You are on page 1of 14

Pertubuhan

Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB)
Pengenalan
• Ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945.
• Ibu pejabat PBB asalnya ialah di San Francisco, tetapi
berpindah ke New York pada tahun 1946.
• Keahlian PBB pada awalnya hanya 51 buah negara,
tetapi sehingga tahun 2002 meningkat kepada 189
buah negara.
• Malaysia menjadi anggota PBB pada tahun 1957
selepas mencapai kemerdekaan.
• Negara anggota PBB harus patuh kepada Piagam
PBB,iaitu perjanjian antarabangsa yang
menggalurkan prinsip-prinsip asas dalam hubungan
antarabangsa.
Matlamat
• Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
• Menggalakan hubungan berbaik-baik antara
negara anggota.
• Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah
antarabangsa dan melindungi hak asasi
manusia tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit.
• Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan-
tindakan negara anggota.
Organisasi
PBB

Majlis
Majlis
Perhimpunan Sekretariat
Keselamatan
Agung

Mahkamah
Majlis Majlis Ekonomi
Keadilan
Amanah dan Sosial
Antarabangsa
Peranan Malaysia dalam PBB untuk Menyelesaikan
Konflik Antarabangsa

• Pada Oktober 1961, pasukan tentera Malaysia


dihantar untuk menyertai pasukan pendamai PBB
untuk menamatkan perang saudara di Congo
• Menyertai pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi
menjaga keamanan dan membantu negara tersebut
mencapai kemerdekaan pada tahun 1989.
• Pada tahun 1959, Malaysia dan Ireland menaja satu
usul untuk mengutuk tindakan Republik Rakyat Cina
menceroboh dan melanggar hak asasi rakyat Tibet
• Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan
Iran-Iraq dan Kampuchea serta pasukan
pengaman ke Bosnia bagi menguatkuasakan
gencatan senjata pada tahun 1990-an.

• Menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang


mendiskriminasikan penduduk kulit hitam.

• Menyarankan agar Benua Antartika menjadi


warisan dunia dan diletakkan di bawah kuasa
semua negara.
Peranan Malaysia dalam PBB dari aspek ekonomi
• Menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang
ditubuhkan oleh PBB pada tahun 1945.
• Matlamat penubuhan Bank Dunia adalah untuk membantu
negara-negara anggota yang sedang membangun terutama
dari segi kewangan dalam menyusun semula dan
membangunkan ekonomi negara-negara tersebut.
• Keahlian dalam Bank Dunia membolehkan kemasukan
pelabur-pelabur asing ke Malaysia dan diharapkan dapat
membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan
peluang pekerjaan.
• Malaysia mendapat bantuan Bank Dunia dalam menjayakan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan
membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.
Peranan Malaysia dalam PBB dari Aspek
Sosial
• Mengambil pendirian teguh dan tegas dalam usaha memerangi gejala
penyalahgunaan dadah.
• Hasilnya, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria)
pada bulan Jun 1987 dan Perdana Menteri Malaysia telah menjadi
Yang Dipertua persidangan tersebut.
• Malaysia menyertai beberapa agensi di bawah PBB seperti FAO,WHO
dan UNESCO.
• Wakil Malaysia pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB
pada tahun 1965, 1989 dan 1999.
• Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail telah menjadi pengerusi
Perhimpunan Agung PBB dan wakil khas PBB untuk menyelesaikan
masalah politik di Myanmar.
• Malaysia pernah mendesak PBB untuk menjalankan usaha
menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan
Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.
Tahun Penglibatan Malaysia dalam aktiviti-aktiviti PBB
1960 Megnghantar tentera pendamai ke Congo (Zaire),
Afrika bagi menamatkan perang saudara.
1989 Menyertai PBB untuk menjaga keamanan di
Namibia dan membantu negara tersebut mencapai
kemerdekaan.
1990-an -Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke
sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea.
-Malaysia menghantar pasukan pengaman ke
Bosnia.
Pengenalan Komanwel
• Dibentuk pada tahun 1931.
• Keanggotaannya terdiri daripada negara
bekas tanah jajahan British yang telah
merdeka.
• Terdiri daripada 54 buah negara maju dan
negara sedang membangun.
• Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada
tahun 1965 yang beribu pejabat di London .
Matlamat penubuhan Komanwel

• Mewujudkan persahabatan dan perpaduan dalam


kalangan negara-negara yang merdeka dengan bekas
jajahan Britian

• Membantu membangunkan sosial ekonomi negara


anggota

• Bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain


dalam bidang pertahanan, perusahaan, pertanian,
pendidikan dan perdagangan
Ciri-ciri negara-negara Komanwel

• Anggotanya terdiri daripada negara bekas


tanah jajahan Britian yang telah merdeka

• Terdiri daripada 54 buah negara maju dan


juga negara yang sedang membangun

• Sekretariat (pejabat setiausaha) Komenwel


telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu
pejabat di London
Faedah-faedah yang diperolehi Malaysia melalui
keanggotaanya dalam Komanwel
• Tentera Komanwel membantu Malaysia megawasi perairan
Sabah dan Sarawak semasa Malaysia menghadapi ancaman
konfrontasi
• Semasa darurat, Malaysia mendapat bantuan ketenteraan dari
negara-negara Komanwel untuk menentang pengganas komunis
• Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa yang ditandatangani pada
tahun 1971 antara Malaysia, Singapura, Britian, Australia dan
New Zealand. Melalui perjanjian ini, Britian, Australia dan New
Zealand akan memberi bantuan tentera jika Malaysia dan
Singapura diserang oleh kuasa luar
• Bidang perdagangan
Sebagai salah satu ahli dalam pertubuhan Komanwel, barang
eksport negara kita telah dikenakan kadar cukai yang rendah di
Britain. Sebagai balasan, negara kita telah memberi keutamaan
kepada kegiatan perdagangan di antara Britain dengan negara
kita.
•   Rancangan Colombo
Rancangan Colombo ditubuhkan pada tahun 1950 dengan tujuan
memberi bantuan teknik oleh negara-negara Komanwel yang maju
kepada negara-negara Komanwel yang membangun dan mundur.
Menerusi rancangan ini, negara kita telah memperolehi faedah
seperti:
a. Australia, New Zealand, Britain dan Canada telah memberi biasiswa
kepada pelajar kita yang menuntut di institusi pengajian tinggi di
sana.
b.  Negara penderma telah memberi bantuan kewangan kepada
negara kita untuk menubuhkan pusat-pusat latihan teknik.
c.  Britain menghantar pakar-pakar insurans dan cukai untuk menolong
negara kita dalam memajukan ekonomi negara.
d. Canada membekalkan peralatan untuk membantu negara kita
memajukan industri perikanan.
e.  Bantuan dari New Zealand dalam bentuk wang untuk membuka
tanah baru.

You might also like