You are on page 1of 5

LAPORAN KAJIAN PASARAN BAGI PROGRAM

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM DAN TEKNOLOGI

Pengenalan

Universiti Malaysia Perlis telah bercadang untuk menawarkan satu program akademik
yang baru iaitu Program Diploma Kejuruteraan Awam dan Teknologi. Kertas kerja bagi
penawaran program ini telah dibangunkan oleh sebuah pasukan pembangunan program,
yang dianggotai oleh staf UniMAP dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar, dan
dicadangkan untuk ditawarkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS) dan
menjadi program diploma teknologi pertama di PPKAS.

Dalam proses mendapatkan kelulusan penawaran program baru daripada pihak


Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, IPTA yang
bertanggungjawab telah disyaratkan untuk membuat kajian terhadap maklum balas daripada
pihak luar terutamanya daripada pihak industri. Oleh itu, pasukan pembangunan program di
bawah pemantauan Dekan Pengurusan Akademik UniMAP dalam proses membuat kajian
pasaran pada fasa pertama.

Borang Soal Selidik

Borang soal selidik yang digunakan telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan
(kini Kementerian Pengajian Tinggi) dan telah diubahsuai oleh sebuah pasukan yang diketuai
oleh Dekan Pengurusan Akademik UniMAP yang mana ianya boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian utama iaitu: (a) maklum balas berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, (b)
maklum balas berkenaan peluang pekerjaan bagi para graduan, dan (c) maklum balas
berkenaan pembabitan pihak industri sebagai sokongan terhadap program ini.

a. Kursus-kursus yang ditawarkan.

Soalan-soalan yang dikemukakan pada bahagian ini adalah bertujuan bagi mendapatkan
maklumbalas daripada organisasi yang berkenaan tentang kesesuaian dan keperluan bagi
kursus-kursus yang telah dicadangkan bagi program ini. Antara perkara-perkara yang
ditekankan adalah seperti berikut:
a) Kesesuaian kursus-kursus yang ditawarkan iaitu kursus-kursus ini hendaklah
merangkumi teori-teori asas bagi bidang-bidang yang berkaitan seperti Mekanikal,
Elektrikal dan Elektronik.
b) Kerelevanan kursus-kursus pada keadaan semasa iaitu kursus-kursus ini adalah seiring
dengan perkembangan pesat teknologi-teknologi baru.
c) Keperluan kursus-kursus lain yang relevan iaitu kursus-kursus yang diperlukan bagi
memantapkan lagi program ini.
d) Jangkamasa latihan praktikal di industri.
b. Peluang pekerjaan.

Pihak industri diminta memberi pendapat tentang peluang-peluang pekerjaan bagi para
graduan program ini. Antara soalan-soalan yang dikemukakan adalah:
e) Jabatan dan jawatan yang sesuai bagi graduan program ini.
f) Anggaran jumlah jawatan yang diperlukan dalam sesebuah organisasi.
g) Keperluan program-program siswazah dalam bidang berkaitan.

c. Pembabitan pihak industri.

Pihak industri diminta menyatakan beberapa perkara yang dapat menunjukkan sokongan
terhadap program ini sekira ianya dapat dilaksanakan. Antara soalan-soalan yang dimajukan
adalah:
h) Kesediaan organisasi bagi membiayai pelajar untuk mengikuti program ini.
i) Galakan kepada staf untuk mengikuti program berkenaan.
j) Pendapat terhadap keupayaan program ini bagi memenuhi keperluan negara.

Kesimpulan
Kerjasama dari pihak industri untuk memberi maklumat amatlah diharapkan di dalam
menghasilkan program yang berkualiti dan seterusnya dapat melahirkan graduan-graduan
yang dapat memenuhi kehendak industri.
Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar
Soal-selidik Kajian Pasaran
Program Diploma Kejuruteraan Awam dan Teknologi

Bahagian A- Maklum balas mengenai Program Diploma Kejuruteraan Awam dan


Teknologi

Penilaian
1- Lemah 2-Sederhana 3-Memuaskan 4-Baik 5- Cemerlang

Soalan Keputusan

1. Adakah program ini memenuhi teori 1 2 3 4 5


asas yang diperlukan dalam disiplin
yang berkaitan?

2. Adakah teori relevan dengan keadaan 1 2 3 4 5


semasa?

3. Adakah kursus- kursus yang akan 1 2 3 4 5


ditawarkan menyumbang kepada
kekuatan program?

4. Adakah pendekatan kepada “lab 1 2 3 4 5


intensive” menyumbang kepada
kekuatan program?

5. Adakah subjek tambahan diperlukan 1 2 3 4 5


dalam program ini?

6. Adakah terdapat kursus yang tidak 1 2 3 4 5


relevan kepada program yang
dicadangkan?

7. Nyatakan sama ada program yang


dicadangkan telah memenuhi criteria
berikut:

i. Teori asas 1 2 3 4 5
ii. Konsep semasa 1 2 3 4 5
iii. Aplikasi ICT 1 2 3 4 5
iv. Aplikasi kaedah kuantitatif 1 2 3 4 5
& kualitatif 1 2 3 4 5
v. Relevan kepada pasaran
semasa dan industri
8. Adakah program mencukupi dari segi 1 2 3 4 5
tempoh masa pengajian?

9. Adakah program ini mencukupi dari 1 2 3 4 5


segi tempoh masa latihan industri?

10. Adakah graduan daripada program ini 1 2 3 4 5


sesuai bekerja di industri?

11. Adakah graduan dalam bidang ini 1 2 3 4 5


diperlukan dalam jumlah yang besar
dari tahun ke tahun bagi memenuhi
keperluan industri?

12. Perlukah universiti- universiti 1 2 3 4 5


menawarkan program ini diperingkat
pascasiswazah?

Bahagian B- Maklum balas mengenai peluang pekerjaan bagi graduan Program


Pengajian Diploma Kejuruteraan Awam dan Teknologi

Soalan Keputusan

1. Adakah graduan dalam bidang ini


sesuai untuk bekerja dengan pihak Ya Tidak
anda?

2. Berapakah jumlah jawatan di dalam


organisasi anda yang boleh dipenuhi 1-10 10-20 20-30 >30
oleh graduan program ini?

3. Berapakah jumlah pendapatan sebenar <1000 >1000 >1500 >2500


yang bakal diterima oleh graduan
program ini?

4. Adakah program ini akan melahirkan


graduan yang terlatih dalam bidang Ya Tidak
berkaitan untuk pasaran buruh di
negara ini?
Bahagian C- Maklum balas mengenai pembabitan industri

Soalan Keputusan

1. Adakah graduan dalam bidang ini


sesuai untuk menjalani latihan industri Ya Tidak
di tempat anda?

2. Adakah pihak anda pernah membiayai


pelajar mengikuti program yang Ya Tidak
berkaitan?

3. Adakah pihak anda menggalakkan


staf untuk mengkuti program ini? Ya Tidak

Komen/cadangan/ulasan anda mengenai Program Diploma Kejuruteraan Awam dan Teknologi

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Terima kasih di atas respon anda .

Name: ________________________________

Designation: ________________________________

Nama Syarikat: _______________________________________________________________


_______________________________________________________________

You might also like