke

hulu dengan membawa dagangan beras ke suatu tempat namanya Pulai menjalankan

kuasa yang dikurniakan itu menjual kepada Cina-Cina di situ, tetapi Cina-Cina di situ

enggan membelinya kerana jajahan Pulai pada masa itu telah ramai China lagi kaya serta

kuat. Tiada diperindahkan segala utusan raja-raja memintak hasil pendapatan galian atau

sebagainya. Selangkan89 kawasan Long Tan (Temenggung) menjual beras itu pun tidak

dibelinya dan dibelinya beras orang lain bagaimana lazim.

Apabila diperhatikan oleh Long Tan akan yang demikian, pecahlah hatinya. Berapa pun

dipujuk sekalian Cina-Cina di situ tidak juga diendahkan. Oleh yang demikian naiklah

kepanasannya lalu ditahankan mana-mana saudagar yang membawa beras bagaimana

lazim ke situ. Dengan kerana inilah berbangkit kelaparan orang-orang Cina Pulai hingga

banyak yang mati. Akhirnya berbangkitlah peperangan. Tetapi oleh sebab sedikit

hulubalang pahlawan yang bersama Long Tan dapatlah ditangkap Long Tan dan

hulubalang pahlawannya lalu dibakar hidup-hidup kemudian dimasukkan Long Tan ke

dalam suatu tempayan besar diletakkan ke atas rakit diperhanyutkan ke dalam Sungai

Kelantan.

Adalah lebih kurang 10 hari rakit itu berhanyut-hanyutan di dalam sungai dibawa oleh

harus yang deras, maka sampailah ia di hadapan Kota Kebun Seta dan gemparlah

sekalian orang mengatakan seorang yang telah mati kena bakar ada di atas rakit itu/ dan

dikenalnya sedikit-sedikit akan rupa mayat itu ialah Seri Paduka adinda duli yang maha

80
mulia (Long Tan) lalu diambil dan dibawa mengadap duli yang maha mulia. Di sini

baharu didapati sah ialah mayat Long Tan iaitu dikenal daripada sepotong giginya yang

bertatah mas.

(Jika demikian barangkali yang maha mulia (Long Tan) inilah awal-awal orang yang

menatahkan gigi mas di dalam Kelantan.p)

Pada hari itu juga dititahkan putera-putera saudaranya (putera-putera Long Tan) mudik

dengan alatan peperangan dan dilanggarnyalah kumpulan Cina itu hingga habis

dibunuhnya dan mayat-mayat yang mati berkaparan itu dibuangkan ke dalam sungai

Kelantan hingga air sungai yang tersebut merah dengan darah Cina serta berhanyutlah

bangkai-bangkai itu dibawa oleh harus90. Maka jadilah pada masa itu hingga ke hadapan

lebih kurang 6 bulan tidak diguna dan dimakan orang air sungai Kelantan. Dan rampasan

harta benda diambilnya langsung pekerjaan galian mas, tiadalah seorang pun yang tinggal

di situ lagi.

Kemudian daripada kemangkatan Long Tan Temenggung yang tersebut, tiadalah apa

peperangan lagi. Tiba-tiba didapati perkhabaran mengatakan Terengganu bermuafakat

dengan Patani hendak melanggar Kelantan kerana telah tiada berdaya lagi mengalahkan

Kelantan. Akan tetapi itu dibatalkan Allah.

(Senampak kita akan sebab-sebab terbatal itu ialah kerana mustahil benar Patani

mempersetujukan pakatan itu kerana raja-raja orang-orang besarnya bolehlah/ dikatakan

81
darah daging kaum keluarga raja-raja Kelantan. Tambahan pula bolehlah diingatkah dari

Patanilah awalnya datang menyeru agama mengislamkan isi Kelantan dan pula tiadalah

kita dapati suatu cerita, riwayat orang-orang tua atau tarikh yang sahih pun mengatakan

Patani dan Kelantan menaruh dendam dikecualikan Terengganu sahaja.p)

Apabila telah dibatalkan pakatan yang tersebut, baharulah sedar kedua-dua kerajaan

(Terengganu dan Kelantan) hingga mendatangkan keluh kesah kerana sentiasa berbangkit

peperangan dan takutlah kedua-dua kerajaan itu. Siapa tahu pada masa yang di hadapan

kelak berlaku suatu peperangan. Di situ tak boleh dikatakan ditentukan sama ada

Kelantan ditakluk oleh Terengganu semula atau Terengganu ditakluk oleh Kelantan. Nak

tak nak lalulah kedua-duanya menghulurkan tali persahabatan kepada kerajaan gajah

putih (Siam) mudah-mudahan dengan naungannya aman sentosa.

Di sinilah agaknya yang disebutkan di dalam Kitab Geografi Semenanjung Negeri

Kelantan panglima perang besar Siam datang mengamankan Kelantan dengan negeri-

negeri di sisinya:

“Seorang panglima perang berbangsa Siam yang bergelar Pya n-s-n-w-l-w-` yang datang

ke Kelantan di dalam tujuh atau lapan puluh tahun dahulu kemudian ditinggalkan

setengah orang-orangnya itu supaya mengamankan negeri Kelantan dengan negeri-negeri

di sisi –di sisi yang di sebelah utara negeri Kelantan” - lihat muka 23 kitab ini.

82
Bolehlah kita percaya kerana kebanyakan kampung-kampung di dalam Kelantan

sekarang namanya masih dipanggil dengan bahasa Siam 91, Cuma dipelatkan sahaja

seperti:

1. Bang Cuk – Bacuk sekarang

2. Banggu – Banggu sekarang

3. Bang Klam – Baklam sekarang

4. Ta Naya – Tabal sekarang.

Dan lain-lain lagi kita tidak sebutkan di sini. Maka baharulah didapati selesai dan bersih

peperangan di antara Kelantan dan Terengganu pada tahun Masihi 1835.

Dari semenjak itulah dikatakan Terengganu dan Kelantan hampir kembali memula

muhibah yang telah berpecah belah beberapa lama itu (sekarang 1929, nampaknya

bertambah-tambah hampir dan tidaklah kita percaya lagi yang Kelantan dan Terengganu

kembali semula bagaimana yang telah jadi peperangan itu. Kerana masa ini di bawah

naungan kerajaan yang maha besar dan adil, Great Britain.p)

Mulai dari tarikh ini amanlah Kelantan kerana tiada berbangkit apa kerusuhan dan

peperangan hingga sampai peredaran masa, mangkatlah duli yang maha mulia Sultan

Muhammad 1 pada malam Rabu 27 hari bulan Safar hijrah 1251 (1835) dan di

makamkan di Langgar. Maka jadilah jumlah lama di atas takhta kerajaan Kelantan 34

tahun 7 bulan dan 7 hari./

83
Bahagian Yang Kesepuluh – Kelantan Terjatuh Ke Dalam Tangan Long Jenal dan

Dirampas Kembali oleh Keempat-empat Putera Long Tan dan Bertakhta Long

Senik Mulut Merah Dan Mangkat Pada Hijrah 1307 (1889 M).

Apabila lepas daripada kemangkatan almarhum inilah dengan helah dan kekerasan hati

Long Jenal Raja Bendahara Banggul (saudara almarhum) mengambil takhta kerajaan

Kelantan hingga termasuk di dalam genggamannya dan dilantik anak saudaranya (Long

Ahmad putera daripada Long Ismail) menjadi Raja Muda (bukankah bertambah-tambah

dahsyat pelantikan itu? Kenapakah tidak dilantik anak-anak saudaranya (putera daripada

Long Tan) kerana ianya berhak mempunyai takhta? susah kita hendak memberi jawab

hal ini, Cuma satu sahaja iaitu, khianat.p) dan ditinggalkan putera-putera saudaranya

(putera-putera Long Tan) di belakang. Sungguhpun begitu dilantik Long Nik menjadi

Bendahara dan Long Senik menjadi Temenggung. Di sinilah pecah hati putera-putera

saudaranya yang tersebut. Akan tetapi didiamkan sahaja dengan menyediakan hulubalang

pahlawan menantikan masa dan peluang.

Pada tahun ini juga putuslah rundingan keempat-empat saudara, hendak pun dirempuh

selalu takut pula nampak kekerasannya lalu dicarinya suatu kesalahan yang tidak

bersabit dengan itu, tiba-tiba ditakdirkan Tuhan jadilah/ suatu perselisihan di antara

Long Jenal (Raja Kelantan masa yang sedikit dan singkat) itu. Puncanya daripada

perkelahian hulubalang sahaja sehingga menjadi besar yang tak dapat dipadamkan oleh

pacutan92 bomba-bomba, lalu menderulah api peperangan beberapa lama. Maka

84
banyaklah mati hulubalang-hulubalang pahlawan yang ternama sebelah menyebelah serta

dilikung93 oleh keempat-empat saudara yang tersebut akan Kota Kebun Seta lebih kurang

4 bulan dengan menanggung beberapa azab kelaparan yang membawa mati hulubalang-

hulubalang pahlawan yang mempertahankan diri di dalam kota itu bagaimana tersebut di

dalam Kitab Pelayaran Abdullah Ke Kelantan pada tahun hijrah 1253 (1837):

“Maka adalah kira-kira setengah dua jam lamanya saya berlayar mudik, sampailah

kepada suatu tempat yang bernama “Pengkalan Tambang 94” (agaknya Pengkalan

Penambang sekarang. Di sinilah perahu panjang yang membawa orang tumpangan dari

Kampung Penambang ke Kampung Laut95.p) iaitu berseberangan dengan Kampung Laut.

Maka adalah saya lihat ke darat, penuhlah orang-orang di tepi pantai bersaf beribu-ribu

banyaknya serta dengan senjata. Maka adalah pada tiap-tiap seorang itu ada enam tujuh

campak buang (lembing) dan satu parang lading atau cenangkas atau pedang. Dan

sebilah keris tersisip di pinggangnya. Dan ada pula yang membawa senapang. Maka

kelihatanlah bercancangan seperti carang (dahan) kayu mati ......96 Maka adalah di

pengkalan itu empat lima puluh depa lebarnya/ padang pasir putih sepanjang sepuluh dua

belas nil (batu) jauhnya (masa sekarang tiada begitu panjang kerana telah ditenggelamkan

air.p)

Syahdan, adalah daripada tempat itu sampai di kampung Raja Bendahara (Long Nik

Panjang.p) kira-kira satu nil jauhnya .....97. Sebermula adalah apabila saya sampai itu

kedengaranlah bunyi meriam yang tiada berputusan barang sebentar juga ...98. Hatta

berjalanlah saya. Pada ketika itu Allah Taala juga yang amat mengetahui akan hal hati

85
saya seperti orang yang hendak masuk k dalam kuburlah adanya. Kelakian kelihatanlah

pintu pagar Raja Bendahara itu, maka tiba-tiba datanglah peluru-peluru berdengung-

dengung. Maka orang yang berjalan dari sebelah kanan saya meniarap. Maka orang

yang dekat itu pun lari. Maka sampailah saya di balik pohon nyiur. Maka sebentar itu

juga berlarilah orang-orang dari dalam kota datang menegahkan, katanya, “titah tiada

dibenarkan mengadap melainkan ... 99.

Adalah kira-kira pukul 2 tengah hari, danta dua orang raja memanggil saya. Maka

berjalanlah saya mengikut jalan yang lain pula hingga dapat mengadap dan mendengar

cerita yang boleh jadi peperangan itu demikian:

“Adalah mula-mulanya ada suatu malam, ada orang saya enam tujuh orang pergi ke

Kampung Laut melihat orang bermain menora. Maka orangnya pun ada lebih dua puluh

orang bersama-sama di situ. Entah bagaimanakah halnya sudah berkelahi orangnya/

dengan orang saya. Maka diramai-ramainya ditikamnya orang, mati seorang, kemudian

gaduhlah. Setelah itu maka segala orang-orangnya habislah masuk ke rumahnya. Maka

dikuncinya pintu pagar. Kemudian orang saya yang mati itu tiadalah saya beri tanam.

Maka saya suruhkan empat lima orang pergi memeriksa hal-hal kematian orang itu. Maka

apabila orang itu hendak pergi tidak diberinya masuk. Kemudian kata saya bawalah

orang mati itu campakkan di pintunya. Jika tidak ketentuannya, jangan tanam. Maka

apabila dilihat-lihatnya orang banyak-banyak di kampung, disangkanya orang hendak

melanggari maka di ditarik meriam lalu dibedilnya rumah saya. Maka habislah segala

anak bini saya terjun dan meratap tiada berketahuan dan habis rumah tangga saya

86
bersarang-sarang dimakan oleh peluru. Maka dengan sebab benar saya satu pun tiada

mengenai saya. Kemudian apabila saya melihat hal yang demikian itu maka saya pun

menyuruhkan membedil dan Raja Temenggung (Sultan Muhammad 11.100p) pun

bersama-sama saya dan Raja Kampung Laut pun bersama-sama saya, ialah asalnya

perang ini. Dan lagi tatkala almarhum paduka ayahanda hendak mangkat seorang pun

tidak dijadikan gantinya dalam saya sekalian berempat anak laki-laki melainkan

pesannya, “... berperanglah engkau sekalian, barang siapa yang menang, ialah yang

menjadi Yang Dipertuan Kelantan ini. Maka aku pun demikian juga dahulu sebab gagah

dan beraniku maka aku menjadi Raja Kelantan ini. Hatta, maka almarhum pun

mangkatlah. Setelah itu maka dalam saya/ saudara bersaudara bermuafakatlah, jika

dijadikan dia (ayahanda saudaranya Long Jenal..) raja dalam negeri ini, maka ia

memberi gelar akan saya Bendahara dan akan saudara saya yang tengah Temenggung dan

seorang lagi Raja Kampung Laut. Maka sekarang inilah balasnya. Maka saya pun tiada

mahu nama Bendahara dan ia pun bukannya Yang Dipertuan. Maka sekarang barang

siapa yang beruntung ialah sahaja mendapat kerajaan Kelantan ... (lihat kitab itu muka 47

sampai 60).

Empat bulan lamanya dilengkungi oleh saudara bersaudara kota itu, maka pada suatu

malam gelap gulita keluarlah Long Jenal bersama anak isterinya lari membawa diri ke

negeri Bengnara Siam101 lalu di Patani meninggalkan takhta kerajaan Kelantan dan

hilanglah kisahnya.

87
Sepeninggalan Long Jenal lari membawa diri itu, Long Ahmad Raja Muda masih ada lagi

di dalam kota sehingga enam bulan ditunggunya (ada lagi harapannya. Amboi besarnya

hati.p) akhirnya tak terdayalah menunggunya lagi lari keluar kota ke Sungai Budur 102

yang d-s-j-y-h lalu terus undur ke Tumpat103. Dari situ menuju jalan daratan ke tempat

ayahandanya (Raja Bukit) di Kampung Bukit104 serta dihimpun hulubalang pahlawannya

kerana cita-citanya hendak melanggar dan merebut takhta kerajaan Kelantan itu. Apabila

Long Ahmad telah lari keluar kota, maka sekalian hulubalang pahlawan yang di dalam

kota itu pun menyerah diri. Maka kembalilah Kelantan/ masa itu ke dalam genggaman

keempat-empat putera Long Tan tetapi belum lagi ditetapkan siapa menjadi raja.

Di dalam hal yang demikian, tiba-tiba didapati perkhabaran Long Ahmad di Kampung

Bukit sedang mengumpulkan hulubalang pahlawan. Oleh sebab nampaknya elok

dilanggar daripada menantinya lalu dititahkan melanggar Kampung Bukit. Lama juga

berperang di situ akhirnya tewaslah Long Ahmad lari membawa diri ke Terengganu akan

tetapi tidak diterima oleh Yang Dipertuan Terengganu kerana takut berbangkit

perbalahan pula di antara Kelantan dan Terengganu lalu terus ke Kemaman berumah

tangga kampung halaman di sana hingga akhir hayatnya (kalau begitu keturunan raja-raja

yang di Kemaman itu darah Raja Kelantan agaknya.p)

Adapun peperangan yang berlaku di dalam Kelantan di antara kerabat-kerabat negeri

baharu sahaja diketahui oleh kerajaan Siam ialah semenjak Long Jenal berlepas lari itu,

lalu dihantarkan pembesar-pembesarnya ke Kelantan. Akan tetapi kesampaiannya itu

huru hara peperangan telah tiada Cuma sedikit-sedikit sahaja. Oleh sebab kehendak-

88
kehendak pembesar-pembesar Siam supaya mendatangkan keamanan bagi negeri dan

putera bumi lalu dirajakan Long Senik Mulut Merah menjadi raja memerintah Kelantan

bergelar Sultan Muhammad 11 pada akhir tahun hijrah 1253105.

Peperangan inilah sebesar-besar peperangan. Banyaklah mati hulubalang pahlawan yang

bersetia [ dan kasihkan Duli Yang Maha Mulia kerana kesenangan raja dan watannya.

Pada hal jika difikirkan keadaan itu tiadalah upaya yang cukup]106 boleh mengalahkan

Long Jenal dan Long Ahmad yang kuat kuasa/ mempunyai panglima hulubalang-

hulubalang pahlawannya yang ternama maklumlah saudara almarhum Sultan Muhammad

1. Oleh sebab halus siasatnya, perjalanan langkahnya bersetia dan bersatu hati dengan

panglima-panglima hulubalang pahlawannya dan pandai melayaninya, menghasillah ia

kemenangan yang payah berjumpa.

Oleh sebab nampaknya sangat-sangat munasabah bangkitan pengarang Kitab Geografi

Negeri Kelantan (Yang Amat Berhormat Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan)

itu, inilah kita pungutkan supaya dapat pembaca-pembaca puteri bumi Kelantan dan

umumnya mengetahui:

“Kita orang-orang Kelantan pada masa ini tiada dapat hendak mencari ganti hari setia dan

kekuatan senjata yang telah hilang itu. Pada halnya keadaan kita sekarang terlebih cergas

daripadanya. Pada menarikkan segala ibarat dan panduan yang boleh mengangkatkan kita

kepada kemuliaan. Tetapi oleh sebab kebanyakan daripada orang kita telah berpegang

dengan kebesaran (agaknya bolehlah dikatakan kebesaran pangkat.p) dan kemuliaan

89
dirinya sahaja. Tiada hendak bersekutu atas jalan kebaikan dan tolong-menolong (jangan

pula tiap-tiap seorang putera bumi Kelantan yang sentiasa mencari penyeru kepada

bertolong-tolongan dan bersatu supaya terbang sekalian penyakit dengki khianat itu,

mengikut tadinya seruan kalamnya sahaja, pada halnya di dalam hati masih bertambun

penyakit dengki khianat. Orang yang semacam ini bukannya penyeru ummah, bahkan

bolehlah dikatakan pengkhianat dan penjahanam ummah.p). Pada barang boleh kaumnya

merasa kemuliaan, menjadilah suatu sebab menghukum atas/ kehidupan kita dengan hina

dan daif. dan lagi adalah rumah perhimpunan segala kecelakaan manusia itu menidakkan

perbuatan orang dan menghukum atas dirinya sendiri dengan lebih dan tiada diingatkan

kebaktian orang yang telah mati yang wajib dihimati.

Adalah kita dengan bersungguh-sungguh menghidupkan supaya timbul kemuliaan hari

bagi rohnya (apa kata putera bumi Kelantan, sebenarkah begitu? dan bolehkah

dibuangkan iktikat “kebesaran dan kemuliaan diri sendiri” itu kepada “tolong-menolong

bantu-membantu kerana watan” supaya boleh kaum merasai kemuliaan?.p)

Apabila bertakhta Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad 11 memegang teraju

negeri lalu dikurnia beberapa bahagian kekuasaan kepada saudara-saudaranya kerana

jasanya dan bertambahlah kuat hingga menghabisi putera-putera bumi Kelantan kasih

kepadanya dan dari tarikh inilah keamanan negeri bertambah-tambah. Tiba-tiba

berbangkitlah pula huru hara ditiup oleh saudaranya Raja Bendahara Panjang (Raja

Panjang Tua) kerana merebut takhta hampir-hampir berbunyi gendang perang107. Tetapi

oleh sebab kecerdikan dan kebijaksanaan Sultan Muhammad 11 menjalankan siasatnya

90
di antara raja negeri Chaiya108 dan Ligor109, tiba-tiba dapatlah kedua-dua raja yang

tersebut mengambil110 Raja Bendahara Panjang dibawanya ke barat dan dirajakan di

negeri Jambu111 dengan tiada berbangkit apa kesusahan.

Lepas daripada itu tetaplah Duli Yang Maha Mulia di atas takhta kerajaan dari sehari ke

sehari bertambah makmur. Akan tetapi di sisi Duli Yang Maha Mulia sentiasalah

berdukacita kerana benteng-benteng sungai sentiasa diruntuhkan oleh air bah/hingga

hampir ke tepi Kota Kebun Seta. Dalam hal geluh gesah tiba-tiba terlintaslah suatu jalan

di fikirannya bagi menahankan air sungai itu. Maharaja Lela, lalu dititahkan menggali

suatu jalan di pinggirannya bagi menahankan air sungai itu. Maharaja Lela lalu dititahkan

menggali suatu jalan air (anak sungai) lebih kurang 2 ½ batu dari Kota Kebun Seta di

tebing sebelah kanan mudik bertentangan dengan Kampung Sirih112, mudah-mudahan air

sungai Kelantan yang sentiasa turun di hadapan kota itu berpecah-pecah melalui sungai

yang digali itu dan akhirnya tertutuplah sungai hadapan itu pada siasatnya.

Pada permulaan gali anak sungai itu, Duli Yang Maha Mulia sendiri hadir dengan

diberikan ukuran luasnya lebih kurang 5 depa, dalamnya 3 depa dan panjangnya 3 ½ batu

hingga sempadan baruh Mukrat113 (sebuah baruh tempat pertanaman padi yang masyhur

moleknya hingga sekarang). Pada tiap-tiap tiga hari sekali berangkat duli yang maha

mulia menyaksikannya kerana mengerahkan rakyat-rakyat membuat pekerjaan itu,

mudah-mudahan segera disudahinya. Selang setahun siaplah anak sungai itu lalu

digelarkan “Sungai Raja Gali” hingga tiada hilang namanya sampai sekarang.

91
Perhatilah kekuasaan Sultan Muhammad 11 sehingga dapat mengali sebuah anak sungai

yang begitu panjang. Begitu juga rakyat-rakyat negeri berpenat lelah/ dengan tiada

menghiraukan upah bagi kesenangan raja dan watannya. Mudah-mudahan tidaklah

hilang kekuasaan raja dan perusahaannya dan dengan dialah zahir kemuliaan kemudian

hari bagi rohnya.

Sekarang baharulah nampak dan zahir kekuasaan dan perusahaannya, oleh itu sayugialah

putera-putera bumi Kelantan menaruh sebanyak-banyak ingatan akan kekuasaan dan jasa

rakyat negeri yang telah mengorbankan dirinya kerana watan serta mengucap syukur ke

hadarat Tuhan, mudah-mudahan diangkatkan roh Duli Yang Maha Mulia ke makam

yang tinggi. Begitu juga panglima, hulubalang dan pahlawan-pahlawan yang berjasa.

Sayang tak sampai setahun, “Sungai Raja Gali” yang tersebut itu telah tertutup oleh

beberapa timbunan pasir yang dibawa oleh air bah yang deras. Bukan pula timbunan pasir

yang menutupkan “Sungai Raja Gali” itu di mukanya sahaja, bahkan di tengah-

tengahnya pun terlebih banyak lagi dan tebing hadapan Kota Kebun Seta pun makin

hampir. Lalu bertitah pula Duli Yang Maha Mulia membuat sebuah kota yang lain, hala

ke timur sedikit lebih kurang 30 kaki dengan manara yang di sebelah timur Kota Kebun

Seta.

Pada hijrah 1261114 sedialah kota yang baharu itu dan bertakhtalah Duli Yang Maha

Mulia serta digelarkan “Kota Baharu”, ialah kota yang ada sekarang ini. Beberapa lama

bertakhta, dapatlah tiga orang putera:

92
1. Long Sulung

2. Engku Raja (perempuan)

3. Long Jaafar

Dalam peliharaan Duli Yang Maha Mulia, besarlah anakandanya Long Sulong dan yang

lain itu masih kecil lagi. Tiba-tiba menerimalah sambutan daripada pupunya, jemputan

putera Duli Yang Maha Mulia Long Ahmad ke Salur115 melihat dan menyaksikan

perjuangan kerbau. Sambutan itu bukanlah dengan sebenarnya, semata-mata suatu

muslihat yang tidak baik bagi menghilangkan jiwa anakanda yang sulung itu. Kerana

putera inilah yang berhak (terhak) takta kerajaan Kelantan pada masa mangkat

ayahandanya kelak. Jika dihilangkan jiwanya sekarang tak dapat tiada berpecahlah takhta

kerajaan Kelantan kepada salah satu yang kuat pula.

Berangkatlah Long Sulong meraikan sambutan pupu-pupunya itu yang tidak sangka

sekali-kali muslihat yang menghilangkan jiwanya. Sedang perjuangan itu dimulakan

dengan tempik sorak, tiba-tiba hampirlah seorang daripada pupunya pura-pura membuat

gila mengamuk ke sana ke mari hingga kepada tanyat (rumah kecil yang khas bagi Long

Sulong). Apabila hampir lalu dicabut keris ditikam. Semujurnya pada masa itu Long

Sulong sedang beringat-ingat tetapi oleh sebab malangnya terkena jugalah hujung keris

tikaman di sebelah lambung kiri, akan tetapi tidak memberi cedera.

93
Masa itu sekalian panglima hulubalang yang menjaga tubuh asyik melihat/ temasya

perjuangan yang hebat. Apabila sahaja kejadian yang pelik itu berlaku dan di lihat Long

Sulong telah luka, dengan serta-merta menerkam bagaimana terkaman harimau dan

dapatlah ditangkapnya dengan senang. Begitu juga kaum warisnya. Di situlah didapati

rahsia-rahsia sambutan itu lalu dititahkan bunuh keturunan Raja Salur dengan hukuman

“menderhaka”. Lalu dikerjakan menurut hukuman itu tiada tinggal, dikecualikan yang

lari membawa diri.

Lepas daripada itu tiadalah apa-apa kerusuhan lagi dan memerintah Duli Yang Maha

Mulia menjalankan pemerintahannya dengan tiada sehari pun alpa dan bertambah-tambah

adil dan kesenanganlah bagi putera-putera bumi Kelantan kerana jujuh dengan

perniagaan dan sebagainya. Pada masa inilah Duli Yang Maha Mulia membangunkan

masjid Kota Bahru yang lama daripada kayu pada hijrah 1284.

Di dalam hal begitu makmur, tiba-tiba pada 11 Zulhijjah 1297 (bersamaan dengan

Disember tahun 1880116 ) bertiuplah angin taufan yang digelarkan oleh orang Kelantan

“angin besar”. Habislah segala pokok-pokok dan lainnya tumbang. Begitu juga rumah-

rumah di dalam bandar Kota Bahru dan daratan hingga menjadi padang belantara

melainkan dua tiga buah rumah sahaja yang tinggal di dalam sebuah kampung dengan

selamatnya. Bukanlah pula tiupan angin yang kencang itu sahaja ialah bersama-samanya

air sungai Kelantan pun memenuhi Kota Bahru. Selanjutnya angin dan air itu tidak/ lama.

Jika berlamaan masa dua tiga hari, apabila jadinya. Akan tetapi Kelantan memang pun

94
diketahui oleh putera-putera bumi Melayu akan kesuburan tanahnya dengan padi.

Tiadalah suatu kemalangan bagi penduduk-penduduk Kelantan.

Kemudian daripada itu Duli Yang Maha Mulia mulailah mengeluarkan titah kepada

sekalian isi negeri menyuruh membangun dan membaiki mana-mana rumah dan

tanamkan semula pohon-pohon nyiur dan lainnya hingga terdiri dan tertanamlah semula

bagaimana sedia kala dan senanglah isi negeri dengan kemakmuran [dan] dan berganda

lipat. Di dalam hal begitu kesenangan penduduk Kelantan kerana adil perintahnya, lebih

kurang 10 tahun pada tahun Masihi 1890, tibalah penyakit kerbau lembu bermaharaja

lela hingga bolehlah dikatakan ¾ daripada binatang-binatang yang tersebut di dalam

Kelantan habis mati dan harga lembu pun naik hingga $50.00 atau $75.00 seekor. Harga

ini bolehlah dikatakan semahal-mahal pada masa itu. Oleh sebab lembu kerbau mati dan

mahal yang mana hidup bagi pihak miskin tak terbeli. Pada hal tanah ladang padi tidak

terkecuali yang sedaif-daifnya sekeping seorang.

Apabila telah diketahui harga lembu kerbau mahal dengan tiada pula, sahlah pekerjaan

menanam padi tergendala dan terhenti kerana ladang-ladang padi yang tersebut

bergantung dengan kerbau lembu. Di sinilah berbangkit kesusahan yang besar kepada

seisi negeri dari hari berganti hari. Begitu juga bulan, habislah wang yang di dalam/

simpanan masing-masing. Pada halnya pencarian nafkah putera-putera bumi di daratan

bergantung pada padi hingga terjuallah ladang padinya dengan harga yang sangat murah

(kata-kata orang tua orang tua yang melihat keadaan itu masih ada pada masa ini, harga

tanah-tanah ladang padi masa itu berharga lebih kurang $5.00 atau $10.00 sekeping dan

95
rumah tangga $2.00 atau $5.00 sebuah. Jika demikian ketahuilah kita Kelantan pada masa

itu penduduknya di dalam kesusahan dan kelaparan kerana makanan pun bolehlah

dikatakan susah hingga pokok-pokok yang ada umbut, habis ditebangnya dan

dimakannya hingga pokok betik). Kelaparan yang tersebut memenuhi putera bumi yang

di daratan lalu ber kemetara membawa diri setengahnya ke Kota Bharu dan setengahnya

pula berpecah-pecah ke Johor, Kedah, Terengganu dan Perak (maka kita dapati di Perak

dan Muar, Johor putera bumi Kelantan yang jujuh masuk menumpang kesenangan hingga

sekarang telah menjadi senang lenang dengan mendapat beberapa keturunan di sana. Kita

percaya jika masa itu Kelantan bagaimana yang sekarang tidaklah menjadi kelaparan

begitu kerana masa itu tiada kapal dagangan masuk. Begitu juga kereta api dan tidak

pula masa itu tiap-tiap sebuah negeri bersahabat karib bagaimana sekarang, siapa susah

ditolong dan dibantunya. Cumalah masa/ itu masing-masing kerajaan hendak menakluk

dan menunjukkan kuat kuasanya sahaja.p)

Lebih kurang setahun lamanya kelaparan itu dengan cermat dan halus siasat Sultan

Muhamamd 11, beransur-ansur datang beras dari Siam dengan jualan yang mahal dan

penyakit lembu kerbau mati itu pun beransur-ansur hilangnya, dari inilah Kelantan mula-

mula mencapai keamanan hingga kembali bagaimana sedia kala dengan aman yang

bertambah-tambah.

Tiada berapa lama kemudian daripada itu geringlah Duli Yang Maha Mulila mengidapi

penyakit tua. Maka dengan penyakit inilah akhir hayatnya (mangkat) pada hijrah 1304 117

dan dimakamkan di Langgar. Maka jadilah lama di atas takhta kerajaan 50 tahun.

96
(Senampak kita pada dan cukuplah kesusahan yang dirasai dan peperangan yang dihadapi

dan sebagainya yang ditanggung oleh almarhum hingga tiada sunyi riwayat-riwayat

memuji akan keberanian dan kecermatan siasat almarhum hinggalah keberanian dan

kecermatan raja-raja yang dahulu daripadanya.p)

Bahagian Yang Kesebelas – Pemerintahan Sultan Ahmad dan Mangkat Pada

Hijrah 1307

Berkabunglah putera-putera bumi Kelantan kerana kemangkatan seorang pemerintah

yang adil/ dan jarang bertemu itu. Maka oleh sebab tiada harus dikosongkan takhta

kerajaan lalu dilantik Seri Paduka anakanda Long Sulong menjadi Raja Kelantan bergelar

“Sultan Ahmad” menggantikan ayahandanya pada hijrah 1304.

Adapun Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad yang tersebut sebelum lagi mangkatnya

almarhum telah diperisterikan dan mendapat beberapa putera dan puteri, iaitu:

1. Long Kundur ........ (Sultan Muhammad 111)

2. Long Mansur ....... (Sultan Mansur 1)

3. Long Salleh ........ (Temenggung 111)

4. Long Mahmud ........ (Tengku Sri Maharaja)

5. Long Sulaiman ........ (Tengku Seri Pikrama Raja)

6. Long Yusof ........ (Tengku Seri Indera Raja)

97
7. Long Abdullah ........ (Tengku Bendahara)

8. Long Muhammad

9. Long Idris .......(Tengku Putera Semerak)

10. Long Yaakub

11. Long Abdul Rahman .. (Tengku Seri Asmara Raja)

12. Long Puteh

13. Long Ibrahhim/

14. Long Chik Abdul Rahman

15. Engku Kembang Puteri

16. Engku Besar Maimunah

17. Engku Busu

18. Engku Biru

19. Engku Wok

20. Engku Aminah

21. Engku Zainab

22. Engku Som

23. Engku Yah

24. Engku Merah

25. Engku Tengah

Di dalam masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad ini, tiadalah

berbangkit apa-apa kerusuhan atau peperangan bagaimana Seri Paduka ayahandanya

(almarhum Mulut Merah) Cuma perselisihan yang kecil-kecil sahaja, tetapi tidaklah di

98
sisinya kerana pada masa ayahandanya, sentiasalah Duli Yang Maha Mulila ini

menghadapi peperangan yang besar. Apabila telah dirasai peperangan yang besar tak

dapat tiada dengan senang dipadamkan perselisihan yang kecil. Tetapi tiada berapa lama

di atas takhta kerajaan maka pada / hari selasa 16 Rejab 1307118 mangkatlah dan

dimakamkan di Langgar. Maka jadilah lama Duli Yang Maha Mulia di atas takhta

kerajaan Kelantan 3 tahun, lebih kurang.

Bahagian Yang Kedua Belas – Pemerintahan Sultan Muhammad 111 dan

Mangkatnya Pada Hijrah 1308119

Kemudian daripada kemangkatan itu, bersatu suara kerabat-kerabat dan orang-orang

besar lalu dilantikkan Long Kundur putera yang tua Duli Yang Maha Mulia

menggantikan takhta kerajaan Kelantan bergelar “Sultan Muhammad 111. Dan

memerintahlah Duli Yang Maha Mulia dengan bertambah-tambah adil. Lagi ialah

berpegang dengan kuatnya hukum Muhamadiyah serta menjalankannya dengan tidak

alpa dan lagi kerana telah diperhatinya sekalian gerak-geri putera-putera bumi pada

masa almarhum Seri Paduka ayahandanya.

Adapun hukuman-hukuman syariah yang dijalankannya itu setengah daripadanya, jika

seorang ketuduhan kecurian dengan cukup keterangan saksi-saksi, dipotong tangan.

Begitu juga yang lain mengikutlah hukuman syariah. Apabila hukuman-hukuman ini

dijalankan oleh Duli Yang Maha Mulia, sunyilah sekalian penjahat daripada mencuri,

merompak dan sebagainya, tidak hendak/ dibuatnya lagi dan menuju kepada jalan

99
kebaikan, membuat kerja pertukangan, menanam padi dan sebagainya dengan senang

lenang.

Duli Yang Maha Mulia ini sebelum dilantikkan menjadi Raja Kelantan telah

mendapat beberapa orang putera dan puteri, iaitu:

1. Long Senik ....... (Sultan Muhamamd VI)

2. Long Ahmad

3. Long Zainal Abidin .... (Raja Muda)

4. Long Ismail

5. Long Abdul Rahman ... (Tengku Seri Jaya Raja)

6. Engku Wok

7. Engku Biru

8. Engku Yah

9. Engku Embong

Memeliharalah Duli Yang Maha Mulia akan putera dan puteri-puterinya dengan aman

sentosa, kedai, pasar penuh dengan buah-buahan dan sebagainya.

Adapun putera yang tua, Long Senik dilantik menjadi “Tengku Seri Indera”, bakal

pemerintah dan yang lain lagi masih kecil. Sungguhpun dilantik putera itu, akan tetapi

tidaklah diberi sepenuh-penuh kuasa kerana diketahui masih muda lagi./ Sayang, tiada

lama Duli Yang Maha Mulia ini di atas takhta kerajaan. Pada hari isnin 2 syawal 1308,

100
mangkatlah dan (di) makamkan di Langgar. Maka jadilah lama di atas takhta kerajaan 1

tahun 4 bulan lebih kurang.

Bahagian Yang Ketiga Belas – Pemerintahan Sultan Mansur dan Mangkatnya Pada

Hijrah 1317120 .

Barangkali pembaca-pembaca yang dermawan hairan dan bertanya-tanya diri sendiri

siapakah pula ganti takhta kerajaan Kelantan? Kerana tiada sunyi tiap-tiap sebuah negeri

itu mempunyai raja.

Sebenarlah begitu kerana tiap-tiap seorang raja itu sebelum daripada mangkatnya telah

melantikkan bakal pemerintah seperti juga almarhum telah melantikkan Seri Paduka

anakanda Long Senik menjadi Tengku Seri Indera. Maka tak dapat tiada di fikiran

pembaca-pembaca mengatakan Tengku Seri Inderalah dilantikkan di atas takhta

kerajaan. Kalau begitu dengarlah:

Apabila mangkat Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad 111 dan sebelum

diangkatkan jenazah itu ke Langgar yang lazim dijalankan oleh raja yang dahulu, pada

masa hendak mengangkat jenazah itu hendaklah dilantikkan selalu siapa yang mengganti

takhta. Masa itu pun begitu juga dijalankan. Akan tetapi di dalam hal ini tersangat susah

kerabat dan orang-orang besar tentang ketiadaan kesempurnaan akal Tengku Seri Indera

masa itu yang tiada harus dilantikkan menjadi raja lagi/. Maka bagi sementara menanti

kesempurnaan akalnya dengan sebulat suara lalu dilantikkan saudara almarhum, iaitu

101
Long Mansur menjadi raja memerintah Kelantan bergelar “Sultan Mansur”. Maka

tertinggallah Tengku Seri Indera menjadi bakal.

Pemerintahan Sultan Mansur ini tersangat adil lagi. Hingga habislah tewas raja-raja yang

dahulu daripadanya. Tetapi tentang peraturan negeri dan hukuman-hukuman mengikutlah

perjalanan saudara (almarhum) hanyalah menambah pada tentang perubahan baharu

(mudran baharu).

Setengah daripadanya pakaian laki-laki yang sentiasa zaman berzaman memakai pakaian

sehelai kain lepas, sehelai setangan, batik atau dastar kepala dan sehelai kain ikat

pinggang, berselit keris dan sehelai kain selendang. Dan pakaian perempuan-perempuan

sehelai kain sarung, sehelai kain kemban dikelilingi dadanya dan sehelai kain tudung

kepala dinamakan “kain kelubung”.

Pakaian putera-putera bumi Kelantan yang tersebut itulah pada siasat Duli Yang Maha

Mulia berlain dengan pakaian orang-orang Melayu di dalam negeri Semenanjung dan

nampaklah tiada elok dipandang jika tidak diubah. Maka pada hijrah 1316 121 dikeluarkan

sabda menegahkan sekalian putera bumi Kelantan daripada memakai keris. Dan pakaian

yang dipakainya itu menyuruh memakai baju. Begitu juga perempuan bagaimana pakaian

putera-putera bumi Johor dan lainnya.

Bukannya pula Duli Yang Maha Mulia itu menegahkan memakai pakaian lama itu

dengan/ sabda sahaja, bahkan diperintahkan hulubalangnya menunggu di mana pekan

102
pesara dan lainnya dengan sebuah baldi dipenuhkan di dalamnya belakin hitam semacam

cat serta sebilah kayu kecil. Apabila lalu seorang putera bumi Kelantan lagi memakai

keris bagaimana sedia ada, dirampas dan dipaksa ke kedai membuat baju. Jika didapati

tidak juga mengambil hirau dipukul dengan kayu kecil yang ada di hujungnya belakin

hitam itu di mana tempat yang terzahir. Maka dari semenjak itu pakaian masing-masing

berubah pun sedikit. Maka bolehlah dikatakan seisi Kota Bharu telah meninggalkan

pakaian lama itu melainkan di daratnya setengah-setengah sahaja yang meninggalkan.

Dan mana-mana yang tidak mengubah pakaian tak dapatlah turun ke Kota Baharu

selama-lamanya.

Apabila perubahan-perubahan yang tersebut berjalan dengan seterusnya dari setahun ke

setahun, maka tiadalah lagi puas hati Duli Yang Maha Mulia akan perubahan itu lalu

dititahkan menyiasat akan tanah-tanah kerana hendak dikeluarkan geran bagaimana

tersebut di dalam Kitab Tarikh Negeri Kelantan:

“Di dalam tahun hijrah 1317 dititahkan menyiasat tanah-tanah akan mana-mana yang

telah diambil daripada kerajaan hendaklah diambil geran bagi tanah itu”. Lihat pula kitab

ini.

Adapun Duli Yang Maha Mulia ini sentiasalah berunding dengan ulamak-ulamak hingga/

bertambah-tambah insaf dan warak seolah-olah seorang zahid (rahib) yang meninggalkan

hal ehwal dunia dan bolehlah dikatakan payah hendak mengadap, dikecualikan hal

ehwal negeri dan sesuatu perkara yang sangat-sangat mustahak. Tetapi sayang, tiada lama

103
di atas takhta kerajaan, berlakulah kehendak Tuhan disebabkan oleh sedikit kesakitan lalu

mangkat pada hari khamis 8 syawal 1317. Maka jadilah lama di atas takhta kerajaan 9

tahun satu bulan, lebih kurang.

Bahagian Yang Keempat Belas – Long Seni Memangku Sultan dan Menjalankan

Pemerintahannya Bagi Sementara Hingga Tetap Menjadi Raja Dengan

Pemerintahan Baharu Dipimpin oleh Penasihat Kerajaan Siam Dari Tahun 1903

Hingga 1908122

Lepas daripada kemangkatan almarhum Sultan Mansur itu mendatangkan kesusahan bagi

pembesar-pembesar dan kerabat-kerabat bagi melantikkan gantinya. Pada hal Tengku

Seri Inderalah yang terhak takhta dilantikkannya. Maka di sinilah berlaku perbahasan

perlawanan suara bagi pihak kerabat dan pembesar-pembesar negeri kerana difikirkan

tiada harus lagi Tengku Seri Indera menerima takhta kerajaan jika selagi tidak

kesempurnaan akalnya. Perbahasan ini bukannya dapat diputuskan dengan segera hingga

tiga/ tahun lebih kurang di dalam masa itu. Beracap kali benar diadakan majlis rundingan,

akan tetapi tak dapat diputuskan.

Di dalam masa tiga tahun yang tersebut sungguhpun tidak dilantikkan Tengku Seri Indera

menjadi raja mengganti almarhum Sultan Mansur tetapi sekalian perjalanan dan gerak

negeri dijalannya dengan sempurna. (Kita tersangat-sangat hairan kerana selalu berlaku

di dalam “Riwayat Kelantan” ini pada tentang meletakkan seorang pemerintah hingga

menserabutkan fikiran pembesar-pembesar negeri yang tak boleh diputuskan. Di dalam

104
hal ini ternampaklah di fikiran kita tiada lain hanyalah masa itu diadakan peraturan yang

khas, jika berlaku kemangkatan seorang pemerintah senanglah dijalanlan dan mustahil

sekali-kali mendatangkan keserabutan bagaimana yang telah sudah !!.p)

Oleh sebab lama menanti-nanti akan keputusan rundingan perlawanan suara itu,

mencubalah Tengku Seri Indera menjalankan siasatnya dengan cermat 123 supaya zahir

kesempurnaan akalnya bagaimana yang disyakkan oleh kerabat-kerabatnya itu

menghantarkan perkhabaran itu ke benua Siam124. Tiba-tiba dengan takdir Tuhan yang

maha kuasa menggerakkan hati Seri Maharaja Siam menitahkan pembesar-pembesarnya

ke Kelantan menyelesaikan rundingan yang kecil dan tak boleh diputuskan itu serta

dilantikkan Tengku Seri Indera di atas takhta kerajaan Kelantan menjadi raja mengganti

almarhum Sultan Mansur bergelar Sultan Muhammad IV serta berteriti dengannya ialah

pada bulan Disember 1902125. Kehendak-kehendak perjanjian itu terutama sekali bagi

menghidupkan dan membangunkan tubuh kerajaan/ yang selama ini tiada berjalan

dengan peraturan dan undang-undang serta dihantarkan oleh Seri Maharaja Siam seorang

pegawai yang menunjuk menasihat dan melayani keadaan kuasa-kuasa kerajaan yang

baharu supaya termasuklah Kelantan ke dalam tangan dan mempunyai peraturan kerana

kuasa-kuasa negeri itu tersangat-sangat wajib dijalankan dengan adil dan cermat bagi

kefaedahan raja, negeri dan putera-putera buminya.

Dan bagi pihak Duli Yang Maha Mulia melihat dan memperhatikan bahagiannya,

mendengar apa-apa yang dinasihatkan oleh penasihat kerajaan Siam di dalam semua

perkara kuasa-kuasa negeri yang lain daripada hal-ehwal agama Islam.

105
Di dalam bulan Julai 1903 yang pertama kali diterimalah oleh Duli Yang Maha Mulia

seorang penasihat kerajaan Siam (seorang British iaitu Tuan W.A. Graham 126). Mulai

daripada tarikh inilah baharu Kelantan diperintahkan oleh seorang raja yang tetap yang

dilayani oleh penasihat kerajaan Siam dan Majlis Mesyuarat Negeri.

Perjalanan perintahan negeri pada mula-mula dijalankan memanglah diketahui susah

mengatur dan menjalankannya. Di dalam hal begitu pun bertatih juga dengan perlahan

dan hilanglah kekuasaan kerabat-kerabat negeri terpulanglah ke dalam genggaman Duli

Yang Maha Mulia dan Majlis Mesyuarat Negeri, hingga beberapa banyak perubahan-

perubahan sekalian pakatan-pakatan yang hendak merosakkan tubuh kerajaan baharu

ditahan dan dihapuskan (pada tahun ini diperanakkan kita.p).

Pada tahun 1904 mula-mula dibuka Majlis Mesyuarat mensahkan kuasa/ keadilan bagi

membangunkan polis. Hasil-hasil negeri mulai dipungut dan diselamatkan serta

dikembalikan kepada khazanah. Beberapa undang-undang telah disahkan. Pejabat-

pejabat dibangunkan serta dijalankan pekerjaan dengan diatur oleh pegawai-pegawai

orang putih dan Siam yang memang telah dipilih.

Adapun pegawai polis sebanyak 250 orang lebih kurang dalam sebanyak itu 50 Sikh dan

Punjabi, yang lagi itu Melayu. Kesemua ini di bawah jagaan seorang pegawai besarnya,

pegawai British. Bagi menjalankan keadilan negeri itu diadakan mahkamah digelarkan

“Mahkamah Raja Negeri” (Mahkamah Yang Maha Tinggi Sekarang.p) dan ialah juga

106
“Mahkamah Appeal” dan perbicaraan yang sedang diadakan (di) Mahkamah Besar dan

Mahkamah Kecil di Kota Baharu.

Jumlah pungutan pendapatan hasil-hasil negeri di dalam masa dipimpin oleh penasihat

Siam itu bagaimana di bawah ini yang dicabut daripada buku karangan Tuan Graham:

1903 --

1904 $168,109

1905 $207,232

1906 $279,784

1907 $317,388

1908 $335,299

Pada akhir tahun 1904 dibangunkan sebuah jajahan di Ulu Kelantan dinamakan/ “Jajahan

Selatan”, Batu Mengkambang sedia dengan mahkamah127 dan lainnya di bawah jagaan

seorang Tuan Puteh (Tuan Penintan) menjadi ketuaan jajahan membicarakan kes-kes

yang kecil-kecil dikecualikan kes yang besar di hantarnya ke Kota Bharu.

Kemudian daripada itu dibangunkan sebuah jajahan di tepi mentara (perenggan) Kelantan

dan Terengganu dinamakan “Jajahan Pasir Puteh dan bagi tiap-tiap suatu daerah pula

dilantikkan seorang “Tuk Kweng” (Tok Penggawa sekarang) menjaga masing-masing

empunya daerah ialah di bawah jagaan ketuaan jajahan.

107
Dan lagi dahulu daripada tahun 1904, tiadalah sekolah bagi putera bumi Kelantan

mempelajarinya, hanyalah pada masa itu masing-masing belajar membaca dan menulis di

rumah atau di pondok-pondok sahaja. Itu pun jarang yang kebanyakan haji-haji

mengajar Qur’an. Akhir tahun 1904, sebuah sekolah kecil dibangunkan di Kota Bharu

(sekolah kecil itu tempat bilik bujang polis Kota Bharu sekarang yang berhampiran

dengan rumah Kota Baharu Kelab.p) dan dimulakan dengan diajari membaca, menulis

kira-kira dan ilmu alam dengan tidak pula kerajaan memungut wang, ialah dengan

percuma sahaja (sekolah ini diketuai oleh Yang Amat Bahagia Datuk Bentara Luar (En.

Muhammad Azlan bin Muhammad Ariffin). Masa inilah baharu putera-putera Kelantan

membuka mata dan menghantar anak-anaknya ke sekolah kerajaan. Di dalam empat

tahun sahaja bertambah-tambah banyak hingga tidak mencukupi tempat. Dan daripada

murid-murid sekolah inilah diambil oleh kerajaan dijadikan keraninya./

Sungguhnya udara-udara kebersihan negeri telah nampak akan tetapi judi-judi di dalam

masih disukai lagi. Penyakit inilah yang memundurkan sifat-sifat tamadun yang baharu

tumbuh itu. Memanglah begitu di mana-mana negeri pun tak dapat dihapuskan dengan

serta-merta melainkan dengan beransur-ansur dengan jalan ikhlas dan usaha-usaha ketua

pekerjaan yang memegang pekerjaan manusia.

Dari tarikh inilah bertatih Kelantan dengan perlahan-lahan. Kerana adil pemerintahan, di

dalam keadaan yang demikian masyhurlah sifat kemuliaan negeri kepada negeri-negeri

yang besar-besar dan bertambah ramai bangsa asing membawa perniagaan dan jadilah

beberapa kompeni dan beransur hilang segala kebengisan dan kedahsyatan kerana tubuh

108
kerajaan telah berdiri dengan tegaknya. Memerintahlah Duli Yang Maha Mulia dengan

dilayani oleh penasihat Siam yang tersebut dengan senang lenang, tiada lagi yang

mendukacitakannya.

Maka di dalam tahun 1905 tibalah Seri Maharaja Siam128 ke Kelantan kerana

menyambungkan tali persahabatan di antara baginda Duli Yang Maha Mulia. Adapun

kedatangan itu disambut dengan besar-besar kehormatan yang belum lagi pernah

diadakan di Kelantan. Tidak lama Seri Maharaja Siam di Kelantan, apabila habis

dilawati bandar-bandar dan lainnya, berangkatlah kembali ke negeri Siam. Kemudian

kembali Seri Maharaja Siam inilah datang Kompeni Duff129 ke Kelantan berkira dan

berunding bagi membukakan pekerjaan lombong mas. Dalam hal itu dapatlah ia

menghadap / Duli Yang Maha Mulia lalu dibawa persetujuan ke dalam majlis mesyuarat

negeri. “Apabila telah tetap dan bersatu suara mempersetujukannya lalu diperbuat suatu

perjanjian diturunkan cap di antara kedua pihak dengan dipersetujui pula oleh Seri

Maharaja Siam dan kerajaannya. Perjanjian itu lebih kurang maksudnya, “Berbagai-

bagai hak kebebasan dibenarkan Kompeni Duff yang disebutkan, tanah pemberian di

dalam Kelantan di ulu sana selama masa habisnya hingga sepuluh Oktober 1940”.

Ertinya kebebasan kompeni itu dengan seterusnya (Kita dukacita dalam hal ini dan tak

dapat memanjangkan perkiraan sama ada mendatangkan kemerbahayaan bagi Kelantan

atau tidak. Tetapi bagi pihak kita sangat tidak bersetuju perjanjian yang seumpama itu,

tetapi sekarang Kelantan dengan Kompeni Duff di England sana dan keputusannya

kerajaan Kelantan kena bayar kepada Kompeni Duff bagaimana yang tersebut di dalam

Kitab Tarikh Kelantan:

109
“Dalam masa Duli Yang Maha Mulia inilah telah mengurniakan tanah kepada seorang

putih bernama Robert William Duff yang telah membuka kompeni membuat pekerjaan

galian emas. Dan pada masa sekarang menanam getah dengan syarat dikembalikan

tanah itu pada kerajaan pada hujung 40 tahun lamanya. Sungguhpun Komponi Duff telah

mengeluarkan emas tetapi belum lagi boleh mendapat keuntungan sebab/ besar

perbelanjaannya. Tanah itu di sebelah ulu negeri hampir satu suku, tiba-tiba sebelum

habis tempoh itu diambil balik tanah itu oleh kerajaannya dengan dibayar balik kepada

kompeni tuan Robert William Duff banyaknya $2,500.00” (Lihat kitab itu).

Ketahuilah kita tubuh kerajaan baharu berdiri tegap dan berjalan gerak geri peraturan

dengan mengikut undang-undang tetapi sungguhpun tak dapat dihilangkan dengan serta

merta maka pada tentang pencuri-pencuri perompak-perompak tidaklah juga hilang

sama sekali hingga dijaga oleh polis dengan cermatnya. Mana-mana kepala penjahat

yang termasyhur dan ternama maka satu daripadanya ialah Engku Genting kerana

diketahui banyak-banyak ia seorang kepala bagi kumpulan pencuri kerbau lembu dan

menerima lembu-lembu curi. Maka ialah yang dijagaan oleh polis hingga diberi amaran

kepadanya supaya jangan dilakukan pekerjaan itu kerana undang-undang telah

menegahkan.

Pada bulan Julai 1906 didapatilah dengan sah Engku Genting membuka judi di rumahnya

di Kampung Genting dengan bebasnya. Tiga hari kemudian sarjan polis stesen Tabal

melawat kampung Genting130 itu didapati lima orang Cina membuka judi lalu diperiksa.

Di sinilah Cina-Cina itu memberitahu yakni berani membuka judi itu kerana

110
diperintahkan oleh Engku Genting dan wang pendapatan dibahagi dua. Apabila sahaja

sarjan mendengar cerita-cerita itu lalu ditangkap Cina-Cina itu. Demi dilihat oleh Engku /

Genting berdirilah ia serta kumpulannya yang sebanyak lebih kurang 100 orang

menerkam kepada sarjan serta memintak lawan bertikam keris. Adapun sarjan dan mata-

mata yang bersama-samanya dengan seberapa daya dan upayanya menahankan perkara

itu supaya tidak menjadi perbalahan. Semujurnya kehendak-kehendaknya itu jaya, jika

tidak apakah jadinya tak dapatlah kalam menceritakannya. Lepas daripada itu sarjan pun

tidaklah melengahkan lagi lalu dihantar berita ke Kota Baharu hal-hal yang telah jadi itu.

Dengan serta-merta pada pagi esok sekumpulan daripada 40 orang polis datang ke

Kampung Genting dan mengelilingi rumah Engku Genting dan dapat ditangkap 50 orang.

Akan tetapi Engku Genting telah tiada berlepas lari ke Kota Baharu ke rumah kerabatnya

yang berkuasa. Hingga di Kota Baharu pun enggan juga menerima perintahnya kerajaan

lalu terus lari membawa diri ke Besut (jajahan Terengganu). Dalam sedikit bulan

kemudian daripada itu kembali pula Engku Genting ke Kelantan menyerah dirinya serta

dibawa ke hadapan pengadilan dan dihukumkan 3 tahun jil kerja berat. Oleh sebab

hukuman itu tidak memberi puas hati lalu diappeal ke majlis mesyuarat negeri. Di sinilah

diubahkan hukuman itu oleh Duli Yang Maha Mulia dengan persetujuan ahli-ahli

mesyuarat dengan hukuman buang keluar negeri selama lima tahun ke Mekah di

makramah.

Senang polis kerana ketiadaannya, akan tetapi tiadalah sunyi lagi / penjahat-penjahat

Kelantan. Sungguhpun begitu tidaklah pula berani menzahirkan keberanian dirinya

bagaimana Engku Genting itu.

111
Bolehlah kita percayai mana-mana negeri yang di bawah perintahan Siam pada masa itu

tidaklah bagaimana Kelantan kerana dijalankan dengan peraturan dan undang-undang.

Akan tetapi tidak juga memberi puas hati. Entah bagaimana pada akhir tahun 1908

rundingan131 telah berlaku di antara kerajaan Siam dan Great Britain lalu kedua-dua

kerajaan besar itu berteriti serta diserah Kelantan di bawah naungan kerajaan Great

Britain.

Maka pada tahun 1909, bersetialah pula kerajaan Kelantan dengan Great Britain dengan

suatu teriti barangkali maksud teriti baru itu tidaklah lebih kurang daripada teriti dengan

kerajaan Siam132. Pada bulan Disember 1902 itu dan terlepaslah daripada dinaungi oleh

kerajaan Siam (mudah-mudahan kita akan dapatlah membaca dalam aman siaran akhbar

teriti ini. Dengan persetujuan kerajaan mengikut teriti-teriti negeri lain yang telah jujuh

dicurahkan kepada pengetahuan ramai mengikut kewajipannya)

Dalam sibuk berunding berkira dan serah menyerah pekerjaan penasihat Siam kepada

penasihat British dengan takdir Tuhan yang maha kuasa pada 6 March 1909 menderulah

api di Kota Bharu yang tak dapat ditolong dan dipadamkan 133. Kebakaran itu dua jam

lamanya. Jumlah rumah yang terbakar lebih kurang 390 buah. Dianggar kerugian

$200.000. Api ini digelar api Haji Samba. Kemudian daripada ini suatu kebakaran lagi

di Tumpat. Akan tetapi kita tidak dapati berapa / rumah yang binasa begitu juga

kerugian. Senampak kita kebakaran kedua-dua itu bukanlah apa-apa semata kudrat

Tuhan juga. Pada membasuhkan mana-mana perjalanan-perjalanan peraturan kerajaan

112
Siam yang tiada memberi puas hati itu supaya licin dan senanglah penasihat British

membuka jalan mengikut peraturan yang lebih elok lagi. Di sinilah Kelantan tersenyum

melalui lidah Yang Amat Berhormat Datuk Paduka Menteri Paduka Raja Kelantan

pengarang Kitab Tarikh Kelantan:

“Maka tersenyumlah Kelantan dengan ekor matanya kepada Siam seolah-olah bersuara

Kelantan – ayuhai kerajaan Great Britain bahawa tiada hari bagiku melainkan kemuliaan

ialah daripada persetiawan engkau membesarkan tulang anggotaku dengan kuat

berhemah atas jalan kemanusiaan sehingga dapat aku bermegah-megah membunyikan

pancaragam dan membukakan tarian kesukaan serta nanyi puji pujian di hadapan engkau

supaya sekalian orang di dalam dunia boleh melihat. Maka sepanjang suara Kelantan itu

kami percaya dihormati oleh Great Britain dengan kesukaan dan mustahil di atasnya

menutup telinga pada perumpamaan yang demikian itu kerana ialah suatu kerajaan yang

kasih kepada kemajuan dan bukan kepada sekalian manusia berjalan atas jalan

kecerdikan.” Lihat muka 16 dan 17 kitab ini.

Pada masa berteriti inilah kerajaan Kelantan hilang sebuah jajahan bagaimana/ yang

disebutkan dalam Kitab Tarikh Kelantan:

“Pada masa negeri Kelantan bersetia dengan kerajaan Siam adalah lebih kurang 15 000

orang bangsa Siam yang mendiami tempat-tempat di sebelah kanan Sungai Takbal 134 itu,

tetapi oleh sebab surat setia di antara kerajaan British yang berkenaan dengan perkara

serahan negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu itu telah diperbuat oleh kerajaan Siam

113
bahawa sungai Takbal itu sempadan dan bagi jajahan Siam dengan jajahan di bawah

takluk Kelantan suruh ditolak sebuah daerah di dalam Legih yang di bawah bendera Siam

kepada Kelantan, iaitu sebelah ulu negeri Kelantan dan setengah tanah di dalam Reman

yang di bawah menderanya jua kepada negeri Perak. Maka sungguhpun Kelantan dapat

tanah ganti itu tiga kali besar jajahan yang telah diambil oleh Siam itu, tetapi hilanglah

Kelantan sebuah jajahan yang di tepi pantai laut (Che Hir) dan yang ramai kebanyakan

rakyat yang di situ bangsa Siam. Maka sekarang tinggal lagi rakyat bangsa Siam di

bawah perintah Kelantan banyaknya 5,000 orang. Daripada jumlah 5,000 itu maka

mereka itu duduk dalam kesenangan tiada diganggui orang Melayu dalam perkara

agamanya atau adatnya.” (lihat kitab ini)

Mengetahuilah kita bahawa dahulu daripada Sultan Muhammad IV tiada majlis

mesyuarat negeri yang khas bagi kerajaan dan tiada sebuah undang-undang atau

peraturan menjalankan gerak geri perintahan hanyalah undang-undang daripada titah

perintahan sahaja./ Maka wajiblah putera bumi Kelantan mengucap syukur ke hadrat Ilahi

al mana yang telah mengurniakan seorang sultan yang mempunyai akal yang sempurna

dan hemah yang tinggi mengambil tapak kemajuan dan mengada barang yang tiada

diperbuat oleh sultan-sultan yang dahulu daripadanya.

Pemerintahan Kelantan Di Dalam Masa Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad

IV Dipimpin Oleh Penasihat British dan Berjalan Peraturan Negeri Dengan

Keadilan Yang Ditambah-tambah Dari Tahun 1909 Hingga 1920

114
Di atas tadi kita telah sebutkan Kelantan telah berteriti dengan kerajaan Great Britain dan

memulailah Tuan Graham penasihat Siam menyerahkan kuasa-kuasa pekerjaan kepada

penasihat British (Tuan J.S. Mason) pada 15 Julai 1909. Di sinilah mulai berubah

perjalanan peraturan negeri dari sehari ke sehari. Maka pada 19 Julai 1909, tibalah Tuan

Yang Terutama Gabenor dan High Commissioner Negeri Persekutuan135 ke Kelantan

menyambungkan tali perjalanan di antara Duli Yang Maha Mulia. Kedatangan dan

ketibaan itu disambut dengan kehormatan.

Tuan Yang Terutama di dalam Kelantan itu selalu memperhatikan anak negeri, melawat

pejabat-pejabat bandar, sungai hingga ke Kuala Lebir dan melihat kebun-kebun getah

dan [dan] lain-lain lagi. Apabila habis dilawatinya kembalilah Tuan Yang Terutama ke

Singapura./ Selang 4 bulan kemudian daripada kembali Tuan Yang Terutama terjadilah

suatu kebakaran di Penambang Kota Bharu. Rumah-rumah yang ditelan oleh Sang

Maharaja api itu sedikit sahaja, lebih kurang 25 buah kerana Penambang itu bukanlah

rumah gudang bagaimana Kota Bharu, hanyalah rumah-rumah kampung. Dianggarkan

kerugian $8,000. Api ini digelarkan “Api Mak Menora”.

Baharu sahaja Kelantan dipimpin oleh penasihat British, tiba-tiba berbangkit kebakaran

ini suatu pertunjukan Tuhan jua supaya rumah yang Islam ini tiada beraturan itu diubah

dan dielokkan. Di dalam tahun ini banyaklah undang-undang ditambah dan disahkan.

Judi-judi, candu-candu memudarat pada segenap ceruk itu dilarang dan ditegahkan

dengan kuasanya. Begitu juga menjaga kesihatan penduduk-penduduk Kelantan.

115
Kita telah ketahui peredaran bulatan bumi berpusing selama 24 jam sehari semalam.

Maka dari sehari ke sehari bertambah-tambah bilangan hari hingga 365 hari, genaplah

bilangan setahun. Maka zahirlah tahun 1910. Tiada zahir tahun baharu itu melainkan

terjadilah dua kebakaran. Akan tetapi tiada mendatangkan berbahaya besar:

1. Di Pasir Mas136

2. Di kampung Laut

Kedua kebakaran ini tidaklah menyusahkan penduduk-penduduk di situ kerana dua tiga

empat buah sahaja yang binasa. Kemudian daripada itu mana-mana penduduk yang

kehilangan / rumah itu pun memulailah membangunkan rumah baharu.

Apabila telah kita ketahui tubuh kerajaan berdiri dengan tegap, maka tak dapat tiadalah

jalan-jalan raya disediakan dan gertak-gertak 137 dibangunkan. Maka pada awal-awal

ketibaan penasihat British itu dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia dan

penasihatnya lalulah dibangunkan sebuah gertak di sungai Keladi bagi menyenangkan

anak negeri menghantar jenazah ke tempat perkuburan (banggul) dan melawatnya pada

mana-mana ketika yang dikehendaki.

Tiada berapa lama siaplah gertak itu. Maka pada 16 hari bulan Julai 1910 suatu istiadat

keramaian kerana membuka gertak itu dimulai dengan dihadiri oleh Duli Yang Maha

Mulia dan dengan tangan Duli Yang Maha Mulialah membuka gertak Sungai Keladi 138

itu serta dinamakan “Gertak Mason”. Ialah nama tubuh penasihat British yang awal-awal

116
diterima oleh Kelantan supaya tiada hilang namanya selamanya. (Gertak ini sekarang

telah tiada kerana diruntuhkan oleh air bah yang bermaharaja lela kemudian daripada

dibuka itu tiga tahun lebih kurang. P)

Empat bulan kemudian daripada membuka gertak itu pada 22 Oktober, tibalah Tuan

Yang Terutama Gabenor (Sir John Anderson) melawat Kelantan dan masa inilah

perjanjian di antara kerajaan Great Britain dan Kelantan disain. Dalam masa Tuan Yang

Terutama itu di Kelantan, habislah tempat-tempat dan pejabat-pejabat dilawatinya.

Begitu juga mana-mana tempat pertukangan perusahaan anak negeri. Pada keesokan

berlayarlah Tuan Yang Terutama kembali ke Singapura. /

Di dalam Kelantan pada awal lagi hingga tahun ini anak negeri sangat berusaha kepada

pelbagai perusahaan seperti menanam padi dan kelapa. Anak negeri di daratan bertukang

tembaga di Kota Baharu dan lain-lain jajahan dan kain tenunan Kelantan yang pada tiap-

tiap rumah mempunyai satu perkakas tenunan (jentera). Yang anak-anak perempuan

pada tiap-tiap rumah itu bekerja dengan panjang masa tiap-tiap hari.

Maka oleh sebab pada tahun ini suatu pertunjukan (Show) negeri-negeri Selat dan

Negeri-negeri Persekutuan diadakan, mencubalah Kelantan menghantar beberapa jenis

perusahaan dan pertukangan anak negeri. Di dalam pertunjukan itu Kelantan mendapat

kemenangan, yang terutama padi dan kelapa disebut baik dan elok. Maka dengan

perusahaan inilah membanyakkan hasil perkeluaran negeri. Dan yang kedua

pertukangan tembaga dan sarung sutera yang memuaskan hati hinggakan menjadi tanda

117
(rekod) bagi perusahaan anak negeri kerana pertukangan tembaga dan sarung sutera itu

suatu asas yang elok. (nampaklah di pemandangan kita pada masa 1910 putera-putera dan

puteri-puteri sangat berusaha tentang pertukangan tembaga, sarung dan lainnya. Akan

tetapi yang mendukacitakan kita sekarang (1930) tiada diusahakan langsung, kenapakah

begitu? Apakah sebab yang memundurkannya?. P)

Pada zahir tahun 1911 melainkan berlumba-lumba anak negeri mengambil tanah hutan

yang dipunyai oleh kerajaan bagi tanaman getah. Dan daripada tarikh ini / perusahaan

tanaman padi pun mulailah kurang kerana anak negeri asyik bertanam getah supaya

mudah kaya. Pada halnya diketahui baik-baik tanaman padi itu tersangat-sangat wajib

bagi anak negeri mengusahakannya supaya tidak berlaku kelaparan jika pada suatu masa

tertahan beras yang datang dari sebelah Siam. (Kita percaya sebab pun begitu kerana

masing-masing berfikir barangkali dengan berusaha padi dan lainnya payah atau lambat

kaya. Fikiran yang semacam itu inilah yang mengurangkan perusahaan menjatuhkan

darjah dan memiskinkan anak-anak negeri dan negeri. Pada halnya tidak terkecuali

putera-putera bangkit dengar dan membaca surat-surat khabar dan majalah-majalah

kesemua “Kasihkan Bangsa Watan Melayu”. Kalau begitu jika memberhentikan

perusahaan padi dan lainnya bagaimana yang dicontohkan oleh orang-orang tua kita itu

boleh dikatakan kasihkan bangsa dan watan Melayu?.P)

Negeri-negeri Persekutuan memang pun diketahui mempunyai kereta api. Maka oleh

sebab hendak menyenangkan dan memudahkan anak-anak negeri lalu dirundingkan

dengan kerajaan Kelantan kerana membuka jalan kereta api di Kelantan. Apabila telah

118
dipersetujukan dengan perbuat perjanjian, maka tahun ini (1911)139 dirintis jalan daripada

Pahang di sebelah barat Gunung Tahan turun ke jajahan Galas dan Jeneral Menagernya

sendiri melawat Kelantan di dalam bulan September 1911. Maka pada penghabisan rintis

jalan di sebelah barat sungai Kelantan ialah dari Tumpat ke Kota Baharu dan Tanah

Merah. Bagi pekerja kereta api ini beberapa banyak besi-besi dan lain-lain ditambunkan /

di Tumpat, begitu juga beribu-ribu kuli yang bekerja.

Di atas tadi kita telah sebutkan kedatangan Tuan Yang Terutama. Maka oleh sebab

hendak membalaskan lawatan itu berangkatlah Duli Yang Maha Mulia ke Singapura

yang beberapa lama tidak dilawat itu140. Di dalam Singapura banyaklah Duli Yang Maha

Mulia mengambil penglihatan di dalam apa yang dipandangnya. Kemudian daripada itu

kembalilah Duli Yang Maha Mulia ke Kelantan dengan tiada apa-apa kemerbahayaan di

jalan dan memerintahlah dengan adil dan tidaklah sia-sia pandangannya di Singapura itu

hingga beberapa perubahan telah berlaku.

Pembacaan telah ketahui tubuh kerajaan telah berdiri tegap dan peraturan undang-undang

berjalan dengan seterusnya. Akan tetapi dari tarikh itu hingga tahun 1910 tiadalah dapat

diketahui dengan sahnya berapa banyak anak negeri Kelantan hanyalah dengan agak-

agak sahaja. Maka perkara agak itu tak boleh kita berpegang sangat. Oleh sebab anak

negeri tiap-tiap sebuah negeri itu termesti diketahui oleh kerajaan, maka pada bulan Mac

1911 mulailah membanci penduduk Kelantan dengan ditambah berpuluh-luluh kerani

memeriksanya. Maka didapati 286,751 orang. Di dalam sebanyak bilangan ini 268,707

orang Melayu dan 18,044 bangsa asing. Jadilah jumlah banci anak negeri Melayu di

119
dalam Kelantan ada terbanyak daripada Negeri-negeri Selat atau di dalam mana-mana

kerajaan di dalam Tanah Melayu. / (Jadi jumlah banci anak negeri Melayu di dalam

Kelantan ada terbanyak daripada Negeri-negeri Selat atau di dalam mana-mana kerajaan

di dalam Tanah Melayu). Pekerjaan membanci penduduk Kelantan itu sungguhpun suatu

perkara yang senang dan mudah akan tetapi tak dapat dijalankan dengan segera hendak

lima enam bulan juga. Apabila sempurna pekerjaan membanci zahirlah bulan Oktober

1911. Maka telah cukuplah masa pertukaran penasihat British (J.S Mason) Lalu

disambungkan pekerjaannya oleh Tuan J.E. Bishop (pemangku British Adviser). Pada 19

hari bulan Oktober itu mengikut perjalanan peraturan yang telah dijalankan oleh

penasihat yang pertama itu. Adapun Tuan J.E Bishop ini tiada lama ia memangku

pekerjaan penasihat. Di dalam tahun ini juga diganti pula oleh Tuan W. Langham-Carter

tetapi pangkatnya pemangku penasihat British juga.

Bilangan hari bagi mencukupkan bilangan setahun itu jika diingat-ingat dan dihitung-

hitung pada tiap-tiap hari tak dapat tiada lambat. Akan tetapi jika dibebaskan ingatan kita

sebentar sahaja. Ini pun demikian seolah sepejam mata zahirlah pula tahun 1912. Tiba-

tiba diterima perkhabaran mengatakan Tuan J.S. Mason penasihat British yang awal yang

bertukar itu telah mati di Burma jatuh di atas kuda. Maka kematian inilah mendukacita

anak negeri dan kerajaan Kelantan kerana Tuan inilah awal-awal penasihat British yang

membuka dan membangunkan / pejabat-pejabat dan gerak geri kerajaan baharu tetapi apa

hendak dikatakan lagi kerana telah sampai giliran yang kita (manusia) kesemua merasai

mati. Siapa yang berpegang dengan agama yang sebenar diangkatlah rohnya ke makam

yang tinggi (syurga). Jika tidak nerakalah tempatnya. Dalam tahun 1912 inilah sahaja

120
yang kita dapati riwayat. Akan tetapi perjalanan di dalam hal bertatih maklum sahajalah

apabila ada asasnya (foundation) senanglah orang yang kemudian menambah apa yang

diingat terlebih elok lagi. Apabila zahir tahun 1913 siaplah jalan kereta api dari Tumpat

ke Tanah Merah tetapi gertak-gertak besi tak dapat disudahkan dengan segera hanyalah

dibuat dengan kayu bagi sementara sahaja.

Di sinilah baharu berlumba-lumba anak negeri menaiki kereta api yang belum dirasai itu.

Dan senanglah mereka itu seumur hidup tak mengenak Tanah Merah itu pun dapatlah

dikenalnya. Begitu juga pegawai-pegawai negeri jika terjatuh hari kelepasan menderulah

ke stesen kereta api membeli tiket. Ada ke Pasir Mas, Tuk Uban dan lain-lain stesen lagi

kerana mengambil angin.

Oleh sebab Duli Yang Maha Mulia Sultan seorang raja yang mempunyai akal yang

sempurna dan berhemah tinggi yang tiada terbaca pun di fikiran raja-raja yang dahulu

akan siasatnya. Dan ialah raja yang awal mendirikan tubuh kerajaan dengan berperaturan

sempurna dan udang-undang yang adil. Maka tak dapat adalah sifat-sifat kepujian /

terzahir kepada pengetahuan daulat Duli Yang Maha Mulia baginda king dan kerajaannya

(Great Britain). Maka di situlah tergerak hati baginda king mengurniakan satu tanda

jasanya yang tak boleh hilang serta dihantarkan sebuah bintang yang bernama K.C.M.G

dengan dititahkan Tuan Yang Terutama Gabenor menyematkan bintang yang tersebut ke

dada Duli Yang Maha Mulia. Maka pada tahun ini (1913) berangkatlah Tuan Yang

Terutama dengan pengiringnya141 ke Kelantan. Ketibaan Tuan Yang Terutama itu

121
disambut dengan kesukaan keramaian hingga penuh bandar Kota Bharu oleh anak-anak

negeri yang menyambut dan yang melihat keramaian yang diadakan itu.

Apabila telah sudah Tuan Yang Terutama menyematkan bintang K.C.M.G ke dada Duli

Yang Maha Mulia, melawatlah pula melihat bandar pejabat-pejabat dan lainnya. Dua hari

di Kelantan lalu berlayar kembali. Di dalam anak negeri bersuka-suka kerana melihat

peraturan dan perjalanan dengan adil dan murah, yang barangkali difikirkan itulah sahaja

pengurniaan Tuhan, tiba-tiba pada bulan Disember 1913 bah datang dengan serta-merta

memenuhi Kota Bharu. Bah inilah yang terbesar daripada tahun 1997 yang telah ditanda

dan dimasyhurkan dengan gelaran “Bah Urai”142 . Masa ini barangkali perniagaan di Kota

Bharu tak sempat diambil ditenggelamkan oleh air bah. Pejabat-pejabat dipenuhi air

hingga dua hari ditutup. Kerajaan telah rugi berapa banyak gertak yang baharu dan yang

lama dan jalan-jalan kereta api rosak./ Akan tetapi tidaklah merosakkan tanaman padi

kerana bah itu cuma dua hari sahaja. Begitu juga jiwa anak negeri. Dengan bah ini

bersihlah rasanya jalan-jalan dan kampung-kampung di dalam bandar Kota Bharu.

Maka apabila zahir tahun 1914 gemparlah pula perkhabaran peperangan Eropah yang

termasuk British. Di dalam peperangan ini nampaknya Duli Yang Maha Mulia

mengambil berat dan berusaha benar-benar serta menitahkan mendoa pada tiap-tiap

minggu supaya segera jaya, maju dan beroleh kemenangan British kerana menunjukkan

kebaktian dan kesetiaan persahabatan.

122
Peperangan besar itu pun memadailah kerana semua barang dan pakaian mahal hingga

pada masa itu kain pelikat di Kelantan $7.00 sehelai. Di dalam kebimbangan peperangan

itu tiba-tiba pada tahun ini juga mangkatlah seorang puteri Duli Yang Maha Mulia iaitu

Tengku Ambong yang beberapa lama menanggung kesakitan.

Pembaca telah ketahui kedukaan Duli Yang Maha Mulia kebimbangan peperangan dan

kemangkatan Tengku Ambong puterinya yang disayangi tetapi bukan itu sahaja iaitu

berbangkit pula rusuh kederhakaan Tuk Janggut di Pasir Putih. Terlebih dahulu daripada

kita meriwayatkan hal-hal Tuk Janggut terhaklah kita memberitahu yang kita pada masa

ini masih di dalam sekolah lagi. Maka tentu perkhabaran-perkhabaran yang akan

diceritakan ini kita ambil daripada orang-orang tua, entah betul entah tidak kita tidak

berani menyanggupi.

/Siapa pun mengetahui apabila disebut Pasir Putih143 ialah sebuah jajahan yang lama

dibuka akan tetapi rakyat-rakyat di situ ada lagi yang berperasaan handalan kebal hingga

enggan membayar hasil tanah. Apakala sampai musim membayar hasil penuh sesaklah

pejabat jajahan Pasir Putih rakyat-rakyat yang membayar. Di dalam senyap itu adalah

termasuk Tuk Janggut144 dan kumpulannya kerana membayar hasil. Maka oleh sebab

kerani-kerani pada hari itu tiada sempat menulis ditangguh keesokan hari. Begitulah

hingga tiga hari berturut-turut tidak juga dapat dibayar hasilnya. Pada masa itu wap-wap

kepanasan pun telah menjalar ke segenap tubuhnya lalulah kembali berserta

kumpulannya. Selang dua tiga bulan lamanya menerimalah ia dan kumpulannya saman

berkenaan dengan tanah. Maka dengan yang demikian pada 29 April 1915, tiba-tiba

123
Sarjan Che Wan145 dan dua mata-mata ke rumahnya di kampung Nering, Pasir Putih

membawa waran menangkapnya.

Kesampaian sarjan itu Tuk Janggut ada rumahnya. Apakala bertemu dan bercakap lebih

kurang serta memberi tahu kedatangan, maka turunlah Tuk Janggut ke tanah bersekali

dengan sarjan. Demi sahaja sampai ke tanah Sarjan Che Wan pun mengeluarkan gari

kerana hendak dipasungkan tangan Tuk Janggut. Berapa pun dimintak supaya jangan

digarikan tidak juga dihirau dan dipedulikan oleh sarjan dimaki dan nesta?146 / Apakala

Tuk Janggut melihat keadaan yang demikian tak tersabar lagi lalu pura-pura diserah

tangan kiri, tangan kanan mencabut keris ditikam ke dada sarjan terus menerus rebah

lalu mati. Apabila dilihat oleh dua mata-mata itu teruslah ia membuat senapang dan lari

satu ke Kota Baharu dan satu ke Pasir Putih membawa perkhabaran. Oleh sebab Pasir

Putih dekat dapatlah perkhabaran itu dengan segera yang pada masa itu pegawai jajahan

yang menjaga di situ ialah En. Latif147 hingga gempar Pasir Putih.

Dengan ini bangkit pakatan kederhakaan yang dikepalai oleh Engku Besar148 dan Tuk

Janggut pergi ke Pasir Putih merampas barang makanan di kedai, senapang dan lainnya di

polis hingga masa itu sunyi senyap bandar Pasir Putih dan En. Latif pun berlepas lari

dengan perahu membawa wang kerajaan149. Pasir Putih pada masa itu teramatlah huru

hara sehingga sampai bantuan dari Kota Bharu jajahan itu nyaris-nyaris ketinggalan.

Tatkala perkhabaran Tuk Janggut sampai ke Kota Baharu gemparlah pula dan penuh

sesaklah balai besar dengan kerabat-kerabat menteri-menteri orang-orang besar dan

124
ketua-ketua keamanan yang pada tiap-tiap seorang itu cukup alatan senjata berunding dan

berkira. Keputusannya banyak juga dihantar orang-orang besar ke kampung Nering Pasir

Putih150 akan tetapi tiada dapat berjumpa Tuk Janggut kerana lari menyembunyikan diri

di dalam hutan. Dengan yang demikian tiba-tiba sampai askar dari Singapura dan negeri /

Persekutuan (kita tak dapat menerangkan dengan sahnya kedatangan askar itu adakah

dengan kehendak Duli Yang Maha Mulia dan Majlis Mesyuarat Negeri atau dengan

kehendak Penasihat sahaja. (Di sini kita memadai dengan askar Kelantan sahaja melawan

kumpulan Tuk Janggut yang tiada sampai 10 orang itu 151) lalu setengah dihantar ke Pasir

Putih dan setengah tinggal menjaga Kota Bharu152.

Bandar Kota Bharu masa itu pada malam hari ditegah berjalan jika tidak membawa

lampu. Maka bolehlah dikatakan sunyi. Selang tidak berapa lama daripada pemergian

askar-askar itu ke Pasir Putih tiba-tiba riuh tempik sorak kesukaan penduduk Kota Bahru

kerana didapati Tuk Janggut telah mati153 dan kawan-kawannya lari membawa diri ke

negeri Siam154 di dalam suatu langgaran askar Malay State Guide yang diharap dan

dipercayai itu. Mayat Tuk Janggut itu dibawa turun ke Kota Bharu dengan kereta lembu

dan diletakkan di tengah-tengah padang Bank disandarkan kepada sebatang kayu supaya

dilihat oleh anak negeri akan rupa orang yang menderhaka kepada raja dan negeri.

Kemudian daripada itu dengan titah Duli Yang Maha Mulia supaya disediakan tempat

pergantungan mayat itu di Pasir Pekan. Apakala sedia segala kehendak Duli Yang Maha

Mulia itu dibawa dan digantung songsang (kepala ke bawah kaki ke atas). Selama masa

tiga hari tiga malam lepas daripada itu baharu ditanam. Semenjak ini tiadalah apa rusuh

125
kederhakaan lagi hingga bercakap-cakap/ berkenaan dengan Tuk Janggut pun tidak

berani.

Di dalam rusuh kederhakaan ini kerajaan Kelantan telah rugi lebih kurang $17,000 155.

Lepas daripada ini tiba-tiba ghaib dua orang pembesar Kelantan iaitu Dato’ Menteri

(Encik Hassan156) dan Dato’ Bentara Setia (Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan

sekarang157). Khabarnya ke Singapura entah apa rundingan kita tak dapat mengetahui?

Tidak berapa lama lalu kembali dengan selamat sentosa hingga ternampak wajahnya

cahaya kehasilan perkiraan atau lainnya.

Kemudian daripada kembali inilah tidak berapa lama mendapat pangkat gelaran Dato’

Seri Paduka Raja itu. Suatu dalil jasa yang besar jika tidak nescayalah dikurniakan

kepada Tuhan. Kita bermohon mudah-mudahan dilanjutkan umur dan ditinggikan darjat

orang yang berjasa kepada raja, ummah dan watannya supaya dapat mencanai benih

semaian.

Pada bulan Mei 1916 berangkat Duli Yang Maha Mulia ke Kuala Kerai dan Jun ke Pasir

Putih158. Kedua tempat lawatan ini didapati baik dan jaya perjalannya. Apakala masuk

pertengahan tahun 1916 zahirlah nama “Darul Naim” 159 gelaran atau timang-timangan

bagi negeri Kelantan. Gelaran ini ialah dikeluar oleh Mufti Haji Muhammad 160 yang

dipersetujui oleh Duli Yang Maha Mulia. Nama inilah yang disebut-sebut dan ditanda-

tanda di dalam surat oleh putera-putera bumi Kelantan. Oleh itu mufti ini patut dipuji dan

diingat./

126
Sungguhpun diketahui Kelantan telah berdiri tubuh kerajaan dengan teguhnya dan

hukuman-hukuman berjalan dengan undang-undang, akan tetapi asas atau tubuh agama

Islam yang boleh dilihat tiada diadakan lagi. Maka dengan pintar dan cerdik Dato’ Seri

Paduka raja ternampak dan terbayanglah difikirannya akan asas itu. Maka dengan usaha

dan rajin serta dapatlah ia bermain di atas panggung siasat agama hingga hasil

maksudnya serta dapatlah didirikan tubuh, iaitu “Majlis Ugama Islam” dengan jayanya

pada November 1916161.

Adapun Majlis Ugama ini di bawah jagaan dan kekuasaan anggota yang bersendiri.

Tanggungannya, menjaga kubur-kubur Islam, menasihatkan anak negeri dalam kesemua

perkara adat resam negeri. Tubuh ini telah diamanatkan memungut zakat ialah satu rukun

yang wajib di dalam agama. Daripada pungutan itu dengan kesukaan ramai bersungguh-

sungguh menyimpan dan mendirikan sebuah masjid. Pada awal-awal pungutan

pendapatannya adalah lebih kurang $7,000, baki daripada dibayar gaji, maka bolehlah

dipercayakan di dalam sedikit tahun sahaja dapat dibangunkan masjid batu.

Tatkala tubuh sendiri tegap pekerjaan telah berjalan berunding berkiralah pula pada

memungut beras fitrah yang wajib dikeluarkan oleh tiap-tiap umat Islam pada 27

Ramadan itu. Lalu dipersetuju dan diputuskan memberitahu akan dipungut. Di dalam

bulan April 1917, pungutan ini pendapatannya lebih kurang $20,000. Majlis Ugama tidak

lepas peluang daripada mengajar agama kepada anak-anak negeri / di rumah yang

tersangat-sangat kecil pada mulanya. Akhirnya dibantu oleh kerajaan $15,000 dengan

127
wang itu dapatlah dibeli sebuah rumah yang ada sekarang ini dan di situlah dibuat pejabat

dan madrasah162.

Mula-mula dibuka madrasah pada 5 Ogos. Dengan begitu cepat 66 budak dan hingga 15

Ogos 165, dan 310 hingga akhir tahun. Perdirian madrasah ini tersangat nyata suatu

pertunjukan majlis ugama yang pantas sekali. Dengannyalah menghilangkan waham-

waham anak-anak negeri yang mengatakan negeri di bawah angin tak mencapai

kemajuan dengan serta-merta. Di dalam tahun ini juga bulan Ogos Tuan Yang Terutama

Gabnor dan pengiringnya sampai di Kota Baharu. Apabila sempurna istiadat menyambut

lalulah melawat madrasah yang dibuka oleh Majlis Ugama dan berucapan “nasihat”

kepada murid-murid. Lepas daripada itu melawat beberapa tempat lagi di dalam

Kelantan dan kembali ke Singapura.

Pembaca telah ketahui tiap-tiap sebuah negeri itu tiadalah sunyi daripada pencuri lembu

atau sebagainya yang apakala kuat penjagaan polis dijalankan dengan senyap. Jika alpa

sedikit dibuat dengan terus terang. Di Kelantan pun begitulah juga. Kerana kita dapati

rekod di dalam tahun ini (1918) kes pencuri kerbau lembu bertambah-tambah banyak

daripada tahun-tahun yang sudah. Kita ada juga mendapat khabar yang boleh jadi begitu

banyak kerana penjahat-penjahat telah bersatu menjadikan suatu kumpulan (kelab)

pencuri-pencuri di Kelantan serta dilantikkan ketuanya. Di situlah menerima / perintah

menjalankan pekerjaan itu. Satu daripada ketua itu ialah Encik Awang yang melarikan

lembu-lembu di Kelantan di bawa ke Siam, begitu juga dari Siam ke Kelantan.

128
Maka oleh sebab bebasnya pada Jun 1918, berangkatlah Encik Awang dan kumpulannya

menuju kampung Kadak (tidak berapa jauh dari Kota Bharu lebih kurang 10 batu) serta

mengelilingi kampung itu kerana mencari lembu. Di situ berbangkitlah suatu perlawanan

di antara Encik Awang dan Tuk Penggawa hingga berjam-jam lamanya. Maklumlah

masing mempunyai senjata (senapang). Pada akhirnya Encik Awang kena peluru (mati)

saudaranya ditangkap dan kumpulannya lari tetapi bapa Tuk Penggawa Kadak mati di

dalam perlawanan itu. Kerajaan telah memberi hadiah kepada penggawa dan orang yang

penolongnya kerana jasanya (kita sangat-sangat puji keberanian dan usaha penggawa

Kadak ini yang tiada ditolok bandingan di dalam Kelantan kerana yang kebanyakan

penggawa hendak bermuka-muka dan menunjuk-nunjuk sahaja. P)

Pada tahun ini juga diperanakkan “Pengasuh”163, akhbar dua kali sebulan oleh Majlis

Agama yang masih hidup sekarang dengan selamatnya. Tatkala zahir tahun 1919

didapatilah perkhabaran keberhentian Tuan Yang Terutama (Sir Anderson) Maka pada 1

March berangkatlah Duli Yang Maha Mulia ke Singapura kerana memberi selamat

tinggal terlebih dahulu daripada keberhentiannya./

Sedang Duli Yang Maha Mulia berada di Singapura, tiba-tiba pada 7 March 1919

menderulah api di Kota Bharu. Api ini daripada puting sebatang rokok sekerit dari

deribar atau penjaga stor Beng Seng and Co. jatuh di atas tilam motokar. Dari situ

melarat dan menelan beberapa buah motokar serta rumah-rumah. Api itu tidak dapat

dipadam kerana telah memakan beberapa banyak minyak berzin, sepirit dan minyak

tanah hingga habis satu kawasan.

129
Setengah daripada rumah-rumah yang ditelan oleh sang maharaja api itu dipunyai oleh

kerabat-kerabat Duli Yang Maha Mulia. Kerugiannya ditaksirkan lebih kurang $500.000.

Pada 22 March 1919 kembalilah Duli Yang Maha Mulia dengan berubah wajah yang

cemerlang kerana masyghul akan kejadian itu pada masa tiada di negeri. Tetapi apa boleh

buat telah sampai giliran masa rumah batu akan berdiri.

Duli Yang Maha Mulia ini seorang yang sangat-sangat bersetia dengan kerajaan British

dan begitu juga dengan rakyatnya di dalam semua perkara. Gerak gerinya halus manis.

Tegur sapa dengan siapa-siapa yang mengadap dan pandai menulis dan mengarang. Dan

ialah seorang raja yang mempunyai politik moden yang bebas, ia menyiasat suatu perkara

dengan halusnya.

Apa yang kita huraikan ini tiada sunyi di sisi anak-anak Kelantan yang memerhatikan

keadaannya. Maka wajiblah kita mencurahkan berganda-ganda ingatan kasih mesra

kepadanya serta bertambah-tambah lagi. Apakala melihat beberapa perubahan / udara-

udara negeri dari semenjak kembalinya, tetapi sayang pada malam Khamis 23 Disember

1920, berlakulah kehendak Tuhan mangkatlah Duli Yang Maha Mulia menghidapi suatu

macam penyakit d-k-g-l-y tempat mengandungi air kencing dan jantung tiada berjalan

betul serta demam dan batuk. Mula-mula kegeringannya pada hari Selasa 7 Disember

1920. Pada malam itu juga diperintah tembak meriam sebanyak 51 das mengikut

biasanya kerana memberi ketahui rakyat negeri. Maka oleh sebab mengikut resam

Kelantan terlebih dahulu daripada diangkat jenazah hendaklah dilantik gantinya. Maka

130
pada pukul 1.30 lebih kurang 23 Disember 1920 diseru akan melantikkan yang maha

mulia raja Kelantan (putera sulung) menjadi raja pemerintah negeri mengganti

almarhum dengan dipersetujui oleh kerabat-kerabat, menteri-menteri dan orang-orang

besar lepas daripada itu jenazah pun diangkat menuju makam langgar. Waktu itu hujan

pun turun rintik-rintik bahasa. Peraturan istiadat membawa jenazah ini bagaimana istiadat

yang biasa dipakai di dalam Kelantan. Almarhum ini diperanakkan pada malam Ahad 21

Safar 1287. Maka jadilah jumlah usianya 52 tahun satu bulan dan 21 hari.

Tamat al kalam pada hijrah 9.7. 1203.

131
1
Che Siti Jarum Begiling adalah raja yang paling awal memerintah negeri Kelantan. Mengikut teks ini baginda tidak
mempunyai ibu bapa. Cuma dia dikatakan ditemui oleh dua sakai (suami isteri) semasa mereka sedang menebang dan
menebas hutan untuk dijadikan huma. Pengarang teks ini percaya bahawa Che Siti ini berasal daripada anak Raja
Hindustan yang lari meninggalkan isterinya setelah kalah berperang dalam Ringkasan Cetera Kelantan pula pengarangnya
mengatakan bahawa nama Che Siti itu adalah nama gelaran yang diberikan kepada Che Wan Kembang, iaitu anak kepada
Raja Ahmad dan Che Banum (Nik Mahmud Ismail, 1934: 12).
2
Pengkaji tidak dapat menemui Kitab Geografi Semenanjung Negeri Kelantan walaupun telah meneliti senarai buku-
buku karangan R.O. Winstedt di Perpustakaan Universiti Malaya.
3
Dalam naskhah RK ditulis “...pengarangnya menguatkan berpegang”. Manakala dalam teks yang tersiar dalam majalah
Kencana pula ditulis “... pengarang menguatkan berpegang telah jadi sebuah negeri di dalam kurun yang kesepuluh lebih
kurang”.
4
Puteri Saadong adalah anak Raja Jembal. Hal yang sama juga dicatatkan dalam Hikayat Seri Kelantan. Bagaimanapun
dalam Ringkasan Cetera Kelantan (Nik Mahmud Ismail, 1934), Puteri Saadong adalah anak Raja Loyur dan cucu kepada
Raja Sakti.
5
Dalam teks ini tidak diterangkan nama syeikh yang datang dari Patani itu. Bagaimanapun dalam Hikayat Patani (Siti
Hawa Salleh, 1992: 5-7) ada diceritakan bagaimana seorang syeikh, iaitu Syeikh said telah mengislamkan Raja Patani pada
masa itu, iaitu Phaya Tu Naqpa.
6
Awang Selamat dan Mak Sang Kelembai dalam teks ini ialah orang asli yang tinggal di Kuala Lebir, Kelantan. Barangkali
pengarang teks ini sengaja menamakan kedua-dua watak ini dengan nama-nama yang sering ditemui dalam cerita-cerita
lisan Melayu. Awang Selamat biasanya ditemui dalam cerita lipur lara Melayu, manakala Mak Sang Kelembai pula dalam
cerita legenda.
7
Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan dan Terengganu.
8
Dihasyat (dilebur) dialek Kelantan?
9
Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan dan Terengganu
10
Cham ditulis dalam tulisan jawi dan juga rumi. Begitu juga beberapa perkataan lain seperti Pegu dan sebagainya.
11
Dalam majalah Kencana ayatnya berbunyi “…tiba-tiba berjumpalah pondok bapa”.
12
Dalam majalah Kencana ditulis sebagai k-r-t.
13
Ketabalan, sepatutnya pertabalan.
14
Dalam majalah Kencana berlaku kesilapan cetak “kiranya” telah dieja sebagai “kiwanya”.
15
Kelihatan seolah-olah penyalin tertinggal beberapa perkataan hingga menyebabkan ayatnya tergantung sekaligus
menyebabkan peranan atau jawatan Awang Selamat dan Mak Sang Kelembai tidak jelas. Apabila disemak dalam majalah
Kencana ayatnya juga sama seperti mana yang terdapat dalam naskhah RK.
16
Nama sebenarnya ialah Chao Ju-kua (Paul Wheatley, 1966:73).
17
Lihat lampiran E, peta Asia Tenggara yang memperlihatkan kedudukan Palembang.
18
Negara Kertagama ditulis dalam tulisan jawi dan juga rumi.
19
Lihat lampiran E, peta Asia Tenggara yang memperlihatkan kedudukan Majapahit. Tentang kemungkinan Kelantan di
takluk oleh Majapahit seperti yang didakwa oleh pengarang, ianya tetap ada. Ini kerana Cerita-cerita Panji
20
Dalam majalah Kencana berlaku pengulangan perkataan tiada.
21
Dalam naskhah RK ditulis beramai.
22
Dalam teks RK tidak disebutkan siapa nama Raja Jembal. Bagaimanapun dalam Ringkasan Cetera Kelantan (Nik
Mahmud Ismail, 1934) nama Raja Jembal yang telah menyerahkan anaknya kepada Puteri Saadong ialah Raja Loyur.
23
Dalam Ringkasan Cetera Kelantan (Nik Mahmud Ismail, 1934) budak lelaki yang ditemui dalam buluh dan akhirnya
berkahwin dengan Puteri Mani Kemian ialah Raja Sakti. Raja Sakti ini pula adalah anak angkat kepada Raja Buluh Betung.
Kononnya Raja Sakti ini ditemui oleh raja Bersiung di dalam buluh. Manakala Puteri Mani Kemian pula ditemui dalam
buih yang hanyut di sungai.
24
Kota Jelasin inilah yang menjadi tempat tinggal Puteri Saadong dan suaminya Raja Abdullah. Kota ini dibina oleh ibu
angkatnya, iaitu Che Siti. Apabila Puteri Saadong ditawan oleh Raja Siam, Raja Abdullah masih tinggal di Kota Jelasin.
Apabila baginda terbunuh dalam perselisihan faham dengan Puteri Saadung, Kota Jelasin diserahkan kepada isteri muda
Raja Abdullah. Dan akhir sekali kota ini diserahkan pula kepada adinda Raja Abdullah, iaitu Raja Rahim (Derahim).
25
Patani adalah salah sebuah wilayah di selatan Thailand. Penduduknya terdiri daripada orang-orang Melayu dan beragama
Islam. Nama Patani diperolehi daripada nama seorang orang tua yang bernama Encik Tani (Siti Hawa Salleh, 1992:2-3)
26
Dalam naskhah RK ditulis sebagai kelam hutan juga, tetapi apabila disemak dan dibandingkan dengan cerita yang tersiar
dalam majalah Kencana maka didapati penyalin tertinggal titik ga.
27
Pengasuh mula-mula diterbitkan pada 11 Julai 1918. Pengarangnya yang paling awal ialah Haji Muhammad Yusof bin
Ahmad atau dikenali dengan gelaran Tok Kenali. Lain-lain pengarang majalah ini antaranya ialah Haji Nik Mahmud Ismail
dan Haji Muhammad bin To’ Khatib Haji Muhammad Said (W.R. Roff, 1974:171-172).
28
Majalah al Kamaliah pertama kali diterbitkan pada tahun 1930. Ianya diusahakan oleh Umar bin Haji Taib, saudara
sepupu kepada Asa’ad Shukri haji Muda. Ketua Pengarangnya ialah Haji Nuh bin Ali, seorang guru di Madrasah
Muhammadi. Dia juga dikenali sebagai “Haji Nuh Lawyer” (R.R Roff, 1974:178-179).
29
Dalam naskhah RK ditulis k-r-w-n.
30
Dalam teks ditulis c-a-y, (chai). Tok Chai adalah istilah yang dirujuk kepada orang Siam yang tinggi ilmu agamanya.
Mohd. Taib Osman (1961:52) dalam kajiannya ke atas teks Hikayat Seri Kelantan mentransliterasikannya sebagai Tok
Cha.
31
Kesan daripada seher Chaya Siam
32
Dieja a-j-t-h-a-r.
33
Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan yang memperlihatkan kedudukan Kuala Kemayang yang sekarang dikenali Kuala
Kemasin.
34
Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan yang memperlihatkan kedudukan Kuala Kemayang yang sekarang dikenali Kuala
Kemasin.
35
Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
36
Pengkalan Gawang, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
37
Bukit Marak, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan yang memperlihatkan kedudukan Bukit Marak.
38
Tambok, dieja dalam tulisan jawi dan juga rumi. Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
39
Dieja t-a-‘-d-y.
40
Padang Layang, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
41
Raja Derahim (Ibrahim). Dalam sumber sastera sejarah Kelantan yang lain seperti Hikayat Seri Kelantan, juga disebutkan
nama adinda Raja Abdullah yang dilantik menjadi raja di Kota Jelasin ialah Raja Ibrahim. Bagaimanapun dalam
Rengkasan Cetera Kelantan, nama raja itu ialah Raja Derahim atau Abdul Rahim.
42
Dalam Hikayat Seri Kelantan, pengarangnya tidak pula menceritakan tentang pakatan serangan di antara Terengganu
dan Patani selepas kemangkatan Raja Derahim. Dalam naskhah itu pakatan serangan itu dikatakan berlaku selepas
kemangkatan Long Yunus. Dalam Rengkasan Cetera Kelantan juga tidak ada diceritakan tentang pakatan serangan
tersebut.
43
Dalam Sejarah Melayu (Shellabear, 1992) ada diceritakan bagaimana Sultan Mahmud Shah menghantar Bendahara Sri
Maharaja ke Kelantan untuk memerangi negeri itu setelah raja Kelantan pada masa itu enggan menyembah ke Melaka.
Bendahara Sri Maharaja mengalahkan angkatan perang Kelantan dan menawan tiga orang puteri raja Kelantan. Salah
seorang daripadanya, iaitu Cobak telah diperisterikan oleh Sultan Mahmud Syah.
44
Patani terletak di bahagian selatan negara Thailand. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada orang-orang Melayu.
Lihat lampiran D, peta Selatan Thailand.
45
Dieja d-a-t-w-‘ p-a-s-y-r (Datuk Pasir). Dalam Hikayat Seri Kelantan, Raja Patani yang terlibat dalam peristiwa di atas
ialah Raja Nang Chayanng.
46
Dieja l-w-ng-s-w-l-w-ng (Long Sulung). Dalam teks Hikayat Seri Kelantan raja yang memerintah di Kota Kubang Labu
ialah Long Pandak. Baginda ialah adik ipar kepada raja negeri Legih.
47
Dalam teks lain seperti Hikayat Seri Kelantan dan Rengkasan Cetera Kelantan tidak diterangkan bagaimana Kota
Kubang Labu mendapat nama.
48
Dalam teks ini pengarang tidak menyebutkan nam sebenar Yang Dipertuan Terengganu itu. Besar kemungkinan gelaran
itu dirujukkan kepada Tuan Dalam atau dikenali juga sebagai Marhum Janggut.
49
Pengkalan Lebir, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
50
Besut adalah nama sebuah daerah yang terletak di dalam negeri Terengganu dan bersempadan dengan Kelantan. Lihat
lampiran C, peta negeri Terengganu.
51
Legih letaknya di dalam negeri Thailand di bahagian selatan dan bersempadan dengan Kelantan. Lihat lampiran D, peta
Selatan Thailand.
52
Engku Pair Mas. Dalam teks RK, beliau seorang perempuan iaitu puteri kepada Raja Legih. Bagaimanapun dalam
Hikayat Seri Kelantan, Raja Kubang, Raja Kubang Labu ialah Long Pandak. Baginda telah berkahwin dengan adik Raja
Legih. Raja Legih itu namanya Raja Pasir Mas.
53
Pengarang menggunakan tanda.. di dalam naskhah ini. Tanda ini merupakan satu cara pengarang untuk menimbulkan
suspend kepada pembaca.
54
Dalam teks RK ini, nama Long Yunus dieja l-w-ng y-w-n-w-s. Muhammad Yusoff Hashim (1991:842) telah
mentransliterasikan nama Long sebagai Lun. Long Yunus adalah anak kepada Tuan Long Nik dan cucu kepada Datuk
Pengkalan Tua. Datuk Pengkalan Tua pula ialah anak kepada Datuk Wan yang berasal daripada Kembayat Negara.
Manakala dalam teks Hikayat Seri Kelantan pula Long Yunus adalah anak kepada Long Sulaiman, iaitu anak kepada Raja
Kembayat Negara yang lari ke Patani.
55
Penyalin naskhah tersilap sehingga menyebabkan perkataan “melakukan” bertukar menjadi “ku mulakan”.
56
Nam Cayam (Phra Nan Chao Yang). Dalam “A Fragment of the History of Terengganu and Kelantan” (JSBRAS, No.
72, Mei 1996), nama Nam Cayam juga disebutkan sebagai raja Patani.
57
Datuk Pengkalan Tua (d-a-t-w-‘ p-ng-k-a-l-n –t-w-a)
58
Datuk Pasir (d-a-t-w-‘ p-a-s-y-r)
59
Tuan Besar (t-w-a-n b-s-r)
60
Tuan Long Nik (t-w-a-n l-w-ng n-y-k).
61
Di sini penyalin menulis Long Jaafar.
62
Habis main sepapan, bermaksud bermain hingga tamat permainan (ada yang dan yang menang).
63
Bermaksud rusuk kanan.
64
Lihat lampiran C, peta negeri Kelantan. Walaupun nama Hutan Kegarung tidak ada, tetapi ada kemungkinan nama
tempat itu telah bertukar.
65
Sungai Pinang, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
66
Ditulis kain jugin. Mohd Taib Osman (1961) ketika mengkaji teks Hikayat Seri Kelantan untuk keperluan ijazah
sarjananya mentransliterasikan sebagai kain cukin.
67
Garung, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
68
Sultan Mansur Syah (Tuan Dalam) dikatakan memerintah Terengganu pada awal abad ke 18 (Muhammad Yusoff
Hashim, 1991:154)
69
Batu Buruk, lihat lampiran C, peta negeri Terengganu.
70
Dalam Hikayat Seri Kelantan dikatakan Raja Terengganu sendiri yang menawarkan ke seluruh negerinya kepada orang-
orang Bugis sekiranya ayam Long Ghafar dan Long Yunus kalah dalam pertarungan itu,”… jikalau kalah anak kami itu
menyabung ayam itu, negeri kami inilah kami serahkan kepada diri sekali dengan rakyat-rakyat”.
71
Nama panglima perang yang dibawa oleh Long Ghafar dari Reman, ialah Penghulu Adas dan Tok Daud. Bagaimanapun
pengarang teks RK ini tidak menjelaskan siapa di antara mereka berdua ini yang digelar Tengku Seri Maharaja Perdana
Menteri. Kalau mengikut teks ini besar kemungkinan gelaran itu diberikan kepada kedua-dua panglima itu.
72
Kampung Akbu, lihat lampiran C peta negeri Kelantan.
73
Dalam halaman sebelum ini pengarang mengatakan Long Yunus telah mengurniakan gelaran Tengku Seri Maharaja
Perdana Menteri kepada panglima perang yang dibawa oleh Long Ghafar dari Reman. Manakala Long Ghafar pula
dikurniakan gelaran Mangkabumi. Bagaimana ayat ini jelas menunjukkan yang gelaran Tengku Seri Maharaja Perdana
Menteri diberikan kepada Long Ghafar.
74
Mentara Pentugang, Cenderung Hijuk, Air Leleh, Sungai Putak, Sungai Pasir Tumbuh, Sungai Bekelam. Kuala Dua
Bacuk, Pasir Putih, Semarak, Mentara Besut dan Bukit Patu, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
75
Kampung Kadak, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
76
Jeram, Pasir Putih, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
77
Dalam Hikayat Seri Kelantan, pengarangnya menuliskan nama Long Mamat sebagai Long Muhammad, tidak seperti
mana dalam teks RK ini yang ditulis sebagai Long Mamat (Muhammad).
78
Nama Long Jenal dalam Hikayat Seri Kelantan ditulis sebagai Long Jenal, tidak seperti mana dalam naskhah ini yang
ditulis sebagai Long Jenal (Zainal).
79
Nama Long Sup (Yusof) atau Long Pit tidak ada dalam Hikayat Seri Kelantan. Bagaimanapun nama ini ada dalam
Rengkasan Cetera Kelantan nama ini ada dan ditulis sebagai Long Yusof.
80
Nama Long Ismail juga tidak ada dalam Hikayat Seri Kelantan. Bagaimanapun dalam Rengkasan Cetera Kelantan
nama ini ada dan ditulis sebagai Long Ismail juga.
81
Terdapat perbezaan di antara nama yang terdapat dalam majalah Kencana dengan naskhah yang pengkaji gunakan dalam
kajian ini. Dalam majalah Kencana nama anak Long Yunus yang ke 9 ditulis sebagai “Encik Kunan Lamah” dan ianya
ditulis dengan tidak meletakkan tanda kurung. Manakala dalam naskhah bertulis pula, penyalin teks ini telah meletakkannya
sebagai “Encik Kutan Lamah” dan selepas itu beliau tidak meletakkan dalam tanda petikan pada nama Encik Kunan Lamah.
82
Tanda … sengaja digunakan oleh pengarang sebagai salah satu gaya penulisannya.
83
Nama sebenarnya Tengku Muda Tila ialah Yang Dipertuan Muhammad Ibni Sultan Mansur Shah. Beliau dilantik
menjadi Sultan Kelantan pada tahun 1795 selepas kemangkatan Long Yunus, iaitu bapa mertuanya. Pelantikan beliau
baginda ini memulakan pertentangan politik di antara Kelantan dengan Terengganu.
84
Naskhah ini mencatatkan bahawa Tengku Langin menikam dada isterinya, tetapi dalam majalah Kencana, Tengku
Langin dikatakan menikam dadanya sendiri. Bagaimanapun ini jelas merupakan satu kesilapan cetak. Ini kerana ayat
selepas itu menceritakan Tengku Langin telah lari pulang ke Legih. “… pura-pura Tengku Langin membuat gila dicabut
keris ditikam ke dada sendirinya bersembur darah lalu mati dan ia pun lari ke negeri Legih”. Penyalin (naskhah bertulis)
juga tersilap ketika menyalin bahagian ini, tetapi apabila menyedarinya beliau segera membetulkannya. Perkataan yang
salah dipotong (digariskan), lalu digantikan dengan perkataan “isterinya” pada bahagian atas.
85
Long Amat di sini dirujuk kepada Long Muhammad. Dalam Hikayat Seri Kelantan diceritakan bagaimana Long Mamat
dan saudara-saudaranya yang lain telah bersetuju melantik Tengku Muda Tila sebagai Yang Dipertuan Kelantan.
Bagaimanapun setelah mendapati Tengku Muda Tila mula tidak mempedulikan mereka, Long Mamat telah bertindak
memerangi adik iparnya itu.
86
Semarak, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
87
Pasir Lalat, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
88
Bukit Kilatan, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
89
Ditulis s-l-ng-k-n, selangkan.
90
Arus.
91
Pengaruh bahasa Siam terhadap nama-nama kampong seperti ini bukan sahaja terdapat di Kelantan tetapi dapat juga
dikesan di negeri Kedah. Misalnya nama Kodiang dan Changlon yang berasal dari bahasa Siam yang bermaksud Tanah
Merah dan Gajah Jatuh.
92
Pancutan.
93
Dilengkong.
94
Pengkalan Tambang, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
95
Kampung Laut, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
96
Tanda ini adalah gaya pengarang teks RK sendiri.
97
Tanda ini adalah gaya pengarang teks RK.
98
Tanda ini adalah gaya pengarang teks RK.
99
Tanda ini adalah gaya pengarang teks RK sendiri.
100
Raja Temenggong, nama sebenarnya ialah Long Senik Mulut Merah.
101
Sebuah daerah di selatan Thailand.
102
Sungai Budur, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
103
Tumpat, lihat lamapiran C, peta negeri Kelantan.
104
Kampung Bukit, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
105
Bersamaan tahun masihi 1837.
106
Ayat dalam naskhah bertulis agak mengelirukan. Apabila disemak di dalam majalah Kencana didapati penyalin telah
tertinggal beberapa perkataan semasa beliau melakukan kerja-kerja penyalinan. Perkataan yang di dalam tanda [ ] adalah
daripada teks tersiar dalam majalah Kencana.
107
Bermaksud hampir-hampir berlaku peperangan.
108
Chaiya, sebuah negeri di selatan Thailand.
109
Ligor, sebuah negeri di selatan Thailand.
110
Dalam peristiwa ini, Sultan Muhammad 11 dikatakan telah berpakat dengan Raja Chaiya dan Raja Legor untuk
menangkap Raja Bendahara panjang secara sulit. Raja Chaiya telah menggunakan tipu helah, iaitu dengan berpura-pura
melayan Raja Panjang Tua bercakap-cakap di sebuah rumah. Tanpa disedari oleh raja itu, rumah itu telah dikepung oleh
pengawal-pengawal Raja Kelantan dan Siam. Seterusnya Raja Panjang Tua dibawa ke Siam dan dirajakan di Jambu.
111
Jambu ialah sebuah wilayah di dalam negeri Patani.
112
Kampung Sirih, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
113
Baruh Mukrat, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
114
Bersamaan tahun masihi 1845.
115
Salur, lihat lampiran C, peta negeri Kelantan.
116
Penyalin telah menambah pada bahagian tepi halaman kalimat “bersamaan dengan Disember 1880”. Dalam teks yang
tersiar dalam majalah Kencana hanya ada 11 Zulhijjah 1297.
117
Bersamaan tahun masihi 1886.
118
Bersamaan tahun masihi 1889.
119
Bersamaan tahun masihi 1890.
120
Bersamaan tahun masihi 1899.
121
Bersamaan tahun masihi 1898.
122
Bersamaan tahun hijrah 1321-1326.
123
Di dalam teks RK yang tersiar dalam majalah Kencana ianya ditulis sebagai hormat.
124
Istilah Benua Siam ini dirujuk kepada ibu negeri Siam, iaitu Bangkok (tempat bersemayam Raja Siam).
125
Lihat lampiran G, perjanjian di antara Kelantan dengan Siam.
126
Nama penuhnya William Armstrong Graham, seorang berketurunan Inggeris dan pernah bertugas dengan kerajaan Siam
sebelum ditugaskan sebagai penasihat kerajaan Kelantan dari tahun 1903-1909 (W.R. Roff, 1974:33).
127
Penyalin tertinggal perkataan mahkamah menyebabkan ayat dalam teks ini kelihatan janggal. Perkataan ini diperolehi
daripada teks RK yang tersiar dalam majalah Kencana.
128
Nama Seri Maharaja Siam itu ialah Raja Chulalongkorn. Maklumat ini berdasarkan buku Sejarah Thai-Zaman Bangkok
(Kobkua Suwannathat-Pian, 1991:213) yang berbunyi, “… Chulalongkorn menggunakan hubungan peribadi sebagai faktor
penting untuk mengeratkan hubungan Bangkok dan negeri-negeri Melayu di bawah kuasa Siam. Baginda selalu melawat ke
negeri-negeri Melayu seperti ke Kelantan dan Terengganu pada tahun 1889 dan tahun 1890.
129
Kompeni Duff ialah sebuah syarikat perlombongan emas yang dimiliki oleh seorang Inggeris yang bernama Robert
William Duff seorang bekas pegawai polis di Pahang yang mula-mula datang ke Kelantan pada tahun 1895 dengan Hugh
Clifford. Beliau kemudiannya bersara daripada jawatan polis dan datang semula ke Kelantan dengan tujuan perniagaan.
(W.R. Roff., ed., 1974:33). Untuk maklumat lanjut tentang kompeni Duff ini sila rujuk lampiran F, yang memuatkan surat
perjanjian di antara kompeni itu dengan kerajaan Kelantan.
130
Kampung Genting, nama tempat ini tidak ada dalam peta Kelantan. Besar kemungkinan nama ini telah berubah.
131
Penyerahan empat buah negeri-negeri Melayu utara oleh Siam kepada British dalam tahun 1909 adalah hasil tekanan
yang dilakukan oleh British kepada Siam. Siam dikatakan telah mendapat semula kuasa kehakimannya yang hilang sejak
tahun 1855. Malah penyerahan empat buah negeri itu disifatkan sebagai memberikan sumbangan yang penting kepada
kemunculan Siam sebagai sebuah negeri yang bersatu dan berdaulat (Kobkua Suwannathat-Pian, 1991:214).
132
Lihat lampiran G, perjanjian di antara Kelantan dengan Siam.
133
Dalam Kelantan Administration Report, 1920, kebakaran itu dikatakan berlaku pada 7 Mac 1909.
134
Sungai Takbal, sebuah sungai yang bersempadan dengan negeri Thai.
135
Namanya ialah Sir John Anderson.
136
Lihat Lampiran C, peta negeri Kelantan.
137
Gertak = Jambatan (loghat Kelantan).
138
Jambatan Sungai Keladi. Dalam Kelantan Administratiion Report1916, R.J. Farrer melaporkan bahawa jambatan yang
mempunyai kepanjangan 160 kaki menghubungkan Bandar Kota Bharu dengan Kampung Cina dibina dengan kos
$6,497.00. Jambatan ini telah musnah dalam banjir tahun 1913. Selepas itu dibina pula Jambatan Pera Nab (Saad Shukri
Haji Muda, 1971:110).
139
Lihat Mikro filem 90, C.O. 273/427 tentang laporan kemajuan cadangan pembinaan jalan kereta api dari Tumpat ke
Tanah Merah yang dibuat oleh ketua juru ukur. Dalam laporan itu disebutkan bahawa jalan yang akan dibuat itu akan
melalui kawasan berpaya, belukar, kawasan sumber air dan sebagainya.
140
Tarikh lawatan yang dilakukan oleh baginda ini ialah pada 1 Mac 1919.
141
Nama pengiring-pengiring gabenor itu ialah Lady Evelyn Young, Lady Brockman dan Sir Edward K.C.M.G (Asaad
Shukri Haji Muda, 1971:114).
142
Bah Urai ini mendapat namanya daripada seorang perempuan cantik bernama “Urai” yang telah terkorban dalam bah itu
(Asaad Shukri Haji Muda, 1971:98).
143
Pasir Putih letaknya berhampiran dengan sempadan Kelantan dan Terengganu. Jaraknya dengan Kota Bharu lebih kurang
27 batu. Pada zaman tradisional ianya diperintah oleh seorang pembesar yang dilantik oleh raja. Selepas Kelantan
menerima penasihat British, sistem pentadbiran negeri telah diubah. Daerah Pasir Putih ditadbir oleh pegawai daerah. Di
antara mereka ialah Encik Abdul Latif.
144
Namanya ialah Haji Mat Hassan bin Munas. Pada masa berlaku kebangkitan itu usianya ialah 62 tahun. Haji Mat
Hassan dipanggil Tok Janggut kerana beliau mempunyai janggut yang panjang dan berwarna putih. Sifat-sifat peribadinya
yang lain ialah seperti mana yang tercatat dalam tulisan Ibrahim Nik Mahmood (1974:65), “… He was well built and about
six feet tall. He had sharp brown eye which, it is believed are sign of bravery. His head was rather big and bald and his
forehead broad, with thick eyebrows; all these are supposed to signify intelligence, thoughtfulness and firmness”.
145
Sarjan Che Wan dihantar untuk menangkap Tok Janggut oleh Encik Abdul Latiff. Bersama-sama Sarjan Che Wan itu
ialah beberapa orang pengiringnya, iaitu dua atau tiga orang anggota polis (Ibrahim Nik Mahmod, 1974:73-74).
146
Tanda? digunakan oleh pengarang RK ini sendiri.
147
Encik Abdul Latif ialah seorang pentadbir Inggeris dari Singapura dan ditugaskan menjadi pegawai daerah Pasir Putih
menggantikan Encik Leh. Encik Abdul Latif ini dikatakan sebagai “… Well-built, full of initiative and a rather strict
disciplinarian” (Ibrahim Nik Mahmood, 1974:71)
148
Engku Besar Jeram adalah orang yang paling berkuasa di daerah Jeram sebelum tahun 1910. Beliau berhak memungut
pelbagai cukai pertanian seperti hasil kelapa, padi, durian dan sebagainya. Selepas tahun 1910, pelbagai perubahan
dilakukan oleh penasihat British (W.A. Graham) di mana pungutan cukai dilakukan oleh seorang pegawai daerah. Hal ini
dilihat oleh Engku Besar Jeram sebagai satu penghinaan kepadanya. Dengan sebab itu beliau telah berpakat dengan Tok
Janggut untuk bangun menentang pelbagai cukai yang dikenakan oleh pihak British.
149
Jumlah wang kerajaan yang dibawa oleh Encik Abdul Latif ialah $10,200.00 (Ibrahim Nik Mahmood, 1974:74).
150
Dalam naskhah Sejarah Peperangan Tok Janggut (M.S 1651, PNM), nama pembesar istana yang dihantar untuk
menemui Tok Janggut dan Engku Besar Jeram ialah Tok Seri. Dalam naskhah ini Tok Seri dapat bertemu dengan Tok
Janggut dan berjaya memujuk dia supaya pergi ke Padang Pak Amat untuk bertemu dengan pembesar istana Kelantan.
Bagaimanapun apabila mereka sampai ke Padang Pak Amat, didapati pembesar-pembesar tersebut telah pulang ke Kota
Bharu. Dalam tulisannya yang bertajuk “Tok Janggut Rebellion of 1915”, Ibrahim Nik Mahmood (1974:76) menjelaskan
bahawa orang besar istana yang dihantar untuk berunding dengan Tok Janggut ialah Dato’ Menteri (Mohd Hassan bin
Mohd. Salleh) dan Dato’ Bentara Setia (Haji Nik Mahmood Haji Ismail). Dalam tulisan ini jelas terlhat bahawa dua
pembesar istana ini bertemu wakil Tok Janggut dan Engku Besar Jeram di rumah seorang Imam Cherang Tuli, iaitu Lebai
Kadir. Dan Tok Janggut dikatakan telah menolak untuk bertemu dengan dua orang wakil istana itu.
151
Mengikut naskhah Sejarah Peperangan Tok Janggut (MS 1651, PNM), pengikut-pengikut Tok Janggut ini lebih
daripada 1,000 orang jumlahnya. Bagaimanapun dalam tulisannya mengenai kebangkitan Tok Janggut ini, Nik Ibrahim Nik
Mahmood (1974) tidak pula menyebut jumlah para pengikut Tok Janggut ini. Dalam C.O 272/427 laporan R.J. Farrer
kepada Penasihat British, jumlah para pengikut Tok Janggut dianggarkan di antara 5,000 hingga 9,000 orang.
152
Askar-askar British yang didatangkan daripada Singapura (jumlahnya 230) dan disertai juga oleh orang-orang Melayu
termasuk yang dipimpin oleh Tengku Muda Tuan Jaafar berjumlah 200 orang. Sultan juga telah mengarahkan beberapa
penggawa (Tok Kweng) seperti daripada Bachok, Peringkat, Semerak dan Gaal bersama-sama orang-orang mereka ke Pasir
Putih untuk memadamkan pemberontakan. Dalam kebangkitan ini juga pihak istana telah dibantu oleh askar Persekutuan
atau dikenali sebagai `Malay State Guide’. Dalam C.O. 272/427 laporan R.J. Farrer, beliau telah mengatakan bahawa
semasa kebangkitan itu perempuan-perempuan Inggeris dibawa ke sempadan Siam untuk menjaga keselamatan mereka.
Ketua Polis, Mr. Jackson dengan askar Sikh dan beberapa anggota polis menjaga Kota Bharu. Manakala W.G. Adam pula
menjaga kawasan Pasir Putih hingga ke Tanah Merah.
153
Tok Janggut mati dalam pertempuran dengan askar Malay State Guuide. Mengikut laporan W. Langham Carter kepada
pihak Sultan Kelantan, “… I found that Tok Janggut was already dead with only one bullet-wound.. Two others were also
dead but they could not be identified. And another, by the name of Deraman bin Diah of Kampung Telosan was seriously
wounded. Still another was also seriously wounded, but I think he had been carried away by his friend, for I found traces of
blood along the route of escape … .” (Nik Ibrahim Nik Mahmud, 1974:83).
154
Mengikut Sejarah Peperangan Tok Janggut (MS 1651-PNM), mereka yang melarikan diri ke Siam (Reman) ialah Engku
Besar Jeram, Haji Said dan juga Ishak.
155
Mengikut laporan Farrer, R.J., (1961:1), kerugian yang ditanggung oleh pihak kerajaan ialah melebihi $87,000.00
156
Encik Mohd Hassan bin Mohd. Salleh.
157
Namanya yang sebenar ialah Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail.
158
Lawatan ini sebenarnya dilakukan selepas genap setahun kebangkitan Tok Janggut.
159
Darul Naim bermaksud “Negeri Makmur”. Ianya diisytiharkan pada bulan Julai 1916 sesudah diputuskan oleh Majlis
Mesyuarat Negeri dan mendapat perkenan daripada baginda sultan.
160
Nama penuh mufti ini ialah Tuan Haji Muhammad bin Haji Muhammad Said (Asaad Shukri Haji Muda, 1971:157)
161
Ianya ditubuhkan pada 24 Disember 1915 (17 Safar 1334) (Saad Shukri Haji Muda, 1971:122). Bagaimanapun William
R. Roff (1974:101) pula mencatat tarikh penubuhan majlis itu ialah pada 7 Disember 1915.
162
Rumah yang dibeli itu ialah kepunyaan Dato’ Menteri. Harganya ialah $15,000.00. Rumah itu dibuat madrasah dengan
nama Madrasah Muhammad (William R. Roff, 1974:143).
163
Pengasuh adalah sebuah akhbar (kemudiannya majalah) pertama kali diterbitkan pada 11 Julai 1918. Isinya
mengutarakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dari segi agama, pendidikan agama dan pengetahuan umum. Tok
Kenali dilantik sebagai Ketua Pengarang Kehormat. Manakala Dato’ Laksamana (Haji Muhammad bin Haji Mohd. Said)
sebagai pengarang yang bertanggungjawab. Akhbar ini dikeluarkan pada setiap hari Isnin dengan harga 10 sen senaskhah
(Asaad Shukri Haji Muda, 1971:130). Lihat juga Abdul Rahman al Ahmadi, 1974:170-171).

You might also like