You are on page 1of 4

.4.

4 Sumber Tamadun Islam

Sumber Tamadun Islam terbahagi dua, iaitu sumber wahyu dan sumber sekunder.
Sumber wahyu terkandung dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

* Al-Qur’an.
Al-Qur’an mrupakan mukjizat yang diwahyukan oleh Allah SWT melalui Jibril AS
kepada Nabi Muhammad SAW dan membacanya dikira sebagai ibadah. Al-Qur’an
mengandungi keseluruhan ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem
perundangan, alam ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi. Al-
Qur’an sebagai mukjizat tetap terpelihara daripada sebarang bentuk usaha
penyelewengan dan penambahan.

Al-Qur’an sebagai sumber yang dapat disaksikan hingga ke hari ini sentiasa menyeru
umat Islam melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan serta membangunkan alam
untuk kebaikan bersama. Selain itu, al-Qur’an menekankan aspek keadilan dan
segala prinsip-prinsip sosial. Ahmad Shalaby (1997:95) menegaskan, al-Qur’an al-
Karim mengandungi asas-asas yang kukuh dan sistem yang teguh bagi pendirian
agama, tamadun dan dunia. Beliau menegaskan:
“Andainya kita dapat mentafsirkan asas-asas ini dengan sebaiknya nescaya
terbentuklah suatu sistem yang sempurna dan sesuai untuk manusia seluruhnya di
pelbagai zaman dan tempat”.

* Al-Sunnah.
Selain al-Qur’an, sumber kedua yang menjadi sumber Tamadun Islam ialah sunnah
atau hadis Nabi Muhammad SAW. Al-Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada
Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat atau
akhlak dan riwayat hidup baginda sebelum dan sesudah dilantik menjadi Rasul.

Sumber ini diterima sebagai sumber yang benar dan berautoriti dalam Tamadun
Islam. Sunnah bukan sekadar bertindak sebagai penafsir dan pengulas yang paling
sahih walaupun kesahihannya mengambil tempat kedua selepas al-Qu’ran, malah
dari sudut lain, adalah tidak mungkin untuk melihat agama Islam sebagai sesuatu
yang sempurna tanpa bantuan dan penjelasan al-Sunnah. Walau bagaimanapun,
haruslah diingat bahawa sunnah yang diterima sebagai sumber autoriti ini hanyalah
sunnah yang sahih sahaja. Sunnah dalam bentuk ini sahaja yang boleh diterima
pakai sebagai sumber, sementara Sunnah yang sebaliknya tidak diterima. (Azhar
2000:103) Untuk mempastikan Sunnah yang sahih dan sebaliknya, para ulama
hadith telah berjaya membentuk satu ilmu khusus yang dikenali dengan ilmu
Mustalah al-Hadith. Hadis atau Sunnah menjadi sumber penting kerana ia bukan
sahaja menggambarkan keseluruhan agama Islam, namun turut memaparkan secara
jelas kandungan al-Qur’an yang menjadi pegangan orang Islam.
* Sumber-sumber sekunder
Selain daripada al-Qur’an dan al-Sunnah, terdapat sumber lain yang berperanan
sebagai pengukuh kepada penjanaan Tamadun Islam. Antaranya ialah ijtihad, ijmak
ulama’, al-Qias, Masalih al-Musalah dan al-Istihsan. Kesemua sumber ini dihasilkan
oleh pemikir Islam yang berusaha mencernakan Islam dalam kehidupan seharian
umat Islam yang semakin kompleks. Pemikiran intelek dan ulama Islam yang
melahirkan pelbagai kaedah Islam tetap berdasarkan firman Allah dalam al-Qur’an
dan hadith Nabi SAW.

Terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an dan al-Hadis yang mendorong manusia belajar
dan menggunakan akalnya atau memperkembangkan semangat intelektualisma.
Contohnya, ialah ayat-ayat yang disudahi dengan ungkapan yang bermaksud
‘Apakah kamu tidak menggunakan akal’, ‘Apakah kamu tidak berfikir’ dan lain-lain
lagi. Ayat-ayat ini mengandungi maksud supaya umat Islam menggunakan akal
untuk memerhati dan mempelajari alam sekeliling. Di samping itu, terdapat juga
mekanisma lain yang kewujudannya merupakan manifestasi kepada sumber-sumber
ini seperti pembentukan pentadbiran yang berkesan selari dengan ajaran Islam,
monumen-monumen indah yang melambangkan keagongan Islam dan ketinggian
ilmu-ilmu Islam sehingga menjadi rujukan kepada pembinaan tamadun lain. Tidak
dinafikan juga keindahan seni Islam seperti seni kaligrafi, seni bunyi, seni tampak
dan sebagainya turut menarik perhatian dan minat masyarakat dunia.

* Tamadun lain
Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun dan tidak menolak segala kebaikan
yang dihasilkan oleh tamadun-tamadun lain. Elemen ini membolehkan Tamadun
Islam berkembang tanpa sempadan masa dan geografi serta bertoleransi terhadap
agama dan budaya lain. Tamadun Islam telah berkembang ke luar dari
Semananjung Tanah Arab sampai ke Eropah, Alam Melayu dan Tanah Besar Cina.
Ketamadunan yang telah dicapai oleh bangsa-bangsa di luar Semenanjung Tanah
Arab ini tetap dipelihara oleh Tamadun Islam, bahkan diperkembangkan lagi melalui
aktiviti penterjemahan, penyelidikan dan penambahbaikan dengan memasukkan
unsur-unsur Islam. Sebagai contohnya, ilmu astronomi, aljebra dan perubatan
daripada tamadun Yunani, Cina dan India disesuaikan dengan ajaran Islam dan telah
dikembangkan oleh para sarjana muslim.

Ringkasnya, semua bentuk pembangunan atau kemajuan dalam sesebuah


masyarakat yang berteras Tamadun Islam hendaklah dibentuk dalam acuan sumber-
sumber tersebut.

1.4.5 Ciri-Ciri Khusus Tamadun Islam


Ciri-ciri tamadun yang dikemukakan oleh para sarjana Barat seperti wujudnya
penempatan, kemunculan kota atau bandar, peningkatan kualiti hidup, wujudnya
organisasi, bahasa dan penggunaan tulisan dan adanya daya reka cipta, turut
terkandung dalam masyarakat Islam yang menjadi penunjang Tamadun Islam.
Bahkan ciri-ciri Tamadun Islam lebih luas daripada yang dinyatakan. Namun ciri-ciri
khusus Tamadun Islam tersebut jarang diketengahkan. Ciri-ciri khusus Tamadun
Islam yang akan dipaparkan di bawah menggambarkan keistimewaan dan nilai
tersendiri dan nilai sebenar Tamadun Islam. Ciri-ciri ini menjadi penentu sebab
Tamadun Islam diterima oleh semua bangsa yang ada di dunia, walaupun pada
asalnya Tamadun Islam bermula pada bangsa Arab. Tamadun Islam diterima oleh
masyarakat India sehingga melahirkan era Kesultanan Delhi di India yang berjaya
dimantapkan oleh oleh Dinasti Babur sehingga terbinanya Taj Mahal yang menjadi
mercu tanda Islam di India. Tamadun Islam diterima oleh masyarakat Cina pada
zaman Dinasti Ming. Tamadun Islam diterima oleh masayrakat Melayu di pelbagai
pulau dan daratannya. Tamadun Islam diterima oleh masayrakat Eropah seperti di
Sepanyol sahingga terbinanya Istana al-Hamra’ di Granada. Ringkasnya, kebanyakan
bangsa di dunia boleh menerima Tamadun Islam kerana ciri-ciri khusus ini. Ciri-ciri
tersebut adalah seperti berikut:

* Rabbani
Ciri rabbani menunjukkan Tamadun Islam di dasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan
keagamaan. Menerusi ciri ini, umat Islam sedar hakikat keberadaannya di dunia ini
adalah sebagai khalifah Allah yang diamanahkan untuk membangunkan setiap
wilayah yang diduduki. Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia
berteraskan ketetapan Allah SWT yang terkandung dalam al-Qur’an. Selain itu, ciri
ini juga menjadikan umat Islam sedar bahawa tujuan penciptaan manusia adalah
untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT. Perhubungan
manusia dengan Allah SWT merupakan matlamat tertinggi dalam Tamadun Islam.
Sementara perhubungan manusia sesama manusia dan alam lainnya adalah
pelengkap hubungan dengan Maha Pencipta. (lihat surah al-Taubah: 24, al-Zukhruf:
59) Ciri ini juga menjadi bukti semua bangsa adalah sama dalam masyarakat Islam.
Pembezanya hanyalah iman dan takwa, bukan warna kulit, pangkat, keturunan dan
kekayaan. Oleh itu, ciri ini merupakan tunggak utama Tamadun Islam dan asas
perbezaan Tamadun Islam dengan tamadun lain.

* Keseimbangan dan kesederhanaan.


Kesimbangan bermaksud seimbang antara dua keadaan yang bertentangan. Konsep
keseimbangan dalam Tamadun Islam merangkumi kerohanian (spiritual) dan
kebendaan (material), tanggungjawab ibadat kepada Allah dan urusan kehidupan
dunia, kepentingan individu dengan masyarakat dan keseimbangan nilai spiritual
dengan material.
* Universal
Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu,
bahkan Tamadun Islam milik seluruh manusia yang berpegang kepada Din al-Islam.
Ini bermakna Tamadun Islam sesuai dengan segala bangsa dan situasi. Ia juga
menepati keperluan dan peredaran zaman. Tamadun Islam berpegang kepada
konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa atau kawasan
tertentu. Dengan ciri ini terbukalah ruang kepada semua bangsa di dunia untuk
membentuk masyarakat Islam dan membina tamadun sejagat.

* Ideal dan realistik

Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan
dapat dicapai dengan memberi landasan kukuh kepada seluruh kegiatan agar tidak
bercanggah dengan ajaran Allah SWT. Ciri realistik mengambil kira kehidupan
manusia di alam sejagat dengan kepercayaan bahawa alam sejagat merupakan
suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata. Dunia nyata adalah antara bukti
kewujudan Allah SWT yang Maha Pencipta.

* Tetap dan anjal


Tamadun Islam mempunyai prinsip yang tetap dan tidak berubah pada sasaran dan
matlamat pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik
pelaksanaanya. Islam memberi kebebasan dari sudut merealisasikan tamadun pada
setiap bangsa yang berbeza dengan mengambil kira matlamat yang harus di capai,
bukan kemajuan dari sudut kebendaan semata-mata.

* Menyeluruh

Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk aspek akidah, syariat
(undang-undang) dan akhlak. Demikian juga hubungan manusia dengan Allah SWT,
hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam. Ia juga
merupakan satu seruan keadilan untuk semua manusia, sama ada Islam atau bukan
Islam, musuh atau lawan dan mempunyai hubungan keluarga ataupun tidak. Dari
aspek kehakiman, Tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada
yang empunya, sebagaimana yang berlaku dalam sejarah Islam. Tamadun Islam
juga menyentuh aspek kenegaraan yang meliputi hubungan dalam negara mahupun
antarabangsa.

You might also like