You are on page 1of 30

MANIFESTASI KOMITMEN

TENTERA DARAT MALAYSIA

Markas Tentera Darat


Bahagian Inspektorat Tentera Darat
Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2071 2909


Faks : 03-2692 2081
KANDUNGAN
Perutusan YBhg Jeneral
Dato’ Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal i-ii

Model Manifestasi Komitmen TD 1

Wawasan, Misi, Dasar Kualiti TD 2-4


dan Piagam Pelanggan

Matlamat 5

Kesiagaan 6

Tujuh Tonggak Utama 7 - 10

Faktor-Faktor Penentu Kejayaan 11

Nilai Teras 13 -16

Ikrar Kesatria 17

Sistem Pengurusan Kualiti TD (SPQTD)


19 - 21

Glosari 23
PERUTUSAN
PANGLIMA TENTERA DARAT

“Year of Marksman....... I am applying the principles of


marksmanship to get the Army on target, The ultimate
objective is to create an excellent fighting organization.”

Gen Dato’ Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal

Selaras dengan wawasan ATM untuk menjadi


Angkatan Tentera yang versatil di abad ke-21,
faktor pengurusan sentiasa diberi tumpuan oleh
Tentera Darat ke arah pembentukan mentaliti
warga TD yang profesional, berdisiplin dan
bersemangat. Setiap warga TD mesti bersedia
mengubah paradigma ke arah budaya kerja
cemerlang.

Untuk menyahut cabaran dunia semasa,


saya telah mengorak langkah perubahan dengan
mewujudkan Sistem Pengurusan Kualiti Tentera
Darat atau lebih dikenali sebagai SP Q TD.
Pendekatan ini mencerminkan kematangan TD
dalam merealisasikan agenda kualiti ATM dan
Kementerian Pertahanan amnya.

-i-
Sehaluan dengan perubahan minda (mindset)
warga TD, naskah Manifestasi Komitmen TD ini akan
menjadi pencetus dan halatuju kepada setiap warga TD
di dalam mengejar kecemerlangan bagi mencapai tahap
superior quality. Naskah ini merangkumi aspek-aspek
berikut:

z Manifestasi Komitmen TD

„ Wawasan, Misi dan Dasar Kualiti


„ Matlamat
„ Kesiagaan
„ Tujuh Tonggak Utama
„ Faktor Penentu Kejayaan
„ Nilai Teras
„ Ikrar Kesatria

z Sistem Pengurusan Kualiti TD (SPQTD).


„ Konsep SPQTD
„ Model Proses SPQTD

Saya yakin, dengan adanya sifat ingin berubah


yang kental dalam sanubari setiap anggota, TD akan
terus cemerlang dan sentiasa bersedia menyahut
cabaran kontemporari. Nescaya, hasrat saya untuk
membentuk TD sebagai sebuah ketumbukan yang
decisive, credible, deployable dan versatile akan
menjadi realiti.

Jeneral Dato’ Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal


Panglima Tentera Darat
- ii -
MODEL MANIFESTASI KOMITMEN
TENTERA DARAT MALAYSIA

-1-
WAWASAN
TENTERA DARAT MALAYSIA

Satu Angkatan Darat yang moden, kredibel,


seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan
misinya sebagai sebahagian daripada
Angkatan Tentera Malaysia

-2-
MISI
TENTERA DARAT MALAYSIA

Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan


kepentingannya daripada ancaman luar
dan membantu pihak berkuasa awam
untuk mencapai keamanan dan
kemakmuran negara

-3-
DASAR KUALITI
TENTERA DARAT MALAYSIA

Membudaya dan memperkasakan kualiti (superior


quality) pemerintahan, kepimpinan, pengurusan dan
integriti di semua lapisan warga TD

PIAGAM PELANGGAN
TENTERA DARAT MALAYSIA

z Komited untuk mewujudkan satu Angkatan Darat yang seimbang,


berwibawa, profesional dan sentiasa bersiap sedia pada sebilang masa
bagi menjaga keselamatan negara.

z Memastikan pelaksanaan satu sistem latihan yang komprehensif,


berkemampuan membangunkan human capital yang mampu
membentuk satu organisasi yang cekap, dedikasi dan bermotivasi tinggi.

z Memastikan pelaksanaan sistem pengurusan aset yang cekap


dengan kos efektif dan berkemampuan menyelenggarakan senjata dan
peralatan dengan sempurna serta memenuhi kehendak semasa.

z Mempertingkatkan semangat berpasukan, perasaan memiliki


(sense of belonging) dan identiti melalui aktiviti-aktiviti rejimental serta
menanam sifat-sifat peribadi mulia di kalangan semua peringkat
anggota.

-4-
MATLAMAT
TENTERA DARAT MALAYSIA

Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state


of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai
bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission
capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan
kepada rakyat dan negara

-5-
KESIAGAAN
TENTERA DARAT MALAYSIA

DECISIVE

TD sebagai satu angkatan yang unggul, berwibawa


dan diyakini oleh pucuk pimpinan negara

CREDIBLE

TD sebagai satu angkatan yang berwibawa dan berupaya


mempertahankan daratan dan kepentingan negara

DEPLOYABLE

TD yang mampu diaturgerakkan untuk melaksanakan


pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi

VERSATILE

TD sebagai sebuah angkatan yang fleksibel, tangkas,


responsif dan berupaya menangani semua spektrum konflik

-6-
TUJUH TONGGAK UTAMA
TENTERA DARAT MALAYSIA

1. Pembangunan Tentera Darat


(Army 2 10 plus 10)

2. Tumpuan Latihan

3. Pemerintahan, Kepimpinan dan Pengurusan

4. Pengurusan Sumber Manusia

5. Pengurusan Logistik

6. Penyuburan Imej dan Kewibawaan TD

7. Hubungan Tentera dan Awam

3 -7-
PERTAMA
PEMBANGUNAN TENTERA DARAT

Army 2 10 plus 10. Proses konsolidasi untuk 2 tahun dilaksanakan


secara tersusun, seimbang, konsisten dan berkesinambungan untuk
terus membangun dan memodenkan TD sehingga 2010 dan
seterusnya hingga 2020

proses transformasi ke arah pemodenan dari segi pengubahsuaian


doktrin, konsep operasi dan peperangan, teknologi pertahanan dan
integrasi teknologi dengan manusia

KEDUA
TUMPUAN LATIHAN

memperkasakan latihan bagi membina mentaliti dan kemahiran warga


TD (to develop soldiers of the Malaysian Army with the mentality of a
developed nation)

memfokus kepada operasi konvensional, latihan bersama dan latihan-


latihan gabungan atau bersama dengan tentera asing

mewujudkan piawaian latihan yang khusus

-8-
KETIGA
PEMERINTAHAN, KEPIMPINAN DAN
PENGURUSAN

mengamalkan corak kepimpinan yang dinamik, mampu mengurus


tadbir sumber manusia, aset-aset, aspek kewangan dan perkara-
perkara yang kompleks dengan berkesan, cekap serta mengikut
peraturan

kuasa-kuasa yang diperturunkan mestilah digunakan dengan bijak,


adil serta mengikut batasan

amalan bersih, cekap, amanah dan berintegriti dihayati bersama nilai


Teras TD

dasar Konsep Sistem Pengurusan Kualiti Tentera Darat (SPQTD)


terus diterapkan (we must make things happen)

KEEMPAT
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
membentuk mentaliti warga TD yang berilmu, kompetitif, matang,
berwawasan, memiliki budaya kerja cemerlang, bersikap positif dan
proaktif

berpegang kepada falsafah best man for the right job

konsep Lindungan Keselamatan Angkatan atau Force Protection


sebagai teras

memperbaiki syarat-syarat perkhidmatan dan rancangan kerjaya

mengukuhkan kesejahteraan kekeluargaan dengan mengamalkan


Piagam BAKAT

-9-
KELIMA
PENGURUSAN LOGISTIK
sistem pengurusan logistik yang berkesan dan efisien berteraskan
ICT

semua aset yang dimiliki boleh digunakan secara optimum dengan


memperkasakan budaya (maintenance culture)

dasar-dasar penggunaan, penambahbaikan, cannibalizing,


obselescence, dan casting dapat dilaksanakan dengan berkesan

mengutamakan kualiti hidup warga TD berlandaskan program


infrastruktur logistik bestari dan berwawasan

KEENAM
PENYUBURAN IMEJ DAN KEWIBAWAAN TD
imej korporat TD sebagai satu institusi pertahanan yang boleh diharap
untuk mempertahankan negara diperkukuhkan

keyakinan rakyat terhadap TD dipertingkatkan agar kredibiliti dan


keutuhan TD tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak

KETUJUH
HUBUNGAN TENTERA DAN AWAM
warga TD perlu memainkan peranan untuk menyedarkan rakyat
bahawa institusi ketenteraan merupakan sebahagian daripada
masyarakat negara ini

tentera dan masyarakat saling bekerjasama dalam membangunkan


dan menjaga keamanan serta kemakmuran negara

TD menjadi sebati dan sinonim dengan masyarakat

- 10 -
FAKTOR-FAKTOR PENENTU KEJAYAAN
TENTERA DARAT MALAYSIA

1. Pemerintahan, kepimpinan dan pengurusan yang


berwawasan dan cemerlang.

2. Komitmen, dedikasi dan semangat setia kawan (esprit


de corps) yang tinggi.

3. Keilmuan dan tahap profesionalisme yang tinggi.

4. Kesetiaan dan amalan disiplin yang terpuji.

5. Pengurusan kewangan yang berintegriti dan berkesan.

6. Meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (ICT).

7. Sokongan padu dari pihak kerajaan dan rakyat.

- 11 -
- 12 -
NILAI TERAS
TENTERA DARAT MALAYSIA

Warga Tentera Darat Malaysia akan berpegang teguh kepada


nilai -nilai berikut:

Kesetiaan

Profesionalisme

Berdisiplin, Bersemangat dan Berintegriti

Kecemerlangan dan Keunggulan

Keselamatan Maklumat

Bertindak Sebagai Satu Pasukan

Pembelajaran Berterusan

- 13 -
KESETIAAN
Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Raja, Negara, Kerajaan
dan Pucuk Pimpinan Tentera Darat.

Akan sentiasa menjaga nama baik organisasi dan akan sentiasa patuh
kepada undang-undang Negara serta membantu di dalam
melaksanakannya.

Akan sentiasa mengutamakan kepentingan-kepentingan negara


daripada keperluan sendiri.

PROFESIONALISME
Komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan tugas dan sanggup
berkorban demi kedaulatan negara.

Bertanggungjawab dan gigih dalam setiap pekerjaan yang dilakukan


serta sentiasa meningkatkan kepakaran dan kecekapan mutu kerja
yang berkualiti.

BERDISIPLIN, BERSEMANGAT DAN


BERINTEGRITI
Megah dan tampan sebagai seorang warga TD.

Sentiasa bersikap sopan, ikhlas, jujur, amanah, berdisiplin dan


sentiasa berdedikasi sebilang masa.

- 14 -
KECEMERLANGAN DAN KEUNGGULAN

Sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik, mempertingkatkan


prestasi kerja dan mempelajari pelbagai kemahiran (multi skills) bagi
menjalankan pelbagai tugas (multi tasks).

Sentiasa mengoptimumkan dan memanjangkan usia peralatan dan


kelengkapan-kelengkapan yang sedia ada dan menyayanginya seperti
mana harta sendiri.

KESELAMATAN MAKLUMAT

Memelihara serta menyimpan dokumen dan maklumat berdarjah di


tempat selamat dan tidak menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

Tidak mendedahkan maklumat berdarjah kepada pihak yang tidak


berhak mengetahuinya.

BERTINDAK SEBAGAI SATU PASUKAN

Bertindak ke arah satu wawasan dan misi.

Sentiasa melibatkan diri dan memberi kerjasama di dalam


melaksanakan aktiviti yang dijalankan oleh pasukan dengan berkongsi
pengalaman, maklumat dan ilmu pengetahuan.

- 15 -
PEMBELAJARAN BERTERUSAN

Bersedia belajar dari pengalaman diri sendiri dan orang lain ke arah
penambahbaikan serta sentiasa mencari ruang untuk memaju dan
meningkatkan kemahiran diri.

Membina dan memupuk bakat individu dengan berfikiran dan bersikap


positif.

- 16 -
IKRAR KESATRIA

Beriman kepada tuhan dan


bertaqwa kepadaNya

Setia kepada negara dan sedia berkorban demi


kepentingannya dengan tidak
sekali-kali mengenal menyerah

Memegang teguh disiplin tentera dan sentiasa


menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan
kehormatan tentera

Mengutamakan pelaksanaan tugas dengan


jujur dan ikhlas

Menyimpan rahsia negara


dengan seketat-ketatnya

- 17 -
- 18 -
SISTEM PENGURUSAN KUALITI
TENTERA DARAT
(SPQTD)

KONSEP SPQTD

Sistem pengurusan yang membudayakan kualiti dan integriti di


setiap peringkat pemerintahan. SP Q TD mengutamakan
keperluan pelanggan dan stakeholders difahami dalam menentukan
penambahbaikan secara berterusan diinstitusikan. Kecemerlangan
dan tahap kualiti akan dipamerkan melalui kecekapan pentadbiran,
pengurusan sumber yang dinamik, pengurusan kewangan
berasaskan amalan zero financial mismanagement, keberkesanan
latihan, peningkatan tahap kesiagaan dan keupayaan tempur TD.

Proses SPQTD merangkumi ciri-ciri berikut:

„ Komitmen Pengurusan Atasan


„ Pengurusan Sumber dan Kewangan
„ Pengurusan Proses Throughput
z Input yang lengkap
z Output yang cemerlang
„ Pencapaian Output

- 19 -
MODEL PROSES SPQTD

- 20 -
KOMITMEN PENGURUSAN ATASAN

Perancangan Strategik
Sistem Pengurusan Kualiti Organisasi
Audit Pengurusan
Mekanisme Penyampaian Dasar TD

PENGURUSAN SUMBER DAN KEWANGAN

Pengurusan Sumber Manusia sebagai modal insan (Human Capital)


Pengurusan Kewangan
Pengurusan Aset
Pengurusan ICT
Pembelajaran Berterusan
Force Protection dan Alam Sekitar
Penglibatan dan Pengiktirafan Anggota
Penyuburan Integriti

PENGURUSAN PROSES THROUGHPUT

Kualiti Proses (ISO 9000)


Kaji Semula Proses dan Penambahbaikan
Mekanisme untuk Mencegah Ruang Penyelewengan

PENCAPAIAN OUTPUT

Penentuan Keperluan Pelanggan


Pengukuran Kepuasan Hati Pelanggan
Kemudahan untuk Pelanggan
Pencapaian Piagam Pelanggan

- 21 -
- 22 -
GLOSARI

BAKAT - Badan Kebajikan Angkatan Tentera

ICT - Information Communication Technology

ISO 9000 - Quality Assurance System

SPQTD - Sistem Pengurusan Kualiti Tentera Darat

TD - Tentera Darat

T QM - Total Quality Management

- 23 -

You might also like