P. 1
Pendahuluan

Pendahuluan

4.0

|Views: 985|Likes:
Published by anon-436470

More info:

Published by: anon-436470 on Aug 15, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/23/2012

pdf

text

original

Pendahuluan Nusantara ialah sebuah kawasan yang terdiri daripada gugusan kepulauan yang berselerakan yang meliputi sebuah

petempatan yang dikenali melalui sudut antropologi sebagai kawasan “malay archipelago” iaitu kawasan dimana diamnya kelompok N masyarakat yang dikelasifikasikan sebagai rumpun melayu(Nik Anuar:1999). Situasi nusantara sebagai kawasan petempatan adalah ditandai dengan kedatangan arus pertama manusia iaitu 3000 tahun sebelum masihi(Clarke:1972). Kedatangan arus yang kedua pula hanya bermula pada 2500 tahun sebelum masihi. Arus manusia yang kedua inilah yang secara teorinya mebentuk petempatan dan membina kerajaan di nusantara dimana terdapatnya usaha ke arah pembentukan tamadun manusia melalui kebudayaan, pembinaan kerajaan dan hubungan ekonomi. Terdapat pelbagai kerajaan purba yang dibentuk dikawasan nusantara dan antara yang terkenal ialah kerajaan besar Srivijaya yang berpusat di Palembang. Kerajaan ini adalah sebuah kerajaan yang didasari oleh prinsip keagamaan hindu dimana ketika era tersebut pengaruh hindu adalah begitu kuat di nusantara. Syed Naquib Al-Attas didalam kajian nya yang berjudul “Islam dalam sejarah dan kebudayaan melayu” menyatakan dengan jelas bahawa sebelum kedatangan kolonialisasi, masyarakat nusantara sudah mempunyai ketamadunan baik didalam aspek politik, budaya mahupun bermasyarakat. Namun, pembentukan kerajaan ketika era ini adalah berpaksikan kepada dua agama utama iaitu Hindu dan Buddha yang mana menjadi agama rasmi negara era tersebut. Selepas kedatangan Islam pada kurun ke 13 masihi, segala adat yang bertentangan dengan Islam diharamkan kecuali adat istiadat yang tidak bercanggah dengan akidah Islam(Nik Anuar:1999). Ketika era penyebaran Islam di nusantara, terdapat pelbagai perubahan didalam aspek masyarakat khususnya aspek sosiopolitik dimana pelbagai konsep pemerintahan yang berpaksikan hindu dan buddha diubah kepada prinsip-prinsip Islam(Syed Naquib:1972). Ini dilakukan bersesuaian dengan perubahan-perubahan kearah kerajaan Islam. Namun, menurut Syed Naquib, tidak semua penduduk berubah kepada agama Islam pada awal kemunculannya pada kurun ke 13, tetapi hanya berlaku kepada golongan pemerintah dan aristokrat dahulu. Selepas pengislaman para aristokrat, terdapat usaha-usaha kearah pengislaman seluruh penduduk nusantara melalui dikri-dikri

politik pemerintah dan usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh pendakwah yang kebanyakan nya berasal daripada Tanah Arab dan India. Selain itu, penyebaran Islam adalah amat berkait rapat dengan faktor strategiknya kedudukan Nusantara dan faktor ekonomi. Kedudukan strategik Melaka umpamanya sebagai penguasa kepada selat Melaka telah menjadi kayu ukur di dalam penyebaran agama Islam. Begitu juga kedudukan negeri-negeri Nusantara yang umumnya kaya dengan bahan-bahan mentah seperti rempah, pertanian dan sebagai nya menjadi penyumbang utama kepada kemasyuran Islam di nusantara dan menjadi faktor kedatangan pihak kolonial ke nusantara khususnya Portugis pada tahun 1511 di Melaka dan Belanda di Pulau Jawa. Umum mengetahui bahawa kehadiran pihak kolonial ke nusantara adalah impak yang terhasil akibat revolusi industri yang tercetus di eropah dimana setiap negara perindustrian memerlukan bahan mentah sebagai ramuan utama pembuatan industri seperti pembuatan tayar dan mengetin makanan mentah(Qassim:1994). Selain itu, faktor agama dan sosial juga memainkan peranan yang besar di dalam menyumbang ke arah kolonialisasi Esei ini bukan lah bertujuan untuk membincangkan sejarah kebudayaan dan ekonomi nusantara, tetapi lebih kepada pengkajian terhadap kontradiksi yang timbul diantara pemikiran intelektual Islam dan orientalis di dalam bidang politik ketika era kolonialisasi. Kontradiksi yang dimaksudkan adalah lebih kepada pertembungan idea-idea Islam dan sekular di dalam aspek politik dimana pertembungan aliran pemikiran politik Islam oleh para intelektual tempatan dengan pemikiran sekular orientalis di dalam persoalan politik akan menjadi analisis utama kajian. Para tokoh-tokoh politik dan pimpinan kontemporari seperti Abdullah Badawi dan Anwar Ibrahim serta beberapa tokoh lain tidak akan disenaraikan kerana kajian ini lebih tertumpu ketika era kolonialisasi.

Sejarah Awal Islam Di Nusantara Sejarah awal kedatangan Islam ke Nusantara disepakati oleh para pakar sejarah berlaku ketika awal kurun ke 13 masihi. Ini bertepatan dengan bukti-bukti arkeologi yang diperolehi oleh para pengkaji(Nik Anuar:1999). Sebelum kedatangan Islam ke rantau

nusantara, agama hindu dan buddha terlebih dahulu bertapak lebih awal dan membentuk kerajaan-kerajaan besar seperti Srivijaya di Palembang dan Majapahit di Pulau Jawa. Secara amnya, aspek pemerintahan ketika era ini adalah cenderung kepada amalan hinduisme dan buddhisme. Ini terjadi lantaran kerajaan Srivijaya dan Majapahit ketika itu mengamalkan ajaran agama tersebut. Syed Naquib(1972) menegaskan bahawa aspek amalan hinduisme dan buddhisme mengagaskan tradisi ketuanan mutlak Raja. Ini dapat dianalisis melalui prinsip “Devaraja” ataupun Raja dan pemerintah adalah bayangan Tuhan dimuka bumi. Melalui konsep ini, segala perbuatan Raja adalah suci dan bersifat sakral dimana tidak boleh dipersoalkan dan dicabar oleh rakyat marhaen. Ini mewujudkan konsep ketaatan buta oleh rakyat kepada pemerintah yang akhirnya mewujudkan penindasan sesama manusia. Secara teorinya, konsep “Devaraja” yang diamalkan oleh kerajaan awal di nusantara berperanan memperkuatkan lagi sistem raja berkuasa mutlak yang sudah sedia kukuh di nusantara. Demi memperkuatkan lagi andaian bahawa Raja sebagai bayangan Tuhan dimuka bumi, para golongan “brahmin” yang bertindak sebagai pendeta agama Hindu dan Buddha di istana menambahkan pelbagai mitos dengan memasukan elemen-elemen kesaktian golonagn bangsawan. Ini secara tidak langsung menguatkan lagi mitos Raja berdaulat yang diamalkan oleh masyarakat nusantara pra kedatangan sinar Islam. Pada kurun ke 13 masihi, dicatatkan mula terdapat komunikasi diantara masyarakat nusantara dengan para pedagang dari Jazirah Arab yang secara umumnya merupakan para pedagang. Konsep pertukaran barangan diantara para pedagang Arab dan penduduk nusantara secara tidak langsung memudahkan interaksi diantara mereka. Hasil interaksi ini, terdapat sebilangan penduduk tempatan yang berkahwin dengan pedagang Arab yang akhirnya menarik lebih ramai penduduk lain. Menurut syed naquib(1972), para pedagang Arab mempunyai hubungan yang baik dengan para pimpinan tempatan termasuklah dari golongan bangsawan dan Raja. Pemberian hadiah dan sebagai nya telah mewujudkan ikatan yang kuat diantara mereka yang akhirnya mewujudkan suatu tarikan ke arah pengislaman. Terdapat pelbagai versi yang mengatakan asal punca kedatangan Islam ke nusantara. Para sarjana barat seperti Tom Pires didalam kitab nya yang mashur iaitu “suma oriental” mengemukakan tesis bahawa kedatangan Islam ke nusantara adalah dari

India. Tesis yang dikemukan oleh Tom Pires ini adalah berdasarkan kesamaan sosiologi budaya diantara masyarakat India dengan penduduk nusantara. Manakala para sarjana seperti Snuck Hurgonje pula mengemukakan tesis bahawa Islam yang tersebar di nusantara adalah berasal dari usaha-usaha gigih para pedagang Arab dan China. Tesis ini mungkin agak bertepatan dengan hampir sama dengan pendapat para sejarawan tempatan. Nik Anuar(1999) juga menegaskan bahawa, kedatangan Islam ke nusantara adalah dari usaha-usaha gigih para pedagang Arab. Ini dibuktikan melalui bukti arkeologi seperti penemuan batu bersurat di Terengganu dan catatan yang terdapat didalam kitab sejarah Melayu “Sulalatus Salatin” yang dikarang oleh Tun Seri Lanang. Didalam kitab sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang, dicatatkan bahawa Melaka merupakan negeri pertama yang menerima Islam melalui usaha-usaha maulana Abd Aziz dari Tanah Arab. Dicatatkan bahawa Raja Melaka ketika itu ialah Raja Iskandar Dewa Shah telah menerima dakwah yang disampaikan oleh para pendakwah Islam tersebut dan menganut nya. Nik Anuar(1999) menyatakan bahawa selepas pengislaman tersebut, Raja Iskandar Dewa Shah telah menukar nama nya kepada Sultan Iskandar Shah. Penerimaan Islam pada awalnya hanya terjadi kepada golongan bangsawan sahaja. Ini kerana strategi dakwah yang berkesan dilakukan oleh para pendakwah Islam menumpukan kepada para pemerintah dahulu sebelum rakyat marhaen. Ini dilakukan kerana, secara turun-temurun nya, masyarakat nusantara adalah mereka-mereka yang berpegang kukuh kepada konsep ketaatan kepada para pemerintah. Masyarakat nusantara jarang sekali melanggar perintah para penguasa dan pimpinan tempatan kerana secara tradisi nya konsep “pantang Melayu derhaka kepada raja” diamalkan dengan kuat oleh rakyat marhean di nusantara(Qassim:1994). Melalui pengislaman para pemerintah, usaha-usaha kearah pengislaman rakyat jelata dilakukan dengan mudah kerana konsep ketaatan yang tebal dikalangan rakyat jelata. Ini bermaksud, melalui pengislaman penguasa tempatan, secara tidak langsung rakyat jelata akan mengikuti nya. Ini dapat dibuktikan melalui pengistiharan dekri-dekri atau undang-undang tempatan yang dibuat oleh para pemerintah tempatan seperti batu bersurat di Terengganu dan pengistiharan oleh Pemerintah negara Samudera -Pasai.

Perubahan konsep sosiopolitik pasca Islam. Kedatangan Islam ke nusantara secara pensejarahan nya tidak bertapak di Melaka, kerana ada yang berpendapat bahawa Samudera-Pasai adalah bahagian awal di nusantara yang menerima Islam. Terdapat percanggahan pendapat diantara para ahli sejarah berhubung kedatangan Islam ke nusantara. Namun, menurut tesis yang dikemukakan oleh Tun Seri Lanang, negeri yang mula-mula sekali menerima cahaya Islam ialah Samudera-Pasai. Ini dibuktikan melalui tarikh kewujudan pemerintahan Samudera-Pasai yang lebih awal berbanding Melaka dan hujah yang kuat menyokong bukti ini ialah bukti batu nesan Sultan Malikul Salleh yang mencatatkan tarikh kematian baginda pada kurun ke 13 masihi(Syed Naquib:1972). Perubahan demi perubahan terjadi didalam aspek politik dan sosial masyarakat pasca kedatangan Islam ke nusantara(Clarke:1972). Antara perubahan jelas yang dibawa oleh Islam ialah perubahan dari aspek sosiopolitik dan sistem sosial. Kemasukan Islam ke nusantara pada kurun ke 13 telah merubah konsep pemerintahan yang berteraskan agama hindu dan buddha yang menjadi paksi pentadbiran kerajaan nusantara selama ini. Sebagai contoh, konsep “Devaraja” ataupun raja sebagai bayangan Tuhan di muka bumi telah diubah kepada konsep Islam dimana, para pemerintahan dianalogikan sebagai wakil Tuhan dimuka bumi untuk mentadbir manusia dengan prinsip-prinsip keadilan. Syed Naquib(1972) menyatakan bahawa penyesuaian konseptual Islam didalam aspek pemerintahan ini adalah selari dengan konsep manusia sebagai khalifah ALLAH S..W.T. Ini bermaksud, pemerintah patut dihormati sebagai wakil Tuhan dimuka bumi untuk menegakan prinsip keadilan menurut Islam. Dengan kemasukan Islam, konsep penyesuaian antara Islam dan adat resam tempatan yang tidak bercanggah dengan agama masih digunapakai. Ini menyebabkan prinsip-prinsip Islam mudah diterima oleh penduduk watan nusantara, seperti gelaran raja yang mengikut hinduisme ditukar kepada Sultan yang lebih mencirikan pemerintahan Islam dan adat pengstiharan diraja yang bersifat hinduisme ditukar kepada pengistiharan yang Islamik dimana adat angkat sumpah diraja diselitkan bacaan Al-Quran dan bersumpah diatas nama ALLAH S.W.T dimana para Sultan akan bertindak adil didalam pentadbiran nya.

Selain itu, kedatangan Islam ke nusantara juga telah merubah sistem sosial yang diamalkan selama ini. Ini jelas dibuktikan melalui peranan golongan pendeta sebagai penasihat adat dan keagamaan dimansuhkan dan digantikan dengan mufti dan maulana. Bersesuaian dengan konsep Islam, sistem sosial masyarakat disesuaikan dengan pelbagai adat-istiadat ala hinduisme dan buddisme telah dihapuskan. Antara yang jelas ialah kepercayaan kepada semangat alam seperti penyembahan pokok-pokok keramat telah dihapuskan didalam masyarakat(Qassim:1994). Perkara ini dilakukan kerana ia bertentangan dengan akidah Islam yang tidak menyekutukan ALLAH S.W.T dengan makhluk lain. Kedatangan Islam juga membuka lembaran baru didalam masyarakat dimana berlaku revolusi penyebaran ilmu diseluruh nusantara. Berbanding dengan agama hindu dan buddha sebelum ini, penyebaran ilmu adalah tidak bersifat meluas dimana ia hanya dimonopoli oleh golongan agamawan dan bangsawan(Syed Naquib:1972). Islam yang menggalakan umat nya menuntut ilmu telah melakukan revolusi minda didalam pemikiran masyarakat nusantara. Kedudukan seseorang yang berilmu dipandang mulia berbanding dengan mereka yang kaya dan berkuasa. Sebagai contoh, seorang agamawan lebih dihormati di mana mereka dijadikan tempat untuk sebarang rujukan kepada segala permasalahan yang terjadi didalam masyarakat. Oleh kerana itulah diwujudkan jawatan mufti yang menjadi penasihat Sultan bukan sahaja di dalam aspek agama bahkan aspek politik(Clarke:1972). Selain itu, kedatangan Islam juga telah merubah pemikiran masyarakat nusnatara terhadap ilmu. Sebagai contoh, sistem tulisan diperkemaskan lagi dengan kewujudan tulisan jawi yang berakar umbi dari masyarakat Arab. Pengaruh Islam ini tidak dapat dipisahkan dari identiti Melayu, bahkan melalui sistem tulisan jawi ini, pelbagai bidang ilmu tumbuh subur kerana tulisan jawi boleh dipelajari oleh sesiapa berbanding tulisan didalam sanskrit yang menjadi ekslusif hanya kepada kegunaan golonagn pendeta dan bangsawan(Syed Naquib:1972). Hujah ini jelas menunjukan betapa kedatangan Islam ke rantau nusantara telah mengubah perspektif masyarakat, bukan sahaja dari sudut politik tetapi perubahan yang radikal didalam sistem masyarakat. Ini terjadi kerana Islam merupakan cara hidup yang fleksibel, bukan sahaja sebagai panduan dalam aspek akidah sahaja. Namun perkara

sebaliknya terjadi apabila bermula era kolonialisasi barat kedalam tamadun Melayu, dimana masyarakat tempatan dipaksakan dan dimomokan dengan ideologi sekular yang pelbagai sehingga meruntuhkan identiti Melayu yang sudah sebati dengan Islam. Qassim(1994) menyatakan dengan jelas bagaimana pihak kolonial yang menguasai pemerintahan di kebanyakan negeri-negeri nusantara memaksakan pelbagai ideologi sekular yang pelbagai ragam bentuk yang di indoktrinasikan kedalam pemikiran rakyat. Secara perlahan-lahan masyarakat nusantara mula terpesona dengan pemikiran barat sehinggakan mewujudkan insan yang mengagungkan penaakulan akal yang bersifat keterlaluan. Perkara ini terjadi lantaran rancangan agung barat untuk mewujudkan hegemoni pemikiran yang sekata kepada seluruh masyarakat yang dijajah(Nik Anuar:1999).

Perspektif pemikiran politik orientalisme. Interaksi diantara masyarakat barat dan timur sudah lama berlaku sebelum era penjajahan barat ke atas masyarakat nusantara. Ini dapat dibuktikan melalui interaksi diantara para pedagang Portugis ke Melaka pada kurun ke 14 masihi. Ini terjadi lantaran keinginan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dan rempah ratus di kawasan nusantara. Para pedagang barat berusaha mendapatkan bekalan rempah-ratus untuk tujuan pengawetan bahan makanan. Namun, disebalik keinginan tersebut tersembunyi rancangan jahat oleh para kerajaan barat. Qassim(1994) menegaskan betapa para pedagang barat sebenarnya bersembunyi disebalik motif perniagaan, sebenarnya terselit suatu cita-cita untuk menakluki nusantara. Ini dapat dikesan melalui konsep 3 G yang diamalkan oleh mereka. Sejarah mencatatkan betapa prasangka yang terlalu baik oleh para pimpinan tempatan telah memakan diri bilamana, angkatan perang Portugis dibawah Alfonso de Albuquque telah melanggar Melaka pada tahun 1511. Ini menjadikan Melaka sebagai kawasan pertama di nusantara yang ditakluki oleh pihak kolonialis. Namun, jika dikaji lebih jelas dari sudut pensejarahan, perspektif pemiikiran politik barat hanya diaplikasikan mengikut doktrin nya hanya ketika era penjajahan British di Tanah Melayu. Ini kerana, penjajahan

Portugis dan Belanda hanya mengambil kisah berkenaan aktiviti ekonomi sahaja tanpa apa-apa usaha menanamkan doktrin politik ke minda anak watan. Kemasukan British pada awalnya di Tanah Melayu secara amnya dan Nusantara secara khususnya ialah pada tahun 1786 apabila Francis Light membuka Pulau Pinang sebagai pengkalan Syarikat Hindia Tmur British di kawasan Nusantara. Kemudian nya, pada tahun 1824 Stamford Raffles pula membuka petempatan British di Singapura melalui tipu muslihat perjanjian Inggeris-Belanda 1824(Qassim:1994). Kemasukan pihak kolonial membawa dua maksud. Yang pertama ialah membolot ekonomi dan kekayaan di Nusantara, manakala maksud yang kedua ialah menyebarkan fahaman liberalisme di Nusantara. Ini kerana, para kolonial beranggapan menjadi tanggungjawab mereka untuk mentamadunkan masyarakat Nusantara mengikut piawaian mereka. Perkara ini jelas dibuktikan melalui slogan “White man burden”. Kedatangan generasi pertama kolonialis ialah terdiri daripada para orientalis dan ilmuan mengenai peradaban timur(Syed Hussein:1974). Ini dapat dibuktikan melalui nama-nama sarjana besar seperti Frank swettenham, Hugh Clifford, R.O Windstead dan J.G Davidson. Kesemua mereka adalah ilmuan yang pakar tentang ilmu timur dan bertindak sebagai pentadbir kolonial di Nusantara. Sebagai contoh, Sweetenham yang merupakan Residen British di Selangor juga merupakan ahli orientalis dari London. Maka jelas lah tujuan kolonial menjajah Nusantara bukan sekadar berorientasikan aspek ekonomi, tetapi juga menyebarkan fahaman Barat ke dalam minda masyarakat Melayu. Doktrin Politik Orientalis Doktrin politik pertama yang disebarkan oleh para orientalis ialah pemisahan diantara agama dan politik. Secara teorinya, para orientalis menganjurkan fahaman sekularisasi didalam kehidupan seharian. Modenisasi yang dianjurkan dan ditanam didalam minda masyarakat peribumi Nusantara ialah betapa perlunya mengasingkan aspek politik dan agama, perkara ini sebenarnya bukan bersifat modenisme, tetapi juga mengandungi nilainilai westernisasi. Ini bersesuaian dengan ideologi liberalisme yang dipegang oleh ratarata kuasa kolonial seperti British dan Belanda. Hujah yang jelas ialah, tugas pertama yang dilakukan setelah kuasa kolonial menguasai sesebuah negeri, para ulama akan

disingkirkan dari Majlis Mesyuarat Diraja. Qassim(1994) menjelaskan bahawa ini dilakukan demi untuk mengurangkan peranan para ulama didalam kerajaan, kerana peranan ulama menasihati Sultan akan menyebabkan cita-cita kolonial terbatas. Kerana secara umumnya, golongan agamawan adalah bergitu berpengaruh besar didalam politik dan aspek kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, pemimpin agama di Pulau jawa seperti Diponegoro yang merupakan seorang ulama di kurangkan kuasa nya di dalam pentadbiran dan orientalis. Kontaradiksi juga dapat dilihat melalui aspek menaihati Sultan didalam pentadbiran. Sebelum kehadiran pihak kolonial ke dalam politik nusantara, golongan ulama begitu berpengaruh didalam pembuatan keputusan. Sebagai contoh, Sultan Alauddin Riayat Shah meminta pandangan Maulana dan agamawan didalam merangka undang-undang kanun melaka yang berasaskan syariah(Clarke:1972). Peranan ulama juga amat kukuh didalam kehidupan rakyat. Pihak kolonial yang membawa fahaman sekularisme juga mengahadapi pelbagai masalah dengan para ulama. Sebagai contoh, sejarah mencatatkan betapa Residen British di Perak iaitu J.w.w Birch begitu mencerca peranan ulama di dalam politik kerana pada pandangannya ulama harus menumpukan kepada aspek spiritual(Qassim:1994). Hujah yang jelas juga dapat dilihat bahawa tujuan penyebaran fahaman politik Barat ialah, pihak kolonial mahu menghapuskan peranan Islam di dalam dominasi politik di Nusantara dan digantikan prinsip sekularisasi di dalam politik. Peranan ideologi liberal yang didukung oleh para kolonial juga menyebabkan terdapat kontadiksi diantara orientalis dan Islam. Ini kerana ideologi liberal yang disebrakan oleh para orientalis di Nusantara menyarankan betapa perlunya dikurangkan kuasa institusi agama didalam kehidupan rakyat. Pemikiran liberal juga menyarankan masyarakat bebas tanpa konkongan agama kerana para kolonialis berpendapat, mereka mengalami modenisasi setelah meninggalkan agama. Ini jelas dibuktikan melalui peranan Hugh Clifford sebagai Residen British di Pahang, dimana beliau menolak permintaan Sultan Ahmad I untuk mewujudkan jawatan Penasihat syariah kepada kerajaan, kerana pada kerana bimbang dengan pengaruhnya dikalangan rakyat dan pemerintah(Clarke:1972). Ini menunjukan betapa kontadiksi nya pemikiran politik Islam

anggapan

beliau

sudah

memadai

dengan

seorang

penasihat

undang-undang

sivil(Qassim:1994). Kontradiksi ini jelas menunjukan betapa matlamat pihak kolonialis agar penyebaran fahaman sekularisme di seluruh nusantara menjadi kenyataan, kerana sepeninggalan kolonilis dari tanah jajahan, terdapat banyak pimpinan tempatan yang terpesona dengan idea-idea sekular seperti Sukarno di Indonesia dan Tunku Abd Rahman di Tanah Melayu. Perspektif pemikiran politik Islam Proses islamisasi di Nusantara telah tampak berjaya melahirkan satu analogi anjakan paradigma yang ke arah mencetuskan ideologi profesionalisme dikalangan penduduk Nusantara khususnya dalam melahirkan para ilmuan yang terkenal seperti Hamka, Abdul Rauf Ali Fansuri Al-Singkili, Hamzah Fansuri, Nuruddin Al-Raniri, Shamsudin AlSumatrani, Bukhari Al-Jauhari, Abdul Rauf Al-Fansuri, Syeikh Naquib Al-Atttas, Abd alSamad Al-Palimbangi dan Syeikh Yusof Makassar. Kebanyakan para ilmuan ini terdidik dengan fahaman yang dibawa oleh para sufism yang terdahulu seperti Wali Songo dan ulama-ulama yang terkenal di Nusantara. Ajaran murni yang dibawa oleh Islam telah menampakkan satu perubahan yang sangat mendalam bagi umat Islam di Nusantara khususnya dalam bidang fiqh dan juga politik. Ajaran Islam yang bertepatan dengan kehidupan yang sempurna dan mulia telah tampak berjaya untuk meningkatkan martabat kehidupan masyarakat Melayu melalui ajaran kewajipan menuntut ilmu bagi setiap lapisan individu dan juga masyarakat Muslim serta fahaman ini berjaya melahirkan ramai intelektual Melayu dan turut memberikan sumbangan yang banyak dalam menggilap kegemilangan tamadun Alam Melayu seiring dengan tamadun-tamadun lain di dunia. Kehadiran Islam di rantau Nusantara telah memberikan satu sinar baru dalam mempengaruhi serta mencorakkan senario politik di rantau ini. Lantaran kesan yang amat kritikal ini telah melahirkan banyak kerajaan Islam dan ia silih berganti yang membawa nafas Islam di dalam arena politik Nusantara. Penyemarakkan kegiatan dakwah secara menyeluruh di Alam Melayu tampak melahirkan satu gagasan dakwah yang besar dalam memartabatkan kesucian agama Islam. Kegemilangan tamadun Melayu bermula dari kegemilangan Kerajaan Samudera-Pasai iaitu pada sekitar tahun 1009-1444 dan

kegemilangan kerajaan Pasai lebih menyerlah ketika pemerintahan sultan kedua, Malikus Salleh di mana Pasai telah dikenali sebagai sebuah pusat pemgembangan dakwah Islam yang terawal di rantau ini. Kemasyhuran Pasai telah dicatat oleh Marco Polo ketika beliau telah berlabuh di Pasai. Catatan beliau mengenai Nusantara telah berjaya membuka ruang lingkup pemikiran Barat yang selama ini menggangap Nusantara adalah sebuah tempat yang kuno, mempunyai manusia yang memakan manusia ,tidak bertamadun dan bermacam-macam lagi tanggapan yang buruk telah dilemparkan terhadap masyarakat Melayu Nusantara. Kegemilangan Pasai telah mengalami kemerosotan dan kegemilangan tamadun Islam telah diteruskan oleh Kerajaan Melaka. Kerajaan Melaka mengalami pembangunan ekonomi yang pesat setelah kejatuhan kerajaan Pasai yang sebelum ini merupakan sebuah kuasa perdagangan yang kuat dan juga pusat pengembangan Islam yang besar di Nusantara. Sehubungan dengan itu, Melaka dengan agresif telah bertindak untuk menjadi sebuah kuasa perdagangan yang kuat dan pusat pengembangan Islam utama di rantau ini. Antara faktor yang membantu Melaka menjadi sebuah tempat penyebaran Islam yang terkemuka di Nusantara ialah faktor geografinya yang strategik dan terlindung daripada angin monsun barat daya serta sebagai transit bagi para pedagang untuk berdagang dan juga memberi peluang kepada para Mubaligh dari Arab untuk menyebarkan Islam (Abdul Rahman, 1981). Bukan setakat itu sahaja tetapi kerajaan di bawah pimpinan Parameswara telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pedagang dan juga rakyat. Peranan pedagang dari Arab begitu penting dalam sejarah kedatangan Islam di Malaysia di mana Sayyid Abdul Aziz telah berjaya mengislamkan Parameswara dan rakyat Melaka pada ketika itu (Abdul Rahman, 1981). Kesannya, Melaka telah menjadi sebuah pusat penyebaran ajaran Islam yang utama, istana telah dijadikan sebuah madrasah dalam mengajar hal-ehwal agama serta banyak pondok agama telah didirikan bagi memberikan pendidikan agama secara meluas. Penerapan nilai keislaman dalam pemerintahan zaman kesultanan Melayu Melaka dapat kita lihat dalam aspek perundangan iaitu Hukum Kanun Melaka dan juga Undangundang Laut Melaka yang mengandungi nilai-nilai keislaman berpandukan kepada alQuran dan as-Sunnah. Setiap perkara yang dibuat adalah berlandaskan agama agar

menepati matlamat perjuangan yang islamik. Secara telus dapat kita simpulkan bahawa tidak ada pemisahan diantara agama dan juga politik ataupun pentadbiran malah ia saling memerlukan di antara satu dengan yang lain. Kegemilangan Melaka sebagai pusat intelektual agama Islam telah dicemari dan juga dihancurkan oleh kolonial yang durjana serta kejam pada tahun 1511 di mana Melaka telah dijajah oleh kolonial Portugal yang bertindak menghancurkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan rakyat. Kedatangan kolonial ini telah meruntuhkan paksi kebudayaan Islam yang selama ini berdiri dengan megah melambangkan keistimewaan Islam di mata dunia. Kejatuhan Melaka pada sekitar 1511 telah merobah keadaan politik rantau ini dan ia telah membuka ruang yang besar kepada kerajaan Acheh untuk memperkuatkan dari aspek ekonomi dan juga sebagai pusat penyebaran agama Islam yang terkemuka di Nusantara. Perdagangan Acheh telah tampak agresif menpromosikan Acheh di mata para pedagang yang berlabuh di Acheh lantas memberikan kesempatan kepada para pendakwah menyebarkan ajaran Islam kepada rakyat serta para pedagang yang lain (Mohd Syukri, 2005). Kegemilangan Tamadun Acheh terserlah sekitar awal abad ke-15 hingga abad ke17 Masihi di mana tamadun Acheh telah menggapai period kegemilangannya yang setanding dengan kegemilangan Tamadun Yunani sewaktu zaman Socrates, Plato dan juga Aristotle dalam aspek sosial, ekonomi dan juga politik serta keagamaaan. Politik yang stabil di seluruh rantau Nusantara telah memangkinkan para pedagang khususnya pedagang Islam untuk berdagang ke Alam Melayu. Lantaran tersebut maka terjalinlah satu hubungan diplomatik khususnya dalam bidang ketenteraan dengan negara seperti Turki yang mampu meraih satu fenomena politik yang stabil dan adil. Banyak gelaran yang telah diletakkan ke atas Acheh seperti gelaran “serambi Makkah” yang menjadikan Acheh sebuah kuasa besar di Timur dan Turki di Barat bagi memperlihatkan keagungan Tamadun Islam di dunia. Tamadun Islam di Nusantara tampak berjaya melahirkan para ilmuan yang banyak membantu kepada perkembangan dan juga penyebaran dakwah Islamiah ke seluruh Nusantara. Kemunculan tokoh-tokoh Islam Nusantara seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin Al-Sumatrani, Nuruddin Al-Raniri, Abdul Rauf Ali Fansuri Al-Singkili, Hamka, Bukhari Al-Jauhari, Syeikh Naquib Al-Atttas, Abd al-Samad Al-Palimbangi dan

Syeikh Yusof Makassar telah mewarnai arena politik Nusantara dalam usaha memartabatkan dakwah Islamiah di rantau ini. Antara tokoh yang memperjuangkan dakwah islamiah di rantau khususnya di Acheh ialah Abdul Rauf Ali Fansuri Al-Singkili yang telah membawa pembaharuan yang tampak berjaya merobah senario politik di Nusantara (Mohd Syukri, 2005). Perlantikan Abdul Rauf sebagai Qadi Malikul Adil telah membawa sinar baru terhadap polemik yang telah ditimbulkan oleh Nuruddin Al-Raniri di mana memberikan kesempatan kepada beliau untuk mengkaji permasalahan yang berlaku di Acheh. Terdapat banyak karya Abdul Rauf yang dihasilkan meliputi bidang tafsir, hadith, fikah dan tasawuf. Ini telah dapat membuktikan bahawa Nusantara mempunyai tokoh-tokoh yang berwibawa dalam memandu perjalanan politik di rantau ini. Beliau juga telah memperkenalkan tarekat Shattariyyah yang merupakan kaedah alternatif untuk masyarakat Nusantara kembali menghayati ajaran Islam. Langkah yang di ambil oleh Abdul Rauf ini telah membuahkan kejayaan apabila tamadun Acheh yang sebelum ini mengalami kemerosotan mula tampak bangun untuk memperkasakan kembali syahriah islamiah di Nusantara. Proses islamisasi yang dilakukan oleh Abdul Rauf berjaya apabila pencapaian beliau telah direkodkan di dalam karyanya serta dalam gerakan dakwah sufi Shattariyyah yang telah berkembang ke seluruh rantau Alam Melayu ini (Mohd Syukri, 2005). Hasil usaha Abdul Rauf dalam melahirkan ulama serta pejuang yang berani dan berilmu telah berjaya apabila Raffles telah mengeluarkan kenyataan bahawa penjajah Barat telah mulai takut terhadap para pejuang Islam Nusantara (Mohd Syukri, 2005). Kejayaan Abdul Rauf telah membuktikan bahawa dakwah islamiah tampak berjaya memgembalikan kegemilangan tamadun Islam di Nusantara melalui kuasa politik. Abdul Rauf telah menggunakan medan politik untuk meneruskan program dakwah dan sumbangan beliau ini telah membantu memperkembangkan pengaruh Islam di seluruh Nusantara dengan jayanya. Kesimpulan

Kedatangan kolonial ke Nusantara telah menyebabkan berlakunya satu fundamentalisme baru di Alam Melayu di mana arus sekularisasi telah mula menyerapi pemikiran masyarakat Nusantara khususnya yang beragama Islam. Ini kerana kedatangan kolonialisme ke Nusantara ke Nusantara memang bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat Islam serta untuk memenuhi tuntutan politik mereka bagi menguasai dunia. Kegemilangan Islam di Nusantara memang tidak boleh dinafikan lagi kerana kemunculan para intelektual yang terbaik seperti Abdul Rauf Al-Singkili, Hamzah Fansuri, Hamka, Prof.Mohamad Naquib serta yang lain-lain berjaya mewujudkan satu arus politik perdana bagi memperkembangkan intipati dakwah Islamiah untuk seluruh umat manusia. Kehadiran kolonial telah merobah perjalanan politik Nusantara ke arah yang lebih bersifat sekular iaitu di mana terdapatnya pemisahan di antara agama dengan pentadbiran negara. Penularan amalan sekular ini bermula dengan termeterainya perjanjian Pangkor 1874 khususnya di Malaysia di mana berlakunya penghadang kuasa sultan dalam pentadbiran manakala pula residen berkuasa memerintah negeri tanpa ada rasa bersalah ataupun takut. Aliran pemikiran intelektual Islam khususnya dalam konteks politik berjaya melahirkan satu tamadun Islam di Nusantara yang setanding dengan kegeemilangan tamadun Yunani di Greek. Banyak sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh Islam di rantau ini dalam mendaulatkan keagungan dakwah Islamiah seperti penulisan buku-buku dalam memandu umat Islam dan juga melahirkan tokoh-tokoh ulama terbilang. Terdapat perbezaan di antara aliran pemikiran Barat dengan Islam khususnya dalam mendaulatkan kebebasan hak asasi manusia di dunia. Perbezaan yang jelas di antara kedua-dua aliran di atas ialah pendukung aliran pemikiran orientalis mengamalkan amalan sekularisme di dalam pemerintahan iaitu berlakunya pemisahan agama dengan pentadbiran. Mereka berpendapat bahawa agama merupakan penyebab utama kemunduran manusia di dunia ini, maka perlulah adanya pembebasan bagi mewujudkan kemajuan yang pesat. Aliran pemikiran orientalis ini telah disanggah dengan keras oleh ilmuan Islam di mana perlunya ada pengaruh agama dalam pemerintahan negara dalam mewujudkan negara yang ideal. Ini dapat dibuktikan dengan kegemilangan pemerintahan Rasullah dan diteruskan oleh khalifah-khalifah Islam di mana berjaya melahirkan sebuah negara yang ideal iaitu

menepati semua syarat-syarat negara terbaik. Kegemilangan ini dapat dilihat dengan kewujudan kerajaan Pasai, Melaka dan juga Acheh yang berjaya mendukung dakwah Islamiah ke seluruh Alam Melayu. Corak pemerintahan yang dibawa oleh Islam adalah satu corak pemerintahan yang terbaik dan telah diaplikasikan dalam pentadbiran negara. Kedatangan kolonial ke Nusantara merupakan racun kepada umat Islam,maka umat Islam perlu mengembalikan kegemilangan Islam di Nusantara. Ini merupakan tanggung jawab umat Islam di dunia ini bagi mendaulatkan Islam,bukan sahaja di Nusantara tetapi di seluruh dunia. Kita perlu berganding bahu untuk mewujudkan satu gagasan Islam yang kukuh bagi menakhluk dunia. Islam pasti dapat menguasai dunia dengan berjaya. Arus pertama manusia ini dikenali sebagai melayu proto. Dikatakan kelompok ini berasal daripada daerah Yunan di China. Antara mekanisme masyarakat pertama ini ialah kekurangan kemahiran dari segi teknologi, pertanian dan sebagainya serta hidup secara nomad dan primitif. Secara amnya, ia merujuk kepada masyarakat orang asli yang terdiri daripada pelbagai suku kaum di Semenanjung Malaysia, Borneo dan sebagainya. Arus yang kedua ini dikenali sebagai melayu deutro. Secara amnya mereka memiliki kelebihan berbanding melayu proto dimana kelebihan dari segi pertanian, pelayaran dan penciptaan barangan. Secara teorinya, para arkeologis bersetuju menyatakan bahawa kelompok melayu deutro berhijrah ke nusantara pada zaman logam(Clarke:1972). Sebagai contoh, terdapat pelbagai kebudayaan ketamadunan nusantara seperti wujudnya adat melantik pemerintah seperti mandi di panca persada, menjunjung keris panjang, adat perkahwinan seperti penyediaan sireh junjung dan pulut kuning, tarian dan sebagai nya yang bertujuan sebagai pengesahan kepada sesuatu perkara. Sebagai contoh, adat mandi di panca persada bertujuan untuk mengesahkan seseorang pemerintah berdaulat dan diakui para rakyat jelata dan kewujudan barangan-barangan adat seperti keris panjang, bengkung kuning dan tengkolok diraja. Secara teorinya, dengan adanya aksesori ini ketika pertabalan, majlis pemasyuran diraja akan diakui sebagai sah dan biasanya dijalankan oleh Pawang DiRaja(Clarke:1972) Menurut analisis dari kacamata orientalis iaitu aliran marxis, perubahan-perubahan yang berlaku didalam masyarakat adalah berkait rapat dengan soal ekonomi. Sebagai contoh, aliran marxisme menyatakan perubahan kearah progresif masyarakat biasanya terjadi hasil ketidakpuashatian manusia terhadap keadaan ekonomi. Sebagai contoh, dinyatakan revolusi Bolshevik yang tercetus di Russia yang membuka peluang kepada kewujudan kerajaan komunis pertama dunia dan kejatuhan sistem khilafah Uthmaniah yang berpusat di Turki adalah hasil daripada ketamakan manusia didalam mengejar material seperti pembelotan keluarga As Saud yang pro british yang konon nya diatas nama nasionalisme Arab, bertindak menentang Turki Uthmaniah yang dikatakan bukan dari kalangan Arab yang akhirnya menjatuhkan sistem Khalifah pada akhir tahun 1928. Ini menunjukan

betapa faktor ekonomi menjadi analsis penting didalam kejatuhan dan kebangkitan Kerajaan dan Tamadun. Terdapat sebilangan pelayar-pelayar kolonial yang berpegang kepada mitos hendak mencari kerajaan Kristian di Afrika yang dikatakan diketuai oleh Pastor John dan diharapkan dapat membantu ekspedisi penjelajahan mereka. Konsep 3 G iaitu “Gold, Glory, Gospel” turut memainkan peranan didalam membakar semangat pihak kolonial di mana mereka menyatakan mempunyai tanggungjawab di dalam mentamadunkan masyarakat asia. Konsep ini dikenali sebagai “The White Man Burden”, dimana penyebaran agama kristian turut menjadi faktor utama penjelajahan(Qassim:1994). Ketuanan mutlak ini adalah senada dengan konsep “Pemerintahan hak ketuhanan” seperti yang diamalkan di Negara-negara eropah pra-pencerahan. Konsep ini menekankan bahawa Raja atau pemerintah menerima hak pemerintahan terus di muka bumi ini oleh Tuhan. Dengan amalan tradisi ini, dapat disimpulkan bahawa pemerintah adalah berdasarkan amanah tuhan dimana para rakyat tidak boleh membantah perkara-perkara yang dilakukan oleh pemerintah walaupun pemerintah bercorak despotik ataupun zalim. Qassim(1994) menyatakan bahawa konsep ini diamalkan dengan meluas ketika kerajaan nusantara pra Islam dan secara teorinya pemerintah adalah berdasarkan nasab keturunan. Namun perlu dijelaskan disini, konsep pemerintahan hak ketuhanan adalah berbeza dengan prinsip teokrasi iaitu pemerintahan oleh golongan agama dan pendeta. Pemerintahan jenis ini dapat dilihat melalui seruan yang dijalankan oleh tokoh falsafah seperti St Agustine of Hippo dan St Thomas Aquinas yang menyarankan konsep “Civitas dei” ataupun konsep negara Tuhan dimana negara dipandu oleh para pendeta. Elemen-elemen kesaktian dapat dilihat kepada mitos-mitos yang diperturunkan kepada generasi ke generasi bahawa golongan raja adalah berdarah biru dan dilahirkan dengan pelbagai keajaiban seperti pancaran cahaya yang terang benderang ketika waktu kelahiran seseorang putera raja, kelahiran berserta dengan alatan-alatan seperti keris panjang, pedang dan rantai(Qassim:1994). Sebagai contoh kitab sejarah melayu “Sulalatus salatin” karangan Tun Seri Lanang yang menerangkan bahawa kelahiran Raja suran dewata raya dengan disusuli oleh alatan kebesaran seperti Keris diraja. Kemunculan Nila utama, Sang sipurba dan Krishna Pandit di bukit seguntang dengan pancaran kilat serta menunggang lembu putih juga membuktikan betapa mitos ini dibesar-besarkan demi menjaga reputasi kewibawaan raja menurut konsep Hindu dan Buddha. Pada kebiasaan nya, pertukaran barangan yang dilakukan diantara para pedagang dan kominiti tempatan ialah barangan seperti rempah ratus yang digunakan untuk menambahkan aroma dan rasa didalam makanan seperti bunga cengkih, kayu manis dan rempah ratus lain. Manakala penduduk tempatan pula menerima barangan dari China yang dibeli oleh para pedagang seperti kain sutera, tembikar dan kain dari Arab. Menurut Qassim(1994), konsep matawang pada ketika itu belum lagi diaplikasikan dan interaksi perdagangan adalah berdasarkan kepada konsep sistem barter dimana barangan dagangan ditukar dengan barangan dari pihak lain. Secara teorinya, hasil interaksi ini secara tidak langsung terbentuk suatu ikatan kukuh diantara pedagang dan penduduk tempatan yang akhirnya membawa kepada usaha-usaha pengilslaman para penduduk nusantara.

Tun Seri Lanang merupakan seorang sarjana Melayu yang gigih mengumpulkan manusakrip lama dan beliau juga pernah berkhidmat dengan kerajaan Johor Lama sebagai Bendara Seri Maharaja. Susur galur nasab beliau dikatakan oleh para sejarawan berasal dari keturunan Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Qassim(1994) menegaskan bahawa, peranan yang dimaninkan oleh Tun Seri Lanang sangat besar kepada dunia melayu khusus nya dari aspek kesusasteraan dan sejarah dimana kitab “Sulalatus salatin” telah menjadi “Magnum Opus” atau karya besar didalam dunia Melayu. Didalam kitab ini, beliau mencatatkan asal usul bangsa Melayu dan asal usul keturunan pemerintah Melayu. Turut dicatatkan kebangkitan dan kejatuhan kerajaan-kerajaan kuno seperti Majapahit dan Srivijaya. Kitab karangan Tun Seri Lanang ini menjadi rujukan yang berautoriti didalam kajian berkenaan dunia Melayu. Sultan Malikul Salleh adalah pemerintah kepada Samudera –Pasai. Menurut sejarah, baginda merupakan pemerintah yang pertama sekali menerima Islam di nusantara. Nama sebenar beliau pra Islam ialah merah silu dan mempunyai saudara yang bernama merah caga. Menurut lagenda, beliau mengasaskan negara Samudera dan Merah caga pula mengasaskan negara Pasai. Selepas pengislaman baginda, gelaran pemerintahan ditukar kepada gelaran Sultan dan penerapan unsur-unsur Islam dilaksanakan di Samudera. Menurut lagenda, pengislaman baginda terjadi apabila baginda bermimpi bertemu Rasullah S.A.W dan baginda Rasullah S.A.W mengajarkan baginda mengucap dua kalimah syahadah dan apabila baginda bangun kemudian harinya, tubuh baginda berbau harum. Selepas merujuk kepada pedagang Arab tentang kalimah yang baginda pelajari didalam mimpi itu, baginda secara rasmi nya memeluk agama Islam dengan dikikuti para bangsawan dan kemudian nya para rakyat jelata(Nik Anuar:1999). Anakanda baginda yang bernama Sultan Malikul Ismail telah meneruskan usaha-usaha dakwah baginda selepas baginda kembali kerahmatullah. Dari sudut inilah, kedatangan para pedagang Arab ke nusantara semakin rancak kerana mempunyai tempat persinggahan oleh pemerintah Islam. Hasil dari sini dakwah islamiyyah pun tersebar ke negara-negara jiran seperi Aru, Rokan, Perlak dan Tanah Melayu(Qassim:1994). BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Abdullah. 1981. Sejarah dan pemikiran Islam. Selangor: Penerbitan Pena Sdn. Bhd. Abdul Rahman Abdullah. 1998. Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Syed Muhammad Naquib AL-Attas. 1972. Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: UKM. Mohd.Syukri Yeoh Abdullah. 2005. Dakwah politik Abdul Rauf Ali Fansuri al-Singkili. Dlm. Zulkiple Abd.Ghani & Mohd. Syukri Yeoh Abdullah (pnyt). Dakwah dan etika politik di Malaysia, hlm 220-228. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Sejarah Perjuangan Melayu Pattani. Bangi: Penerbit UKM. Qassim Ahmad. 1994. Islam dalam sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Clarke, D.L. 1972. Models in archeology. New York: Lethuen Inc. Syed Hussein Al-Attas. 1974.The myth of lazy native. London: Frank Cass and company press. Posted by Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan at 1:57 PM Labels: Politics and religion 7 comments: Hamizi said... salam bro... just got time to read your posting... heavy lah bro... ambil masa nak digest... anyway keep up the good work, sharing knowledge with others... August 20, 2007 8:30 AM Anonymous said... Bro, ini satu permulaan baik, lebih-lebih lagi untuk menyangkal fahaman salafi yang kata ilmuwan Islam nusantara takde ilmu agama. Cuma aku rasa ada beberapa fakta yang kena perbetulkan: 1. Hamka & SMN Al-Attas itu intelektual zaman pasca-kolonialisasi (@pascakemerdekaan). Jangan diletakkan dalam kategori sama dengan Hamzah Fansuri, al-Singkili, al-Falimbani etc. 2. Tak ramai pun khalifah yang melaksanakan dakwah Islamiah, baik pemerintah Nusantara mahupun yang di empayar2 awal Islam. 3. Penjajah tak pernah pun berminat membawa liberalisme dalam masyarakat nusantara. Mereka bawa ajaran kristian, bawa dominasi ekonomi, penindasan/perhambaan penduduk pribumi. Liberalkah itu? 4. Mengapa pula dibandingkan wilayah islam nusantara dengan kegemilangan Yunani? Yunani jauh lebih asli dalam arena intelektual. Kemudian, Athens itu demokrasi, bukan monarki sepertimana di Nusantara. Lagipun terdapat jarak masa yang terlalu besar antara tamadun nusantara dan yunani hinggakan tak relevan

untuk dibuat perbandingan. Dengan Rom mungkin boleh, tapi Yunani tidak. 5. "Aliran pemikiran orientalis" itu merujuk khusus kepada stereotaip pengkaji barat yang menggambarkan segala yang oriental itu terkebelakang dan tidak rasional. Ia lebih kepada tafsiran antropologi/sejarah. Bila saudara kata mereka bawa fahaman sekular, itu sudah masuk teori politik. Dan orientalisme itu bukan aliran pemikiran politik. Umumnya, aku rasa macam kau banyak kelirukan istilah "orientalisme", "sekularisme" dan "kolonialisme" sebagai perkara yang sama. Mungkin kau tak berniat gitu, tapi pembaca seperti aku dapat gambaran sebegitu. Orientalisme: aliran pengkajian akademik sekularisme: teori politik/sosial kolonialisme: sebentuk polisi empayar yang cuba menindas kawasan2 tawanan. Bagi aku, patut kau guna istilah kolonialisme sahaja, lagi 2 istilah tu macam outof-place. Cuba teroka buku Alatas The Myth of the Lazy Native. August 23, 2007 12:56 AM kpkkpm8 said... saya rasa apa yang ditulis oleh penulis boleh dikatakan sudah cukup baik dan tidak perlu kepada perubahan yang besar dalam artikel. memang benar bahawa kedatangan barat sebenarya bukan membawa agama kristian ttp cuba menyebarkan fahaman sekular. buktinya pada zaman reformation di eropah secara terang-terang mereka telah menolak kekuasaan keagamaan atau gereja. selepas daripada itu barulah mereka menjalankan penjelajahan dan penerokaan ke timur. kedatangan mereka ke timur bukan lah semata-mata ingin membawa kristian tetapi matlamat utama adalah untuk memecah monopoli perdangangan orang Islam. ini jelas bahawa telah wujud dalam masyrakat barat telah terpengaruh dengan meterialistik. penulis bukan seorang yang keliru dalam penulisan tetapi telah melihat perkara ini kepada pokok utama sekularisme itu. tidak ada bezanya di antara sekularisme, liberalisma, orientalisme atau kolonialisme. semua ini kalau dikaji akan merujuk kepada perkara pokok yang sama. jadi sebagai seorang yang mengenali penulis artikel ini kerana berada dalam pusat pengajian yang sama walaupun berlainan program pengajian, merasakan penulis tidak keliru tetapi lebih mengetahui apa yeng diperbincangkan di sini. August 23, 2007 7:31 AM Anonymous said... Saudaray kpkkpm8 tahu ke apa itu Reformation? Reformation itu bukan gerakan anti-agama, saudara. Benar, ia anti-gereja, tapi bukan anti-agama. Bahkan, ia lebih

dahsyat lagi membawa arus fundamentalisme agama! Yang sibuk hantar missionary Gospel preaching itu semuanya gerakan Protestant, bukan katolik. Kalau nak digunakan hujah revolusi enlightenment sekalipun, ia bukanlah pengaruh yang meluas ke segenap rakyat jelata. Hingga sekarang, lebih ramai orang kristian (baik protestan mahupun katolik) berbanding ateis di eropah. August 23, 2007 8:49 AM syeikhryz said... Salam kpd semua tetamu ilmu!..terima kasih kerana sudi memberikan respon kepada artikel ana ni....seperti yang ana katakan dahulu,sesuatu kajian ilmiah akan berpotensi terdedah kpd kesilapan dan kelemahan,kerana manusia iatu haiwan,tetapi berfikir(haiwan natiq)...jadi penulis mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada semua tetamu ilmu seperti saudara anonymous(anonymous bawah tu org yg sama jgk ke?.)dan kpkkpm8..kerana sudi memberikan komen yg bertujuan memperbaiki taraf kualiti artikel ana di kemudian hari!...terima kasih sahabat!.. anonymous:memang benarHAMKA dan SMN ALATAS tokoh pasca kolonialisasi..tetapi apa yg penulis cuba sampaikan ialah mereka2 ni antara tokoh islam yg muncul dan berjasa di alam nusantara...benar mereka xsama era dgn singkili dan lain2,tetapi sekadar menyatakan gabungan kontemporari dan tradisional!.. memang xramai khalifah yg laksana dakwah islamiyyah,namun persoalan syarie tetap di titikberatkan...benar semenjak era ummwi sehingga ke uthmani semua bercorak monarki namun mereka masih mengaplikasikan syariah bukan?....ini intipati persolan yg ana hendak sampaikan....of course mereka xbegitu menepati siasah islamiyyah,namun perlaksanaan syariah masih di perkukuhkan!. ya,itu benar jika anda cerap melalui teori kapitalisme oleh LENIN(Imperialism as the highest stage of capitalism)...dominasi ekonomi oleh penjajah dan bawaan kristianiti.namun jgn lupa sama sekali belum ada tercatat penjajah yg berfahaman SOSIALISME/Marxisme menjajah dan menjarah nusantara!.....kemasukan kuasa british ke malaya contohnya,turut sama membawa amalan apliaksi falsafah politik liberalisme kedalam acuan politik tempatan..kedatangan british juga menghapuskan amalan perhambaan kwn,bukan libera kah itu?....ya Islam juga menentang perhambaan,tetapi kemasukan amalan liberalisme kedalam nuantara begitu jelas!...xperlu saya jelaskan secara detail kerana kita semua sendiri sedia maklum akan liberalisme yg dibawa british.Ini meruapakan salah satu tujuan mereka selain dominasi ekonomi dan kristinaiti.... saya tidak kelirukan istilah....memang benar tafsiran istilah sepeti yg anta kemukakan,tapi apa yg hendak ana sampaikan ialah berkenaan pemikiran yg di bawa penjajah dan bagaimana ia berkontradiksi dgn pemikiran islam yg sedia ada...namun terima kasih kepada anta kerana sudi mewujudkan suasana ilmiah di

dalam blog..well done bro!.. terima kasih atas saranan buku sh alatas..memang menarik dan memang bacaan saya sejak dahulu..menarik!.. to KPKKPM8:Reformation ialah pembaharuan agama dan bukan penolakan....jgn samakan ia dgn enlightement+renainsanssce....berbeza semua tu.benar seperti kata anonymous,protestan yg banyak hantar keluar,namun jgn lupa katolik pun ada sama jgk!....memang ramai kristian berbanding ateis di europe,namun berapa ramaikah yg mengamalkan nya?...ke sekadar pseudo? kerana amalan dikotomi agama dan kehisupan(sekularisme)?. salam kpd semua tetamu ilmu.TAHNIAH...suatu perbincangan yg menarik!....tahniah semua! August 23, 2007 12:15 PM syeikhryz said... lupa nak ckp..terima ksih kpd semua tetamu ilmu sekali lagi...kalau ada apa2 kesilapan ana jgn segan2 tgur...tq to anonymous kerana berkongsi buah fikiran tan begitu juga dgn kpkkpm8....terima kasih..well done bro!..teruskan wacana kritis antum semua!.tahniah dan terima kasih sekali lagi!. August 23, 2007 12:23 PM affanazami said... this is sure helps a lot! thanks! August 28, 2007 8:13 AM

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->