P. 1
PLOT`~sutera dalam lukisan

PLOT`~sutera dalam lukisan

|Views: 672|Likes:
Published by AmEer LeMi

More info:

Published by: AmEer LeMi on Jan 28, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/15/2013

pdf

text

original

PLOT

Permulaan
Cerita ini bermula dengan menerangkan sifat dan memperkenalkan watak utamanya iaitu Bujei. Pengarang ingin memberi gambaran rapi keadaan semasa Bujei berehat di tebing sungai sambil teringat kisah zaman kanak-kanaknya yang pahit antaranya ibunya selalu dipukul oleh bapa tirinya, Harun hingga peristiwa kebakaran yang meragut nyawa ibunya.

Perkembangan
Digambarkan Alias yang sering mempermainkan dan memperbodohkan serta membuli Bujei. Bujei dianggap kurang siuman dan dungu oleh seluruh penduduk kampung. Adila sepupu Same’ah dari Kuala Lumpur menaruh simpati terhadap nasib Bujei. Dia ingin membantu memulihkan Bujei.

Klimaks
Bermula apabila Adila mengajak Bujei ke rumah Sidang Saman untuk mengkaji sifat Bujei yang dikatakan tidak normal dan kurang siuman oleh penduduk kampung. Alias yang menaruh minat tehadap Adila berasa cemburu atas kemesraan Adila dengan Bujei. Harun, bapa tiri Bujei belasah Bujei dengan teruk kerana merosakkan surat tanah pusaka milik arwah ibu dan bapanya. Bujei memeberanikan diri untuk mempertahankan haknya apabila Alias merosakkan radio baharunya dengan mengugut Alias. Pertelingkahan tercetus antara Bujei dengan Alias. Alisa menabur kata-kata fitnah kepada Bujei bahawa Adila menghidap penyakit AIDS. Kata-kata fitnah itu menjadi buah mulut orang kampung. Adila membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Hampir sebulan, Adila pulang ke kampung.

Peleraian
Sahak dimasukkan ke hospital kerana terlanggar tiang ketika bermula motosikal dengan Alias. Oleh kerana sifatnya yang angkuh dan mementingkan diri, Alias kehilangan rakanrakannya. Pelbagai muslihat dan usaha telah dilakukan oleh Alias untuk memikat Adila tetapi semuanya gagal. Dia juga gagal untuk memperalatkan Bujei. Alias semakin hilang arah sehingga menjadi kurang siuman.

Penamat
Adila mencurah isi hatinya kepada Sidang Saman dan Mak Lamah untuk memilih Bujei sebagai suaminya tetapi Sidang Saman memberitahu Adila bahawa Bujei masih belum bersedia. Adila gembira kerana Bujei sudah mampu berdikari dan berfikiran wajar seperti orang biasa. Adila tidak memberitahu Bujei isi hatinya. Bujei setuju untuk mendalami

ilmu agama. Mereka berdua ternampak seorang pemuda yang berkelakuan pelik dan terkenang sifat Bujei dahulu. . Adila memberitahu Bujei bahawa dia ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk menjadi pensyarah dan mengajaknya untuk mengikutnya ke Kuala Lumpur.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->