You are on page 1of 8

ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA

TENGKOLOK DIRAJA

 Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu


semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah
memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan
berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu.

MUSKAT

Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan


Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari
Negara Muskat iaitu Negara Islam yang berhampiran dengan Negara
Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.

 Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa
pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga
yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman
Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang
pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi
pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.
Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju
ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang
berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi
pegawai-pegawai negeri Kedah.

PENDING DIRAJA
 Pending Diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu
bertatah dan bersulamkan sebelas bijipermata delima. Di tengah-
tengahnya pula tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Tali
bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-
bunga dengan benang emas.

KERIS PENDEK DIRAJA

 Keris Pendek Diraja adalah diperbuat daripada mata keris lama


dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertatahkan
emas. Hulu keris ini dinamakan "Hulu Pekaka" dan berupa kepala
"Garuda".
 Di sampir keris ini diterapkan dengan lambang Kerajaan
Persekutuan. Keris ini ialah salah satu pakaian Diraja dan seperti
Keris Panjang Diraja ia hanya dibawa atau dipakai oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
KERIS PANJANG DIRAJA
 Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah Keris. Keris
Panjang Diraja adalah Kebesaran Negara yang utama dalam
istiadat Pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia
merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan.
 Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.

GANDIK DIRAJA
 Gandik Diraja atau pemeles ini ialah merupakan pakaian ulu bagi
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
 Gandik Diraja ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh
dengan permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-
tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak bulan dengan
bintang, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih juga.
 Gandik ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda dalam istiadat-
istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.
KALUNG DIRAJA

 Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong.
 Kalung ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan
permata berlian. Kalung ini merupakan sebahagian daripada
pakaian kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan
pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.

COGAN ALAM
 Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian
daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia.
 Cogan Alam diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm atau
bersamaan lima kaki empat inci dan merupakan suatu bulatan di
atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan
dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini
diterapkan dengan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu
daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga
harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam
tangkai padi daripada emas.
COGAN AGAMA

 Cogan Agama adalah merupakan alat kebesaran yang menjadi


sebahagian daripada lambang Kebesaran Kerajaan Malaysia.
Cogan Agama diperbuat daripada perak dan panjangnya 155.04
cm atau lima kaki satu inci dan berupa sebatang tongkat bulat
berkepala besar. Di atas kepala tongkat itu diperbuat anak bulan
dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan
kepalanya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

COKMAR

 Cokmar ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada


lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cokmar ini terdiri dari dua
batang dan diperbuat daripada perak. Tiap-tiap satu panjangnya
81.32 cm atau dua kaki lapan inci dan merupakan alat perang.
Cokmar ini merupakan tongkat pendek berkepalakan kubah.

PEDANG, KERIS PANJANG DAN SUNDANG

 Pedang, Keris Panjang dan Sundang ialah tiga jenis senjata


Melayu tua yang dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran
Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris panjang dan
sundang zaman purbakala. Keris panjang dan sundang bersalut
dengan perak serta berukir-ukir pada hulu dan sarungnya.

PAYUNG UBUR-UBUR KUNING

 Payung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat


kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur Kuning sebanyak dua puluh
kaki dan diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning
raja iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu
dan dikhaskan menjadi kebesaran Raja-rajanya. Di kemuncaknya
dipasangkan anak bulan dengan bintang.

TOMBAK BERAMBU

 Tombak Berambu sebanyak dua puluh kaki, matanya berluk tiga


diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari sebelas buah Negeri
Semenanjung Malaysia.
NOBAT
 Perkataan nobat adalah berasal dari perkataan Parsi 'naubat'
bermaksud sembilan jenis alat. Nobat ialah ‘pancaragam’ Diraja
yang telah digunakan dari zaman berzaman di Negeri-negeri
Melayu terutamanya untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Antara
alat-alat bunyian Nobat ialah Gendang, Nafiri, Serunai dan Gong.
Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah:
NEGERI PERAK
NEGERI KEDAH
NEGERI SELANGOR
NEGERI TERENGGANU

PANJI-PANJI DIRAJA

 Panji-panji Diraja yang berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di


tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi. Warna kuning
ialah warna Diraja. Karang padi yang berwarna keemasan
melambangkan kemewahan atau kemakmuran.

You might also like