You are on page 1of 4

Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-anak

Hubungan penglibatan ibu bapa dengan pencapaian murid dan prestasi sekolah.

Hubungan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik murid Bumiputera
sekolah rendah di luar bandar di Sabah

1. Apakah hubungan antara pengetahuan dan kemahiran guru menghubungi ibu bapa
dengan tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.
2. Apakah perspektif ibu bapa dan pentadbir sekolah terhadap penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan anak-anak.
3. Adakah ibu bapa mempunyai kompetensi melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak,
khususnya menjadi tutor? Jika tidak bolehkah guru memperlengkap ibu bapa sedangkan
guru sendiri tidak dapat mendidik anak-anak murid dengan memadai?

Apakah teori / andaian anda?


1. Ibu bapa yang mempunyai kesedaran (yang menyedari) kepentingan pendidikan
memberi nilai yang tinggi kepada pendidikan akan melibatkan diri dalam pendidikan
anak-anak?
Adakah hanya faktor kesedaran yang menentukan penglibatan ibu bapa atau ada faktor
lain?

Persoalannya:
a. Apakah faktor yang menentukan kesedaran tersebut? Sumber: SES, faktor-faktor
demografi yang lain; nilai, budaya keluarga.
b. Daripada mana mereka memperoleh kesedaran itu? atau Siapa yang memberi
kesedaran tersebut kepada mereka? Orang / program / tools / alat?
c. Bagaimana mereka menyedari kepentingan pendidikan itu? Apa proses kesedaran
tersebut. Ia berbicara tentang strategi.

1. Apakah pandangan ibu bapa yang mempunyai penglibatan yang tinggi dalam
pendidikan anak-anak tentang value / nilai pendidikan? Tahap kesedaran tersebut akan
dikenal pasti melalui tahap / degree / darjah penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
anak-anak.
2. Apakah pula pandangan ibu bapa yang didapati tidak melibatkan diri dalam pendidikan
anak-anak tentang value / nilai pendidikan?

Persoalannya?
a. Siapa yang menentukan tahap penglibatan tersebut? Sekolah? Ibu bapa?
b. Apa standard kriteria yang menjadi pengukur penglibatan tersebut?
c. Apa korelasi antara tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak dengan
tahap kesedaran mereka terhadap nilai / value pendidikan?
Penglibatan (P)  Kesedaran (K)
P tinggi – K tinggi
P tinggi – K rendah
P rendah – K tinggi
P rendah – K rendah

1. Apakah korelasi antara tahap kesedaran tentang kepentingan pendidikan dengan nilai /
value yang diberikan ibu bapa terhadap pendidikan itu? Apakah maksud penyataan ini?
Maksud penyataan ini boleh diterangkan melalui persoalan berikut?
2. Adakah ibu bapa yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan akan
memberi value / nilai yang tinggi terhadap pendidikan?
3. Adakah ibu bapa yang tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan
memberi value / nilai yang tinggi terhadap pendidikan?
4. Adakah ibu bapa yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan akan
memberikan value / nilai yang rendah terhadap pendidikan?
5. Adakah pula ibu bapa yang tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan
pendidikan akan memberi value /nilai yang rendah terhadap pendidikan? Apa maksud
value / nilai pendidikan? Apa maksudnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan?
Kesedaran – berbicara tentang aspek dalaman, tidak kelihatan (psikologi); value
berbicara tentang luaran, yang kelihatan (ekonomi).
6. Adakah pula ibu bapa yang tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan
pendidikan akan memberi value / nilai yang rendah terhadap pendidikan?

Secara perbandingan: Kajian mendapati bahawa bagi ibu bapa yang SES rendah, faktor utama
yang menghalang mereka melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak adalah dari segi
kewangan. Manakala, bagi ibu bapa yang berkerjaya, isu yang timbul adalah dari segi masa.

Persoalan lain yang timbul adalah:


1. Adakah ibu bapa yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap nilai dan
kepentingan pendidikan akan melibatkan diri secara aktif (penglibatan yang tinggi dalam
pendidikan)? Persoalan ini boleh dihuraikan seperti berikut. Ada beberapa
kemungkinan.
a. Ibu bapa yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap nilai dan kepentingan
pendidikan akan melibatkan diri secara aktif dalam pendidikan anak-anak
bergantung pada faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan mereka. Dari segi
kajian, penglibatan ibu bapa adalah pelbagai. Ibu bapa yang melibatkan diri secara
aktif (tinggi) – faktornya ialah masa.
b. Ibu bapa yang kurang aktif melibatkan diri – faktornya adalah SES rendah.

Dalam sistem pendidikan di Barat, penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak adalah
amat penting. Jenis-jenis penglibatan ibu bapa pula adalah pelbagai, namun Model Epstein
meluas digunakan sebagai panduan. Model Epstein mengkategorikan penglibatan ibu bapa
dalam 6 jenis. Dalam konteks, amalan sistem pendidikan di Malaysia, falsafah / prinsip / jenis
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak adalah lebih kurang sama seperti di negara
lain, namun dari segi amalannya, mungkin berbeza. Ini dikaitkan dengan faktor perbezaan Akta
dan fokus peranan dalam menyediakan pendidikan . Berbeza Akta, berbeza fokus.

Beberapa persoalan lain perlu diteroka.


1. Adakah ibu bapa yang mempunyai SES rendah (tahap pendidikan yang rendah; tahap
ekonomi yang rendah) mempunyai kesedaran + nilai yang rendah terhadap pendidikan?
2. Adakah ibu bapa yang mempunyai SES yang tinggi mempunyai kesedaran + nilai yang
tinggi terhadap pendidikan? Persoalannya ialah:
a. Apakah maksudnya ibu bapa yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan
pendidikan? - jadi insan yang baik, akhlak, moral, personaliti, karakter
b. Apakah pula maksudnya ibu bapa yang memberi nilai yang tinggi terhadap nilai
pendidikan? – jadi insan yang berkerjaya, ada kerja, ada pendapatan.

Agaknya, apa kesimpulan kajian anda?


Ibu bapa / orang / sesiapa yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan dan
memberi nilai yang tinggi terhadap pendidikan akan melibatkan diri secara aktif dalam
pendidikan anak-anak dan seterusnya penglibatan tersebut akan mendatangkan impak
pencapaian murid.
Soalnya, mana satu jenis penglibatan yang mempunyai impak yang lebih tinggi terhadap
pencapaian murid?

Apa sebenarnya yang ingin dana kaji?


Apa minat anda? Apa kebolehan anda? Apa keupayaan anda? Apa yang sudah dikaji dan
cadangan kajian lanjut yang diberikan oleh pengkaji terdahulu?

Dalam kajian Stevens (2007). ibu bapa yang terlibat dalam kajian mempunyai pandangan yang
berbeza tentang yang mana satu penglibatan mereka yang memberi impak terhadap
pencapaian anak-anak. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan kajian kualitatif lanjut
dilakukan untuk mengukur persepsi murid-murid terhadap penglibatan ibu bapa yang mungkin
boleh mempengaruhi tahap pembelajaran mereka.

Bagaimanakah kajian ini boleh dilakukan? Kajian ini boleh dilakukan dengan
mempertimbangkan salah satu daripada perkara berikut:
1. Pilih ibu bapa (bukan guru) dan murid sebagai responden yang dianggap oleh Guru
Besar mempunyai penglibatan yang tinggi dalam pendidikan anak-anak mereka di
sekolah tersebut – Kajian kes: Keluarga
2. Pilih murid (sebagai responden) yang ibu bapanya dianggap oleh Guru Besar
mempunyai penglibatan yang tinggi dalam pendidikan anak-anak mereka.
Apakah implikasinya jika ini dilakukan? Isu etika, validity, sahkah kanak-kanak menjadi
responden?

Untuk melaksanakan kajian ini pilih 2 sekolah rendah dari sekolah rendah yang termasuk dalam
kategori On Target (OT) sekolah rendah negeri Sabah bagi tahun 2009.
Sekolah tersebut ialah SK Sri Gaya, KK (Gred A) dan SK Dallas, Kota Belud (SKM)

Saya tidak percaya / yakin murid tidak pandai jika ibu bapa mengajarnya di rumah dan guru
mengajarnya di sekolah.

Apa pula akan terjadi jika…


Situasi 1: Ibu bapa di rumah mengajar anaknya, tetapi di sekolah anaknya itu tidak
mendapat pengajaran daripada guru?

Situasi 2: Guru mengajar di sekolah tetapi di rumah ibu bapa tidak mengajar / membantu
anaknya belajar?

Situasi 3: Ibu bapa di rumah mengajar anaknya atau membantu anak-anaknya belajar dan
di sekolah pula guru-guru mengajar murid-murid tersebut?

Dalam konteks pendidikan anak-anak di rumah, beberapa persoalan mungkin muncul:

1. Bagi ibu bapa yang mendapat pendidikan / melalui sistem pendidikan, ibu bapa tersebut
masih boleh membantu anak-anaknya belajar ataupun mengajar anak-anaknya (tutor),
misalnya dalam membuat kerja rumah
2. Bagi ibu bapa yang tidak berpendidikan atau tidak melalui sistem pendidikan,
bagaimana mungkin ibu bapa berkenaan membantu anaknya belajar, apa lagi mengajar
anaknya? Jika ini berlaku, penglibatan ibu bapa sebagai pembimbing anak-anak dalam
mata pelajaran adalah amat minimum.

Teori : Human Development / Bioecology Theory – Bronfenbrenner (1979)


Model : Parent Involvement in Children Education Model
Hoover-Dempsey & Sandler Model
Design : Qualitative Case Study

You might also like