You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan

Rasuah

Definisi rasuah mengikut undang-undang adalah merupakan satu tindakan pemerasan yang

dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah

dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan

memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang

telah diberikan kepadanya kemudian telah disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri

sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya. Selain, itu isu berkaitan rasuah kerap

dibincangkan terutamanya di dalam seminar, forum dan ceramah namun ia masih

berlarutan sehingga kini. Takrifan rasuah adalah begitu meluas dan bukan sahaja wujud di

dalam bentuk Monetary. Bentuk monetary yang dimaksudkan ialah seperti pemberian

jawatan, pangkat kebesaran, perbuatan pelepasan atau penahanan daripada satu obligasi

dan liabiliti.

Rasuah yang biasa didedahkan oleh pihak media massa adalah berada dalam kateogori

rasuah transaktif ( transactive corruption ), rasuah memeras ( extortive corruption ) dan

rasuah rasuah defensit ( defensive corruption ). Rasuah transaktif kebiasaannya

membabitkan dunia koporat dengan pihak pemerintah dan masyarakat dengan pihak

pemerintah. Ini dilihat sebagai satu bentuk rasuah yang memberikan keuntungan kepada

kedua-dua belah pihak ketika melakukan transaksi. Rasuah memeras pula berlaku apabila

pihak pemberi dipaksa untuk melakukan. Tujuannya adalah mengelakkan sebarang kerugian

yang bakal menimpa diri serta kepentingannya. Rasuah defensif pula merujuk kepada

rasuah yang dilakukan seseorang untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, rasuah tidak kira

apa bentuk kategorinya adalah merupakan satu masalah yang perlu ditangani dengan serius

oleh masyarakat dan lebih-lebih lagi oleh pihak pemerintah. Selain itu, perkara ini turut akan

1
memberikan kesan negatif terhadap sosioekonomi sesebuah Negara. Misalnya, amalan

rasuah dalam pentadbiran sama ada di di dalam sektor awam atau koporat. Apabila gejala

rasuah berleluasa akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara. Keadaan itu

berlaku disebabkan pihak pelabur akan menjauhkan diri daripada melakukan pelaburan di

Negara berkenaan. Ketiadaan dari segi pelaburan asing akan menjejaskan kegiatan ekonomi

seperti perindustrian, pertanian dan sektor perkhimatan turut tergendala.

Selain itu, ketiadaan sumber pelaburan asing akan memberikan impak yang besar terhadap

pertumbuhan ekonomi. Ini disebabkan kebanyakan sumber aktif sesebuah negara berbentuk

monetary telah digunakan untuk membiayai projek yang kurang berdaya maju. Terdapat

juga pihak tertentu yang memberikan kelulusan di dalam projek ini, terutamanya dalam

mendapatkan keuntungan tanpa menghiraukan sumbangan kepada masyarakat. Ada

sesetengah pihak yang mengistilahkan bentuk dana pembangunan ini sebagai projek gajah

putih. Aktiviti jenayah maksiat juga akan berleluasa kerana amalan rasuah telah

menyebabkan pihak berkuasa menutup mata atau tidak mengambil tindakan terhadap

mereka yang bersalah. Kesan rasuah bukan sahaja terhad kepada sosioekonomi malahan

juga terhadap alam sekitar contohnya, kes pembalakan. Jika tender yang dikeluarkan

kepada sesebuah syarikat konsesi tidak mengikut proses sebenar berkemungkinan kegiatan

pembalakan secara tidak terancang akan wujud. Fenomena ini berlaku, kerana pemilik

syarikat tersebut tidak mempunyai kelayakan secukupnya untuk menjalankan kegiatan

pembalakan secara sistematik. Seterusnya akan menyebabkan berlakunya hakisan, banjir

lumpur, kehilangan spesies flora dan fauna.

2
2.0 Rasuah dari segi perspektif Islam

Islam sejak dulu, telah menyedari masalah yang bakal timbul daripada amalan rasuah ini.

Islam secara jelas tidak berkompromi di dalam isu ini. Rasuah merupakan satu tindakan

pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan

dan faedah untuk kepentingan individu. Justeru itu, keadaan ini berlaku kerana apabila

menlalui prosedur biasa, seseorang tidak akan memperolehi apa-apa yang dikehendaki

olehnya secara langsung mendorong kepada gejala rasuah. Secara amnya rasuah bermakna

kuasa yang diberikan kepada seseorang individu telah di salahgunakan dengan bertindak

untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap “ pilih kasih ” dalam tindakannya. Dalam Islam

perkataan rasuah diambil daripada bahasa Arab iaitu “ al-risywah ”. Di dalam Al-Quran

rasuah digolongkan dalam istilah umum batil, iaitu menyamai perkataan jenayah lain seperti

merompak, menipu dan memeras ugut. Di Malaysia dari segi undang-undang semua

perbuatan “ member dan menerima suapan ” adalah daripada sebahagian perbuatan dan

kesalahan jenayah.

Kebiasaannya, rasuah di dalam pandangan masyarakat Islam sebagai satu jalan pintas bagi

seseoarang untuk mengecapi kehidupan mewah dan dengan erti kata lain, mahu menjadi

kaya dalam masa yang singkat. Individu yang melakukan budaya ini, tidak memikirkan

kesan buruk yang bakal terjadi sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan yang

bakal diperolehi. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada daripada Allah

Swt harus dititikberatkan di dalam apa jua bentuk urusan. Islam juga amat melarang

umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti sabda Rasulullah Saw yang bermaksud;

3
Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang

suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum-

menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak

dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka

ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-

duanya akan masuk neraka”. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan

janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu

dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat

kamu memakan sebahagian harta yang berdosa sedang kamu mengetahuinya.

(al-Baqarah : 188)

Budaya rasuah ini sebenarnya telah lama disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi

mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah

diutarakan oleh ajaran Islam iaitu di dalam mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak

ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang

bermaksud :

                

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”. Perbuatan ini juga

dikutuk dengan kerasnya oleh Allah  Swt sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang

diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud : “Allah SWT melaknat orang yang memberi

rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan

itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang

bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

4
Berdasarkan dalil-dalil di atas jelas membuktikan bahawa Islam amat melarang perbuatan

keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah kepada pemberi dan

sesiapa juga yang bersubahat di dalam melicinkan kegiatan rasuah ini.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas menlalui ketegasan Nabi sulaiman apabila menolak hadiah

daripada Puteri Balqis agar membolehkannya berterusan di dalam penyembahan kepada

matahari apabila diseur beriman kepada Allah Swt. Kisah ini, telah tercatat di dalam ayat 35

hingga 37, surah An-Naml. Contoh lain ialah adalah ketegasan Nabi Muhammad yang

menolak kafir Quraisy pada awal penyebaran agama Islam Kaum Quraisy telah berjanji akan

memberikan apa sahaja yang diingini Baginda daripada kemewahan dunia, jika Rasulullah

meninggalkan kegiatan dakwahnya itu. Walaubagaimanapun, tawaran itu telah ditolak oleh

Baginda. Rasulullah telah menyatakan bahawa “ walaupun matahari diletakkan pada tangan

kanannya dan bulan pada tangan kirinya, Baginda tetap tidak akan meninggalkan

perjuangannya dalam menyebarkan agama islam kepada umat sejagat. Ketegasan Islam

dalam hal ini dapat dijelaskan lagi menlalui perintah berbentuk larangan Allah yang

berfirman: “ Dan janganlah kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu

dengan jalan yang salah dan janganlah kamu membawa urusan itu ke mahkamah supaya

kamu dapat memakan sebahagian daripada harta orang lain itu dengan ( jalan berbuat )

dosa, pada hal kamu mengetahuinya ”.

( Surah Al-Baqarah ayat 188 )

3.0 Punca-punca berlakunya rasuah

Punca-punca rasuah boleh dibahagikan kepada kelemahan peribadi individu, kelemahan

kepimpinan dan pengurusan organisasi, bentuk hubungan sosial dan budaya, modenisasi,

politik serta politik. Kelemahan peribadi lebih merujuk kepada kekurangan iman dan takwa.

Seseorang itu tahu bahawa rasuah adalah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi

5
masih dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori

“Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “

bahawa melakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap individu

mahu memiliki kehidupan mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan

sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah terutamanya bagi mereka memiliki

keperibadian yang lemah.

Seterusnya, ialah kelemahan dari segi aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi.

Kepimpinan yang lemah akan menyebabkan menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada

pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya

rasuah. Dari aspek sosial dan budaya pula, merujuk masyarakat majmuk di Malaysia

mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda. Misalnya, sempena

menyambut hari-hari perayaan tertentu, majlis hari jadi, hari perkhawinan dan sebagainya.

Kebanyakan hari yang baik ini telah member kesempatan kepada perasuah dan penerima

rasuah melakukan rasuah samaada diminta, disogok atau di umpan tanpa disedari.

Modenisasi pula merujuk kepada kegiatan pembangunan sosial ekonomi yang tidak

seimbang dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek

pembangunan meluas yang boleh diibaratkan sebagai cendawan tumbuh selepas hujan

turut menyumbang kepada peningkatan pengaliran wang secara berterusan. Golongan yang

terlibat juga turut menggunakan kesempatan ini dalam mengaut keuntungan secara

berlebihan. Perlumbaan moden turut memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba di

dalam mendapatkan sesuatu tender. Mereka juga turut berusaha untuk memenangi hati

para pengawai pengurusan atau pembuat keputusan sesuatu tender. Oleh itu, cara terbaik

adalah menlalui jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan pembayaran

6
melepaskan hukuman, kegagalan melaksanakan projek dan sebagainya. Dari aspek politik

pula lebih melebihkan sesetengah ahli politik yang menggunakan kesempatan untuk

berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan

kuasa. Misalnya, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih

populariti dan sebagainya. Seterusnya masalah kewangan, misalnya laporan Pelan Integriti

Nasional menlalui kajian penilaian dan hala tuju (Tekad 2008) yang dijalankan telah

mendedahkan hampir 70% kakitangan awam lebih cenderung menerima suapan akibat

tekanan menangguh terlalu banyak beban hutang. Kegagalan individu mengawal perasaan

akibat tekanan hutang telah memberikan lebih ruang kepada individu untuk melakukannya.

5.0 Kesan-kesan rasuah

Perbincangan mengenai isu rasuah perlulah di pandang serius oleh semua pihak. Kegiatan

rasuah secara tidak langsung akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesebuah organisasi.

Dengan adanya, kegiatan rasuah bermungkinan tiada sesiapa akan dapat mengagak

tindakan seseorang individu ini. Kemajuan sesebuah Negara bergantung juga adalah

bergantung kepada golongan cerdik pandai. Justeru itu, perkembangan kegiatan rasuah

akan menghakis kepercayaan orang awam terhadap golongan cerdik pandai khususnya di

dalam Negara Malaysia. Selain itu, sistem pemerintahan akan turut menjadi lemah apabila

setiap budaya rasuah berlaku. Maka dengan ini, telah menyebabkan pihak pemerintah

kehilangan akan hasil atau tindakan yang harus dilakukan olehnya. Ini boleh di umpamakan

sebagai kecuaian dalam melakukan sesuatu akan mendorong kepada pemberian rasuah

dalam mengantikan wang cukai yang hanya dinikmati oleh segelintir pemberi dan penerima

rasuah. Kesan yang paling ketara akibat budaya rasuah ini ialah keruntuhan dalam

pentadbiran. Akibatnya, akan timbul masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian

kepentingan masyarakat dan sebagainya. Contohnya, di Filipina yang mencatatkan sejarah

7
kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah

yang tidak terkawal pada ketika itu.

6.0 Langkah-langkah menangani rasuah

Terdapat beberapa kaedah untuk mengelakkan diri daripada amalan rasuah iaitu,

memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri, memasukkan bahaya rasuah dalam sistem

pendidikan, meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman, meluaskan

urusan menlalui penggunaan ICT dan lain-lain. Pertama ialah memantapkan iman dan

mengukuhkan jati. Mempunyai keimanan dan tahap keperibadian yang tinggi adalah

benteng pertahanan penting dalam mengelakkan diri daripada mengamalkan rasuah.

Apabila setiap individu menanam sifat membenci amalan rasuah sudah tentunya akan

membantu mengurangkan perningkatan amalan rasuah ini. Misalnya pihak masyarakat

biasa, pemimpin, para peniaga, jentera pentadbiran dan sebagainya. Paling utama ialah

pihak pentadbiran, yang seharusnya memainkan peranan penting dalam menunjukkan

kepimpinan menlalui teladan. Contohnya, menghindarkan diri daripada penyalahgunaan

wang kerajaan demi kepentingan peribadi. Memiliki kekuatan iman dan jati diri yang tinggi

akan dapat menangkis amalan rasuah walaupun individu itu berhadapan dengan peluang

yang besar dalam mengamalkan rasuah.

Seterusnya ialah memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan. Sikap benci

terhadap amalan rasuah seharusnya dipupuk dan dihayati oleh setiap individu sejak dari

peringkat asas lagi. Khususnya, ketika di bangku persekolahan guru seharusnya mengajar

dan mendidik anak murid mereka tentang keburukan rasuah. Pihak ibu bapa juga turut

memainkan peranan penting dalam hal ini, dengan memberikan didikan agama dengan

secukupnya kepada anak mereka bagi membentuk keperibadian mulia di kalangan anak-

anak mereka. Setiap agama mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak mereka

seperti agama Islam, Buddha, Kristian dan sebagainya. Namun begitu, setiap daripada

8
agama tersebut tidak semestinya mengalakkan manusia untuk melakukan dosa dan

terpulanglah kepada setiap individu sendiri untuk menilai dan menentukan samaada

pelakuan mereka itu baik atau buruk. Oleh itu, generasi yang dididik membenci akan rasuah

sudah tentunya akan menjadi seseorang individu yang bertanggungjawab, amanah dan

ikhlas. Sistem pendidikan hanya memainkan peranan di dalam membentuk generasi akan

datang yang bebas daripada amalan rasuah.

Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman turut membantu dalam

pengurangan budaya rasuah ini. Usaha siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu

dipergiatkan lagi agar pihak masyarakat sedar bahawa betapa bahaya dan seriusnya

masalah rasuah. Terutamanya, ancaman terhadap keselamatan negara sekiranya tidak

dibendung dari awal, sudah tentunya akan menimbulkan kelemahan Negara itu sendiri.

Selain itu, para pengamal rasuah akan lebih berhati-hati untuk melakukan rasuah dengan

adanya hukuman yang berat ke atas setiap pesalah rasuah ini. Keadaan ini telah bermula

dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan untuk mengembalikan

keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan tadbir urus Negara. Dan

kemudiannya telah menjadi ikutan oleh ( SPRM ) Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan

Program Perlindungan Saksi. Sikap individu yang sentiasa menghindarkan diri daripada

menyogok orang lain sedikit sebanyak akan membantu pengurangan budaya rasuah.

Pengamalan daripada gaya hidup yang sah dari segi undang-undang iaitu bebas daripada

amalan rasuah akan menjadikan individu lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat

sekeliling. Khususnya bagi masyarakat Islam yang amat ditegah daripada mengamalkan

amalan rasuah dan melanggar hukum-hukum Islam.

9
Kaedah lain ialah meluaskan urusan menlalui penggunaan ICT. Prosedur yang memerlukan

tempoh jangka panjang, sukar dan lambat untuk diproses akan dipermudahkan menlalui

penggunaan Sistem Teknologi Maklumat (ICT). Penggunaan borang, proses temu duga dan

sebagainya akan diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para

peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus akan dapat menghindari

bahaya rasuah kerana kemudahan ICT tidak memerlukan sogokan untuk mempercepatkan

suatu proses urusan.

Kesimpulan

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan

fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan

dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa

depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada golongan cerdik pandai dan

profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam

terhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap

kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-

tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan,

maka pemberian rasuah telah menggantikan  wang cukai yang sepatutnya dikutip dan

manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar

daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi

kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi,

pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga

boleh  menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang

berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari

tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

10
Rujukan

M o h d K h a i r u l H i d a y a t B er a h i m . 2 0 0 8 . R a s u a h d a n K e p i m p i n a n M e n u r u t

I s l a m . P e n er b i t : K ua l a L u m p u r : D e w a n B a h a s a d a n p u s t a k a .

Asmawi. 2008. Kenapa Ianya Berlaku. Penerbit: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Rujukan Internet

Norhafifi Yahya. 2006. Gejala Rasuah dan Kesannya. Retrieved at 17 Febuari 2010.

From:

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2088

Ibnu Hasyim. Bagaimana Nak Hapus Rasuah Makna Rasuah Pun Tak Lengkap. R e t r i e v e d

at 17 Febuari 2010.

From:

http://www.ibnuhasyim.com/2009/03/bagaimana-nak-hapus-rasuah-makna-rasuah.html

Muhammad Hisyam Mohamad. 2 0 0 4 . Pengamal rasuah dilaknat ditimpa bala sejak di

dunia. R e t r i e v e d a t 1 2 j a n u a r i 2 0 1 0 .

From:

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?

lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=126&cmd=resetall

11

You might also like