You are on page 1of 21

PROPOSAL LATIHAN ILMIAH

PENGARUH LEKSIKAL BAHASA THAI DALAM DIALEK MELAYU


PATANI : KAJIAN PENDUDUK KEPALA JAMBATAN SETENG

1.0 Latar Belakang Kajian

Pengkajian bahasa merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan


manusia. Bahasa juga sebagai cerminan akal budi, budaya, jiwa dan roh sesuatu
bangsa. Dan merupakan bukti peranan terbesar bahasa sesuatu bangsa. Sejarah
membuktikan bahawa tamadun terbangun oleh bangsa yang memartabatkan
bahasanya sendiri.

Penggunaan bahasa iaitu kaedah atau aturan komunikasi yang digunakan


oleh manusia untuk menyampaikan maklumat dan makna yang terbit daripada
akal fikiran dan menjelaskannya dengan kata-kata sesuatu bahasa yang difahami
oleh penerima maklumat dalam bentuk percakapan dan tulisan.

Bahasa Thai merupakan bahasa rasmi yang digunakan di Negara Thai.


Namanya dalam bahasa Thai sendiri berbunyi Phasa Thai (ภาษาไทย) ertinya bahasa
rakyat Thai. Bahasa ini merupakan bahasa yang paling penting dalam masyarakat
Thai dan berfungsi sebagai bahasa perantaraan antara kaum di Negara Thai dan
dianggap sebagai bahasa tinggi.

1
Negara Thailand merupakan salah sebuah Negara yang mempunyai
masyarakat minoriti Melayu yang menjadi warga negaranya. Masyarakat Thai
dirujuk sebagai Melayu kerana mengamalkan adat istiadat, tradisi dan budaya
Melayu, dan menuturkan salah satu dialek yang dinamakan sebagai dialek
Melayu.

Masyarakat Melayu Thailand menetap di kawasan selatan Thailand yang


terdiri daripada Wilayah Yala, Patani, Narathiwat, dan sebahagian Songkhla.
Mereka dikenali sebagai “Si Changwat Pak Tai”. Bahasa yang digunakan di
selatan Thailand iaitu dialek Melayu Patani, loghatnya lebih mirip dengan dialek
Kelantan, sementara Wilayah Satun loghat yang digunakan iaitu dialek Melayu
Satun yang lebih mirip dengan dialek Melayu Kedah.

Dialek Melayu Patani digunakan oleh masyarakat Melayu di empat wilayah


selatan Thailand dalam komunikasi umum juga upacara tertentu, Walau pun
masyarakat Melayu Patani telah dijajah oleh Siam selama beberapa dekad hingga
sekarang, namun dialek Melayu Patani masih berfungsi bagi masyarakat selatan
Thailand sebagai bahasa pengantar di institusi-institusi keagamaan, pendidikan,
komunikasi dan lain-lain.

Manakala dialek Melayu Patani banyak terpengaruh dengan bahasa Thai


yang berstatus sebagai bahasa majoriti dan bahasa rasmi Negara Thailand. Bahasa
Thai yang dimaksudkan ialah bahasa yang digunakan oleh penduduk di Kepala
Jambatan Seteng semakin hari kelihatan mengalami peminjaman leksikal bahasa
Thai yang ketara dalam kehidupan harian mereka. Berikut di antara contoh-contoh
leksikal bahasa Thai yang sedang digunakan oleh masyarakat Melayu Kepala
Jambatan Seteng dengan menggunakan huruf singkatan BT (Bahasa Thai), DMP

2
(Dialek Melayu Patani), dan BMB (Bahasa Melayu Baku) seperti berikut:

BT DMP BMB
// /trta/ televisyen
/tuyen/ /tuje/ peti sejuk
/thammada/ /thamada/ biasa
Contoh pinjaman leksikal bahasa Thai dalam DMP dengan BMB dalam
bentuk ayat seperti berikut :

BT DMP BMB
N     Ade nk t trta Adik nak tengok tv
? c man? rancangan apa?
    Air sjo ad dal tuje . Air sejuk ada dalam peti
sejuk.
      N bli rti thamada s Nak beli roti biasa satu
   
rti tel s dan roti telor satu.

1.1 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pernyataan di atas Selatan Thailand majoriti penduduknya beragama


Islam dan berbahasa Melayu. Mereka mempunyai identiti yang berbeza dengan
orang-orang Siam dari sudut agama, bahasa, dan budaya. Masyarakat Melayu
menggunakan dialek Melayu Patani dalam perhubungan harian mereka. Kecuali
daerah bandar yang banyak pengaruh dari leksikal bahasa Thai.

Menurut Nik Anuar (2000 : 61), pada tahun 1940an, Phibun Songkram
sebagai perdana menteri pada masa itu, telah membangkitkan semangat
nasiolisme kesiaman. Beliau telah melaksanakan langkah yang tegas demi

3
menjayakan hasrat untuk mengasimilasikan etnik-etnik yang ada dalam negara
Siam. Langkah-langkah yang dilakukan seperti berikut :

1. Melarang institusi pendidikan pondok mengajar dalam bahasa Melayu kerana


bahasa itu bukan bahasa rasmi negara ini.
2. Menutup institusi-institusi pendidikan agama Islam yang mengajar dalam
bahasa Melayu.
3. Melarang orang Melayu bercakap bahasa Melayu.
4. Memaksa orang Melayu menukarkan nama Melayu kepada nama Siam.
5. Menukarkan nama-nama kampung dalam bahasa Melayu ke dalam bahasa Siam
di seluruh wilayah-wilayah Melayu.
6. Berusaha menimbulkan kesulitan kepada orang Melayu yang bercakap Melayu
apabila berurusan di pejabat-pejabat kerajaan.
7. Melarang orang-orang Melayu memakai pakaian Melayu.
(Ahmad Sombun, 2006 : 21)

Bahasa adalah salah satu faktor utama kerajaan Siam dalam


mengasimilasikan orang-orang Melayu di Patani. Kini penggunaan dialek Melayu
Patani dalam kalangan penduduk Bandar Yala khasnya semakin hari semakin
merosot dan khuatir akan pupus di masa akan datang. Salah satu puncanya ialah
peminjaman leksikal bahasa Thai ke dalam dialek Melayu Patani.

Dari pernyataan masalah tersebut di atas, hal ini mendorong pengkaji untuk
mengkaji sejauh manakah pengaruh leksikal bahasa Thai dalam dialek Melayu
Patani Kepala Jambatan Seteng Daerah Bandar Yala dengan memberi tumpuan
kajian kepada kawasan penutur DMP.

1.2 Rumusan Masalah

4
Perumusan masalah dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti tentang leksikal
BT dalam DMP. Sejauh manakah pengaruh leksikal bahasa Thai dari segi
pemerolehan dalam dialek Melayu Patani dalam kalangan penutur DMP kawasan
di Kepala Jambatan Seteng Daerah Bandar Yala?

1.3. Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti pengaruh leksikal BT dalam
DMP yang menyebabkan kemerosotan DMP dalam kalangan penduduk Kampong
Kepala Jambatan Seteng. Pengaruh ini juga mungkin akan mempengaruhi
pemupusan bahasa ibunda atau jati diri anak bangsa Melayu dalam kalangan
penduduk kampong ini. Dalam pengkajian ini pengkaji ingin mengenal pasti
tentang pengaruh leksikal bahasa Thai dalam kalangan penduduk Kampung
Kepala Jambatan Seteng.

Berdasarkan kepada tujuan kajian tersebut, pengkaji akan mengetahui punca


berlaku dan cara penyelesaian pengaruh leksikal BT yang ketara dalam pergaulan
harian penduduk Kepala Jambatan Seteng.

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan memberi manfaat dan faedah yang tersurat dan tersirat
kepada masyarakat selatan Thailand dan semoga dapat dimanfaatkan oleh peminat

5
bahasa Melayu dalam mengkaji DMP khasnya. Hasil dari kajian ini seperti
berikut:

1. Bermanfaat kepada pengguna DMP sebagai bahan rujukan dalam pengkajian


seterusnya kepada generasi akan datang.
2. Bermanfaat kepada generasi muda untuk membezakan leksikal BT yang
menyerap ke dalam DMP.
3. Bermanfaat kepada penutur DMP supaya menyedari tentang kepupusan leksikal
DMP.

Di samping boleh dimanfaatkan sebagai bahan rujukan kepada generasi akan


datang, pengkaji juga berharap dapat menyedari masyarakat Melayu Patani
bahawa bahasa atau dialek yang dugunakan atau mereka pusakai daripada nenek
moyang mereka mulai terhakis dan hampir pupus di bumi sendiri.

1.5 Skop Kajian

Skop kajian ini tertumpu kepada penduduk Kampong Kapala Jambatan Seteng
Daerah Bandar Yala.
1. Pengkaji menumpukan kajian terhadap penyerapan leksikal atau kosa kata
bahasa Thai dalam DMP.
2. Pengkaji menumpukan informan dalam kajian terhadap orang-orang tua dari
umur lima puluh tahun hingga enam puluh tahun seramai lima orang, orang-
orang dewasa dari umur tiga puluh tahun hingga empat puluh tahun seramai
lima orang, para remaja seramai lima orang sekitar umur lima belas tahun
hingga dua puluh lima tahun, dan kanak-kanak sekitar umur empat tahun
hingga dua belas tahun seramai lima orang, serta pengkaji sendiri sebagai

6
informan dalam kalangan penduduk Kepala Jambatan Seteng daerah bandar
yala.
3. Pengkaji akan mengkaji secara langsung dan secara tidak langsung terhadap
peminjaman BT dalam DMP.

Untuk memperoleh data kajian, pengkaji telah memilih beberapa tempat


iaitu di rumah-rumah penduduk kampung, di tempat mengajar al-Quran kanak-
kanak kampung ini, dan di kedai-kedai runcit kampung ini.

1.6 Kajian Lampau

Berdasarkan beberapa buah rujukan latihan ilmiah, tesis sarjana, dan Ph.D yang
berkaitan dengan kajian yang akan pengkaji lakukan seperti berikut :
Menurut Phaosan Jehwae (2004), beliau telah mengkaji morfologi bahasa
Melayu Patani didapati mempunyai ciri-ciri mencakup jenis morfem, proses
morfologis, proses fonologis, fungsi, dan makna morfem. Proses morfologis
dalam bahasa Melayu Patani adalah cara pembentukan kata dengan
menggabungkan sesuatu morfem dengan morfem yang lain. Dalam bahasa
Melayu Patani terdapat kata ulang. Pembentukan kata dalam bahasa Melayu
Patani selain menggunakan imbuhan, dapat juga mengulang bentuk dasar secara
keseluruhan atau sebahagian tanpa perubahan fonem. Dalam proses pengulangan,
perubahan penggolongan kata sebagai akibat penggabungan dengan morfem lain,
tetapi pada umumnya proses ini tidak banyak mengubah golongan atau jenis kata.
Kata ulang dalam bahasa Melayu Patani terdapat dua tip, iaitu tip perulangan dan
erti perulangan. Tip perulangan berdasarkan cara mengulang bentuk dasar, dalam
erti diidentifikasikan perulangan seluruh, perulangan yang berkombinasi dengan
pengimbuhan, dan perulangan dengan penggantian fonem. Perulangan dalam

7
Gabungan kata bahasa Melayu Patani dibentuk oleh berbagai jenis kata seperti
kata benda, kata sifat dan kata kerja.

Chong Mun Wah (1997), kajian beliau melihat proses peminjaman kata
telah dilakukan secara sesuka hati dan sewengang-wenangnya tanpa sebarang
perancangan oleh pihak tertentu. Akibatnya timbullah masalah penyelarasan vokal
dan konsonan yang tidak bahasa Melayu Patani pada umumnya secar sintaksis
tidak mempunyai potensi mengubah jenis atau gabungan kata, terutamanya pada
tipe perulangan seluruh. sistematik dan konsisten. Oleh itu, satu usaha lanjutan
untuk menangani masalah ini perlu dijalankan secepat mungkin agar peminjaman
yang dimaksudkan pada masa hadapan dapat dilakukan secara lebih sistematik.

Kamaruddin Esayah (1998), telah mengkaji perbandingan aspek fonologi


Dialek Melayu Satun dengan Dialek Melayu Patani. Perbandingan fonologi
segmental kedua-dua dialek ini dapat memaparkan ciri persamaan dan perbezaan
sistem fonem dan penyebaran segmen-segmen bunyi yang mengalami perubahan
melalui beberapa proses fonologi. Daripada perbandingan fonologi
suprasegmental Dialek Melayu Satun dengan Dialek Melayu Patani, unsur suku
kata, unsur tekanan suara dan unsur intonasi pula memperlihatkan kedua-dua
dialek ini mempunyai ciri-ciri suprasegmental yang hampir sama.

Ku-Ares Tawandorloh (2006), menurut penelitiannya tentang sistem


pembentukan kata bahasa Thai dan bahasa Indonesia. Proses pembentukan kata
dalam bahasa Thai memiliki dua proses iaitu proses pemajmukan dan proses
pengulangan, sedangkan bahasa Indonesia memiliki tiga proses iaitu proses
pembubuhan afiks, proses pemajmukan, dan proses pengulangan. Dalam proses
memperkaya kosa kata, bahasa Thai sering menyerap kosa kata bahasa etnik yang
memiliki hubungan dengan keagamaan Budha, seperti bahasa Phali dan Sanskerta.

8
Manakala bahasa Indonesia memiliki kosa kata yang menyerapkan bahasa-bahasa
daerah di Nusantara dan bahasa-bahasa yang berhubungan dengan agama Islam.
Kata majmuk dalam bahasa Thai terbentuk dari gabungan antara bahasa Thai
dengan bahasa Phali dan bahasa Sanskrit, melalui penambahan bunyi vocal /a/ di
antara kedua dasarnya. Manakala bahasa Indonesia tidak berlaku sesuatu
perubahan. Adapun pembentukan kata ulang atau kata ganda, proses pengulangan
penuh, pengulangan penuh dengan perubahan fonem, dan pengulanagan makna
sama-sama dialami oleh bahasa Thai dan bahasa Indonesia, kecuali dalam
pembentukan kata pengulangan dengan afiks tiada dijumpai dalam bahasa Thai.
Dalam bahasa Thai terdapat pengulangan dua buah kata berpasangan yang seerti
dan yang berlawanan erti, dan pengulangan kata dengan perubahan ton (nada),
sedangkan bahasa Indonesia tidak mengenal kata-kata tersebut. Demikian juga
dengan bahasa Indonesia terdapat pengulangan penuh tanpa afiks dengan kata
majmuk dan pengulanga sebahagian yang tiada dalam bahasa Thai. Oleh itu,
pemakaian bahasa sehari-hari,kata-kata pengulangan makna dalam bahasa Thai
dan bahasa Indonesia sama-sama produktif.

Ruslan Uthai (2005), menurut kajiannya tentang ciri-ciri istimewa Dialek


Melayu Patani : satu tinjauan. Berdasarkan ciri-ciri yang dikemukakan kelihatan
ada tanda-tanda yang menunjukkan Dialek Melayu Patani sedang berkembang
menuju kearah ciri bahasa Thai, iaitu kewujudan konsonan letupan tak bersuara
berhembusan, dan ajakan daripada bahasa polisilabik menuju ke dwisilabik dan
seterusnya monosilabik. Selanjutnya tidaklah mustahil Dialek Melayu Patani pada
masa akan datang akan berubah menjadi bahasa bertona sejajar dengan ciri utama
bahasa Thai. Berkaitan dengan hal ini, Dialek Melayu Satun dituturkan dengan
sistem tona, bahasa Cam di Vietnam dan Utsat di China Selatan, bahasa yang
terkandung dalam rumpun bahasa Austronesian, sudah berkembang menjadi
bahasa bertona.

9
Worawit (1990), dalam kajiannya beliau melihat pengaruh bahasa Thai
banyak terjadi dalam bahasa Melayu Patani. Pengaruh tersebut disebabkan oleh
banyak faktor. Antara faktor yang menjadi penyebab terjadi pengaruh bahasa Thai
terhadap bahasa bahasa Melayu adalah faktor pendidikan, politik dan ekonomi.
Perubahan bahasa Melayu Patani menyebabkan terjadi perbezaan di antara bahasa
Melayu Dialek Kelantan dan bahasa Melayu Patani. Patani dalam sejarah bahasa
Melayu Patani dan bahasa Melayu Dialek Kelantan merupakan dialek yang sama
kerana pernah menjadi satu atap kerajaan. Seterusnya berdasarkan kajiannya lagi,
Worawit (1998) dalam tesis Ph.D, beliau telah mengungkap bahawa dasar dan
kebijaksanaan kerajaan Thai (siamisasi) terhadap bahasa Melayu telah
menyebabkan proses pengajaran bahasa Melayu menjadi mundur dan akhirnya
terjadi kehilangan bahasa Melayu dan jati diri orang Melayu di selatan Thai.
Kerajaan Thai melihat keberadaan bahasa Melayu di Selatan Thai terlalu politik
dan curiga.

Berdasarkan kajian lampau di atas, dapat disimpulkan bahawa kajian yang


telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tersebut tentang Dialek Melayu Patani,
masih terdapat kekurangan pengkaji yang mengkaji pengaruh leksikal bahasa Thai
dalam dialek Melayu Patani secara langsung, hal ini mendorong pengkaji untuk
mengkaji pengaruh leksikal bahasa Thai dalam Dialek Melayu Patani dalam
kalangan penduduk Kepala Jambatan Seteng. Dengan ini akan memberi banyak
manfaat kepada masyarakat selatan Thai dan peminat bahasa Melayu umumnya.

1.7 Kerangka Teori

10
Teori merupakan sesuatu yang penting dalam sesuatu kajian, dengan adanya teori
dapat membuktikan pengaruh leksikal bahasa Thai ke dalam Dialek Melayu
Patani dalam kalangan penduduk Kepala Jambatan Seteng. Dengan ini pengkaji
akan berfokus kepada teori mekanis (teori behaviourisme), iaitu pemerolehan
bahasa dalam kajian ini.

a. Teori Mekanis (Teori Behaviurisme)

Teori Behaviurisme atau Teori Mekanis merupakan teori yang lebih cenderung
membuat kajian tentang bahasa secara dekat. Menurut ahli-ahli psikologi,
golongan behaviurismelah yang lebih cenderung membuat kajian tentang bahasa
secara dekat.

Mengikut Skinner (1957 dalam Kamarudin 1995 : 5), menyatakan bahawa


pengukuhan perulangan sesuatu laku harus cepat terjadi sebelum diganggu oleh
tindak laku yang lain. Tindak laku yang direncanakan bersifat operan atau
instrumental dan mempunyai pengaruh terhadap lingkungan. Lingkungan yang
dipengaruhi ini adalah pemberian hadiah atau pengukuhan kepada organisma yang
mengeluarkan tingkah laku tersebut.

Mengikut teori behaviurisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan,


iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi
suatu kebiasaan. Teori ini berasaskan cara pemerolehan bahasa pertama oleh
seorang kanak-kanak iaitu memperoleh bahasa daripada ibu bapa dan ahli
keluarganya yang lain melalui proses peniruan yang berulang-ulangsejak dia mula
belajar membuat bunyi-bunyimenyebut leksikal atau perkataan dan seterusnya
membentuk ayat-ayat.

11
Ringbow (1976 : 1-14), telah mengkaji tentang pengaruh bahasa ibunda
dalam proses mempelajari bahasa kedua. Kumpulan murid berbangsa Swedish
dan Finnish dijadikan subjek kajian. Dua kumpulan murid tersebut mempelajari
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Pada akhir kajian beliau didapati murid-
murid Finnish kurang dipengaruhi pemindahan bahasa ibunda berbanding murid-
murid Swedish. Murid-murid Swedih hidup dalam masyarakat yang menggunakan
bahasa Sweden sebagai bahasa harian, manakala murid-murid Finnish hidup
dalam masyarakat Multilingual. Ternyata Ringbom menghubungkan dapatannya
dengan faktor persekitaran bahasa murid-murid berkenaan. Beliau merumuskan
bahawa faktor persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting dalam
pemerolehan bahasa kedua.

b. Hakikat Dialek Melayu Patani

Dialek Melayu Patani merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat komunikasi
di antara masyarakat Melayu di selatan Thai. Dialek Melayu Patani berkembang
di Patani semenjak Sriwijaya berkuasa beberapa dekad di Patani. Menurut
Suthwong (1998 : 6), menyatakan masyarakat Melayu Patani terdiri daripada
pelbagai etnik, suku kaum, bangsa, dan agama adalah kenyataan “Nang Phaya
Tani” yang bererti senjata api yang digunakan untuk mempertahankan musuh
yang datang , dan sampai sekarang masih tersimpan rapi sebagai pusaka lama
yang terletak di hadapan bangunan pertahana di Bangkok. Walaupun Patani telah
dijajah oleh Siam hingga sekarang. Namun, Dialek Melayu Patani masih
berfungsi luas dalam kehidupan masyarakat Melayu selatan Thai sebagai alat
komunikasi umum dan bahasa pengantar di institusi-institusi keagamaan di
seluruh Thai.

12
Menurut Paitoon (2005 : 54), menegaskan bahawa sistem fonologi dialek
Melayu Patani ternyata tiada perbezaan dengan fonologi dialek Melayu Kelantan.
Berdsarkan leksikostatistik pula, didapati bahawa kedua-dua dialek tersebut
memakai kata asal yang sama. Selanjutnya ditinjau pula dari segi morfologi dan
sintaksis, ternyata sekali tidak ada keunikan-keunikan tertentu yang boleh
membezakan kedua-dua dialek ini. Penutur di sebelah Kelantan dijajah oleh
Inggeris. Manakala Patani pula dijajah oleh Siam. Justeru itu, dua dialek yang
bersal daripada rumpun yang sama tetapi dipishkan oleh politik. Pengaruh kedua-
dua jajahan tersebut hanya mampu membezakan perkembangan leksikal bahasa
sahaja. Di Kelantan leksikal bahasa Inggeris diserapkan ke dalam dialeknya,
manakala di Patani, leksikal bahasa Siam diserapkan ke dalam dialeknya.
Penyerapan leksikal bahasa asing tersebut akhirnya menjadi perbatasan sistem
komunikasi antara warga negeri Kelantan dengan warga Patani.

1.8 Definisi Operasional

Kajian ini menggunakan istilah-istilah yang asing bagi seseorang, oleh itu,
pengkaji perlu memberi penjelasan tentang istilah-istilah berikut :

a. Pengaruh

Pengaruh menurut kamus besar bahasa Indonesia (2001:849), iaitu


“pengaruh merupakan daya yang ada atau timbul dari sesuatu ( orang,
benda ) yang ikut membentuk watak, kepercayaan, atau perbuatan
seseorang.”. Manakala pengertian mengikut Kamus Dewan edisi keempat
(2007 : 1172), iaitu “pengaruh merupakan kuasa yang terbit daripada orang
(benda dan lain-lain). Dari pengertian tersebut dapat disimpulkan bahawa

13
pengaruh merupakan suatu daya yang dapat membentuk atau mengubah
sesuatu bahasa yang lain.

b. Leksikal

Leksikal menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mentafsirkan leksikal ialah


perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Leksikal merupakan
penggabungan kata-kata untuk membentuk ayat yang betul strukturnya atau
ayat yang gramatis adalah berdasarkan rumus tertentu untuk mengetahui
ayat dalam sesuatu bahasa. Leksikal juga merupakan bentuk adjektif yang
diturunkan dari bentuk nomina leksikon (vokabular, kosa kata, dan
perbendaharaan kata). Satuan dari leksikon merupakan leksem, iaitu satuan
bentuk bahasa yang bermakna atau kata. Maka makna leksikal dapat
diertikan sebagai makna leksikon yang bersifat leksem atau kata. Dan dapat
juga diertikan makna leksikal sebagai makna yang sesuai dengan refrennya
iaitu makna yang sesuai dengan hasil observasi alat indera atau makna yang
sungguh-sungguh nyata dalam kehidupan kita.

c. Bahasa Melayu

Bahasa Melayu dalam kajian ini merupakan bahasa Melayu baku. Bahasa
Melayu baku atau bahasa Melayu Standard berfungsi sebagai bahasa
pentadbiran, bahasa pendidikan, dan bahasa formal bagi Negara Malaysia.
Menurut Kamal Syukri (2007 : 2), Bahasa Melayu berasal dari rumpun
bahasa Austronesia yang digunakan sejak abad pertama masihi lagi di
Nusantara. Bahasa Melayu juga bermaksud bahasa rasmi bagi empat buah
Negara merdeka lagi berdaulat iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei

14
Darussalam, dan Singapura. Di selatan Thai bahasa Melayu berfungsi
sebagai bahasa pengantar di institusi-institusi keagamaan, pendidikan,
bahasa kesusasteraan, dan bahasa yang digunakan difahami umum.

d. Dialek Melayu Patani

Dialek Melayu Patani merupakan bahasa yang digunakan oleh masyarakat


Melayu yang tinggal di selatan Thai terutamanya wilayah-wilayah Patani,
Narathiwat, Yala dan Songkhla sama ada dalam komunikasi umum
mahupun dalam upacara tertentu. Peranan dialek Melayu Patani digunakan
sepenuhnya dalam pergaulan harian mereka. Dialek Melayu Patani bukan
hanya terbatas kepada komunikasi umum sahaja, malah digunakan sebagai
bahasa pengantar di institusi-institusi keagamaan, pendidikan, komunikasi
dan lain-lain di selatan Thai.

e. Bahasa Thai

Bahasa Thai yang dimaksudkan ialah bahasa Thai standard yang merupakan
bahasa yang paling penting dalam masyarakat Thai. Ia berfungsi sebagai
bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ibu kota, bahasa pendidikan, dan
bahasa kesusasteraan. Bahasa Thai digunakan semenjak sebelum kerajaan
Sukhothai yang ke-11, telah mewujudkan abjad Thai dalam tahun 1283.
Pada masa itu bahasa Thai berfungsi seperti bahasa moden di dunia. Bahasa
Thai adalah bahasa yang mempunyai bacaan dan tulisan sendiri sejak
Ramkhamheang pada tahun 1283 M, dan cara membaca, menulis,
memahami, dan cara menyusun dalam ayat dengan tatabahasa sendiri
sampai sekarang. Kebanyakkan orang Thai dapat memahami bahasa Thai

15
standard. Dengan ini, ia juga berfungsi sebagai bahasa Lingua Franca
antara kaum di Negara Thai dan dianggap sebagai bahasa tinggi.

1.9 Metodologi Kajian

Kajian dijalankan di Kampong Kepala Jambatan Seteng, iaitu berhampiran


dengan kawasan Bandar Yala. Wilayah Yala terletak di bahagian selatan
Thailand. Kampong Kepala Jambatan Seteng dipilih kerana penduduk di sini
terdiri daripada penduduk asli sejak nenek moyang lagi, dan mengamalkan
berbagai-baga budaya dan bahasa, dan yang paling menarik pendududk di sini
memperlihatkan majoriti penduduk Melayu yang menggunakan bahasa Melayu
(DMP) dan bahasa Thai dalam perhubungan sehari-hari.

Kajian ini akan menggunakan metodologi deskriptif kualitatif untuk


membuat gambaran secara jelas mengenai pengaruh leksikal bahasa Thai
yang terdapat dalam dialek Melayu Patani. Dengan menggunakan teori
pemerolehan kajian bahasa iaitu kajian pustaka dan kajian lapangan yang
dilakukan untuk mengutip data yang akan di analisis. Untuk memudahkan
perbincangan dibahagikan seperti berikut :

a. Objek kajian

16
Objek yang digunakan dalam kajian ini adalah penduduk Kampong Kepala
Jabatan Seteng dan pengkaji sendiri sebagai jati diri anak kampung ini untuk
memperoleh data yang diperlukan untuk membantu pengkajian. Sesuai dengan
kenyataan dewasa ini, masyarakat penduduk kampung ini tersebar dengan
pengaruh leksikal BT yang ketara dalam komunikasi harian.

b. Sumber data

Sumber data dalam kajian ini adalah masyarakat penutur asli bahasa Melayu
(BM) iaitu DMP yang tinggal di Kampong Kepala Jambatan Seteng, Daerah
Bandar Yala. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah memilih secara
rawak seramai 20 orang penduduk yang terdiri dari kanak-kanak, remaja dan
orang-orang dewasa.

c. Instrumen kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah masyarakat penduduk kampung


dan pengkaji sendiri sebagai anak jati kampung ini. Untuk mendapatkan data
pengkaji menggunakan soal selidik, observasi, wawancara, pencatatan dan
perakaman.

d. Teknik pengumpulan data

17
Teknik pengumpulan data dalam kajian ini menggunakan teknik seperti
berikut :
1. Pemerhatian (observasi)
Pemerhatian terhadap penggunaan lisan bahasa Melayu Patani dengan
unsur-unsur yang digunakannya.
2. Wawancara (interview)
Wawancara dilakukan dengan para informan di lapangan, iaitu masyarakat
Melayu Patani yang tinggal di kampong Kepala Jambatan Seteng. Tujuan
wawancara ini adalah untuk mendapatkan kemantapan maklumat yang
terkumpul.
3. Pencatatan dan perakaman
Ujaran yang digunakan oleh informan sebagai jawapan terhadap
pemancingan atau ransangan yang didapati dicatat dan dirakam.

e. Teknik Analisis Data

Kesemua data yang diperolehi secara rakaman dan catatan nota akan
digunakan sesuai dengan keperluan kajian ini. Data-data yang telah dikutip
dianalisis mengikut kerangka kerja teoritis yang telah ditetapkan sebelum
ini.Dalam kajian ini lambang-lambang transkripsi fonetik akan mengikut
lambang yang digunakan dalam IPA (International Phonetic Association,
1969 : 10).

1.10 Organisasi Kajian

18
Untuk menggambarkan dengan lebih jelas. Kajian ini mempunyai beberapa bab
yang akan dikemukakan, sebelum bab pertama skripsi ini dimulakan dengan
halaman tajuk, halaman penghargaan, halaman persetujuan, halaman pengesahan,
halaman kandungan, halaman senarai singkatan dan lambang, dan halaman
abstrak.

Bab I. Pendahuluan yang berisi : pendahulauan, pernyataan masalah,


rumusan masalah,tujuan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, kajian lampau,
kerangka teori, definisi operasional..

Bab II. Landasan teori yang berisi : Pendahuluan, teori pemerolehan bahasa,
latar belakang kajian, dan dasar kerajaan terhadap bahasa Melayu.

Bab III . Metodologi kajian yang berisi : objek kajian, sumber data,
instrumen kajian, teknik pengumpulan data, dan teknik analisis data.

Bab IV . Analisis data yang berisi : bentuk leksikal bahasa Thai yang
mempengaruhi dialek Melayu Patani, dan analisis proses pemerolehan bahasa
Thai dalam dialek Melayu Patani, dan Bahasa Melayu Baku.

Bab V . Penutup berisi : kesimpulan dan saranan-saranan.

BIBLIOGRAFI

19
Abdul Chare. 2008. Psikologi Linguistik Dalam Pengajaran & Pembelajaran
Bahasa Melayu. Shah Alam. Karisma Publication Sdn. Bhd.

Chong Mun Wah.1997. “Kata Pinjaman Bahasa Cina Dalam Bahasa Melayu”.
Tesis Ijazah Sarjana Sastera. Universiti Sains Malaysia.

Kamaruddin Esayah. 1998. “Perbandingan Fonologi Dialek Melayu Satun Dengan


Dialek Melayu Perlis”. Tesis Ijazah Sarjana Sastera. Universiti Sains
Malaysia.

Ku-Ares Tawandorloh. 2006. “Sistem Pembentukan Kata Bahasa Thai Dan


Bahasa Indonesia”. Tesis Sarjana.Universitas Gadjah Mada.

Phaosan Jehwae. 2004. “Morfologi Bahasa Melayu Patani”. Tesis. Universitas


Negeri Jakarta.

Ruslan Uthai. 1993. “Kan Priab Thiab Kan Sang Kham Nai Phasa Melayu
Matathan Lek Melayu Thin Patani (Perbandingan Pembentukan Kata Dalam
Bahasa Melayu Standard Dan Dialek Melayu Patani”. Tesis Sarjana.
Universiti Culalongkon.

Ruslan Uthai. 2005. “Ciri-Ciri Istimewa Dialek Melayu Patani Satu Tinjauan”.
Patani. Universiti Songkhla Nakarin.

Worawit Baru. 1990. “Pengaruh Bahasa Thai Ke Atas Dialek Melayu Patani
Kajian Kes Sosiolinguistik Di Wilayah Patani”.Tesis Sarjana. Universiti
Melaya.

Zamri Mahamod. 2008. Psikologi Linguistik Dalam Pengajaran & Pembelajaran


Bahasa Melayu. Shah Alam. Karisma Publication Sdn.Bhd.

Zulkifley Hamid. Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman. 2007. Linguistik Melayu.
Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

PROPOSAL LATIHAN ILMIAH

20
PENGARUH LEKSIKAL BAHASA THAI DALAM
DIALEK MELAYU PATANI : KAJIAN PENDUDUK
KEPALA JAMBATAN SETENG

SURAIYA CHAPAKIYA
502426001

JABATAN BAHASA MELAYU


FAKULTI SASTERA DAN SAINS
KEMASYARAKATAN

UNIVERSITI ISLAM YALA


2010

21

You might also like