You are on page 1of 26

MENGENALPASTI KELEMAHAN DAN CADANGAN

PENAMBAHBAIKAN SUKATAN PELAJARAN DAN


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN
SEKOLAH RENDAH
ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan..................................................................................................1

1.1 Latarbelakang......................................................................................1
1.2 Pernyataan Masalah..............................................................................3
1.3 Objektif Kertas Tugasan........................................................................4
2. Penerangan Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan

Pelajaran Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4.........................................5

2.1 Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR..............................................5


2.2 Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4 .............................6
3. Kelemahan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran

Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4.........................................................8

3.1 Ketidakseragaman dan Kekaburan dalam penyampaian maklumat dalam


SP dan HSP..........................................................................................8
3.2 Kelemahan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’.....................................10
3.3 Kelemahan dalam Sub-Topik ‘Perihal Rumah’........................................11
3.4 Kelemahan dalam Topik ‘Sekolah Kita’..................................................13
4. Cadangan Penambahbaikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan

Pelajaran Pendidikan Moral KBSR/Tahun 4.......................................15

4.1 Penggunaan Pengurusan Grafik dalam Penyampaian Maklumat dalam SP


dan HSP.............................................................................................15
4.2 Penambahbaikan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’............................16
4.3 Penambahbaikan dalam subtopik ‘Perihal Rumah’.................................17
4.4 Penambahbaikan dalam Topik ‘Sekolah Kita’.........................................19
5. Kesimpulan........................................................................................21

Rujukan.....................................................................................................22

Lampiran 1 – Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR.......................................23


1. Pengenalan

1.1 Latarbelakang

Pelaksanaan strategi pendidikan di sesebuah institusi pendidikan


adalah berdasarkan kepada kurikulum yang digubal. Goodlad dan Su
(1992) menerangkan bahawa kurikulum adalah satu rekabentuk atau
perancangan bagi sesuatu institusi atau negara yang mengandungi
peluang-peluang belajar yang sebenar yang disediakan untuk satu
jangka waktu dan tempat tertentu. Ia menjadi alat untuk membawa
perubahan tingkah laku dalam diri pelajar sebagai hasil daripada
aktiviti-aktiviti mereka di institusi pendidikan dan juga seluruh
pengalaman-pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar
dengan bimbingan sekolah.

Pendidikan di peringkat sekolah rendah dilaksanakan


berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
yang telah dilaksanakan sejak tahun 1983 di mana pembentukan
kurikulum ini adalah berasaskan keperluan individu dan negara (Mok,
1996). KBSR ini adalah berlandaskan kepada Perakuan 57(a) Laporan
Kabinet (1979) iaitu:

“Kurikulum Sekolah Rendah itu hendaklah dirancang


untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran
dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang
manusia dan alam sekelilingnya dan bidang
perkembangan individu sesuai dengan keperluan, minat,
bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-
murid itu”

Mukasurat 1 daripada 25
Proses pendidikan peringkat sekolah rendah menekankan
kemahiran-kemahiran asas yang mana terdaapt dua langkah yang
diberikan perhatian. Pertama, menguasai kemahiran itu dan kedua,
menggunakan kemahiran tersebut. Tahap I dalam sekolah rendah
ditumpukan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas manakala
Tahap II dirangka untuk pengukuhan dan penggunaan kemahiran-
kemahiran asas bagi mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu (Mok,
1996).

Di sepanjang masa persekolahan rendah, komponen


Kemanusiaan dan Persekitaran memberi kemahiran murid-murid untuk
aspek manusia dan alam sekelilingnya. Pada awalnya, mata pelajaran
Alam dan Manusia diperkenalkan di Tahap II tetapi kemudiannya
dipecahkan kepada dua mata pelajaran iaitu Sains dan Kajian
Tempatan pada Tahun 1995 (Mok, 1996).

Kajian Tempatan merupakan satu mata pelajaran yang diajar di


Tahap II di peringkat sekolah rendah. Pengajaran dan pembelajaran
dalam mata pelajaran ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia
yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang demokratik,
penyayang, progresif dan sejahtera. Kajian Tempatan menjadi
pendukung utama bagi memupuk semangat patriotik di kalangan
murid.

Kandungan dalam Sukatan Pelajaran (SP) Kajian Tempatan


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) merangkumi tiga ruang
liput iaitu ruang liput pertama yang menekankan interaksi murid
dengan keluarga dan masyarakat, ruang liput kedua yang
mengesahkan identiti dan keistimewaan kawasan tempat tinggal murid
dan ruang liput ketiga yang memperihalkan tentang sejarah, keadaan
sosial, ekonomoi dan kejayaan negara Malaysia (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001a).

Mukasurat 2 daripada 25
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) pula merupakan satu dokumen
yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan
untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta
ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21 (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001b).

Huraian Sukatan Pelajaran menyarankan strategi pengajaran


dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan
sumber. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan
melaksana pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Namun,
guru-guru disarankan menggunakan kreativiti untuk memilih,
menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001b).

1.2 Pernyataan Masalah

Di peringkat sekolah, SP dan HSP menjadi dokumen asas untuk


membuat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) untuk sesuatu mata pelajaran. Sesebuah RPT
atau RPH perlulah merujuk kepada SP dan khususnya HSP bagi
merancang pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pengisian
kurikulum murid-murid menepati matlamat dan objektif HSP yang
ditetapkan. Dalam masa yang sama, guru perlu menyesuaikan tahap
pengetahuan dan kemahiran murid-murid, kebolehdapatan sumber
pengajaran dan pembelajaran dan situasi dalam sekolah untuk
membangunkan RPT dan RPH.

Mukasurat 3 daripada 25
Perubahan akibat arus globalisasi dan teknologi maklumat dan
komunikasi masa kini menyebabkan terdapatnya beberapa aspek
dalam SP dan HSP yang perlu dinilai semula supaya sesuai dengan
perubahan semasa.

1.3 Objektif Kertas Tugasan

Kertas tugasan ini bertujuan untuk membincangkan kelemahan SP dan


HSP Kajian Tempatan KBSR khususnya untuk Tahun Empat serta
memberikan cadangan penambahbaikan terhadap SP dan HSP Kajian
Tempatan berkenaan.

Objektif khusus kertas tugasan ini adalah seperti berikut:

(1) Untuk membentangkan aspek-aspek kelemahan dalam SP dan HSP


Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4;

(2) Untuk memberikan cadangan penambahbaikan terhadap SP dan


HSP Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4; dan

(3) Untuk menerangkan cabaran dan implikasi kepada cadangan


penambahbaikan SP dan HSP Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4.

Mukasurat 4 daripada 25
2. Penerangan Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4

2.1 Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR

Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR ini memuatkan maklumat


mengenai matlamat, objektif dan organisasi kurikulum bagi mata
pelajaran Kajian Tempatan Tahap II. Mengikut SP ini, terdapat tiga
ruang liput dalam program pembelajaran Tahap II sekolah rendah
iaitu:

Pertama: Keluarga, rumah, jiran dan sekolah

Kedua: Kawasan tempat tinggal, mukim, daerah/jajahan, bahagian


dan negeri

Ketiga: Negara kita

Setiap ruang liput ini memberikan hasil pembelajaran yang


berlainan. Ruang liput pertama (keluarga, rumah, jiran dan sekolah)
menekankan interaksi murid dengan keluarga dan masyarakat serta
amalan nilai-nilai hidup berjiran dan bermasyarakat. Ruang liput kedua
menyedarkan murid tentang identiti dan keistimewaan kawasan
tempat tinggal, mukim, daerah/jajahan, bahagian dan negeri supaya
mereka cinta dan bangga dengan persekitaran dan negeri mereka.

Ruang liput ketiga pula memberi pendedahan kepada murid


tentang sejarah, keadaan sosial, ekonomi dan kejayaan negara. Ia
bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang usaha pembinaan
bangsa dan negara Malaysia. Pengalaman pembelajaran dalam ruang

Mukasurat 5 daripada 25
liput tersebut dapat membentuk warganegara yang bersemangat
patriotik dan berbangga sebagai rakyat Malaysia (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001a).

Setiap ruang liput dibahagikan kepada beberapa topik atau


bidang pembelajaran untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek
yang perlu dikaji oleh murid-murid. Lampiran 1 memberikan butiran
lebih lanjut mengenai pembahagian topik berkenaan mengikut tahun.

2.2 Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4

Perancangan dan pelaksanaan mata pelajaran Kajian Tempatan yang


berkesan di sekolah memerlukan guru mengetahui dan memahami
matlamat, objektif, organisasi kandungan dan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang dinyatakan di dalam SP Kajian Tempatan sekolah
rendah. Huraian Sukata Pelajaran Kajian Tempatan disediakan bagi
meningkatkan kefahaman guru dan pihak-pihak yang mempunyai
peranan dalam aktiviti latihan dan penyebaran maklumat tentang
kandungan SP tersebut. Tujuan HSP adalah untuk membantu guru:

i. Mentafsir dan memahami SP Kajian Tempatan Sekolah Rendah


dengan tepat;

ii. Mengetahui skop, ruang liput dan bidang kajian mata pelajaran
ini;

iii. Menentukan objektif am, objektif khusus dan hasil pembelajaran


untuk merancang pelajaran;

iv. Menyediakan rancangan pelajaran yang sistematis; dan

v. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Mukasurat 6 daripada 25
HSP ini dipersembahkan dalam empat lajur iaitu Topik/Subtopik,
Hasil Pembelajaran, Unsur Patriotisme dan Contoh Aktiviti. Lajur
Topik/Subtopik menyenaraikan topik utama dan subtopik-subtopik
serta tajuk-tajuk kecil. Ini merupakan kandungan sukatan pelajaran.
Kedalaman dan keluasan skop sesuatu topik ditentukan oleh subtopik,
tajuk kecil dan perincian huraian tajuk kecil. Guru boleh memilih tajuk
kecil atau rangkuman beberapa tajuk kecil sebagai isi pelajaran
mengikut kesesuaian, kesediaan dan keupayaan murid apabila
membuat RPT dan RPH.

Lajur Hasil Pembelajaran menunjukkan segala kemahiran dan


pengalaman pembelajaran yang perlu dikuasai murid. Pernyataan hasil
pembelajaran diolah secara khusus supaya mudah diukur dengan tepat
tentang apa yang boleh dimanifestasikan oleh murid berhubung
dengan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran mereka. Hasil
pembelajaran ini disenaraikan mengikut urutan kesukaran dan
merangkumi bidang kognitif, afektif dan psikomotor.

Lajur Unsur Patriotisme pula menyenaraikan nilai murni


masyarakat dan semangat patriotik yang ingin dipupuk. Aspek ini perlu
disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
melaluinya, murid dapat menghayati mesej yang disampaikan.

Lajur Contoh Aktiviti pula memberikan panduan kepada guru


untuk mengelolakan pelajaran dengan lebih berkesan.

Mukasurat 7 daripada 25
3. Kelemahan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4

3.1 Ketidakseragaman dan Kekaburan dalam penyampaian


maklumat dalam SP dan HSP

Di dalam SP, istilah ‘Ruang Liput’ digunakan untuk menjelaskan


bidang-bidang pembelajaran dalam mata pelajaran Kajian Tempatan
Tahap I. Bidang-bidang pembelajaran pula dikategorikan kepada
Topik. Grafik di bawah menunjukkan paparan dalam SP.

Rajah 1: Grafik dalam SP

Rajah 2: Grafik dalam HSP

Mukasurat 8 daripada 25
Penyampaian grafik dalam SP dan HSP ini tidak menunjukkan
keseragaman dan boleh menimbulkan kekeliruan. Ia juga tidak
menunjukkan dengan jelas pembahagian sukatan pelajaran mengikut
tahun. Di dalam SP dan HSP, paparan berikut menunjukkan
pembahagian bidang pembelajaran.

Rajah 3: Grafik dalam SP

SP hanya menjelaskan pembahagian topik seperti Rajah 3 dan


seterusnya memberikan senarai topik-topik dalam Tahap II, tanpa
memberi indikasi dalam senarai tersebut topik tersebut untuk tahun
mana.

Kelemahan ini sebenarnya merupakan satu kelemahan kecil


sahaja tetapi perlu diambilkira. Guru merupakan warga pendidik yang
sibuk dan perlu mengakses dan mengumpul maklumat dengan cepat.
Pembestarian yang diamalkan dalam konteks pendidikan sekolah tidak
ditunjukkan dalam penyampaian maklumat dalam SP ini. Kebanyakan
maklumat disampaikan dalam bentuk teks yang memerlukan lebih
banyak masa untuk scanning dan sklmming. Paparan dalam bentuk
pengurusan grafik tidak digunakan untuk menyampaikan maklumat
secara berkesan. Penggunaan istilah yang tidak seragam juga
menyebabkan guru terpaksa mengambil masa memahami konteks
istilah tersebut.

Mukasurat 9 daripada 25
3.2 Kelemahan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’

Topik pertama, Rumah dan Keluarga mengisahkan perihal rumah dan


keluarga murid serta interaksi dalam keluarga. Menerusi topik ini,
murid akan mengetahui dan memahami tentang rumah sebagai tempat
perlindungan, konsep keluarga asas dan keluarga kembangan, cara
hidup dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam keluarga dari
masa ke semasa. Topik ini juga menyentuh peranan dan
tanggungjawab murid terhadap rumah dan keluarga. Objektif topik ini
adalah;

1. Memahami keluarga sebagai satu institusi sosial dan peranan setiap


anggota keluarga;

2. Mengenali rumah sendiri dari segi bentuk, kemudahan asas dan


fungsinya sebagai tempat perlindungan; dan

3. Menghargai rumah dan keluarga sendiri.

Secara amnya, kandungan dalam topik ini merangkumi


pengetahuan asas murid-murid mengenai aspek rumah dan keluarga
asas. Salah satu daripada topik pembelajaran yang dimuatkan adalah
Perubahan dalam Keluarga (1d) [Rajah 4]. Murid-murid perlu
didedahkan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam insititusi
sosial iaitu keluarga. Perubahan yang dimasukkan dalam pembelajaran
sekarang hanya meliputi aspek kelahiran, kematian dan perkahwinan.
Namun, murid-murid juga perlu didedahkan dengan perubahan-
perubahan semasa seperti perceraian dan perkahwinan semula dalam
keluarga, dan berbincang mengenai sebab, perasaan dan kesan
perubahan dalam keluarga mereka.

Mukasurat 10 daripada 25
Rajah 4:Topik Pembelajaran ‘Perubahan dalam Keluarga’ dalam HSP

3.3 Kelemahan dalam Sub-Topik ‘Perihal Rumah’

Subtopik-subtopik dalam ‘Perihal Rumah’ memuatkan enam tajuk kecil


iaitu:

a. Rumah saya

b. Pembinaan Rumah

c. Jenis Rumah

d. Ruang dan Kegunaan

e. Kemudahan Asas

f. Keceriaan dan Keselamatan

Mukasurat 11 daripada 25
Rajah 4 di bawah menunjukkan subtopik ‘Pembinaan Rumah’ di
mana terdapat tiga tajuk kecil iaitu pelan, bahan binaan dan pihak
yang telribat seperti arkitek, kontraktor, tukang kayu dan tukang paip.

Rajah 4: Sub-topik ‘Pembinaan Rumah’ dalam HSP

Pengetahuan mengenai pihak yang terlibat dalam pembinaan


rumah dianggap tidak relevan dalam memberikan pengalaman
pembelajaran mengenai pembinaan rumah. Ini kerana aspek ini dapat
disentuh secara tidak langsung dalam membincangkan sub-topik (d)
Ruang dan Kegunaan dan (e) Kemudahan Asas dalam topik ini.

Mukasurat 12 daripada 25
Pengasingan kepada sub-topik (b.iii) ini agak bertindih dengan
pengisian untuk sub-topik (d) dan (e).

3.4 Kelemahan dalam Topik ‘Sekolah Kita’

Topik ‘Sekolah Saya’ terdiri daripada enam subtopik iaitu lokasi,


sejarah, identiti, jawatan dan tanggungjawab, peraturan dan
keselamatan dan aktiviti.

Lokasi hanya memberi fokus kepada lokasi bilik darjah murid


seperti ditunjukkan dalam Rajah 5. Penumpuan kepada bilik darjah
sahaja didapati tidak memadai kerana murid-murid juga sepatutnya
mengetahui lokasi bagi tempat-tempat lain seperti bilik guru, bilik
sembahyang (surau), kantin, bilik bimbingan dan kaunseling, pusat
sumber, dan sebagainya supaya murid juga dapat memperihalkan
seolah dengan lebih meluas.

Rajah 5: Lokasi dalam Topik ‘Sekolah Kita’

Mukasurat 13 daripada 25
Topik ini juga tidak memberi pendedahan kepada peranan
badan-badan tertentu di dalam sekolah seperti peranan Pusat Sumber,
Bilik ICT, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, dan sebagainya. Begitu juga,
dalam subtopik (e.iii) Peraturan dan Keselamatan, aspek peraturan di
tempat-tempat khas tidak memasukkan pusat sumber, bilik bimbingan
dan kaunseling dan tempat-tempat lain yang khas di sekolah.

Mukasurat 14 daripada 25
4. Cadangan Penambahbaikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral KBSR/Tahun 4

4.1 Penggunaan Pengurusan Grafik dalam Penyampaian


Maklumat dalam SP dan HSP

Penyampaian maklumat dalam SP dapat diperbaiki dengan


menggunakan borang pengurusan grafik yang sesuai di mana ia dapat
memaparkan maklumat secara berasingan dan keseluruhan dalam satu
bentuk grafik. Cara sebegini lebih mudah difahami, mengurangkan
masa merujuk dan memberikan gambaran yang lebih jelas.

Grafik yang ditunjukkan dalam Rajah 6 di bawah adalah cadangan untuk


memaparkan maklumat dalam SP KBSR Kajian Tempatan.

Bidang Pembelajaran Kajian Tempatan

Pertama Kedua Ketiga


(Tahun 4) (Tahun 5) (Tahun 6)
Keluarga, rumah, Latar belakang Pembangunan Negara
jiran, sekolah dan Negara Kita Kita
perihal setempat
Topik-topik yang diliputi adalah:
1. Rumah dan Keluarga 1. Mengenal negara 1. Sumber negara
2. Kejiranan kita 2. Ekonomi negara
3. Sekolah Kita 2. Keindahan negara 3. Pembinaan bangsa
4. Perihal Setempat kita dan negara
3. Sejarah negara kita 4. Kejayaan dan
4. Masyarakat Malaysia kebanggaan negara

Rajah 5: Cadangan Pengolahan Pembelajaran dalam SP dan HSP

Penyampaian grafik yang lebih jelas membolehkan guru


merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik lagi. Ia

Mukasurat 15 daripada 25
juga terus memberi gambaran pemecahan bidang pembelajaran
kepada Tahun 4, 5 dan 6 di samping memberi gambaran keseluruhan
kandungan sukatan pelajaran dari Tahun 4, 5 dan 6.

4.2 Penambahbaikan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’

Topik rumah dan keluarga perlu memasukkan isu-isu kekeluargaan


yang semasa dan futuristik. Dalam mempelajari aspek rumah dan
keluarga, sukatan pelajaran yang ada sekarang tidak memasukkan
beberapa aspek semasa dalam keluarga moden seperti kejadian
perceraian dalam keluarga, kehadiran pembantu rumah, ketiadaan
keluarga kembangan dalam ruang lingkup kehidupan kanak-kanak
sekarang.

Isu perpecahan dalam keluarga merupakan satu isu yang tidak


boleh diketepikan dalam generasi masa kini. Kadar perceraian dan ibu
tunggal semakin meningkat sekarang dan dihubungkaitkan dengan
pelbagai isu sosial di kalangan kanak-kanak.

Mata pelajaran Kajian Tempatan boleh dijadikan satu saluran


utama dan awal untuk mendidik murid-murid untuk memahami dan
mempunyai pengetahuan untuk menangani kesan daripada masalah
ini. Mereka perlu dibawa berbincang mengenai sebab, perasaan dan
kesan perubahan sedemikian dalam keluarga mereka, sama seperti
mereka membincangkan perihal kelahiran, kematian dan perkahwinan
dalam keluarga.

4.3 Penambahbaikan dalam subtopik ‘Perihal Rumah’

Mukasurat 16 daripada 25
Tajuk-tajuk kecil dalam sub-topik ‘Perihal Rumah’ didapati mempunyai
pertindihan kandungan sukatan pelajaran. Urutan tajuk-tajuk kecil
dalam sub-topik berkenaan dicadangkan seperti berikut;

No Urutan Tajuk-Tajuk Cadangan


Kecil

a Rumah Saya Dikekalkan

b Jenis Rumah Memasukkan dua tajuk kecil dalam (c)


Pembinaan Rumah iaitu pelan dan
bahan binaan dalam perbincangan
mengenai jenis-jenis rumah

c Pembinaan Rumah Digugurkan. Tajuk kecil diagihkan


kepada (b) Jenis Rumah dan (e)
Kemudahan Asas

d Ruang dan Kegunaan Dikekalkan

e Kemudahan asas Memasukkan satu tajuk kecil dalam (c)


Pembinaan Rumah iaitu “Pihak yang
terlibat seperti arkitek, kontraktor,
tukang kayu dan tukang paip”

f Keceriaan Diasingkan daripada keselamatan

g keselamatan Diasingkan daripada keceriaan

Untuk mengelakkan pertindihan pengajaran dan juga untuk


mengemaskini HSP, tajuk kecil ‘Pembinaan Rumah’ digugurkan dan
huraian-huraian di dalamnya iaitu (i) pelan dan (ii) bahan binaan lebih
sesuai dibincang bersama dengan tajuk kecil ‘Jenis-jenis Rumah’. Ini
kerana apabila membincangkan jenis-jenis rumah, perbincangan akan

Mukasurat 17 daripada 25
membawa kepada pelan (rekabentuk) dan juga bahan binaan yang
digunakan.

Huraian (iii) Pihak yang terlibat seperti arkitek, kontraktor,


tukang kayu dan tukang paip, pula lebih sesuai digabungkan dengan
tajuk kecil “Kemudahan Asas” kerana dalam tajuk ini, penyediaan
kemudahan asas boleh terus merujuk kepada pihak yang menyediakan
kemudahan asas berkenaan.

Keceriaan dan keselamatan juga dicadangkan agar dipisahkan


kerana aspek keceriaan dan keselamatan mempunyai skop yang luas.
Di samping itu, keselamatan rumah masa kini menjadi isu yang penting
disebabkan kes pecah rumah yang melibatkan jenayah berat seperti
membunuh, merogol dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Oleh itu,
aspek keselamatan rumah perlu dikembangkan untuk membawa
murid-murid berbincang mengenai tanggungjawab mereka menjaga
keselamatan di rumah yang berkaitan dengan penggunaan bahan
elektrik, langkah berjaga-jaga daripada kejadian mencuri dan pecah
rumah, dan sebagainya.

4.4 Penambahbaikan dalam Topik ‘Sekolah Kita’

Sekolah merupakan rumah kedua bagi murid-murid. Oleh itu,


pengetahuan mereka yang mendalam tentang sekolah haruslah
disesuaikan. Mereka perlu diberi kesedaran kepelbagaian fungsi
sekolah seperti bilik darjah, bilik guru, pusat sumber, makmal ICT,

Mukasurat 18 daripada 25
makmal Sains, Surau Sekolah, Pusat Kesihatan, Bilik Bimbingan dan
Kaunseling dan sebagainya. Murid-murid perlu didedahkan bukan
sahaja kepada peraturan di tempat-tempat khas tetapi lebih penting
lagi, memahami peranan dan fungsi tempat-tempat khas ini.

Oleh itu, penambahbaikan dalam topik ini dicadangkan


pengolahan subtopik-subtopik seperti berikut:

No Sub-topik Cadangan

a Lokasi Dikekalkan, tetapi ditambah dengan


lokasi tempat-tempat khas di sekolah
seperti pusat sumber, makmal ICT,
makmal Sains, Surau, Kantin, Bilik
Kesihatan, Bilik Bimbingan & Kaunseling
dsb

b Sejarah Dikekalkan

c Identiti Dikekalkan

d Jawatan dan Dikekalkan


tanggungjawab

e Peraturan dan Dikekalkan tetapi senarai tempat-


keselamatan tempat khas perlu disemak semula,
menggunakan istilah yang betul.
Contoh: Pusat Sumber dan bukan lagi
Perpustakaan

f Aktiviti Dikekalkan

Mukasurat 19 daripada 25
5. Kesimpulan

Mok (2004) menyatakan bahawa Malaysia juga tidak ketinggalan dalam


melakukan reformasi pendidikan. Perubahan dalam kurikulum sekolah telah
dilakukan beberapa kali sejak ia diperkenalkan. KBSR juga telah mengalami
beberapa perubahan dan setiap daripada perubahan ini perlu diserapkan
dalam SP dan HSP mata pelajaran. Pembestarian sekolah yang berlaku pada
tahun 2000 membawa lebih banyak arus perubahan dalam penyampaian
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran-matapelajaran di sekolah.

Sebagai guru yang menyampaikan pengajaran dan pembelajaran


dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, isu-isu dan masalah berkaitan
dengan penyampaian kandungan dalam sukatan pelajaran sememangnya
perlu diketengahkan dan disampaikan kepada pihak berkenaan supaya inovasi
kurikulum ke arah peningkatan kualiti dapat diteruskan.

Guru merupakan pengoperasi kurikulum di bilik darjah dan dengan itu


orang yang penting dalam memberi pendapat dan cadangan penambahbaikan
sukatan pelajaran sedia ada. Walaupun demikian, guru melihat sesuatu
kelemahan itu di peringkat mikro iaitu dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran di sekolah manakala Pusat Perkembangan Kurikulum perlu
mengambilkira pendapat guru-guru dan melihatnya pula di peringkat makro.

Kesimpulannya, kelemahan yang dinyatakan dalam kertas tugasan ini


adalah semata-mata andaian dan pendapat guru sebagai pengoperasi
kurikulum di sekolah dan cadangan penambahbaikan pula datang daripada
pengalaman guru dalam memantapkan lagi penyampaian pengajaran dan
pembelajaran Kajian Tempatan di sekolah.

Mukasurat 20 daripada 25
Rujukan
Brown, S., & McIntyre, D. (1993). Making sense of teaching. Buckingham: Open
University Press.

Contoh Perancangan Kurikulum Sekolah, laman web:


http://www.saktie.com/media/Program%20Kurikulum.pdf

Fullan, M., & Park, P. (1989). Curriculum implementation. Ontario: Ministry of


Education.

Goodlad, J. I., & Su, Z. (1992). The organization of the curriculum. Dlm. P. W.
Jackson (Ed.), Handbook of research on curriculum (hh. 327-344). New York:
Macmillan

Habib Mat Som, (2004) Guru dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum: Sorotan dan


Perbincangan. Masalah Pendidikan, 27

McCormick, R., & James, M. (1983). Curriculum evaluation in schools. London:


Routledge.

Mok Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia untuk Diploma Perguruan , Subang
Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah), Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a). Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR .
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001b). Huraian Sukatan Pelajaran Kajian


Tempatan KBSR Tahun Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Wiles, 1. w., & Bondi, 1. C. (1998). Curriculum development: A guide to practice .
New Jersey: Prentice-Hall.

Mukasurat 21 daripada 25
Lampiran 1 – Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR

Pembahagian Topik Kajian Tempatan

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

1. RUMAH & KELUARGA 5. MENGENAL NEGARA 9. SUMBER NEGARA


1.1 Perihal Keluarga KITA 9.1 Sumber Semula Jadi
a. Keluarga asas 5.1 Lokasi a. Jenis sumber
b. Keluarga kembangan a. Di Asia Tenggara b. Sumber yang boleh
c. Peranan & b. Di dunia dibaharui dan
tanggungjawab 5.2 Negeri-Negeri Dalam tidak boleh dibaharui
d. Perubahan dalam Malaysia c. Cara mendapatkan
keluarga a. Nama negeri , ibu sumber
e. Cara hidup negeri dan bandar d. Kegunaan
berkeluarga utama e. Kesan kepada alam
1.2 Perihal Rumah b. Lagu, bendera jata sekitar
a. Rumah saya dan lambang - f. Pemeliharaan dan
b. Pembinaan rumah lambang negeri pemuliharaan
c. Jenis rumah c. Ketua Negeri dan 10. EKONOMI NEGARA
d. Ruang dan kegunaan Ketua Kerajaan 10.1 Kegiatan Ekonomi
e. Kemudahan asas Negeri a. Kegiatan ekonomi
f . Keceriaan dan 5.3 Identiti Negara utama
keselamatan a. Lagu , bendera, jata, b. Kawasan utama dan
2. KEJIRANAN mercu dan faktor yang
2.1 Perihal Jiran lambang lain mempengaruhinya
a. Anggota keluarga 4.5 Kemudahan dan 10.2 Sumbangan
jiran Perkhidmatan Awam Kegiatan Ekonomi
b. Latar belakang jiran a. Jenis dan kepentingan a. Pekerjaan
c. Cara hidup b. Peranan dan b. Pendapatan
2.2 Hidup Berjiran tanggungjawab c. Pembangunan
a. Kepentingan hidup pengguna 10.3 Pembangunan
berjiran b. Struktur pentadbiran Ekonomi Berterusan
b. Peranan dan negara a. Kepentingan bekalan
tanggungjawab c. Ketua Negara dan sumber
3. SEKOLAH KITA Ketua Kerajaan b. Penyelidikan dan
3.1 Perihal Sekolah Persekutuan pembangunan
a. Lokasi 6. KEINDAHAN NEGARA 9.2 Sumber Manusia
b. Sejarah KITA a. Jumlah penduduk
c. Identiti 6.1 Ciri - Ciri Fizikal yang b. Tahap pendidikan
d. Jawatan dan Istimewa c. Tahap kesihatan

Mukasurat 22 daripada 25
tanggungjawab a. Bentuk muka bumi 11.1 Perlembagaan
e. Peraturan dan Malaysia Negara
keselamatan 6.2 Bangunan dan Binaan a. Sistem Kerajaan
f . Aktiviti a. Keindahan dan Persekutuan
3.2 Saya dan Sekolah keistimewaan seni b. Kewarganegaraan
a. Peranan dan bina c. Kedudukan istimewa
tanggungjawab 7. SEJARAH NEGARA orang Melayu dan
b. Sumbangan murid KITA bumiputera dan
kepada sekolah 7.1 Kesultanan Melayu kepentingan sah kaum
3.3 Sekolah & Melaka lain
Masyarakat a. Pengasasan Melaka e. Raja Berperlembagaan
a. Persatuan Ibu Bapa b. Kegemilangan Melaka f . Bahasa dan agama
dan Guru ( PIBG ) 7.2 Sejarah Awal Sabah rasmi
b. Pihak lain yang a. Asal usul nama Sabah 11. PEMBINAAN BANGSA
memberi sumbangan b. Pentadbiran DAN NEGARA
kepada sekolah c. Cara hidup 11.2 Rukun Negara
c. Khidmat sekolah 7.3 Sejarah Awal a. Prinsip
kepada masyarakat Sarawak. b. Penghayatan
4. PERIHAL SETEMPAT a. Asal-usul nama 11.3 Usaha-Usaha
4.1 Latar Belakang Sarawak Membangunkan
a. Lokasi b. Pentadbiran Negara
b. Aspek fizikal utama c. Cara hidup a. Rancangan ekonomi
c. Cuaca 7.4 Zaman Penjajahan b. Rancangan sosial
4.2 Identiti Setempat a. Kedatangan penjajah 12. KEJAYAAN DAN
a. Sejarah dan legenda b. Kesan penjajahan KEBANGGAAN
b. Lagu, bendera, jata c. Penentangan NEGARA
dan lambang masyarakat tempatan 12.1 Masyarakat
c. Tokoh dan pemimpin 7.5 Kemerdekaan dan Harmonis
d. Keistimewaan Penubuhan Malaysia a. Faktor istimewa
setempat a. Semangat kebangsaan 12.2 Kejayaan Negara
4.3 Masyarakat b. Peristiwa a. Kestabilan politik
a. Keturunan c. Pembentukan Malaysia b. Kemajuan ekonomi
b. Perayaan dan 7.6 Warisan Sejarah c. Pembangunan sosial
sambutan a. Pemeliharaan dan 12.3 Malaysia di Arena
c. Pekerjaan pemuliharaan Antarabangsa
4.4 Pentadbiran 8. MASYARAKAT a. Pertubuhan yang
a. Jawatan di pelbagai MALAYSIA dianggotai dan
peringkat 8.1 Penduduk faedahnya
4.6 Isu Setempat a. Komposisi dan taburan b. Peranan dan
a. Mengenal pasti b. Faktor yang sumbangan
masalah dan cara mempengaruhi
mengatasinya. perubahan penduduk
8.2 Agama dan

Mukasurat 23 daripada 25
kepercayaan
a. Kepelbagaian agama
dan kepercayaan
8.3 Kebudayaan dan
kesenian
a. Cara hidup
8.4 Perpaduan
a. Kegiatan sosial dan
kebajikan
b. Penyertaan pelbagai
kaum dalam aktiviti
permainan, kesenian
dan rekreasi
c. Sistem pendidikan
d. Undang-undang dan
peraturan

Mukasurat 24 daripada 25

You might also like