You are on page 1of 18

MOTIVASI DAN SUKAN

Oleh:
Suriana Bte Hassan
MOTIVASI PENCAPAIAN
 DEFINISI:
Sejauh mana seseorang atlet mendekati atau mengelak
dari situasi kompetetif dalam usaha untuk mencapai
sesuatu matlamat.
- manusia sentiasa menangani masalah, meningkatkan
daya usaha dan sebagainya untuk melakukan perkara
yang sukar agar mencapai matlamat.
 Dalam kontek sukan, atlet di dorong oleh faktor dalaman dan
luaran yang mendorong untuk menyertai sesuatu sukan.
 Kejayaan dan kegagalan dalam pertandingan mempunyai
interpretasi yang berbeza dalam kalangan atlet.
(cth: kegagalan dianggap berlaku apabila jika hasil persembahan
dipengaruhi oleh kualiti personaliti yang lemah seperti tiada
atau toidak berbakat.)
TEORI MOTIVASI PENCAPAIAN

Teori Motivasi Model


Kecekapan Keyakinan Sukan
Harter Spesifik Vealey

Teori Self TEORI


Efficiency MOTIVASI
oleh Bandura PENCAPAIAN

Model
McClelland
dan Atkinson
MODEL MCCLELLAND DAN ATKINSON
 Motivasi terbentuk berdasarkan motif untuk mencapai
kejayaan dan takut kegagalan.
 Cox (2007): motif untuk mencapai kejayaan adalah lahir
dari motivasi intrinsik atlet sendiri, manakala takut akan
kegagalan adalah komponen kebimbangan kognitif yang
wujud pada saat-saat sebelum dan semasa bermula
perlawanan.
 Jika atlet yakin boleh berjaya, maka atlet akan melibatkan diri
dengan pertandingan.
 Namun jika atlet berasa bimbang atau tidak yakin dengan
kebolehannya semasa bertanding nanti, maka atlet tersebut
akan menarik diri.
 Oleh itu, faktor agar atlet berjaya adalah:

atlet yang mempunyai motivasi mencapai kejayaan


- Persepsi terhadap kemungkinan berjaya.
- Nilai insentif positif dalam kejayaan.
 Faktor atlet berasa bimbang terhadap kegagalan:

Motivasi untuk mengelak daripada gagal


Persepsi terhadap kemungkinan akan gagal

Nilai insentif yang tinggi terhadap kegagalan.


TEORI SELF EFFICACY OLEH BANDURA
 Arkes dan Garsker (1982):
kebanyakan penyelidik melihat pengaruh keyakinan diri
sebagai faktor yang membezakan individu yang
berpencapaian motivasi tinggi dan rendah.
 Bandura:

keadaan yang berkaitan dengan keyakinan individu


tentang kemampuannya untuk melakukan sesuatu
tugasan dengan berkesan.
berdasarkan teori kognitif sosial – mekanisme kognitif yang
menjadi pengantara motivasi, corak pemikiran, dan tingkah
laku
 Self efficacy adalah pertimbangan individu terhadap
kemampuannya beraksi beraksi dalam apa tahap sekalipun,
serta merupakan hasil daripada proses pengaruh kendiri yang
kompleks berdasarkan sumber maklumat keupayaan diri
seperti berikut:
Perlakuan
atau prestasi
yang berjaya
Status
fisiologi

Pengala
man lalu

Pujukan atau
dorongan
PERLAKUAN ATAU PRESTASI YANG
BERJAYA
 Maklumat keupayaan diri dipengaruhi melalui
pengalaman masteri individu dalam bidang yang
diceburi
 Jika individu melihat pengalamannya sebagai berjaya
mencapai tahap masteri maka keupayaan diri akan
meningkat.
 Dalam konteks sukan dan aktiviti fizikal, perlakuan atau
prestasi yang berjaya adalah cara yang paling penting
dalam proses meningkatkan self efficacy individu
(Shaharudin, 2001)
 Kajian Feltz et.al (1999) :
teknik modelling dalam pembelajaran kemahiran yang
melibatkan kedua-dua kaedah demonstrasi oleh model hidup
dan penglibatan terbimbing oleh atlet, telah menunjukkan hasil
tahap pembelajaran masteri yang lebih tinggi berbanding jika
pembelajaran dilakukan menggunakan model hidup sahaja atau
rakaman video.
PENGALAMAN LALU
 Maklumat tentang keupayaan juga boleh diperoleh
melalui proses perbandingan sosial.
 Pengaruh terhadap keupayaan boleh ditingkatkan jika
perbandingan dibuat dengan individu yang mempunyai
kebolehan atau pengalaman yang lebih rendah terhadap
situasi yang sama.
PUJUKAN ATAU DORONGAN
 Robert (1992):
Maklumat yang berunsurkan pujukan atau dorongan
yang meyakinkan boleh diperolehi secara verbal,
percakapan kendiri, imageri dan juga strategi kognitif
yang lain.
STATUS FISIOLOGI
 Boleh beri maklumat mengenai keupyaan seseorang
melalui penilaian kognitif yang dilakukan terhadap
sesuatu situasi.
 Cth: kaitkan kebangkitan fisiologi dengan kebimbangan
dan keraguan, atau menjadi psyched-up semasa sedang
bersedia untuk menghadapi perlawanan.
TEORI MOTIVASI KECEKAPAN HARTER
 Teori ini menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan
aspek kecekapan diri atlet.
 Atlet yang merasakan mereka mempunyai kecekapan
yang mencukupi dalam sesuatu tugasan biasanya akan
melakukan tugasan tersebut tanpa banyak soal, manakala
individu yang merasakan bahawa tahap kecekapannya
masih terlalu awal, atau langsung tidak mempunyai
kecekapan , akan menarik diri dari tugasan tersebut.
 Penilaian kognitif terhadap kejayaan menguasai sesuatu
kemahiran akan memberi kesan terhadap motivasi seseorang
atlet.
 Jika atlet berjaya dalam kemahiran yang ditunjukkan, maka
motivasi kecekapan akan meningkat , keinginan untuk
memahirkan diri dalam kemahiran juga meningkat.
 Begitulah sebaliknya.
MODEL KEYAKINAN SUKAN SPESIFIK
VEALEY
 Teori motivasi pencapaian yang berasaskan konsep
keyakinan sukan.
 Mencadangkan bahawa atlet yang berjaya dalam sesuatu
sukan yang tertentu, akan merasakan keyakinan sukan,
dan keyakinan tersebut boleh dibawa kedalam situasi
sukan baru yang lain pula.

You might also like