You are on page 1of 38

SEKOLAH SUKAN

PENGENALAN

Berasaskan bukti yang jelas dan kukuh iaitu segala program dan aktiviti sukan sekolah
seluruh negara hendaklah diuruskan oleh sebuah organisasi khas iaitu Unit Sukan, Jabatan
Pelajaran merupakan sebuah badan yang dapat berperanan dan merealisasikan pembangunan
atlet dan sukan bagi menjayakan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, Unit
Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri adalah merupakan tunggakdan tunjang yang kukuh dalam
semua pelaksanaan dasar dan program serta aktiviti yang dirancang oleh Jabatan Pendidikan
Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Unit Sukan juga bertanggungjawab dan
berperanan sebagai urusetia Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri dan Malaysia. Disamping itu
juga bertindak sebagai yang bertanggungjawab untuk Pusat Kecermelangan Sukan Negeri dan
mentor bagi Sekolah Sukan Negeri. Unit Sukan juga merupakan gedung diperingkat akar umbi
bagi melahirkan jaguh-jaguh sukan ke peringkat negeri, negara dan seterusnya dipersada dunia
sukan antarabangsa. Bak kata yang lebih mudah dan ringkas penubuhan Sekolah Sukan adalah
satu langkah yang baik dan berkesan dalam melestarikan pembangunan sukan negara kita
disamping melahirkan modal insan yang berpotensi untuk saingan diperingkat global.

DEFINISI

Mengikut Kamus Dewan edisi ketiga sukan membawa erti segala kegiatan yang
memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti berenang, permainan bola sepak,
tennis lumba lari dan lain-lain yang dilakukan sebagai acara hiburan (acara pertandingan,
kegiatan untuk menyihatkan badan dan lain-lain). Manakala mengikut pendapat umum sekolah
sukan ialah sekolah yang mengkhususkan aktiviti sukan sebagai teras dalam pembangunan
sekolah tersebut. Ramai yang berpendapat sekolah sukan merupakan sebuah sekolah yang
mampu melahirkan atlet-atlet yang mahir dalam pelbagai aspek sukan seperti sukan Skuasy,
Badminton, Hoki dan sebagainya. Tambahan lagi, sekolah sukan yang wujud dinegara banyak
memberi impak yang positif dalam pembangunan sukan negara.
VISI

Menerajui kecemerlangan sukan, seni dan aktiviti kokurikulum bertaraf antarabangsa


menjelang 2015. Visi ini adalah untuk mendorong semua pihak yang terlibat bagi merealisasikan
impian Malaysia untuk bersaing dalam bidang sukan diperingkat antarabangsa. Malahan ianya
menjadi satu garis panduan utama atau petunjuk kepada semua sekolah di Malaysia khususnya
Sekolah Sukan.

MISI

Secara umumnya, misi sekolah sukan adalah untuk melahirkan generasi yang sihat dan
cerdas melalui program Pendidikan Sukan yang bermutu serta memberi seluas-luasnya peluang
ke arah kecemerlangan dalam pembangunan sukan negara. Malahan misi ini boleh dikatakan
diguna oleh kebanyakan sekolah yang berteraskan kokurikulum selain sekolah sukan negara
kerana misi ini merangkumi kesemua aspek dalam meningkatkan JERI (Jasmani, Emosi, Rohani
dan Intelek).

MATLAMAT

Sekolah Sukan mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu membantu dan menjayakan
semua program dan pembangunan sukan bagi meningkatkan mutu sukan negeri, dan negara.
Matlamat ini memberi satu landasan baru kepada sekolah sukan untuk terus meningkatkan
program serta aktiviti-aktiviti yang mampu membuahkan hasil dalam kegiatan sukan negara kita.
Sekaligus melahirkan atlet-atlet yang mampu bersaing di peringkat global.

Selain itu, matlamat sekolah sukan adalah untuk melahirkan atlet-atlet yang berbakat dan
berpotensi untuk mewakili negeri dan negara Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, sekolah
sukan berperanan dalam melahirkan jaguh-jaguh sukan yang berwibawa dalam pelbagai bidang
sukan misalnya gimnastik, skuasy, dan banyak lagi. Sebagai contoh, atlet negara kita yang telah
berjaya mengharumkan nama negara iaitu Durratun Nasihin yang terlibat dalam acara gimnastik.
Beliau merupakan salah seorang atlet yang lahir daripada sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan
Bukit Jalil. Tambahan lagi, ramai dalam kalangan atlet di Malaysia lahir daripada sekolah sukan
di negara kita.

Membina dan melahirkan Modal Insan melalui dunia sukan ke arah lebih Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang. Matlamat ini selaras dengan pendapat Perdana Menteri kita iaitu ingin
melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai Modal Insan yang tinggi walaupun dalam apa
jua bidang yang diceburi. Sekolah sukan bukan sahaja melatih pelajarnya dalam bidang sukan
malahan sekolah sukan ini banyak menerapkan pelbagai nilai-nilai kemanusiaan yang perlu ada
dalam diri seseorang. Tambahan lagi, kurikulum disekolah ini sama seperti sekolah-sekolah
biasa.

Mempertingkatkan dan memperkasa pembangunan sukan iaitu menyediakan lebih ramai


jurulatih yang berkelayakan dan berkebolehan. Sekolah akan digalakkan untuk menganjur
aktiviti selepas waktu sekolah bagi menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambahbaik
kemahiran mereka dalam sukan yang dikenali dan melibatkan diri dalam aktiviti baru dibawah
bimbingan jurulatih yang baik. Usaha akan diambil untuk menambah bilangan jurulatih yang
berkelayakan. Seperti yang kita ketahui kebanyakan jurulatih di sekolah sukan terdiri daripada
jurulatih dari luar negara.

OBJEKTIF

Menaiktaraf kemudahan dan peralatan sukan di sekolah sukan juga menjadi salah satu
objektif penting sekolah sukan. Hal ini untuk memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar.
Sebagai contoh, sekiranya sebuah sekolah sukan itu mempunyai kelengkapan peralatan yang
lengkap maka pelajar-pelajar di sekolah tersebut mudah untuk berlatih dan mengasah
bakat masing-masing. Kemudahan yang lengkap dan canggih membolehkan atlet-atlet di
sekolah tersebut berlatih dengan sempurna tanpa sebarang kekurangan.

Objektif sekolah sukan yang seterusnya adalah untuk meluaskan penyertaan pelajar
kearah kecemerlangan sukan di peringkat antarabangsa. Sekolah sukan di wujudkan adalah untuk
menarik lebih ramai penyertaan pelajar yang berbakat dalam pelbagai bidang sukan.
Penyertaan pelajar dalam pelbagai bidang sukan membolehkan sekolah tersebut mengasah dan
menggilap bakat yang ada dalam diri pelajar tersebut, seterusnya membimbing dan melatih
mereka menjadi atlet yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa bagi mengharumkan nama
Malaysia di persada dunia. Sekolah sukan telah membuktikan keupayaannya dalam melahirkan
ramai atlet-atlet yang mahir dan ini sekaligus membuktikan keberkesanan sekolah sukan. Hal ini
membuatkan pihak kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-9 mengambil keputusan untuk
menubuhkan tiga buah lagi sekolah sukan di negara kita.

Selain itu, objektif sekolah sukan adalah untuk membantu Majlis Sukan Negara dalam
program pembangunan sukan. Hal ini, berkait rapat dengan usaha dan matlamat sekolah sukan
untuk melahirkan atlet-atlet yang mahir dalam pelbagai bidang sukan. Pelajar-pelajar yang
berbakat dilatih untuk menjadi pelapis kepada atlet negara pada masa kini justeru itu negara kita
akan mempunyai pelapis-pelapis yang mahir di masa hadapan.

KRITERIA

Secara umumnya,mereka yang ingin memohon kemasukan ke sekolah sukan perlulah


mempunyai penglibatan yang aktif dalam bidang sukan. Mereka yang ingin menyertai sekolah
ini perlu bergiat aktif dalam bidang sukan seperti sepak takraw, bola sepak, lumba lari, hoki, dan
sebagainya. Pelajar tersebut sekurang-kurangnya pernah melibatkan diri di peringkat daerah bagi
memudahkan kemasukannya ke sekolah sukan. Sebagai contoh, pelajar tersebut pernah mewakili
sekolah ke peringkat daerah dan negeri.

Selain itu, pelajar perlu mempunyai sokongan daripada mereka yang berkelayakan dalam
bidang sukan, sebagai contoh sokongan daripada guru kokurikulum di sekolah biasa bagi pelajar
lepasan UPSR dan PMR untuk kemasukan ke sekolah sukan tersebut. Sokongan ini adalah untuk
memastikan pelajar tersebut sememangnya mempunyai bakat dalam bidang sukan yang di ceburi
dan untuk memudahkan pihak sekolah sukan mengklasifikasikan kemahiran sukan pelajar
tersebut. Hal ini seterusnya dapat membantu pihak sekolah sukan untuk menyediakan keperluan
yang sepatutnya untuk meningkatkan prestasi pelajar tersebut misalnya kelengkapan peralatan,
jurulatih dan sebagainya.
Kelayakan dalam kurikulum juga diambilkira dalam kriteria kemasukan ke sekolah
sukan. Pelajar yang ingin memohon untuk memasuki sekolah ini perlulah memenuhi syarat yang
ditetapkan. Keputusan peperiksaan awam seperti UPSR dan PMR amat diambilkira,namun ianya
bukanlah seperti syarat kemasukan ke sekolah Kluster iaitu pelajar perlu lulus dengan cemerlang
iaitu 5A untuk pelajar UPSR. Tetapi sekiranya pelajar tersebut cemerlang dalam kedua-dua
aspek iaitu kurikulum dan kokurikulum ianya akan menjadi satu kelebihan bagi pelajar tersebut
untuk melayakkan dirinya ke sekolah sukan yang dipohon.

Seterusnya, borang permohonan perlu diisi bagi kemasukan ke sekolah sukan. Prosedur
ini adalah prosedur biasa bagi sebarang kemasukan. Pelajar yang ingin memasuki sekolah sukan
ini perlu mengisi borang terlebih dahulu agar segala maklumat dapat di proses oleh pihak
sekolah dengan syarat pelajar tersebut telah memenuhi kesemua syarat yang disenaraikan oleh
pihak sekolah sukan tersebut. Sekiranya terdapat syarat yang tidak dipenuhi, maka borang
tersebut tidak akan diproses. Hal ini amat dititikberatkan oleh pihak sekolah kerana mereka amat
tegas dalam proses pemilihan pelajar dan hal ini bertujuan untuk melahirkan atlet-atlet yang
benar-benar mahir dalam bidang yang mereka ceburi.

KELEBIHAN SEKOLAH-SEKOLAH SUKAN

Penubuhan sekolah yang memberikan penekanan kepada sukan merupakan langkah


untuk memastikan kecemerlangan sukan negara pada masa akan datang. Pembukaan sekolah-
sekolah sukan merupakan satu usaha yang tepat dan praktikal. Sekolah-sekolah sukan dapat
memberi banyak kelebihan kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut. Ini kerana sekolah tersebut
ada keistimewaannya tersendiri.

Salah satu kelebihan sekolah-sekolah tersebut adalah ia dapat mengembangkan potensi


para pelajar yang sememangnya berminat dalam pelbagai aktiviti sukan. Dengan adanya
sekolah sukan, pelajar-pelajar yang belajar di sekolah tersebut akan dapat menonjolkan bakat
sukan yang ada pada diri mereka dengan lebih mudah. Dengan ini, bakat-bakat pelajar terserlah
dan mereka dapat terus bergiat dalam acara yang diminatinya. Sekiranya pelajar-pelajar
mengambil bahagian dalam acara yang diminatinya dan telah memenangi acara tersebut, secara
tidak langsung, kejayaan di peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili
daerah, negeri dan kemudiannya negara.

Tambahan pula, pelatih-pelatih yang mengajar para pelajar di sekolah sukan adalah
pelatih yang profesional dan berwibawa dalam bidang sukan dan kebanyakkan mereka adalah
diimport dari luar negara. Malahan ada antara mereka yang pernah menjadi pemain atau atlet
peringkat negeri, negara dan antarabangsa. Dengan adanya sekolah sukan para pelajar yang
berbakat dalam bidang sukan dikumpulkan dan diberi latihan yang sistematik dan terancang
oleh jurulatih-jurulatih yang profesional tersebut. Malah, para pelajar juga dapat bergaul dengan
rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. Keadaan ini dapat meningkatkan prestasi sukan
dan akademik para pelajar di sekolah sukan.

Justeru itu, sekolah sukan biasanya disediakan kemudahan sukan yang canggih dan
lengkap. Jadi, para pelajar dapat menjalani latihan dengan lebih teratur dan terancang. Jika
dibandingkan dengan sekolah harian biasa, sekolah-sekolah tersebut tidak ada kemudahan sukan
yang secukupnya untuk para pelajar menjalani latihan sukan. Sebagai contoh, di sekolah sukan
terdapat kemudahan sukan seperti tempat bermain squash dan gymnasium. Ini berbeza dengan
sekolah harian biasa yang tidak mempunyai prasarana sukan yang lengkap dan mencukupi untuk
kemudahan pelajar berlatih. Oleh itu, pelajar yang berminat dalam aktiviti sukan yang
kemudahannya tidak disediakan di sekolah harian biasa terpaksa mengambil kelas tambahan
untuk mengembangkan lagi bakat mereka.

Lantaran itu, di sekolah sukan pelajar-pelajar diberi latihan yang khusus dan betul untuk
meningkatkan kecerdasan diri pelajar. Kekuatan mental mereka juga diseimbangkan dengan
keupayaan dalam bidang sukan. Kegiatan sukan ini dapat membina stamina yang kuat serta
mencerdaskan otak para pelajar. Malah, pelajarnya dididik dengan penuh disiplin dan beretika
profesional. Dengan persekitaran serta rakan-rakan yang sesuai dengan mereka, mereka mudah
menerima disiplin yang diterapkan kepada mereka.

Dalam pada itu, sekolah sukan juga dapat melahirkan atlet yang berpotensi ke arah
bertaraf dunia. Ini kerana, pelajar-pelajar di sekolah sukan diberi penekanan sukan sebagai
kerjaya mereka pada masa hadapan. Malah sekolah juga memupuk keyakinan pelajar-pelajar
sekolah tersebut terhadap profesion dan industri sukan dan membudayakan sukan dalam
kehidupan para pelajar. Namun begitu, pihak sekolah tidak mengabaikan bahagian akademik
pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Di samping itu, pelajar-pelajar yang belajar di sekolah sukan juga akan mendapat ilmu
dari segi kurikulum dan juga kokurikulum secara sama banyak iaitu sekolah sukan dapat
melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik. Jika
dibandingkan dengan pelajar yang belajar di sekolah harian biasa, para pelajar hanya tahu serba
sedikit tentang sukan yang mereka minat. Masa latihan dan belajar yang teratur akan membentuk
pelajar sukan yang seimbang dari segi akademik dan juga sukan. Malah, peluang kepada pelajar
yang belajar di sekolah sukan untuk menjadi seorang jurulatih yang mahir dalam bidang sukan
yang mereka ceburi adalah sangat cerah.

KELEMAHAN SEKOLAH-SEKOLAH SUKAN

Sekolah sukan ada banyak kelebihan, namun begitu terdapat juga kelemahan di sekolah
tersebut. Antaranya adalah, sekolah sukan masih tidak dapat melahirkan para atlet yang
setanding dengan lain-lain negara yang sememangnya sudah terkenal dengan atlet-atlet yang
sangat mahir dalam bidang sukan. Contohnya Negara China, Amerika Syarikat dan lain-lain
negara. Jadi, sekolah-sekolah sukan di negara kita perlu mengambil langkah yang sewajarnya
untuk meningkatkan lagi kualiti sukan di negara kita.

Lantaran itu, syarat kemasukan di sekolah sukan juga sangat ketat. Jadi pihak sekolah
terpaksa memilih calon-calon pelajar yang terbaik dari segi permainan dan juga akademik bagi
belajar di sekolah tersebut. Perkara ini memang sangat penting bagi sekolah sukan untuk
memilih calon-calon pelajar di sekolah tersebut. Namun begitu, sekirannya ada pelajar yang
memang terlalu berminat dengan sukan tetapi dalam bidang akademik pula, pelajar tersebut tidak
ada kelayakkan yang disyaratkan oleh sekolah-sekolah sukan. Jadi. Pelajar tersebut tidak dapat
belajar di sekolah tersebut. Dalam hal ini, sekolah-sekolah sukan harus melonggarkan sedikit
syarat kemasukan pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Sekirannya, pelajar yang sangat berminat
dengan sukan itu dapat belajar di sekolah sukan walaupun, sudah tentu negara kita dapat
melahirkan seorang atlet yang mahir dan dapat membanggakan negara kita.
Selain itu, sekolah-sekolah sukan di negara kita juga tidak sangat mahir untuk melahirkan
atlet sukan yang bersedia dari segi mental dan juga fizikal. Ini kerana, sekolah sukan hanya
sangat menekankan kepada persediaan secara fizikal iaitu memberi latihan yang secukupnya
kepada atlet yang hendak bertanding dalam sesuatu acara sukan. Namun begitu, atlet-atlet
tersebut tidak bersedia secara mental sepenuhnya. Para atlet masih tidak cukup kekuatan dari
segi mental untuk bertanding dengan negara-negara yang yang terkenal dengan para atlet yang
sangat berkemahiran dan namanya terkenal di semua negara. Para atlet di negara kita pula, tidak
ada keyakinan yang secukupnya yang mereka dapat menewaskan pihak lawannya itu.

Tambahan pula, pelajar-pelajar yang belajar di sekolah-sekolah sukan juga tidak


mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mencapai kemenangan dalam sukan. Antara
faktor yang menyebabkan para atlet tidak mempunyai semangat juang yang tinggi adalah kerana
mereka tidak diberi motivasi yang secukupnya. Hal ini menyebabkan atlet-atlet di negara kita
seakan-akan sudah menetapkan di dalam minda mereka bahawa kekalahan sudah dimiliki oleh
mereka. Secara langsung, apabila atlet-atlet tersebut mengambil bahagian dalam acara sukan
bagi mewakili negara kita dalam pertandingan tersebut, sudah tentu mereka tidak dapat bersaing
dengan lain-lain negara kerana para atlet tidak dapat mengekalkan semangat juang dalam
pertandingan yang mereka masuki.

Malah, di sekolah sukan juga terdapat terlalu banyak campur tangan oleh pihak yang
berkepentingan peribadi dan politik dalam mentadbir sekolah tersebut. Perkara ini menyebabkan
kelancaran pentadbiran sekolah sukan itu terjejas dan juga menyebabkan penurunan dalam
prestasi para atlet sekolah sukan tersebut. Apabila pihak bekepentingan peribadi mentadbir
sesebuah sekolah sukan ia boleh menyumbangkan kepada pengsingkiran atlet-atlet yang
berkebolehan. Hal ini kerana pihak pengurusan tersebut akan mementingkan pihak yang dikenali
untuk dibawa masuk atau didaftarkan ke sekolah sukan tersebut

Di samping itu, sekolah sukan juga banyak memberikan tekanan kepada para atlet sukan
kerana mereka bukan sahaja komited terhadap bidang sukan sahaja tetapi termasuk bidang
akademik juga. Hal ini kerana para atlet harus menjalani latihan sejurus sahaja selesai masa
persekolahan. Disebabkan perkara diatas para atlet tidak dapat memberikan komitmen
sepenuhnya semasa dalam sesi latihan mereka dan menyebabkan mereka gagal menyerlah dalam
pertandingan yang disertai.
Dalam pada itu, negara kita harus menerima hakikat bahawa negara kita ini bukan bangsa
yang lemah dari aspek sukan. Ini kerana negara kita bukannya tidak mempunyai atlet yang
berwibawa yang boleh mengharumkan nama negara kita dipersada dunia tetapi pihak yang
bertanggungjawab haruslah berusaha untuk mencari dan mengilap lagi bakat mereka untuk lebih
menyerlah pada masa akan datang. Sekiranya tiada inisiatif yang diambil oleh pihak yang
bertanggungjawab seeloknya segala dana atau peruntukan sukan itu boleh diagihkan kepada
aspek lain seperti pembangunan pendidikan iaitu biasiswa pelajar luar negara, meningkatkan
kemudahan di sekolah biasa dan lain-lain yang pastinya lebih membawa kebaikan kepada
negara.

SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL (SSBJ)

PENGENALAN

Perancangan penubuhan Sekolah Sukan Malaysia telah diluluskan dalam Rancangan


Malaysia Ke-5 (1991-1995). Selari dengan usaha meningkatkan mutu sukan negara dan dasar
memberi penekanan kepada sukan berprestasi tinggi, kerajaan telah menubuhkan Sekolah Sukan
Bukit Jalil (SSBJ) di Kuala Lumpur. Projek pembinaan SSBJ dimulakan pada tahun 1994 dengan
kos penubuhan sebanyak RM23 juta.

Sekolah Sukan Bukit Jalil ditubuhkan pada 1 Januari 1996 dan merupakan sekolah
kerajaan. Sekolah sukan ini ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. SSBJ bertempat di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Mempunyai keluasan sebanyak 5.7 hektar. Terdapat sebanyak 29 orang jurulatih dan 67 orang
guru serta 28 orang staf sokongan yang berkhidmat di sekolah tersebut. Manakala bilangan
pelajar adalah 450 orang dari tingkatan satu hingga lima dan seramai 150 orang pelajar pra-
universiti.

Program pra-universiti telah dilaksanakan di SSBJ berikutan dengan keputusan


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil alih Program Matrikulasi dan keputusan
Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 5/2000 pada 1 Mac 2000, KPM
dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Tujuan
program ini adalah untuk membolehkan atlet negara atau yang berpotensi mewakili negara
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diberi peluang mengikuti pengajian selama dua tahun
sambil menjalani latihan masing-masing di bawah kendalian MSN sebelum melanjutkan
pelajaran program sarjana muda di UPM. Pengajian dijalankan mengikut sistem semester dan
berjadual fleksibel supaya atlet pelajar ini dapat menjalani latihan dan pada waktu yang sama
dapat mengikuti program akademik mereka.

Visi SSBJ ialah SSBJ akan menjadi penjana atlet bertaraf dunia manakala misinya pula
ialah SSBJ berusaha menjana atlet yang berpotensi ke arah bertaraf dunia, melahirkan atlet yang
cemerlang dalam bidang sukan dan akademik, berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai semagat
patriotik dan semangat juang yang jitu serta memupuk keyakinan atlet terhadap profesion dan
industri sukan dan membudayakan sukan dalam kehidupan seharian.

KEMASUKAN DAN PENGAMBILAN PELAJAR

Permohonan kemasukan ke SSBJ tidak dijalankan melalui permohonan terbuka daripada


para pelajar. Sebaliknya, pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke sekolah sukan
melalui kaedah-kaedah tertentu seperti berikut:

1. Ujian Pengesanan Bakat atau Talent Identification (TID) yang dikendalikan oleh Unit
Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani
dan Sukan (JPJS) di peringkat kebangsaan.

2. Melalui Program Khas "Kenal Pasti Bakat" atau Talent Scouting yang dikendalikan oleh
JPJS semasa kejohanan MSSM berlangsung sepanjang tahun.

3. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan dan Majlis Sukan Negara.

Selain itu, pelajar-pelajar yang layak juga perlu mempunyai keputusan yang baik di
dalam peperiksaan UPSR atau PMR mereka. Pelajar yang berjaya memasuki SSBJ akan diberi
surat tawaran oleh pihak JPJS.
PENGURUSAN

Pengurusan SSBJ adalah sama dengan Sekolah Berasrama Penuh dengan memberi
tumpuan kepada konsep berikut:

 Pembangunan atlet bertaraf dunia.

 Penggunaan tenaga mahir jurulatih professional.

 Pengkhususan bidang Sains Sukan merentas Kurikulum.

 Penekanan sukan sebagai kerjaya.

 Asas untuk kajian saintifik dalam bidang sukan.

 Akademik SSBJ

Pelajar SSBJ turut mengikuti program akademik seperti sekolah kerajaan yang lain iaitu
menggunakan sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, para pelajar wajib
menduduki peperiksaan awam seperti peperiksaan PMR dan SPM. Pelajar sekolah sukan juga
diwajibkan mengambil mata pelajaran Sains Sukan sebagai mata pelajaran elektif.

PROGRAM LATIHAN

Masa Aktiviti

6.30 – 9.00 am Latihan sukan

9.00 - 9.30 am Rehat

9.00 am - 2.30 pm Kelas akademik

2.30 – 3.30 pm Rehat

3.30 – 6.45 pm Latihan sukan

6.45 – 8.30 pm Rehat

8.30 – 10.30 pm Kelas khas akademik


JENIS SUKAN

Antara sukan yang dimajukan di SSBJ adalah seperti berikut:

 Akuatik
 Bola Jaring
 Bola Sepak
 Gimnastik Berirama
 Golf
 Kriket
 Memanah
 Olahraga
 Ragbi
 Skuasy
 Tenis
 Wushu
 Badminton
 Bola Keranjang
 Bola Tampar
 Ekuestrian
 Gimnastik Artistik
 Gusti
 Hoki
 Lawan Pedang
 Menembak
 Ping Pong
 Sepak Takraw
 Taekwondo
LAMPIRAN SSBJ

Pelan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil


Staf SSBJ Atlet Angkat Berat

Perlawanan Hoki

Sesi Latihan
LAPORAN PERKEMBANGAN AKTIVITI

Tarikh / Masa/ Aktiviti Catatan


Tempat

30 Julai 2008 Perjumpaan Pertama Minggu ke-4


1200-1230 (Tidak Formal)
Foyer Dewan  Memastikan semua ahli sedia
Kuliah  Berbincang maklum akan tugas yang perlu
secara ringkas disiap sediakan untuk
 Menetapkan perjumpaan yang seterusnya.
perjumpaan  Memahami tajuk yang
yang seterusnya diperoleh dengan
mendapatkan sumber rujukan
daripada buku, majalah,
internet dan lain-lain
 Memikirkan responden
(pensyarah) yang sesuai
dengan tajuk baru yang
diterima
 Menyediakan draf soalan bagi
tujuan temu bual

O4 Ogos 2008 Perjumpaan Kedua Minggu ke-5


1300-1430 (Formal)
Perpustakaan  Resonden: Pensyarah-pensyarah
Hamzah Sendut 1  Berbincang USM
secara I. Dr. Ahmad Tajuddin
menyeluruh II. Dr. Abdul Jalil Ali
tajuk yang III. Dr. Najeemah
diperoleh iaitu IV. Dr. Rahimi
Sekolah Sukan
 Berbincang sub  Laporan:
topik yang perlu I. Pengenalan
ada dalam II. Visi dan Misi Sekolah Sukan
laporan III. Ciri-ciri Sekolah Sukan
 Membahagikan IV. Kekurangan(Kelemahan)
tugas Sekolah Sukan
 Membahagikan V. Kelebihan Sekolah Sukan
sub-sub dalam VI. Cabaran Sekolah Sukan
laporan projek VII. Refleksi
 Menetapkan VIII. Pelan Tindakan
perjumpaan
yang seterusnya

06 Ogos 2008 Perjumpaan Minggu ke-5


1200-1230 Keempat
Foyer Dewan (Tidak Formal)  Terdapat perubahan pada tajuk
Kuliah temu bual.
 Berbincang  Memastikan semua ahli sedia
secara ringkas maklum akan tugas yang perlu
bagi tajuk yang disiap sediakan
baru  Memahami tajuk yang telah
 Menetapkan berubah dengan mencari
perjumpaan sumber sebagai rujukan
yang seterusnya seperti buku, majalah,
internet dan lain-lain
 Memikirkan responden
(pensyarah) yang sesuai
dengan tajuk baru
 Menyediakan draf soalan bagi
tujuan temu bual

11 Ogos 2008 Perjumpaan Kelims Minggu ke-6


1300-1430 (Formal)
Perpustakaan  Memastikan semua ahli faham
Hamzah Sendut 1  Membincangkan akan fokus tajuk
kata kunci
soalan
 Penstrukturan
semula soalan
temu bual
 Menetapkan
perjumpaan

13 Ogos 2008 Perjumpaan Minggu ke-6


1200-1230 Keenam
Foyer Dewan (Tidak Formal)  Tajuk temu bual dikekalkan
Kuliah semula
 Berbincang  Draf soalan telah dihantar untuk
secara ringkas semakan
tindakan
seterusnya

1 September 2008 Perjumpaan Ketujuh Minggu ke-9


1500-1700 (Tidak Formal)
Kafe Indah  Semua ahli telah berpuas hati
Kembara  Penstrukturan dengan soalan yang akan
semula soalan digunakan
temu bual  17 soalan telah disediakan
 Soalan telah dibahagikan kepada
3 bahagian
 Soalan utama
 Soalan tambahan
 Soalan umum

04 September 2008 Membuat laporan Minggu ke-9


- tugasan Minggu ke-10
19 September 2008 Minggu ke-11

21 September 2008 Perjumpaan Minggu ke-11


1500-1600 Kelapan  Mengingatkan semua ahli dengan
Kafe Indah (Tidak Formal) mengenai aktiviti keesokkan
Kembara harinya.
Taklimat ringkas  Membahagikan tugasan sesama
ahli bagi tujuan temu bual.

22 September 2008 Temu bual Minggu ke-12


1100-1200 dijalankan
Bilik Pensyarah 3 orang ahli akan menebual Dr.
Dr. Najeemah Manakala ahli yang lain akan
bertanggungjawab dalam bahagian
teknikal.
23 September 2008 Menyiapkan laporan Minggu ke-12
24 September 2008 projek hasil temu
25 September 2008 bual Melengkapkan keseluruhan projek
Perpustakaan dan menyemak semula sebelum
Hamzah Sendut 1 dihantar.

26 September 2008 Laporan projek Minggu ke-12


dihantar
Projek yang lengkap dihantar kepada
tutor Dr. Nik Rosila

08 Oktober 2008 Pembentangan hasil Minggu ke-14


projek
Pembentangan

MASALAH DAN CABARAN

Tidak dapat dinafikan bahawa tajuk sekolah sukan yang diberi kepada kumpulan
kami bagi projek temu bual merupakan tajuk yang agak mencabar. Hal ini demikian,
sekolah sukan tidak begitu popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Maklumat
mengenai sekolah sukan juga kurang dan sukar diperoleh. Namun begitu, kami berusaha
mengumpul maklumat dan bahan sebelum perjumpaan pertama diadakan.

Kami mengadakan perjumpaan sebanyak tujuh kali. Semua ahli hadir pasa setiap
perjumpaan yang dijalankan. Perbincangan antara ahli kumpulan berjalan dengan lancar
tanpa sebarang kesulitan dan masalah kerana setiap ahli memahami dan saling bertolak
ansur antara satu sama lain. Kumpulan kami telah menjana satu idea agar tugasan dapat
disiapkan dengan secepat mungkin iaitu dengan membahagikan kumpulan kami kepada
dua. Setiap kumpulan mempunyai tiga ahli. Kumpulan Angeliana, Nadiah dan Pauline
bertanggungjawab membuat perancangan temu bual responden sementara kumpulan
Hafizah, Rahimah dan Shamimah bertanggungjawab membentuk laporan lengkap
mengenai sekolah sukan. Ini meringankan bebanan kerja setiap ahli. Walaupun kumpulan
dipecahkan kepada dua kami tetap membuat perjumpaan bagi mengemaskini laporan dan
saling bantu-membantu dan berkongsi maklumat.

Kami menghadapi masalah apabila penyelaras kursus, Dr.Shafrin membuat


penukaran tajuk dari sekolah sukan kepada sekolah aktif kokurikulum. Kumpulan kami
berada dalam keadaan dilema pada masa tersebut kerana kami hampir menyiapkan
tugasan sekolah sukan yang diberi. Jika kami menukar tajuk kepada sekolah aktif
kokurikulum, kami memerlukan lebih banyak masa untuk membuat persediaan dari mula.
Oleh itu, kami mengadakan perjumpaan untuk berbincang semula tentang tajuk baru dan
membuat pembaharuan dalam pelaksanaan projek. Seminggu selepas pengumuman
penukanran tajuk, Dr. Nik Rosila iaitu tutor kami membenarkan kami mengekalkan tajuk
yang asal iaitu sekolah sukan. Walaupun gembira kami berasa agak sedih kerana
kerugian masa. Kumpulan kami telah bersepakat untuk mengekalkan tajuk asal.

Tugas menyempurnakan projek berjalan dengan lancar dan kami tidak


mempunyai masalah pengangkutan kerana kami menemu bual pensyarah dalam USM
sahaja. Tetapi kami menghadapi cabaran yang besar apabila responden (pensyarah) untuk
projek temu bual tidak dapat dihubungi. Kami bercadang menemu bual Dr. Ahmad
Tajuddin yang merupakan pensyarah sukan. Kami tidak dapat menghubungi beliau
walaupun telah banyak kali cuba untuk berjumpa kerana beliau merupakan seorang yang
sangat sibuk. Oleh itu, atas nasihat tutor kami beralih kepada pensyarah yang kedua iaitu
Dr. Abdul Jalil Ali. Kami menghubungi Dr. Abdul Jalil Ali namun kami turut berasa
hampa dan gagal menghubungi beliau. Kami kesuntukkan masa untuk projek temu bual
kerana cuti hari raya hampir tiba dan masing-masing tidak berpeluang untuk berjumpa.
Akhir sekali kami bercadang menemu bual Dr. Najeemah iaitu penasihat Persatuan St.
John Ambulance. Kami menerima respon yang positif daripada Dr. Najeemah dan beliau
bersetuju untuk ditemu ramah. Seterusnya, kami aturkan temu janji bersama Dr.
Najeemah dan bersiap sedia untuk menemu bual beliau. Setelah menemu bual Dr.
Najeemah kami berasa lega dan amat berpuas hati dengan respon beliau berikan. Kami
amat berterima kasih kepada beliau.
Ketika hendak menyiapkan laporan, kami mendapat arahan daripada Dr. Fadzilah
semasa kuliah untuk membuat transkipsi temu bual bersama pensyarah kami. Keadaan ini
menambahkan kerja tugasan kami. Walaupun menerima pelbagai cabaran, masalah dan
dugaan, kami tidak berputus asa dan terus bekerjasama antara satu sama lain untuk
menyempurnakan tugasan tersebut dan akhirnya kami berjaya menyiapkan keseluruhan
projek ini.

Sekolah sukan. Begitulah tajuk yang kumpulan saya perolehi daripada pensyarah
Dr. Nik Rosila yang merupakan tutor bagi tutorial kumpulan kami. Dalam cabutan undian
pula, kajian kes (sekolah sukan) ini akan dijalankan dengan menggunakan teknik temu
bual separa berstruktur terhadap pensyarah.
Dalam perjumpaan pertama semuanya berjalan dengan lancar. Satu langkah demi
langkah, projek ini nampaknya dilaksanakan dengan perancangan yang baik. Perjumpaan
demi perjumpaan semua nampaknya berjalan dengan lancar. Saya sangat gembira dengan
kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan saya. Bagi saya apabila semua yang
dirancang mendapat sokongan daripada semua pihak semua masalah yang datang
merupakan hal yang remeh bagi semua orang. Hal ini kerana masalah takkan datang jika
tak diundang. Sejauh mana kebenaran ini?

Dalam pertengahan projek yang mana semua telah siap sedia, kami telah berjaya
menyiapkan soalan temu bual dengan selengkap yang boleh. Keesokkan hari yang mana
kami ingin menyerahkan draf soalan kepada tutor untuk semakan, kami mendapat satu
berita daripada penyelaras bahawa tajuk kami telah ditukar daripada tajuk sekolah sukan
kepada tajuk sekolah yang berfokuskan kokurikulum, ahli kumpulan saya serta merta
nampak kecewa. Dengan perasaan yang berat hati kami terpaksa menerima hakikat dan
memulakan pencarian yang baru dan memulakan semuanya semulanya dengan langkah
pertama.

Walaupun tajuk sekolah yang berfokuskan kokurikulum mempunyai kaitan yang


sama dengan tajuk yang sebelumnya namun kami mengalami kesukaran kerana ahli
kumpulan saya sudah sangat sebati dengan tajuk yang sebelum ini. Perjumpaan tetap
diadakan hari yang seterusnya dan semua pembahagiaan tugas dirombak semula. Semua
ahli kelihatan kurang puas hati dengan hasil usaha bagi tajuk kedua. Namun, kami cuba
untuk bertindak positif dan meneruskan tugusan kami.

Minggu depannya salah seorang ahli tutorial kami mengemukan satu persoalan
yang mana dia menyatakan bahawa kumpulannya ingin meneruskan kajian menggunakan
tajuk yang pertama dan tutor telah membenarkan. Saya rasa inilah hari yang paling
menggembirakan bagi ahli kumpulan saya. Kami sebulat suara untuk menggunakan tajuk
yang pertama dan terus menyerahkan soalan yang terdahulunya untuk semakan tutor.

Seterusnya kami meneruskan tugasan kami dengan senangnya. Saya cuba untuk
membuat temu janji dengan pensyarah bagi melengkapkan tugasan kami. Hari demi hari
berlalu, namun sukar bagi saya untuk berjumpa dengan pensyarah yang kami bercadang
untuk ditemu bual iaitu Dr. Ahmad Tajuddin. Selepas itu, kami beralih untuk cuba
menemu ramah Dr. Abdul Jalil namun perkara yang sama turut berlaku hingga ke minggu
terakhir, saya membuat keputusan untuk mencuba untuk membuat temu janji dengan Dr.
Najeemah dan ahli kumpulan saya turut bersetuju dengan keputusan tersebut. Hal ini
kerana saya tidak mempunyai masalah untuk berhubung dengan Dr. Najeemah
disebabkan beliau merupakan penyelaras bagi Persatuan St. John Ambulans Universiti
Sains Malaysia dan saya pernah bekerjasama dengan beliau sebelum ini.

Akhirnya, kumpulan saya berjaya menyiapkan bahagian temu bual bagi tugasan
ini. Temu bual bersama Dr. Najeemah berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.
Seterusnya bahagian akhir tugasan iaitu laporan projek temu bual dilaksanakan.

Banyak yang saya pelajari sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Dari aspek
komunikasi khasnya. Komunikasi sememangnya memainkan peranan yang sangat
penting dalam melaksanakan sesuatu tidak kira ianya berbentuk tugasan ataupun bukan.
Hal ini adalah kerana, berjayanya sesuatu tugasan itu adalah termasuk dengan kejayaan
kita menggunakan komunikasi tersebut. Terutama sekali dari segi aspek komunikasi
interpersonal. Sebagai ketua kumpulan, banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
dan komunikasi itu merupakan sebahagian dari aspek yang mendorong kejayaan
kumpulan saya.

Di samping itu, komunikasi bersama dengan individu-individu lain iaitu


pensyarah-pensyarah yang ingin ditemu bual turut berlaku. Di mana saya dapat melalui
sendiri bagaimana sesebuah komunikasi tersebut berjaya atau tidak. Hal ini adalah kerana
sepanjang saya cuba untuk bertemu dengan pensyarah untuk membuat temu janji, saya
dapat melihat bahawa kegagalan saya untuk berjumpa adalah kerana saya tidak berjaya
menggunakan sesuatu komunikasi itu dengan baik. Namun yang demikian saya berjaya
belajar daripada kesilapan yang mana saya berjaya untuk berjumpa dengan Dr. Najeemah
untuk membuat temu janji.

Walaupun pada hakikatnya ianya agak ‘last minute’ tapi tidak terlambat bagi saya
untuk belajar dan berjaya untuk memperbetulkan kesilapan saya. Malah berjaya untuk
mempraktikkannya dengan cara yang betul. Namun yang demikian, saya tidak tahu sama
ada komunikasi saya sepanjang sesi temu bual bersama Dr. Najeemah berjalan dengan
lancar. Namun yang demikian, saya berharap agar temu bual yang telah dijalankan dapat
meningkat tahap keyakinan kami dari segi komunikasi khasnya.

Projek ini sememangnya sangat memenuhi keperluan objektif kursus ini yang
menekankan aspek komunikasi dan perhubungan. Malah ianya turut berjaya dalam
pembinaan personaliti secara individu dan kumpulan.

Akhir sekali, saya amat bersyukur mempunyai ahli kumpulan bagi tugasan ini.
Harapan saya ialah semoga saya dan ahli kumpulan saya berjaya menghasilkan tugasan
ini dengan jayanya dan yang lebih penting mempelajari banyak benda dan perkara yang
baru.

.................................................
ANGELIANA ANAK KAYAN
870411-52-6680
91111
Tajuk bagi projek dalam kursus Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal Untuk
Guru(PGT 203) ialah sekolah sukan. Projek ini menggunakan teknik temu bual separa
berstuktur. Kumpulan kami perlu meneruramah pensyarah tentang sekolah sukan.

Pada permulaannya saya merasakan tajuk yang diberikan ,sekolah sukan agak
susah. Sewaktu mencari maklumat pada peringkat awal tidak begitu banyak yang saya
perolehi. Selain itu, saya juga tidak begitu memahami kriteria yang perlu ada pada
sesebuah sekolah untuk menjadi sebuah sekolah sukan. Tambahan pula, sekolah sukan
yang saya tahu hanyalah Sekolah Sukan Bukit Jalil. Oleh sebab itu, saya merasakan tajuk
ini agak berat bagi saya. Namun, saya tetap berusaha mencari lebih banyak maklumat
mengenai tajuk ini dan berjaya memperolehi maklumat yang berkaitan. Saya merasa
gembira kerana dapat menyumbangkan sedikit sebanyak maklumat kepada kumpulan
saya.

Sewaktu pertemuan pertama, kami telah membahagikan tugas dan


membincangkan maklumat yang ada tentang sekolah sukan. Saya bersama dua orang lagi
rakan saya bertanggungjawab dalam menjalankan temuramah seperti mencari pensyarah
yang bersesuaian untuk di temuramah dan mengatur temujanji dengan beliau. Semasa
temuramah saya berasa berdebar-debar walaupun ini bukan pertama kali saya
menjalankan temuramah. Saya cuba mengaplikasikan apa yang telah belajar di kuliah
dalam melaksanakan projek ini terutamanya kemahiran komunikasi.

Selain itu, kumpulan saya juga menghadapi kesukaran untuk mencari penyarah
yang sesuai untuk tajuk ini. Pada permulaannya, kami bercadang untuk menemuramah
Dr. Ahmad Tajuddin, selaku penyelaras ko-kurikulum di Universiti Sains Malaysia
(USM). Namun begitu, nasib tidak menyebelahi kami kerana tidak dapat membuat
temujanji dengan beliau. Saya merasa sedih dan kecewa kerana kami tidak mempunyai
peluang untuk bertemu dengan beliau untuk menetapkan temujanji. Walaupun begitu,
saya dan rakan-rakan mencari pensyarah yang lain untuk ditemuramah. Akhirnya, kami
mengambil keputusan untuk menerumah Dr. Najeemah Mohd Yusuf selaku pengerusi
Rancangan St. John Ambulans Universiti Malaysia. Saya merasa gembira kerana
akhirnya kami berjaya juga mendapatkan seorang pensyarah untuk ditemuramah. Proses
temuramah itu juga berjalan dengan lancar.

Ada satu masa, penyelaras kursus ini ingin menukar tajuk projek bagi kumpulan
tutorial kami, saya merasa amat terkejut. Hal ini kerana kumpulan saya telah siap
menyediakan soalan-soalan untuk disemak oleh tutor kami, Dr. Nik Rosila. Hal ini
kerana kumpulan kami terpaksa mencari maklumat baru untuk tajuk yang baru iaitu
sekolah aktif ko-kurikulum. Saya merasa amat sukar untuk menerima penukaran tajuk itu
kerana kumpulan kami telah berjaya mendapat maklumat yang bersesuaian tentang
sekolah sukan dan soalan temuramah juga sudah disiapkan.

Apabila tutor menyatakan, beliau menerima sahaja laporan yang dihantar sama
ada tentang sekolah sukan atau sekolah aktif ko-kurikulum, Saya merasa amat gembira
kerana kami boleh meneruskan tajuk asal iaitu sekolah sukan. Kami juga menunjukkan
pada tutor soalan yang telah dirangka oleh kami. Apabila tutor bersetuju dengan soalan
yang dirangka, saya amat gembira sekali. Hal ini kerana kami dapat meneruskan untuk
menemuramah pensyarah.

Walaupun banyak masalah yang kami hadapi dalam menyiapkan projek ini,
namun saya merasa gembira kerana dapat menyiapkan laporan projek ini. Tambahan
pula, daripada projek ini saya mendapat banyak pengetahuan baru tentang sekolah sukan.
Selain itu, daripada projek ini juga membantu saya dalam memperbaiki kemahiran
komunikasi dan interpersonal saya.

.....................................................
NURUL NADIAH BT JAILANI
870205-08-5976
91168
Kumpulan saya diberi tugas untuk menjalankan satu kajian kes menggunakan
teknik temu bual separa berstruktur kepada pensyarah berdasarkan tajuk sekolah sukan.
Pada mulanya saya merasakan tajuk ini agak sukar untuk dilakukan kerana sekolah sukan
tidak begitu menonjol dan terkenal seperti sekolah kluster, sekolah bestari dan sekolah
wawasan. Walaupun tajuk ini agak susah tetapi kumpulan saya hanya perlu
menemuramah pensyarah. Ini bermakna kami tidak perlu mencari pegawai JPN atau guru
di luar USM. Hal ini menjimatkan masa yang kami peruntukkan untuk perbincangan
projek ini dan memudahkan aktiviti kami untuk menemubual.

Sebelum mengadakan perjumpaaan dengan ahli kumpulan, saya telah cuba


memahami tajuk ini dan berusaha mencari bahan mengenai sekolah sukan di internet.
Semasa perjumpaan pertama kumpulan saya telah membahagikan tugas dan tajuk yang
perlu dibuat oleh setiap ahli kumpulan. Keadaan ini memudahkan saya dan menjimatkan
masa kerana saya hanya perlu mencari maklumat tentang bidang tugas saya sahaja.
Bidang tugas saya tertakluk kepada membuat laporan mengenai temu bual tersebut
kerana saya tidak menemuramah pensyarah. Walaupun saya telah mempunyai tajuk tugas
saya namun maklumat yang saya perolehi tidak mencukupi dan saya berasa tertekan
sedikit. Hal ini kerana tiada banyak maklumat mengenai sekolah sukan yang disiarkan.
Bagaimanapun saya telah berusaha sedaya upaya untuk melengkapkan laporan saya.

Ketika kumpulan saya hampir melengkapkan projek ini, kami mendapat arahan
daripada Dr. Nor Shafrin untuk menukarkan tajuk sekolah sukan kepada sekolah aktif
kokurikulum. Saya berasa kecewa dan sedih pada masa itu kerana saya telahpun mencari
maklumat dan membuat persediaan untuk membentuk tugasan sekolah sukan tersebut.
Sudah tentu kumpulan saya perlu mencari maklumat mengenai sekolah aktif kokurikulum
dan membentuk semula tugasan yang baru. Situasi ini membebankan saya dan ahli
kumpulan yang lain karana kesempitan masa yang dihadapi namun kami terpaksa akur
dengan penukaran tajuk itu. Tetapi pada minggu seterusnya, saya berasa amat gembira
apabila Dr. Nik Rosila yang merupakan tutor kumpulan saya telah membenarkan kami
untuk meneruskan projek yang asal dengan tajuk sekolah sukan. Oleh itu, kami membuat
keputusan untuk meneruskan projek sekolah sukan yang tergendala sebelum itu.
Banyak perkara yang saya pelajari melalui projek ini. Misalnya, saya dapat
meningkatkan lagi kemahiran komunikasi interpersonal saya dengan ahli kumpulan saya.
Selain itu, saya turut mempelajari cara komunikasi yang sesuai digunakan semasa berbual
dengan pensyarah dan ahli kumpulan yang lain. Tambahan pula, saya mendapat
pengalaman baru melalui tugasan ini kerana saya tidak pernah menemuramah pensyarah
sebelum ini. Oleh itu, ia meningkatkan keyakinan diri saya di samping membantu saya
menambah ilmu pengetahuan mengenai sekolah sukan yang terdapat di Malaysia.
Walaupun banyak halangan yang kumpulan saya hadapi ketika menjalankan
projek sekolah sukan ini (seperti tidak dapat menetapkan temu janji dengan pensyarah
dan pensyarah tidak dapat dihubungi) tetapi kami tidak patah semangat dan terus
berusaha sebagai satu kumpulan untuk menjayakan projek ini. Saya turut berpuas hati
atas kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan saya dan setiap perjumpaan dibuat
dengan lancar tanpa sebarang masalah. Saya juga berasa amat gembira kerana dapat
bekerjasama dengan mereka walaupun ada di antara ahli yang saya tidak pernah kenal
sebelum ini. Saya turut berterima kasih kepada tutor kami yang telah memberi tunjuk ajar
dan banyak membantu kami serta membenarkan kumpulan saya untuk meneruskan tajuk
sekolah sukan tersebut. Akhir kata, saya berharap sumbangan saya dapat membantu
dalam menyempurnakan projek ini.

................................................................
SHAMIMAH BT MOHAMED THAHIR
870731-07-5348
94905

Seperti kumpulan-kumpulan lain, kumpulan saya di beri tajuk projek dalam


kursus Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal untuk Guru (PGT 203) ialah sekolah
sukan. Projek ini menggunakan teknik temu bual separa berstuktur. Kumpulan kami
diarahkan untuk menemuramah pensyarah tentang sekolah sukan. Pada mulanya kami
mengambil keputusan untuk menemuramah Dr.Tajuddin kerana beliau lebih mahir dalam
aktiviti kokurikulum ini, namun terdapat sedikit masalah dan membuatkan kami
mengambil keputusan untuk menemuramah Dr.Najeemah dalam tugasan projek kami.

Projek ini memerlukan kerjasama dalam semua aspek dan kumpulan saya telah
berusaha dan kami saling bekerjasama dalam menyiapkan projek yang diberikan kepada
kami. Kami banyak membuat perjumpaan untuk berbincang mengenai projek temubual
ini. Setiap perjumpaan pasti terdapat perkara baru yang dikongsi oleh kami berenam
untuk menyiapkan projek kami.

Pada perjumpaan kali pertama kami hanya berbincang tentang tajuk yang diberi
dan kami semua bersetuju untuk mencari meklumat berkaitan dengan sekolah sukan.
Seterusnya perjumpaan kedua, kami telah mula membahagikan tugas masing-masing,
saya diberi tugas untuk mengendalikan temubual dan menyiapkan sebahagian projek.
Segala tugas telah diberikan dengan adil dan saksama agar tidak berlaku sebarang salah
faham antara kami berlima.

Perjumpaaan seterusnya juga berlangsung dengan lancar. Saya dan rakan-rakan


yang lain bersama-sama menyumbang idea untuk menyediakan draf soalan untuk
temubual projek kami. Setelah beberapa kali draf soalan di edit akhirnya kami
menunjukkan kepada tutor iaitu Dr.Nik Rosila dan Dr. telah bersetuju dengan draf soalan
yang disediakan oleh kumpulan kami.

Setelah segalanya selesai kami bersedia untuk menemuramah Dr.Najeemah.


Alhamdulillah temubual itu berjalan dengan baik. Seterusnya kami membuat transkrip
bagi sesi temubual yang telah dijalankan. Keadaan ini agak menyukarkan saya dan ahli
kumpulan yang lain kerana kami dimaklumkan untuk membuat sesi temubual dan
transkrip pada waktu yang singkat. Kami terpaksa membahagikan tugas disaat-saat
terakhir kerana pada waktu diberitahu ada diantara kami yang akan pulang ke kampung
untuk menyambut hari raya, justeru itu kami terpaksa berusaha menyiapkan transkrip itu.

Sepanjang saya melakukan projek ini, banyak perkara yang telah saya pelajari
antaranya bagaimana teknik yang akan kita gunakan untuk menemuramah orang,
komunikasi yang perlu kita gunakan untuk menyesuaikan dengan situasi yang kita alami,
semangat kerjasama yang perlu ada untuk memastikan setiap perkara yang kita lakukan
berjalan dengan lancar tanpa melukakan hati rakan yang lain.

Projek ini juga mengeratkan hubungan antara kami berenam kerana dahulunya
kami tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi setelah menjalankan kerjasama projek
ini kami berkenalan dengan lebih rapat antara satu sama lain. Walaupun berlainan
pengkhususan tetapi kami masih boleh bekerjasama dengan baik.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr.Nik Rosila atas
segala tunjuk ajar yang diberikan oleh doktor kepada saya tanpa tunjuk ajar doktor
mungkin kami tidak dapat menyiapkan projek ini. Di harap saya akan terus berusaha
untuk melakukan yang terbaik di masa akan datang.

.........................................................
NORHAFIZAH BT MAINOORDIN
870318-07-5088
94856
Apabila mendapati bahawa tajuk temu bual kami adalah sekolah sukan, kami
berasa risau sebab sekolah sukan merupakan sesuatu yang tidak kami kenali
memandangkan di seluruh Malaysia hanya terdapat dua buah sekolah sukan sahaja yang
terletak jauh dari Pulau Pinang. Agak sukar jika kami sekumpulan seramai enam orang
hendak melawati sekolah sukan di Bukit Jalil bagi meneroka keadaan di sana dan
memahami dengan lebih teliti tentangnya.
Seterusnya, kami telah membuat keputusan untuk mencari maklumat daripada
internet sahaja. Namun, biarpun di internet maklumat yang kami dapat kebanyakan
hanya daripada luar negara seperti Brunei sahaja Dengan itu, kami telah menggunakan
maklumat-maklumat tersebut untuk membina soalan yang akan kami tujukan semasa sesi
temu bual kemudian.

Bagi peralatan merakam sesi temu bual pula, kami adalah sangat bernasib baik
kerana salah satu ahli kumpulan kami memiliki video kamera yang berkualiti tinggi.
Menurutnya, kursus yang kami ambil di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan memang
selalinya akan memerlukan perakaman. Oleh itu, dia telah beli perakam video kurusnya
untuk kegunaan ini. Jadi, kami tidak perlu meminjam alat perakam video daripada
PTPM lagi.

Selepas kami membuat perancangan kami, pensyarah kami telah mendapati


keadaan kami bahawa tajuk sekolah sukan adalah agak sukar serta telah menukar tajuk
kami kepada sekolah fokus ko-kurikulum yang lebih luas skopnya. Dengan soalan yang
baru, kami telah membincang semula tentang persediaan yang kami perlukan. Didapati
rupa-rupanya soalan yang skopnya luas juga merupakan suatu masalah. Kami
menghadapi masalah tentang hendak memberi fokus pada sekolah yang mana
memandangkan semua sekolah yang terkemuka di Pulau Pinang adalah aktif dalam
bidang ko-kurikulum.

Bagi menyenangkan keadaan, ketua kumpulan kami, Angel telah mencadangkan


untuk teruskan dengan tajuk asal kami iaitu sekolah sukan yang sekurang-kurangnya
kami telah membuat kajian dan merancang sesi temu bual kami. Selapas itu, Angel telah
meminta kebenaran daripada tutor kami tentang cadangan tersebut. Kami berasa syukur
dan lega apabila tutor kami amat memahami keadaan kami dan membenarkan kumpulan
tutorial kami untuk membuat mana-mana soalan daripada dua soalan tersebut.

Dengan itu, kami telah meneruskan persediaan kami untuk menemu bual
pensyarah dalam Universiti Sains Malaysia, USM. Dengan tajuk soalan sekolah sukan,
kami merasakan bahawa menemu bual Dr. Ahmad Tajuddin yang merupakan Penyelaras
Ko-kurikulum USM, adalah yang paling bersesuaian. Kami telah berpecah untuk
menemui beliau bagi mendapatkan janji temu dengannya untuk sesi temu bual kami.
Selepas banyak kali mencuba, kami telah membuat keputusan untuk menukar pensyarah
memandangkan beliau selalu sibuk dan tidak berada dalam kampus.

Pada masa yang sama, saya telah meneroka rakan-rakan di sekeliling kampus
untuk mengetahui lebih tentang sekolah sukan. Daripada itu, didapati pelajar-pelajar dari
sekolah sukan negara kita rupa-rupanya bukannya melanjutkan pelajaran mereka ke
universiti selepas tamat pengajian sekolah menengah seperti kami. Tetapi mereka sama
sda akan di hantar ke luar negara bagi tujuan latihan sukan yang mereka fokus ataupun
akan menjadi ahli sukan profesional negara.

Selain itu, saya juga berpeluang untuk bertanya dengan pelajar antarabangsa yang
sedang mengambil ijazah sarjana muda di Universiti Sains Malaysia yang antaranya
terdiri daripada pelajar daripada sekolah sukan dan ahli sukan kelas kedua di negara
China. Pada waktu pembelajaran biasa, lebih kurang 60 peratus ke atas masa
persekolahan mereka telah dibahagikan untuk latihan sukan pada sebelah pagi, manakala
40 peratus adalah pembelajan akademik yang lebih dikenali sebagai pelajaran budaya.

Saya berasa terkejut apabila mendapati bahawa untuk peperiksaan sekolah


menengah mereka bagi memasuki universiti tempatan, pelajar sekolah sukan diberi
kelonggaran bagi permohonan memasuki institut pengajian tinggi awam hanya
memerlukan 300 markah bagi pencapaian akedemik dan 70 markah untuk pencapaian
sukan.

Walaupun, negara kita dahulunya tidak begitu fikus dalam bidang sukan, namun
kebelakangan ini, banyak usaha telah diadakan untuk meningkatkan kualiti bidang sukan
negara yang turut membawa faktor perpaduan. Melalui mesyuarat Jawatankuasa gerak
kerja SUKAD dengan desasiswa-desasiswa di Kubang Kerian yang saya baru hadiri
sebelum mengadakan sesi temu bual kami, saya juaga telah pelajari bahawa sejak
Universiti Sains Malaysia di iktiraf sebagai Universiti APEX, unit sukan universiti telah
bercadang untuk mendirikan Kolej Sukan di USM.
Daripada Kolej Sukan ini, unit ko-kurikulum yang merupakan sebahagian
daripada unit universiti akan diberi kepada pelajar yang terlibat dalam aktiviti sukan
universiti. Selain itu, melalui Kolej Klinik, latihan dan kemudahan sukan yang terdiri
daripada pelatih profesional juga akan disediakan untuk penghuni desasiswa yang
berpotensi dalam acara sukan. Tambahan pula, CPD point juga akan diberi kepada
pelajar universiti yang terlibat dalam permainan sukan yang melebihi 24 jam setiap
semester.

Ahkirnya, kami telah berjaya menbuat temu janji dengan Dr Najeemah, Penasihat
St. John, USM. Pada hari tersebut, kami telah berkumpul di luar DK Z untuk bersiap-
sedia peralatan yang diperlukan. Sebelum memulakan sesi temu bual di bilik Dr
Najeemah, saya berasa agak gementar kerana sekejap lagi kami perlu menghadapi
kamera sepanjang sesi temu bual tersebut. Kami telah mengaturkan perabot pejabat Dr.
Najeemah bagi menyenangkan perakaman.

Setelah semuanya bersedia, Angel telah memulakan sesi temu bual ini. Semasa
temu bual, kami telah banyak pelajari pengetahuan tentang sekolah sukan di Malaysia
biarpun antara kami semua memang tidak tahu banyak tentang sekolah sukan
terutamanya di Malaysia yang merupakan negara berfokuskan penyelidikan sains dan
teknologi. Selain itu, kami juga berpeluang mendengar Dr. Najeemah berkongsi
pendapatnya terhadap sekolah sukan serta bidang sukan dalam negara kita.
Walaubagaimanapun, kami sangat menghargai peluang untuk menemu bual Dr.
Najeemah ini. Kami telah menikmati ruangan masa beliau untuk berbual dengan kami.

Selepas sesi menemu bual, kami telah membahagikan kerja dan mengucapkan
Selamat Hari Raya dan selamat bercuti kepada semua. Kami telah bertukar alamat e-mail
untuk memudahkan perhubungan pada waktu cuti dan mengedarkan cakera video kepada
ahli kami untuk memyiapkan kerja yang selebihnya. Kerja menyiapkan laporan dan
persembahan multimedia telah dibawa balik kampung untuk disiapkan. Melalui aktiviti
ini, saya juga telah memupuk minat dan mengajak rakan desasiswa saya untuk bermain
permainan sukan sekurang-kurangnya dua hari setiap hujung minggu.
Sebagai kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada
tuhan kerana memberkati aktiviti kami ini berjalan dengan lancarnya. Moga-moga
persembahan multimedia yang akan kami sampaikan dapat menyampaikan maklumat
yang berfaedah kepada rakan sekalian dalam kumpulan tutorial nanti serta memupuk
minat bersukan dalam kampus sejahtera ini.

.................................................
KHOO MUN YEE.PAULINE
870928-03-5198
98803
PENUTUP

Kesimpulannya, sekolah sukan sememangnya merupakan sebuah sekolah yang


boleh dianggap berjaya sepanjang pelaksanaannya. Hal ini kerana, dengan wujudnya
sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil negara kita telah melahirkan lebih ramai
atlet-atlet yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Selain
itu, sekolah sukan ini telah membantu kerajaan dalam usaha membangunkan pendidikan
sukan dinegara kita supaya kita dapat terus bersaing dengan negara-negara yang hebat
dalam bidang sukan ini. Walaupun terdapat kekurangan seperti kekurangan jurulatih,
namun sekolah sukan ini dijangka mampu meningkatkan prestasinya dan mengukuhkan
kedudukannya setanding dengan sekolah sukan di luar negara. Justeru itu, pihak kerajaan
haruslah mengambil langkah-langkah yang efektif bagi mengukuhkan lagi sekolah sukan
di negara kita. Kementerian Pelajaran harus sentiasa memantau segala aktiviti dan
prestasi sekolah sukan bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang kesilapan. Segala
kelengkapan peralatan haruslah lengkap dan dana yang disumbangkan perlu sejajar
dengan pelaksanaan aktiviti sekolah tersebut.

Walau bagaimanapun, sekiranya tiada langkah-langkah efektif yang di ambil oleh


pihak-pihak terlibat, kemungkinan atau kebarangkalian sekolah sukan ini tidak akan
berkembang adalah tinggi. Hal ini kerana pelaksanaan sesebuah sekolah sukan
memerlukan perancangan yang strategik, teliti dan merangkumi kesemua aspek yang
diperlukan dalam pembinaan sesebuah sekolah. Harapan agar sekolah sukan akan terus
berkembang dan sentiasa kukuh untuk menerajui pembangunan sukan negara kita.
Sokongan pelbagai pihak amat diperlukan bagi menjayakan sekolah sukan Malaysia. Bak
kata pepatah dahulu kala duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dan diharapkan sukan
Malaysia dapat terus bersaing di peringkat antarabangsa. MAJULAH SUKAN UNTUK
NEGARA.

LAMPIRAN
SUKAN
ARKIB : 05/11/2007

Kerajaan rancang tiga lagi sekolah sukan di bawah


RMK-9
KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang untuk menubuhkan tiga lagi sekolah sukan di
negara ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi melahirkan atlet-atlet
yang boleh membawa cabaran negara di peringkat dunia.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Abd.
Ghafar Mahmud berkata, kerajaan telah meminta Kementerian Belia dan Sukan bersama-
sama Kementerian Pelajaran merancang dan meningkatkan lagi program pembangunan
sukan sekolah di negara ini.

‘‘Setakat ini ketiga-tiga lokasi untuk pembinaan sekolah sukan tersebut telah pun dikenal
pasti.

‘‘Dan InsyaAllah pembinaan untuk sekolah sukan di Kuantan, Pahang akan bermula awal
tahun ini kemudian diikuti dengan Kota Kinabalu, Sabah dan Kangar, Perlis pada
pertengahan tahun hadapan,’’ ujarnya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah
Gemilang Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini, semalam.

Difahamkan sebuah bangunan sukan sekolah yang dianggarkan berjumlah RM70 juta
akan memuatkan lebih kurang 700 pelajar pada satu-satu masa.

Menurut Abd. Ghafar, pembinaan untuk menyiapkan sebuah bangunan akan mengambil
masa lebih kurang dua setengah tahun.

Jelas beliau lagi, ketiga-tiga buah sekolah sukan tersebut juga akan memuatkan pelbagai
kemudahan sukan seperti yang terdapat di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan
Bandar Penawar.

Ketika ditanya kemungkinan ketiga-tiga buah sekolah sukan tersebut hanya menumpukan
kepada sukan-sukan tertentu dalam usaha melahirkan atlet bertaraf dunia di samping
memperkasakan sekolah sukan, menurut Abd. Ghafar semuanya masih dalam
perancangan.
‘‘Kita ambil saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
menumpukan kepada beberapa buah sukan dan yang paling banyak tiga hingga empat
sukan.

‘‘Tetapi buat masa kini keputusan belum dibuat dan semuanya masih dalam
perancangan,’’ ujarnya.

BIBLIOGRAFI

www.bjss.edu.my

www.utusan.com.my
www.kosmo.com.my

www.realdealstubblefield.com

www.bernama.com

www.arenasukan.com

www.utusan.com.my

www.bukitjalilsportschool.com

www.moe.gov.my

www.jpnpp.edu.my

www.pmo.gov.my

You might also like