You are on page 1of 46

FAKTOR-FAKTOR YANG

MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
NAMA :
 NURFARHANA BINTI MD
RAMLI
 NURUL NAZIERA BINTI MOHD
NOH
 NURUL SHANIZA BINTI
KHAIRUDIN

I PISMP BM

NAMA PENSYARAH :
DR. SHARIFAH AMNAH BINTI
SYED AHMAD
FAKTOR – FAKTOR
BAKA & PERSEKITARAN
(NATURE & NURTURE)

PERBEZAAN INDIVIDU
SEIMBAS LALU ….

KANAK-KANAK
• Mengikut Kamus Dewan (2008) :
kanak-kanak membawa maksud anak, anak-
anak, budak yang masih kecil (biasanya yang
belum berumur tujuh tahun). Kanak-kanak
juga digelar budak atau anak kecil ialah
manusia yang muda iaitu seorang yang masih
belum akil baligh.
PERKEMBANGAN :
• Wikepedia Bahasa Melayu:
Menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak
merujuk kepada perkembangan kualitatif biologi dan
psikologi yang berlaku kepada manusia di antara
kelahiran dan akhir masa remaja (zaman kanak-
kanak).

• Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku


jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.
Contohnya melalui pertuturan dan kematangan
individu.
Faktor yang Mempengaruhi
Perkembangan Kreativiti Kanak-
Kanak

Mengikut kajian ahli psikologi


Jasman Kogniti
Sosial Emosi Rohani
i f

faktor genetik faktor


atau baka persekitaran
(nature) (nurture)
BAKA
(NATURE)
DEFINISI GENETIK / BAKA (NATURE)
• Baka atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai heredity
berasal dari perkataan Latin iaitu heres.

• Ernest R. Hilgard :-
Mengatakan bahawa baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau
gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapanya kepada
anaknya melalui gen.

• Definisi yang diberikan oleh Derville (1979):-


Keseluruhan ciri-ciri mental dan emosi fizikal yang telah
diwariskan dari segi biologi daripada ibu bapa kepada anak-
anaknya
SAMBUNGAN

• Amran Schienfed:-

Mengatakan bahawa baka menentukan persamaan di antara ibu


bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu umpulan
keluarga darisegi sifat-sifat seperti kebolehan, minat dan kawalan
emosi.

• Hujah ini turut disokong olehW.E Vinacke yang berpendapat :-

Baka ialah penentu struktur organ, arah perkembangan, sistem


biologi serta potensi seseorang individu.
J.A Thompson pula menyatakan bahawa baka merujuk kepada
perkembangan genetik antara generasi manusia.
• Menurut Norman L. Munn:-
Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu
bapa kepada anak-anaknya melalui genetik.

• Dari segi kecerdasan pula, sebilangan pakar psikologi


seperti Newman (1937) & Sheldon (1962) telah
membuktikan bahawa setiap individu mempunyai
kecerdasan dan intelek yang berbeza.
• Penjelasan dan huraian tentang baka menghasilkan beberapa
ciri yang nyata seperti berikut iaitu
 baka diturunkan melalui gen ibu bapa kepada anak-anaknya.

• Tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan


individu dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut.

• Sebagai contoh, paras rupa seperti warna mata,rambut, jenis


rambut, kulit, saiz dan bentuk badan, ketinggian, tahap
kecerdasan,personaliti, sikap, minat dan sebagainya.
HORMO
KROMOSOM N

FAKTOR
MEMPENGARU
HI KEBAKAAN
KELENJA
GEN R
KROMOSOM

• Kromosom ialah selirat seperti benang yang terdiri


daripada komponen protein yang membawa gen-gen
organism terdiri daripada butir-butir halus yang terdapat
dalam nukleus.

• Manusia normal mempunyai 46 kromosom yang setiap


kromosom mempunyai kumin kecil yang dikenali sebagai
GEN
GEN
Gen ialah info biologikal yang membawa karekter yang
diperturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya.

Gen mengandungi kandungan molekul protein yang


mempunyai asid deoksiribonukliek yang membawa segala
bentuk biologi ibu bapanya kepada anak

Gen terbahagi kepada dua

Dominan Resesif
Gen-gen ini dibawa oleh kromosom

Apabila anak dilahirkan, gen dominan akan


mempengaruhi anaknya.

Contohnya : Rambut.

Jika bapa berambut perang manakala ibunya


berambut hitam, anak akan mengikut salah satu ciri
rambut kedua ibu bapanya.
KELENJAR
Melalui sistem kelenjar, hormon dapat disalurkan
melalui sistem peredaran darah.

Tujuan : melicinkan proses pertumbuhan tubuh.

Kelenjar dapat mengeluarkan hormon tertentu :-

PARATIROI ADRENA
TIROID
D L

PITUITA PANKREA SEKS


RI S
HORMON
Hormon pula ialah bahan kimia yang
diperbuat daripada sel-sel yang terdapat
dalam kelenjar hormon.

Bahan kimia akan dialirkan ke dalam


darah untuk melaksanakan tugas-tugas
seperti melancarkan proses pertumbuhan
tubuh.

Hormon mempunyai paras yang berubah-


ubah pada peringkat awal ini akan
menyebabkan ketidakstabilan emosi
kepada kanak-kanak.
Selain itu hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar
akan memberi kesan kepada organ-organ lain.

Kelebihan & kekurangan hormon :

Kesihatan Kelakuan
seseorang seseorang
terganggu berubah
CONTOH HORMON
SEL
• Sel merupakan organism hidup
yang sangat kompleks. Gen ini
berfungsi mengawal sifat luaran
kanak-kanak seperti kebolehan
menggulung lidah.
KELENJAR
Melalui sistem kelenjar, hormon dapat disalurkan
melalui sistem peredaran darah.

Tujuan : melicinkan proses pertumbuhan tubuh.

Kelenjar dapat mengeluarkan hormon tertentu :-


PERSEKITARAN
NURTURE
DEFINISI PERSEKITARAN (NURTURE)

• Menurut Amran Schienfeld:-


Persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya yang
bermula daripada peringkat persenyawaan.

• Norman L. Munn :-
Mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat
disekeliling unit-unit kebakaan.

• W. Edger:-
Menerangkan bahawa persekitaran adalah kuasa ekstrinsik rumit yang boleh
mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

• Menurut Lee Shok Mee(1994),:-


Beliau mengatakan persekitaran ialah segala keadaan di sekeliling termasuk
keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi sesama manusia serta
alam sekitarnya.
SAMBUNGAN

• Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses


perkembangan kanak-kanak.

• Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir.

• Keadaan sebelum lahir :


-- merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan
si ibu.

• Keadaan selepas lahir :


-- dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap
pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media dan
persekitaran dunia.
TEORI EKOLOGI
BRONFENBRENNER
(ERIK BRONFENBRENNER)

• Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989),


menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak
merangkumi lima lapisan sistem ekologi, iaitu :
Mikrosiste
m,
Mesosistem Makrosistem

Kronosiste
Ekosistem
m
3MEK
MIKROSISTEM
• Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat
dimana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa
dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu.

• Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara


kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.

• Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan


yang tidak kurang penting di dalam perkembangan
kanak-kanak.
MESOSISTEM
• Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan
dengan 2 mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem
boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain.

• Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi


sikap atau tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya.

• Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan


galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam
mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada
kanak-kanak yang kekurangan peluang.
EKSOSISTEM
• Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang
tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan
yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan
kepada kanak-kanak tersebut.

• Misalnya sekolah dengan pasar raya.

• Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang


dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak langsung
mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
MAKROSISTEM
• Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang
melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat itu
sendiri.

• Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina


dititikberatkan (Santrock,2008).

• Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang


lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran
dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.
KRONOSISTEM
• Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan
dalam suatu tempoh masa.

• Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih


berfokus kepada permainan-permainan komputer jika
dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu
kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
• Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah
saling berinteraksi antara satu sama lain.

• Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan


individu, maka setiap individu pasti mempunyai tahap
perkembangan yang berbeza-beza.
TEORI
EKOLOGI

3
1
DIPELOPORI OLEH :
1

2 3

SOALAN 1 & 2
Kepentingan teori Ekologi
Bronfenbrenner

• Teori ini menarik perhatian pendidik agar bukan


sahaja hanya mengutamakan alam belajar dalam bilik
darjah, tetapi juga alam persekitaran di luar bilik
darjah.
Implikasi strategi pengajaran dan
pembelajaran berasaskan teori ini :

• Guru harus berkomunikasi dengan keluarga


murid secara formal dan informal.
• Merancang pelajaran berdasarkan
perkembangan potensi yang khusus sesuai
untuk murid-murid mereka.
• Di samping pengaruh genetik, faktor-faktor
lain yang mempengaruhi perkembangan
individu dalam persekitaran (nurture ) :

• Keluarga
• Rakan sebaya
• Kebudayaan & kepercayaan masyarakat
• Sumber teknologi
• Guru & sekolah
Keluarga
• Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh kasih
sayang, mengalami perkembangan emosi yang sihat.

• Pemakanan kanak-kanak perlu dijaga sejak peringkat awal lagi (peringkat


pralahir).

• Menurut jurnal The Pediatric Clinic of North America yan ditulis oleh Birch
Lean Lipps dan Davidson Kirsten Krahnstoever, mereka menyatakan bahawa
faktor pemakanan ibu bapa boleh mempengaruhi corak pemakanan anak-anak
mereka.

• Sebagai contoh, sebilangan ibu bapa yang gemar memilih makanan ringan dan
makanan segera sedangkan kita mengetahui bahawa makanan tersebut boleh
merencatkan tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak.
Guru & sekolah
• Pengaruh rakan sebaya penting khasnya dari perkembangan
intelek,fizikal,emosi dan sosial.

• Guru yang bersikap penyayang dan cekap menguruskan


aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah akan
melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak
mulia dan bertanggungjawab.

• Memerlukan iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi


dengan kemudahan pengajaran pembelajaran yang canggih
akan meningkatkan perkembangan kognitif, afektif, dan
psikomotor pelajar ke tahap yang lebih tinggi.
SAMBUNGAN

• Maka sama ada pengaruh baka ataupun


persekitaran,setiap murid dalam sesebuah kelas adalah
berbeza dengan rakan-rakan sedarjahnya.

• Misalnya, murid-murid berbeza daripada pelbagai


kebolehan dengan darjah kecerdasan (IQ) ataupun
kecerdasan emosi yang tidak sama.
Rakan sebaya
• Pengaruh rakan sebaya penting khasnya dari
perkembangan intelek,sahsiah,emosi dan sosial.

• Misalnya, kanak-kanak yang bersosialiosasi dengan


rakan sebaya yang bersopan santun akan dipupuk
dengan nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.
Kebudayaan & kepercayaan masyarakat
• Perbezaan nilai hidup membentuk falsafah hidup yang berbeza
di kalangan masyarakat.

• Begitu juga dengan perbezaan agama dan kebudayaan akan


melahirkan cara hidup serta tingkah laku yang berbeza.

• Masyarakat yang suka mengamalkan gaya hidup yang sihat akan


melahirkan gaya hidup yang positif.

• Amalan masyarakat yang menekankan soal kerohanian dan


kejiwaan sebenarnya turut memberi impak dalam melahirkan
kanak-kanak yang kreatif.
Sumber teknologi
• Sumber teknologi tersebut adalah merujuk kepada maklumat yang
diperolehi daripada bahan bacaan.

• Individu yang terdedah kepada sumber tekologi yang sihat akan


mempengaruhi perkembangan kreativiti kanak-kanak berdasarkan
nilai-nilai yang terkandung di dalam pengaruh sumber teknologi itu.

• Pengaruh sumber teknologi terhadap perkembanganseseorang


kanak-kanak itu ada kaitan dengan teori pembelajaran sosial yang
dipelopori oleh Albert Bandura.

• Beliau menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak


antara kognitif, kelakuan dan ejen penentu persekitaran
KONSEP PERBEZAAN INDIVIDU

• Variasi atau ketidaksamaan individu dari


norma kumpulannya,sama ada dari sifat-sifat
kognitif,emosi,fizikal,moral,tingkah
laku,sosial,bakat dan aspek-aspek yang lain
mungkin terdapat sesama individu dalam
sesuatu kumpulan.
-Dictionary of Psychology(1973)
ASPEK PERBEZAAN DALAM
SESEORANG INDIVIDU
ASPEK KEBOLEHAN/KEMAHIRAN

KOGNITIF Kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir


secara logik, menaakul dan mengira.

EMOSI Kebolehan, mengenali, mengawal dan mengurus perasaan serta sikap


sabar dan toleransi terhadap orang lain.

SOSIAL Kemahiran interaksi, bergantung sama ada individu tersebut bersifat


introvet atau ekstrovet.

FIZIKAL Perbezaan dari segi jantina, paras rupa, berat, ketinggian, jenis dan
warna rambut, warna mata.

ROHANI Perbezaan agama, sikap, kepercayaan serta nilai.


SEKIAN,
TERIMA KASIH . . .

You might also like