You are on page 1of 6

PISMP BC SEM 2

Phan M.P.

1.0 Tajuk Pergerakan Asas


Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor dengan Manupulasi Alatan

2.0 Pengenalan
Kemahiran Pergerakan Asas merupakan salah satu komponen daripada
Kemahiran asas. Kemahiran Pergerakan Asas ini boleh dibahagikan kepada tiga
komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan
Kemahiran Manipulasi Alatan.

2.1 Kemahiran Pergerakan Lokomotor


Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia
berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah
pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan, iaitu
dari satu tempat ke tempat lain. Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor
Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata.
Berikut merupakan contoh bagi Lokomotor Beritma Sekata :
1. Berjalan
2. Berlari
3. Lompatan kecil
4. Lompat tinggi
5. Ketingting (Hop)
6. Merangkak
7. Mengguling
8. Memanjat
Berikut pula merupakan contoh bagi Lokomotor Beritma Tidak Sekata :
1. Melungsor
2. Skip
3. Galop
4. Polka
5. Grapevine
6. Do-si-do
2.2 Kemahiran Pergerakan Bukan Lokomotor
Pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa
beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan
lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi
buka-tutup dan pusing putar. Contoh bagi jenis pergerakan bukan lokomotor yang
terdapat seperti berikut:
1. Imbangan
2. Meringkuk dan meregang
3. Membongkok dan menegak
4. Mengilas
5. Memusing
6. Melentik
7. Mengendur dan menegang
8. Alunan badan

2.3 Kemahiran Manipulatif Alatan


Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi
dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan
kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian
sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan
mereka untuk memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang
berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Contoh jenis alatan adalah ribbon,
gelung, bola, pundi kacang, tali, lompat tali, kayu dan lain-lain lagi.

3.0 Matlamat
Pengajaran kemahiran pergerakan asas adalah untuk mendedahkan para
pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks
mengikut tahap umur. Kemahiran ini dilatih untuk membolehkan pelajar
menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan
dengan cara yang berkesan. Ia juga dapat menguji ketahanan jasmani, emosi,
rohani, intelek, dan sosial. Ia juga dapat membantu kanak-kanak mengembangkan
lagi kebolehan pergerakan motor. Pergerakan asas ini boleh dicapai dengan
mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan
elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa ), melatih kanak-kanak untuk
melakukan setiap kemahiran asas dengan betul dan meningkatkan kesedaran
kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan.

4.0 Objektif
Pergerakan asas banyak bertujuan untuk membantu para pelajar mencapai
perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun.
Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :-
1. Membantu kanak-kanak membina pergerakan asas.
2. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang jenis-jenis pergerakan yang
sedia ada.
3. Membentuk kemahiran pergerakan asas, kreativiti dan menarik minat para pelajar
terhadap aktiviti fizikal yang berfaedah.
4. Menggalakkan pelajar menggunakan idea dan daya cipta kreativiti bagi
melaksanakan pergerakan asas dalam pelbagai jenis pergerakan.
5. Membolehkan pelajar menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan
suatu pergerakan dengan menggabungkan unsur kreatif dan seterusnya
memperkembang aplikasi kemahiran tersebut.
6. Memupuk imej kendiri, kesungguhan , keyakinan dan sikap optimis dalam diri
pelajar.
7. Mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti yang sihat.
8. Para pelajar dapat mengaplikasi pergerakan asas dalam kehidupan seharian
dengan berkesan.
9. Para pelajar dapat melibatkan penggunaan seluruh anggota badan dalam
melakukan pelbagai jenis pergerakan.

5.0 Tarikh
Pergerakan asas ini dijalankan pada hari ujian Pendidikan Jasmani / 10 /
2010.

6.0 Jangka masa


Jangka masa yang diperlukan untuk menghabiskan dua puluh jenis
pergerakan asas ini ialah 8 minit.

7.0 Tempat
Bilik Gimnasium.

8.0 Kumpulan Sasaran


Pelajar tahun 5

9.0 Panduan Pelaksanaan Demonstrasi

9.1 Prosedur pelaksanaan demonstrasi


9.1.1 Jenis-jenis pergerakan
Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta
20 pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor.
Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 20 perlakuan yang berbeza-beza.
Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi kesemua
ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan seperti bola, tali, reben atau gelung
rotan. Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan
dilakukan mudah, licin dan kreatif. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan
mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas
mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana
tinggi dan rendah.
Sila rujuk kepada lampiran 1.

9.1.2 Pelan kedudukan ujian amali Pergerakan Asas


Sila rujuk kepada lampiran 2.

9.2 Senarai peralatan berat


Tiga katil, satu peti lombol, satu bangku, satu papan lonjakan.

9.3 Senarai alatan tangan


Empat reben.
10.0 Pakaian
Pakaian yang menyenangkan pergerakan asas dilaksanakan.

11.0 Rumusan
Melalui pergerakan asas ini, pelajar dapat belajar kemahiran yang terdapat
dalam pergerakan asas. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan sesama
pelajar dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri pelajar. Permainan ini juga
memberi peluang kepada pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang
sihat dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali
gus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut. 
Pergerakan asas ini juga memberikan keseronokan kepada pelajar. Hal ini
demikian kerana melalui pelbagai jenis pergerakan asas ini, setiap pelajar diberi
peluang untuk memikir dan mencipta pergerakan mereka sendiri. Oleh sebab itu,
murid-murid akan menjadi seronok ketika berlatih dan sekali gus membantu mereka
untuk menguasai keamahiran asas yang ingin diajar. 
Selain itu, pergerakan asas ini juga dapat meningkatkan penumpuan murid-
murid. Hal ini kerana murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian mereka
sewaktu melaksanakan sesuatu pergerakan untuk membolehkan pergerakan
mereka kelihatan lebih lancar, licin dan cantik. Hal ini sekali gus dapat membantu
murid-murid untuk memberi sepenuh tumpuan mereka sewaktu berada di dalam
kelas.
Secara keseluruhannya, pergerakan asas bukan sahaja dapat menjadikan
pelajar lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas
dalam pergerakan dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid kerana mereka dapat
berbincang dan saling memberi pendapat tentang pergerakan kawan dilaksanakan
dengan licin atau tidak.
LAMPIRAN 1
Pergerakan Huraian Gambar
1. Pergerakan Bukan Menggunakan reben
Lokomotor membuat putaran kecil dari
~ Kemahiran bawah ke atas sambil
menggunakan reben : memusingkan badan
membuat putaran kecil setempat.
Aras : sederhana

2. Pergerakan Menghayunkan reben di


Lokomotor sebelah kiri dengan kedua-
~ Kemahiran dua tangan sambil berjalan
menggunakan reben : dengan kaki bersilang dari
menghayun kiri ke kanan.
Aras : sederhana

3. Pergerakan Bukan Menghayunkan dua reben


Lokomotor sambil memusing badan
~ Kemahiran setempat.
menggunakan reben :
menghayun
Aras : sederhana

Rujukan :

Sivanesan Balasubramaniam. 2010. Kertas Kerja Pergerakan Asas.


http://www.scribd.com/doc/18535081/Pergerakan-AsasDilayari pada 14 Ogos
2010.

SAIFUL IZHAR BIN RUSLAN


http://www.scribd.com/doc/18418437/PERGERAKAN-ASAS-PENUH

You might also like