You are on page 1of 4

Pandangan Barat Tentang Kesenian

Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. Seni
memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam
bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan dan fikiran dapat
dilahirkan melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan
manusia dalam kebudayaannya

Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan
Barat, estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu
perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek
kegunaannya

Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud
dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni,
semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri
seperti ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan sebagainya

i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di dalam Islam

Manakala dari segi islam pula ialah, seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru
di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam
adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan
daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang
membentuk acuan yang tersendiri.
Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik,
yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam.
Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep ‘ tauhid ’
itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam
Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan
kehendak agama.
Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni
di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika
semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut
umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam.
PENDAHULUAN

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas
seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan
murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat
bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan
rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman
seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi
visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman
ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari
segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi,
manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara
pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan
teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat
pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni
dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni,
menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi
komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid
pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni
visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat
pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
PERBEZAAN PANDANGAN ANTARA TOKOH-TOKOH TERHADAP SENI

TOKOH-TOKOH ISLAM TOKOH-TOKOH BARAT


AL-GHAZALI JOHN DEWEY
 Seni berdasarkan daripada Allah  Aktiviti seni merupakan satu
kepada Allah. pengalaman kepada kanak-kanak
 Seni menuju kepada Al-Falah  Memberi kebebasan kepada kanak-
(keredhaan Allah) kanak menyusun pengalaman
 Pemangkin kepada ketaqwaan untuk mencerdaskannya.

SIDI GHAZALBA JUNE MCFEE


 Seni tidak melampaui batas  Menekankan kepada kesenian dan
kesusilaan. individu serta seni dalam
 Seni bertunjang daripada Allah masyarakat adalah warisan budaya.
kepada Allah.
 Hasil seni bertunjang ‘Marditillah’ KENNETH LANGSING
(diredhai Allah)  Seni dapat mengembangkan
 Seni membentuk peribadi muslim potensi pemikiran, sikap dan
psikomotor

IBN KHALDUN LAURA H. CHAPMAN


 Seni adalah untuk masyarakat
 Seni dan kreativiti menjadi satu
unsure inspirasi.

You might also like